78708802 Contoh RPH BM Contoh

Embed Size (px)

Citation preview

JENIS-JENIS PANTUN1. Pantun dua kerat2. Pantun empat kerat- Pantun kanak-kanak- Pantun jenaka- Pantun bersukacita- Pantun berdukacita- Pantun kiasan- Pantun budi- Pantun nasihat- Pantun agama- Pantun kasih sayang- Pantun nasib3. Pantun enam kerat4. Pantun lapan kerat5. Pantun sepuluh kerat6. Pantun dua belas kerat7. Pantun tiga belas kerat8. Pantun berkait

Contoh:Pantun dua keratPantun kanak-kanakSudah gaharu cendana pula,Sudah tahu bertanya pula.Pantun empat keratPantun jenakaAyam disabung jantan dipaut,Jika ditambat kalah laganya,Asam di darat ikan di laut,Dalam belanga bertemu jua.

Pantun enam keratApa di harap padi seberang,Entah berderai entahkan tidak,Entah dimakan pipit melayang,Apa diharap kekasih orang,Entah bercerai entah tidak,Entah makin bertambah sayang.

JENIS-JENIS PANTUN1. Pantun dua kerat2. Pantun empat kerat- Pantun kanak-kanak- Pantun jenaka- Pantun bersukacita- Pantun berdukacita- Pantun kiasan- Pantun budi- Pantun nasihat- Pantun agama- Pantun kasih sayang- Pantun nasib3. Pantun enam kerat4. Pantun lapan kerat5. Pantun sepuluh kerat6. Pantun dua belas kerat7. Pantun tiga belas kerat8. Pantun berkait

JENIS-JENIS & KANDUNGAN PANTUNJENIS-JENIS PANTUN

Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.

Pantun Dua Baris

Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.

Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana.

Pantun Empat Baris

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih saya lurutkan;Buang emak buang saudara,Sebab kasih saya turutkan.

Pantun Enam Baris

Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.

Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah.

[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]

Pantun Lapan Baris

Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.

[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]

Pantun Dua Belas Baris

Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.

Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi.

[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]

Pantun Berkait

Angsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.

[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]

KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Pembayang atau Sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau Isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku Kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau Bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.

Contoh Pantun yang baik :

Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,Gu/nung/Da/ik/ber/ca/bang/ ti/ga/,Han/cur/ba/dan/di/kan/dung/ ta/nah/,Bu/di/ yang/ ba/ik/di/ke/nang/ju/ga/.

Ba/ik/ ber/galas/ba/ik/ ti/dak/,Bu/li/-bu/li/ber/ta/li/ be/nang/,Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ti/dak/,A/sal/ bu/di/sa/ma/ di/ke/nang/.

BIMBINGAN BERKARYA - PANTUNPENGENALANZa'ba dalam bukunyaIlmu Mengarang Melayumenjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan maknasepertiatauumpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitupanuntunyang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:Sebab pulut santan terasa,Sebab mulut badan binasa.

Rima pantun yang baik berakhir denganab,abbagi pantun empat kerat dana,abagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.KANDUNGAN PANTUN MELAYUPembayang atau sampiranPembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.Maksud atau isiMaksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).PerkataanPantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.Suku kataTiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.Rima atau bunyiRima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIKPantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut: mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b. bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.JENIS-JENIS PANTUN Pantun 2 kerat Pantun 4 kerat(jenis paling popular) Pantun 6 kerat Pantun 8 kerat Pantun 10 kerat Pantun 12 kerat Pantun 14 kerat Pantun berkaitFUNGSI PANTUN Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan Sindiran atau tempelak Melepaskan rindu dan kasih sayang Menyatakan penghargaan/terima kasih Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran Hiburan atau jenakaDI MANA ORANG BERPANTUN? Majlis pertunangan dan perkahwinan Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi Pertandingan berbalas pantun Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - DikirBarat dan Lain-lain:

Bentuk dan Jenis-jenis Pantun

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh keratPergi Ke sini.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut jugatalibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkaitPergi Ke sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk"nasihat","adat","agama","teka-teki","jenaka"dan juga ada sesetengahnya berbentuk"peribahasa".Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentangteka-teki,jenaka,kasih sayang,nasihat,budi,nasib,perantau,adat,kepahlawanan,peribahasa,kias ibaratdanagama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.Pantun yang isinya mengemukakan tentang"nasihat","adat"dan"agama"pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun"nasihat"misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang"adat"dan"agama"tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.Pantun jenis"peribahasa"juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun"kias dan ibarat"pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun"teka-teki"yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.Pantun"jenaka"yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-

Jenis Pantun : Dua Kerat Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-tekiFungsi: Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun : Empat Kerat - JenakaFungsi: Semata-mata untuk hiburan Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanakFungsi: Lagu sedih dan bersuka-ria Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Pantunmerupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. -http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun

Pantunmerupakan salah satu jenispuisilama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Pantun berasal dari katapatuntundalambahasa Minangkabauyang berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagaiparikan, dalambahasa Sundadikenal sebagaipaparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagaiumpasa(baca: uppasa). Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata, bersajakakhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian:sampirandanisi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.Karminadantalibunmerupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah "versi panjang" (enam baris atau lebih).

Peran pantun[sunting]Sebagai alat pemelihara bahasa, pantun berperan sebagai penjaga fungsikatadan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih orang berfikir asosiatif, bahwa suatu kata bisa memiliki kaitan dengan kata yang lain.Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, bahkan hingga sekarang. Di kalangan pemuda sekarang, kemampuan berpantun biasanya dihargai. Pantun menunjukkan kecepatan seseorang dalam berpikir dan bermain-main dengan kata.Namun demikian, secara umum peran sosial pantun adalah sebagai alat penguat penyampaian pesan.Struktur pantun[sunting]Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampiran terutama menyiapkan rima dan irama untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat dipahami karena pantun merupakan sastra lisan.Meskipun pada umumnya sampiran tak berhubungan dengan isi kadang-kadang bentuk sampiran membayangkan isi. Sebagai contoh dalam pantun di bawah ini:Air dalam bertambah dalamHujan di hulu belum lagi teduhHati dendam bertambah dendamDendam dahulu belum lagi sembuhBeberapa sarjana Eropa berusaha mencari aturan dalam pantun maupun puisi lama lainnya. Misalnya satu larik pantun biasanya terdiri atas 4-6 kata dan 8-12 suku kata. Namun aturan ini tak selalu berlaku.

