12
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 50 UNIT 4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menyatakan tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah melibatkan KBSR dan KSSR. 2. menghuraikan bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR dilakukan. 3. membanding beza antara organisasi kurikulum dalam KBSR dengan organisasi kurikulum dalam KSSR. PETA KONSEP TAJUK Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah Tahap-tahap Dalam KBSR/ KSSR Organisasi KBSR Bidang Mata Pelajaran Organisasi KSSR Tunjang Mata Pelajaran Banding Beza Antara Organisasi KBSR Dengan KSSR

8 unit 4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

50

UNIT 4

ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menyatakan tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah

melibatkan KBSR dan KSSR. 2. menghuraikan bagaimana organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR

dilakukan. 3. membanding beza antara organisasi kurikulum dalam KBSR dengan organisasi

kurikulum dalam KSSR.

PETA KONSEP TAJUK

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Tahap-tahap Dalam KBSR/ KSSR

Organisasi KBSR

Bidang

Mata Pelajaran

Organisasi KSSR

Tunjang

Mata Pelajaran

Banding Beza Antara Organisasi KBSR

Dengan KSSR

Page 2: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

51

PENGENALAN Sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 29, Akta Pendidikan 1996, pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia mengambil tempoh selama enam tahun. Oleh itu, bagi memastikan pendidikan di peringkat sekolah rendah ini berjaya mencapai matlamatnya, kurikulum perlu dirancang agar dapat dilaksanakan dengan lancar seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Dalam mereka bentuk, menyusun dan mengorganisasi sesebuah kurikulum, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian. Menurut Wyse (2002) . . .there is an infinite number of ways of structuring the curriculum and there are many influences : the children; schools; local education authorities; teachers; parents; society; business and government. Pelaksanaan sistem pendidikan di England sebagai contohnya, mengambil kira faktor sekolah, ibu bapa, penguasa pelajaran tempatan, masyarakat, ahli perniagaan dan kerajaan. Kurikulum boleh diorganisasikan mengikut penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan, dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan. Ini kerana proses yang dilakukan dan produk yang dikeluarkan oleh sekolah perlu selaras dengan kehendak pihak-pihak tersebut, lebih-lebih lagi bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga kerja dan kemajuan masyarakat. Di peringkat KBSR dan KSSR kurikulum diorganisasikan dengan mengambil kira tahap-tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Selain itu kurikulum diorganisasi dengan mengambil kira bidang atau tunjang dan mata pelajaran dalam bidang atau tunjang tersebut, selain mengikut kategori mata pelajaran teras iaitu teras asas dan teras tema; mata pelajaran wajib, tambahan dan elektif.

ISI KANDUNGAN

Apakah tahap-tahap kurikulum dalam KBSR dan KSSR?

Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah untuk tempoh selama enam tahun sebagai yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan di peringkat sekolah rendah ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Dari segi penyusunan secara vertikal, KBSR dan KSSR dilaksanakan melalui dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri daripada Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Rajah 4.1 menunjukkan penyusunan tersebut.

"A national or national-type school established under this

Act shall provide a course of primary education designed for

duration of six years . . . .“

(Education Act 1996, Sec.29)

Page 3: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

52

Tahun Persekolahan Umur Murid

Tahun 6 11 – 12 tahun

Tahun 5 10 – 11 tahun

Tahun 4 9 – 10 tahun

Tahun 3 8 – 9 tahun

Tahun 2 7 – 8 tahun

Tahun 1 6 – 7 tahun

Rajah 4.1 Penyusunan Secara Vertikal Tahap, Tahun Persekolahan dan Umur Murid

*Nota: Mulai RMK10 umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan

daripada 6+ kepada 5+.

Apakah aspek yang menjadi fokus dalam pelaksanaan KBSR dan KSSR? Dalam KBSR, fokus adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala di Tahap 2 pula, adalah bertujuan untuk mengukuhkan dan menggunakan kemahiran asas dalam pelbagai bidang ilmu. Bagaimana pula dengan KSSR? Jika fokus KBSR adalah kepada 3M, fokus KSSR pula adalah kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Di Tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M. Manakala di Tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. Di samping itu, KSSR juga member tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Tahap 2

Tahap 1

Page 4: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

53

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)

AKTIVITI 4.1

Lengkapkan jadual di bawah.

