18
Abstrak Sekolah pemulihan akhlak di Malaysia berfungsi sebagai pusat tahanan serta pusat pemulihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal. Namun, sepanjang berada dalam tahanan, emosi kanak-kanak tersebut perlu diambil kira agar intervensi pemulihan yang dijalankan memberi kesan yang positif. Persepsi seseorang remaja tersebut mengenai masa depan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang cemerlang. Namun pada masa yang sama faktor sokongan sosial mungkin memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk persepsi yang positif terhadap masa hadapan. Kajian keratan rentas ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap emosi yang terdiri daripada kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri sosiodemografik serta menentukan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial yang diperolehi oleh mereka. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan selesa dengan melibatkan sebanyak 114 orang pelatih. Responden diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian, di mana Bahagian A mengandungi maklumat sosiodemografik, manakala Bahagian B mengandungi borang soal selidik Indeks Harapan Herth, Bahagian C mengandungi skala multidimensional untuk sokongan sosial yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha = 0.89 serta bahagian D yang mengandungi soalan Depression, Anxiety and Stress Scale 21-Items (DASS-21) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis deskriptif akan digunakan bagi menentukan tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh serta menentukan persepsi pelatih-pelatih tersebut terhadap masa hadapan dan sokongan sosial yang diperolehi oleh mereka. Manakala, ujian korelasi Pearson akan digunakan bagi menentukan hubungan di antara persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial yang diperolehi oleh pelatih terbabit. Selain itu, ujian t-tidak bersandar pula akan digunakan bagi menentukan perbezaan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial berdasarkan faktor sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka. Dan, analisis MANOVA akan digunakan bagi menentukan perbezaan antara kemurungan, kerisauan dan tekanan berdasarkan ciri sosiodemografik. Hasil daripada kajian ini dapat membantu kesemua yang terlibat dalam pemulihan pelatih-pelatih ini kefahaman lebih mendalam mengenai masalah emosi yang kemungkinan dihadapi oleh mereka.

Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

Abstrak

Sekolah pemulihan akhlak di Malaysia berfungsi sebagai pusat tahanan serta pusat pemulihan

kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal. Namun,

sepanjang berada dalam tahanan, emosi kanak-kanak tersebut perlu diambil kira agar

intervensi pemulihan yang dijalankan memberi kesan yang positif. Persepsi seseorang remaja

tersebut mengenai masa depan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang

cemerlang. Namun pada masa yang sama faktor sokongan sosial mungkin memainkan

peranan yang sangat penting dalam membentuk persepsi yang positif terhadap masa hadapan.

Kajian keratan rentas ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap emosi yang terdiri daripada

kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih perempuan di Sekolah Tunas

Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

sosiodemografik serta menentukan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial yang

diperolehi oleh mereka. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan selesa dengan

melibatkan sebanyak 114 orang pelatih. Responden diberikan satu set borang soal selidik

yang mengandungi empat bahagian, di mana Bahagian A mengandungi maklumat

sosiodemografik, manakala Bahagian B mengandungi borang soal selidik Indeks Harapan

Herth, Bahagian C mengandungi skala multidimensional untuk sokongan sosial yang

mempunyai nilai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha = 0.89 serta bahagian D yang

mengandungi soalan Depression, Anxiety and Stress Scale 21-Items (DASS-21) yang telah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis deskriptif akan digunakan bagi menentukan

tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih Sekolah Tunas Bakti

Sungai Lereh serta menentukan persepsi pelatih-pelatih tersebut terhadap masa hadapan dan

sokongan sosial yang diperolehi oleh mereka. Manakala, ujian korelasi Pearson akan

digunakan bagi menentukan hubungan di antara persepsi terhadap masa hadapan dan

sokongan sosial yang diperolehi oleh pelatih terbabit. Selain itu, ujian t-tidak bersandar pula

akan digunakan bagi menentukan perbezaan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan

sosial berdasarkan faktor sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti

Sungai Lereh Melaka. Dan, analisis MANOVA akan digunakan bagi menentukan perbezaan

antara kemurungan, kerisauan dan tekanan berdasarkan ciri sosiodemografik. Hasil daripada

kajian ini dapat membantu kesemua yang terlibat dalam pemulihan pelatih-pelatih ini

kefahaman lebih mendalam mengenai masalah emosi yang kemungkinan dihadapi oleh

mereka.

