14

A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page0

A member of Gengjurnal.Net ©2002

Page 2: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page1

A member of Gengjurnal.Net ©2002

15.7.2002 \\ senyum

Senyum...

Tu yang mampu aku buat bila terima e-mail invitation dari tOKSIK. Heh..heh... Thanks tOKSIK! Ingatkan takder orang nak ngajak dah.. maklumler.. jadi orang pemalu ni susah jugak. Especially bila nak grab peluang baru. Teringat pulak jasa Spyz yang beria-ria menaikkan semangat aku menulis jurnal dulu. Heh..hehh... thanks to all. Tapi server sini selo lah pulak sekarang ni.. Tu yang Sapa Kata version Tripod terberhenti jap. Anyway, semoga Allah mengira ini sebagai jihad untuk menegakkan Islam... insya Allah.

22.7.2002 \\

Alo...

Heh..heh...

Camni laa, bila dah ada dua rumah. Yang satu jadi rumah peranginan. Jarang dilawati mahupun dikemaskini.. Bukan tak ingat, sayang tetap ada.. apatah lagi bila hadiah dari orang yang kita hormat, tapi masa kurang mengizinkan.

Anyway, tu tak patut dijadikan alasan... Apa pun, yang nyata kita semakin menghampiri Ramadhan semula. Aku jadi terlalu rindu pada ramadhan lately.. tak tau naper... mungkin sebab banyak lagi pose tak berganti! Ahaks! Isyhh... ginila.. bila dah sibuk, macam-macam boley jadi alasan.

Sebenarnya aku boring ni.. Boring bila kemampuan aku tak digunakan sepenuhnya. Boring bila ditempatkan dalam tempat yang tak boleh gerakkan kaki dan tangan untuk tujuan tertentu. Arrrgghhh!!!! (Sabaq che')

Teringat abg.. Dia relax sekarang. Bukan relax goyang kaki.. Relax keje seniri. Tak yah sakit kepala takut orang atas marah ke.. orang atas tak puas ati ke.. Sebab tu Nabi pun pesan, 99% punca rezeki datang dari berniaga (keje seniri) sebab bila keje seniri, kalau dilakukan dengan betul mendatangkan kepuasan dan ketagihan. Aku tengok Abg ketagih berkeje.. siang malam pagi petang.. Or.. dia memang hardworking. Bila aku malas, dia ingatkan, jihad ekonomi... tolong umat Islam. Hmm...

Aku terfikir gak nak quit. Nak keje ngan Abg. Maybe not now. Nanti laa...

Ya Allah...

Page 3: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page2

A member of Gengjurnal.Net ©2002

24.7.2002 \\ Bila borang appraisal sampai

Balik dari lunch tadi, aku nampak satu borang yang aku tak pernah tengok atas meja. Borang apa ni? aku tanya.. Borang appraisal, kak. Isi laa.. taknak naik gaji ker? member aku jawab.

Hmm... Aku pun belek-belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian. Ada untuk admin staf... and ada untuk teaching staff. Aku group yang kedua tu. Rasa tak logik pulak bila tengok soalan-soalan dalam tu nak dijawab bila boss kita cuma kenal kita melalui arahan-arahan nya. Dan satu lagi melalui penilaian student terhadap kita. Ibaratnya, kalau rasuah budak dengan soklan bocor.. full mark ler kita! Outstanding tutor!! Issyhhh.... tak logiikkkk.....

Ya Allah...

30.7.2002 \\ Megah

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur".

Surah At-Takaasur: 1-2

30.7.2002 \\ Yakin

Adakah kita yakin??

Yakin

Satu perkataan yang mudah disebut tapi payah dilaksanakan.Satu perkataan yang selalu di dengar tapi jarang dilihat.

Seorang hamba yang yakin dengan rezeki Tuhannya..tapi masih kekok menghulurkan derma tatkala poket nipis kurangnya ringgit.

Seorang hamba yang yakin adanya syurga.. tapi masih gila mengumpul dunia dalam senyuman.

Seorang hamba yang yakin dengan mati yang hadirnya tanpa diundang.. tapi masih mampu menggantung waktu untuk sujud demi mengadap Ilahi.

Seorang hamba yang yakin dengan panasnya neraka dan berulangkali cambahnya tubuh bila dibakar tanpa kesal...tapi masih lena mimpinya di malam dingin tanpa tahajjud maupun solat

taubat.

Page 4: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page3

A member of Gengjurnal.Net ©2002

YA ALLAH!!

Aku mohon keampunanMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Aku mohon keampunan bagi keluargaku, saudara-saudaraku yang seagama denganku.

