84
80 Kesalahan tatabahasa yang lazim 1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah 1. dua setengah kilogram ( X ) 2. dua kilogram setengah (√ ) 3. tiga setengah minit ( X ) 4. lima liter suku (√ ) 5. tiga suku jam ( X ) 6. tiga jam suku (√) 2. ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………oleh…………… 1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X ) 2. Roti itu saya makan. (√ ) 3. Roti itu kamu makan. (√ ) 4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ ) 5. Roti itu mereka makan. ( X ) 3. membuat / berbuat = abstrak/bukan benda 1. Jangan membuat bising. ( X ) 2. Jangan berbuat bising. ( √ ) 3. berbuat begitu ( ) 4. membuat begitu ( X ) 5. berbuat demikian ( √ ) 4. antara (bukan tempat) / di antara(tempat) 1. Antara hobi saya ialah membaca buku. (√ ) 2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X ) 3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. (√ )

80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Common errors in Bahasa Malaysia

Citation preview

Page 1: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

80 Kesalahan tatabahasa yang lazim

1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

1. dua setengah kilogram ( X )

2. dua kilogram setengah (√ )

3. tiga setengah minit ( X )

4. lima liter suku (√ )

5. tiga suku jam ( X )

6. tiga jam suku (√)

2. ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………oleh……………

1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X )

2. Roti itu saya makan. (√ )

3. Roti itu kamu makan. (√ )

4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )

5. Roti itu mereka makan. ( X )

3. membuat / berbuat = abstrak/bukan benda

1. Jangan membuat bising. ( X )

2. Jangan berbuat bising. ( √ )

3. berbuat begitu ( √ )

4. membuat begitu ( X )

5. berbuat demikian ( √ )

4. antara (bukan tempat) / di antara(tempat)

1. Antara hobi saya ialah membaca buku. (√ )

2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X )

3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. (√ )

4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. (√ )

5. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam. ( X )

5. di dalam (lubang/ruang) / dalam (abstrak/tidak nampak)

Page 2: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

1. di dalam ingatannya ( X )

2. dalam ingatannya ( √ )

3. di dalam bilik ( √ )

4. dalam mesyuarat ( √ )

5. di dalam hatinya ( X )

6. ialah (kata nama ,kata kerja) / adalah (kata sendi,kata adjektif)

1. Ramli ialah abang saya. ( √ )

2. Ramli adalah abang saya. ( X )

3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. ( √ )

4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang. (√ )

5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( X )

1. _____ jangan = Harap sahaja

1. Harap jangan merokok. ( √ )

2. Sila jangan merokok. ( X )

3. Tolong jangan merokok. ( X )

4. Usah jangan merokok. ( X )

5. Jangan merokok. ( √ )

8. meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)

1. menasihati Ali ( √ )

2. menasihatkan Ali ( X )

3. menghidangkan tetamu ( X )

4. menghidangkan nasi lemak untuk tetamu ( √ )

5. menaikkan bendera ( X )

6. menganugerahi Encik Azim ( √)

7. menganugerahkan pingat kebesaran (√)

8. menaiki taktha (√)

9. menaiki kereta api (√)

Page 3: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

10. menaikkan lori sawit (X)

9. (orang)di-…-i(benda) / (benda) di-…-kan (orang)

1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. (√ )

2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( X )

3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. (√ )

4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )

5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√ )

10. memper (kata adjektif) / memper-…-kan (kata kerja)

1. memperdalamkan lubang itu ( x )

2. memperdalam lubang itu (√ )

3. mendalamkan lubang itu ( √ )

4. memperkatakan hal itu ( √ )

5. memperkata hal itu ( x )

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)

1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X )

2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√ )

3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√ )

4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X )

5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√ )

12. meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√ )

2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X )

3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. ( √ )

4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X )

5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√ )

1. kata bilangan ‘ber’ = 2X

1. berpuluh tahun ( X )

Page 4: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

2. berpuluh-puluh tahun ( √ )

3. beribu-ribu penonton ( √ )

4. beribu penonton ( X )

5. ribuan penonton ( √ )

1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

1. kedua-dua anaknya (√ )

2. kedua anaknya ( X )

3. anaknya yang kedua (√ )

4. ketiga-tiga ekor kucing itu ( X )

5. ketiga-tiga kucing itu (√ )

1. kata bilangan = B 1

1. semua murid-murid ( X )

2. semua murid (√ )

3. para pelajar (√ )

4. semua kanak-kanak (√ )

5. ramai budak ( √ )

16. ramai (meriah/seronok) / banyak (bilangan/bukan suasana)

1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. ( √ )

2. Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( X )

3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √ )

4. Orang ramai menonton konsert nasyid itu. ( √ )

5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat ( √ )

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG) / ber (ADA TENTANG)

1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)

2. Cikgu Norida menceritakan pengalamannya. ( √ )

3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √ )

4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. ( √ )

Page 5: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X )

18. kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

1. Wau itu akan saya buat. ( √ )

2. Wau itu saya akan buat. ( X )

3. Surat itu telah saya tulis. ( √ )

4. Surat itu saya telah tulis. ( X )

5. Orang gila itu pernah kamu lihat? ( √ )

19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)

Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X )

2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana demam. ( √ )

3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √ )

4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X )

5. 0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah. ( √ )

20. ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

1. Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. ( X )

2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )

3. Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X )

4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )

5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X )

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3. kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)

1. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( √ )

2. Kuih itu dimakan bapa. ( √ )

3. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( √ )

4. Kuih itu termakan oleh bapa. ( √ )

5. Kuih itu termakan bapa. ( x )

6. Kuih itu kena makan oleh bapa. ( √ )

Page 6: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

7. Kuih itu kena makan bapa. ( √ )

8. Pencuri itu tertangkap polis. ( x )

9. Pencuri itu kena tangkap polis. ( √ )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √ )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √ )

22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

1. 1950an ( X )

2. 1950-an ( √ )

3. 1950 – an ( X )

4. lima puluhan ( √ )

5. lima puluh an ( X )

23. lain = di akhir ayat,1x

1. masalah-masalah lain ( √ )

2. lain-lain masalah ( x )

3. perkara-perkara lain ( √ )

4. lain-lain perkara ( x )

5. hal-hal lain ( x )

24. akan = tiada imbuhan

1. menyayangi akan anaknya ( x )

2. sayang akan anaknya ( √ )

3. sayang anaknya ( x )

4. merindui ibunya ( √ )

5. rindu akan anaknya ( √ )

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar ( x )

2. Daud dan Arif saling mengejar ( √ )

Page 7: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Daud dan Arif kejar-mengejar ( √ )

4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. ( √ )

5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. ( √ )

26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

1. juru-juruterbang ( x )

2. juruterbang-juruterbang ( √ )

3. olahragawan-olahragawan ( √ )

4. olah-olahragawan ( x )

5. seniman-seniman ( √ )

27. kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

1. guru-guru besar ( √ )=banyak guru besar

2. guru besar-guru besar ( x )

3. guru besar-besar ( √ )=banyak guru yang besar

4. alat-alat tulis ( x )

5. alat tulis-alat tulis ( √ )

28. kata penguat bebas=sas

1. sangat cantik ( √ )

2. cantik sangat ( √ )

3. amat kejam ( √ )

4. kejam amat ( √ )

5. bijak sungguh ( √ )

29. sekali = tidak perlu ter dan paling

1. KLCC tertinggi sekali. ( √ )

2. KLCC tertinggi. ( √ )

3. KLCC tinggi sekali. ( √ )

4. KLCC paling tinggi sekali . ( x )

5. KLCC tinggi sekali. ( √ )

Page 8: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

30. ku/ kau = 1 perkataan ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada kah,tiada imbuhan

1. Buku itu telah kuambil. ( √ )

2. Buku itu telah kumengambil. ( x )

3. Ke mana kaupergi tadi? (√ )

4. Itu adikkau? ( X )

5. Kausakitkah?(X)

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

1. Siapakah nama saudari? (√ )

2. Siapa nama saudari? ( x )

3. Nama saudari siapa? (√ )

4. Nama saudari siapakah? ( x )

5. Yang manakah basikal kamu ? ( √ )

6. Cikgu Ali sudah datangkah? ( x )

7. Cikgu Ali sudah datang ? ( √ )

8. Sudah datangkah Cikgu Ali? ( √ )

32. baharu =benda / baru=masa=PMR/SPM sama

1. Abu Bakar memakai baju baharu. ( √ )

2. Abu Bakar memakai baju baru. ( x )

3. Dia baru sampai pagi tadi. ( √ )

4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x )

5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya. ( √ )

33. apa? / apa-apa / mana? / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x )

2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. ( √ )

3. Kami tidak ke mana-mana semalam. ( √ )

4. Kami tidak ke mana semalam. ( x )

5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. ( x )

Page 9: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu / ber

1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( √ )

2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x )

3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x )

4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. ( √ )

5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x )

35. belaka = B 1

1. Baju itu murah-murah belaka.

2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x )

3. Mereka bijak-bijak belaka. ( x )

4. Mereka bijak belaka. ( √ )

5. Mereka-mereka bijak-bijak belaka. ( x )

36. daripada….kepada=perbezaan / dari…..ke=masa,jarak,tempat

1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)

2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.

3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x )

5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. ( √ )

37. boleh=keizinan / dapat=memperoleh,guna tenaga

1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√ )

2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x )

3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x )

4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. ( √ )

5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x )

38. kata bantu= boleh bersama

1. Saya belum pernah makan durian. ( √ )

2. Adik Lilyana masih belum bersekolah. ( √ )

Page 10: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Karim Pin masih sedang menulis surat.( √ )

4. Yatimah sudah pernah melawat Jepun. ( √ )

5. Puan Wong sedang hendak ke pasar. ( √ )

39. sekalian = B 1

1. Para hadirin sekalian, ( x )

2. Hadirin sekalian, ( √ )

3. Hadirin yang dihormati, ( √ )

4. Hadirin yang dihormati sekalian, ( √ )

5. Tuan-tuan dan puan-puan, ( √ )

40. hanya / sahaja= tidak boleh bersama

1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x )

2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. ( √ )

3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. ( √ )

4. Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. ( √ )

5. Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. ( √ )

41. Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)

1. alat penghawa dingin ( x )

2. alat hawa dingin ( x )

3. pendingin hawa ( √ ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4. penghawa dingin ( x )

5. penyaman udara ( √ )

42. isme bukan isma

1. nasionalisma ( x )

2. nasionalisme ( √ )

3. plasma ( √ )

4. plasme ( x )

5. patriotisme ( √ )

Page 11: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

6. vandalisma ( x )

43. kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√ )

Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x )

2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )

Kami akan pergi esok. ( √ )

3. Kami semua akan berkelah di Teluk Batik. ( x )

4. Kami akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )

5. Kita semua haruslah bekerjasama. ( x )

44. di = sudah tiba,sedia ada / ke belum tiba

1. Mereka sudah sampai di Tapah. ( √ )

2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x )

3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √ )

4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( x )

5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. ( √ )

45. 1. menengok televisyen ( √ )

2. menonton televisyen ( √ )

3. memotong getah ( x ) = lisan

4. menoreh getah ( √ )

5. menggantung baju di ampaian ( x )= menyidai

46. manakala = 2,3.. orang / sementara=1 orang

1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)

2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.