Page 2: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

Abstract

Reformatory school in Malaysia serves as a detention and rehabilitation centers for children

who are involved in crime and children who are uncontrolled. However, all is in custody, the

child's emotional needs to be taken into account so that the recovery interventions conducted

gives a positive impact. Perception of a teenager towards future play an important role in term

of developing a bright future. But at the same time, social support factors may play a very

important role in shaping positive perceptions of the future. This cross-sectional study was

conducted to investigate the level of emotions ranging from depression, anxiety and stress

among female students at the Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka and the difference

between these three factors based on the sosiodemographic characteristics and the perception

of the future and social support received by them. The method that will be use is convenient

sampling method with the sample size of 114 students. Respondents are given a set of

questionnaires containing four parts, where Part A contains sosiodemographic information,

and Part B contains Herth Hope Index, Part C contains and Multidimentional Perceived for

Social Support with the reliability Cronbach's alpha = 0.89 and Part D contains the Malay

version of 21-question Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-21). Descriptive analysis

will be used to determine the level of depression, anxiety and stress among trainees Sekolah

Tunas Bakti Sungai Lereh and the perception of the trainees about the future and the social

support provided to them. Meanwhile, Pearson correlation test will be used to determine the

relationship between the perception of the future and the social support available to the

trainees involved. Other than that, independent t-test will be used to determine the perceptions

of future social support based on sosiodemogrphic factors among trainees in Sekolah Tunas

Bakti Sungai Lereh, Melaka. And, MANOVA analysis will be used to determine the

difference between depression, anxiety and stress on sosiodemographic factors. Results from

this study can help all those involved in the rehabilitation of these trainees better

understanding about the possibility of emotional problems faced by them.

Page 3: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), masalah sosial merupakan sesuatu amalan atau

perlakuan yang menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, seperti masalah

penagihan dadah dan rasuah. Manakala remaja pula merupakan golongan yang berada dalam

lingkungan umur 13 hingga 18 tahun. Dalam zaman serba moden ini, masalah sosial bukan

sahaja melibatkan orang dewasa, bahkan remaja. Berita mengenai isu ini terpampang jelas di

dada akhbar, serta kaca televisyen. Jika dahulu kita sering mendengar masalah sosial dalam

kalangan remaja ini sering melibatkan remaja lelaki, lain pula sekarang. Remaja perempuan

tidak kurang lincahnya, tidak segan atau takut untuk melakukan jenayah. Kesalahan

tingkahlaku yang dilakukan oleh mereka bukan hanya kecil-kecilan, bahkan melibatkan kes

yang berat, seperti mengandung anak luar nikah, ponteng sekolah dan terlibat dalam kes

pelacuran. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, mengikut rekod kementerian 111

484 pelajar atau 72 557 pelajar sekolah menengah dan selebihnya pelajar sekolah rendah

terbabit dalam salah laku disiplin termasuk ponteng sekolah dan vandalisme pada tahun 2010

(Portal myMetro, Oktober 2011).

Bagi remaja-remaja ini, apabila mereka disabitkan kesalahan, di bawah arahan

mahkamah, mereka akan dimasukkan ke pusat pemulihan, bermula dengan pusat akhlak

selama setahun sebagai percubaan, diikuti dengan Sekolah Tunas Bakti yang merupakan

tempat tetap selama tiga tahun. Di sini, mereka akan menjalani proses pemulihan bersama

mereka yang lain yang mempunyai masalah serupa dengan mereka. Menurut kajian, remaja

yang ditempatkan di pusat tahanan kebiasaannya akan mengalami masalah emosi,

termasuklah tekanan, kemurungan dan kerisauan (Forest et al. 2000). Mereka juga

berkemungkinan akan kembali berkelakuan seperti sebelum dimasukkan ke sekolah

pemulihan, ataupun bertindak dengan lebih agresif daripada sebelumnya (Holman &

Ziedenberg 2006).

