18

Click here to load reader

98959706-skuasy

Embed Size (px)

DESCRIPTION

skuasy

Citation preview

Page 1: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 1

1.0 PENGENALAN

Permainan skuasy merupakan permainan raket yang mudah dipelajari.

Kemahiran-kemahiran asas skuasy adalah mudah untuk dikuasai walaupun oleh

pemain yang baru hendak belajar. Undang-undang serta peraturannya juga mudah

difahami dan diikuti.

Skuasy merupakan salah satu permainan yang terkenal selain bola sepak dan

badminton. Ia boleh dimainkan secara bersendirian tanpa lawan atau pemain lain atau

oleh dua orang pemain (permainan perseorangan) atau antara dua pasukan yang

mengandungi dua pemain setiap pasukan, iaitu permainan secara beregu.

Skuasy boleh dimainkan sebagai aktiviti yang menyeronokkan pada masa

lapang mahupun sebagai aktiviti rekreasi dan juga pertandingan. Ia merupakan

permainan untuk semua golongan tanpa mengira umur atau jantina.

Selain faedah jasmani, skuasy juga menggalakkan dan meningkatkan kebolehan

pemain berkonsentrasi (memberi tumpuan), bertndak balas dengan cepat, bergerak

agak (anticipation), mempraktikkan kawalan diri (self-control) serta ‘fair play’.

Bagi pemain yang sudah mahir, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks

dan sukar menjadi satu cabaran ke arah persembahan dan pencapaian yang lebih baik.

Page 2: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 2

2.0 SEJARAH DAN ASAL USUL PERMAINAN SKUASY

Dalam masa yang singkat, permainan ini menjadi salah satu permainan yang

diminati oleh penduduk dunia. Bagaimanapun, skuasy mengambil masa yang agak

lama untuk berkembang ke tempat-tempat lain di England. Antara faktor yang

menyebabkan kelewatan itu ialah ketiadaan ‘gelanggang’ dan ketiadaan aturan atau

undang-undang permainannya.

Dalam pada itu, beberapa buah sekolah di England mula mendekati permainan

ini dan ada pula yang turut membina gelanggangnya sendiri. Salah sebuah sekolah itu

ialah Sekolah Harrow, tetapi ia hanya mempunyai sebuah gelanggang sahaja.

Pada tahun 1825, permainan ini diperkenalkan ke Sekolah Harrow. Pelajar-

pelajar di situ yang tidak sabar menunggu giliran menggunakan satu-satunya

gelanggang itu telah membentuk sejenis permainan yang boleh dimainkan di

gelanggang yang lebih kecil dan permainan ini pula boleh dimainkan di dalam atau di

luar gelanggang. Percubaan dengan menggunakan bola dan berjenis-jenis bentuk raket

oleh pelajar telah mewujudkan permainan yang dikenali sekarang dengan nama skuasy

(squash).

Perkataan skuasy dipercayai diambil daripada bunyi bola apabila bola getah

yang lembut itu menyentuh raket semasa ia dipukul. Pada tahun 1875, permainan

skuasy diperkenalkan secara meluas dan dimainkan di kebanyakan sekolah di England.

Dari England, permainan skuasy diperkenalkan ke Kanada dan Amerika Syarikat serta

beberapa buah negara Eropah yang lain.

Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka atau untuk mengisi masa

lapang sahaja. Selepas Perang Dunia Pertama, ia telah menjadi sukan yang

dipertandingkan, amnya di peringkat antarabangsa. Penubuhan Persatuan Skuasy di

England pada tahun 1929 merupakan langkah awal dan penting bagi perkembangan

sukan ini. Persatuan ini bukan sekadar menjadi persatuan skuasy di England, tetapi

menjadi badan utama di dunia. Persatuan skuasy di seluruh dunia mula menggunakan

aturan permainan yang dibentuk oleh Persatuan Skuasy England itu.

Page 3: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 3

Langkah awal persatuan ini ialah menganjurkan kejohanan terbuka dengan

peserta yang dijemput dari seluruh dunia. Pada tahun awal kejohanan ini, pemain

Inggeris banyak memenanginya. Tetapi selepas tahun 1950-an, pemain dari Pakistan

menguasai sukan skuasy dunia. Bermula dengan Hashim Khan, penguasaan Pakistan

dalam sukan ini diikuti oleh adiknya, Azam Khan, sepupunya Roshan Khan yang juga

merupakan bapa kepada Jahangir Khan, jaguh skuasy dunia sejak tahun 1980-an.