3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. ( √ )

4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )

5. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √ )

47. atas=bukan tempat / di atas= tempat

Page 12: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

1. Terima kasih atas pertolongan saudara. ( )

2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x )

3. Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x )

4. Buku kamu ada di atas meja itu. ( )

5. Burung berterbangan di atas awan. ( x )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( x )

2. Saya tidak tahu namanya. ( √ )

3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. ( x )

4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.( x )

5. Saya tidak tahu tempat tinggal Cikgu Shaari. ( √ )

49. tidak=kata kerja,kata adjektif / bukan=kata nama,

1. Dia bukan abang saya. ( √ )

2. Komputer ini bukan berat.( x )

3. Soalan ini bukan susah. ( x )

4. Soalan ini tidak susah. ( √ )

5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. ( √ )

50. mempunyai= untuk orang, haiwan / terdapat / ada

1. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. ( x )

2. Sekolah saya terdapat sebuah padang. ( √ )

3. Sekolah saya ada sebuah padang. ( √ )

4. Semua serangga mempunyai enam kaki. ( √ )

5. Saya mempunyai empat orang anak. ( √ )

51. untuk = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)

1. Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. ( x )

2. Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. ( √ )

3. Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. ( √ )

Page 13: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. ( x )

5. Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.( √ )

52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)

1. tak mau =_____tidak mahu_______

2. tak tau =_____tidak tahu___

4. mak saya =____emak saya____

5. tuk saya =____datuk saya________

6. dah tau =____sudah tahu________

7. kak saya =____kakak saya________

8. tak nak =____tidak hendak______

53. adakah= ya,tidak / apakah=benda, perkara, haiwan

1. Adakah kamu sakit? ( √ )

2. Apakah kamu sakit? ( X )

3. Apakah nama haiwan itu? ( √ )

4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? ( X )

5. Apakah yang terjadi? ( √ )

54. dan sebagainya =sama jenis / dan lain-lain lagi= berlainan jenis

1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. ( √ )

2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. ( x )

3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu. ( x )

4. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. ( √ )

5. Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.( x )

55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas

1. pasar raya (√ )

2. pasaraya ( x )

3. bandar raya ( √ )

4. Bandaraya Kuala Lumpur ( √ )

Page 14: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

5. Bandar Raya Kuala Lumpur ( x )

6. Bandaraya Ipoh ( √ )

7. pilihan raya ( √ )

8. jalan raya ( √ )

9. hari raya ( √ )

10. lebuhraya ( x )

1. goreng = nak makan/goreng apa?

1. Saya suka goreng pisang. ( x )

2. Saya suka pisang goreng. ( √ )

3. Tolong goreng pisang itu. ( √ )

4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x )

5. Saya suka menggoreng pisang. ( √ )

1. kepada / ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)

1. memberitahu kepada Cikgu Siti ( x )

2. memberitahu Cikgu Siti ( √ )

3. melawat ke Kuala Lumpur ( x )

4. melawat ke datuknya ( x )

5. melaporkan kepada pihak polis ( √ )

6. kami melawat nenek di kampung ( √ )

7. ke hospital untuk melawat kawan ( √ )

1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.

1. Dia tersangat nakal. ( √ )

2. Dia sangat ternakal. ( x )

3. Baju itu amat termahal. ( x )

4. Baju itu amat mahal. ( √ )

5. Baju itu termahal. ( √ )

59. ke……ke / untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali

Page 15: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

1. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( √ )

2. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau Johor. ( x )

3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( x )

4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. ( √ )

5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x )

60. se…… / se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0

1. dari masa ke semasa ( x )

2. dari semasa ke semasa ( √ )

3. dari masa ke masa ( √ )

4. dari hari ke hari ( √ )

5. dari hari ke sehari ( x )

61. setengah = ½ / sesetengah = jumlah, sebilangan

1. Setengah orang tidak suka akan durian. ( x )

2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( √ )

3. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( √ )

4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. ( x )

5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( √ )

62. beberapa = jumlah / berapa = soalan

1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( √ )

2. Beberapa pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )

3. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )

4. Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? ( √ )

5. eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. ( √ )

63. = hendak makan apa? naik apa? ke mana?

1. bas mini ( √ )

2. mini bas ( x )

3. sos cili ( √ )

Page 16: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

4. cili sos ( x )

5. Aminah Kedai Jahit ( x )

64. telur apa ? ayam apa ? daging apa?

1. ayam telur ( √ )

2. telur ayam ( √ )

3. ayam daging ( √ )

4. daging ayam ( √ )

5. kuning telur (√ )

65. 1. Bahasa Melayu ( √ ) = nama khas bagi mata pelajaran

2. bahasa Melayu ( √ ) = nama am bagi bahasa

3. berbahasa Melayu ( √ )

4. berBahasa Melayu ( x )

5 fasih Bahasa Inggeris ( x )

66. benda + orang

1. bapa kereta ( x )

2. kereta bapa ( √ )

3. saya punya wang ( x )

4. wang saya ( √ )

67. kata ganda separa + ber…an = B 1, 1 B

1. dedaun berguguran ( x )

2. daun berguguran ( √ )

3. lelayang bergantungan ( √ )

4. layang-layang bergantungan ( √ )

5. kekacang bertaburan ( x )

68. selain = tidak perlu daripada,dari

1. Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( x )

2. Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( x )

Page 17: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( √ )

4. Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani. ( √ )

5. Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x )

69. (0rang) menghiaskan /(Benda) menghiasi /(benda) mengotori (orang)mengotorkan

1. Mereka sedang menghiaskan pentas itu. ( √ )

2. Mereka sedang menghiasi pentas itu. ( x )

3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. ( x )

4. Pelbagai bunga menghiasi pentas itu. ( √ )

5. Adik mengotori lantai itu. ( x )

70. penjodoh bilangan

1. seketul pemadam ( √ )

2. seutas tali leher( x )

3. sebuah jam dinding ( √ )

4. sepuluh butir telur ayam ( √ )

5. lima buah rumah-rumah ( x )

71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir

1. Rumah saya rumah batu juga.( √ )

2. Rumah saya juga rumah batu.( x )

3. Gadis itu tersenyum saja. ( √ )

4. Gadis itu saja tersenyum. ( x )

5. Haji Ali ke Makkah lagi.( √ )

72. kata penguat(tidak perlu) + kata ganda berirama

1. Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x )

2. Rambut Afiqah kusut-masai. ( √ )

3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. ( x )

4. Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. ( √ )

5. Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

Page 18: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

73. berkali-kali / berulang kali = B 1 , 1 B

1. Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )

2. Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju ( √ )

3. Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju ( √ )

4. Ramli mengangguk-angguk berulang kali. ( x )

5. Ramli mengangguk berulang kali. ( √ )

74. dia (betul) / dai (salah)

1. diari (√ )

2. dairi ( x )

3. dailek ( x )

4. dialek( √ )

5. dialog( √ )

75. di = tempat / pada = benda

1. Ada setompok darah di bajunya. ( x )

2. Ada setompok darah pada bajunya. ( √ )

3. Doktor membalut luka pada kakinya. ( √ )

4. Doktor membalut luka di kakinya. ( x )

5. Jangan bersandar di dinding itu. ( x )

75. ayat songsang

1. pendepanan frasa kerja transitif,

2. pendepanan frasa kerja tak transitif

3. pendepanan frasa adjektif

4. pendepanan frasa sendi/kata hubung

1. Sedang membaca buku murid itu. ( √ )

2. Tertidur Mawi di situ. ( √ )

3. Sungguh besar sekolah itu.( √ )

4. Ke Makkah lagi Haji Ali. ( √ )

Page 19: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

5. Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. ( √ )

76. (pesakit)menjalani / (doktor)menjalankan

1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √ )

2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )

77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas / beliau = ada pangkat,jawatan

(tidak semestinya terkenal sahaja)

1. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. ( √ )

2. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati. ( x )

3. Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. ( x )

4. Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. ( √ )

5. Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. ( √ )

78. Guru Besar = nama khas jawatan

guru besar = kata majmuk/umum/am

1. Bapa saya guru besar.( √ )

2. Bapa saya Guru Besar di SK. Gunung Rapat. ( √ )

3. Semua guru besar sedang bermesyuarat. ( √ )

4. Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. ( √ )

5. Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. ( √ )

79. kata bilangan + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

1. sebahagian orang murid( x )

2. sebahagian murid ( √ )

3. segala ekor binatang ( x )

4. segala binatang ( √ )

5. setiap orang rakyat ( x )

80. agar / supaya / jika / sekiranya = 1x

1. Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.( x )

2. Saya berdoa supaya Fatin berjaya. ( √ )

Page 20: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Saya berdoa agar Fatin berjaya. ( √ )

4. Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.( x )

5. Jika saya terlupa, tolong hubungi saya ( √ )

Page 21: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

A. PENGGOLONGAN KATA

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri yang sering salah penggunaannya ialah kami, kita, dia, ia, beliau, dan mereka.

2. Kami bererti “saya dengan dia” apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

3. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap disertakan.

4. Contoh kesalahan dalam penggunaan kata kami dan kita serta pembetulannya adalah seperti yang berikut:

(a) “Kami mesti mematuhi peraturan permainan,” kata Beng Hong kepada rakan sepasukannya. (salah)

“Kita mesti mematuhi peraturan permainan,” kata Beng Hong kepada rakan sepasukannya. (betul)

(b) “Kita hendak melaporkan kemalangan jalan raya, encik,” kata Yusri dan Mohan kepada pegawai polis itu. (salah)

“Kami hendak melaporkan kemalangan jalan raya, encik,” kata Yusri dan Mohan kepada pegawai polis itu. (betul)

5. Kata beliau tidak boleh digunakan sewenang-wenang, misalnya untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang.

6. Contoh kesalahan dalam penggunaan kata beliau serta pembetulannya adalah seperti yang berikut:

(a) Budak itu menangis kerana beliau lapar. (salah)

Budak itu menangis kerana dia/ia lapar. (betul)

(b) Anjing itu garang. Beliau suka menyalak. (salah)

Anjing itu garang. Anjing itu suka menyalak. (betul)

7. Kata dia, ia, dan mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

8. Contoh kesalahannya adalah seperti yang berikut:

(a) Novel itu berjudul “Di Hadapan Pulau”. Ia ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. (salah)

Novel itu berjudul “Di Hadapan Pulau”. Novel itu ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. (betul)

Page 22: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Kucing Niki bernama Manja. Ia sungguh comel.

