771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    1/36

    1

    HBML 2203

    PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    Disediakan Oleh:

    Nama : SHAHFULRIZAL BIN ABD HAMID

    No. kad Pengenalan : 771222086803

    No. Matrik : 771222086803001

    No. Telefon : 0164936239

    E-mail :[email protected]

    PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

    (PENDIDIKAN RENDAH)

    DENGAN KEPUJIAN

    Pusat Pembelajaran : OUM Shah Alam

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    2/36

    2

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    i. PENGENALAN 3

    ii. SENARIO TERKINI MURID

    BERKEPERLUAN KHAS 4

    iii. POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    MALAYSIA 7

    1.0 PROGRAM PERCANTUMAN 10

    2.0 PROGRAM INKLUSIF SEPENUHNYA 10

    3.0 PROGRAM PENDIDIKAN SEPARA

    INKLUSIF (INTEGRASI) 11

    4.0 KELAS INKLUSIF DI SK SENTUL (2) 12

    5.0 PENTADBIRAN PENDIDIAN KHAS 16

    6.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS 18

    7. 0 PENGURUSAN FAIL-FAIL PENDIDIKAN KHAS 24

    8.0 PENGURUSAN DATA PENDIDIKAN KHAS 28

    9.0 PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS 29

    10.0 PENGURUSAN JADUAL WAKTU 29

    11.0 PENDAFTARAN MASUK MURID PENDIDIKAN KHAS 30

    12.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 31

    13.0 DOKUMEN RASMI PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN 32

    14.0 PERSEKOLAHAN MURID PENDIDIKAN KHAS 33

    15.0 PEPERIKSAAN AWAM 34

    16.0 PENILAIAN DAN REKOD PRESTASI MURID 34

    17.0 PEMBUKAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS YANG BARU 35

    18.0 KESIMPULAN 36

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    3/36

    3

    i. PENGENALAN

    Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan

    belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid

    pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran

    sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya

    melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan

    perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam

    kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun

    permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana

    masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid

    berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial

    dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. MenurutJennifer Katz &

    Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan

    sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana

    seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas

    kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh

    itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka

    masing - masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif

    di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif

    perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan

    inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    4/36

    4

    ii. SENARIO TERKINI MURID BERKEPERLUAN KHAS

    Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di

    bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan

    dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang

    pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan

    baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan

    Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini

    menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

    Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.

    Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat

    terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya

    pendidikan ini. Objektif menaik taraf JabatanPendidikan Khas ialah untuk:

    Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengankeperluan Khas

    Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengankeperluan khas.

    Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengankeperluan khas.

    Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan

    khas.

    Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada

    tiga bahagian dan satu unit:

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    5/36

    5

    (a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

    Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas

    dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil

    penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai

    pendidikan khas.

    (b) Bahagian Pengurusan Sekolah

    Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras

    kurikulum dan kokurikum.

    (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

    Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi khidmat

    bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat disamping merancang, mengurus dan

    mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan

    Braille).

    (d) Unit Pengurusan

    Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan

    kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan

    khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

    Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan iaitu:

    Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalahpendengaran.

    Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalahpembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di

    sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional

    yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan

    separa inklusif.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    6/36

    6

    Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar

    bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2

    tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar

    berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004,)

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar

    bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran.

    Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan

    2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira-kira 99 guru

    pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru

    pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara.

    Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan

    khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar

    bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengarandan 5% bermasalah penglihatan.

    2.1 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

    Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha KementerianPendidikan

    Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga

    dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan

    Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat

    dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

    Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai

    pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-

    bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan

    dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak

    berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah,

    yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan

    ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yangterlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    7/36

    7

    Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakanintervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

    Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhaskemahiran hidup serta kemahiran sosial.

    Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16

    tahun.

    Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomitedkepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di

    bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-

    kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

    iii. POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar

    berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada

    pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti

    yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-

    pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek

    kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan

    menjadikan mereka lebih berupaya dan mampu berdikari serta menjadi anggota masyarakat yang

    dapat menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996).