7.8.2002 \\ Lain

Rupanya bila seseorang tu tau yang dia menghampiri ajalnya, perasaannya sangat berlainan sekali dari apa yang dia biasa rasakan. Kalau sebelum ni, fikirannya mungkin berfikir apa yang nak dibuat waktu petang nanti, atau apa yang nak dimakan esok hari, tapi sekarang tidak lagi.

Kalau dulu solatnya tergesa-gesa sekadar menunaikan kewajipan, doanya pun ringkas cuma, kini tidak lagi. Sujudnya lama merintih ampun. Doanya panjang mengharap kasih Allah. Sesekali tangannya menyeka airmata yang sudah tak tertahan lagi dari terus tumpah ke atas telekungnya.

Apa yang ada pada dunia fikirnya. Apa yang kekal melainkan Allah. Dan tumpuannya hanya pada Dia sekarang ini. Tiada kesal dalam hatinya. Semakin difikir semakin rindu.

Manisnya iman....

Ya Allah..

9.8.2002 \\ Jangan

" Dan Allah berfirman: " Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar "

An Nahl: 51

10.8.2002 \\ Pipah and Bahasa Al-Qur'an

Thanks to Pipah sebab mengutarakan persoalan bahasa Al-Qur'an ni at the first place. Thanks to Easy sebab membawanya ke sini. Dan thanks to tOKSIK sebab mereplynya dengan dalil-dalil yang jelas dari Qur'an.

Page 5: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page4

A member of Gengjurnal.Net ©2002

Well, aku pun bukan pakar. Tapi dengan ilmu yang aku ada aku rasa terpanggil nak bersharing ngan korang seme pasal bahasa Al-Qur'an ni.

Bagi aku, cara Pipah berpandangan (sorry Pip) menunjukkan kejayaan orang Kristian mendominasi fikiran kita. Dan juga kejayaan mereka membuat kita berfikiran semacam mereka jugak. Di mana mereka itu tidak merdeka dari segi fikiran oleh kerana kebergantungan terhadap dunia.

Untuk peringatan aku dan juga seme, Al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa Arab sendiri adalah sebagai satu mukjizat. Di mana waktu tu ketinggian sastera Arab memang tak dapat ditandingi. Ramai sasterawan, 'puisi'wan, 'sajak'wan, 'syair'wan dan macam-macam tok nenek sastera lagi yang datang dari segenap pelusuk ke Makkah hanya untuk mempertandingkan ciptaan mereka. Orang greek, orang Parsi, org macam-macam lagi lah!. Anyway, bila turunnya Al-Qur'an, mereka kalah dengan ketinggian bahasa dan kehalusan perkataan yang dipilih.

Allah mencabar mereka yang tidak percaya bahawa Al-Qur'an itu dari Nya (sebaliknya mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. yang menulis buku tersebut) untuk mengadakan bukan satu buku, bukan satu juzu', bukan satu surah, tapi hanya satu ayat untuk ditandingkan dengan ketinggian ayat Allah ini.

Ramai yang mencuba. Tapi tiada yang berjaya. Akhirnya, yang diberikan hidayah mengaku keEsaan Allah. Manakala yang buta hatinya, terus berdegil menuduh Nabi Muhammad menggunakan sihir. Jadi, kalau dari dahulu Al-Qur'an yang berbahasa arab telah dicabar, apatah lagi zaman ini yang kita tau semakin jauh manusia dari isi dan kandungannya?!

Allah tak risau kalau Al-Qur'an ditukar bahasa, atau di tukar maknanya sekalipun. Ini kerana benda tu takkan terjadi. Ada ura-ura bukan Muslim untuk menukar, tapi Allah dah berjanji untuk memeliharanya hingga ke hari akhirat. Jadi, aku yakin benda tu takkan terjadi.

Pasal bahasa untuk lebih memahami, aku faham dengan niat suci Pipah untuk meluaskan lagi kalangan pembaca Al-Qur'an dengan sebenar-benar bacaan. Maksudnya faham dengan apa yang dibaca dan mengamalkan apa yang di baca. Tapi Pipah, untuk peringatan kita, disebabkan nak orang fahamlah maka wujudnya 7 ( ke 8 ?) version bible, di samping 4 naskhah utamanya. Bila faham, tapi tak dapat nak terima apa isi kandungannya, mungkin disebabkan kehendak yang tidak selari dengan peraturan, maka orang mula lah mengubah apa yang terkandung. Mula-mula sorang yang kononnya berhak. Lepas tu sorang lagi. Lepas tu mai sorang lagi. Lama-lama, semua orang pakat nak ubah, supaya selari dengan cara hidup mereka. Maka wujudlah bible yang berbagai versi. Kalau dah ada 7 version (harus diingat, bila kita sebut versi ni, maknanya ianya berlainan antara satu sama lain. Bukan copy, tapi version) adakah ianya masih dianggap kitab suci? Kalau yer pun suci, yang mana satu? Yang pertama? Or yang kedua? Or yang ketiga?