Selain itu, pemain England, Jonah Barrington dan Geoff Hunt dari Australia turut

memenangi kejohanan tersebut beberapa kali.

2.0.1 SKUASY DI MALAYSIA

Tarikh yang tepat mengenai permainan ini di Malaysia tidak dapat dipastikan.

Namun adalah dipercayai, ia diperkenalkan pada sekitar tahun 1920-an atau lebih awal

lagi. Permainan skuasy dibawa masuk ke negara ini oleh orang Inggeris yang bertugas

di negara ini. Permainan ini biasanya dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera,

pegawai diplomat, pegawai kerajaan, pengurus dan kakitangan syarikat-syarikat

lombong. Pada masa itu, permainan ini dimainkan di kelab-kelab khusus untuk orang

‘kulit putih’ dan di dalam berek askar sahaja. Amat sukar untuk kita melihat rakyat

tempatan memainkannya.

Permainan ini mula diminati oleh rakyat di negara ini selepas Perang Dunia

Kedua. Itu pun cuma mereka yang tinggal di kawasan bandar sahaja yang bermainnya.

Selepas tahun 1960-an, skuasy menjadi semakin diminati sehingga ada sekolah-

sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini dalam senarai

sukan mereka. Banyak juga jabatan kerajaan dan pihak swasta yang memberikan

galakan kepada kakitangannya mengambil bahagian dalam sukan ini. Kini, skuasy

sudah mula diterima oleh kebanyakan ahli sukan dan rakyat di negara ini.

Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan baik di peringkat sekolah,

kelab mahupun jabatan. Perlawanan persahabatan juga menjadi salah satu aktiviti yang

semakin diminati. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan skuasy merupakan salah

satu sukan yang boleh mengharumkan nama negara. Contoh yang terbaik ialah Nicol

Page 4: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 4

David yang kini menduduki tangga pertama dalam senarai pemain perseorangan

wanita dunia (professional).

Page 5: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 5

3.0 PERALATAN DALAM PERMAINAN SKUASY

Peralatan untuk permainan skuasy tidaklah terlalu banyak atau mahal. Peralatan

yang diperlukan ialah gelanggang, raket dan bola. Bola dan raket boleh didapati

dikebanyakan kedai sukan tetapi yang mungkin menjadi masalah ialah untuk

mendapatkan gelanggang. Hal ini kerana sehingga kini tidak banyak gelanggang

skuasy di negara ini.

GELANGGANG

Skuasy dimainkan di dalam gelangggang yang mengandungi empat dinding serta

bersiling. Gelanggang skuasy mempunyai ukuran seperti berikut:

1. Panjang 9.75 meter (32 kaki)

2. Lebar 6.40 meter (21 kaki)

3. Tinggi dinding hadapan 4.57 meter (15 kaki)

4. Tinggi dinding belakang 2.13 meter (7 kaki)

Di dinding hadapan, garisan bawah berwarna merah menandakan tingginya

‘timah’ (tin) (serupa peranannya dengan jaring tenis). Jika bola menyentuh atau terjatuh

di bawah garisan itu, pukulan dikira keluar. Garisan merah yang atas sekali yang

mengeliling dinding menandakan garisan luar gelanggang. Ia adalah garisan sempadan

dan jika bola menyentuh pada atau sebelah atas garisan ini, pukulan dikira keluar.

Satu garisan di antara garisan atas dengan garisan bawah di dinding hadapan

gelanggang yang disebut sebagai garisan servis atau garisan cut. Untuk memulakan

permainan, bola yang dipukul dalam servis mesti menyentuh dinding hadapan di

sebelah atas garisan servis. Lantai gelanggang dibahagikan kepada gelanggang

hadapan dan gelanggang belakang, dengan satu garisan merah dinamakan garisan

servis pendek. Bola yang dipukul dalam servis ke dinding hadapan mesti mendarat

melepasi garisan servis pendek jika tidak dipukul oleh pihak lawan.