    Kementerian Pendidikan, (1997) menyebut satu program bagi pendidikan murid-murid

    dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama dengan murid-

    murid biasa yang dinamakan program inklusif. Pendekatan integrasi dilaksanakan iaitu kanak-

    kanak ketidakupayaan belajar bersama-sama dengan rakan sebaya mereka dengan segala

    kemudahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan mereka (LynGow 1990).Guru pendamping memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana bekerjasama

    dan saling membantu dalam membantu meningkatkan prestasi murid. Guru pendamping harus

    bersikap positif dan professional, tidak mudah marah dan serta mempunyai kesabaran yang

    tinggi. Komitmen yang ditunjukkan akan memberi ruang dan masa untuk guru-guru aliran

    perdana menghormati sikap dan pendirian guru pendidikan khas.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    8/36

    8

    Dalam pelbagai aspek kita sebagai guru pendamping tidak perlu terlalu berkira dalam

    menjalankan tanggungjawab. Sekiranya guru aliran perdana boleh menerima baik anak murid

    kita maka janganlah kerana kebaikan itu kita mengambil kesempatan yang tidak professional.

    Guru-guru Pendidikan Khas perlu menjaga hubungan baik dengan guru-guru aliran

    perdana supaya maklumat-maklumat mengenai pendidikan inklusif dapat disampaikan dengan

    jelas . Mereka perlu diberi pengetahuan bagaimana perjalanan program inklusif tersebut dan

    kenapa program tersebut perlu dijalankan. Apabila diberi ruang dan peluang seperti yang

    dikehendaki maka perbuatlah dengan bersungguh-sungguh agar mereka tidak memandang

    mudah kepada tugas dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas.

    Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, Sistem pendidikan

    Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin

    sekolah, guru, ibubapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi

    muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui

    tahap pembelajaran dan perkembangan murid semasa mereka melalui sistem tersebut.

    Kementerian bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk

    meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar

    dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan Kementerian terhadap pendidikan

    tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek,

    rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan pembinaan identiti nasional yang kukuh.

    Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkum murid yang mempunyai

    masalah penglihatan, masalah pendengaran,kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang

    upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention

    Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

    menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu

    yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah

    dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas.

    Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan

    khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.

    Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada

    pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    9/36

    9

    Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagaikurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang

    lain)

    Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelaskhusus untuk murid berkeperluan khas; dan

    Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga limamurid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

    Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam

    program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di

    sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen

    persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama,

    kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan

    ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah

    dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah

    penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang

    sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua

    perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk

    kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum

    akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti

    kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan

    mesin taip Braille.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    10/36

    10

    PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

    PEMBELAJARAN.

    Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:

    1.0 PROGRAM PERCANTUMAN

    Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi

    pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala

    kemuadahan sekolah.

    2.0 PROGRAM INKLUSIF SEPENUHNYA

    Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan

    kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan

    murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke

    arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya

    ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan

    menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

    Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari

    awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam

    komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan

    menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)

    Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah

    istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah

    "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun

    mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)

    Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar

    berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini

    bahawa tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja

    kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah

    menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung

    tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang

    dicadangkan.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    11/36

    11

    3.0 PROGRAM PENDIDIKAN SEPARA INKLUSIF (INTEGRASI)

    Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata

    pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal dan dilaksanakan kepada pelajar yang

    berkeupayaan di Sekolah Kebangsaan Sentul (2) adalah berbentuk

    Integrasi Sosial Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan) . Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah

    3.1 RASIONAL PENDIDIKAN SPARA INKLUSIF (INTERGRASI)

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikanyang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya

    sekadar kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu

    program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan

    mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan

    kepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan inklusif akan dapat:

    Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan khas

    dengan pelajar-pelajar normal.

    Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil Pengagihan sumber yang lebih meluas. Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas. Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di

    dalam masyarakat

    Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    12/36

    12

    3.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SPARA INKLUSIF (INTEGRASI)

    Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi

    peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran danmenyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar

    normal.

    Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspekkemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan

    tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota

    masyarakat yang menyumbang.

    Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuanmelengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-

    kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang

    menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,

    emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi

    satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

    4.0 KELAS INKLUSIF DI SK SENTUL (2)

    4.1 Latar Belakang

    Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti

    Slow Learner, terencat akal ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya

    dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas

    seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi

    membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain

    mata pelajaran dengan lebih berkesan. Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 10 orang

    murid dan beberapa orang murid difikirkan layak mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    13/36

    13

    4.2 Rasional

    Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf

    hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program

    Inklusif akan dapat memastikan :

    Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak

    lain.

    4.3 Matlamat

    Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak

    Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ini memberi peluang kepada kanak-

    kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada.

    Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek

    kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya,mampu berdikari dan berkeyakinan.

    4.4 Objektif

    Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka

    berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan

    mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya

    model-model rakan sebaya ( role model ).

    Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, merekadapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.

    Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokongdan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    14/36

    14

    belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan

    kecacatan.

    Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewauntuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

    Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja.

    Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak

    pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru

    integrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif.

    Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara

    Partikal Inclusion. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam

    perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

    1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yangakan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.

    2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikutiProgram Pendidikan Inklusif.

    3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik

    darjah biasa.

    5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian

    dengan keperluan kanak-kanak khas ini.

    7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    15/36

    15

    4.5 FAIL PROGRAM INKLUSIF

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program

    Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini

    mengandungi dokumen-dokumen seperti : Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    4.6 TUGAS GURU INKLUSIF

    1. Sebelum :

    Jawatankuasa Program Inklusif di peringkat sekolah membuatpemilihan murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian olehguru kelas khas,

    Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di aliran perdana yang terlibat,

    Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga, Berbincang dengan murid berkenaan, Menyediakan Fail Program Inklusif bagi setiap murid yang

    diinklusifkan,

    Menyediakan jadual waktu kelas yang disesuaikan dengan kelasinklusif.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    16/36

    16

    2. Semasa :

    Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai Guru Pendamping kepadamurid,

    Membuat pemerhatian dari masa ke semasa,

    Guru Pendamping mendapatkan maklum balas dan berbincangdengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.

    3. Selepas :

    Guru Pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkanpencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod

    Prestasi Murid,

    Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunselingkepada murid,

    Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibubapa atau penjaga.

    5.0 PENTADBIRAN PENDIDIAN KHAS

    5.1 Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas

    N. Pengerusi 1 Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran

    N. Pengerusi 2 : Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid

    N. Pengerusi 3 : Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen. Penyelaras : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khas

    AJK-AJK : Guru pendidikan khas

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    17/36

    17

    Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru

    disiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.

    5.2 Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia

    pelaksanaan program inklusif di sekolah.

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen.

    Penyelaras : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khas

    AJK-AJK : Guru-guru sukan

    5.3 Jawatankuasa Program Inklusif

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia

    pelaksanaan program inklusif di sekolah.

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen.

    Penyelaras: Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khas

    AJK-AJK : Guru-guru kelas aliran perdana yang terlibat

    : Guru mata pelajaran yang terlibat

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    18/36

    18

    6.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU PENDIDIKAN

    KHAS

    6.1 Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    6.1.1 Pentadbiran Umum

    1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,

    2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat

    sekolah,

    3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru

    pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas

    pendidikan khas sepanjang tahun,

    4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang

    pengurusan kelas pendidikan khas,

    5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan

    Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur kepada pihak

    pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,

    6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan

    sentiasa dikemaskini :