Sesungguhnya, remaja merupakan modal insan yang amat berharga kepada

pembangunan negara. Persepsi masa hadapan seseorang remaja itu sendiri sebenarnya

memainkan peranan penting dalam membimbing diri mereka ketika merancang masa depan

yang sihat. Terdapat segelintir remaja yang berputus asa dalam mengharungi kehidupan dan

tidak lagi meletakkan pengharapan terhadap masa depan. Golongan ini berkemungkinan

Page 4: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

terdiri dari golongan yang sering gagal dalam menghadapi cabaran hidup atau pernah melalui

peristiwa hitam yang sekaligus menghasilkan persepsi masa depan yang negatif. Justeru itu,

sokongan sosial adalah sangat penting buat remaja pada tahap ini. Sokongan berbentuk

sokongan moral, kewangan, dan spiritual adalah antara aspek penting yang diperlukan dalam

membimbing remaja membentuk identiti sekaligus merancang masa depan.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap emosi yang terdiri

daripada tekanan, kemurungan dan kerisauan pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti

Sungai Lereh, Melaka, serta persepsi mereka terhadap masa hadapan. Ini adalah kerana,

penyelidik berpendapat sekiranya masalah ini diabaikan, ia boleh membawa kepada masalah

yang lebih besar pada masa akan datang, di mana jika tidak diatasi dari sekarang, keadaan ini

berkemungkinan akan menyebabkan kerugian bukan sahaja kepada bangsa, malah agama

negara.

1.2 Penyataan masalah

Masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak mahupun remaja bukanlah perkara di luar norma

masyarakat Malaysia sekarang. Masalah-masalah sosial yang sering dilakukan oleh golongan

ini termasuklah mencuri, bergaduh, meminum minuman keras serta terlibat dengan najis

dadah. Remaja-remaja bermasalah ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah pemulihan bagi

menjalani pemulihan, dalam jangka masa yang ditentukan oleh mahkamah.

Menurut Cohen (1978), seseorang haruslah menyesuaikan diri dengan perubahan

persekitarannya kerana persekitaran mampu mengambil alih kawalan emosi serta diri

seseorang sekiranya tidak dikendalikan dengan tepat. Sekiranya penyesuaian emosi dan

persekitaran tidak selaras, impak yang negatif akan menguasai emosi dan perlakuan individu

tersebut. Disebabkan pelatih-pelatih ini diasingkan dari persekitaran luar, dan ditempatkan

bersama mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti diri mereka sendiri,

kemungkinan mereka akan menghadapi masalah emosi, seperti kemurungan, kerisauan serta

tekanan. Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kanak-kanak yang ditempatkan di sekolah

tahanan didiagnos dengan kemurungan, dan kemurungan tersebut hanya bermula selepas

mereka ditempatkan di sekolah tahanan tersebut (Forest et al. 2000).

Manakala, apakah hubungan di antara persepsi masa hadapan dan sokongan sosial

terhadap remaja di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka? Sokongan sosial berbentuk

bimbingan, spiritual, kewangan dan moral dari ibu bapa dan masyarakat sekeliling mungkin

Page 5: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

akan membantu pelajar terhadap pembentukan persepsi masa hadapan yang positif. Remaja

bermasalah yang mempunyai sokongan daripada ibu bapa mungkin mempunyai persepsi yang

lebih positif terhadap masa hadapan berbanding remaja yang tidak mempunyai penjaga.

