89790993 Artikel Permainan Matematik

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    1/18

    ISU MATEMATIK ; HALANGAN GURU TERHADAP

    PENGGUNAAN PERMAINAN MATEMATIK DALAM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK.

    BAGAIMANA MENGATASINYA ?by Laily, Sri & Wana

    Disalin dari sumber :http://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-

    halangan-guru-terhadap.html: 17 April 2012 @ 05:00 p.m

    1.0 PENGENALAN

    Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila Wawasan 2020

    diperkenalkan pada 28 Februari 1991 kerana pelbagai pihak mula sedar akan peranan

    dan keupayaan bidang matematik dalam menjayakan hasrat murni negara untuk

    mencapai status negara maju dan negara perindustrian menjelang tahun 2020.

    Matlamat wawasan negara ini hanya dapat dicapai melalui masyarakat yang

    berilmu pengetahuan dan berketerampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan

    matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini ialah dengan memastikan

    masyarakat membudayakan matematik dalam kehidupan seharian (Sukatan Pelajaran

    Matematik KBSR, 2001). Namun demikian, Sabri Ahmad dan rakan-rakan (2006)

    telah membuat kesimpulan daripada pelbagai kajian terhadap pelbagai isu pendidikan

    matematik bahawa terdapat pelbagai masalah yang dihadapi dalam pendidikan

    matematik. Ini termasuklah dalam isu persepsi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran

    matematik di mana menurut dapatan kajian yang dibuat oleh Mahmud (1991) dalam

    Sabri Ahmad dan rakan-rakan (2006) : 14 mendapati bahawa aktiviti pengajaranmatematik mempunyai korelasi yang signifikan dengan pencapaian matematik. Sebab

    itu, beliau mencadangkan perlunya aktiviti pengajaran matematik diperbaiki bagi

    meningkatkan pencapaian murid.

    Justeru itu, dalam kurikulum KBSR juga menekankan kaedah pengajaran yang

    berpusat kepada murid, bahan dan berasaskan aktiviti menjadi fokus utama dalam

    pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah. Sebab itu, guru-guru

    bukan sahaja dilatih dalam pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah juga

    terhadap kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang berpusatkan

    bahan, murid dan aktiviti. Guru-guru juga sebenarnya sudah sedar tentang peranan

    bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Namun demikian,untuk menggunakan bahan bantu mengajar seseorang guru juga harus mahir

    mengenalpasti serta bijak membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar

    yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif

    pengajaran yang dirancang. Guru harus sedar bahawa kualiti sesuatu pelajaran yang

    berpusat kepada murid amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan

    menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai (Lai Kim Leong dan Rakan-rakan,

    2006).

    Sekiranya jika guru melihat permainan matematik sebagai salah satu bahan

    bantu mengajar yang berkesan dan dapat membantu mereka mengatasi masalah

    seperti meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar, mengawal disiplin

    pelajar, mengurangkan masa menyediakan bahan bantu mengajar yang lain, dapat

    http://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-halangan-guru-terhadap.htmlhttp://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-halangan-guru-terhadap.htmlhttp://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-halangan-guru-terhadap.htmlhttp://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-halangan-guru-terhadap.htmlhttp://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-halangan-guru-terhadap.htmlhttp://www.ell25ier.blogspot.com/2011/03/isu-matematik-halangan-guru-terhadap.html
  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    2/18

    menyelesaikan masalah kawalan kelas, kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru

    dan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam

    kelas, juga dapat menarik minat pelajar terhadap matematik serta mampu mencapai

    objektif pelajaran yang dirancang maka kenapa tidak guru terus menggunakannya

    dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

    Kita semua maklum permainan matematik merupakan salah satu medium bagi

    memastikan matematik diminati dan berada di hati setiap pelajar demi untuk

    membantu meningkatkan pencapaian mereka. Bagi merealisasikannya para guru mesti

    berperanan sebagai agen penggerak dan penggalak kepada minat pelajar terhadap

    matematik seterusnya membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar.

    2.0 PERMAINAN MATEMATIK DAN IMPAKNYA TERHADAP

    PEMBELAJARAN MATEMATIK

    Permainan matematik boleh menyediakan aktiviti yang sangat efektif dan

    menyumbang kepada peningkatan motivasi di semua peringkat umur murid. Disamping itu, permainan matematik juga sesuai digunakan dalam semua peringkat

    keupayaan murid baik di peringkat awal usia sehinggalah ke peringkat remaja dan

    dewasa. Ini disokong oleh kenyataan berikut;

    Mathematical recreactionals can serve as a very effective means of motivation at

    almost all levels of instruction and for students of varying levels of ability.

    (Max A. Sobel & Evan M. Maletsky, 1988; pg. 73)

    2.1Perihal Permainan Matematik

    Menurut Saiful Azrul (2009) kaedah bermain sambil belajar dijalankan secara spontan

    untuk faedah aktiviti itu sendiri. Ini bermakna aktiviti ini memberi kepuasan dalam

    keadaan sedar atau tidak. Terdapat juga unsur-unsur spontan, kurang berstruktur, tiada

    paksaan dan menimbulkan kepuasan dalam aktiviti permainan matematik. Sebagai

    contoh apabila murid-murid bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok

    tetapi juga dapat membina ketelusan sambil menguasai kemahiran asas penambahan

    dalam matematik.

    Selain itu, permainan matematik juga boleh dikatakan sebagai suatu aktiviti

    yang melibatkan seorang atau lebih daripada seorang pemain, mempunyai peraturan-

    peraturan tertentu, memerlukan pemain memikir tentang strategi-strategi tertentu

    untuk menguasai permainan, disusun berasaskan kepada prinsip matematik dan direkaserta dipersembahkan dengan gaya, lakaran, warna serta corak yang menarik. Apa

    yang lebih penting dalam setiap permainan matematik terdapat kemahiran tersirat dan

    apabila dimainkan ia dapat membantu murid dalam pembelajaran matematik itu

    sendiri.

    Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, Saiful Azrul (2009) berpendapat

    pemilihan permainan matematik perlu berkaitan dengan objektif pembelajaran,

    peringkat umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid. Arahan tentang

    permainan matematik juga perlu jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini juga

    perlu melibatkan semua murid. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesuatu

    permainan hendaklah diberi serta merta agar murid bermotivasi untuk meningkatkanlagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    3/18

    panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan juga

    perlu melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Selain daripada itu

    penekanan nilai seperti kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial.

    Permainan matematik juga perlu dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat

    murid dan merupakan satu bentuk pengajaran dan bukan sebagai penganti kepada

    guru.