    6.2 Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,

    6.2 Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,

    6.3 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,

    6.4 Fail Mata Pelajaran,

    6.5 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,

    6.6 Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,

    6.7 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

    6.8 Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

    6.9 Fail Program Inklusif,

    6.10 Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

    6.11 Fail Stok (Alatan dan Perabot),

    6.12 Buku Stok

    6.13 Laporan Mingguan Guru Bertugas.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    19/36

    19

    7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,

    8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid

    khas,

    9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,

    10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),

    11. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,

    12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi

    pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid

    pendidikan khas),

    13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan

    nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah

    dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur

    pada bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,

    14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung

    persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,

    6.1.2 Pengurusan Kelas

    1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan

    persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa

    atau penjaga,

    2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan

    pembelajaran,

    3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas

    mencukupi,

    6.1.3 Pengurusan Jadual Waktu

    1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan

    jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.

    2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat

    Pelajaran Daerah.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    20/36

    20

    6.1.4 Pengurusan Diri

    1. Menjadi `role-modeldan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru

    pendidikan khas,

    2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semuaguru pendidikan khas.

    6.1.5 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

    1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di

    kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,

    2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu

    (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesipengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,

    3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan

    kepada ibu bapa atau penjaga,

    4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid

    pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan

    awam,

    6.2 Pengurusan Dokumen

    1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,

    2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini

    maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan

    murid di dalam kelas pendidikan khas,

    3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa

    dikemaskini,

    4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,

    5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan,

    surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    21/36

    21

    6.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

    1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,

    2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum

    dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin

    murid-murid pendidikan khas di kelasnya,

    3. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,

    4. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid

    pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,

    5. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan

    melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,

    6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang

    akan menduduki peperiksaan awam,

    7. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika

    berlaku sebarang kesulitan,

    8. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,

    6.4 Pengurusan Data

    1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas

    Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas

    pada setiap bulan adalah tepat.

    6.5 Pengurusan Kewangan

    1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    22/36

    22

    6.6 Pengurusan Kelas

    1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,

    2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

    3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan

    mempamerkan carta tersebut,

    4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,

    5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

    6.7 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

    1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya

    dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,

    2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan

    yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,

    6.8 Guru Mata Pelajaran

    1. Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,

    2. Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku

    Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang

    digunapakai,

    3. Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,

    4. Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,

    5. Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,

    6. Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian

    dan menyerahkan markah-markah itu kepada guru kelas,

    7. Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,

    8. Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia

    Pendidikan Khas,

    9. Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang

    diajar,

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    23/36

    23

    10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan

    membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas

    supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas.

    6.9 Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    1. Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,

    kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform,

    2. Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas

    dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Guru/Penolong Kanan

    Kokurikulum sekolah),

    3. Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran,

    peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail

    Kokurikulum Pendidikan Khas,

    4. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang,

    5. Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk

    mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,

    6. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah

    dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu

    salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.

    6.10 Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas

    1. Mengendalikan kes-kes disiplin murid,

    2. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan

    perjumpaan bersama guru-guru pendidikan khas lain bagi membincang dan

    menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas,

    3. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir

    sekolah untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa kepada murid

    pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yang membimbangkan,

    4. Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam

    Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    24/36

    24

    7. 0 PENGURUSAN FAIL-FAIL PENDIDIKAN KHAS

    7.1 Fail Am Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan

    satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat

    menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah. Satu salinan fail tersebut hendaklah

    disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan.

    7.2 Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa

    Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

    Minit mesyuarat, Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas, Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Jadual Pencerapan,

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini

    dikemaskini dari masa ke semasa. Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besardan di kelas pendidikan khas supaya mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas,

    guru-guru pendidikan khas, pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran

    Daerah dan Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur pada bila-bila masa.