Kucing Niki bernama Manja. Manja sungguh comel.

9. Kata mereka tidak perlu diulang menjadi mereka-mereka kerana kata mereka sudah bermakna jamak.

10. Contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut:

(a) Mereka-mereka itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu. (salah)

Mereka itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu. (betul)

(b) Guru disiplin akan mendenda mereka-mereka yang datang lewat. (salah)

Guru disiplin akan mendenda mereka yang datang lewat. (betul)

(c) Mereka-mereka itu jiran saya. (salah)

Mereka itu jiran saya. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Diri Singkat

1. Kata ganti singkat kau dan ku yang seolah-olah awalan dan kata mu dan nya yang seolah-olah akhiran, tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Contohnya:

(a) Sudah kau baca novel itu? (salah)

Sudah kaubaca novel itu? (betul)

(b) Raihan akan ku temui esok. (salah)

Raihan akan kutemui esok. (betul)

(c) Apakah hajat mu? (salah)

Apakah hajatmu? (betul)

(d) Pakaian nya kemas. (salah)

Pakaiannya kemas. (betul)

2. Kata kau, ku, mu, dan nya tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh. Contohnya:

(a) Kau harus bersabar. (salah)

Engkau harus bersabar. (betul)

Page 23: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Ku akan ke rumahnya esok. (salah)

Aku akan ke rumahnya esok. (betul)

(c) Mu hendak ke mana? (salah)

Kamu hendak ke mana? (betul)

(d) Nya sakit kuat. (salah)

Dia sakit kuat. (betul)

3. Kata mu dan nya yang digunakan untuk menggantikan nama Tuhan mesti ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu serta diberi tanda sempang (-). Contohnya:

(a) Aku bersyukur kepadamu, ya Allah. (salah)

Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah. (betul)

(b) Berdoalah selalu kepadanya. (salah)

Berdoalah selalu kepada-Nya. (betul)

4. Kata nya tidak boleh diimbuhkan pada kata ia lalu menjadi ianya. Contohnya:

(a) Kucing itu mati kerana ianya dilanggar lori. (salah)

Kucing itu mati kerana dilanggar lori. (betul)

(b) Jika lambat diubati, ianya akan melarat. (salah)

Jika lambat diubati, penyakit itu akan melarat. (betul)

(c) Ianya telah mengakui kesalahannya. (salah)

Ia telah mengakui kesalahannya. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya yang sering salah penggunaannya ialah kata apa dan siapa.

2. Kata apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia.

3. Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan binatang.

4. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Nama adik kamu apa? (salah)

Nama adik kamu siapa? (betul)

(b) Nama kucing ini siapa? (salah)

Page 24: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Nama kucing ini apa? (betul)

(c) Yang menghantar kamu tadi apa? (salah)

Yang menghantar kamu tadi siapa? (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Tak Tentu

1. Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa.

2. Lihat contoh-contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Apa yang dikatakan Abu itu memang benar. (salah)

Apa-apa yang dikatakan Abu itu memang benar. (betul)

(b) Siapa yang tidak hadir akan didenda. (salah)

Siapa-siapa (Sesiapa) yang tidak hadir akan didenda. (betul)

(c) Pilihlah mana yang kamu berkenan. (salah)

Pilihlah mana-mana yang kamu berkenan. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan

1. Antara kata bilangan, ada yang tidak boleh disingkatkan sewenang-wenang. Misalnya:

(a) Kami menghadapi berbagai masalah semasa ekspedisi itu. (salah)

Kami menghadapi berbagai-bagai masalah semasa ekspedisi itu. (betul)

(b) Setengah orang tidak gemar akan ikan air tawar. (salah)

Sesetengah orang tidak gemar akan ikan air tawar. (betul)

(c) Tiap hari dia berjaja kuih. (salah)

Tiap-tiap (Setiap) hari dia berjaja kuih. (betul)

(d) Kedua orang penjenayah itu dijatuhi hukuman mati. (salah)

Kedua-kedua orang penjenayah itu dijatuhi hukuman mati. (betul)

2. Kata bilangan para pula tidak boleh diulang menjadi para-para kerana maknanya berlainan. Para bermakna semua, manakala para-para bermakna rak. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

Page 25: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(a) Stadium Malawati Shah Alam gamat dengan sorak-sorai para-para penonton. (salah)

(b) Stadium Malawati Shah Alam gamat dengan sorak-sorai para penonton. (betul)

3. Kata nama yang menyertai kata bilangan yang membawa makna jamak atau tunggal tidak boleh diulang atau digandakan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) lima orang guru-guru (salah)

lima orang guru (betul)

(b) para belia-belia (salah)

para belia (betul)

(b) seluruh negeri-negeri (salah)

seluruh negeri (betul)

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk perhitungan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Mesyuarat itu berlangsung selama satu suku jam. (salah)

Mesyuarat itu berlangsung selama satu jam suku. (betul)

(b) Harga sekilogram ayam ialah lima setengah ringgit. (salah)

Harga sekilogram ayam ialah lima ringgit setengah. (betul)

(c) Rumahnya terletak kira-kira tiga setengah kilometer dari bandar

Nilai. (salah)

Rumahnya terletak kira-kira tiga kilometer setengah dari bandar

Nilai. (betul)

Kesalahan Pengggunaan Penjodoh Bilangan

1. Tidak semua kata nama boleh disertai penjodoh bilangan. Misalnya:

(a) semua orang pelajar (salah)

semua pelajar (betul)

(b) seluruh buah negara (salah)

seluruh negara (betul)

(c) tiap-tiap (setiap) orang peserta (salah)

Page 26: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

tiap-tiap (setiap) peserta (betul)

2. Penjodoh bilangan tidak diperlukan juga untuk menghitung kata nama abstrak. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Dia berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan. (salah)

Dia berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. (betul)

(b) Beliau memberikan sebuah cadangan tentang pelaksanaan projek itu. (salah)

Beliau memberikan cadangan tentang pelaksanaan projek itu. (betul)

(c) Tijah ingin mencari sebuah ketenangan di Pantai Cahaya Bulan. (salah)

Tijah ingin mencari ketenangan di Pantai Cahaya Bulan. (betul)

(d) Beliau meninggalkan sebuah jasa yang tidak ternilai. (salah)

Beliau meninggalkan jasa yang tidak ternilai. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

1. Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada.

2. Kata sendi dari digunakan hanya untuk arah datangnya sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi daripada pula digunakan hanya untuk hal-hal lain seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Mereka berasal daripada Pahang Darul Makmur. (salah)

Mereka berasal dari Pahang Darul Makmur. (betul)

(b) Surat ini saya terima dari Azean. (salah)

Surat ini saya terima daripada Azean. (betul)

(c) Pelbagai maklumat kami peroleh dari penerangan yang diberikan oleh pegawai itu. (salah)

Pelbagai maklumat kami peroleh daripada penerangan yang diberikan oleh pegawai itu. (betul)

(d) Kain itu dibuat dari benang sutera. (salah)

Kain itu dibuat daripada benang sutera. (betul)

Page 27: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Kata sendi di tidak boleh digunakan untuk hal-hal lain kecuali untuk tempat. Kata sendi pada pula digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Di waktu pagi kami bersenam. (salah)

Pada waktu pagi kami bersenam. (betul)

(b) Di zaman sains dan teknologi ini kehidupan sungguh mencabar. (salah)

Pada zaman sains dan teknologi ini kehidupan sungguh mencabar. (betul)

(c) Di hari minggu yang lalu saya ke Pusat Sains Negara. (salah)

Pada hari minggu yang lalu saya ke Pusat Sains Negara. (betul)

(d) Di ingatan saya, dia belajar di Ottawa, Kanada. (salah)

Pada ingatan saya, dia belajar di Ottawa, Kanada. (betul)

(e) Nota itu ada dengan Rajan. (salah)

Nota itu ada pada Rajan. (betul)

4. Kata sendi ke tidak boleh digunakan untuk hal-hal lain kecuali untuk menyatakan arah, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata sendi kepada pula digunakan hanya untuk benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Pasukan polis bergegas kepada tempat kemalangan itu. (salah)

Pasukan polis bergegas ke tempat kemalangan itu. (betul)

(b) Buku itu dihempaskannya kepada meja. (salah)

Buku itu dihempaskannya ke meja. (betul)

(c) Posmen menyerahkan surat itu ke abang. (salah)

Posmen menyerahkan surat itu kepada abang. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Kerja

1. Kata kerja tidak transitif yang berawalan ber- atau men- atau ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Lihat contoh kesalahan atau pembetulannya yang berikut:

(a) Khalil tanya kepada Farid. (salah)

Khalil bertanya kepada Farid. (betul)

Page 28: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Katak itu lompat di atas rumput. (salah)

Katak itu melompat di atas rumput. (betul)

(c) Gadis itu senyum kepada kami. (salah)

Gadis itu tersenyum kepada kami. (betul)

2. Semua kata kerja transitif, kecuali kata makan, minum, minta, dan mohon tidak boleh jika tidak berawalan men-. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya

yang berikut:

(a) Ibu sedang cuci pinggan mangkuk di dapur. (salah)

Ibu sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. (betul)

(b) Danial pakai baju batik. (salah)

Danial memakai baju batik. (betul)

(c) Halim tulis surat kepada ayahnya. (salah)

Halim menulis surat kepada ayahnya. (betul)

(d) Farihin dengar radio sambil bernyanyi. (salah)

Farihin mendengar radio sambil bernyanyi. (betul)

3. Kata-kata lain tidak boleh diletakkan antara kata kerja transitif dengan objek. Misalnya:

(a) Abang menghadiahkan kepada saya buku itu. (salah)

Abang menghadiahkan buku itu kepada saya. (betul)

(b) Mereka membeli banyak buah. (salah)

Mereka banyak membeli buah. (betul)

(c) Kami akan mengunjungi lagi tempat bersejarah itu. (salah)

Kami akan mengunjungi tempat bersejarah itu lagi. (betul)

(d) Salmah ada membawa juga bekalan dari rumah. (salah)

Salmah ada membawa bekalan dari rumah juga. (betul)

Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

Page 29: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Esok dan lusa kami akan ke Kuala Lumpur. (salah)

Esok atau lusa kami akan ke Kuala Lumpur. (betul)

(b) Orang itu alim kecuali baik hati. (salah)

Orang itu alim serta baik hati. (betul)

(c) Ibu menjemur baju itu lalu kering. (salah)

Ibu menjemur baju itu hingga/sehingga/sampai kering. (betul)

(d) Kakak mengambil novel itu serta membacanya. (salah)

Kakak mengambil novel itu lalu membacanya. (betul)

(e) Langit mendung tetapi hujan pun turun. (salah)

Langit mendung lalu/maka hujan pun turun. (betul)

2. Kata hubung apabila sering ditulis sebagai bila dalam ayat, padahal kata bila itu sebenarnya merupakan kata tanya. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) “Saya ingin menjadi peguam bila dewasa nanti,” kata Hartini. (salah)

“Saya ingin menjadi peguam apabila dewasa nanti,” kata Hartini. (betul)

(b) Bila adik merajuk, kakak segera memujuknya. (salah)

Apabila adik merajuk, kakak segera memujuknya. (betul)

B. PENGIMBUHAN

1. Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambahkan pada kata lain sama ada sebagai awalan, akhiran, atau apitan.