    Terdapat pelbagai jenis permainan dalam matematik iaitu (1) permainan yang

    melibatkan nombor, (2) permainan yang melibatkan geometri, (3) permainan bersifat

    inferential games, (4) permainan yang berasaskan komputer dan (5) permainan yang

    melibatkan rekreasi matematik seperti kembara matematik, pentas matematik, buru

    matematik dan sebagainya.

    2.2 Impak Permainan Matematik Terhadap Pembelajaran Matematik

    Tujuan kaedah atau teknik permainan dipilih dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran matematik adalah untuk menimbulkan keseronokan dan hiburan disamping merangsang murid mempelajari sesuatu kemahiran matematik dengan cara

    yang aktif dalam keadaan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan

    fizikal, sosio-ekonomi dan mental di mana murid juga dapat meningkatkan kekuatan

    dan ketangkasan di samping dapat berinteraksi serta mempelajari nilai-nilai sosial

    yang positif seperti bertolak ansur, bertimbangrasa, jujur dan sebagainya. Kesan

    keseronokan bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran murid di mana

    maklum balas yang diberi oleh guru secara serta merta tentang betul atau salah bagi

    mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.

    Selain daripada itu, permainan matematik boleh dijadikan pilihan dalam

    kaedah atau teknik pengajaran guru. Ada masanya mata pelajaran matematik

    dianggap suatu pelajaran yang sukar dan membosankan oleh murid. Keadaan ini

    wujud apabila guru gagal memilih kaedah atau teknik pengajaran yang menarik dan

    tidak dapat menarik minat murid belajar dan memahami sesuatu konsep dan

    kemahiran matematik yang hendak diajar. Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan

    melalui pelbagai kaedah termasuklah dengan kaedah permainan matematik.

    Kenyataan ini disokong oleh pendapat berikut;

    Mathematical games can be used as an effective way to develop certain basic

    concepts and skills.

    (Max A. Sobel & Evan M. Maletsky, 1988; pg. 74)

    Permainan matematik diwujudkan dalam pelbagai situasi samada untuk

    dimainkan bagi tujuan menimbulkan keseronokan di samping membina konsep ataudiolah untuk mewujudkan persaingan dan ada pula pemenangnya. Namun, apa bentuk

    permainan matematik pun, asas permainan matematik adalah bertujuan untuk

    meningkatkan motivasi dan menarik minat murid dalam mata pelajaran matematik itu

    sendiri. Kenyataan ini disokong oleh Jonassen (1996) yang menyatakan murid

    mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar apabila mereka dilibatkan dengan

    permainan matematik. Begitu juga bagi Max A. Sobel & Evan M. Maletsky (1988)

    yang menyatakan bahawa permainan matematik boleh digunakan untuk pelbagai

    tujuan termasuklah sebagai bahan rekreasi untuk memotivasikan pelajar agar timbul

    minat untuk mereka belajar matematik.

    Permainan matematik juga merupakan bahan konkrit yang mampu menyokong

    perkembangan kognitif murid. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1952)menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza-beza dan

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    4/18

    berubah-ubah melalui empat peringkat mengikut umur di mana pada umur 7 hingga

    11 tahun murid-murid berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat

    ini berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang

    bersifat nyata.

    Sehubungan itu, aktiviti pembelajaran pada peringkat ini masih bergantung

    kepada objek maujud dan menggunakan hand-on material. Memandangkanpermainan matematik menyediakan bahan maujud dan bersifat hand-on material

    maka permainan matematik merupakan salah satu bahan bantu yang dapat

    merangsang perkembangan kognitif dan meningkatkan pemahaman murid dalam

    pembelajaran mereka. Justeru itu, permainan matematik dilihat mampu membina daya

    kreativiti yang tinggi dalam kalangan murid memandangkan dalam permainan

    matematik yang dibina memerlukan murid berfikir bagi menyelesaikan sebarang

    masalah yang timbul.

    Malah bukan itu sahaja, menurut Arsmah dan rakan-rakan (2005) menyatakan

    bahawa permainan matematik juga dapat menangani sikap dan persepsi negatif murid

    terhadap mata pelajaran matematik. Sekiranya sebelum ini murid menganggap

    matematik adalah mata pelajaran yang membosankan, menyusahkan, memerlukanpenghafalan, memerlukan tumpuan yang serius dan pelbagai lagi tanggapan negatif

    lain maka dengan menggunakan permainan matematik dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran matematik serta melibatkan murid secara langsung dalam permainan

    matematik murid dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-

    unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini juga akan

    merangsang murid untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari

    bahawa mereka perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran

    yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini permainan matematik itu telah

    membantu pelajar menggunakan kemahiran matematik yang mereka ada untuk

    menyelesaikan masalah. Sebab itu, tidak mustahil permainan matematik mampu

    mengubah sikap dan persepsi negatif murid terhadap mata pelajaran matematik.

    Kenyataan ini disokong oleh Max A. Sobel & Evan M. Maletsky (1988) seperti

    berikut;

    Many mathematical games can be used to lead students to formulation and testing of

    hypotheses as they strive to discover a winning strategy. The development of such

    modes of thinking has long been recognized as a worthwhile outcome of the teaching

    of mathematics, and is truly the essence of problem solving.

    (Max A. Sobel & Evan M. Maletsky, 1988; pg. 74)

    Permainan matematik dalam komputer pula melibatkan aktiviti permainan

    berbentuk pertandingan di mana murid dikehendaki membuat keputusan, mengikut

    arahan dan peraturan di samping terdapat juga unsur-unsur hiburan dan keseronokandi dalamnya. Secara tidak langsung aktiviti dalam permainan matematik bentuk ini

    akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan

    penyelesaian masalah dalam kalangan murid yang terlibat. Murid juga akan

    mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Pengajaran matematik yang

    menggunakan kaedah permainan matematik secara komputer ini juga dapat menarik

    minat murid belajar matematik. Murid-murid juga akan merasa lebih seronok dan

    gembira kerana permainan matematik dalam komputer dilampirkan dengan pelbagai

    bentuk grafik yang menarik. Oleh itu, melalui kaedah permainan matematik ini juga

    dapat membantu pelajar mencapai kemahiran yang sepatutnya mereka pelajari pada

    hari itu dengan lebih mudah.