    7.3 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas

    Pendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

    Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas, Borang Biodata Guru, Borang Biodata Murid, Statistik Murid Pendidikan Khas, Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    25/36

    25

    7.4 Fail Mata Pelajaran

    Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaran

    masing-masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

    Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,

    Maklumat semasa mengenai mata pelajaran, Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai, Jadual peperiksaan / penilaian, Soalan-soalan peperiksaan / penilaian, Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    7.5 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas

    Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program PendidikanKhas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikanFail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

    7.6 Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

    Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi

    Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen berikut :

    Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

    Salinan Lampiran A, Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas

    ( 0 - 18 Tahun ),

    Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada), Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan, 3 keping gambar murid berukuran pasport, Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya, Salinan Kad Orang Kurang Upaya,

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    26/36

    26

    Kad atau Buku Kesihatan Murid, Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid, Rekod Prestasi Murid, Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

    7.7 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

    Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Rancangan

    Pengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang diajarnya.

    7.8 Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.

    Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut :

    Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas, Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum, Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas, Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap

    sesi,

    Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas

    pendidikan khas,

    Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    27/36

    27

    7.9 Fail Program Inklusif

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program

    Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini

    mengandungi dokumen-dokumen seperti :

    Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat, Biodata murid yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif, Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif, Rekod prestasi murid, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    7.10 Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas

    bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas. Fail ini

    merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan satu kaedahpengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen

    berikut :

    Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas, Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah

    tingkahlaku,

    Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku, Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut, Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga, Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan

    pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,

    Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    28/36

    28

    8.0 PENGURUSAN DATA PENDIDIKAN KHAS

    8.1 Laporan Status Program Pendidikan Khas

    i. Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke Pejabat

    Pelajaran Daerah sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan.

    ii. Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga

    walaupun tidak terdapat perubahan.

    iii. Salinan laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah

    difailkan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

    iv. Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk

    bercetak (hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran

    Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur.

    8.2 Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas

    i. Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat

    Pelajaran Daerah pada bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid

    pendidikan khas hendaklah dihantar dalam bentuk bercetak (hardcopy) berserta

    dengan disket (softcopy ).

    ii. Selepas itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada

    bilangan guru atau murid pendidikan khas.

    iii. Format maklumat guru dan murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk

    bercetak ( hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy ) daripada Pejabat

    Pelajaran Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    29/36

    29

    9.0 PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS

    9.1 Peraturan Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan

    khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk supaya

    mereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut.

    9.2 Suasana Kelas Pendidikan Khas

    Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut :

    Jadual Waktu Kelas, Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas, Carta Organisasi Kelas, Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas, Carta bergambar murid-murid pendidikan khas, Carta-carta maklumat kelas, Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas, Carta-carta lain yang berkaitan.

    Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya

    mengikut kreativiti masing-masing.

    10.0 PENGURUSAN JADUAL WAKTU

    10.1 Jadual Waktu

    Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas. Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan

    makluman.

    Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.30 pagi hingga 12.30 tengahariTempoh Pembelajaran bagi Sekolah Menengah - 7.30 pagi hingga 1.00 petang

    Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    30/36

    30

    Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan

    khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain

    untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.

    11.0 PENDAFTARAN MASUK MURID PENDIDIKAN KHAS

    11.1 Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas

    Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalanipemeriksaan dan mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital

    kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan menggunakan BORANG

    PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK

    KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN).

    Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan,Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kuala Lumpur dan Pejabat

    Pelajaran Daerah.

    Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklahdihantar ke ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur atau

    melalui Pejabat Pelajaran Daerah.

    Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur kemudiannya akanmemproses borang permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan

    laporan perubatan tersebut ke program pendidikan khas yang sesuai.

    11.2 Tempoh Percubaan

    Murid Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selamasebulan bagi menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas

    dan juga suasana sekolah.

    Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersamadengan semua guru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke

    atas murid berkenaan dengan melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke

    Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    31/36

    31

    Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskanpersekolahannya manakala murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri

    akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan bergantung kepada

    keadaan.

    Kalau murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkantempoh percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu

    tempoh tidak lebih dari 12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke

    sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan ini adalah atas sebab murid berkenaan

    belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dan diharap sepanjang

    tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan

    baik.

    Murid pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku DaftarKemasukan Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa

    mengambilkira sama ada dia akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak.