Bukan semua Kristian memegang pada kesemua, i.e. ketujuh-tujuh Bible ni. Mereka percaya hanya satu sahaja. Jadi, bila percaya pada satu sahaja, yang enam lagi dah dikira tak suci la kan? Mana mukjizat pada keadaan tu? Mana sucinya kitab tersebut? Apa kuasa mereka sebagai hamba untuk menukar ayat yang dianggap suci turunan dari Tuhan mereka? Apa salahnya kitab yang mereka percaya dari Tuhan mereka, perkataan Tuhan mereka, sehingga mereka terpaksa mengubah dan menukar ayat-ayat di dalamnya hingga wujud 7 versi?

Memang betul Pipah, perkataan 'Allah' tidak akan berubah jika ditulis dalam bahasa apa sekali pun. Tapi perkataan 'solat' akan berubah kepada 'pray', yang mungkin membawa maksud 'doa', atau 'sembahyang'. Bagi umat Islam yang faham, 'doa' dan 'sembahyang' adalah dua aksi yang berlainan. 'Doa' mungkin sekadar berkata-kata boleh menjadi doa. Tetapi sembahyang memerlukan rukun dan tertib yang terpelihara.

Page 6: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page5

A member of Gengjurnal.Net ©2002

Tentang apa yang Pipah katakan, sepatutnya bila diajar Qur'an, harus di ajar terjemahannya sekali. Memang betul. Dan itulah yang dilakukan di tempat saya belajar dulu (UIA). Namun, tidak begitu halnya pada tempat-tempat mengaji yang lain umumnya. Tapi, bukan kita ini terpencil dari maklumat, atau orang Islam yang lain. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Kan? Bila kita dikatakan kita tidak matang, kita marah. Bila dikatakan kita masih belum merdeka, juga kita marah. Tapi itulah hakikatnya.

Juga perlu diingatkan tentang terjemahan dan tafsiran. Bagi kitab bible Kristian sekarang ini, mungkin ada terjemahannya di dalam bahasa lain. Tapi masih tidak wujud tafsiran Bible. Ini adalah kerana Bible sekarang ini dalam bahasa yang mudah difahami, seperti yang Pipah baca dulu. Jelas, bahasanya rendah (layman terms) dan tidak memerlukan tafsiran.

Tapi bagi mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. ini, bahasanya tinggi. Tafsiran diperlukan. Bukan sekadar terjemahan, tapi tafsiran yang hanya dilakukan oleh orang-orang yang benar-benar mendalami ilmu tentang Al-Qur'an. Sependek Al-Fatihah itu, tafsirannya mempunyai 7 volume! Bayangkan untuk surah yang lain. Ini adalah kerana, sejenak akal manusia, dengan ilmunya yang cetek, tidak memahami apa yang sebenarnya tersirat di dalam Al-Qur'an yang mulia. Dan dalam banyak-banyak tafsiran serta terjemahannya itu, masih hanya SATU kitab suci Qur'an yang sama kita punyai.

Orang Melayu beragama Islam membaca Al-Qur'an. Orang Cina beragama Islam membaca Al-Qur'an.Orang India beragama Islam membaca Al-Qur'an.Orang putih beragama Islam membaca Al-Qur'an.Orang Jawa beragama Islam membaca Al-Qur'an.Orang Africa beragama Islam membaca Al-Qur'an.Orang Jepun beragama Islam membaca Al-Qur'an.Orang German beragama Islam membaca Al-Qur'an.Jika ada orang bulan yang beragama Islam pun membaca Al-Qur'an!! Dan semuanya dalam bahasa Arab.

Sepatutnya kita berbangga dengan hakikat ini. Bukan malu untuk menyatakannya. Kalau pun yang harus berubah adalah kita demi untuk memahami isi kandungannya. BUKAN Al-Qur'an yang harus berubah untuk menyenangkan hati kita.

Apa pun, saya menulis ini bukan untuk menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Pipah, akak minta maaf kalau Pipah tersinggung. Tapi fikirkanlah. Kalau nak faham lebih lagi, ada banyak rujukan tentang Al-Qur'an sebagai kitab Allah. Contohnya buku 'Science of Qur'an', by Prof. Tameem Ushama. Atau video 'Is Bible Word of God?' by Ahmad Deedat.