    Rekreasi matematik pula merupakan suatu bentuk permainan matematik yangmenyiasat matematik di mana murid perlu menggunakan pelbagai bahan seperti

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    5/18

    kertas, pencungkil gigi, mancis, tangram dan bermacam lagi untuk menyelesaikan

    masalah yang diberi. Aktiviti dapat membuka minda murid, memberi suatu idea baru

    dan menyedarkan mereka bahawa penyelesaian matematik tidak hanya bergantung

    kepada formula matematik semata-mata tetapi masalah matematik boleh juga

    diselesaikan dalam pelbagai cara dan keadaan termasuklah semasa beriadah

    berorentasikan matematik.Seterusnya melalui aktiviti pentas matematik murid boleh menunjukkan bakat

    mereka menggunakan seberapa banyak istilah atau konsep matematik yang mereka

    tahu dalam mana-mana tajuk matematik. Melalui aktiviti ini guru dapat mengesan

    sama ada murid memahami konsep apabila mereka menggunakan istilah pada tempat

    yang sepatutnya terutama apabila murid dapat mengaitkan penggunaan konsep dan

    istilah dengan kehidupan di sekeliling mereka. Selain daripada itu, melalui

    persembahan ini juga dapat membantu murid lain yang menjadi penonton untuk

    sama-sama menambah atau mengukuhkan pemahaman konsep dan penggunaan istilah

    di tempat yang sesuai dalam matematik serta sedar bahawa matematik itu adalah

    sekitar kehidupan sebenar mereka. Selain daripada itu, ia juga dapat menimbulkan

    keseronokan dengan gelagat kawan-kawan yang membuat persembahan dengan jalancerita yang menarik.

    Semua aktiviti yang boleh dibuat dalam permainan matematik ini secara tidak

    langsung akan mengurangkan kebimbangan dalam kalangan murid terhadap mata

    pelajaran matematik. Permainan matematik menjadi bukti bahawa matematik

    bukanlah satu mata pelajaran yang sukar dan susah untuk dipelajari. Ia juga bukan

    mata pelajaran yang memerlukan latihan dan latih tubi yang berterusan, bukan juga

    bersifat hafalan serta menuntut murid agar sangat fokus semasa sesi pembelajaran

    dijalankan. Sebaliknya melalui aktiviti permainan matematik murid boleh meneroka,

    memahami matematik dengan cara yang mereka boleh pilih sendiri walaupun masih

    dibantu oleh guru.

    Namun demikian, walaupun banyak kebaikannya permainan matematik

    terhadap murid tetap ia tidak menjadi pilihan kepada guru-guru matematik dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Mengapa ini berlaku? Inilah yang

    menjadi fokus utama perbincangan kita pada kali ini.

    3.0 HALANGAN DIHADAPI GURU UNTUK MENGGUNAKAN

    PERMAINAAN MATEMATIK DALAM PROSES P&P MATEMATIK

    Setiap guru mempunyai gaya, teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung

    kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984).

    Permainan adalah kaedah pengajaran yang dapat mengembangkan daya kreativiti danmemupuk minat terhadap matematik (DAugustine, 1973; Sobel dan Maletsky, 1972).

    Ia juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khususnya semasa

    menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Penyelesaian bagi beberapa masalah

    dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi. Menurut

    Sabri Ahmad (2006) guru boleh melakukannya dengan mengaitkan tajuk-tajuk yang

    diajar dengan kehidupan seharian, menggunakan alat bantu mengajar yang menarik

    dan mengadakan permainan yang menggunaan konsep matematik.

    Walau bagaimanapun terdapat beberapa halangan kepada guru-guru

    matematik untuk melaksanakan permainan matematik dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik. Halangan didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapioleh guru yang mahu menggunakan kaedah permainan dalam pengajaran dan

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    6/18

    pembelajaran. Halangan-halangan yang wujud dalam penggunaan kaedah permainan

    dalam matematik ialah; i) halangan teknologi; ii) halangan pihak sekolah; iii)

    halangan personaliti; iv) halangan masa; v) halangan kreativiti guru; vi) halangan ibu

    bapa; dan vii) halangan hubungan ibu bapa dan guru.

    3.1 Halangan Teknologi

    Halangan teknologi adalah termasuk kemampuan kepunyaan komputer yang mampu

    mengakses internet (Gorard & Selwyn, 2000), konsisten untuk mengakses internet,

    kos komputer dan kos pengaksesan komputer (Kramarac, 2001; Polland & Hillage,

    2001), masalah teknikal ( Bischolf, 2000 ), pengaksesan kepada teknologi (Schilke,

    2001: Polland & Hillage, 2001; Williams, 2001) dan kebolehpecayaan teknologi.

    Halangan teknologi yang lain termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan

    teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan penggunaan teknologi,

    perubahan teknologi dan masalah log-in(Schilke, 2001).

    Ketakutan terhadap teknologi adalah isu yang utama dalam halangan

    teknologi, sebanyak satu pertiga daripada pelajar kolej di US menghadapi penyakittechnophobia. Menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (2006) terdapat

    beberapa laman yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang

    meliputi pelbagai topik dan tahap pelajar tetapi ia tidak dapat dilayari kerana

    kekangan-kekangan yang dinyatakan di atas.

    Guru dikehendaki melakukan dua perubahan apabila teknologi diintegrasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pertama sekali, warga pendidk harus

    menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan

    internet. Alat teknologi ini berbeza daripada alat pengajaran lama di mana terdapat

    guru-guru yang tidak mahir mengendalikannya. Kedua ialah, mengubah kaedah

    pengajar daripada chalk and talk kepada pengaplikasian komputer. Namun jika

    halangan ini tidak diatasi bagaimana guru mahu menggunakannya sebagai bahan yang

    dapat membantunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang

    pelbagai dan menyeronokkan.

    3.2 Halangan Pihak Sekolah

    Halangan pihak sekolah mengambil kira dua aspek iaitu pengajar yakni guru itu

    sendiri dan reka bentuk pengajaran yakni rancangan pengajaran oleh guru (Schilke,

    2001). Kurangnya sokongan daripada Guru Besar terhadap kaedah permainan dalam

    pengajaran dan pebelajaran di dalam atau di luar bilik darjah adalah dari segi bilanganpelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas, kekurangan guru matematik, pengawalan

    kelas, kos alat permainan matematik yang tinggi dan peruntukan masa yang terhad.

    Menurut Sabri Ahmad (2006) sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang

    terlalu ramai dalam sesebuah kelas akan menyukarkan guru untuk memberi perhatian

    ke atas semua pelajarnya bagi memastikan mereka benar-benar mengambil bahagian

    dalam permainan matematik. Ini adalah kerana pelajar yang terlalu ramai di dalam

    kelas akan menghadkan keupayaan pelajar tersebut berinteraksi dengan rakan dan

    guru di samping aspek kawalan kelas yang lebih diperlukan jika aktiviti permainan

    matematik hendak dilakukan oleh guru.