Jenis-jenis pantun[sunting]Artikelatau bagian artikel ini mungkin lebih cocokdipindahkankeWikisource[pindah] Pantun AdatMenanam kelapa di pulau BukumTinggi sedepa sudah berbuahAdat bermula dengan hukumHukum bersandar di Kitabullah Pantun AgamaBanyak bulan perkara bulanTidak semulia bulan puasaBanyak tuhan perkara tuhanTidak semulia Tuhan Yang Esa Pantun BudiBunga cina di atas batuDaunnya lepas ke dalam ruangAdat budaya tidak berlakuSebabnya emas budi terbuang Pantun JenakaPantun Jenaka adalah pantun yang bertujuan untuk menghibur orang yang mendengar, terkadang dijadikan sebagai media untuk saling menyindir dalam suasana yang penuh keakraban, sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan dengan pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi semakin riang. Contoh:Limau purut di tepi rawa,buah dilanting belum masakSakit perut sebab tertawa,melihat kucing duduk berbedak Pantun KepahlawananPantun kepahlawanan adalah pantun yang isinya berhubungan dengan semangat kepahlawananAdakah perisai bertali rambutRambut dipintal akan cemaraAdakah misai tahu takutKamipun muda lagi perkasa Pantun KiasAyam sabung jangan dipautJika ditambat kalah laganyaAsam di gunung ikan di lautDalam belanga bertemu juga Pantun NasihatKayu cendana di atas batuSudah diikat dibawa pulangAdat dunia memang begituBenda yang buruk memang terbuangKemuning di tengah balai Pantun PercintaanCoba-coba menanam mumbangMoga-moga tumbuh kelapaCoba-coba bertanam sayangMoga-moga menjadi cinta Pantun PeribahasaBerakit-rakit ke huluBerenang-renang ke tepianBersakit-sakit dahuluBersenang-senang kemudian Pantun PerpisahanPucuk pauh delima batuAnak sembilang di tapak tanganBiar jauh di negeri satuHilang di mata di hati jangan Pantun Teka-tekiKalau tuan bawa keladiBawakan juga si pucuk rebungKalau tuan bijak bestariBinatang apa tanduk di hidung?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian. Maksudpertamamerujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empatbaris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya. Maksudkeduamerujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Maksudketigamerujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.sumber :Dewan Bahasa Dan Pustaka

Definisi Pantun. Konsep Pantun.Unsur Pantun

Pendahuluan

Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul (1961). Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka. Penciptaannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Dalam apa juga bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang maksud dan maksud.

Penciptaan Pantun Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan dan pemikiran mereka dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka. Dalam konteks orang Melayu di Malaysia, kepercayaan terhadap Allah ialah kepercayaan yang mutlak bagi mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah s.w.t. Kenyataan ini dapat dilihat daripada penggunaan unsur alam dan kepercayaan kepada Allah s.w.t di dalam penyampaian mesej puisi (termasuk pantun). Unsur alam merujuk kepada elemen-elemen alam fizikal atau alam nyata (inderawi) yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai melalui pancaindera manusia. Alam fizikal ini merupakan satu lapisan dari seluruh alam. Lapisan yang lain ialah alam metafizikal yang merupakan lapisan atau bahagian alam yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Fenomena ini biasanya disebut sebagai alam ghaib, iaitu bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah s.w.t (2006).

Unsur Alam dalam Pantun Sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan terdahulu, unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain. Maksud boleh pula ialah, manusia boleh membuat sesuatu berdasarkan kuderat dan kerelevanan pancaindera yang dimiliki oleh manusia. Mereka yang cacat, mungkin tidak boleh mendengar, melihat, dan merasai seperti mereka yang normal. Namun, kita jangan lupa, bahawa mereka yang cacat [penglihatan] mungkin lebih tajam daya imiginasi mereka berbanding dengan kita yang normal.

Hal inilah yang dikatakan bahawa mata hati mereka (yang cacat penglihatan) lebih tajam derianya (perasaan) daripada manusia yang normal. Mereka dapat bermonolog dan bermeditasi dengan daya imiginasi yang lebih ampuh jika dibandingkan dengan mereka yang normal penglihatannya. Begitu juga yang cacat pendengaran, mungkin daya agakan mereka lebih tajam, iaitu seumpama lintah di dalam air yang tajam pendengaran lalu hanya dengan melalui riak dan getaran air, si lintah akan datang kepada objek yang menyebabkan kocakan atau riakan air itu. Demikian juga rasa sentuhan, deria sentuh dan rasa (perasaan). Yang cacat pendengaran dan penglihatan mungkin lebih tajam daya rasa dan perasaan berbanding dengan insan yang normal.

Selaku manusia yang normal, kita amat bertuah kerana dengan kenormalan itu kita dapat mencetuskan idea bagi menghasilkan puisi yang baik. Oleh itu, penggunaan unsur alam akan dilihat lebih membawa makna yang lebih dari sekadar maknanya yang harfiah. Unsur ini perlu ditafsir bagi menghayati makna yang sebenar. Tuntutan untuk melaksanakan tafsiran bagi menemukan makna ini memberi implikasi bahawa kesusasteraan memiliki sifat zahir dan batin atau yang tersurat dan yang tersirat (Hashim Awang, 2002). Muhamad Haji Salleh (1999), memberi pandangan bahawa manusia Melayu membaca dan mentafsir kejadian alam untuk memahami sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang akan berlaku (ramalan). Alam sering dilihat seperti mengetahui perasaan manusia dan menyebelahinya dalam menyediakan tanda, memberi peringatan atau pun merayakan sesuatu peristiwa dan keadaan. Alam membayangkan kebenaran. Maka bayangan ini selalu dicari oleh pemikir dan pengarang untuk dipindahkan ke dalam karya mereka. Misalnya, unggas atau ayam akan berbunyi menandakan sesuatu (seperti manusia dan bukan manusia) akan datang dan terbit waktu fajar pada waktu subuh.

Mengikut Zaba (1934) perlambangan atau teknik yang sengaja menyamarkan citra dan makna adalah salah satu teknik utama sastera Melayu yang bukan sahaja digunakan dalam pantun tetapi juga dalam naratif yang lain. Menurut pendapat Pendeta ini, hal ini demikian kerana dalam pemikiran sastera, sekurang-kurangnya pantun, hikayat dan beberapa bentuk yang berkaitan, sesuatu yang lebih misterius. Oleh itu, segala-galanya akan lebih mencabar akal fikiran khalayaknya.

Unsur-unsur Lain dalam PantunMenurut kajian, selain pencernaan pemikiran melalui alam sekitar dan persekitaran, penyair Melayu Islam yang lama (2006) menggunakan sumber yang lebih autentik dan jelas, iaitu melalui pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam al-Quran. Karangan mereka lebih bersifat falsafah dan pemikiran. Salah satu contoh yang baik ialah Syair Marifat karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkel, seperti contoh yang berikut: Baik-baik tuan menerima Kepada pohon ialah seumpama Daun dan buah tiada sama Masing-masing berlain-lain nama Sebiji kelapa ibarat sama Lafaznya empat suatu makna Di situlah banyak orang terkena Sebab pendapat kurang sempurna

Kulitnya itu ibarat syariat Tempurungnya itu ibarat tarekat Isinya itu ibarat hakikat Minyaknya itu ibarat makrifat

Jikalau kita amat-amati syair Marifat baris demi baris, unsur alam, iaitu pokok kelapa digunakan secara terperinci untuk menggambarkan konsepsi agama seperti tarekat dan makrifat. Demikian juga jika kita biasa mendengar bait-bait lagu nasyid yang antara lainnya berbunyi seperti yang berikut: Walaupun hidup seribu tahun Kalau tak sembahyang, apa gunanya?

Mukadimah yang di atas dan beberapa sub topik yang berikutnya bukanlah tujuan kertas kerja ini disediakan. Pengenalan yang diberi di atas bertujuan supaya pembaca memahami asal-usul terciptanya karya puisi yang di dalamnya termasuklah pantun. Oleh yang demikian, perhatian pemakalah ditumpukan kepada kaedah atau cara (definisi yang diskopkan pemakalah) pantun dicipta oleh pengkaryanya.Kaedah Penciptaan Pantun

Kaedah Penciptaan Pantun

Pelbagai kaedah pantun boleh dicipta oleh pengkarya. Sebelum pemakalah menerangkan penciptaan pantun, elok rasanya pemakalah kaitkan perbincangan ini dengan sumber yang menjadi ilham bagaimana pantun dicipta.