Saya doakan semoga umat Islam akhir zaman ini lebih memahami apa yang Allah turunkan. Amin.

Wallahu 'a'lam.

12.8.2002 \\ Ganjaran

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah bercerita: Seorang hamba Allah s.w.t membaca (bacaan di bawah) maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana hendak mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah s.w.t., katanya : Ya Allah! Seorang

Page 7: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page6

A member of Gengjurnal.Net ©2002

hamba Engkau membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana hendak mencatitkan ganjarannya. Firman Allah s.w.t. : (Yang memang mengetahui) Apa yang dibaca olehnya? Maka jawab malaikat: Ia membaca:

Ya Rabbi, lakal hamdu kama yambaghi lajaali wajhika wa a'zhiimi sulthonik (pls check the arabic version: wirid 24 dalam zikir Ma'surat)

Firman Allah: Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hambaku itu hingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu.

Wallahu a'lam

13.8.2002 \\ AARRGGHHH!!!

AARRGGGHHHH!!!!!

tensiii!!! tensi!!! geramnya bila tak bole cari!!!

mana la aku letak buku tu.. issyyhhh.. mak nenek sungguh aku ni, lupa lak kat mana?

sapa nampak buku aku aa'?

14.8.2002 \\ Apa daya kita?

Semalam aku di datangi tanggungjawab yang baru. Salah sorang student aku datang dengan mata yang merah dan berair. Suaranya terketar-ketar. "Kak Iza, boley saya nak cakap dengan K.Iza sikit?" tanyanya, penuh pengharapan.

Secara sepontan aku menarik tangannya, "Jom, kita cakap kat bilik ni." Aku terus menariknya masuk ke bilik yang berdekatan. Gadis belasan tahun itu duduk lalu menundukkan kepalanya ke bawah. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Aku duduk disebelahnya. Aku pegang tangannya dan bertanya, "Kenapa ni Aisyah (bukan nama sebenar)?" Hati aku tertanya-tanya, apa masalah budak ni. Selalunya dia happy jer.

"Akak.." dia memulakan bicaranya dalam tangis. "Akak, Aisyah dah tak tahan dah. Aisyah dah tak tau nak buat apa. Aisyah nak mintak pendapat K.Iza." Matanya deras mengalirkan air jernih.

"Apa halnya Aisyah?" Aku masih clueless.

Page 8: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page7

A member of Gengjurnal.Net ©2002

"Aisyah ada masalah kat rumah sewa Aisyah, kak. Aisyah rasa, Aisyah dah semakin hanyut sekarang ni. K.Iza faham tak?" tanyanya sambil mengesat air mata yang tak berhenti-henti mengalir.

Aku mengangguk, tapi aku masih tak jelas, apa masalah sebenar pelajar aku ni. Dia meneruskan cerita.

"Aisyah malu dengan diri sendiri. Aisyah rasa hina. Bila dengan kawan-kawan tak, tapi bila duduk sorang-sorang, Aisyah rasa hina sangat. Aisyah tau sebab Aisyah belajar sekolah agama dulu. Diorang tak tau. Tapi Aisyah tak pandai nak tegur diorang. Aisyah pulak yang terikut-ikut cara diorang." Bahunya masih terhinggut-hinggut menahan esak.

Aku terus mendengar. "Kenapa dengan diorang, Aisyah?" aku bertanya.

"Aisyah tak tau la akak. Orang-orang sekeliling agaknya dah anggap rumah kitorang tu macam disko ke apa ke, Aisyah tak tau la. Budak lelaki bebas keluar masuk. Aisyah pun ikut sama free hair dengan diorang. Aisyah tau mende tu salah. Tapi Aisyah buat dono je. Aisyah tak tegur. Tu yang Aisyah rasa bersalah sangat. Aisyah macam menggalakkan pulak."

"Diorang sekarang ni dah selalu tak balik malam. Aisyah tak pandai nak tegur. Aisyah sayangkan diorang, kak. Aisyah tak nak bergaduh ngan diorang. Paling-paling pun, Aisyah cuma tanya :pukul berapa kau balik malam tadi, atau kau pegi mana malam tadi. Itu je. Itu tanya, bukan tegur."

"Aisyah dah tengok mende tak senonoh depan mata. Aisyah tau tu salah. Tapi Aisyah senyap jer. Aisyah takut kalau lama-lama nanti, Aisyah ikut sama. Dengan lelaki sekarang ni, Aisyah naik moto dengan sapa-sapa jer yang Aisyah kenal. Sebelum ni tak cam tu, akak."