    Terdapat juga sekolah yang tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupibagi membolehkan pelajar belajar dengan sempurna. Sikap Guru Besar yang tidak

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    7/18

    menyokong kepada pembelian set permainan matematik sebagai bahan bantu

    mengajar atas alasan ia melibatkan kos pembelian peralatan yang semakin meningkat

    merupakan faktor halangan kepada guru matematik untuk menjalankan kaedah

    permainan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Menurut Sabri Ahmad (2006) sekolah yang mempunyai bilangan guru yangtidak mencukupi juga sering mendatangkan masalah pada pencapaian mata pelajaran

    matematik. Guru yang bukan option terpaksa mengajar matematik. Di samping itu,

    terdapat juga sebilangan besar guru matematik di sekolah yang tidak begitu pakar

    dalam memahami masalah pembelajaran di samping tidak dapat menyesuaikan

    kaedah pengajaran bagi membantu membina kemahiran matematik dengan progresif

    dan dinamik. Mereka tidak tahu bagaimana handak mengaplikasikan kaedah

    permainan dalam pengajaran matematik sehingga menyebabkan kelemahan dalam

    pengawalan kelas sewaktu kaedah permainan matematik dijalankan.

    3.3 Halangan Personiliti

    Halangan personaliti memainkan peranan yang penting. Halangan ini merangkumi

    gaya pengajaran yang berlainan. Kemahuan untuk berubah, motivasi, pengurusan

    masa, masalah kesihatan fizikal dan psikologi dalam kalangan guru matematik.

    Kaedah pengajaran yang lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh pelajar menjadi

    punca kegagalan guru-guru ini mengajar mata pelajaran tersebut. Keadaan ini

    bertambah buruk dengan terdapatnya guru-guru yang tidak terlatih dan bukan option

    ditugaskan mengajar mata pelajaran matematik. Guru tersebut bukan sahaja

    menghadapi masalah pengajaran yang kurang berkesan tetapi tidak berkebolehan

    untuk menjalankan kerja-kerja diagnosis dan pemulihan dalam proses pengajaran

    mata pelajaran matematik.

    Satu kelemahan guru matematik ialah kurang memberi perhatian dan

    bimbingan kepada individu kerana bilangan pelajar di dalam kelas terlalu ramai. Hal

    ini menyebabkan ada dalam kalangan pelajar yang akan tercicir di dalam aktiviti yang

    dijalankan. Di samping itu menurut (Sabri Ahmad, 2006) kurangnya unsur-unsur

    kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran matematik akan menjadikan proses

    pengajaran dan pembelajaran beku dan kaku. Banyak daripada apa yang dipelajari dan

    disogokkan kepada pelajar untuk dipelajari dan dikuasai merupakan kemahiran dan

    pengetahuan yang tidak relevan dalam kehidupan harian, dunia pekerjaan dan

    kepentingan masa depan.Di samping itu juga guru-guru baru dan muda kurang mahir

    dalam mengawal tingkahlaku murid-murid berbanding guru-guru lama yangberpengalaman.(Saayah Abu, 2006).

    Menurut Saayah (2006) guru faham dalam penggunaan bahan bantu mengajar

    tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya, ini disebabkan ada beberapa faktor

    seperti kekurangan peralatan, kewangan yang tidak mencukupi, ruangan kecil di mana

    murid terlalu ramai, bahan tidak mencukupi dan guru kurang latihan dalam

    pendekatan ini. Kebanyakkan guru-guru mengatakan terdapat beberapa perkara

    penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu; i)

    kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti; ii) kurang

    yakin dengan pengajaran; iii) kurang memahami psikologi kanak-kanak; iv) kurang

    mahir membuat alat bantu mengajar; dan v) kesukaran membuat pemerhatian danpenilaian ke atas murid-murid.

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    8/18

    3.4 Halangan Masa

    Pengurusan masa sangat penting dalam merancang satu sesi pengajaran. Guru

    yang tidak cekap sudah pasti tidak mampu mengurus masa yang dirancang denganbaik. Tambahan lagi apabila menggunakan permainan matematik sebagai kaedah

    pengajaran pada hari itu. Kegagalan mengurus masa dengan baik akan membuatkan

    objektif pengajaran guru pada hari itu tidak tercapai. Malah kawalan kelas oleh guru

    juga mungkin gagal.

    Selain itu guru matematik juga boleh menggunakan permainan matematik

    yang terdapat di dalam perisian yang dibekalkan oleh sekolah atau terus dari internet

    tetapi sekiranya guru tidak menguruskan masa permainan matematik dan bila pula

    untuk membincangkan input yang diterima oleh murid semasa bermain sudah pasti ia

    juga akan membawa kepada kegagalan pencapaian objektif yang hendak dicapai pada

    hari itu. Begitu juga sekiranya guru tidak menguasai kemahiran ICT, ini akanmenyebabkan masa akan terbuang begitu sahaja kerana guru berkenaan terpaksa

    mengambil masa yang lama untuk menyediakan persiapan pengajaran dan

    pembelajaran berasaskan permainan matematik melalui ICT.

    Menurut Sabri Ahmad (2006), penggunaan ICT dalam pengajaran dan

    pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan

    bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Sesialah kerajaan mengeluarkan belanja yang tidak terhad untuk

    kemudahan jika guru langsung tidak mahu menggunakan dan masih segan dengan

    komputer.

    Menurut Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2006), guru

    kekurangan masa dalam pelaksanaan aktiviti berpusatkan pelajar dan guru-guru juga

    mempunyai masa yang terbatas untuk memberi penumpuan terhadap pelajar-pelajar

    terutama pelajar yang lemah dalam masa yang singkat. Keadaan ini mungkin berlaku

    kerana terdapatnya beban tugas sampingan seperti tugas pengkeranian yang terpaksa

    disiapkan seterusnya membataskan masa dan fokus guru terhadap penyediaan bahan

    pengajaran dan pembelajaran mereka.

    3.5 Halangan Kreativiti Guru

    Guru-guru di sekolah harus kreatif dalam memilih dan mengoptimumkan penggunaan

    bahan bantu mengajar seperti permainan matematik bersesuaian dengan kemahiran

    yang hendak diajarkan bagi mencapai objektif pelajaran yang telah dirancang. Guru-

    guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang

    dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya

    dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan

    dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam

    pengajaran dan pembelajaran matematik. Bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam

    sesebuah bilik darjah adalah sukar untuk pihak sekolah menyediakan bahan bantu

    mengajar untuk setiap pelajar kerana kos yang tinggi.

