36
MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1 KARANGAN UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH PANDUAN MENULIS KARANGAN JENIS SYARAHAN 1. karangan jenis ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis. 2. Karangan jenis ini memerlukan pelajar menghuraikan fakta berdasarkan tajuk yang diberikan mengikut format yang telah ditetapkan. 3. Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan audiens. (Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua) 4. Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan 5. Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan 6. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama tuan- tuan dan puan yang saya hormati tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi - sekurang-kurangnya 3 kali ). 7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu seperti selitkan unsur- unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan. 8. Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi CONTOH KARANGAN Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat .Sed iakan teks syarahan anda. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat. Hadirin sekalian,

96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

KARANGAN

UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH

PANDUAN MENULIS KARANGAN JENIS

SYARAHAN

1. karangan jenis ini biasanya ditulis untuk disampaikan dalam majlis.

2. Karangan jenis ini memerlukan pelajar menghuraikan fakta berdasarkan tajuk yang

diberikan mengikut format yang telah ditetapkan.

3. Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi

Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para

hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua)

4. Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan

5. Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan

6. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama

’tuan-

tuan dan puan yang saya hormati ’ tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin

yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum

kita mengemukakan sesuatu isi - sekurang-kurangnya 3 kali ).

7. Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu seperti selitkan unsur-

unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan

membosankan.

8. Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi

CONTOH KARANGAN

Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ”Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat”.Sediakan teks syarahan anda.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ” Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat”.Hadirin sekalian,

Page 2: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud tajuk syarahan saya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ” cara-cara” bermaksud ” langkah-langkah melaksanakan sesuatu. ”Memupuk perpaduan rakyat” pula membawa maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu mengambil

pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan boleh mengadakan kempen untuk memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam minda masyarakat bahawa bersatu teguh, bercerai roboh.

Rakan-rakan yang dikasihi,Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut mengadakan gotong-royong melibatkan pelajar dan guru yang berbilangan kaum. Penglibatan pelajar berbilangan kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan memupuk perpaduan masyarakat sekolah.

Hadirin yang dihormati,Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar dan dididik untuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan. Keadaan ini akan memudahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Hadirin sekalian,Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting dalam konteks rakyat Malaysia yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup , seterusnya dapat merealisasikan

Page 3: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ” Bersatu Malaysia akan teguh, Bercerai Malaysia akan roboh”.Sekian ,terima kasih.

LATIHAN

SOALAN 1 Isu:Cara-cara Menjaga Kesihatan]

Selaku Pengerusi Kelab Kesihatan, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Cara- cara Menjaga Kesihatan

Berdasarkan rajah di bawah pelajar dikehendaki merangka ayat huraian di ruang yang disediakan dan seterusnya menulis sebuah karangan yang lengkap di dalam buku latihan masing-masing.

Page 4: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

CERAMAH Tajuk:Cara-Cara Menjaga KesihatanPerenggan Isi-isi Penting H

u“Penambah Perisa”

Pendahuluan Kata alu-aluan-tajukceramah

Menjalanikehidupan yang lebih bermakna

Isi 1 Kebersihan diri dan tempat tinggal

Mencegah lebih baik daripadamengubati

Isi 2 Makan makanan yanglebih seimbang

Ingat sebelumkena,jimat sebelum habis

Isi 3 Pemeriksaankesihatan secara berkala

Janganlah sudahterhantuk baru hendak tergadah

Isi 4 Melakukan aktiviti rekreasi

Tonggak kebahagiaan

Penutup Menghargai diridengan menjaga kesihatan

Dirikita,tanggungjawab kita

Soalan 2

Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘ Kepentingan Aktiviti Sukan kepada Masyarakat’.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Strategi penyediaan jawaban

Page 5: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

T Aktiviti Sukan kepada MasyarakatK Kepentingan / manfaatF Syarahan - berformat

Isi 1 : menyihatkan badan

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 3

Anda diminta untuk menyampaikan syarahan dalam satu majlis perhimpunan sekolah. Tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan ialah “Langkan-langkah untuk Mendelakkan Diri daripada Kesan Jerebu”.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T Mengelakkan Diri daripada Kesan JerebuK Langkah / UsahaF Syarahan - berformat

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 4

Sebagai pegawai kesihatan , anda telah diundang oleh sebuah sekolah untuk memberikan ceramahtentang “ Langkah-langkah untuk mengelakan demam denggi “.