"Kat rumah tu, Aisyah sorang je yang sembahyang. Diorang tengok Aisyah tunggang tunggek sorang-sorang, tapi tak pernah diorang nak ikut. Baca Qur'an jauh sekali. Akak, tolong la Aisyah. Aisyah dah tak tahan nak butakan mata Aisyah, pekakkan telinga Aisyah, bisukan mulut Aisyah. Aisyah nak keluar dari rumah tu.."

Aku terdiam mulanya. Sungguh tak aku sangka perkara ni akan timbul. Sebab, satunya dia memang budak yang baik. Aku sangka, teman serumahnya juga mungkin dikalangan yang begitu. Duanya, aku dah lupa tentang betapa ramai lagi yang jauh dengan asas iman, walaupun ke tempat kerja mereka bertudung. Ya Allah.

Aku pegang tangannya dan nasihatkan dia supaya mencari rumah yang lain. Bagi aku, kalau kita dah sedar yang kita juga turut hanyut, perlu apa lagi duduk di dalam arus deras. Kalau pandai berenang, lain la.. ini kita tau kemampuan diri terkial-kial. Bimbang kalau kita pulak yang terlebih dari yang jahil.

Aku offer rumah aku. Namun, katanya biar dia mencari rumah lain. Aku berjanji untuk menolongnya mencari rumah. Tangisnya sudah reda. Tapi sedihnya masih ketara. Aku insaf dengan nikmat iman yang Allah beri. Syukurku kepada Mu, Ya Allah.

Note: Kalau kita kenyang, kita kena ingat: ramai lagi yang lapar. Kalau kita di tikar sembahyang, kita kena ingat: ramai lagi yang tak ingat even Al-Fatihah! Kalau kita jauh dari ma'siat, kita kena ingat: ramai lagi yang tak tau apa maksud ma'siat! Astaghfirullah.. itu tanggungjawab kita yang tahu!

Page 9: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page8

A member of Gengjurnal.Net ©2002

15.8.2002 \\ Mana?

Buku aku tak dijumpai lagi.

Pembacaan aku terbantut.

Harapnya pemikiran aku tak begitu...

16.8.2002 \\ Siapa aku?

Hari ni slot yang paling suka aku pegang. Slot on Self-Motivation.

Dari dulu sampai sekarang aku minat tang ni. Sebabnya, bila aku berkecimpung dalam bidang pendidikan ni, satu je yang aku minat bebenor is, aku boley secara tak langsung menyampaikan misi idup aku kepada orang lain.. tu yang best tuh! Heh..heh..

Allah berfirman: "Tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu". So, Insya Allah, itulah misi aku.

Dalam slot ni, memula sekali aku akan pastikan seme student aku buat 5 slide. Setiap satu slide menceritakan tentang: 1.Siapa aku? 2.Cita-cita semalam. 3.Harapan hari ini. 4.Impian hari esok. 5.Apa sejarah yang ingin aku tinggalkan kepada keluargaku?

Selalunya, sebab aku suka senyum-senyum, suka gelak-gelak dalam kelas, diorang ambik mudah tugasan yang aku bagi ni. Jadi, selalunya juga mereka lupa tentanbg hakikat kehidupan sebenar. Diorang gelak-gelak sambil buat slide, aku pun ikut sama senyum-senyum.

Kemudian aku akan suruh sorang-sorang present kat depan. Sambil tu aku dan students lain akan tanya perihal citernya. Macam-macamla tanya. Paling berkesan, pembentang akan berubah muka dan pernah ada yang menangis bila menyedari terlalu tinggi impian keluarga terhadapnya.

Jadi, sorang.. sorang akan ke depan dan bercerita tentang impian mereka. Kebanyakan mereka tidak mengenali diri mereka sendiri. Jauh sekali terfikir apakah sejarah yang akan ditinggalkan. Bagi mereka, hidup sekadar menikmati saat yang ada.

Aku biarkan diorang dengan cerita-cerita itu sebelum bukak slide aku. Tapi, selalunya untuk slide aku, aku akan tutup lampu, turunkan seme blind dan ask them to relax and 'enjoy' the presentation. Juga aku suruh mereka baca apa yang akan dipaparkan dan jawab dalam hati jika ada soalan-soalan yang ditanya.

So, seme pun suspen. Heh..heh...

Dum.. gendang Kitaro bermula. Dum..dum.. Aku guna lagu Kitaro buat background music. Mana ada yang masih bergelak-gelak mula menyepikan diri menumpukan perhatian. Slide

Page 10: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page9

A member of Gengjurnal.Net ©2002

pertama keluar. "Siapa aku?" tertera di dinding pancaran dari LCD projector dalam suram bilik yang sejuk oleh aircon dua biji. "Dari mana aku datang?"... "Kenapa aku disini?"... dan dum dam dum dam sampai habis 15 minit punya presentation.