    Menurut Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2006) walaupunguru-guru mempunyai persepsi yang amat positif terhadap penggunaan bahan bantu

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    9/18

    mengajar, amalan penggunaan bahan itu di bilik darjah tidak begitu menggalakkan

    atas kekangan seperti kekurangan masa, bahan-bahan tidak mencukupi, tidak

    praktikal, beban mengajar yang tinggi, sumber kewangan yang tidak mencukupi serta

    tidak mahir membina bahan secara sendiri. Misalnya aktiviti yang melibatkan

    penggunaan wang palsu untuk jual beli serta alat timbangan dan sukatan. Guru tidak

    kreatif untuk menyediakan sendiri bahan bantu mengajar daripada bahan terbuang.

    Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik

    minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk

    mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah

    menyatakan bahawa;

    Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid

    supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran.

    Di antara hasil-hasil yang boleh diperoleh dari persekitaran kreatif dalam bilik

    darjah ialah: Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.

    Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. Murid-

    murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagaiseorang guru akan menyukai kerja anda.

    Ada juga di antara guru-guru baru yang menyatakan sukar bagi mereka memikirkan

    kaedah-kaedah bagaimana hendak menjalankan aktiviti murid-murid di samping

    bagaimana untuk memperkembangakan seluruh potensi mereka. Menurut Saayah Abu

    (2006) kebanyakan guru memahami minat murid-murid, keperluan murid-murid dan

    mengetahui perkembangan mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk

    dilaksanakan kerana faktor-faktor kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan,

    kegagalan guru memahami teori pengajaran dan pembelajaran dan gagal untuk

    mengaplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang telah hilang kepercayaan akibat

    aktiviti belajar melalui permainan yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja.

    Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi

    guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta

    sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar

    dengan penuh keyakinan.

    3.6 Halangan Ibu Bapa

    Ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan

    dan kefahaman tentang konsep ini menganggap permainan tidak mendatangkan

    faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru selain daripada perlu

    bijak memilih permainan yang hendak digunakan dalam sesi pembelajaran merekajuga harus peka dan memahami pelbagai nilai permainan yang boleh menyumbang ke

    arah perkembangan kanak-kanak secara total dan menyeluruh dari aspek mental,

    fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang berada di sekolah rendah.

    Menurut Saayah Abu (2006), permainan merupakan satu cara murid-murid belajar

    apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain.

    3.7 Halangan Hubungan Ibu Bapa Dan Guru

    Masalah tentang hubungan ibu bapa dan guru telah dapat dikesan. Walaupun tidak

    timbul masalah peribadi tetapi wujud masalah keyakinan ibu bapa terhadap

    kewibawaan guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Di pihakguru pula mampunyai masalah yang berkaitan dengan kurangnya peranan dan usaha

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    10/18

    ibu bapa dalam menangani proses pendidikan anak-anak mereka untuk lebih berjaya

    dan maju.

    4.0 CADANGAN MENGATASI HALANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

    Penambahbaikan di dalam sesuatu amalan pengajaran dan pembelajaran adalah satulangkah yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar agar lebih cemerlang. Sebab itu

    semua aspek perlu dipastikan memberi sokongan kepada penambahbaikan agar setiap

    halangan dapat diatasi demi merealisasikan sebuah impian dan kesedaran agar benar-

    benar menjadi kenyataan. Kita sedar akan kepentingan permainan matematik dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran matematik tetapi malangnya terlalu banyak

    halangannya. Di sini dicadangkan pelbagai altenatif yang melibatkan semua pihak

    termasuklah Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia, Guru Pusat Sumber

    dan guru-guru mata pelajaran. Tidak cukup dengan itu penglibatan agensi luar serta

    individu yang arif dan pakar juga dilibat bersama bagi memastikan sebuah kesedaran

    tentang kepentingan penggunaan permainan matematik sebagai bahan bantu

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menjadi kenyataan. Berikut merupakancadangan-cadangan yang dikemukakan;

    4.1 Sokongan Terhadap Halangan Teknologi

    Najib Razak (1997) pernah di dalam ucapannya menyatakan bahawa sama ada kita

    setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad ke 21 tidak dapat

    lari daripada mendedahkan pelajar kepada teknologi maklumat dan multimedia.

    Ledakan multimedia sedang berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia, negara maju

    telah pun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia dengan

    tujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam

    bidang teknologi digital menjelang abad akan datang.

    Teknologi telah diterima sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran malah ia telah terbukti dapat meningkatkan kefahaman, minat serta

    tumpuan pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran. Malah proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam matematik didapati lebih menyeronokkan, berkesan dan mampu

    meningkatkan pencapaian pelajar.

    Namun demikian, kemudahan infrastruktur dan frasarana yang disediakan oleh

    pihak sekolah menjadi halangan terhadap usaha ini. Walau bagaimanapun, Guru

    Besar sekolah perlu menyedari akan kepentingan kemudahan teknologi danmengambil langkah proaktif dalam memberi sokongan dan memperbaiki kemudahan

    teknologi di sekolah mereka. Dengan tindakan proaktif Guru Besar ini nescaya

    pelbagai usaha boleh digerakkan untuk melengkapi sekolah dengan frasarana tersebut

    berdasarkan langkah-langkah cadangan berikut:

    1. Peranan Guru Besar dalam menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap disekolah. Guru Besar berperanan dalam menggalakkan guru-guru

    menggunakan ICT, mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan

    guru berdasarkan aspek pengurusan sekolah.

    Infrastruktur ini terdiri daripada komputer, overhead projector, note book,

    digital camera, dan kemudahan peralatan multimedia yang lain. Guru Besarjuga perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    11/18

    kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan

    internet serta makmal komputer. Di samping itu, Guru Besar juga perlu

    menyedari tanggungjawab mereka menggalakkan guru-guru di sekolah

    menghadiri kursus seperti kursus ICT jangka pendek yang disediakan dari

    semasa ke semasa bagi membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiran

    ICT.

    2. Pengurus sekolah disaran mengadakan program perkembangan staf ke arahmeningkatkan kebolehan guru-guru terutamanya kesedaran terhadap ICT di

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelaksanaan ICT boleh

    dijalankan dengan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek

    pengurusan dan pentadbiran sekolah. Khususnya dari segi penyampaian

    maklumat dan penyediaan bahan sumber. Kemudahan ICT dapat membantu

    pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dengan berkesan. Pembelajaran

    bukan lagi tertumpu dengan kaedah chalk and talkdi dalam bilik darjah.