2. Imbuhan dapat bertugas untuk:

(a) mengubah bentuk dan tugas sesuatu kata;

(b) mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata;

Page 30: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(c) mengubah makna kata-kata yang disertainya.

3. Kesalahan dari segi pengimbuhan berlaku sebagai akibat tidak mengetahui aspek-aspek seperti bentuknya, tugasnya, dan maknanya.

4. Kerana tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan, maka berlakulah kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:

(a) Pertunjukkan kebudayaan akan diadakan dalam majlis tersebut. (salah)

Pertunjukan kebudayaan akan diadakan dalam majlis tersebut. (betul)

(b) Kenaikkan harga barang-barang berpunca daripada permintaan yang melebihi penawaran. (salah)

Kenaikan harga barang-barang berpunca daripada permintaan yang melebihi penawaran. (betul)

(c) Leong menaikan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu “Negaraku”.(salah)

Leong menaikkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu “Negaraku”. (betul)

(d) Kerajaan akan mempastikan bahawa projek-projek pembangunan berjalan dengan lancar. (salah)

Kerajaan akan memastikan bahawa projek-projek pembangunan berjalan dengan lancar. (betul)

(e) Ayah mengenepikan keretanya untuk memberikan laluan kepada

ambulans itu. (salah)

Ayah mengetepikan keretanya untuk memberikan laluan kepada ambulans itu. (betul)

5. Kerana tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan, terutamanya yang melibatkan apitan men...kan dan men...i, maka

berlakulah pula kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:

(a) Hakim menjatuhkan perompak itu hukuman lapan tahun penjara.

(salah)

Hakim menjatuhi perompak itu hukuman lapan tahun penjara. (betul)

(b) Baginda menganugerahi pingat kebesaran kepada tokoh bahasa

itu. (salah)

Baginda menganugerahkan pingat kebesaran kepada tokoh bahasa itu. (betul)

Page 31: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(c) Ibu memberikan Puan Rajeswari bungkusan itu. (salah)

Ibu memberi Puan Rajeswari bungkusan itu. (betul)

(d) Kakak mengambil nenek segelas air. (salah)

Kakak mengambilkan nenek segelas air. (betul)

Kakak mengambil segelas air untuk nenek. (betul)

(e) Banjir besar menenggelamkan rumah-rumah di kampung itu.

(salah)

Banjir besar menenggelami rumah-rumah di kampung itu. (betul)

(f) Sampah sarap mengotorkan kawasan di belakang rumah itu.

(salah)

Sampah sarap mengotori kawasan di belakang rumah itu. (betul)

(g) Budak-budak nakal mengotori kawasan di belakang rumah itu

dengan sampah sarap. (salah)

Budak-budak nakal mengotorkan kawasan di belakang rumah itu dengan sampah sarap. (betul)

6. Untuk mengelakkan kesalahan dari segi pengimbuhan ini, maka rajin-rajinlah merujuk kepada kamus. Daripada kamus yang baik, anda akan dapat mengetahui bentuk kata yang benar serta maknanya dan penggunaannya yang tepat.

C. PENGGANDAAN

1. Penggandaan merupakan salah satu aspek pembentukan kata selain pengimbuhan.

2. Melalui penggandaan, terbentuklah empat jenis kata, iaitu:

(a) kata ganda seluruh;

(b) kata ganda separa;

(c) kata ganda bersajak/berima;

(d) kata ganda berimbuhan.

3. Melalui penggandaan, makna sesuatu kata dapat berubah.

4. Kesalahan dari segi penggandaan berlaku sebagai akibat tidak mengetahui makna sesuatu kata ganda apabila digunakan dalam ayat.

Page 32: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

5. Lihat contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) Pepohon-pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan. (salah)

Pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan. (betul)

(b) Rambutnya amat kusut-masai kerana dia baru bangun tidur. (salah)

Rambutnya kusut-masai kerana dia baru bangun tidur. (betul)

Rambutnya amat kusut kerana dia baru bangun tidur. (betul)

(c) Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan. (salah)

Pelumba-pelumba motosikal itu saling memotong untuk memenangi perlumbaan. (betul)

Pelumba-pelumba motosikal itu potong-memotong untuk memenangi perlumbaan. (betul)

(d) Samad menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh

Cikgu Karim. (salah)

Samad menggaru-garu kepalanya apabila disoal oleh Cikgu Karim. (betul)

Samad menggaru kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh Cikgu Karim. (betul)

6. Kata ganda separa pepohon dalam ayat (a) di atas sudah membawa

makna jamak. Oleh sebab itu, kata pepohon itu tidak perlu lagi digandakan menjadi pepohon-pepohon ataupun disertai kata bilangan, misalnya ratusan pepohon-pepohon.

7. Kata ganda bersajak kusut-masai dalam ayat (b) pula sudah membawa maksud sangat. Oleh sebab itu, kata penguat amat tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.

8. Kata ganda berimbuhan potong-memotong dalam ayat (c) pula sudah membawa maksud saling. Oleh sebab itu, kata saling tidak perlu lagi dalam ayat tersebut. Jika hendak juga menggunakan kata saling, maka gunakanlah bentuk saling memotong.

9. Akhir sekali, dalam ayat (d) terdapat dua patah kata ganda berimbuhan,

yakni menggaru-garu dan berkali-kali. Oleh sebab kata menggaru-garu itu bermakna menggaru berulang-ulang, maka kata berkali-kali tidak perlu digunakan lagi dalam ayat tersebut. Jika hendak juga menggunakan kata berkali-kali itu, maka gunakanlah kata menggaru saja.

10. Untuk mengelakkan kesalahan dari segi penggandaan, maka rajin-rajinlah merujuki kamus yang baik. Makna dan penggunaan sesuatu jenis kata ganda itu secara tepat dalam ayat ada ditunjukkan dalam kamus.

Page 33: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

D. FRASA DAN AYAT

Kesalahan dari Segi Frasa Nama

1. Penggunaan kata bilangan yang menunjukkan makna jamak. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) dua buah lori-lori (salah)

dua buah lori (betul)

(b) beberapa orang pekerja-pekerja (salah)

beberapa orang pekerja (betul)

(c) Ketiga-tiga orang penyair-penyair itu (salah)

Ketiga-tiga orang penyair itu (betul)

(d) Setiap pelajar-pelajar (salah)

Setiap pelajar (betul)

2. Apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak digunakan, maka kata nama itu tidak boleh diulang.

3. Penggunaan kata adjektif yang diulang. Lihat contoh kesalahan dan pembetulan seperti yang berikut:

(a) Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (salah)

Bajunya cantik-cantik belaka. (betul)

Baju-bajunya cantik belaka. (betul)

(b) Barang-barang di kedai itu mahal-mahal belaka. (salah)

Barang di kedai itu mahal-mahal belaka. (betul)

Barang-barang di kedai itu mahal belaka. (betul)

(c) Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar. (salah)

Rumah di kawasan itu besar-besar. (betul)

Rumah-rumah di kawasan itu besar.) (betul)

4. Apabila kata adjektif dalam sesuatu ayat itu diulang, maka tidak perlulah kata nama dalam ayat tersebut diulang lagi. Hal ini demikian kerana kata adjektif yang diulang sudah membawa maksud jamak. Sebaliknya, jika kata nama diulang, kata adjektif tidak perlu diulang lagi.

Page 34: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Pelanggaran Hukum DM. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) lain-lain hal (salah)

hal-hal lain (betul)

(b) Ah Chong Kedai Runcit (salah)

Kedai Runcit Ah Chong (betul)

(c) Yusuf Restoran (salah)

Restoran Yusuf (betul)

(d) goreng pisang (salah)

pisang goreng (betul)

(e) cili sos (salah)

sos cili (betul)

4. Kesalahan dari segi Hukum DM biasanya berlaku apabila orang terpengaruh oleh susunan kata majmuk nama bahasa Inggeris.

Kesalahan dari Segi Frasa Adjektif

1. Penggunaan dan kedudukan kata penguat. Kesalahan berlaku apabila kata penguat diletakkan sewenang-wenang, yakni di belakang, di depan, atau di depan dan di belakang sekali gus tanpa menngetahui kedudukannya yang betul. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Pemandangan di kampungnya sekali indah. (salah)

Pemandangan di kampungnya indah sekali. (betul)

(b) Kami benar faham akan perangainya. (salah)

Kami faham benar akan perangainya. (betul)

(c) Pengetahuannya dalam agak tentang hal itu. (salah)

Pengetahuannya agak dalam tentang hal itu. (betul)

2. Penggunaan kata penguat dengan kata adjektif yang berawalan ter-. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Dialah pelari yang terhandal sekali. (salah)

Dialah pelari yang terhandal. (betul)

Page 35: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Dialah pelari yang handal sekali. (betul)

(b) Itulah baju yang amat tercantik. (salah)

Itulah baju yang amat cantik. (betul)

Itulah baju yang tercantik. (betul)

(c) Inilah bangunan yang paling tertinggi. (salah)

Inilah bangunan yang paling tinggi. (betul)

Inilah bangunan yang tertinggi. (betul)

4. Kata penguat tidak diperlukan lagi jika kata adjektif itu diimbuhi awalan ter-. Hal ini demikian kerana awalan ter- pada kata adjektif sudah membawa makna paling.

3. Peluasan frasa adjektif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulan seperti yang berikut.

(a) Saya suka durian. (salah)

Saya suka akan durian. (betul)

(b) Dia patuh arahan itu. (salah)

Dia patuh pada/akan arahan itu. (betul)

[Selain frasa sendi, frasa-frasa lain tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif diperluas.]

4. Penggunaan kata adjektif berawalan ter- sebagai predikat. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Pakaian ini tersesuai dengan susuk tubuh kakak. (salah)

Pakaian ini amat sesuai dengan susuk tubuh kakak. (betul)

(b) Bangunan itu tertinggi. (salah)

Bangunan itu paling tinggi. (betul)

[Kata adjektif yang berawalan ter- tidak boleh bertugas sebagai predikat.]

Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Aktif

1. Peluasan frasa kerja intransitif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

Page 36: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(a) Pemimpin itu mudah lupa janji-janjinya. (salah)

Pemimpin itu mudah lupa akan janji-janjinya. (betul)

(b) Pasukan bola sepak Selangor bertemu pasukan bola sepak Perlis. (salah)

Pasukan bola Selangor bertemu dengan pasukan bola sepak Perlis. (betul)

(c) Dia bertanya saya hal itu. (salah)

Dia bertanya kepada saya tentang hal itu. (betul)

[Frasa kerja intransitif dalam ayat-ayat di atas, yakni lupa, bertemu, dan bertanya boleh diperluas dengan frasa sendi saja dan tidak boleh dengan frasa nama. Frasa sendi dalam ayat-ayat tersebut ialah akan janji-janjinya, dengan pasukan bola sepak Perlis, dan kepada saya serta tentang hal itu.]

2. Penggunaan frasa kerja intransitif yang berapitan ber...kan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(a) Meja itu beralaskan dengan sehelai kain. (salah)

Meja itu beralaskan sehelai kain. (betul)

(b) Penjenayah itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (salah)

Penjenayah itu bersenjatakan sebilah pisau. (betul)

[Kata kerja intransitif yang berapitan ber...kan dalam ayat-ayat tersebut, yakni beralaskan dan bersenjatakan tidak boleh diikuti oleh kata sendi. Hal ini demikian kerana akhiran –kan pada kata kerja berapitan ber...kan merupakan singkatan kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi yang lain seperti dengan, pada, atau tentang. ]

3. Bentuk frasa kerja transitif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Dia belum mengetahui tentang hal itu. (salah)

Dia belum mengetahui hal itu. (betul)

(b) Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan. (salah)

Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan. (betul)

(c) Mereka akan mendalamkan lagi sungai ini. (salah)

Mereka akan mendalamkan sungai ini (betul)

Mereka akan memperdalam sungai ini. (betul)

Page 37: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

[Bentuk frasa kerja transitif merupakan bentuk terikat. Oleh itu, kata atau kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.]

Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Pasif

1. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Jambangan bunga ini digubah olehku. (salah)

Jambangan bunga ini kugubah. (betul)

(b) Kebun itu diusahakan oleh saya. (salah)

Kebun itu saya usahakan. (betul)

(c) Meja-meja ini disusun oleh kami. (salah)

Meja-meja ini kami susun. (betul)

(d) Majlis perpisahan guru diraikan oleh kita. (salah)

Majlis perpisahan guru kita raikan. (betul)

[Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.]

2. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Hadiah ini perlu dibungkus oleh engkau. (salah)

Hadiah ini perlu kaubungkus. (betul)

(b) Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda. (salah)

Soalan ini hendaklah anda jawab. (betul)

(c) Gubahan ini dihasilkan oleh kamu? (salah)

Gubahan ini kamu hasilkan? (betul)

[Bentuk frasa kerja pasif kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.]

3. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Keropok ini ibu goreng. (salah)

Keropok ini digoreng oleh ibu. (betul)

Page 38: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Dinding itu dia conteng. (salah)

Dinding itu diconteng olehnya. (betul)

(c) Drama itu mereka persembahkan. (salah)

Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)

[Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua.]

4. Penyisipan kata-kata lain antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Tempat itu saya belum kunjungi. (salah)

Tempat itu belum saya kunjungi. (betul)

(b) Surat khabar itu aku akan baca sebentar lagi. (salah)

Surat khabar itu akan aku baca sebentar lagi. (betul)

(c) Buku itu anda mesti pulangkan. (salah)

Buku itu mesti anda pulangkan. (betul)

(d) Borang ini kamu perlu hantar pagi esok. (salah)

Borang ini perlu kamu hantar pagi esok. (betul)

[Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif.]

Kesalahan dari Segi Struktur Ayat Gabungan

1. Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung berpasangan.

2. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat- ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabung dengan betul.

3. Apabila ayat-ayat tunggal hendak digabungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung berpasangan untuk membentuk ayat gabungan, maka

unsur yang sama dalam ayat-ayat tersebut perlu disebut sekali saja. Perhatikan contoh yang berikut.

(a) Buku ini bukan untuk adik.

(b) Buku ini untuk abang.

Page 39: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(c) Buku ini bukan untuk adik tetapi untuk abang.

[Apabila dua ayat ini digabungkan dengan kata hubung tetapi, maka unsur yang sama, iaitu buku ini disebut sekali saja.]

4. Selain itu, jika predikat dalam ayat-ayat tunggal tersebut disertai frasa sendi, maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Perhatikan contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(a) Mereka akan melancong ke London atau Paris? (salah)

Mereka akan melancong ke London atau ke Paris? (betul)

(b) Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau Subang Jaya. (salah)

Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau di Subang Jaya. (betul)

Kesalahan dari Segi Struktur Ayat Pancangan

1. Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.

2. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku kerana tidak ada kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, kerana, sebelum, dan sebagainya yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.

3. Tugas klausa bawahan berbagai-bagai, yakni sebagai:

(a) keterangan predikat;

(b) penerang frasa nama;

(c) objek kepada kata kerja transitif;

(d) objek kepada kata sendi;

(e) pelengkap kepada kata kerja tidak transitif;

(f) pelengkap kepada kata adjektif.

4. Perhatikan contoh kesalahan dan pembetulannya di bawah ini.

(a) Semua pelajar tahu dia anak hartawan. (salah)

Semua pelajar tahu bahawa dia anak hartawan. (betul)

Page 40: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Kami berdoa anda cepat sembuh. (salah)

Kami berdoa agar anda cepat sembuh. (betul)

5. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku kerana kata sandang yang digunakan sebagai ganti kata hubung bahawa. Perhatikan contoh

kesalahan dan pembetulan di bawah ini.

(a) Dia mengatakan yang dia sakit. (salah)

Dia mengatakan bahawa dia sakit. (betul)

(b) Saya tidak tahu yang dia olahragawan sekolah. (salah)

Saya tidak tahu bahawa dia olahragawan sekolah. (betul)

6. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Lihat contoh kesalahan dan

pembetulan seperti yang berikut.

(a) Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. (salah)

Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. (betul)

(b) Bangunan itu yang tinggi menjangkau langit Menara Berkembar Petronas. (salah)

Bangunan yang tinggi menjangkau langit itu Menara Berkembar Petronas. (betul)

Kesalahan dari Segi Ayat Tergantung

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2. Dalam susunan biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contohnya:

(a) Mereka (Subjek)/petani (Predikat).

(b) Pelajar-pelajar itu (Subjek)/ke perpustakaan (Predikat).

(c) Rumah itu (Subjek)/agak besar (Predikat).

(d) Budak-budak itu (Subjek)/berlari (Predikat).

3. Apabila suatu bentuk ujaran tidak mempunyai subjek atau predikat, maka bentuk ujaran tersebut disebut ayat tergantung.

4. Perhatikan contoh kesalahan aspek ayat tergantung di bawah ini.

(a) Di seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut.

(b) Kelalaian yang menyebabkan kemalangan sering berlaku.

Page 41: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

5. Bentuk ujaran (a) tidak ada subjeknya. Oleh sebab itu, tidak diketahui siapa atau apa yang telah mengetahui kejadian ganjil itu.

6. Ujaran tersebut dapat dibetulkan tanpa mengubah struktur dan maksud ayat asal seperti yang berikut.

Seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut. (Subjek: Seluruh kampung itu)

7. Bentuk ujaran (b) tidak mempunyai predikat. Seluruh kumpulan kata itu adalah frasa nama yang bertugas sebagai subjek.

8. Ujaran tersebut dapat dibetulkan tanpa mengubah struktur dan maksud ayat asalnya seperti dalam analisis yang berikut.

Anali

9. Beberapa contoh ayat tergantung yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut.

(a) Dengan penjelasan yang diberikan melenyapkan keraguan mereka. (tidak ada subjeknya)

Penjelasan yang diberikan melenyapkan keraguan mereka. (Subjek: Penjelasan yang diberikan) atau

Dengan Penjelasan yang diberikan, lenyaplah keraguan mereka. (Subjek: keraguan mereka)

Page 42: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. (tidak ada subjeknya)

Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. (Subjek: Kehadiran tuan) atau

Dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis kami. (Subjek: majlis kami)

(c) Pelajar-pelajar lelaki saja dibenarkan menyertai ekspedisi itu. (tidak ada subjeknya)

Pelajar-pelajar lelaki saja yang dibenarkan menyertai ekspedisi itu. (Subjek: yang dibenarkan menyertai ekspedisi itu)

(d) Industri berat yang akan dimajukan di negara kita. (tidak ada predikat)

Industri berat akan dimajukan di negara kita. (Predikat: akan dimajukan di negara kita)

(e) Apakah dibincangkan dalam mesyuarat itu? (tidak ada subjeknya)

Apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat itu? (Subjek: yang dibincangkan dalam mesyuarat itu)

(e) Siapakah datang ke rumahmu? (tidak ada subjeknya)

Siapakah yang datang ke rumahmu? (Subjek: yang datang ke rumahmu)

Kesalahan dari Segi Struktur Ayat

1. Kesalahan dari segi struktur lazimnya ditemukan dalam ayat tanya.

2. Selain itu, struktur yang salah terdapat juga dalam ayat-ayat lain.

3. Ayat yang salah dari segi strukturnya menyebabkan makna ayat yang kabur dan sukar difahami.

4. Ayat tanya dibahagi kepada dua, iaitu:

(a) ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, dan sebagainya;

Page 43: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) ayat tanya yang bentuknya seperti ayat penyata tetapi dibezakan oleh adanya tanda tanya (?)

5. Kedua-dua bentuk ayat tanya ini boleh berbentuk biasa, yakni subjeknya di depan dan predikatnya di belakang, atau berbentuk songsang, yakni predikatnya

didahulukan dan subjeknya dikemudiankan. Apabila predikat dalam ayat tanya didahulukan maka partikel -kah perlu disertakan.

6. Oleh hal yang demikian, jika partikel -kah diletakkan di akhir ayat tanya, maka ayat tersebut salah strukturnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan seperti

yang berikut.

(a) Beliau guru kamukah? (salah)

Guru kamukah beliau? (betul)

(b) Pameran itu diadakan selama berapa harikah? (salah)

Selama berapa harikah pameran ini diadakan? (betul)

(c) Nenek kamu yang sakit itu sudah sembuhkah? (salah)

Sudah sembuhkah nenek kamu yang sakit itu? (betul)

(d) Kamu tidak memberitahu saya tentang hal itu mengapakah? (salah)

Mengapakah kamu tidak memberitahu saya tentang hal itu? (betul)

7. Kesalahan lain dari segi struktur biasanya berlaku kerana kata-kata yang membentuk ayat tersebut tidak betul dan kacau sekali susunannya. Sebagai akibatnya

makna ayat tersebut kabur dan sukar difahami. Contoh kesalahan dan pembetulannya adalah seperti yang berikut.