Pengamatan Unsur Alam Unsur alam amat banyak. Semua unsur ada di sekeliling manusia (manusia juga adalah salah satu unsur alam). Unsur alam yang dimaksudkan ialah manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna, serangga, unggas, batu-batan, laut, sungai, tasik, teluk, karangan laut, dedaun, rumpai, bunyi benda hidup dan benda tidak hidup, kematian, peperangan, pelangi, warna, ombak, gelombang, pasir, denai, jalan, jalan raya, lebuh raya, lorong, perahu, kapal, lancang, anign, pulau, arah, utara, selatan, timar, barat, sampan, dan sebagainya. Setelah mengamat-amati unsur yang sedemikian, kita susun supaya menjadi ayat (bait / baris) dengan ikatan atau satuan yang kukuh dan bermakna serta munasabah. Contoh; Lancang pilan dari selatan, Angin bertiup dari utara; Hilang pulau lenyap daratan, Namun laut berombak juga. (Zainal Abidin Bakar:, 1984: 214)

Unsur alam:Lancang pilan (nama sejenis lancang / perahu), selatan, angin, utara, pulau, daratan, laut, dan ombak.

Ikatan / satuan / kohesi pembayang maksud:lancang pilan didayung dari arah selatan tetapi terpaksa menempuh angin yang datang dari utara. Hal ini memungkinkan pelayaran yang sukar dan pelayar mungkin dipukul ombak yang besar!

Ikatan / satuan / kohesi maksud:Jika ditakdirkan pulau tiada dan daratan lenyap, ombak dilaut akan tetap beralun juga.

Maksud tersirat:Untuk menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Allah, kita kena yakin bahawa laut adalah satu daripada ciptaan Allah yang amat kita kagumi. Hal ini dapat dilihat betapa tidak pernah di mana-mana laut pun ombaknya berhenti daripada menghempaskan dirinya di pantai. Atau laut tetap kukuh, teguh, dan kekal hingga hari kiamat!

Konstruk Pantun:Jumlah suku kata yang terdapat dalam baris pertama 9, baris kedua 10, baris ketiga 9, dan baris keempat 9 suku kata. Jumlah suku kata yang sebegini dianggap baik dan sesuai untuk ekspresikan oleh pemantun.

Pantun Melayu Merealisasikan Pemikiran (penjelasan) Maksud Pemikiran yang terdapat dalam baris ketiga dan keempat adalah untuk menunjukkan betapa laut adalah ciptaan Allah yang amat hebat. Namun, jika diandaikan pulau di tengah laut hilang dan darat lenyap daripada kelompok tertentu, ombak yang setiap saat memukul pantai pasti ada, selagi bumi ini berpusing dan berpusing mengelilingi matahari.

Pembayang maksud Pemikiran yang terdapat dalam pembayang maksud adalah dalam dua baris awal pantun empat kerat. Pemikiran yang ingin disampaikan oleh pemantun ialah fenomenon alam yang dimanfaatkan oleh manusia dengan membuat pelayaran di laut arah ke selatan. Namun, akibat daripada kealpaan manusia yang tidak tahu meramal apa-apa, maka angin dari utara pula yang akan memberi cabaran serta kemungkinan juga pelayaran itu akan menerima musibah.

Perkaitan wacana: dalam pembayang dan maksud Untuk mencipta pantun, si pemantun haruslah memikirkan aspek wacana dan kemanusabahan semantik atau erti. Maksud pemakalah ialah si pemantun harus memikirkan urutan atau rentetan atau tautan cerita atau hal atau fakta yang terdapat dalam baris pertama dan kedua yang juga berfungsi sebagai pembayang maksud (2006). Hal ini terkecuali jika si pemantun ingin memikirkan makna yang tersirat atau makna berlapis atau sindiran kepada pendengarnya. Sila perhatikan contoh pantun yang berikut: Pohon beringin daunnya hijau, Pucuk petola diselak-selak; Hati ingin hendak ke pulau, Biduk ada pendayung tidak. (Zainal Abidin Bakar, 1984: 179) Jika kita teliti dari aspek wacana, pantun yang diambil perkataan yang menggunakan unsur alam ini wujud wacana dalam baris pertama, iaitu pohon atau pokok beringin, sejenis spesis pokok yang besar dan mempunyai daun yang hijau kerana pokok ini hidup dalam iklim khatulistiwa. Kaitan baris pertama dengan baris kedua seolah-olahnya tiada. Namun jika difikirkan asasnya, iaitu unsur alam, maka pemantun telah dapat memikirkannya dari sudut tumbuhan yang pelbagai tetapi digunakan contoh yang lain pula, iaitu pokok petola yang sifatnya menjalar, berdaun separa tua, dan berpucuk muda. Sudah pastilah daun pada peringkat pucuk lebih lembut dan mudah untuk diselak. Yang pasti ialah perbuatan menyelak itu manusabah dilakukan (oleh manusia) kerana pokok petola biasanya melilit pada panggarnya dan mudah dicapai oleh si penanamnya. Oleh itu, daun petola yang muda mudah di selak-selak dan berkemungkinan si penanamnya ingin memeriksa daun petola sama ada terdapat ulat daun atau pun tidak. Daripada aspek inilah yang dikatakan oleh pemakalah bahawa wacana telah wujud dan kemanusabahan makna terjelma. Ringkasnya, wacana dalam baris pertama dan kedua dapat dibentuk. Wacana dalam baris keitga dan keempat tidak dapat dipertikaikan kerana baris ini merupakan maksud pantun yang menekankan aspirasi si pemantun, iaitu ingin menyatakan cita-cita hidupnya tetapi tidak tercapai akibat daripada ketidakcukupan syarat dan sebagainya. Aspek ini mungkin di sebaliknya jika kita teliti pantun yang berikut: Anak Cina bermain congkak, Anak Siam menunggang kuda; Aku ketawa giginya rongak, Berkahwin pula dengan si tua. Mari kita fikirkan aspek wacananya. Saya berpendapat dalam baris pertama, wacana budayanya meleset sama sekali! Hal ini demikian kerana kebiasaannya anak kaum Cina tidak bermain congkak. Mereka mungkin bermain gendang Cina maksudnya, wacana seperti ini tidak mempunyai perkaitan dengan realtiti hidup dan budaya. Fakta inilah yang merencatkan binaan dan penciptaan pantun. Baris kedua demikian juga, iaitu anak bangsa Siam biasanya tidak biasa (lumrah) menunggang kuda. Yang biasa ialah mereka menunggang gajah. Jadi, pada pendapat pemakalah, baris pertama dan kedua selain tidak mempunyai kohesi, masing-masing dalam setiap baris juga tidak berkohesi antara baris. Jika kita teliti baris ketiga dan keempat pula, mungkin baris ketiga boleh diterima sebagai jenaka tetapi kaitan yang tipis antara gigi yang rongak dengan rasa terlalu geli hati apabila mendapati yang rongak (sama lelaki atau wanita) berkahwin dengan pasangan yang tua. Aspek ini perlu diamat-amati oleh pemantun supaya pantun yang merupakan milik budaya Melayu ini tetap terpelihara nilai estetika, wacana dan kemanusabahan maknanya. Sila teliti pula pantun yang berikut: Aur ditanam betung yang tumbuh, Diparang oleh anak Cik Siti; Kalau hati sesama teguh, Kering lautan kita nanti. (2001: 379)

Kalau tuan mudik ke hulu, Belikan saya ulam pegaga; Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga. (2001: 411)

Buah berangan dari Palembang, Dijual budak dalam kota; Jangan tuan berhati bimbang, Saya tidak berubah kata. (2001: 383) Berdasarkan pantun di atas, bagaimanakah wacana dan kemanusabahan maknanya?Apa itu Pantun?PANTUNadalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

PANTUNmerupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu. Kedua, berdasarkan hunbungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Menurut Za'ba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris maksud.DEFINISI PANTUN

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya .Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu .Ia bertujuan memperindahkan lagi sesuatu ucapan .

Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaaan sendiri.

Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasya di dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya .Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu .Ia bertujuan memperindahkan lagi sesuatu ucapan .

Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaaan sendiri.

Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara.Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap .Selain itu,pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa , kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan,dan sebagainya.

Di samping itu,pantun mempunyai peranan tersendiri iaitu ,pantun merupakan adat memelihara bahasa ,menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir.pantun melatih seorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar.Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif.Bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Pantu juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi.Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan cipta pemikiran dan falsalah masyarakat melayu tradisional yang tinggi ,asli dan bernilai seni

nusantara.Orang melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap .Selain itu,pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa , kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan,dan sebagainya.

Di samping itu,pantun mempunyai peranan tersendiri iaitu ,pantun merupakan adat memelihara bahasa ,menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir.pantun melatih seorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar.Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif.Bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Pantu juga merupakan warisan orang melayu sejak dari dahulu lagi.Keindahan kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihatkan cipta pemikiran dan falsalah masyarakat melayu tradisional yang tinggi ,asli dan bernilai seniJENIS JENIS PANTUN

PANTUN TEKA TEKI PANTUN NASIHAT PANTUN KASIH SAYANG PANTUN JENAKA PANTUN BERSUKACITA PANTU BERDUKACITA PANTUN KIASAN PANTUN BUDI PANTUN 2 KERAT PANTUN 4 KERAT PANTUN 4 KERAT PANTUN 6 KERAT PANTUN 8 KERAT PANTUN 12 KERAT PANTUN BERKAIT

antun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan menyampai atau melafazkanpantunjuga harus memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi.

2.1.1 Untuk mendidik

Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakanpantunsebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Air melurut di tepian mandi,Kembang berseri bunga senduduk;Elok diturut resmi padi,Semakin berisi semakin tunduk.

Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;

Sungguh indah pintu dipahat,Burung puyuh di atas dahan;Kalau hidup hendak selamat,Taat selalu perintah Tuhan.

2.1.2 Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu

Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa.Pantun-pantunsebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;

Ribu-ribu pokok mengkudu,Cincin permata jatuh ke ruang;Kalau rindu sebut namaku,Air mata jangan dibuang.

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya.

2.1.3 Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasihMasyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antarapantunyang popular sehingga sekarang ini adalah seperti pantun di bawah:

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.

2.1.4 Untuk adat istiadat

Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu,pantunjuga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;Tok Sami ke Teluk Lipat,Kain sekodi dibawa sama;Datang kami membawa hajat,Kalau sudi minta terima.

2.1.5 Untuk sindiran dan tempelak

Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Perhatikanpantunsindiran Melayu lama di bawah ini yang masih kita gunakan sehingga sekarang;

Buah langsat kuning mencelah,Senduduk tidak berbunga lagi;Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.

2.1.6 Untuk menguji minda

Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contohpantunMelayu lama yang masih diingati ialah;

Kalau tuan pergi ke kedai,Belikan saya buah keranji;Kalau tuan bijak pandai,Apakah binatang keris di kaki?

2.1.7 Untuk hiburan

Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkanpantun-pantunbersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.Tuan Puteri memasang panjut,Dayang tolong menghalau lalat;Kucing tidur bangkit terkejut,Melihat tikus pandai bersilat.Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti laguDondang Sayangyang popular dalam kalangan Baba Nyonya.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 2: Fungsi Pantun dalam buku ANEKA CONTOH PANTUN PILIHAN MENGIKUT ATUR CARA MAJLIS.Maklumat tentang bukuini boleh didapati diwww.books.perintis. com.my.Harga senaskhah ialah RM17 jika dibeli secara online. Harga pasaran ialah RM18. Jumlah muka surat ialah 160.

Pantun melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat ,agama ,nasihat, jenaka, budi,dan teka teki .Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri.Dalam masyarakat melayu ,pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu ,dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran .Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak terasa .Seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun .Keadaan pantun dilafazkan menjadi pertimbangan dalam menyampai isi pantun .Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun ,dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengarterutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat .Begitu juga, jika melafazkan pantub berkaitan dengan budi dan jenaka .Cara penyampaian pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar .Bagaimanapun ,pantun yang dicipta oleh masyarakat melayu dahulu mempunyai fungsi

Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu TradisionalOleh Mohd Khairi bin Ariffin (PISMP-BM, IPG-KKB)1.0 PENGENALANSejarah telah membuktikan betapa sesungguhnya corak hidup masyarakat dan bangsa Melayu pada zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti pantun dan peribahasa. Zaba di dalam bukunya bertajukIlmu Mengarang Melayu(1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu. Oleh itu, umum telah menerima bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Ianya bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau Cina. Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).

Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semulajadi seperti alam tumbuhan, haiwan dan cakerawala. Ini adalah disebabkan masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam yang berada di sekeliling mereka sama ada di laut, di hutan, di bendang, di ladang dan di gunung. Harun Mat Piah (1989: 115) menjelaskan bahawa penggunaan lambang-lambang dan simbol-simbol daripada alam perlu diketahui untuk memahami maksud pantun. Lantaran itulah pantun dikaitkan dengan alam semulajadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat.

Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad, 1993: 114). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam. Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantun menggunakan latar alam sebagai pembayang.Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.

2.0 DEFINISI PANTUNPantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripadapenggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapatperhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar.Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.

Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalamandan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (temadan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yangberkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikuttanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubunganmakna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atauabstrak.

Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampirseluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), sepertipantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat,pantun teka- teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantunagama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dansebagainya.3.0 FUNGSI PANTUN DALAM MASYARAKAT MELAYU3.1 Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasihSeseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yangmenerima budi baktinya.Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati.Namun begitu, oleh sebab terlalumenerima budi, seseorang itu seharusnya tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikatkepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahubatas dan sempadan. Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :1) Pisang emas di bawa belajar, Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Berdasarkan pada pantun di atas, dapat dilihat secara luas tentang nilai budi yang berlaku terhadap masyarakat kita pada zaman dahulu kala. Hutang emas walaupun banyak dan melimpah ruah dapat juga dijelaskan walaupun secara beransur-ansur sehinggalah jumlah hutang itu mengecil dan selesai dibayar. Keadaan ini berbeza dengan budi, hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian hatta permata sekalipun. Kesudahannya, hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun. Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu juga dianggap sebagai budi yang tidak ada nilai komersilnya.