Page 6: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 6

Gelanggang belakang dibahagikan lagi dengan garisan yang disebut garisan

tengah. Garisan ini bermula dari lantai belakang hingga menyentuh garisan servis

pendek dengan membentuk ‘T’ di tengah lantai. Dua kotak. satu di sebelah kiri dan satu

lagi di sebelah kanan adalah kotak servis. Pemain yang membuat servis dikehendaki

meletakkan sebelah kaki di dalam kotak tanpa menyentuh pada garisan.

RAKET

Terdapat beberapa jenis raket untuk permainan skuasy dan harganya juga berbeza-

beza. Untuk pemain baharu, raket yang berharga sederhana adalah sesuai. Apa yang

mustahak ialah pemain itu berasa selesa dengan raket yang diperolehnya seperti dari

segi berat dan imbangannya. Berikut merupakan panduan pemilihan raket skuasy:

CIRI-CIRI HURAIAN

Berat Berat maksimum raket ialah 255g. Tetapi kebanyakan raket

mempunyai berat lebih kurang 226 g. Untuk pemain baharu termasuk

wanita, raket-raket yang ringan adalah lebih sesuai. Pergerakan raket

dalam permainan adalah dikawal oleh imbangan dan ayunan raket itu.

Komposisi Raket-raket skuasy diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, tetapi

kepalanya mesti diperbuat daripada bahan yang tidak akan

mengotorkan dinding atau lantai apabila terkena raket semasa

permainan.

Pegangan Pemegang atau tangkai raket adalah berbeza dalam lilitan dan

bentuknya. Tangkai raket boleh dilapis dalam beberapa jenis bahan

seperti kulit, tuala atau bahan sintetik. Terpulanglah kepada pemain

sendiri untuk memilih mana-mana jenis raket asalkan ia bersesuaian.

Tali raket Ada beberapa jenis tali sintetik atau tiruan yang memperoleh ciri-ciri

bermain yang baik, termasuk ketahanan walaupun harganya murah.

Tali nilon biasanya digunakan. Jika memilih raket yang sesuai,

pastikan talinya dalam keadaan tegang apabila tekanan digunakan

Page 7: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 7

pada tengah-tengah muka raket dengan ibu jari.

BOLA

Permainan skuasy adalah permainan raket yang dimainkan dengan beberapa jenis bola

yang dipilih mengikut kebolehan dan tahap pemain.

Kelajuan dan lantunan bola skuasy ditandakan dengan titik berwarna. Bola yang

laju sekali lantunannya mempunyai titik berwarna biru dan bola yang perlahan berwarna

titik kuning. Bola bertitik kuning digunakan secara rasmi dalam pertandingan.

Titik kuning – paling perlahan

Titik putih – perlahan

Titik merah – sederhana

Titik biru – laju

Bola juga dikelaskan sebagai marking dan non-marking. Bola non-marking tidak

meninggalkan tanda di dinding. Banyak pusat skuasy tidak membenarkan penggunaan

bola jenis marking. Bola skuasy mempunyai berat antara 23.2g hingga 24.6g dan

diameter antara 39.5g dan 41.5g.

PAKAIAN

Pakaian hendaklah selesa dan tidak menghalang atau mengganggu pergerakan

pemain. Pakaian pemain harus tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Biasanya, pemain

berpeluh terlalu banyak, jadi pakaian yag dbuat daripada kapas digalakkan untuk

menyerap peluh.

Pakaian ‘singlet’ dan seluar pendek untuk berjogging dilarang digunakan kerana

pakaian itu tidak menyerap peluh. Pakaian berwarna putih atau warna muda adalah

sesuai kerana bola yang hitam susah nampak jika berdekatan dengan pakaian

berwarna tua atau gelap. ‘Selepang peluh’ adalah berguna untuk menjauhi rambut dan

Page 8: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 8

peluh daripada meresap atau masuk ke dalam mata. Selepang pergelangan akan

mengelak tapak tangan daripada menjadi basah dan licin.

KASUT

Pelbagai jenis kasut boleh digunakan untuk sukan skuasy. Adalah penting mempunyai

kasut yang sesuai dan selesa dipakai agar pemakaiannya dapat membantu pemain

seperti berhenti serta-merta, melompat, memusing, memutar dan melunjur dilakukan.