Faktor sosiodemografik juga mungkin memainkan peranan dalam persepsi remaja tentang

masa hadapan. Sebagai contoh, pegangan agama yang berlainan mungkin mempunyai konsep

yang berlainan dalam menghasilkan persepsi masa hadapan mengikut konteks agama masing-

masing.

Oleh yang demikian, kajian lanjut seharusnya dijalankan agar dapat memberi

kefahaman yang lebih mendalam mengenai kesan masalah emosi serta persepsi terhadap masa

hadapan ini terhadap pelatih-pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh.

1.3 Kerangka masalah

Rajah 1.1 Kerangka masalah bagi emosi dan persepsi masa hadapan dalam kalangan

pelatih perempuan Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh.

Page 6: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

1.4 Justifikasi kajian

Emosi mempengaruhi cara seseorang berfikir serta berkelakuan dalam situasi yang berbeza

(Clore et al. 1994). Sekiranya emosi negatif ini dikesan dengan lebih awal, langkah-langkah

pencegahan boleh diambil bagi mengelakkan perlakuannya menjadi lebih teruk, dan

menyebabkan kesan buruk yang lain pula timbul. Manakala, persepsi terhadap masa hadapan

dalam kalangan remaja pula sangat penting bagi membentuk pemikiran yang matang, seiring

dengan pembentukan masa depan yang cemerlang. Remaja yang mempunyai persepsi yang

positif sering dikaitkan dengan kejayaan dalam kehidupan kerana mempunyai harapan yang

tinggi dan melihat masa hadapan sebagai satu perkara yang ingin dijelajahi semasa proses

membentuk masa depan yang cemerlang. Persepsi seseorang remaja melihat masa hadapan

juga memberi pengertian penting ke atas kelakuan, sikap dan pemilihan terhadap masa akan

datang (Seltzer 1993).

Makanya, kajian ini dijalankan dengan harapan dapat dijadikan panduan kepada pihak

yang terlibat dalam usaha pemulihan pelatih-pelatih di Sekolah Tunas Bakti. Lagi pula, kajian

seperti ini masih belum meluas dijalankan di negara ini, dan disebabkan itu, diharapkan kajian

ini dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai pengaruh emosi dan

persepsi masa hadapan terhadap kehidupan pelatih di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh ini.

Page 7: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

2.0 ULASAN KEPERPUSTAKAAN

2.1 Remaja Dan Salah Laku Bawah Umur

Pada hari ini masalah sosial dan salahlaku dalam kalangan remaja semakin meningkat.

Pengaruh dan faktor yang mempengaruhi golongan ini melakukan salah laku sering dikaitkan

dengan kurangnya bimbingan ibubapa dan pengaruh rakan sebaya. Namun begitu, mengikut

kajian yang dijalankan oleh Zainudin dan Norazmah (2011) persekitaran luar dan pengaruh

rakan sebaya tidak memainkan peranan utama dalam gejala salah laku remaja, tetapi faktor

diri sendiri memainkan peranan yang jauh lebih kuat. Begitu pula menurut Evans et al.

(1992). Salahlaku ponteng sekolah dan remaja hamil banyak berlaku disebabkan oleh

pengaruh rakan sebaya.

2.2 Perspektif Masa Hadapan Dan Remaja

Dalam proses membentuk persepsi terhadap masa depan, remaja akan membuat perbandingan

perlakuan rakan sebaya dan menganalisis dengan cara tersendiri sebelum membentuk persepsi

masa hadapan (Seltzer 1993). Persepsi remaja terhadap masa hadapan mempunyai hubungan

yang signifikan terhadap pemikiran atau persepsi yang yang dimiliki oleh rakan sebaya

(Majzub et al. 2001). Selain itu, faktor yang mempengaruhi persepsi terhadap peranan masa

hadapan mempunyai hubungan rapat terhadap komitmen sosial semasa seseorang pada usia

remaja. Remaja yang mempunyai komitmen sosial semasa usia remaja mempunyai persepsi

bahawa mereka mungkin akan terlibat dengan kerja sukarela pada masa hadapan (Flanagan et

al. 1998). Berdasarkan kajian mengikut faktor bangsa yang dilakukan ke atas remaja berkulit

putih, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa remaja mempunyai persepsi yang positif

terhadap masa hadapan. Namun, pada yang sama, golongan yang dikaji mempunyai kerisauan

terhadap ketidakpastian peranan yang akan dipikul pada masa hadapan (Grootboom 2007).