Page 6: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 5

Sebagai pakar motivasi, anda dikehendaki untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “ Ciri-ciriPelajar yang Cemerlang’.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Panjang syarahan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

KARANGAN SURAT RASMI

1. Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan, dan sebagainya.

2. Surat kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri.3. Fahami tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.

B. Format Surat Rasmi:

Page 7: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat. (Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang)(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)

2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.

3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima.

4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di kiri dan tanda koma.

5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat.

6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor)

7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah – 2 ½ sm dari nombor)

i. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebabmasalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu)

ii. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan)

iii. Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan.8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.

9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor) (Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)

10. Tulis pengesahan:- “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika tujuan persendirian)- Tandatangani-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam

Page 8: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1kurungan

Page 9: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.

11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat seperti anda menulis karangan yang lain.

Page 10: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

CONTOH FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Page 11: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Contoh Surat Kiriman Rasmi yang Lengkap

Kompleks Penghulu, Mukim Jorak,12, Pekan Pagoh,84600 Muar,Johor Darul Takzim.

Ketua polis,Balai Polis Daerah Muar, Jalan Petrie,84600 Muar,Johor Darul T ak zim . 12 MAC 2000.

Tuan,

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh

Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.

2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.

3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang

Page 12: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan.

4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain.

5. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka.

6. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin.

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(Ali Bin Mohamad)

Penghulu Mukim Jorak

Page 13: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 1 [Isu:Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik]

Kawasan tempat tinggal anda sangat kotor. Anda ingin mengadukan hal tersebutkepada pihak berkuasa tempatan. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Surat Rasmi Tajuk:Aduan kepada Pihak Berkuasa TempatanPerenggan Isi-isi Penting Huraian “Penambah

Perisa”Pendahuluan Tajuk:Aduan tentang KeadaanKotor di Taman MerlimauUtara

Merujuk kepadaperkara di atas

Isi 1 Sampah tidak diangkut olehlori sampah

Menyakitkan matayang memandang

Isi 2 Longkang tersumbat-banjirkilat

Mengambil inisiatif

Isi 3 Taman permainan kanak-kanak semak dan terurus

Pergerakan anak-anak sukar dikawal

Isi 4 Dewan orang ramai tidakdiselenggara dengan baik

Disia-siakan-tidakdimanfaatkan

Penutup Mengambil tindakan segera Terima kasih

SOALAN 2

Perkhidmatan mengangkat sampah di tempat anda tidak dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hal ini menimbulkan pelbagai masalah seperti bau busuk dan sampah sarap yang bertaburan. Bagi pihak penduduk tempat tinggal anda, anda rasa berasa bertanggungjawab untuk menulis surat kepada pihak majlis perbandaran untuk menyatakan rasa tidak puas hati anda.

Tulis surat itu selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T Perkhidmatan Pengangkutan dan Pembuangan SampahK PerkaraF Surat kiriman rasmi - Berformat

Isi 1 : melahirkan perasaan tidak puas hati tentang mutu perkhidmatan lori pengangkutan sampah

Isi 2 : lori pengangkutan sampah mengutip sampah tidak mengikut jadual

Page 14: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 3: nyatakan pelbagai masalah yang timbul seperti sampah sarp yang tidak dikutip menimbulkan bau busuk

Isi 4 ; laporkan sikap segelintir pekerja lori mengangkut sampah yang tidak bertanggungjawab

Isi 5 : nyatakan harapan supaya tindakan segera dapat diambil

Soalan 3

Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda ingin mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada cuti sekolah nanti. Anda dikehendaki untuk menulis surat kepada DBP untuk menyatakan tujuan lawatan dan memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 4

Anda ingin menyatakan pendapat dalam ruangan pembaca tentang gejala sosial yang berlaku dengan leluasa di Negara kita. Tulis surat kepada editor majalah tersebut. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T

