Upload
suriati-taib
View
280
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ujhyvgjvbxhdr
Citation preview
1. Thinking process: Defining in Context
(Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut
konteks)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan
mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu
tajuk dengan memberikan maklumat mengikut
konteks.
2. Thinking process: Describing using adjectives
(Proses pemikiran: Menerangkan atau
memperihalkan menggunakan adjektif)
Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk
memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan
perkataan deskriptif atau huraian.
3. Thinking process: Compare and Contrast
(Proses pemikiran: Banding beza)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding
beza sesuatu.
4. Thinking process: Classification
(Proses Pemikiran: Membuat pengelasan)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan
atau idea. Sebagai contoh; ambil sebahagian daripada
sesuatu tajuk atau cerita dan kelaskan sebab utama
sesuatu keadaan atau situasi.
5. Thinking process: Part-whole relationship
(Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek
fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua
ialah bahagian utama. Contoh penggunaan adalah
untuk menentukan bahagian dan subbahagian
sesebuah mikroskop.
6. Thinking process: Sequencing
(Proses Pemikiran: Urutan)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu.
Contoh penggunaannya ialah dalam langkah-langkah
untuk penyelesaian masalah.
7. Thinking process: Cause and Effect
(Proses Pemikiran: Sebab dan akibat)
Multi-Flow Map digunakannuntuk menunjuk dan
menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat
yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa
yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-
sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan
pula adalah akibat peristiwa tersebut.
8. Thinking process: Analogies
(similar relationships, finding relating factors (RF))
(Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama,
mencari faktor penghubungan)
Bridge Map memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan
menggunakan faktor penghubungan. Sebagai contoh :
“ Pilih dua orang pemimpin dan hubungkan mereka
dengan kemajuan atau konflik semasa pemerintahan
masing-masing.
8 PETA
PEMIKIRAN
(I-THINK)