2.3 Remaja Dan Kestabilan Emosi

Menurut Al-Gelban et al. (2009) dalam kajiannya yang bertajuk Prevalence of Depression,

Anxiety and Stress Measured By the Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS-42) among

Secondary School Girls in Abha, Saudi Arabia, penggunaan DASS dalam kajiannya memberi

manfaat di mana beliau dapat membezakan simptom-simptom negatif emosi yang melibatkan

kemurungan, kerisauan dan tekanan. Bahkan, para responden yang berumur antara 14 hingga

20 tahun tersebut juga mampu menjawab soalan-soalan tersebut dengan mudah. Kajian

Page 8: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

tersebut menunjukkan kadar kelaziman yang tinggi bagi simptom kemurungan, kerisauan

serta tekanan dalam kalangan pelajar sekolah mengah perempuan di Arab Saudi. Lebih

kurang 10% daripada pelajar menunjukkan simptom kemurungan yang teruk atau sangat

teruk, manakala 25% lagi pelajar menunjukkan simptom kerisauan yang teruk atau sangat

teruk. Daripada penilaian individual, kerisauan merupakan gejala yang paling kerap (66.2%),

diikuti tekanan (52.5%) dan kemurungan (41.5%). Menurutnya lagi, kajian yang lebih lanjut

perlu dijalankan bagi mendalami peranan kakitangan sekolah serta barisan utama kesihatan

untuk mendiagnos dan membendung masalan gangguan emosi ini.

2.4 Kesan Sokongan Sosial Terhadap Remaja

Golongan remaja lebih meminati perkara-perkara yang melibatkan sosial dan bukan aktiviti

intelek. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya menyediakan persekitaran yang

teratur, memenuhi keperluan sosial dan pengharapan remaja (Arnold 1980). Remaja yang

mendapat sokongan sosial yang rendah mempunyai lebih permasalahan dalaman, dan remaja

yang melalui sejarah tekanan hidup yang tinggi dilaporkan mempunyai masalah dalaman yang

lebih tinggi (Hagen et al. 2005). Peranan sokongan ibubapa mempengaruhi remaja dalam

pembentukan persepsi masa hadapan. Sokongan ibubapa dan rakan sebaya yang mencukupi

menghasilkan emosi yang stabil, rasa harga diri yang tinggi, dan harapan terhadap masa depan

yang tinggi (Harter et al. 1996)

Page 9: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

3.0 MATLAMAT KAJIAN

3.1 PERSOALAN KAJIAN

Apakah emosi dan persepsi masa depan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap

sokongan sosial dalam kalangan remaja di Sekolah Tunas Bakti?

3.2 OBJEKTIF KAJIAN

3.2.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji emosi, persepsi masa hadapan dan sokongan sosial dalam

kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka.

3.2.2 Objektif Khusus

1. Menentukan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial dalam kalangan pelatih

di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.

2. Menentukan hubungan di antara persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial

dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka.

3. Membandingkan emosi, persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial

berdasarkan faktor sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti,

Sungai Lereh

3.3.1 HIPOTESIS KAJIAN

Emosi dan persepsi terhadap masa hadapan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap

sokongan sosial yang diterima dalam kalangan remaja di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh,

Melaka.