(a) Saya baru saja menerima daripada nenek di kampung sepucuk surat. (salah)

Saya baru saja menerima sepucuk surat daripada nenek di kampung. (betul)

(b) Mereka dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kerja itu. (salah)

Mereka dikehendaki menyiapkan kerja itu dalam masa seminggu. (betul)

(c) Projek itu dijangka pada tahun depan akan siap sepenuhnya. (salah)

Projek itu dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun depan. (betul)

(d) Dengan tertubuhnya di kampung itu syarikat kerjasama dapat

diatasi masalah penindasan oleh orang tengah. (salah)

Page 44: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Dengan tertubuhnya syarikat kerjasama di kampung itu, masalah penindasan oleh orang tengah dapat diatasi. (betul)

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI

4.

(a) “Kami mesti mematuhi peraturan permainan,” kata Beng Hong kepada rakan sepasukannya. (salah)

(b) “Kita hendak melaporkan kemalangan jalan raya, encik,” kata Yusri dan Mohan kepada pegawai polis itu. (salah)

(a) Budak itu menangis kerana beliau lapar. (salah)

(b) Anjing itu garang. Beliau suka menyalak. (salah)

(a) Novel itu berjudul “Di Hadapan Pulau”. Ia ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. (salah)

(c) Kucing Niki bernama Manja. Ia sungguh comel.(salah)

(a) Mereka-mereka itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pongsu. (salah)

(b) Guru disiplin akan mendenda mereka-mereka yang datang lewat. (salah)

(c) Mereka-mereka itu jiran saya. (salah)

(a) Sudah kau baca novel itu? (salah)

(b) Raihan akan ku temui esok. (salah)

Page 45: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(c) Apakah hajat mu? (salah)

(d) Pakaian nya kemas. (salah)

(a) Kau harus bersabar. (salah)

(b) Ku akan ke rumahnya esok. (salah)

(c) Mu hendak ke mana? (salah)

(d) Nya sakit kuat. (salah)

(c) Aku bersyukur kepadamu, ya Allah. (salah)

(d) Berdoalah selalu kepadanya. (salah)

(a) Kucing itu mati kerana ianya dilanggar lori. (salah)

(b) Jika lambat diubati, ianya akan melarat. (salah)

(c) Ianya telah mengakui kesalahannya. (salah)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Tanya

(b) Nama adik kamu apa? (salah)

Page 46: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(b) Nama kucing ini siapa? (salah)

(c) Yang menghantar kamu tadi apa? (salah)

Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Tak Tentu

1. Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa

(d) Apa yang dikatakan Abu itu memang benar. (salah)

(e) Siapa yang tidak hadir akan didenda. (salah)

(f) Pilihlah mana yang kamu berkenan. (salah)

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan

(a) Kami menghadapi berbagai masalah semasa ekspedisi itu.

(b) Setengah orang tidak gemar akan ikan air tawar. (salah)

(c) Tiap hari dia berjaja kuih. (salah)

(d) Kedua orang penjenayah itu dijatuhi hukuman mati. (salah)

(c) Stadium Malawati Shah Alam gamat dengan sorak-sorai para-para penonton. (salah)

Page 47: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(c) lima orang guru-guru (salah)

(d) para belia-belia (salah)

(b) seluruh negeri-negeri (salah)

(c) Mesyuarat itu berlangsung selama satu suku jam. (salah)

(d) Harga sekilogram ayam ialah lima setengah ringgit. (salah)

(c) Rumahnya terletak kira-kira tiga setengah kilometer dari

Bandar Nilai (salah)

Kesalahan Pengggunaan Penjodoh Bilangan

1. Tidak semua kata nama boleh disertai penjodoh bilangan. Misalnya:

(e) semua orang pelajar (salah)

(f) seluruh buah negara (salah)

(g) tiap-tiap (setiap) orang peserta (salah)

(a) Dia berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan. (salah)

(b) Beliau memberikan sebuah cadangan tentang pelaksanaan projek itu. (salah)

Page 48: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(c) Tijah ingin mencari sebuah ketenangan di Pantai Cahaya

Bulan (salah)

(h) Beliau meninggalkan sebuah jasa yang tidak ternilai. (salah)

Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

1.

(e) Mereka berasal daripada Pahang Darul Makmur. (salah)

(f) Surat ini saya terima dari Azean. (salah)

(g) Pelbagai maklumat kami peroleh dari penerangan yang diberikan oleh pegawai itu. (salah)

(h) Kain itu dibuat dari benang sutera. (salah)

3.

(f) Di waktu pagi kami bersenam. (salah)

(g) Di zaman sains dan teknologi ini kehidupan sungguh

Mencabar (salah)

(h) Di hari minggu yang lalu saya ke Pusat Sains Negara. (salah)

(i) Di ingatan saya, dia belajar di Ottawa, Kanada. (salah)

(j) Nota itu ada dengan Rajan. (salah)

4.

(d) Pasukan polis bergegas kepada tempat kemalangan itu.

Page 49: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(salah)

(e) Buku itu dihempaskannya kepada meja. (salah)

(f) Posmen menyerahkan surat itu ke abang. (salah)

Kesalahan Penggunaan Kata Kerja

1. Kata kerja tidak transitif yang berawalan ber- atau men- atau ter- tidak boleh ditiadakan awalannya.

(c) Khalil tanya kepada Farid. (salah)

(d) Katak itu lompat di atas rumput. (salah)

(c) Gadis itu senyum kepada kami. (salah)

2. Semua kata kerja transitif, kecuali kata makan, minum, minta, dan

mohon

(d) Ibu sedang cuci pinggan mangkuk di dapur. (salah)

(e) Danial pakai baju batik. (salah)

(f) Halim tulis surat kepada ayahnya. (salah)

(d) Farihin dengar radio sambil bernyanyi. (salah)

(d) Abang menghadiahkan kepada saya buku itu. (salah)

Page 50: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(e) Mereka membeli banyak buah. (salah)

(f) Kami akan mengunjungi lagi tempat bersejarah itu. (salah)

(d) Salmah ada membawa juga bekalan dari rumah. (salah)

Kesalahan Penggunaan Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

(c) Esok dan lusa kami akan ke Kuala Lumpur. (salah)

(d) Orang itu alim kecuali baik hati. (salah)

(c) Ibu menjemur baju itu lalu kering. (salah)

(d) Kakak mengambil novel itu serta membacanya. (salah)

(e) Langit mendung tetapi hujan pun turun. (salah)

2.

(a) “Saya ingin menjadi peguam bila dewasa nanti,” kata Hartini. (salah)

(b) Bila adik merajuk, kakak segera memujuknya. (salah)

Page 51: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

B. PENGIMBUHAN

1. Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambahkan pada kata lain sama ada sebagai awalan, akhiran, atau apitan.

2. Imbuhan dapat bertugas untuk:

(d) mengubah bentuk dan tugas sesuatu kata;

(e) mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata;

(f) mengubah makna kata-kata yang disertainya.

3. Kesalahan dari segi pengimbuhan berlaku sebagai akibat tidak mengetahui aspek-aspek seperti bentuknya, tugasnya, dan maknanya.

4. Kerana tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan, maka berlakulah kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:

(g) Pertunjukkan kebudayaan akan diadakan dalam majlis tersebut. (salah)

(h) Kenaikkan harga barang-barang berpunca daripada permintaan yang melebihi penawaran. (salah)

(c) Leong menaikan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu “Negaraku”.(salah)

(d) Kerajaan akan mempastikan bahawa projek-projek pembangunan berjalan dengan lancar. (salah)

(e) Ayah mengenepikan keretanya untuk memberikan laluan

Kepada ambulans itu (salah)

Page 52: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

5. Kerana tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan, terutamanya yang melibatkan apitan men...kan dan men...i, maka berlakulah pula kesalahan-kesalahan seperti yang

Berikut,

(a) Hakim menjatuhkan perompak itu hukuman lapan tahun

Penjara (salah)

(b) Baginda menganugerahi pingat kebesaran kepada tokoh

Bahasa itu (salah)

(i) Ibu memberikan Puan Rajeswari bungkusan itu. (salah)

(j) Kakak mengambil nenek segelas air. (salah)

(k) Banjir besar menenggelamkan rumah-rumah di kampung

Itu.(salah)

(l) Sampah sarap mengotorkan kawasan di belakang rumah

Itu.(salah)

(g) Budak-budak nakal mengotori kawasan di belakang rumah

Itu dengan sampah sarap. (salah)

9. Untuk mengelakkan kesalahan dari segi pengimbuhan ini, maka rajin-rajinlah merujuk kepada kamus. Daripada kamus yang baik, anda akan dapat mengetahui bentuk kata yang benar serta maknanya dan penggunaannya yang tepat.

Page 53: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

C. PENGGANDAAN

1. Penggandaan merupakan salah satu aspek pembentukan kata selain pengimbuhan.

2. Melalui penggandaan, terbentuklah empat jenis kata, iaitu:

(e) kata ganda seluruh;

(f) kata ganda separa;

(g) kata ganda bersajak/berima;

(h) kata ganda berimbuhan.

3. Melalui penggandaan, makna sesuatu kata dapat berubah.

4. Kesalahan dari segi penggandaan berlaku sebagai akibat tidak mengetahui makna sesuatu kata ganda apabila digunakan dalam ayat.

5. Lihat contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(e) Pepohon-pepohon yang rendang terdapat di sepanjang jalan. (salah)

(f) Rambutnya amat kusut-masai kerana dia baru bangun tidur. (salah)

(g) Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan. (salah)

(h) Samad menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh Cikgu Karim(salah)

D. FRASA DAN AYAT

Kesalahan dari Segi Frasa Nama

1. Penggunaan kata bilangan yang menunjukkan makna jamak. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(e) dua buah lori-lori (salah)

Page 54: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(f) beberapa orang pekerja-pekerja (salah)

(g) Ketiga-tiga orang penyair-penyair itu (salah)

(h) Setiap pelajar-pelajar (salah)

2. Apabila kata bilangan yang menunjukkan makna jamak digunakan, maka kata nama itu tidak boleh diulang.

3. Penggunaan kata adjektif yang diulang. Lihat contoh kesalahan dan pembetulan seperti yang berikut:

(d) Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (salah)

(e) Barang-barang di kedai itu mahal-mahal belaka. (salah)

(f) Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar. (salah)

3. Pelanggaran Hukum DM. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(d) lain-lain hal (salah)

(e) Ah Chong Kedai Runcit (salah)

(f) Yusuf Restoran (salah)

(d) goreng pisang (salah)

(e) cili sos (salah)

Page 55: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

4. Kesalahan dari segi Hukum DM biasanya berlaku apabila orang terpengaruh oleh susunan kata majmuk nama bahasa Inggeris.