Budi yang dizahirkan ini akan dikenang oleh orang yang menerimanya. Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang daripada menimpa kecelakaan atau kemalangan terutama yang melibatkan nyawa, maka budi kita akan diingati selamanya selagi hayat dikandung badan. Nilai keluhuran budi itu lebih memberi kesan kepada penerimanya sekiranya kita mengambil contoh pemberian sedekah, bantuan berbentuk wang tunai atau kerja buat, cederahati kenang-kenangan kepada orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan dalam meringankan beban kerja atau kos sara hidup yang perlu ditanggung dalam meniti kehidupan di dunia ini disebabkan faktor kesempitan hidup, masalah kesihatan dan tidak berpendidikan.

2) Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali;Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Berdasarkan pantun di atas, dapat dilihat betapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat zaman dahulu kala amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi, perkara pertama yang akan dilihat oleh ibu bapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak, begitu juga sebaliknya ibu bapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak. Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.

Kesimpulanya, pantun budi sudah digunakan oleh masyarakat dahulu sejak turun-temurundalam kehidupan seharian mereka.Masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.Selain itu juga, kebanyakan perbuatan seharian dibuat dengan pantun dengan tujuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih, memberi nasihat dalam adat berkahwin dan lain-lain lagi.Hal ini demikiankerana pantun menjadi wadah dan wahana yang digunakan untuk menyampaikan danmenjelaskan sesuatu yang penting kepada masyarakat dan mudah difahami oleh masyarakat tradisional Melayu.

3.2 Tujuan adat istiadatPantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentangkehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat dan huraiannya :

3) Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang; Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang.

Berdasarkan pantun di atas,ianya jelas menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakatMelayu sejak dahulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan danmenjadi kebanggaan orang Melayu. Pantun ini menceritakan tentang sudah menjadi lumrah ataumenjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akanmemilih pasangan hidupnya apabila sudah sampai serunya. Setiap lelaki akan mencariseorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebiasaannya, pihak lelaki akanmenghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Di dalam pantun adatini, seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua yakni selalunya bapa kepada anak lelaki dan rombongannya ke rumah pihakperempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuanmereka berkenaan hasrat pemuda yang ingin mengahwini gadis itu.

4) Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.Pantun di atas pula menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing.Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masaitulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinanyang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya.Adat meminang jugasangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah berpunya.Sebelumadat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuantersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu.Ini kerana, masyarakat Melayu sangatberpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapanyang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalahmerujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat tersebut.Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.3.3 Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa.Pantun-pantunsebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cubadisampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang.Kasih sayang merupakan satuperasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang.Erti kata kasih sayang bolehdibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusiadengan Tuhan dan manusia dengan alam.Perasaan sayang selalunya akan disampaikanmelalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telahmemperlihatkan bahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunanterutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alamyang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudahditakdirkan oleh Ilahi. Berikut merupakan dua contoh pantun kasih sayang dan penerangannya :

5) Bunga melur di atas titi, Mari dibungkus di dalam kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.

Pada rangkap pertama pantun kasih sayang di atas memaparkan mengenai ajaran tentangkesetiaan iaitu kepatuhan dan ketaatan seseorang dalam melakukan sesebuahperhubungan seperti dalam persahabatan, percintaan, dan sebagainya.Kesetiaan dalamperhubungan perlulah berpegang teguh kepada janji bagi memastikan perhubungan dapatberjalan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran.Rangkap pertama cuba menceritakan mengenaikesetiaan seorang jejaka menunggu kekasihnya tanpa mengira waktu.Dalamperhubungan, kesetiaan perlu wujud bagi memupuk nilai kasih sayang antara insan. Secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri serta mematangkan seseorang dalam melakukan perhubungan.Seandainya ajaran ini tidak diamalkan nescaya sesebuah hubungan itu tidak akan dapatbertahan lama malah masyarakat juga akan turut berpecah belah kerana konsep kesetiaandan ketaatan tidak dilaksanakan dalam perhubungan.

6) Lama sudah tidak ke ladang, Padi sudah dililit kangkung; Selama tuan tidak kupandang, Putus hati pengarang jantung.

Rangkap kedua pula mengutarakan ajaran mengenai keprihatinan iaitumasyarakat mestilahmempunyai sifat timbang rasa dalam perhubungan.Sifat ini hanyaboleh dimiliki oleh mereka yang meletakkan dirinya di tempat orang yang hendakdiambil perhatian.Ajaran ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang bercinta.Disamping itu, dapat menguntungkan seseorang dan mengukuhkan lagi perhubungan agaraman dan harmoni.Sikap keprihatinan ini ama jelas pada rangkap terakhir ketika si gadistidak memandang lelaki lain selain daripada kekasihnya.Keprihatinan ini wajardiikuti oleh masyarakat agar dapat mewujudkan satu perhubungan yang kukuh seterusnyadapat memupuk sikap keprihatinan terhadap keluaraga, kekasih mahupun masyarakat.Sekiranya sikap keprihatinan tidak diamalkan dalam perhubunganmaka ianya tidak akanbertahan dengan lama kerana wujud sikap pentingkan diri sendiri. Oleh sebab itu, sikapini sangat penting dalam perhubungan dan seharusnya dilaksanakan oleh masyarakatsetempat dinihari.

Kesimpulannya, pantun kasih sayang menggambarkan identiti kehidupan masyarakatMelayu.Pantun ini juga amatmemainkan peranan dalam mempengaruhi gaya hidupmasyarakat baik dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa.Pengaruh pantunmerangkumi aspek daya fikir, beradat, berbahasa dan juga menggambarkan kehidupanmasyarakat Melayu.Oleh itu, masyarakat kini perlu sedar itu mereka mestimempertahankan pantun kasih sayang agar boleh bertahan hingga ke generasi akan datang dan tidakditelan perubahan zaman.

3.4 Untuk sindiran dan tempelakMengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah.Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :

7) Pondok robek makan api, Anak Cina main teropong; Katak bertingkir besar hati, Dapat dunia bawah tempurung.

Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.

8) Ayam dikepuk dipanggil pulang, Kain tercarik tersangkut duri;Usah ditepuk air di dulang, Kelak terpercik muka sendiri.

Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.

Sebagai kesimpulan, penggunaan kias ibarat ini sudah pasti menjadi perhiasan bagi mencantikkan bahasa kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan keindahan alam dan pemilihan lambang atau simbol itu pula begitu cantik. Apa yang lebih penting ialah penggunaan kias ibarat berperanan menjadi pelindung sesuatu perkara yang tidak ingin dinyatakan secara terang-terangan. Dengan adanya bahasa kiasan, perasaan malu atau takut kerana tidak manis didengar orang dapatlah disembunyikan.

3.5 Menyampaikan mesej berunsur keagamaanPantun agama ialah pantun yang mengandungiaqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah.Pantun agama menerangkan tentangketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi.Pantun ini juga menyeruumat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya.Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentangsetiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama dan penerangannya :

9) Redup bulan nampak nak hujan. Pasang pelita sampai berjelaga;Hidup mati di tangan tuhan, Tiada siapa dapat menduga.