Tahap Tahun Fokus dalam KBSR Fokus dalam KSSR

1

2

Page 5: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

54

Bagaimanakah KBSR diorganisasikan?

Rekabentuk kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang. Apakah bidang-bidang berkenaan? Bidang-bidang berkenaan ialah Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Bidang Komunikasi merupakan bidang yang utama dalam KBSR. Mengapa? Dalam bidang ini, tumpuan adalah ke arah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas. Di bawah bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran. Manakala komponen Kesenian dan Rekreasi adalah di bawah bidang Perkembangan Diri Individu. Di bawah setiap bidang pula, terdapat mata pelajaran-mata pelajaran. Jadual 4.1 menunjukkan kategori mata pelajaran mengikut komponen dan bidang.

Jadual 4.1 Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang

Bidang

Komponen

Mata Pelajaran (Kurikulum Baru Sekolah Rendah)

Mata Pelajaran (Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah)

Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina (SJKC)

Bahasa Tamil (SJKT)

Matematik

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina (SJKC)

Bahasa Tamil (SJKT)

Matematik

Manusia dan Alam

Kelilingnya

Nilai, Kerohanian dan Sikap

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Kemanusiaan dan Persekitaran

Alam dan Manusia Sains

Kajian Tempatan

Kemahiran Hidup

Perkembangan Diri Individu

Kesenian dan Rekreasi

Muzik

Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani

Muzik

Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Page 6: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

55

Mata pelajaran dalam KBSR dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran teras meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (di SJKC), Bahasa Tamil (di SJKT), Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Di Tahap 2, terdapat pertambahan 2 mata pelajaran iaitu Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Matapelajaran wajib pula meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Muzik. Di Tahap 2, Kemahiran Hidup juga merupakan mata pelajaran wajib. Manakala, mata pelajaran tambahan terdiri daripada Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa Semai dan Bahasa Kadazandusun. Namun begitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai ditawarkan mulai Tahun 3 dan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di Tahap 2.

Bagaimanakah KSSR diorganisasikan?

Dalam KSSR pula, kurikulum direka bentuk berasaskan enam tunjang.

Pada Tahap 1, kurikulum diorganisasikan dalam tiga bentuk modul iaitu,

Modul Teras Asas

Modul Teras Tema

Modul Elektif

Terdapat sembilan modul di bawah Modul Teras Asas, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik. Tiga modul Modul Teras Tema iaitu Seni Visual dan Muzik; Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Di bawah Modul Elektif ialah modul-modul Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Komunikasi

Kerohanian, Sikap

dan Nilai

Kemanusiaan

Perkembangan

Fizikal dan Estetika

Sains dan Teknologi

Keterampilan Diri

Enam Tunjang Dalam KSSR

Page 7: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

56

Jadual 4.2

Kelompok Mata Pelajaran Mengikut Modul

Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina (SJKC)

Bahasa Tamil (SJKT)

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan Matematik

Seni Visual dan Muzik

Dunia Sains dan Teknologi

Malaysia Negaraku

Bahasa Arab

Bahasa Cina (BCSK)

Bahasa Tamil (BTSK)

Bahasa Iban

Bahasa Kadazandusun

Bagaimana pula dengan organisasi kurikulum Tahap 2?

Pada Tahap 2, kurikulum diorganisasikan dalam dua bentuk mata pelajaran

Mata Pelajaran Teras

Mata Pelajaran Elektif

Terdapat 14 mata pelajaran teras dan 6 mata pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan enam tunjang. Mata Pelajaran Teras Tunjang Komunikasi : Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil

Tunjang Sains & Teknologi : Matematik, Sains, Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

: Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual

Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai

: Pendidikan Islam Pendidikan Moral

Tunjang Kemanusiaan : Sejarah

Page 8: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

57

Mata Pelajaran Elektif Tunjang Komunikasi Elektif : Bahasa Arab

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun

Di samping itu, Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dari segi peruntukan masa, KSSR memperuntukkan masa selama 1380 minit seminggu. Agihan masa bagi setiap modul di SK, SJKC dan SJKT adalah seperti Jadual 4.3.