Ada yang menyeka air mata. Ada yang cuba-cuba buat lawak untuk melindungi sayu. Ada yang terus minta keluar ke tandas. Aku lihat muka diorang. Selalunya, apa yang aku nampak adalah wajah-wajah yang penuh semangat setelah tamat persembahan.

Aku akan tutup slide dan cepat-cepat tukar presentation lain. Intipatinya sama. Tapi untuk kali ini tidak ada lagu Kitaro. Tidak ada doa-doa yang mengiringi. Dan tidak ada lagu Saujana "Harapanku subur kembali".

Kali ni giliran aku menghuraikan apa yang tersurat. Aku sampaikan pada mereka apa yang perlu mereka tahu. Aku kenalkan kepada mereka siapa mereka sebenarnya. Dan aku usahakan agar mereka kenal juga dengan kekuasaan Allah. Aku suka kerana setiap kali itu juga kasih aku pada Rabbul Jalil kian bertambah. Semoga, mereka turut begitu.

Ya Allah, semoga usahaku diiringi kasih dan sayang Mu yang Maha Agung. Amin.

17.8.2002 \\ Petronas punya ker??

Dah tengok iklan hari kebangsaan Petronas?

Belum?

Kalau belum cuba tengok.

Apa pendapat anda sebagai seorang Melayu?

19.8.2002 \\ Label

Baca tOKSIK's entry for today. Thanks for the good information.

Bila sebut pasal merdeka, aku rasa kita takkan merdeka sampailah kita balik pada fitrah kita hidup sebagai manusia. Sampai tak ada rasa kebergantungan pada mana-mana pihak kecuali Allah, itu merdeka yang hakiki. Bagi aku laa...

Page 11: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page10

A member of Gengjurnal.Net ©2002

Aku nak share some scenario of being colonized... rationally.

Aku ialah seorang manusia yang jarang pedulikan apa orang lain kata when it comes to my believes and attitudes. Selagi ianya tak menyonsang aqidah la. Baru-baru ni aku telah dilabel sebagai pembawa identiti yang tak korporat ke pejabat. Sebabnya? Aku lah manusia pertama bawak dressing ala pakistan ke opis. *HA! HA! HA!* gelak kuat-kuat ala samseng... Tuan Pengarah buat perumpamaan, "mini jubah ***Iza". Heh..heh... kelakar la pulak. Patut ler baru-baru ni aku jumpa dia, dia tegur aku dengan nama penuh aku. Selalunya dia tak kenal pun.

Tapi, masih peringkat khabar angin. Aku dengar orang lain yang pakai baju camtu di 'sound' sama. Kata mereka, nak kena warning macam aku kena ker? Angah lagi pulak, siap kena panggil jumpa boss, tak bagi dah pakai baju cam tu. Aku pulak, masih tak di apa-apakan. Heh..heh.. apsal aa'? Apsal satu opis dah tau, aku yang kononnya pembawa anasir masih tak tau apa-apa?

Cuma tadi, boss aku tegur. "Iza pakai baju kurung hari ni nampak lain. Selalu kan Iza pakai baju dengan seluar tu, hari ni baju kurung lain la pulak!" Aku senyum cuma. Sepatah pun aku tak reply. Kalau reply kang, panjang pulak lecture dia. Ahh, bagi aku, selagi takder itam putih, kalau aku nak pakai, aku pakai.

So, mana colonized mind nya?

Kami tak dibenarkan pakai cam tu sebab ianya ala Arab. Bajunya labuh, bawah paras lutut. Warnanya gelap, tak menarik minat orang ajnabi. Kainnya kosong, takder bunga-bunga ceria. Nampak Islamic. Walaupun tak diberitau begitu, aku rasa itulah alasannya. Sebab aku kata camtu? Well, dia bagi alasan "imej tidak korporat". Aku jawab, (kalau dia nak tanya aku la..) "define corporate.."

Aku tak tau apa yang pihak atasan akan bagitau aku. Sungguh-sungguh tak tau. Sebab aku lihat pengarah jabatan lain, juga jabatan aku pakai baju blouse dan seluar panjang. Berwarna warni. Dengan potongan yang menjimatkan kain. Dengan aras baju yang ala kurung Kedah. Korporatkah itu?

Kalau itu lah korporat, korporat barat mungkin. Korporat yang aku tak rasa langsung jamin masuk syurga. Isyhh... Bukan ler aku baik bebenor. Tapi.. entahler, pikio la seniri.

Cam tOKSIK tanya: merdeka kah kita?