    3. Pihak sekolah hendaklah mengatur program yang bersesuaian untuk memberidorongan dan motivasi kepada guru-guru serta kakitangan sokongan sekolah

    untuk menanamkan budaya menguasai dan menggunakan ICT. Dengan

    demikian diharap dapat menghasilkan generasi yang celik maklumat selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pendidikan

    melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan.

    Menurut Noorashikin (2006), galakan dan sokongan daripada pihak pentadbir

    sekolah sedikit sebanyak telah memberikan semangat dan motivasi kepada

    guru untuk terus memperbaiki dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT

    yang sedia ada. Hasil dapatan kajian daripada Law Sie Yeing (2006) juga

    menunjukkan bahawa galakan daripada pihak pentadbir sekolah merupakan

    faktor penggalak kepada penggunaan ICT di sekolah.

    4. Menyediakan kemudahan komputer seperti mesin pencetak dan mesinpengimbas di dalam bilik guru, agar mudah digunakan untuk menyediakan

    bahan bantu mengajar seperti lembaran kerja dan sebagainya. Beatrice

    Andrew (2007) menyatakan bahawa komputer, internet dan pencetak

    merupakan sumber yang paling kerap digunakan oleh guru pelatih semasa

    menjalankan latihan mengajar bagi tujuan membuat bahan bantu mengajar di

    sekolah.

    Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasipembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi

    teknologi baru termasuk internet telah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan

    dan diantaranya adalah (a) menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu

    pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b) menyokong untuk memenuhi kehendak

    individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught, 1997), (c)

    menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley,

    Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih

    meningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000)

    pula menyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara

    guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi

    internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah menjalin danmerapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    12/18

    4.2 Sokongan Pihak Sekolah

    Pengetahuan tentang penggunaan dan penguasaan Teknologi Maklumat berasaskan

    komputer menyumbang pengaruh yang tinggi, terhadap tahap kesediaan gurumenggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik di sekolah. Pemimpin sekolah bertindak sebagai pemimpin

    perubahan, penyokong kepada perkembangan staf dan pemimpin harus menjadi

    model pengguna ICT (Zaini,2006).

    Menurut Muhamad Nizam Hj. Nazarudin et.al (2008), pihak sekolah

    terutamanya Pengetua atau Guru Besar serta guru-guru kanan agar mempertingkatkan

    tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan sikap positif tentang penggunaan teknologi

    maklumat berasaskan komputer dalam kalangan guru-guru melalui saranan-saranan

    berikut:

    1. Menggalakkan guru-guru mengikuti kursus-kursus komputer dalamperkhidmatan atau

    kursus yang sama tetapi dianjurkan oleh pihak luar. Kumpulan guru yang perlu

    diberikan keutamaan ialah guru-guru yang mempunyai keyakinan. Pengetahuan dan

    kemahiran tentang teknologi maklumat berasaskan computer seperti Microsoft Excel,

    Microsoft Powerpoint, penggunaa internet, penggunaan laman web dan sebagainya.

    2. Mengadakan kempen pengintergrasian teknologi maklumat berasaskan

    komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kempen ini boleh dilakukan menerusi

    program perkembangan staf yang merupakan agenda tahunan bagi guru-guru pada

    semua peringkat sekolah dalam negara ini. Menerusi program ini, pihak pentadbir

    menjemput penceramah yang terdiri daripada guru-guru dan pensyarah-pensyarah

    yang berpengalaman dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer di

    dalam bilik darjah. Kelebihan mengintergrasikan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran perlu diberikan penekanan yang serius, hal ini penting bagi memastikan

    hasrat kerajaan membestarikan sekolah menjelang 2010 boleh dicapai.

    3. Bagi menggalakkan dan memotivasikan tahap penggunaan teknologi

    maklumat berasaskan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

    darjah. Sekolah-sekolah perlu dilengkapi dengan makmal komputer. Sehubungan itu,

    para guru perlu diseru agar lebih bersikap positif dan mengambil inisiatif atau

    berusaha sendiri untuk memajukan diri dalam penggunaan teknologi maklumatberasaskan komputer, hal ini penting agar keyakinan diri dapat diperoleh dan lebih

    bersedia menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam pengajaran

    dan pembelajaran.

    5. Menggalakkan guru-guru memiliki sebuah komputer peribadi di rumah.Pemilikan komputer peribadi seseorang guru akan dapat membantu dalam

    menguasai lebih banyak kemahiran tentang penggunaan teknologi maklumat

    berasaskan komputer. Hal ini dilihat apabila setiap kali guru-guru berkenaan

    menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer sama ada untuk

    tujuan peribadi atau professional, secara tidak langsung boleh melatih dan

    meningkatkan kemahiran sedia ada ke tahap yang lebih baik.

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    13/18

    Menurut Saayah (2006) pendekatan permainan matematik ini perlu pemantauan yang

    berkesan daripada Guru Besar atau Ketua Panitia. Pegawai dari Jabatan Pendidikan

    Daerah dan Jabatan Pendidikann Negeri serta pegawai-pegawai lain yang perlu

    terlibat sama bagi meninjau pelaksanaan pendekatan ini. Guru Besar perlu

    meluangkan masa memantau guru-guru ini samada melaksanakan atau tidak

    pendekatan tematik, dan pendekatan bersepadu selain daripada belajar melaluipermainan dilaksanakan atau tidak di sekolah.

    Perubahan amalan birokrasi merupakan satu usaha ke arah menemukan

    amalan pengurusan yang berkesan untuk meningkatkan keberkesanan sekolah dan

    kualiti pendidikan yang menjadi landasan kepada reformasi pendidikan (Cheng,

    1996). Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan

    dan kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai pemahaman kurikulum,

    kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro, psikologi

    perkembangan kanak-kanak, pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku

    kanak-kanak dan membina dan menggunakan bahan bantu mengajar (Saayah Abu,

    2006).

    Guru Besar juga perlu sentiasa berbincang dengan Ketua Paniti untuk

    memantau dan membantu guru-guru yang bukan option tetapi terpaksa mengajar mata

    pelajaran ini disebabkan ketidaksukupan guru option matematik. Apa yang lebih

    penting dengan sokongan, pemantauan serta bimbingan berterusan terhadap mereka

    sedikit sebanyak dapat membantu ke arah pengajaran yang lebih berkesan dan

    kesedaran penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan matematik semasa

    mengajar bertujuan menarik minat murid untuk terus belajar matematik.

