10
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 30 TEMA KEBUDAYAAN TAJUK Makanan Kita FOKUS UTAMA Standard Kandungan 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Standard Pembelajaran 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Keusahawanan. ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan) SISTEM BAHASA Tatabahasa: ayat permintaan Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus MEDIA Kad gambar dan petikan dialog. http://syazalina83.blogspot.com

77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rphhhh

Citation preview

Page 1: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

30

TEMA KEBUDAYAAN

TAJUK Makanan Kita

FOKUS UTAMA

Standard

Kandungan

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard

Pembelajaran

1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

FOKUS SAMPINGAN

Standard

Kandungan

3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.

Standard

Pembelajaran

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat

majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu: Keusahawanan.

ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab

iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan)

SISTEM BAHASA

Tatabahasa: ayat permintaan

Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus

MEDIA Kad gambar dan petikan dialog.

http://syazalina83.blogspot.com

Page 2: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

31

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Langkah 1 1. Guru memperdengarkan dialog

pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan.

2. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.

3. Guru meminta salah seorang murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang.

4. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan.

- Bertatasusila - Menggunakan intonasi

yang betul.

Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Bertanggungjawab KBT: Keusahawanan Ciri-ciri usahawan

Lampiran 1 Dialog yang dirakamkan/dilakonkan

http://syazalina83.blogspot.com

Page 3: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

32

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Langkah 2

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah.

2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih: Kad A – Peniaga melayan pelanggan Kad B – Pelanggan membuat pesanan

3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.

4. Guru dan murid berbincang

tentang kesesuaian dialog yang

digunakan dalam aktiviti main

peranan dan makanan yang

biasa digemari oleh murid

sekolah.

Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Kerajinan KBT: Keusahawanan Berjual beli secara bertatasusila

Lampiran 2

Langkah 3 1. Guru memperdengarkan

beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah.

2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.

3. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3.

EMK: Keusahawanan

Lampiran 3

http://syazalina83.blogspot.com

Page 4: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

33

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Pentaksiran 1. Guru memaparkan gambar

pembeli dan penjual di sebuah gerai.

2. Murid diminta membina dialog-

dialog yang sesuai dan bertatasusila.

3. Guru menilai ketepatan dialog

yang dibina secara lisan.

Lampiran 4

Pemulihan 1. Guru membimbing murid

menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.

Lampiran 5

Pengayaan 1. Murid membina, menuturkan

dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi.

Lampiran 6

http://syazalina83.blogspot.com

Page 5: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

34

Lampiran 1

Kuih Kesukaan Saya

Ali : Apa khabar, Pak Mail? Penjual : Khabar baik.

Ali : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail?

Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng,

kuih-muih pun ada.

Ali : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini?

Penjual : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut

panggang, buah melaka, tepung bungkus dan

banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita.

Ali : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional.

Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis

RM 2.00.

Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak

kuih-muih di sini.

Ali : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap,

bingka dan tepung bungkus.

Penjual : Ali, ini kuih yang kamu mahukan.

Ali : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Penjual : Sama-sama, datanglah lagi.

Dengar dengan teliti dialog ini.

http://syazalina83.blogspot.com

Page 6: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

35

Lampiran 2

Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu.

Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara

bertatasusila.

Kad B

Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu

membuat permintaan semasa memesan barang

daripada penjual di kaunter sekolah secara

bertatasusila.

Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.

http://syazalina83.blogspot.com

Page 7: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

36

Lampiran 3

1 Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.

2 Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua

kilogram.

3 Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus.

4 Hantar bakul ini ke kereta saya.

5 Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya.

Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah.

Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan

secara bertatasusila.

http://syazalina83.blogspot.com

Page 8: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

37

Lampiran 4

Pentaksiran

Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli

menyatakan permintaan untuk membeli salah

satu barang yang terdapat dalam gambar.

http://syazalina83.blogspot.com

Page 9: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

38

Lampiran 5

Pemulihan

Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja

Pak Mail, saya mahu membeli

kuih. Tolong bungkuskan saya dua

ketul kuih karipap.

Ali, ini kuih yang kamu mahu. Terima kasih, ini duitnya, Pak

Mail.

Sama-sama, datanglah lagi.

Baca dan tuturkan ayat di bawah secara

bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah mengikut urutan yang betul.

http://syazalina83.blogspot.com

Page 10: 77547368 RPH Bahasa Malaysia Tahun 2 KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

39

Lampiran 6

Pengayaan

Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja

Tuturkan dan tulis ayat permintaan

yang bertatasusila berdasarkan

gambar.

http://syazalina83.blogspot.com