Ciri-ciri kasut yang sesuai untuk skuasy adalah tapak kasut yang tidak licin,

fleksibel dan ringan. Tapak kasut mestilah tidak berwarna hitam agar tidak

meninggalkan kesan di lantai gelangggang. Kasut untuk berjogging adalah dilarang.

Apabila memilih kasut, pastikan kasut itu tidak ketat dan terdapat ruang di hujung kasut.

Page 9: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 9

4.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM SUKAN SKUASY

Setiap pemain harus didedahkan dengan semua kemahiran asas terlebih dahulu

sebelum diperkenalkan dengan teknik dan strategi permainan. Seorang pemain mampu

untuk bermain skuasy dengan baik jika mahir dalam kemahiran asas skuasy.

PEGANGAN RAKET

Cara memegang raket yang betul merupakan satu keperluan awal dan terpenting. Oleh

sebab bola bergerak laju, pemain tidak mempunyai masa untuk menukar gaya

pegangan raket. Jadi dalam permainan skuasy, gaya atau cara pegangan raket jarang

ditukar. Oleh itu, pemain terpaksa lebih banyak menggunakan pukulan deras pepat dan

pukulan deras kilas dalam permainan.

Cara memegang raket (cekak berjabat tangan/shakehand grip) adalah mengikut

langkah seperti berikut:

Cara memegang

raket

Membuat servis

Menerima servis

Cara melakukan pelbagai pukulan

Pergerakan kaki

Page 10: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 10

a) Ambil dan pegang pemegang raket dengan tangan yang tidak digunakan untuk

bermain.

b) Muka raket menghala ke sisi serta bersudut tepat ke lantai.

c) Pegang hujung pemegang raket dengan tangan yang bermain seperti ketika

berjabat tangan.

d) Pusingkan pemegang raket sehingga muka raket sedikit terbuka supaya

kelihatan sedikit sahaja.

e) Pegang raket dengan jari telunjuk dijarakkan sedikit daripada jari hantu.

f) Ibu jari dan jari telunjuk mengawal sambil jari-jari lain memegang raket.

g) Bentukan huruf V di antara ibu jari dengan jari telunjuk dan bentuk V ini haruslah

sedikit condong ke kiri dari tengah pemegang raket.

h) Pergelangan tangan hendaklah tegak dan bukan longgar atau lentur supaya

kepala raket berada di atas pergelangan tangan.

MEMBUAT SERVIS

Pemain boleh berlatih melakukan servis daripada kotak servis kanan. Pemain

hendaklah:

a) Meletakkan kaki kanan di dalam kotak servis kanan

b) Kaki kiri di luar kotak, tetapi hendaklah berdekatan dengannya.

c) Berdiri dengan merenggangkan kaki.

d) Layangan bola ke dinding hadapan akan mengikut garisan yang dibentuk di

antara jari kedua-dua kaki apabila dipukul.

e) Untuk membuat servis, pemain hendaklah melambung bola dengan tangan kiri

terus ke atas, lebih kurang dua kaki tingginya.

f) Apabila bola menurun, lengan bergerak ke bawah bola dengan kepala raket

bergerak ke atas dan terus ke arah di mana bola akan dihantar dengan muka

raket terbuka.

g) Pemain harus memukul bola yang berhampiran dengan badan, iaitu di hadapan

badan dan badan tidak bergerak sehingga pukulan disempurnakan.

Page 11: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 11

h) Pemain juga seboleh mungkin hendaklah mengelakkan daripada memusing

bahu.

i) Ikut lajak sambil sambil ikut terbangan bola, iaitu mata masih pandang bola.

MENERIMA SERVIS

Penerima servis hendaklah:

a) Berada dalam keadaan bersedia

b) Kepala raket di atas sebagai satu persediaan awal.

c) Sedia untuk menerima apa saja pukulan daripada pihak lawan.

d) Pandangan ditumpukan kepada bola bukannya kepada dinding hadapan.

e) Berdiri di tengah gelanggang belakang dengan jauh sedikit dari dinding

belakang.

f) Berdiri di tengah di antara dinding belakang dengan belakang kotak servis.

KEPELBAGAIAN JENIS PUKULAN

Antara jenis pukulan yang terdapat dalam permainan skuasy ialah pukulan sangga,

pukulan bos dan pukulan tinggi.