Page 10: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 LATAR BELAKANG DAN REKABENTUK KAJIAN

4.1.1 Latarbelakang Tempat Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Sekolah ini

ditubuhkan di bawah Seksyen 65. (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menempatkan kanak-

kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal untuk menjalani

pemulihan dan jagaan (JKM 2009). Kanak-kanak ini dimasukkan melalui perintah mahkamah

di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Tempoh pemulihan adalah selama 3 tahun atau kurang,

dengan syarat melebihi setahun mengikut pertimbangan Lembaga Pelawat. Rekabentuk kajian

yang akan dijalankan ialah jenis keratan rentas, di mana kajian dibuat dengan menganalisa

data pada masa tertentu ke atas sekumpulan subjek, bukan untuk satu tempoh tertentu.

4.1.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian keratan rentas dimana pengumpulan data kajian

ini dijalankan bermula pada September 2012 sehingga April 2013. . Kajian ini menggunakan

kaedah kerja lapangan dimana pengumpulan data kajian dilakukan di Sekolah Tunas Bakti

Sungai Lereh, Melaka.

4.2 PERSAMPELAN

Populasi sasaran sampel bagi kajian ini adalah pelatih perempuan Sekolah Tunas Bakti.

Teknik persampelan yang akan digunakan pula adalah persampelan bertujuan, iaitu kategori

persampelan selesa yang dijalankan ke atas pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti Sungai

Lereh, Melaka. Hanya responden yang sudi untuk bekerjasama serta memenuhi kriteria

inklusi dan eksklusi sahaja yang akan dipilih untuk menjawab borang soal selidik.

4.3 KRITERIA INKLUSI DAN EKSKLUSI

Kriteria inklusi untuk kajian ini adalah remaja wanita yang berumur 13 hingga 18 tahun dan

pernah terlibat dalam kes salahlaku dibawah umur yang tinggal di Sekolah Tunas Bakti, serta

tidak mengira bangsa atau agama.

Page 11: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

Manakala kriteria eksklusi ialah remaja yang tidak boleh membaca dan memahami Bahasa

Malaysia dengan baik, dan pelatih yang didiagnos dengan masalah mental.

4.4 PENGIRAAN SAIZ SAMPEL

s = Saiz sampel

² = Jadual nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan yang

diperlukan 0.05 (3.84)

N = Saiz populasi (140 orang pelatih perempuan)

P = Nisbah populasi (dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel yang

maksimum)

= Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah (5%) = 0.05

(Krejcie dan Morgan, 1970)

= (3.84)(140)(0.50)(10.50)___

(0.05)²(140-1) + (3.84)(0.50)(1-0.50)

= _134.4__

1.3075

= 102.8

≈ 103

Tambah 10% mengambil kira data terpencil

s = 103 + 10.3

= 113.3

≈ 114

Page 12: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

Pengiraan saiz sampel untuk kajian ini dibuat dengan menggunakan formula Krejcie’s dan

Morgan. Saiz sampel minimum yang akan digunakan dalam kajian ini adalah 103 orang.

Selepas mengambil kira 10% kadar data terpencil, jumlah sampel yang diperlukan secara

keseluruhannya adalah 114 orang responden.

4.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang telah

digabungkan menjadi empat bahagian (Lampiran A). Bahagian A borang soal selidik ini

adalah berkaitan data demografik responden, Bahagian B terdiri daripada daripada Indeks

Harapan Herth yang mengandungi 12 item. Borang soal selidik ini mempunyai

kebolehpercayaan Cronchbach’s alpha 0.97 (Herth 1992) yang menggunakan kaedah skala

Likert. Bahagian C pula menggunakan borang soal selidik Multidimensional Scale of

Perceived Social Support (MSPSS) yang telah diterjemah kedalam Bahasa Malaysia. Borang

soal selidik ini menunjukkan konsistensi dalaman yang tinggi (Cronbach’s alpha = 0.89),

kebolehpercayaan selari (0.94) dan kebolehpercayaan uji-menguji semula (0.77) dan

Spearman’s rho, p < 0.01 (Ng et al. 2010). Borang soal selidik ini mengandungi 12 item

soalan yang menggunakan kaedah skala Likert untuk mengumpul data.