    4.3 Sokongan Terhadap Halangan Personaliti

    Perspektif guru terhadap keberkesanan penggunaan permainan matematik dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran matematik akan mempengaruhi keberkesanan

    proses pembelajaran murid-murid (Jaworski, 1994) dan konsepsi asas guru yang

    positif terhadap matematik sangat berkait rapat dengan tingkah laku mengajar mereka

    nanti (Jurdak, 1991). Sebab itu, guru perlu didedahkan dengan seberapa banyak idea

    dan kemampuan permainan matematik ke arah perubahan persepsi positif pelajar

    terhadap mata pelajaran matematik.

    Guru-guru juga perlu digalakkan untuk menghadiri pelbagai seminar, bengkel

    serta perkembangan staf tentang kepentingan dan cara pengendalian sesi permainansupaya membuka minda dan memberi idea kepada guru tentang bagaimana permainan

    itu boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang santai dan

    mudah. Seterusnya dapat mengubah persepsi guru tentang kekangan yang bakal

    mereka hadapi sekiranya mengguna kaedah permainan dalam pengajaran mereka.

    Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberi peluang seluas-

    luasnya untuk meningkatkan dan mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif

    terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran mereka.

    Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha untuk

    meningkatkan kualiti kerja menjadi budaya kerja.

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    14/18

    Guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan

    mengoptimumkan penggunaan bahan bantu mengajar untuk mencapai objektif

    pelajaran yang telah dirancang. Guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-

    cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan

    pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan

    bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentangkepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran

    matematik.

    Dalam latihan keguruan di maktab, guru pelatih pengkhususan matematik

    telah didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar,

    sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan

    bantu mengajar dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat

    dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru mata pelajaran matematik

    di sekolah kelak. Seseorang guru juga harus mahir mengenal pasti , membuat

    keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan

    mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

    Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada

    keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai

    termasuklah permainan matematik yang sesuai dengan kemahiran yang hendak diajar.

    Namun sekiranya guru yang ada tidak mahir atau bukan guru option maka menjadi

    tanggungjawab Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Ketua Panitia

    sekolah untuk mencari jalan membantu guru tersebut. Antara penyelesaian yang boleh

    membantu termasuklah dengan menggunakan pusat sumber sebagai pusat yang

    dilengkapi dengan bahan bantu mengajar seperti permainan matematik yang boleh

    membantu guru serta pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Selain daripada itu, para guru juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni

    dan bersepadu semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa

    seseorang guru perlu mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini

    penting bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya.

    Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap sekolah adalah

    tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. Guru-guru sewajarnya peka

    dengan perbezaan individu untuk menguasi konsep atau sesuatu pengetahuan. Mereka

    perlu menyedari bahawa murid-murid datang dari pelbagai latar belakang dan sosio

    budaya, suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan kedudukan sosio ekonomi.

    Menurut Saayah Abu (2006) cadangan-cadangan untuk guru matematik adalah;

    1. Guru perlu aktif dan kreatif, guru menggunakan bahan terbuang dalam

    membuat bahan bantu mengajar yang mudah didapati dipersekitaran. Ianya

    menjimatkan kos dan murid-murid lebih biasa dengan bahan tersebut. Selain itu, guru

    perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya

    pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu murid-murid

    untuk mencapai tahap perkembangana mereka dalam matematik.

    2. Guru mesti melibatkan diri bersama-sama dengan murid, aktiviti yang

    dijalankan oleh murid-murid mestilah mendapat perhatian dari guru. Maksudnya,guru bukan berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Mereka

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    15/18

    mesti ada bersama-sama dengan pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk

    memastikan murid-murid membuat aktiviti belajar melalui bermain agar dapat

    mencapai objektif yang diharapkan.

    3. Guru perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-

    kanak. Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain, guruperlu didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal

    kanak-kanak. Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep

    belajar melalui bermain jika sekiranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman

    yang lebih jelas kepada guru.

    4. Peranan Guru Besar yang lebih berkesan. Bagi sekolah swasta, majikan tidak

    sepatutnya mementingkan keuntungan semata-mata. Mereka perlu peka dengan

    keperluan guru mereka semasa menyediakan bahan bantu mengajar supaya dapat

    disesuaikan dengan konsep belajar melalui bermain.

    5. Kesediaan guru terhadap pendidkan awal kanak-kanak. Guru haruslah

    memang meminati bidang pendidikan. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasabersedia untuk memahami sebarang keperluan dan perkembangan diri murid-murid

    dari masa ke semasa tanpa paksaan. Dengan ini mereka akan lebih melibatkan diri

    secara lebih aktif untuk membantu murid-murid dalam aktiviti belajar melalui

    bermain khususnya dalam permainan matematik.

    4.4 Sokongan Terhadap Halangan Masa

    Walaupun guru-guru mempunyai persepsi yang amat positif terhadap penggunaan

    bahan bantu mengajar dan sedar akan peranan serta faedah permainan matematik

    terhadap pelajar dalam pembelajaran matematik tetapi amalan penggunaan bahan itu

    di bilik darjah tidak begitu menggalakkan disebabkan kekangan masa dalam kalangan

    guru matematik. Sebab itu, Guru Besar perlu mengambil sikap yang proaktif

    merancang satu sesi bengkel pembinaan modul permainan matematik bagi membantu

    guru-guru matematik mengurus masa dengan bijaksana di samping dapat

    menjimatkan masa juga dapat menambah koleksi bahan permainan matematik untuk

    diguna semasa mengajar nanti.

    Guru besar boleh menyediakan satu perisian khusus untuk permainan

    matematik bagi membantu guru mengurangkan masa mengakses internet bagi tujuan

    mencari permainan yang sesuai untuk disesuaikan dengan kemahiran yang hendak

    diajarkan. Pengumpulan permainan matematik atau alamat laman web yang sesuaijuga boleh dikumpul dan diurus oleh ketua panitia bagi memudahkan semua guru

    matematik mendapatkan bahan dengan cepat dan pantas. Dengan ini guru dapat

    mengurus masa mereka dengan lebih berhemah di samping boleh mengguna masa

    untuk membuat perancangan pengajaran dengan lebih teliti supaya berlaku proses

    pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif di dalam bilik darjah nanti.