K

F

Page 15: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 5

Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

KARANGAN SURAT TAK RASMI

1. Karangan jenis bersifat peribadi seperti peribadi aseperti surat kepada rakan, ibu bapa atau ahli keluarga

2. Surat ini mempunyai format yang tertentu yang perlu dipatuhi dengan sepenuhnya seperti yang berikut ini;

a) Alamat pengirim b) Tarikhc) Pembuka katad) Kata ganti diri pengirim e) Isi dan perkembangan isi

Page 16: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

f) Penutupg) Pengakuan pengirim h) Tandatangan pengirim

3. Semua perkara itu mestilah ditulis mengikut aturan yang ditetapkan itu.

CONTOH SURAT TIDAK RASMI

545, Jalan Bunga 1, Taman Bunga Raya,30020 Ipoh,Perak Darul Ridzuan

30 September 2010

Menemui sahabatku David, yang kini sedang berada bersama keluarga diPerth, Australia, semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya.

Saudara David,

Apa khabar saudara sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat membalas surat saudara. Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang tidak beberapa lama lagi. Tampaknya saudara benar-benar berminat untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik di- Malaysia. Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang Tanah Tinggi Cameron, kali ini saya ingin bercerita tentang Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi terletak di Negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklah pemandangan yang cantik. Hal ini demikian kerana Pulau Langkawi di keliling oleh pantai yang berpasir bersih, air laut yang tenang, dan suasana yang nyaman. Kalau saudara berpeluang ke pulau Langkawi dapatlah saudara menikmati keindahan yang saya maksudkan ini.

Untuk pengetahuan saudara, Pulau Langkawi terkenal sebagai Pulau Legenda. Legenda Mahsuri telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek moyang kami di sini. Secara ringkasnya, Mahsuri ialah seorang perempuan yang cantik. Malangnya , beliau telah dijatuhi hukuman bunuh akibat fitnah. Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripada tubuh Mahsuri. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunannya.

Page 17: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan Legenda Mahsuri ini, iaitu Makam Mahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang dapat saudara peroleh mengenai legenda ini sekiranya saudara berkesempatan ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang berkaitan dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Hangus.

Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada kesempatan, akan saya ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba menghantar gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini.

Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudara, Akhir kata , sambutlah salam mesra daripada saya

Yang Benar

(Ali Bin Ahmad)

Latihan

Soalan 1 [Isu:Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian Akedemik}

Sahabat anda menganggap bahawa anda berjaya dalam pelajaran. Dia bertanya kepada anda tentang teknik untuk meningkatkan pencapaian akedemik. Panjang surat hendaklah lebih daripada180 patah perkataan.

Page 18: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Surat Tak Rasmi Tajuk: Teknik untuk Meningkatkan Pencapaian AkedemikPerenggan Isi-Isi Penting Huraian “Penambah Perisa”

Pendahuluan Pembuka kata Menemui sahabatku

Isi 1 Membuat notaringkas dan peta minda

Peta minda meningkatkan daya ingatan

Isi 2 Membaca lebihawal topik

Sediakan payungsebelum hujan

Isi 3 Belajar secaraberkumpulan

Perkongsian pintar

Isi 4 Mengurus masadengan baik

Masa itu emas

Penutup Pertua dan teknikdiiringi disiplin

Berusaha dengan gigih-tanggga kejayaan

Soalan 2

Sahabat pena anda di luar Negara ingin tahu mengenai usaha-usaha yang diambil di Negara kita bagi membantu warga tua dan kebaikannya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patahperkataan.

T Kerajaan Malaysia Membantu Warga TuaK Usaha-usahaF Surat kiriman tidak rasmi - Berformat

Isi 1 : mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan warga

tua. Isi 2 :memberikan beberapa keistemewaan kepada warga

tua

Isi 3: menggesa orang ramai menderma apa-apa sahaja kepada warga tua

Isi 4 : Memeberikan pencen kepada kakitangan awam yang telah bersara

Isi 5 : mengadakankan kempen kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga.