Rangkap pantun di atas menjelaskan maksud redup bulan nampak nak hujan ialahsesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petandanya.Contohnya, bulan yang redupmenandakan hujan akan turun.Baris kedua pula,pasang pelita sampai berjelaga bermakna hidup manusiaada peraturannya hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanyaAllah yang menentukan.Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allahsahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiapmanusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mengkehendaki apa yang Dia kehendaki iaituakan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya.Contohnya, bayi yang baru lahir dalam tempohsehari boleh mati dengan kehendak-Nya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.10) Sayang-sayang buah kepayang, Buah kepayang hendak dimakan; Manusia hanya mampu merancang, Kuasa Allah yang menentukan.

Rangkap kedua pantun agama menceritakan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang walaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya.

Kesimpulannya, pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan nilai keagamaan. Dalam pantunagama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi dijadikan panduankepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilai-nilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersiratdan dapat dijadikan pedoman. Tidak dapat dinafikanpantun agama memang terdapat pengajaran yang berguna kerana melalui pantuntersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu agama sama ada ilmu duniawiatau ukhrawi.

4.0 KESIMPULANSejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu.Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair. gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya kerana mempunyai kedudukan tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat, pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau. Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.

Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seseorang dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau tempelak yang ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya mereka mampu memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.

Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal umpama tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.Pantun merupakan puisi yang begitu diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali masyarakat Melayu yang melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui pantun dan kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita.

RUJUKANAb. Rahman Ab. Rashid, Rosli Saludin, Zakaria Perngis. (2005).Mutiara Sastera Melayu Tradisional.Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Annas Haji Ahmad. (1998).Sastera Melayu Lama dan Baru.Selangor : Masa Enterprise.

Awang Sariyan. (2007).Falsafah dan Logika Melayu.Selangor : Synergymate Sdn. Bhd.

Hashim Hj. Musa. (2001).Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu.Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Harun Mat Piah. (1989).Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Hj. Ahmad. (2000).Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tenas Effendy. (2007).Khazanah Pantun Melayu Riau.Kuala Lumpur : Dawama Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Ahmad. (1965).Ilmu Mengarang Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Media elektronikPantun Melayu.Diperoleh Ogos 21, 2010 darihttp://melasayang.4t.com/pantun.htmDicatat olehMBidi6:13:00 PTGKepentingan Karya (Pantun) dalam konteks sarwajagat (world view) Masyarakat Melayu TradisionalContoh soalan:Jelaskan peranan dan kedudukan pantun dalam masyarakat Melayu Tradisional.Pantun memainkan peranan dan kedudukan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. Peranan dan kedudukan pantun antara lain ialah sebagai alat hiburan. Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bersenda gurau, bermain-main, usik-mengusik dan menghibur hati. Contohnya pantun jenaka, pantun dua kerat dan pantun teka-teki.Ambil segulung rotan sega, Sudah diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.

Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Di dalam pantun terselit mesej untuk perkara tersebut. Memberi nasihat dan pandangan kepada tiga perkara yang disebutkan tadi. Walaupun ringkas tapi kental serta padat untuk memberi teguran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. sesiapa yang berkaitan sudah pasti akan terkena dengan sindiran dan kiasan yang begitu tepat sekali, tapi secara bersopan.Anak darapergi ke judah, Sampai di judah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri.

Seterusnya dalam ucapan yang disampaikan oleh seorang pemimpin, unsur-unsur pantun digunakan sebagai pembukaan dan penutup ucapan. Dalam bahagian pembukaan dilukiskan sebagai kata-kata aluan kepada pendengar atau ucapan terima kasih kepada penganjur. Manakala dalam bahagian penutupnya selalu di sampaikan pantun seperti;Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur pamjamg, Boleh kita berjumpa lagi.

Pantunjuga boleh digunakan sebagai alat komunikasi bertaraf tinggi seperti dalam upacara adat dan adat-adat seperti adat meminang dan sebagainya. Pantun yang dikeluarkan menunjukkan komunikasi orang Melayu begitu bersopan sekali. Orang melayu tidak akan berkomunikasi secara terangan kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan orang yang dilawan berkomunikasi.Berkokok ayam dari hulu, Ditangkap budak sedang berlari; Angin memukul gelombang memalu, Sebab berhajat kita ke mari.Seterusnya pantun berperanan sebagai alat didaktik iaitu memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan sindiran atau kritikan. Misalnya melalui pantun nasihat, pantun budi dan pantun kanak-kanak. Setiap yang disampaikan senang diterima kerana penyampaiannya secara puitis dan indah sekali.

Pantun juga berperanan sebagai penyampai maksu atau curahan rasa hati, terutama di kalangan orang-orang muda yang sedangkan berkasih-kasihan. Contohnya melalui pantun kasih. Setiap kata yang bakal disampaikan akan disusun dengan penuh indah dan menarik hati orang yang akan dilawan berbicara. Pantun dalam jenis ini sungguh mengasyikkan.

Tegasnya di sini pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai-bagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Dalam pantun juga kita akan dapat melihat akan keindahan atau estetik masyarakat Melayu itu sendiri kerana sikap orang Melayu yang tidak suka bercakap secara berterus terang. Misalnya melalui pantun kias ibarat. Melalui pantun seperti ini orang Melayu sendiri telah dilatih supaya berfikir secara tinggi. Orang yang tidak boleh berfikir secara mendalam sudah pasti tidak akan dapat mengesan maksud yang disampaikan.Dicatat olehGuru Akademik KMK Ahmad Yani Sallehdi1:17 PGPantun dan Fungsinya Dalam Komunikasi (1)Dari zaman persekolahan menengah dan seterusnya ke universiti, saya sangat meminati puisi Melayu lama terutama pantun. Sesekali apabila membaca saya suka menterjemahkan sesuatu dalam bentuk tulisan sebegini agar dapat dikongsi bersama berkaitan dengan pantun dan peranannya dalam komunikasi. Untuk perkongsian kali pertama ini saya cuba menghuraikan peranan pantun sebagai alat komunikasi berbentuk hiburan.Sesuai dengan pengertian dan takrifan pantun sebagai alat untuk mengenali pemikiran, budaya, budi malahan lukisan dan gerak hati masyarakat Melayu secara keseluruhannya, maka kita patut melihat fungsi atau peranan yang dimainkan oleh pantun dalam kehidupan bermasyarakat. Sehubungan itu, melalui tulisan ini saya akan cuba mengungkap perihal pentingnya pantun sebagai salah satu alat komunikasi masyarakat Melayu berdasarkan tajuk, Pantun : Wadah Komunikasi Masyarakat Melayu. Jika perbandingan secara terperinci dibuat di antara fungsi pantun dan juga fungsi komunikasi, beberapa kesimpulan awal boleh dibuat terutama dari segi persamaan kedua-duanya. Seperti juga komunikasi, pantun juga berperanan sebagai alat hiburan dalam masyarakat, menjadi saluran pendidikan atau nasihat, untuk menjalin hubungan dalam masyarakat, sebagai penyebar informasi, berperanan dalam transmisi budaya masyarakat, agen ekonomi dan juga politik. Namun demikian dalam konteks perbincangan ini, hanya empat fungsi utama pantun dalam komunikasi yang akan diberi penekanan iaitu dari dimensi hiburan, pendidikan dan nasihat, perhubungan dalam masyarakat serta aspek ekonomi dan juga politik.Pantun Dalam Konteks Hiburan

Memandangkan masyarakat Melayu lama tidak mempunyai saluran atau media yang canggih untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja, maka pantun menjadi salah satu medium untuk mereka mengubat lara di hati dan juga melepaskan segala kelelahan sama ada dari segi mentalmahu pun fizikal. Sesuai dengan peranan komunikasi yang bertindak sebagai alat hiburan, pantun juga memainkan peranan yang sama terutama untuk menimbulkan rasa keriangan dalam kehidupan sehari-harian. Beberapa contoh pantun di bawah dapat memperjelaskan lagi secara lebih terperinci bagaimana pantun amat berguna terutama dalam membayangkan rasa gembira yang dialami oleh seseorang, meninggalkan perasaan seronok dan riang terutama di kalangan kanak-kanak serta menimbulkan unsur-unsur jenaka dalam kehidupan. Contohnya;

Anak kera pandai meniti,Anak ayam disambar helang;Tidak terkira besarnya hati,Melihat ibu sudah pulang.