Kesalahan dari Segi Frasa Adjektif

1. Penggunaan dan kedudukan kata penguat. Kesalahan berlaku apabila kata penguat diletakkan sewenang-wenang, yakni di belakang, di depan, atau di depan dan di belakang sekali gus tanpa menngetahui kedudukannya yang betul. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(c) Pemandangan di kampungnya sekali indah. (salah)

(d) Kami benar faham akan perangainya. (salah)

(c) Pengetahuannya dalam agak tentang hal itu. (salah)

2. Penggunaan kata penguat dengan kata adjektif yang berawalan ter-. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(d) Dialah pelari yang terhandal sekali. (salah)

(e) Itulah baju yang amat tercantik. (salah)

(f) Inilah bangunan yang paling tertinggi. (salah)

3. Peluasan frasa adjektif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulan seperti yang berikut.

(c) Saya suka durian. (salah)

(d) Dia patuh arahan itu. (salah)

Page 56: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

4. Penggunaan kata adjektif berawalan ter- sebagai predikat. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(c) Pakaian ini tersesuai dengan susuk tubuh kakak. (salah)

(d) Bangunan itu tertinggi. (salah)

Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Aktif

1. Peluasan frasa kerja intransitif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(d) Pemimpin itu mudah lupa janji-janjinya. (salah)

(e) Pasukan bola sepak Selangor bertemu pasukan bola sepak Perlis (salah)

(f) Dia bertanya saya hal itu. (salah)

2. Penggunaan frasa kerja intransitif yang berapitan ber...kan. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut:

(c) Meja itu beralaskan dengan sehelai kain. (salah)

(d) Penjenayah itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (salah)

3. Bentuk frasa kerja transitif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(d) Dia belum mengetahui tentang hal itu. (salah)

(e) Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan. (salah)

Page 57: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(f) Mereka akan mendalamkan lagi sungai ini. (salah)

[Bentuk frasa kerja transitif merupakan bentuk terikat. Oleh itu, kata atau kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.]

Kesalahan dari Segi Frasa Kerja Pasif

1. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(e) Jambangan bunga ini digubah olehku. (salah)

(f) Kebun itu diusahakan oleh saya. (salah)

(g) Meja-meja ini disusun oleh kami. (salah)

(h) Majlis perpisahan guru diraikan oleh kita. (salah)

[Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.]

2. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

(d) Hadiah ini perlu dibungkus oleh engkau. (salah)

(e) Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda. (salah)

(f) Gubahan ini dihasilkan oleh kamu? (salah)

[Bentuk frasa kerja pasif kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.]

3. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang berikut.

Page 58: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(d) Keropok ini ibu goreng. (salah)

(e) Dinding itu dia conteng. (salah)

(f) Drama itu mereka persembahkan. (salah)

[Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan diri kedua.]

4. Penyisipan kata-kata lain antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif. Lihat contoh kesalahan dan pembetulannya yang

berikut.

(b) Tempat itu saya belum kunjungi. (salah)

(b) Surat khabar itu aku akan baca sebentar lagi. (salah)

(c) Buku itu anda mesti pulangkan. (salah)

(d) Borang ini kamu perlu hantar pagi esok. (salah)

[Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua merupakan bentuk terikat. Oleh sebab itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif.]

Kesalahan dari Segi Struktur Ayat Gabungan

1. Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung

berpasangan.

2. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabung dengan betul.

Page 59: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

3. Apabila ayat-ayat tunggal hendak digabungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung berpasangan untuk membentuk ayat gabungan, maka unsur yang sama dalam dalam ayat-ayat tersebut disebut sekali saja. Perhatikan contoh

(d) Buku ini bukan untuk adik.

(e) Buku ini untuk abang.

(f) Buku ini bukan untuk adik tetapi untuk abang.

[Apabila dua ayat ini digabungkan dengan kata hubung tetapi, maka unsur yang sama, iaitu buku ini disebut sekali saja.]

(c) Mereka akan melancong ke London atau Paris? (salah)

(d) Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau Subang Jaya. (salah)

Kesalahan dari Segi Struktur Ayat Pancangan

1. Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.

2. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku kerana tidak ada kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, kerana, sebelum, dan sebagainya yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.

3. Tugas klausa bawahan berbagai-bagai, yakni sebagai:

(g) keterangan predikat;

(h) penerang frasa nama;

(i) objek kepada kata kerja transitif;

(j) objek kepada kata sendi;

(k) pelengkap kepada kata kerja tidak transitif;

(l) pelengkap kepada kata adjektif.

Page 60: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

4. Perhatikan contoh kesalahan dan pembetulannya di bawah ini.

(c) Semua pelajar tahu dia anak hartawan. (salah)

(d) Kami berdoa anda cepat sembuh. (salah)

5. Perhatikan contoh kesalahan

(c) Dia mengatakan yang dia sakit. (salah)

(d) Saya tidak tahu yang dia olahragawan sekolah. (salah)

6. Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya.

(c) Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. (salah)

(d) Bangunan itu yang tinggi menjangkau langit Menara Berkembar Petronas. (salah)

Kesalahan dari Segi Ayat Tergantung

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2. Dalam susunan biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contohnya:

(f) Mereka (Subjek)/petani (Predikat).

(g) Pelajar-pelajar itu (Subjek)/ke perpustakaan (Predikat).

(h) Rumah itu (Subjek)/agak besar (Predikat).

(i) Budak-budak itu (Subjek)/berlari (Predikat).

3. Apabila suatu bentuk ujaran tidak mempunyai subjek atau predikat, maka bentuk ujaran tersebut disebut ayat tergantung.

4. Perhatikan contoh kesalahan aspek ayat tergantung di bawah ini.

(c) Di seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil

Page 61: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Tersebut.

(d) Kelalaian yang menyebabkan kemalangan sering berlaku.

5. Bentuk ujaran (c) tidak ada subjeknya. Oleh sebab itu, tidak diketahui siapa atau apa yang telah mengetahui kejadian ganjil itu.

6. Ujaran tersebut dapat dibetulkan tanpa mengubah struktur dan maksud ayat asal seperti yang berikut.

Seluruh kampung itu telah mengetahui kejadian ganjil tersebut. (Subjek: Seluruh kampung itu)

7. Bentuk ujaran (b) tidak mempunyai predikat. Seluruh kumpulan kata itu adalah frasa nama yang bertugas sebagai subjek.

8. Ujaran tersebut dapat dibetulkan tanpa mengubah struktur dan maksud ayat asalnya seperti dalam analisis yang berikut.

Anali

9. Beberapa contoh ayat tergantung yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut.

(a) Dengan penjelasan yang diberikan melenyapkan keraguan mereka. (tidak ada subjeknya)

Page 62: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Penjelasan yang diberikan melenyapkan keraguan mereka. (Subjek: Penjelasan yang diberikan) atau

Dengan Penjelasan yang diberikan, lenyaplah keraguan mereka. (Subjek: keraguan mereka)

(b) Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. (tidak ada subjeknya)

Kehadiran tuan akan menyerikan majlis kami. (Subjek: Kehadiran tuan) atau

Dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis kami. (Subjek: majlis kami)

(c) Pelajar-pelajar lelaki saja dibenarkan menyertai ekspedisi itu. (tidak ada subjeknya)

Pelajar-pelajar lelaki saja yang dibenarkan menyertai ekspedisi itu. (Subjek: yang dibenarkan menyertai ekspedisi itu)

(d) Industri berat yang akan dimajukan di negara kita. (tidak ada predikat)

Industri berat akan dimajukan di negara kita. (Predikat: akan dimajukan di negara kita)

(e) Apakah dibincangkan dalam mesyuarat itu? (tidak ada subjeknya)

Apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat itu? (Subjek: yang dibincangkan dalam mesyuarat itu)

(j) Siapakah datang ke rumahmu? (tidak ada subjeknya)

Siapakah yang datang ke rumahmu? (Subjek: yang datang ke rumahmu)

Kesalahan dari Segi Struktur Ayat

1. Kesalahan dari segi struktur lazimnya ditemukan dalam ayat tanya.

2. Selain itu, struktur yang salah terdapat juga dalam ayat-ayat lain.

3. Ayat yang salah dari segi strukturnya menyebabkan makna ayat yang kabur dan sukar difahami.

4. Ayat tanya dibahagi kepada dua, iaitu:

Page 63: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

(d) ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, dan sebagainya;

(e) ayat tanya yang bentuknya seperti ayat penyata tetapi dibezakan oleh adanya tanda tanya (?)

5. Kedua-dua bentuk ayat tanya ini boleh berbentuk biasa, yakni sub jeknya di depan dan predikatnya di belakang, atau berbentuk songsang,yakni,predikatnya

didahulukan dan subjeknya

dikemudiankan. Apabila predikat dalam ayat tanya didahulukan

maka partikel -kah perlu disertakan.

6. Oleh hal yang demikian, jika partikel -kah diletakkan di akhir ayat , tanya,maka ayat tersebut salah strukturnya. Lihatlah contoh ,

(e) Beliau guru kamukah? (salah)

(f) Pameran itu diadakan selama berapa harikah? (salah)

(g) Nenek kamu yang sakit itu sudah sembuhkah? (salah)

(h) Kamu tidak memberitahu saya tentang hal itu mengapakah? (salah)

7. Kesalahan lain dari segi struktur biasanya berlaku kerana kata-kata yang membentuk ayat tersebut tidak betul dan kacau sekali susunannya.Sebagai

akibatnya makna ayat tersebut kabur dan sukar difahami.Contoh kesalahan,

(e) Saya baru saja menerima daripada nenek di kampung sepucuk surat. (salah)

(f) Mereka dikehendaki dalam masa seminggu menyiapkan kerja itu.(salah)

(g) Projek itu dijangka pada tahun depan akan siap sepenuhnya. (salah)

(h) Dengan tertubuhnya di kampung itu syarikat kerjasama

Dapat diatasi masalah penindasan oleh orang tengah. (salah)

Page 64: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Bil Kesalahan Pembetulan

1 selain daripada itu Selain itu

2 berbincang masalah disiplin Berbincang tentang masalah/membincangkan masalah

3 ditendang oleh saya Saya tendang

4 memberikan sebuah pendapat Memberikan pendapat

5 dari masa ke semasa Dari masa ke masa/ dari semasa ke semasa

6 saling bantu-membantuSaling membantu/membantu-membantu

7 di musim hujan Pada musim hujan

8 Anak-anak Encik Ismail bergaji besar semuanya. Anak-anak E.Is bergaji besar/ Anak E.Is bergaji besar semuanya.

9 Cikgu Haniza adalah cikgu kami ialah

10 menceritakan tentang masalah Menceritakan masalah/Bercerita tentang masalah

11 hormat ibu bapanya Hormat akan ibu bapanya

12 menghormati akan ibu bapanya Menghormati ibu bapanya

13 dipandunya kereta itu dengan cepat laju

14 kereta yang mereka naiki Kereta yang dinaiki oleh mereka/dinaiki mereka

15 jika sekiranya dia datang Jika ATAU sekiranya

16 Bila disoal oleh gurunya, Harun menggaru-garu

kepalanya berkali-kali. Apabila…..menggaru-garu kepalanya/menggaru kepalanya berkali-kali

17 sebuah basikal dihadiahi oleh ayah dihadiahkan

18 saya dihadiahkan sebuah basikal dihadiahi

19 Kami mempersetujui dengan cadangan rakan kami itu. menyetujui cadangan/bersetuju dengan cadangan

20 balik kampung balik ke kampung

21 akan mereka kunjungi Akan dikunjungi oleh mereka/akan dikunjungi mereka

22 dia menyakitkan hati saya menyakiti

23 Allahyarham Sultan Mahmud Syah almarhum

Page 65: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

24 menyalahi orang lain menyalahkan

25 seni mempertahankan diri pertahanan

26 “ Jangan buang sampah di atas lantai,”

kata guru itu. ke atas lantai

27 Semangat cintakan negara perlu dipupuk

sejak kecil lagi. cinta akan

28 oleh kerana tidak hadir majlis itu oleh sebab/kerana...tidak hadir ke .