    12.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    12.1 Kurikulum

    Setiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khashendaklah memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan

    Pengajaran Individu (RPI).

    Bagi murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklahmemperbanyakkan mata pelajaran berbentuk akademik.

    Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklahmemperuntukkan lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau

    vokasional.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    32/36

    32

    12.2 Kokurikulum

    Waktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yangdiperuntukkan untuk aktiviti kokurikulum adalah 120 minit.

    Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtubekerja.

    Sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untukkelas pendidikan khas.

    Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam FailKokurikulum Kelas Pendidikan Khas.

    Murid pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalamaktiviti kokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.

    13.0 DOKUMEN RASMI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    13.1 Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas

    Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru Pendidikan

    Khas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah

    masing-masing. Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklahsentiasa berada bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran

    harian yang perlu ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :

    Tarikh dan Masa Kelas Tajuk Kemahiran Isi Pelajaran Objektif Langkah Pengajaran / Aktiviti Bahan Bantu Mengajar Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    33/36

    33

    13.2 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

    i. Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang

    merekodkan perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu

    kemahiran atau tajuk yang diajar.ii. Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan

    murid bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran

    seterusnya. RPI mesti ditulis dan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

    iii. Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan

    Pengajaran Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    14.0 PERSEKOLAHAN MURID PENDIDIKAN KHAS

    Seperti juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid pendidikan khas

    adalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah

    menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun

    menjadikan tempoh belajar mereka selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh

    diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya

    iaitu satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk PekelilingKP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.

    14.1 Sekolah Rendah

    Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga 12

    tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid masih belum

    menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya masih di tahap rendah.

    Murid yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program percantuman

    pendidikan khas sekolah menengah.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    34/36

    34

    15.0 PEPERIKSAAN AWAM

    Murid-murid pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR.

    Pada kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa menduduki

    Peperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau UnitPeperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk maklumat selanjutnya.

    15.1 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

    Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajarhendaklah diberikan peluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

    (UPSR). Walau bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan

    berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja. Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke

    Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan salinan kepada

    Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7 hari selepas keputusan rasmi UPSR

    diumumkan.

    16.0 PENILAIAN DAN REKOD PRESTASI MURID

    Penilaian secara formal dan informal hendaklah dilaksanakan bagi menilaipencapaian murid pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian adalah

    tanggungjawab Guru Mata Pelajaran masing-masing.

    Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan

    disahkan oleh pihak pentadbir sekolah.

    Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa ataupenjaga untuk ditandatangani.

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlumenetapkan satu format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk

    kegunaan di sekolah masing-masing. Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk

    dijadikan satu buku.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    35/36

    35

    17.0 PEMBUKAAN KELAS PENDIDIKAN KHAS YANG BARU

    Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewamereka ke sekolah untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak

    program integrasi pendidikan khas perlu dibuka untuk memberikan pendidikan

    kepada anak-anak ini.

    Sebelum sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, UnitPendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur akan memastikan segala

    kemudahan tempat dan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran

    mencukupi.

    Guru pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuatpersiapan awal bagi menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.

    Satu senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan PelajaranKuala Lumpur untuk membantu guru pendidikan khas tersebut.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBML 2203_PENDIDIKAN INKLUSIF

    36/36

    8.0 KESIMPULAN

    Pembaharuan perlu di buat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui

    ianya untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk

    memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru

    biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru

    yang terlibat dalam program ini dan juga mesti bersikap jujur juga terbuka dalam menangani

    segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah

    bersedia untuk menhadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu

    belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang

    dirancangkan. Di samping itu juga, guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu

    bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan yang mempunyai berbagai-bagai

    perbezaan individu.

    Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan

    program yang dilaksanakan dapat membuahkan hasil. Pendidikan Inklusif juga memberi peluang

    kea rah pemantapan system pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di Negara kita dan

    sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di persada dunia.