    4.5 Sokongan Terhadap Kreativiti Guru

    Menurut Ee Ah Meng (1988), guru perlulah merancang suatu aktiviti pembelajaran

    yang akan membawa perubahan-perubahan yang diingini. Dalam perancangan seperti

    ini, guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, jenis pengetahuanyang hendak diperoleh murid, jenis kemahiran yang harus dibentuk dan perubahan-

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    16/18

    perubahan sikap yang hendak dicapai. Oleh yang demikian, satu bentuk kursus

    perlulah disediakan bagi menyediakan para guru kepada satu bentuk pengajaran yang

    baru yang berorientasikan permainan termasuklah permainan matematik atas talian.

    Aspek pengajaran seperti ini akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu murid dan

    guru. Secara tidak langsung hal ini akan memungkinkan murid menanam kefahaman

    yang mendalam terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran atastalian adalah reformasi pembelajaran pada hari ini.

    Guru seharusnya lebih kreatif dengan mempelbagaikan aktiviti di dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Sesetengah guru telah menjadikan

    permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai penarik minat pelajar

    terhadap pelajaran tambahan pula minat pelajar kepada era digital misalnya sedang

    berkembang pesat. Guru-guru dengan mudah dapat memperoleh permainan

    matematik yang mampu memenuhi minat pelajar-pelajarnya.

    Terdapat banyak faedah menggunakan permainan di dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik. Di antaranya adalah seperti berikut:

    1. Meningkatkan rasa ingin tahu dan motivasi guru dan pelajar

    2. Meningkatkan keberkesanan gerak kerja berkumpulan

    3. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar

    4. Mengurangkan rasa takut dan bimbang terhadap mata pelajaran matematik

    5. Meningkatkan kerjasama di dalam kumpulan

    6. Mendidik tentang kemahiran menggunakan ICT dalam kehidupan selepas

    sekolah

    Permainan matematik merupakan aktiviti paling penting untuk pelajar sekolah

    rendah. Pelajar belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula

    jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekiarannya. Menurut Saayah Abu (2006)

    ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka

    dapat mempelajari peranan-peranan individu mereka. Kedua, telah didapati kanak-

    kanak mmpunyai tenaga yang berlebihan dan kita dapati kaak-kanak sentiasa bermain

    samada di dalam ataupun di luar kelas. Menurut teori cathartic, adalah dipercayai

    pelajar menggunakan permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan

    emosi serta mengurangkan ketegangan. Menurut Piaget pula, permainan memainkan

    peranan asimilasi, iaitu pelajar boleh menerima maklumat yang membantu

    perkembangan melalui permainan.

    Pada keseluruhannya, persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu

    mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik akan menjadi amat positif

    terutamanya terhadap permainan matematik. Dari bidang afektif, mereka percaya

    bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu dalam

    kalangan pelajar. Pelajar dijangka juga dapat mempertingkatkan kefahaman konsep

    serta penglibatan pelajar yang lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran. Pandangan ini

    memang selaras dengan matlamat KBSR yang menitikberatkan pengajaran yang

    berpusatkan murid dengan manipulasi bahan-bahan maujud.

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    17/18

    .

    5.0 PENUTUP

    Sebagai kesimpulannya jika dilihat kepada pendapat Withall (1991) yang menyatakan

    bahawa;

    skills are not acquired by drill and rote memorization but by activities that thelearners, with the aid of educator, employ to serve their interests and need

    Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa guru matematik perlu

    bijak memilih kaedah dan bahan pembelajaran mereka agar dapat menarik minat serta

    mampu memenuhi kehendak murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    matematik. Di samping itu, guru matematik juga perlu menyedari bahawa permainan

    matematik mampu menyelesaikan banyak masalah yang dialami oleh murid seperti

    yang dibincangkan dengan panjang lebar di atas.

    Proses pengajaran dan pembelajaran matematik pastinya akan menjadi lebih

    menarik serta menyeronokkan dengan kaedah atau teknik pengajaran guru yangberasaskan permainan matematik ini. Murid-murid juga akan mengubah persepsi

    negatif mereka terhadap matematik dan akan menganggap matematik itu sebagai mata

    pelajaran yang seronok dan sering dinanti-nantikan setiap hari. Dengan itu, tahap

    pencapaian murid-murid juga akan meningkat serta hasrat wawasan negara juga

    insyaAllah akan tercapai.

    BIBLIOGRAFI

    Andrew, B. (2007).Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Sejauh

    Mana Ia

    Meningkatkan Kemahiran Generic Guru Pelatih Universiti Teknologi

    Malaysia. Tesis

    Sarjana Muda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

    Arsmah , Hamidah, Siti Aishah (2005).Persepsi pelajar tahun 4 terhadap matematik,

    matematik dan masyarakat, 250-256.

    Esah Sulaiman. (2003).Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Universiti

    Teknologi

    Malaysia.

    Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2006 ). Satu kajian megenai

    penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

    di sekolah rendah. Tesis Sarjana, Jabatan Matematik, Maktab Perguruan Batu

    Lintang, hlm 12.

    Max A. Sobel & Evan M. Maletsky. (1988). Teaching mathematics; a sourcebook of

    aids, activities, and strategies, second edition. Prentice Hall; New Jersey.

    Muhamad Nizam Hj. Nazarudin, Chua Sui Sen & Hamzah Md Omar, (2008). Tahap

    kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam

    pengjaran dan pembelajaran sejarah Sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah.

  • 7/29/2019 89790993 Artikel Permainan Matematik

    18/18

    Jurnal Pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Genting

    Highland.

    Najib Razak. (2007).Pengetua Mesti Kuasai Aplikasi Asas ICT: TPM. Berita Harian.

    April, 17.

    Saayah Abu. (2006). Pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di tadika-tadika

    kawasan Melaka Tengah, Melaka. Jabatan Ilmu Pendidian Maktab Perguruan Islam:

    Bangi

    Sabri Ahmad. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Jabatan Matematik Kolej

    Universiti Sains dan Teknologi Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn.

    Bhd.

    Saiful Azrul. (2009). Cara pembentukan minat kepada pelajaran matematik.

    http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARA PEMBENTUKAN MINAT

    KEPADA PELAJARAN MATEMATIK.html diakses pada 2/2/2011 (Rabu)

    Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. (2006). Penggunaan internet dalam pedidikan

    matematik. Jabatan Matematik. Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu:

    Utusan Pubications & Distributors Sdn. Bhd.

    Ting Kung Shiung. (2007). Kajian mengenai penggunaan E-Pembelajaran (E-

    Learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknik dan vokasional di Institusi

    Pengajian Tinggi ( IPTA) Negeri Johor. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan,UTM,

    Skudai, hlm 3.

    http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARAhttp://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARAhttp://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARA