Upload
hoangkien
View
251
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
iii
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan konsep modal insan rabbani menurut al-Qur’an serta
menganalisis pemikiran modal insan rabbani Sa‘id Hawwa dalam karya al-Asas fi al-
Tafsir. Konsep modal insan perspektif al-Qur’an dirungkai dengan mencermati
komponen modal insan yang terdiri daripada jasmani dan rohani, manakala elemen
rohani terdiri daripada unsur fitrah, ‘aql, qalb, ruh, dan nafs. Selanjutnya, definisi
“rabbani” perspektif al-Qur’an diteliti secara analisis tematik. Gandingan konsep modal
insan dengan terminologi “rabbani” memperlihatkan konsep rabbani menjadi ukuran
nilai yang merealisasikan pembangunan modal insan secara holistik. Kajian ini memilih
Sa‘id Hawwa sebagai subjek penyelidikan kerana beliau adalah tokoh murabbi ummah
yang sarat menyalurkan idea-idea pembangunan modal insan rabbani secara kritis dalam
karya-karya beliau. Kajian kualitatif ini menggunakan metode dokumentasi, metode
historis, metode temu bual, dan metode eksplorasi sebagai metode pengumpulan data.
Manakala metode induktif, metode deduktif, metode komparatif, dan metode analisis
teks diguna pakai sebagai metode analisis data. Menyingkap pemikiran Sa‘id Hawwa,
hasil analisis mendapati, terdapat tiga komponen teras pembangunan sewajarnya
dibangunkan bagi melahirkan modal insan rabbani iaitu penerapan keilmuan rabbani,
pengukuhan tarbiah rabbani, dan pembangunan dakwah rabbani. Ketiga-tiga komponen
modal insan rabbani gagasan Sa‘id Hawwa distruktur berdasarkan nas-nas al-Qur’an
yang mengandungi kalimah “rabbani”. Gagasan pembangunan modal insan rabbani
beliau dilihat berupaya membangunkan modal insan secara holistik dan seimbang. Sa‘id
Hawwa turut meletakkan institusi masjid sebagai wahana utama pembangunan modal
insan rabbani dengan mengembangkan fungsi masjid sebagai hab pendidikan yang
memiliki sukatan kurikulum pengajian Islam yang bersepadu, pusat tarbiah rohani, dan
institusi pengkaderan pendakwah.
iv
ABSTRACT
This study discusses the concept of rabbani human capital according to the Qur'an and
analyses the rabbani human capital idea of Sa‘id Hawwa in the work of al-Asas fi al-
Tafsir. The concept of human capital from Qur’anic perspective is expounded by
examining the human capital component which consists of body and soul, while the
spiritual features comprise of fitrah, ‘aql, qalb, ruh and nafs. Additionally the definition
of “rabbani” from Quranic perspective is analysed thematically. The combination of
the concept of human capital with the term “rabbani” shows that the concept of
“rabbani” is the value indicator in actualising human capital development in a holistic
manner. This study selected Sa‘id Hawwa as its subject because he was a murabbi
figure who critically conveyed ideas of rabbani human capital development in his
works. This qualitative study applied the documentation method, historical method,
interview method, and exploration method as methods of data collection, whereas the
inductive method, deductive method, comparative method, and text analysis method
were adopted for data analysis. The analysis found that there are three core components
of development that should be developed to produce rabbani human capital, which are
the application of rabbani knowledge, strengthening rabbani tarbiyah, and the
development of rabbani dakwa. The three components of rabbani human capital as
envisioned by Sa‘id Hawwa were structured on the texts of the Qur’an that contain the
word “rabbani”. The idea of rabbani human capital development is seen as capable of
developing a holistic and balanced human capital. Sa‘id Hawwa also placed the mosque
institution as the main medium for the development of rabbani human capital by
expanding its function as an education hub, with integrated Islamic curriculum, centre
of spiritual tarbiyah and institution for dakwa training.
v
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya
keseluruhannya. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi, kerana dengan
izin-Nya, kajian ini berjaya disempurnakan sebagai koleksi penyelidikan kutub khanah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia
yang dikasihi, Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah, atas kesungguhan beliau
menjalankan penyeliaan, mencurahkan idea dan nasihat, sehingga kajian ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah yang saya kenali,
sentiasa memberikan solusi yang terbaik dalam setiap cabaran yang timbul saat kajian
ini sedang disiapkan. Beliau tidak hanya bertindak sebagai penyelia, malah beliau
adalah murabbi yang mesra, menyemai adab terhadap anak didiknya dengan
keseniannya yang tersendiri. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat seluruh
pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith atas sokongan yang diberikan, iaitu Dr.
Monika @ Munirah bt. Abd Razzak selaku Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff merangkap Pengarah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Prof.
Madya Dr. Ishak Suliaman, Dr. Faisal Ahmad Shah, Dr. Khadher Ahmad, Dr. Sedek
Ariffin, Dr. Thabet Abu al-Haj, dan lain-lain. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima
kasih dititipkan kepada staf Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Puan Norlina yang
sentiasa terbuka menghulurkan bantuan dalam melengkapkan segala keperluan bagi
memudahkan urusan pengajian ini berjalan lancar. Semoga Allah S.W.T mengurniakan
keberkatan dan limpahan rahmat-Nya kepada kita semua.
Penulis turut merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak pengurusan
tertinggi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), khususnya kepada
Pengarah APIUM Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff yang
telah banyak mempermudahkan urusan penulis. Jutaan penghargaan juga ditujukan
kepada Bahagian Ijazah Tinggi APIUM, yang telah membantu penulis
menyempurnakan tesis ini. Termasuk juga pihak pentadbiran Universiti Malaya dan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang telah menaja biasiswa bagi kemudahan
pengajian. Tidak lupa juga kepada tokoh-tokoh penting yang sangat membantu dalam
menyempurnakan kajian ini khususnya kepada anak-anak Almarhum Syeikh Sa‘id
Hawwa, Dr. Mu‘adh Sa‘id Hawwa, Dr. Muhammad Sa‘id Hawwa, dan Dr. Ahmad
Sa‘id Hawwa. Termasuk juga Syeikh Dr. Salah al-Khalidi, Syeikh Prof. Dr. ‘Abd al-
Malik al-Sa‘di, Prof. Dr. Shihhadah ‘Amri, Prof. Dr. Sharaf Qudah, Syeikh Shu‘ayb al-
Arna’ut, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan lain-lain yang telah banyak
membekalkan butir-butir hikmah dan himmah agar terus menggali khazanah ilmu tanpa
kenal erti penat dan jemu. Penghargaan yang tulus juga ditujukan buat seluruh
pengurusan perpustakaan yang menjadi tempat rujukan penulis seperti Perpustakaan
Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya,
Perpustakaan Peringatana Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti
vi
Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Kebangsaan Malaysia,
Perpustakaan World Islamic Science University (WISE) dan Perpustakaan Universiti
Urduniyyah, Jordan, Perpustakaan Negara, dan Perpustakaan Arkib Negara Malaysia.
Ucapan sejambak kasih dan sayang terhadap seluruh ahli keluarga tercinta iaitu
ummi; Jamilah Idris, abah; Es Norasid Mohamed Yasin, ibu mertua; Hashnah Md.
Rejab dan ayah mertua; Abdul Rahim Abdul Hamid. Penulis menyedari, saat melihat
kejayaan si anak, si ibu jualah yang paling gembira tidak terkata, mekar hatinya. Siapa
lagi kalau bukan ummi. Kutitipkan sekalung doa mawaddah buatmu ummi, abah, mak
dan ayah, agar kalian bahagia di dunia akhirat… Penghargaan yang tulus teristimewa
buat isteri tercinta, Nor Siti Hashima Abdul Rahim yang sentiasa menjadi tulang
belakang kepada perjuangan menimba ilmu. Tidak hanya sekadar melayani gelagat
suami dan anak-anak, beliaulah insan yang paling memahami kondisi, yang tidak putus-
putus memberikan perangsang, mendoakan kejayaan, serta berkorban masa dan tenaga,
sehingga kajian ini dapat disempurnakan. Buat anak-anak, Es Nurul Misykah al-‘Ulya,
Es Nurun Nusrah al-Nuha, dan Es Muhammad Fawwas al-Imtiyaz, saat abi berasa lelah
dan penat, keceriaan kalianlah mengisi hati abi bersama-sama girang bergurau senda
menjadi penyejuk mata hati. Tidak lupa juga kepada adik-beradik, kalianlah menjadi
pencetus momentum ke arah menyempurnakan kajian ini, agar kajian ini menjadi
suntikan motivasi kepada kalian untuk terus menimba ilmu hingga ke mercu tertinggi.