Jadual 4.3 Peruntukan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut

Mata Pelajaran

BIL MODUL MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

SK SJKC SJKT

Modul Teras Asas

1 Bahasa Malaysia 360 300 300

2 Bahasa Inggeris 330 150 150

3 Bahasa Cina 360

Bahasa Tamil 360

4 Pendidikan Islam 180 120 120

Pendidikan Moral 180 120 120

5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

7 Matematik 180 180 180

Modul Teras Tema

8

Seni Visual dan Muzik 60 60 60

Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

Malaysia Negaraku 30 30 30

Modul Elektif

9 BCSK/BTSK/Bah. Arab/Bah. Iban 60 (3 waktu di luar jadual waktu)

Perhimpunan 30 30 30

Jumlah 1380 1380 1380

Page 9: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

58

Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR? Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Persamaan dan perbezaan boleh dilihat dari aspek:

• organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

• organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema.

• organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

AKTIVITI 4.2 Bina jadual yang sesuai untuk memaparkan a). persamaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR. b). perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR.

Page 10: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

59

RUMUSAN Perbincangan dalam unit ini adalah tentang organisasi kurikulum dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat pendidikan rendah di Malaysia. Dibincangkan juga agihan mata pelajaran dalam KBSR mengikut tahap; mengikut bidang dan komponen; juga mengikut kategori teras, wajib dan elektif. Di samping itu, organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR bagi Tahap 1 dan Tahap 2 juga telah dihuraikan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara KBSR dan KSSR dari sudut organisasinya. Pelajar diminta membuat analisis tentang persamaan dan perbezaan tersebut.

KATA KUNCI

Mata pelajaran teras - mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid

mengikut aliran persekolahan. Mata pelajaran wajib - mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid

di sekolah rendah. Mata pelajaran elektif - mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid

di sekolah rendah. Modul - mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta

diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap (self-contained).

Tahap 1 - melibatkan Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah

rendah. Tahap 2 - melibatkan Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah

rendah Tunjang - Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran

dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 11: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

60

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan berikut.

1. Mata pelajaran yang terkandung dalam komponen Kesenian Dan Rekreasi antaranya adalah seperti berikut kecuali _____________

A. Pendidikan Muzik B. Pendidikan Moral C. Pendidikan Jasmani D. Pendidikan Seni Visual

2. Pendidikan di peringkat sekolah rendah di Malaysia dibahagikan kepada

Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah berkaitan dengan tahap-tahap tersebut ____________

I. Tahap I menjurus kepada bidang komunikasi. II. Tahap 1 menekankan penguasaan kemahiran asas. III. Tahap 2 mengukuhkan kemahiran asas yang dikuasai di Tahap

1. IV. Tahap 2 ialah aplikasi kemahiran asas untuk menyelesaikan

masalah.

A. I dan II sahaja B. I dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

3. Penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Mata Pelajaran Teras, Mata Pelajaran Wajib dan Mata Pelajaran Tambahan. Manakah antara berikut adalah kenyataan yang membandingkan ketiga-tiga jenis kumpulan mata pelajaran tersebut?

Mata Pelajaran Teras

Mata Pelajaran Wajib

Mata Pelajaran Tambahan

A. Sebagai identiti sesuatu aliran persekolahan

Wajib diajar oleh guru

Mencukupkan bilangan mata pelajaran yang

terkurang

B. Menjadi asas utama pendidikan murid-

murid.

Mesti dipelajari oleh semua murid

Sebagai tambahan, terutama kepada

mereka yang berminat

C. Menjadi teras kepada KBSR

Wajib terdapat di semua sekolah

rendah

Untuk menambah jumlah waktu pembelajaran

D. Tulang belakang kepada semua mata

pelajaran

Wajib dimasukkan dalam jadual waktu

Diajar di kelas-kelas tambahan

Page 12: 8 unit 4

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

61

4. Manakah antara berikut merupakan modul yang tergolong di bawah Modul Teras

Asas?

I. Bahasa Malaysia II. Pendidikan Moral III. Seni Visual dan Muzik IV. Dunia Sains dan Teknologi

A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

5. Mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian, Nilai dan Sikap

bertujuan untuk ___________

A. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid. B. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab. C membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan. D. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat hidup di tempat dan persekitarannya.

CADANGAN JAWAPAN: 1. B; 2. D; 3. B; 4. D; 5. C

RUJUKAN

http://www.moe.gov.my/bpk/ Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:

Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan Malaysia Kesepuluh: Bab 5 (Membangun dan Mengekalkan Modal Insan

Bertaraf Dunia) Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.