Soalan 3

Page 19: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Anda sedang menghabiskan percutian di kampong. Anda menikmati keseronokan yang tidak dapat dinikmati di Bandar. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan suasana percutianitu. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 4

Rakan anda dari negeri lain menulis surat kepada anda untuk meminta nasihat daripada anda bagi menghadapi peperiksaan. Sila balas surat tersebut dengan menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Panjang surat hendaklahlebih daripada 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Page 20: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 5

Anda mempunyai kenalan di luar Negara. Anda hendak menveritakan keindahan sebuah tempat yang menarik di Malaysia untuk dikunjungi kepadanya. Tulis surat tersebut selengkapnya. Panjang surat hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

KARANGAN LAPORAN

1. Karangan jenis ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu aktiviti yang telah dijalankan seperti lawatan, pertandingan, pameran dan gotong-royong.

2. Kebiasaanya, laporan disediakan oleh setiausaha pertubuhan, kelab atau persatuan 3. Karangan jenis ini mempunyai format yang khusus.

CONTOH KARANGAN LAPORAN

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Page 21: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah,

Page 22: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah MenengahKebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh,

Amalina(SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)Setiausaha Persatuan GeografiSekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Latihan karangan jenis laporan

Soalan 1 [Isu: Banjir di Kawasan Kediaman]

29 JUN 2010

Suatu kejadian banjir telah berlaku di kawasan kediaman anda.Selaku penduduk di kawasan tersebut,tulislah laporan tentang kejadian banjir berkenaan.Sediakan laporan anda selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan

Pelan Induk Mengarang(PELINDUNG)

Laporan Tajuk;Laporan Banjir di Taman Tunku JaafarPerenggan Isi-isi Penting Huraian “Penambah Perisa”Pendahuluan Taman Tunku

Jaafar di landa banjir

Isi 1 Punca utama –sistemsaliran teruk

Tidak mampu menampungkuantiti air

Page 23: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi2 Usaha menyelamat-para sukarelawan

Bersatu tenaga danberkerjasama menghulurkan bantuan

Isi 3 Memuji kecekapanjentera penyelamat

Korban banjir

Isi 4 Memuji kecekapanjentera penyelamat

Berat matamemandang,berat laagi bahu memikul

Penutup Banyak kerosakan Tiada nyawa yang hilangditelan oleh air banjir.

Soalan 2

Anda ialah setiausaha Pertubuhan Bulan Sabit Merah di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan aktiviti persatuan tersebut selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180patah perkataan

T Aktiviti persatuan – Pertubuhan Bulan Sabit MerahK Aktiviti yang telah dijalankanF Laporan - khusus

Isi 1 : latihan kawad kaki (5W1H)

Isi 2 :latihan pertolongan cemas secara teori dan praktikal

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 3

Sekolah snda telah mengadakan Hari Usahawan Muda yang bertujuan untuk mengisi

tabung PIBG. Tulis laporan tentang Hari Usahawan Muda tersebut. Karangan hendaklah

melebihi 180 patahperkataan

T

K

Page 24: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 4

Anda merupakan setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah. Anda dikehendaki untuk menyediakan laporan tahunan persatuan.

Tulis laporan itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 5

Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke suatu tempat yang menarik di Negara kita. Sebagai setiausaha anda dikehendaki untuk menyediakan laporan lengkap

Page 25: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

tentang lawatan tersebut.Tulis laporan itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patahperkataan

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

KARANGAN DIOLOG/TEMU RAMAH/WAWANCARA

PANDUAN MENULIS KARANGAN WAWANCARA/TEMU RAMAH

Contoh Soalan:

Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.

Pendahuluan

Menerangkan secara ringkas dalam bentuk perenggan:a. siapa dengan siapa b. tempat wawancarac. masa wawancara diadakan d. tujuan wawancara diadakan

Contoh Pendahuluan:

Pada 16 Mac yang lalu, saya iaitu Aleef Adham sebagai pengarang Majalah SUARA telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam PMR yang baru lalu iaitu saudara Amirul

Page 26: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Adhwa. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalahSUARA keluaran tahun 2008.

Pengenalan:

Ditulis dalam bentuk dialog a.Mengucapkan salam b.Memperkenalkan diric.Menerangkan tujuan wawancara diadakan

Contoh Pengenalan:

Aleef : Assalamualaikum saudara

Adhwa. Adhwa : Waalaikumsalam.