Page 12: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page11

A member of Gengjurnal.Net ©2002

20.8.2002 \\ MC Tukul

Aku MC hari ni *Sengih*

Esok aku keje balik

Semoga aku sihat cam umat Islam yang lain gak... amin

Koh..koh..koh...

Nota: Hari ni aku MC. Sempat aku belek -belek koleksi buku Abah. Aku jumpa buku 'Panduan Sepanjang Jalan' hasil tulisan As-syahid Syed Qutb, seorang pejuang reformasi Mesir gerakan Ikhwanul Muslimin Imam Hassan Al-Banna. Waahh!! Cukup beberapa helaian pertama dah buat aku kagum dengan perjuangan beliau. Antara pesannya yang mengusik jiwa aku ialah: kenapa Islam tidak hidup di dalam masyarakat sekarang ini?Waktu dia tulis buku tu ialah beberapa bulan sebelum dia syahid di tali gantung, iaitu pada tahun 1946, lebih kurang.. or maybe '47. Tapi, coretannya itu cukup kena pada zaman kita sekarang ini. Aku baca lagi.. Ohh... sebabnya ialah masyarakat sekarang mempelajari Al-Qur'an hanya atas dasar "belajar dan kaji".. tidak seperti zaman para sahabat, zaman tabi' tabi'ein, mereka mempelajari Al-Qur'an atas dasar "belajar dan terus melaksanakan". Waduhh! Betapa tepat aku rasa mende tu. Sebab, kalau kita betul-betul melaksanakan apa yang Allah nyatakan dalam Al-Qur'an, tidaklah ramai cendiakawan Islam yang senyap bila mungkar dijaja, dan tidaklah kejahilan itu terus-terusan melanda umat yang semakin hari semakin ramai 'khatam' Al-Qur'an! Astaghfirullah!! Di mana aku??

21.8.2002 \\ Bila lagi?

"Belumkah sampai masanya bagi orang-orang yang beriman (di mana) hati mereka akan tunduk untuk mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah Kami

turunkan (kepada mereka)".

al-Hadiid:16

23.8.2002 \\ Mari naik tingkat atas..

Pagi tadi aku sempat bukak tv sebelum ke opis. Dapatla dengar Laman Nurani jap. Ustaz Hasan Din bercakap tentang Solat Maqbul. Hmm... interesting. Sebab selalu orang cakap tentang doa maqbul, bukan solat. Tersentak kejap bila dengar isi tazkirahnya yang bernas.

Antaranya:

Page 13: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page12

A member of Gengjurnal.Net ©2002

Ramai orang yang solat, tapi tak kisah samada solatnya diterima atau tidak. Untuk (at least) usahakan agar solat kita diterima, mintaklah pada Allah untuk terima solat kita. (Rabbana taqabbal minna solaatana wa du 'aa ana) Ya Allah, terimalah solat kami dan doa kami.

Sabda Nabi: "Barangsiapa yang melabuhkan kainnya, tidak diterima solatnya". Di sini, Nabi pesan bukan kes sah tak sah.. tapi tidak diterima. Maksudnya, kalau solat itu sah sekalipun, ianya tidak diterima dengan sebab kain yang dilabuhkan. Tapi Nabi s.a.w. tak cakap pun lelaki atau perempuan, jadi kedua-duanya termasuklah. Camner lak perempuan nak angkat kain, nanti nampak aurat lak. So, para ulama' hadith sepakat mengatakan "kain yang dilabuhkan" itu simbolik kepada perasaan takbur. Maknanya, bila kita angkat jer takbir, kalau kita masih sombong dan angkuh, besar diri, solat itu tidak Allah terima. Yer la.. bila kita solat, kita mengadap Pencipta kita. Boss paling Agung. Bila kita rukuk, kita letak kepala kita separas punggung orang. Hinanya kita pada pandangan manusia. Bila kita sujud, kita letak pulak kepala kita paras kaki orang. Lagilah hinanya kita. Jadi, kalau dah begitu, kalau masih ada perasaan besar diri, memikirkan "aku" setiap masa solat, adillah Allah untuk tidak menerimanya.

Kemudian, ada pula orang yang kadang-kadang bersolat, dan kengkadang tanpa rasa bersalah meninggalkan solat tu. Untuk mereka ini, Allah sediakan neraka Wail. Sebab berilmu, tapi tidak mengamalkannya. Ada orang yang kengkadang tu tak langsung solat, tapi Allah memasukkannya ke dalam syurga. Contohnya, orang yang baru masuk Islam. Tak sempat buat ibadah, ajal misalnya. Sebab keikhlasannya untuk agama Allah, Allah tempatkan dia bersama para solehin.