Pukulan sangga (volley) merupakan sejenis pukulan yang digunakan untuk memukul

bola sebelum ia melantun ke lantai dan selepas mengena dinding hadapan.

Bola harus dipukul tinggi ke hadapan supaya ia sampai ke belakang gelanggang.

Pukulan sangga ialah pukulan menyerang yang memberikan tekanan kepada pihak

lawan dengan mengurangkan masa baginya bersedia untuk melakukan pukulan lain

atau pukulan berikutnya.

Teknik pukulan sangga adalah sama dengan pukulan hadapan dan pukulan

kilas, kecuali dalam pukulan ini bola dipukul sebelum ia melantun ke lantai. Bola mesti

PUKULAN SANGGA

Page 12: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 12

dipukul lebih awal jika dibandingkan dengan pukulan deras. Oleh itu, kepala raket

hendaklah menghala ke atas, bukan hanya sebagai persediaan awal untuk memukul

bola, tetapi untuk memastikan pukulan itu kukuh.

Untuk melakukan pukulan sangga yang betul di hadapan garis servis pendek,

pemain harus maju ke hadapan semasa memukul bola dengan ayunan belakang

tersedia, pergelangan tangan terkunci dan mata memandang bola. Imbangan bola

hendaklah pada kaki hadapan. Jika perlu, gunakan tangan sebelah lain untuk

mengimbangi badan.

Bola mesti dipukul sedikit di hadapan kaki hadapan, iaitu pada aras bahu supaya

berat badan pemain dapat dipindahkan ke hadapan sehingga membuat pukulan.

Pukulan sangga merupakan ‘tumbukan pendek’ (short punch) dengan ayunan belakang

yang terhad dan ikut lajak yang pendek.

Pukulan bos (boast) merupakan pukulan pertahanan yang dimainkan dari sudut

belakang gelanggang. Pukulan bos digunakan apabila bola dekat dengan dinding

belakang dan pemain tidak dapat memukul bola secara langsung ke dinding hadapan.

Untuk melakukan pukulan bos, bola dipukul ke dinding sisi dengan sudut 45º.

Bola akan melantun lalu mengena dinding hadapan yang berhampiran dan

bertentangan dengan dinding sisi. Bola sekali lagi melantun dari dinding hadapan lalu

mengena dinding sisi bertentangan lantai.

Pukulan tinggi (lob) biasanya adalah pukulan pertahanan tinggi yang dimainkan di

separuh hadapan gelanggang. Bola dipukul dengan tajam ke atas gelanggang hadapan

PUKULAN BOS

PUKULAN TINGGI

Page 13: 98959706-skuasy

GERKO_SKUASY 13

dan mengena dinding hadapan lalu melayang tinggi dan berlengkok ke gelanggang

belakang. Biasanya pukulan ini merupakan pukulan servis tinggi (lob tinggi).

Bola harus dipukul dengan perlahan supaya ia mendarat berhampiran dinding

belakang tanpa mengenanya. Terdapat perbezaan antara dua pukulan tinggi, iaitu

antara pukulan tinggi dengan pukulan servis tinggi. Pukulan servis tinggi hendaklah

dilakukan dari kotak servis , tetapi pukulan tinggi boleh dilakukan dari mana-mana

tempat di dalam gelanggang. Sebaik-baiknya pukulan tinggi melintang hendaklah

digunakan dengan dinding sisi untuk memperlahankan kelajuan bola sebelum ia mati di

belakang gelanggang.

Untuk melakukan pukulan tinggi, bola harus dipukul dari bawah ke atas dinding

hadapan supaya ia terus melantun ke atas dan melayang dalam bentuk lengkok serta

seboleh mungkin jatuh menegak. Memukul bola ke atas dengan dengan muka raket

terbuka dan berat pada pukulan serta menggunakan ikut lajak yang baik akan

memastikan ketinggian dan menghalang pihak lawan daripada membuat pukulan lintas.

Apabila bola melantun dari dinding hadapan, iaitu di bawah garisan keluar

gelanggang, bola hendaklah dipukul ke dinding sisi yang jauh di gelanggang belakang

dan di belakang kotak servis.

Apabila mengena dinding sisi, kelajuan bola akan berkurangan dan akan terhenti

dengan segera.