Aleef : Saya Aleef, selaku pengarang majalah SUARA sekolah kita,terlebihdahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi diwawancara pada pagi ini.Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam majalah SUARA keluaran tahun ini.

Isi Wawancara:

Mengandungi soalan pewawancara dan jawapan daripada yang diwawancaraSoalan yang bersesuaian dengan kehendak soalan karanganDitulis dalam ayat yang lengkap dan sempurnaJangan menulis “singkatan” atau “bahasa pasar”Masukkan 4 isi yang menjurus kepada kehendak soalan karangan

Contoh Isi:

Aleef : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudara sehingga mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PMR yang lalu?

Adhwa : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya,orang yang paling banyak mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaituEncik Nor Azam.Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak

Page 27: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

muridnya.Terima kasih cikgu.

Penutup:

Nasihat/Saranan oleh orang yang diwawancara kepada pembacaUcapan terima kasih pewawancara kepada orang yang diwawancara

Contoh Penutup-Nasihat:

Aleef : Soalan saya terakhir.Apakah nasihat saudara kepada pelajar- pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini?

Adhwa : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini adalah selain tekun mengulangkaji pelajaran, kita perlumenurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebihtua daripada kita.Akhirnya kita perlu berdoa kepada Tuhan YangMaha Esa.

Contoh Penutup-Terima kasih:

Aleef : Baiklah saudara Adhwa, akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masabersama-sama dengan saya pada pagi ini.

Adhwa : Terima kasih kembali.

h t t p : / / a z a m 0 9 . b l o g s p o t. c o m / 2 00 9 / 0 6 / p a ndu a n - m e n u lis-kara ng a n -wa w a n car a t e m u . h t m l

Latihan

Soalan 1 [Isu: Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Andaikan anda ketua pengarang majalah sekolah.Anda dikhendaki meancara Guru PenolongSekolah anda tentang faedah menyertai aktiviti kokurikulum

Diolog/Temu ramah/Wawancara Tajuk:Faedah Menyertai Aktivii KokorikulumPerenggan Isi- isi Penting Huraian “Penambah Perisa”Pendahuluan Kata alu-aluan

Page 28: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Soalan 2

Sebagai wartawan akhbar, anda ingin mengadakan temu bual dengan Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tajuk temu bual yang telah ditetapkan ialah ‘ Punca-punca Berlakunya Kejadian Jerebu’. Sediakan teks wawancara tersebut selengkapnya.Tulis wawancara itu selengkapnya. Karangan hendaklah melebihi 180 patah perkataan

T JerebuK PuncaF Wawancara - Berformat

Definisi jerebu

Punca 1 : Pembakaran terbuka

Punca 2 : aktiviti perindustrian

Punca 3 :

Punca 4 :

Soalan 3

Page 29: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Anda salah seorang pengarang majalah sekolah. Anda telah ditugaskan untuk mewawancara pengetua sekolah anda kerana telah Berjaya menaikkan nama sekolah, iaitu menjadi johan dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Tulis wawancara itu selengkapnya melebihi 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

Soalan 4

Anda dan rakan berbincang tentang punca-punca sesetengah pelajar kurang berminat terhadap pelajaran.

Tulis perbualan itu selengkapnya melebihi 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Page 30: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 4 ;

Soalan 5

Rakan anda terpilih sebagai tokoh pelajar di sekolah anda. Sebagai pengarang majalah sekolah, anda ditugasi untuk menemu bual rakan anda itu. Sediakan teks temu bual itu melebihi 180 patah perkataan.

T

K

F

Isi 1 :

Isi 2 :

Isi 3:

Isi 4 ;

KARANGAN BERITA

1. Berita ialah karangan berformat2. Karangan ini memerlukan penjelasan atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti

kemalangan, bencana alam, kebakaran, aktiviti dan sebagainya.

3. Biasanya berita disediakan oleh wartawan atau pemberita yang membuat liputan tentang sesuatu peristiwa.

4. Untuk menghasilkan sesuatu berita, murid perlu menjawab persoalan seperti apa, bila, siapa, berapa, di mana, bagaimana dan mengapa.