Allah berfirman dalam ayatnya: "Innas solaata takhsyaa 'anil fakhsyaa 'i wal mungkar" Sesungguhnya solat itu menghalang dari kerosakan dan kemungkaran. Itu janji Allah. Jadi, kalau kita bersolat, tapi masih melakukan kemungkaran, mungkin solat kita tidak maqbul.

Ustaz kata lagi, kita kena ada niat untuk memperbaiki solat kita. Kalau dari kecik sampai besor solat cam tuu jugak.. besarlah harapan lambat ke syurga. Solat terbaik adalah solat muhsiniin.. orang yang mohsin.. err, baik la maknanya. Bila mereka solat, hilang dalam solat. Maknanya terlalu khusyu'. Astaghfirullah.. jauhnya aku dari paras tu.

Takper la, yang lepas jangan dikenang. Semoga lepas ni kita semua berazam untuk memperbaiki solat kita. Lagipun, mende tu yang first sekali ditanya nanti. Apa salahnya kita ready dulu, yer tak? Bukannya rugi pun.

*Senyum*

24.8.2002 \\ Yakinlah

Sahabat.. perjuangan ibadah kita. Hakikat insan dihidupkan. Dimatikan bila tugas selesai. Itulah janji Tuhan.

Sahabat.. apa lagi yang tak pasti? Kejahilan akan pastinya runtuh. Islamkan tertegak atas kebenaran. Tegakkan keyakinan.

Sahabat.. apa lagi yang kau sedihkan? Darjatmu tinggi disisi Tuhan. Kiranya kau insan bertaqwa. kiranya kau insan beriman.

Page 14: A member of Gengjurnal.Net ©2002izapunyersite.tripod.com/Ebook.pdf · Aku pun belek -belek. Ada dua appraiser akan isi borang tu nanti. Aku tengok lak dia punya categori penilaian

E-Book : http;//www.kepompom.net/iza page13

A member of Gengjurnal.Net ©2002

26.8.2002 \\ Academy Award of the year

"Hailed as a landmark film that dazzles with deep emotion and execptional acting, Philadelphia stars Tom Hanks and Denzel Washington as two competing lawyers who join forces to sue a prestigious law firm for AIDS discrimination. And as their unlikely friendship develops, their courage overcomes the prejudice and corruption of their powerful adversaries."

Tu sinopsis kat belakang cover CD citer Philadelphia Angah yang aku baru nak pinjam. Citer ni dapat award best actor, dan jugak best original song. Huii, kira terer la tu, dak?Heh..heh... orang dah khatam citer tu ntah berapa kali tah. aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. Kes..kes..kes..

Anyway, bila tengok citer camtu kengkadang mengingatkan kita tentang video lakonan kita seniri nanti di Padang yang Maha luas tu. Tak yah sesusah beli tiket. Tak yah sesusah beli CD. Free jer boley tengok. Yang paling serun tu, semua orang lain, dari zaman Nabi Adam sampai ler ke bayi yang paling akhir lahir akan turut tengok lakonan kita! Whoaa!! Giler takut!! Mana taknyer.. time kita makan, orang tengok; kita tido, orang tengok; kita mandi, orang tengok; kita buat apa pun, orang tengok; kita guna komputer kat opis update site pun orang tengok!! Astaghfirullah! Takutnya aku bila ingat. Tapi, itulah.. sesekali insaf, banyak kali lupa.

Tak yah sesusah nak offer diri jadi pelakon terbaik. Tak yah sesusah nak mekap muka takut nampak pucat. Tak yah sesusah senyum kat cameraman untuk keluar first page akhbar esok hari. Tak ada seme tu.

Yang ada cuma orang-orang yang masih terpinga-pinga mengapa dirinya tak secantik dulu. Yang ada cuma orang-orang yang masih terkejut mengapa sabahagian tubuh mereka bertukar menjadi haiwan. Yang ada cuma orang-orang yang hampir kelemasan di dalam peluhnya sendiri. Yang ada cuma orang-orang yang dah tak ingat nak cari ahli keluarga yang sangat mereka sayangi suatu masa dulu. Menangis, menjerit, meraung.. nau'zubillah Ya Allah.

Dan juga sekumpulan kecil orang-orang yang bersinar-sinar wajah mereka, tersenyum menanti pintu istana dibuka untuk mereka. Harum bau mereka sambil tangan kanan mengambil buku amalan. Puas hati mereka kerana janji Allah tiba jua.

Ya Allah, di mana aku?

Projek e -book http://www.kepompom.net/iza nih tak sempat habis sebab site telah ditutup…?