29 berjuang demi untuk negara demi ATAU untuk

30 Adalah dimaklumkan bahawa Dengan ini dimaklumkan

31 penghawa dingin pendingin hawa (hukum D-M)

32 filem itu kami pernah tonton pernah kami

33 mempereratkan persahabatan mempererat/mengeratkan

34 buku-buku itu tebal-tebal belaka buku-buku itu tebal/buku itu tebal-tebal

35 memperolehi kemenangan memperoleh

36 “Saya akan pergi ke majlis jamuan diraja,”kata

Sultan Abdul Halim. Beta..berangkat /majlis santapan /titah

37 Pengerusi menyampaikan kata-kata aluan kata alu-aluan

38 memaju dan membesarkan syarikatnya memajukan

39 Budak itu adik kamukah? Budak itu adik kamu?/Adik kamukah budak itu?

40 Kerajaan akan mensasarkan gulungan petani Menyasarkan/golongan

41 pertemuan barang-barang lama penemuan

42 hubungan antara negara kita dan lain-lain negara negara-negara lain (hukum D-M)

43 banjir telah menenggelamkan rumah menenggelami

44 fikirannya begitu susut kusut

45 salah seorang dari peserta-peserta daripada peserta

46 Kakak membawa bapa secawan kopi. membawakan

47 Kakak membawakan secawan kopi untuk bapa. membawa

Page 66: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

48 Secawan kopi dibawakan oleh kakak untuk bapa. dibawa

49 Bapa dibawa secawan kopi oleh kakak. dibawakan

50 perlawanan bola sepak antara sekolah-sekolah sekolah

51 menjauhkan dadah menjauhi

52 menjauhi diri dari dadah menjauhkan diri daripada

53 Emak memberikan saya wang memberi saya/memberikan wang

54 setiap orang warganegara setiap warganegara

55 Menteri besar-Menteri besar menteri-menteri besar

56 jawatan-jawatan kuasa jawatankuasa-jawatankuasa

57 senarai nama pelajar-pelajar senarai nama pelajar

58 barisan anak-anak pokok getah barisan anak pokok getah

59 marjerin disapu di roti pada roti

60 Mereka akan ke Kedah atau Perak? atau ke Perak?

61 Tuhan mencucuri rahmat kepada kami mencucurkan

62 sila jangan merokok jangan merokok

63 tolong jangan bising jangan bising

64 Ramli sukakan baju itu. suka akan

65 Buku itu ialah tebal. adalah

66 beberapa keping majalah-majalah naskhah /majalah

67 Lukisan ini dihasilkan oleh kamu? kamu hasilkan?

68 menunggu kamu sejak dari tadi. sejak ATAU dari

69 Pelajar itu akan diberikan bantuan buku. diberi

70 Bila ada masa lapang,dia akan memburu Apabila / berburu

71 Encik Hassan akan memperisterikan gadis itu. memperisteri

72 Encik Rahman akan memperisteri anaknya dengan

gadis itu. memperisterikan

73 akibat perlanggaran disiplin sekolah pelanggaran

Page 67: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

74 ringgit Malaysia dua ratus Dua ratus ringgit.....

75 Hamba akan menjalankan perintah itu, tuanku. Patik

76 hasil pembuatan buatan

77 kempen menderma darah derma

78 Maafkan saya di atas kesalahan yang saya telah lakukan atas / telah saya

79 Saya mengucapkan terima kasih,tuanku Patik /menjunjung kasih

80 Kami bersarapan pagi di warung Pak Mat bersarapan di warung ....

81 Negara kita letak antara Singapura dan Thailand. terletak …di antara … dengan

82 Tolong mengambilkan saya buku itu. ambilkan

83 Penyakit itu selamat menjalankan pembedahan menjalani

84 Pelbagai-bagai jenis lauk-pauk Pelbagai jenis lauk

85 Akan diatasi oleh saya masalah itu. Akan saya atasi

86 Kedua ibu bapa itu sangat sayang anak-anaknya. Kedua-dua orang .....anak-anak mereka

87 Jalan itu sangat merbahaya kepada para pemandu-pemandu berbahaya / para pemandu

88 Peragawati itu sedang layan penumpang di dalam kapal terbang itu.Pramugari...melayan

89 lulus di dalam periksa itu dalam peperiksaan

90 Kebanyakan negara-negara di Tenggara Asia Negara / Asia Tenggara (hukum D-M

Page 68: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Beberapa kekecualian daripada hukum bahasa

Kekecualian yang dimaksudkan ialah sesuatu yang menyimpang, berlainan, serta terasing daripada suatu peraturan atau hukum bahasa yang telah diterima umum.

PENGEJAAN KATA MAJMUK

tengah hari

urus setia

reka bentuk

jalan raya

kereta api

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut jelas mengandungi dua kata dasar, misalnya:

antarabangsa

sukarela

kakitangan

olahraga

bumiputera

jawatankuasa

setiausaha

beritahu

tandatangan

warganegara

ASPEK PENGIMBUHAN meN-… APABILA BERTEMU DENGAN HURUF PTKS (pergi tidur kalau sakit)

Kita mengetahui bahawa apabila imbuhan awalan meN-…digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan tersebut, maka konsonan tersebut akan berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik), misalnya;

memakai daripada kata dasarnya pakai,

menangkap (tangkap)

mengutip (kutip)

menyapu (sapu)

Page 69: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Namun begitu, peraturan ini tidak berlaku bagi perkataan terbitan seperti:

menternak

mentadbir

mentakrif

menterjemah

mentertawakan

mempelopori

mempengaruhi

mempelawa

mempercayai

mempunyai

mempedulikan

mengkaji

Konsep kekecualian yang digunakan untuk menjelaskan sebab huruf pertama perkataan tersebut tidak mengalami penyesuaian menimbulkan persoalan, walaupun perkataan tersebut bukanlah kata pinjaman.

BENTUK AWALAN beR-…

Bentuk awalan ber-… yang membentuk kata kerja turut mengalami kekecualian. Peraturan bahasa yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa apabila imbuhan ini bergabung dengan kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya –er-, misalnya

serta, maka r dalam awalan ber-… tersebut tidak gugur dan akan membentuk berserta.

berderma

berserban

bercermin

berceramah

Namun begitu, hukum ini bertentangan dengan perkataan terbitan bekerja, iaitu r pada imbuhan ber-… telah digugurkan melalui proses disimilasi. Walaupun bekerja dianggap sebagai suatu kekecualian, namun keadaan ini boleh mengelirukan pengguna bahasa.

PERKATAAN PEMBELAJARAN DAN PEMELAJARAN

Page 70: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

Perkataan pembelajaran ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan. Bentuk yang betul ialah pemelajaran kerana bentuk tersebut terbit daripada kata kerja transitif mempelajari, bukannya daripada kata kerja tak transitif belajar yang disangka oleh kebanyakan pihak.

pembelajaran sebagai bentuk kekecualian

pemelajaran sebagai bentuk yang tetap diterima.

Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pemelajaran kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.

PERKATAAN PENGELIBATAN DAN PELIBATAN

Perkataan pengelibatan ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan.

Perkataan pelibatan betul kerana bentuk tersebut terbit daripada kata libat, bukannya daripada kata gelibat yang tidak membawa sebarang makna.

Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pelibatan kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.

KATA SENDI NAMA DI DAN DALAM UNTUK DI KALANGAN DAN DALAM KALANGAN

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, misalnya:

di pekan

di kantin

di sini

di utara

Kata Sendi Nama di untuk kalangan, misalnya dalam ayat ini; Masalah disiplin di kalangan pelajar amat membimbangkan. Adakah betul frasa di kalangan atau frasa dalam kalangan lebih tepat? Berdasarkan hukum penggunaan sendi nama di, jelaslah bahawa kalangan tidak menunjukkan tempat atau arah tetapi bermaksud lingkungan atau golongan. Oleh itu, penggunaan frasa dalam kalangan sepatutnya digunakan kerana menepati hukum bahasa.

KATA KERJA TRANSITIF MESTI DIIKUTI OBJEK ATAU FRASA NAMA MENGIKUT HUKUM D-M

Kata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti objek atau frasa nama. Ayat contoh:

SALAH: ….menyerikan lagi majlis ini. (menyerikan apa? Menyerikan majlis)

BETUL: …..menyerikan majlis ini lagi.

SALAH: …..membangunkan semula kawasan yang terjejas. (membangunkan apa? Membangunkan kawasan yang terjejas)

Page 71: 80 Kesalahan Tatabahasa Yang Lazim

BETUL: …..membangunkan kawasan yang terjejas semula.

SALAH: …..memaklumkan kepada ibu bapa jumlah yuran PIBG.

BETUL: …..memaklumkan jumlah yuran kepada ibu bapa.

SALAH: …..menyiarkan kepada umum surat-surat mantan Perdana Menteri.

BETUL: …..menyiarkan surat-surat mantan Perdana Menteri kepada umum.

SALAH: ….menyiarkan di akhbar-akhbar utama berita panas itu.

BETUL: …..menyiarkan berita panas itu di akhbar-akhbar utama.

SALAH: ….menyerlahkan juga keanggunan penampilannya.

BETUL: ….. menyerlahkan keanggunan penampilannya juga.

SALAH: …..menawarkan kepada para pembeli kereta seratus peratus pinjaman

BETUL: …..menawarkan pinjaman seratus peratus kepada para pembeli kereta.

Kesimpulannya, KKT tidak boleh diikuti Kata Sendi Nama atau perkataan yang lain selain frasa nama. Namun demikian, oleh sebab sudah diterima umum dan kononnya sudah mantap ayat yang berikut dikatakan betul:

….. menembak mati penjahat (Menembak siapa? Menembak penjahat; sepatutnya menembak penjahat hingga mati)

….. menembak jatuh jet pejuang (menembak apa? Menembak jet pejuang)

….. menghukum mati pesalah (menghukum siapa? Menghukum pesalah, bukannya menghukum mati. bagaimana hendak menghukum mati?