5. Berita dimulakan dengan menyatakan tempat dan hari atau tarikh kejadian.6. Bentuk atau format berita perlu

dipatuhi. CONTOH KARANGAN BERITA

KUALA TERRENGANU, Rabu-Sederet rumah kedai lima pintu, sebuah rumah dua tingkat,dan tiga buah kereta musnah akibat dalam satu kebakaran yang barlaku di JALAN PINAH pada pukul 12:00 tengah malam yang lepas. Dalam kejadian tersebut,32 orang kehilangan tempat tinggal. Mangsa kebakaran tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api merebak dengan cepat.Lima

Page 31: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

buah kereta bomba dan dua buah ambulan datang setelah mendapat pangilan kecemasan pada jam 12:30malam itu.

Kebakaran itu berlaku begitu pantas sehinga kesemua pemilik rumah kedai tidak sempat menyelamatkan kereta masing-masing.Dalam 10minit kebakaran bermula mereka terdengar bunyi letupan yang sangat kuat di dalam lima buah kedai itu.Letupan itu adalah gas dan gas itu menyebabkan kebakaran bertambah banyak. Pihak bomba datang yang tiba pada jam pukul12;45malam hanya berjaya mengawal kebakaran 30minit kemudian ,seterusnya menyelamat rumah- rumah yang berhampiran daripada terbakar. Tuan pemilik sebuah kedai akuarium yang kerugian sebanyak200,000.00 dalam kebakaran tersebut berkata,semasa kejadian dia baru selesai mencuci tangki akuariumnya tiba-tiba terdengar dua letupan kuat sebelum api menyambar pintu hadapan kedainya.

Tiada yang kehilangan nyawa dalam kebakaran itu dan hanya beberapa orang mangsa cedera ringan akibat melecur .Mereka ingin dirawat sebagai pesakit luar. Jumlah kerugian diaggarkan mencecah sejuta ringgit sementara punca kebakaran masih disiasat.Pihak bomba bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa kebakaran berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik

LATIHAN

Tulis karangan di bawah ini. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan

SOALAN 1

Sebagai seorang pemberita,anda di tugaskan untuk menulis berita tentang sesuatu kejadian kemalangan jalan raya.Tulis berita itu selengkapnya.

Berita Tajuk:Kemalangan Jalan RayaPerenggan Isi-isi penting Huraian “Penambah Perisa”Pendahuluan Empat sekeluarga terbunuh Kemalangan maut

Isi 1 Mangsa yang terlibat Kedua-dua mangsa

Isi 2 Punca kemalangan Mangsa tidak dapatmengawal kenderaan

Page 32: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Isi 3 Usaha menyalamatkanmangsa

Kesesakan lalu lintasdi kedua-dua hala jalan

Isi 4 Pemandu serta penumpangsebuah kereta lagi-cedera ringan

Kemalangan terlalungeri untuk diingat kembali

Penutup Tindakan pihak berkuasa Hargai nyawa

SOALAN 2

Anda wartawan sebuah akhbar tempatan. Anda dikehendaki untuk menulis berita tentang kejayaan pasangan beregu badminton negara yang telah mencatat sejarah kerana memerangi Kejohanan Badminton Seluruh England 2007. Tulis berita tersebut dengan lengkap.

T Kejayaan pasangan Beregu Badminton Negara dalam Kejohonan Badminton seluruhEngland 2007K 5W1H

F Berita – berformat

Isi-isi

Apa – pasangan beregu badminton negara- Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong – menjuarai kejohanan yang paling berprestij iaitu Kejohanan Badminton Seluruh England 2007

Siapa – pasangan beregu badminton negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong

Bila – sejarah tercipta pada 11 mac 2007

Di mana – Kejohanan Badminton Seluruh England yang diadakan di National Indoor Arena, Birmingham, England

Mengapa – kejayaan membanggakan kerana menamatkan penantian 25 tahun selepas kejayaanRazif dan Jailani dalam kejohanan itu pada tahun 2002

Bagaimana – menang kedua-dua set

Soalan 3

Page 33: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Sebagai wartawan sebuah akhbar, anda telah menyaksikan kejadian tanah runtuh di suatu tempat. Tulis berita tentang kejadian tersebut untuk disiarkan dalam akhbar.