Rawa bangun jalan berliku,Penuh onak makanan badak;Gelak senyum rupa kakakku,Melihat nenek duduk berbedak. (Ismail Hamid, 1987, hal. 236-237)

Selain itu, pantun juga digunakan dalam interaksi antara individu terutama untuk menguji minda seseorang. Selain dapat mencabar ketangkasan seseorang berfikir, pantun dalam konteks ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara individu kerana ia disampaikan dalam besuasana santai. Contohnya dalam perbualan di antara seorang ayah dengan anak, datuk dengan cucu atau pun sesama rakan sebaya. Ini dapat dilihat terutama sekali dalam pantun teka-teki seperti pantun yang diberikan di bawah ini;

Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan pulut;Kalau tuan bijak laksana,Apa binatang tiada perut? (Mohd. Yusof Md. Nor, 1984. hal. 84)

Sehari-hari adik ditatih,Dibawa dia ke rumah abang;Berapa tinggi terbang Cik Putih,Ke kerbau juga atau ke kubang. (Dussek dalam Harun Mat Piah, 1989, hal. 347)

Bagi melengkapkan fungsi pantun sebagai alat hiburan, pantun selain digunakan dalam acara berbalas pantun sesama anggota masyarakat, pantun turut juga dinyanyikan sama ada oleh kanak-kanak, pasangan teruna dan dara yang sadang asyik masyhuk dalam alam percintaan mahu pun oleh golongan rang tua. Di dalam nyanyian rakyat contohnya seperti lagu Rasa Sayang dan Suriram contohnya, penggunaan pantun sebagai lirik lagu ternyata dapat memberikan hiburan yang tidak sedikit kepada seluruh masyarakat Melayu.

Suriram (ram ram)Suriram yang manisAduhai suriram sayangMakin dipandang semakin manis.

Tinggilah tingggi si matahari (suriram)Anak kerbau mati tertambat (suriram)Sudahlah lama hamba mencari sayangBaru sekarang hamba mendapat.

Suriram (ram ram)Suriram yang manisAduhai suriram sayangMakin dipandang semakin manis.

Dualah tiga kucing berlari (suriram)Mana nak sama si kucing belang (suriram)Dualah tiga sudah kucari sayangMana nak sama abang seorang. (Utusan Pengguna, Jan-Feb. 2008, hal. 14)

Selain pantun digunakan sebagai lirik lagu dalam lagu-lagu rakyat, berikut diketengahkan pula beberapa rangkap pantun yang begitu popular digunakan sebagai sebahagian daripada lirik lagu sehingga menjadi siulan anggota masyarakat dan masih segar dinyanyikan oleh pelbagai lapisan masyarakat berdasarkan kedudukannya.

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan. (Dipetik dari filem Gurindam Jiwa)

Timang tinggi-tinggi,Sampai pucuk atap;Belum tumbuh gigi,Sudah pandai baca kitab.

Tepuk amai-amai,Belalang kupu-kupu;Tepuk adik pandai,Upah minum susu. (Ismail Hamid, 1987, hal. 243)

Secara keseluruhannya, pantun telah berjaya memainkan peranannya sebagai hiburan dalam konteks komunikasi dalam kehidupan masyarakat Melayu dengan memasukkan beberapa unsur lain bagi memastikan nilai-nilai estetika di dalam pantun terus terpelihara.INDAHNYA BAHASA DALAM PANTUN MELAYU.OLEH DR AMINUDINMANSOR

Bahasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat dan bahasa yang baik akan dapat difahami maksudsama ada bahasa yang tersurat dan tersirat. Bahasa yang tersurat adalah yang tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa tersirat adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang lain.

Begitulah, pantun yang dahulu biasanya disampaikan sewaktu orang Melayu berkebun, bersawah, serta mengadakan majlis merisik, meminang dan nikah kahwin.Pantun sebati dengan adat dan budaya kehidupan masyarakat Melayu. Ia terangkum dalam pantun adat dan resam manusia, agama dan kepercayaan, nasihat dan pendidikan, kembara dan perantauan dan percintaan. Pantun sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasa jika dikaji dan dihayati.

Bahasa dalam pantun juga terdapat dua maksud antaranya maksud tersurat dan juga tersirat. Tetapi pada kebiasaannya pada pembayang atau sampiran pantun ia banyak menggunakan bahasa tersurat dan dalam maksud atau makna ia membawa dan menggunakan bahasa yang tersirat. Bahasa khususnya Bahasa Melayu nilainya amat tinggi tidak boleh dijual beli, seperti kata pantun di bawah ini:

AnakCinabertimbang madat,Dari Makasar langsung ke Deli;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak dijual beli.Makan sirih berpinang tidak,Pinang ada di bawah tangga;Makan sirih mengenyang tidak,Tapi tanda budi dan bahasa.

Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;Indahtampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.

(WarisanPuisiMelayu, KL. DBP 1978).

Tanpa bahasa yang baik, sesebuah pantun tidak dapat berfungsi dengan lancar serta tidak dapat menyampaikan sesuatu maksud. Pemantun atau pengarang pantun biasanya mengambil imej alam, kehidupan dan persekitaran semasa bagi pembayang. Manakala isinya atau maksudnya juga mempunyai kaitan dengan pembayang tersebut.

Bahasa dalam pantun juga meliputi tumbuhan, binatang, alam fizikal dan cakerawala, manusia, peristiwa, agama, objek konkrit, warna dan seluruh kehidupan masa lalu dan masa kini. Hal ini terdapat dalam pembayang pantun yang mengambil simbol untuk menyampaikan mesej dan nilai-nilai tertentu. Begitulah juga keindahan bahasa dijelaskan dalam pantun di bawah.

Sebagai contoh;

Yang kurik kundi,Yang merah saga;Yang baik budi,Yang indah bahasa.

(Kumpulan Pantun Melayu, DBP, 1983)

Simbol mendukung makna kata dan diksi dalam pantun. Simbol juga digunakan mengikut konteks pemakaian, dan lingkungan budaya masyarakat yang menghasilkan pantun itu. Unsur bahasa dan kod budaya turut memancarkan jaluran budaya dan pemikiran masyarakat baik secara individu dan masyarakat atau kelompok masyarakat yang mewakili zamannya. Puitika sesebuah pantun banyak bergantung pada bahasanya yang indah, berseni, mempunyai akal budi, menyentuh rasa dan perasaan dan ada rasa keindahan.

Proses penciptaan simbol ini sangat erat hubungannya dengan budaya dan lingkungan kehidupan orang Melayu pada zaman dahulu dan juga zaman kini bergantung pada bila proses penciptaan pantun itu sendiri. Aspek simbol ini memperkayakan lagi dan turut memahami bahasa dan budaya Melayu melalui karya sastera.

Kajian dan penyelidikan para sarjana mendapati, salah satu cara menyampaikan buah fikiran, teguran dan sindiran adalah melalui pantun. Orang Melayu dahulu gemar menyampaikan sesuatu persoalan secara tidak langsung, melalui bahasa kiasan bagi menjaga hati orang lain agar tidak tersinggung dan terasa dengan kata-kata secara langsung.

Melalui karya sastera, simbolmerupakan salah satuunsur bahasa yang penting.Simbol mungkin dapat ditafsirkan secara terus atau secara tidak langsung. Simbol bukan sahaja dapat dikesan melalui karya sastera Melayu lama, malah karya sastera Melayu Moden. Sebagai contoh, pantun Melayu dapat dikesan banyak menggunakan simbol yang dipakai bagi menyampaikan mesej dan nilai-nilai tertentu.

Bahasa dalam pantun Melayu dapat dikesan simbolnya melalui Pantun Adat dan Resam, Pantun Agama dan Kepercayaan.Pantun Budi,Pantun Jenaka, Pantun Teka-Teki, Pantun Kepahlawanan,Pantun Nasihatdan Pendidikan, Pantun Peribahasa dan Perbilangan, Pantun Kiasan dan Ibarat, Pantun Perantauan dan Pantun Percintaan.

Zaba (1965:218) ada menyatakan tentang puisi khususnya pantun yang menekankan kepada kecantikan, keindahan bahasa, metafora, pemikiran, pendidikan, pengajaran dan sebagainya. Pantun sebagai puisi yang diungkap akan mengindahkan lagi bahasa ucapan yang digunakan untuk berbagai-bagai-bagai situasi; daripada memberi ucapan secara berseloroh hingga kepada majlis yang lebih serius seperti pertunangan dan perkahwinan dalam masyarakat Melayu.

Menurut pengkaji pantun Francois Rene Daillie (2002) menyimpulkan bahawa pantun Melayu itu suatu intisari kehidupan dan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir. Di dalamnya tersiratsegala elemen kehidupan manusia Melayu termasuklah tentang tanah, rumah, kebun, sawah padi, sungai, laut, hutan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, binatang, burung, ikan, dan pelbagai perkara kecil yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, ia menyatakan juga tentangadat resam, kebijaksanaan, pelbagai bentuk kepercayaan dan perasaan, cinta kepada jejaka idaman, wanita dan Tuhan. Walau bagaimanapun, pantun bukanlah hak milik mutlak bangsa Melayu sahaja tetapi dikongsi bersama oleh hampir setiap etnik di alam Melayu ini.

Jelaslah, bahasa dalam pantun Melayu mempunyai keistimewaan yang dipilih oleh pengarangnya dengan teliti, melalui pemerhatian yang lama dan rapi. Garapan bahasa yang digunakan juga membabitkan simbol tertentu bagi menjelaskan bahasa yang ingin disampaikan kepada pendengar.

Bagi kepentingan budi dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat jelas digambarkan melalui pantun di bawah:

Di sana padi di sini padi,Itulah nama sawah dan bendang;Di sana budi di sini budi,Barulah sempurna bernama orang.

(Abdul Samad Ahmad (penyusun) Pantun Bunga Rampai, t. th :59).

Pandangan tokoh Budayawan Tenas Effendy (2007:3) mengatakan pembayang pantun di Indonesia lazim disebut sampiran. Pantun pada hakikatnya menjadi bahagian yang tidak dipisahkan dari isi pantun. Sebahagian orang mengatakan bahawa kata pembayang dapat diertikan sebagai bayang-bayang atau bayangan pantun, yang menunjukkan persebatian yang kekal antara pembayang dan isi pantun. Demikian juga dengan kata sampiran yang dapat ditafsirkan sebagai sarung atau tempat menyimpan isi sebagai cerminan perpaduan isi dan sampirannya.

Keindahan bahasa dalam pantun sejak dahulu sangat menitikberatkan unsur pemilihan kata dan bahasa yang disampaikan. Terdapat juga sejumlah kecil pantun menggunakan citra dan simbol alam sebagai pembayang dan juga maksud yang membayangkanperlambangan atau kiasan sebagai membuktikan khazanah keindahan pemikiran Melayu yang luas itu.

Dalam hal ini, R.J. Wilkinson dan R.O.Winstedt (1957) pernah menyarankan bahawa untuk memahami perasaan orang Melayu, seharusnya difahami pantunnya. Mereka berpendapat, bahawa satu daripada perkara yang penting yang boleh membawa seseorang itu berjaya memahami dan menyelami pengetahuan, perasaan, bahasa dan aliran fikiran orang Melayu sendiri ialah melalui pantun-pantunnya. Malahan seseorang itu tidak dapat menduga aliran fikiran orang-orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya.

Hakikatnya, keindahan bahasa amat penting dalam serangkap pantun untuk menyampaikan fikiran, hasrat dan rasa hati. Bahasa yang tidak indah dan tidak tepat yang digunakan dalam pembayang dan isi pantun akan menyebabkan sesebuah pantun itu tidak seimbang keindahan bahasanya. Perhatikan pantun di bawah:

Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut menyebut,Budi sedikit rasa nak junjung.

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

(Petikan TeksSehijau Warna Daun,Pantun Budi 2000:4, DBP.)

Budi dan bahasa sangat berkait rapat dalam setiap tindakan dan perlakuan. Bahasa yang baik akan memancarkanbudi bahasayang baik. Justeru, dikatakan hutang emas boleh di bayar; hutang budi dibawa mati. Begitulah juga dengan orang berbudi disanjung mulia; ke mana pergi tiada terbuang.

Begitulah rapatnya kaitan antara budi dan bahasa. Budi yang baik akan sentiasa diiringi dengan bahasa yang baik juga, yang melambangkan perasaan dan fikiran orang Melayu tentang budi dan bahasa. Orang Melayu sentiasa bersifat budiman, mengenang budi, berbudi bahasa, menabur budi dan sentiasa ingin berbudi. Hal ini sangat jelas dalam kebanyakan pantun-pantun Melayu dahulu.

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa khususnya Bahasa Melayu para guru mestilah menekankan keindahan bahasa dalam pantun-pantun Melayu melalui Komponen Sastera (Komsas) dari Tingkatan Satu hingga Lima bagi memberi kesedaran, mendidik akal budi, dengan sifat-sifat keistimewaan bahasa Melayu dalam karya-karya sastera khususnya pantun. Pantun budi dikategorikan dalam pantun budi dan bahasa.

Hakikatnya, bahasa yang indah sangat penting dalam penciptaan pantun-pantun Melayu. Tanpa bahasa yang indah, pantun yang dikarang atau dibacakan tidak terasa keindahannya. Oleh itu, para pencipta pantun dan pemantun zaman lampau sangat bijaksana memilih kata-kata tentang penggunaan bahasa yang berkaitan dengan alam, kehidupan,adat istiadatdan budaya masyarakat Melayu. Melalui pemerhatian yang teliti, penelitia