Manakala bahagian D pula terdiri daripada borang soal selidik Depression, Anxiety

and Stress Scale-21 Items (DASS-21). Borang ini mengandungi 21 soalan dan terbahagi

kepada tiga domain, dengan setiap domain mempunyai tujuh soalan. Borang BM DASS-21

telah dibuktikan mempunyai sifat psikometrik yang baik dalam populasi klinikal dan bukan

klinikal. Ujian kebolehpercayaan ke atas soalan-soalan dalam BM DASS-21 menunjukkan

nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi, di mana nilai-nilai untuk kemurungan (0.84), kerisauan

(0.74) dan tekanan (0.79) (Ramli et al. 2007).

Page 13: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

4.6 Kerangka metodologi

Rajah 4.1 Carta aliran tatacara kerja

4.7 Pertimbangan etika

Kajian ini akan dijalankan setelah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika

Penyelidikan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Etika

Fakulti Sains Kesihatan. Selain daripada itu, kebenaran untuk menjalankan penyelidikan juga

diminta dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia serta Pengetua Sekolah Tunas

Bakti (LAMPIRAN B). Persetujuan daripada responden juga diperlukan sebelum kajian

bermula (LAMPIRAN C). Responden akan diberi penjelasan dan pengenalan mengenai

kajian, dan mempunyai hak untuk menarik diri daripada kajian ini. Responden akan diminta

untuk mengisi borang persetujuan dan juga borang sosiodemografik. Kesemua maklumat

yang diberikan oleh responden adalah sulit dan dirahsiakan, dan hanya akan digunakan untuk

tujuan penyelidikan sahaja, kecuali ia dikehendaki oleh undang-undang (LAMPIRAN D).

Penyediaan dan pembentangan kertas cadangan dan borang soal selidik

Memohon kebenaran etika penyelidikan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Mendapat surat kebenaran untuk melakukan soal selidik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka serta Pengetua Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh

Persampelan data dimulakan

Data-data yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam perisian statistik PASW 18 untuk dianalisis

Penulisan dan pembentangan tesis

Page 14: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

4.8 Kaedah analisis data

Data yang akan diambil menerusi borang soal selidik akan diproses dan dianalisis dengan

menggunakan program Predictive Analytical Data SoftWare (PASW) versi 18.0. Berdasarkan

metodologi kajian, subjek perlu mengisi borang soal selidik dan penyelidik perlu memastikan

segala maklumat yang diisi dalam borang tersebut adalah lengkap agar isu kehilangan data

tidak berlaku. Data akan dianalisis berdasarkan objektif kajian yang ditentukan. Bagi objektif

pertama, iaitu menentukan tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih

secara keseluruhan, ujian analisis yang akan digunakan adalah ujian analisis deskriptif.

Analisis korelasi Pearson akan digunakan untuk menentukan hubungan diantara emosi dan

persepsi terhadap masa hadapan ke atas sokongan sosial yang diperolehi dalam kalangan

remaja bermasalah. Selain itu, ujian t-tidak bersandar akan digunakan bagi menentukan

perbezaan persepsi terhadap masa hadapan dan sokongan sosial berdasarkan faktor

sosiodemografik dalam kalangan pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka. Dan,

analisis MANOVA akan digunakan bagi menentukan perbezaan antara kemurungan,

kerisauan dan tekanan berdasarkan ciri sosiodemografik.

Page 15: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

5.0 CARTA GANTT

Tugas Penyelidikan / Unjuran

masa Sesi 2012/2013

Sept Okt Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei Jun

Penyediaan proposal

Permohonan etika

penyelidikan

Tinjauan kepustakaan

Persampelan

Pengumpulan data

Analisis data

Penulisan disertasi

Bab 1: Pengenalan

Bab2: Ulasan Kepustakaan

Bab 3: Kaedah kajian

Bab 4: Hasil Kajian

Bab 5: Perbincangan

Bab 6: Kesimpulan

Hantar disertasi ke program

Pembentangan penyelidikan

Page 16: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

6.0 Rujukan

Al-Gelban, K.S., Al-Amri, H.S. & Mostafa, O.A. 2009. Prevalence of Depression, Anxiety,

and Stress Scale (DASS-42) among Secondary School Girls in Abha, Saudi Arabia. Sultan

Qaboos University Medical Sciences Journal 9(2): 140-147.

Clore, G. L., Schwarz, N., & Conway, M. 1994. Affective Causes and Consequences of

Social Information Processing. Dlm. R. S. J. Wyer, & T. K. Srull (pnyt), Handbook of

Social Cognition, hlm. 323-417. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Cohen, S. & Sherrod, D.R. 1978. When Density Matters: Environmental Control As a

Determinant of Crowding Effects in Laboratory and Residental Settings. Journal of

Population (1):189-202.

Evans, W.N., Cates, W.E., & Schwab, R.M. 1992. Measuring Peers Group Effects. A Study

of Teenage Behavior. Journal Of Political Economy 100(5): 966-991

Flanagen, C.A., Bowes, M.J., Josson, B., Csapo, B., Sheblanova, E. 1998. Correlate of

Adolescent’s Civic Commitment in Seven Countries. Journal of Social Issue 54(3): 457-

475

Forrest, C.B., Tambor, E., Riley, A.W., Ensminger, M.E. and Starfield, B. 2000, The Health

Profile of Incarcerated Male Youths. Pediatrics 105(1): 286-291.

Grootboom, G.A. 2007. How Adolescent Perceived Their Futureand Why: A Crosscultural

Study. Ph.D. Thesis. Faculty of Humanities, University Of The Free State, Bloemfontein.

Holman, B. & Ziendenberg, J. 2006. The Dangers of Detention: The Impact of Incarcerating

Youth in Detention and Other Secure Facilities. The Justice Policy Institute.

http://www.justicepolicy.org/uploads/justicepolicy/documents/dangers_of_detention.pdf

[18 September 2012].

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. 2009. Sekolah Tunas Bakti.

Kamus Pelajar. 2008. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size For Research Activities.

Educational And Psychological Measurement. 30: 607-610

Majed, M.J. 2010. Minda: Mengekang Salah Laku Pelajar.

http://www.metro.com/myMetro/articles (12 Oktober 2011)

Ng, C.G., Amer Siddiq, A.N., Aida, S.A., Zainal N.Z. & Koh, O. 2010. Validation Of The

Malay Version Of The Multidimensional Scale Of Perceived Social Support (MSPSS-M)

Among A Group Of Medical Students In Faculty Of Medicine, University Malaya. Asian

Journal of Pschiatry 3(1): 3-6

Ramli Musa, Mohd Ariff Fadzil & Zaini Zain. 2007. Translation, Validation and

Psychometric Properties of Bahasa Malaysia Version of the Depression Anxiety and

Stress Scale (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry 8(2): 82-89.

Page 17: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

Seltzer, V. 1993. Crosssectional Studies of Adolescent Perception of Their Future. Journal of

Adolescent Research 11(4): 461-482

Seltzer, V. 1993. Crosssectional Studies of Adolescent Perception of Their Future. Journal of

Adolescent Research 11(4): 461-482

Zainudin, S. & Norazmah, M.R. 2011. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat

Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh Melaka. Journal Of

Education Psychology & Counseling. 1:118-146

Page 18: Abstrak - myresearch.jkm.gov.mymyresearch.jkm.gov.my/myresearch/files/1362409447_Proposal.pdf · Bakti Sungai Lereh, Melaka dan perbezaan antara ketiga-tiga faktor berdasarkan ciri-ciri

7.0 LAMPIRAN

a) Instrumentasi yang digunakan

b) Keizinan daripada institusi

c) Borang keizinan untuk subjek

d) Maklumat keterangan subjek

e) Hak harta intelektual