Soalan 4

Sebuah sekolah di tempah tinggal anda melancarkan program “ Masih Ada yang Sayang”. Sebagai wartawan sebuah akhbar. Tulis suatu berita tentang majlis tersebut untuk dihantar kepada akhbar tempatan untuk disiarkan.

Soalan 5

Seorang remaja perempuan telah mati lemas kerana mencuba untuk menyelamatkan adiknya daripada dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai. Sebagai pemberita, tulis berita tentang kejadian itu selengkapnya.

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA

SOALAN: ‘Sediakan payung sebelum hujan’.Tulis sebuah cerita yang menarik bagimenggambarkan peribahasa ini.

Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros berbelanja walaupun aku amat menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku pasti membeli perabot baru untuk menghiasi rumahku. Ada saja alasan yang diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Pernah ibuku membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu ringgit hanya untuk membeli sofa yang diidam-idamkannya.

Ayahku pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aksesori yang ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos yang satu dijadikan dua, catkereta ditukar,cermin digelapkan dan bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang

Page 34: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

dilakukannya.Aku hanya mampu mengelengkan kepala. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga di dalam hati. Adakah ayah dan ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering kali berlegar-legar di kotak fikiranku.

Oleh sebab kesedaran yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang sedikit demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah lebihan wang saku yang diberikan oleh ayahku pada setiap awal bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku berpegang pada prinsip sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.

Setiap hari aku membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain itu, duit raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank. Setiap kali aku menatap buku akaunku, pasti senyuman akan terukir di bibirku kerana saban tahun jumlah wang simpananku pasti meningkat.

Malang tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan jantungku kepadanya.Doktor yang merawat adikku memberitahu kami yang adikku memerlukan rawatan segera dan perlu menjalani pembedahan. Kos pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit.

Nasib keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah pula tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum ini ayah telah membuat pinjaman untuk membeli kereta baru. Ibu hanya dapat menyumbangkan dua belas ribu ringgit setelah menggadaikan barang kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan ribu ringgit yang harus dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi menampung baki yang masih diperlukan itu.Aku kemudiannya menyerahkan wang itu kepada ayahku. Ayahku memelukku dengan linangan air mata di pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat ber syukur kerana mengamalkan amalan keramat ini.

Adikku kemudiannya telah selamat menjalani pembedahan. Ketika aku melawat adikku di hospital bersama-sama ibu bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat wang sebanyak itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit yang aku peroleh selama ini, aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa sediakan payung, sebelum hujan.Kulihat mereka terkesima. Barangkali malu ataupun menyesali kesilapan diri.

380 patah perkataan

Hasil penulisan Nur Fatin Najwa 3 Cempaka 2008

Page 35: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Karangan perbahasan

Anda ialah pihak pencadang dalam satu pertandingan perbahasan.Tajuk perbahasan ialah “Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Lebih Banyak Mendatangkan Kerugian”.Tulis teks perbahasan itu selengkapnya.

Pelan Induk Mengarang (PELINDUNG)

Perbahasan Tajuk:Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara Lebih Banyak MendatangkanKerugian

Page 36: 96682252 Modul Karangan Tingkatan 1 2

MODUL KARANGAN UMUM / RESPON TERBUKA TINGKATAN 1

Perenggan Isi-isi penting Huraian “Penambah Perisa”Pendahuluan Kata alu-aluan Barisan penal hakim

yang arif lagi Isi 1 Pembiayaan yang

tinggiMembelanjakanratusan ribu ringgit

Isi 2 Nilai mata wang asingamat tinggi

Ganjaran yangdiperoleh belum pasti

Isi 3 Risiko pelajar-mengalami kejutan budaya

Hangat-hangat tahiayam

Isi 4 Ada antara institusitinggi di luar negara tidak diiktiraf di negara ini

Masa dibazirkan

Penutup Penghantaran pelajarkeluar Negara lebih banyak mendatangkan

Agar tidakmendatangkan kerugian kepada banyak