Kepada rakan-rakan pengajian yang gigih berusaha, saling bekerjasama, sentiasa
berkongsi ilmu dan kemahiran, berkongsi suka dan duka dalam institusi tarbiah APIUM
sepanjang menyiapkan tesis ini, segunung apresiasi diluncurkan kepada semua, bermula
daripada Dr. Muhammad Arif Yahya, Dr. Hasrul Shuhari, Dr. Amiratul Munirah
Yahaya, Dr. Khairul Naim Che’ Nordin, Dr. Mohd. Sobri Ellias, Dr. Selamat Amir,
Ustaz Hasbullah Salim, Ustaz Shahril Nizam Zulkifli, Ustaz Mohd. Aizul Yaakob,
Ustaz Faiz bin Fadzil, Ustaz Saufil Hadi (pembaiki laptop), Ustaz Sa‘di, Ustaz Khairul
Nazrin, kak Ummu Zainab, dan lain-lain. Buat sahabat-sahabat Jordanisme yang
bersama-sama mengikuti delegasi penyelidikan ilmiah di Jordan yang diketuai oleh Dr.
Ashraf Isyraqi Jamil, jutaan terima kasih turut dihulurkan.
Buat akhirnya, penulis memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan yang
telah dilakukan. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kepada individu-
individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan
kajian sehingga berjaya disempurnakan. Penulis turut mengalu-alukan sebarang
komentar serta cadangan penambahbaikan kajian ini dari semasa ke semasa. Diharapkan
agar kajian ini dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat ke arah
membangunkan ummah rabbani dunia dan akhirat. Semoga usaha kerdil ini mendapat
nilaian yang baik di sisi Allah S.W.T serta diletakkan di mizan amalan soleh yang tidak
terputus pahalanya sehingga ke hari muka.
MUHAMAD ALIHANAFIAH BIN NORASID
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
H/P: 019-3747584
Emel: [email protected]
vii
ISI KANDUNGAN
Abstrak…………………………………………………………………………….. iii
Abstract……………………………………………………………………………. iv
Penghargaan……………………………………………………………………….. v
Isi Kandungan……………………………………………………………………... vii
Senarai Singkatan………………………………………………………………….. xiii
Senarai Rajah…………………………………………………............................... xiv
Senarai Jadual……………………………………………………………………… xv
Panduan Transliterasi………………………………………………………………. xvi
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan…………………………………………………………………. 1
1.2 Pernyataan Masalah……………………………...………………………… 4
1.3 Persoalan Kajian………………………………………….………………... 9
1.4 Objektif Kajian…………………………………………………………….. 10
1.5 Kepentingan Kajian……..…………………...…………………………….. 10
1.6 Definisi Tajuk……………………………………………………………… 11
1.6.1 Modal Insan………………………………………………………... 11
1.6.2 Rabbani…………………………………………………………….. 12
1.6.3 Modal Insan Rabbani………………………………………………. 13
1.7 Justifikasi Pemilihan Tajuk Penyelidikan………………………………….. 13
1.8 Skop dan Batasan Kajian………………………………………...……….... 15
1.9 Ulasan Penyelidikan Lepas……………………………………………….... 16
1.9.1 Kajian Mengenai Modal Insan dan “Rabbani”…………………….. 16
1.9.2 Kajian Mengenai Pemikiran Sa‘id Hawwa………………………... 21
1.9.3 Kajian Mengenai Tafsir Sa‘id Hawwa……………………………... 23
1.10 Metodologi Penyelidikan…………………………………………………... 27
1.10.1 Metode Penentuan Subjek……………………………………..…... 28
1.10.2 Metode Pengumpulan Data………………………………………… 28
1.10.3 Metode Analisis Data…………………………………………........ 31
1.11 Susunan Penulisan………………………………………………………..... 34
viii
BAB 2 : MODAL INSAN RABBANI MENURUT AL-QUR’AN
2.1 Pengenalan…………………………………………………………………. 36
2.2 Sejarah Perkembangan Konsep Modal Insan…………………………...…. 37
2.3 Definisi Konseptual Modal Insan Perspektif al-Qur’an………………….…45
2.4 Komponen Modal Insan……………………………………………………. 48
2.4.1 Jasmani……………………………………………………………... 48
2.4.2 Rohani…………………………………………………………....… 52
2.4.2.1 Fitrah……………………………………………………..… 53
2.4.2.2 ‘Aql………………………………………………………………… 58
2.4.2.3 Qalb…………………………………………………….……….… 68
2.4.2.4 Ruh..……………………………………………………...… 77
2.4.2.5 Nafs………………………………………………………………... 80
2.5 Hubung Kait Komponen Modal Insan dengan Teori Kecerdasan…………. 88
2.6 Definisi Konseptual “Rabbani” Perspektif al-Qur’an……………………... 94
2.7 Pembahagian “Rabbani”…………………………………………………… 108
2.7.1 “Rabbani” Perspektif Matlamat……………………………………... 109
2.7.2 “Rabbani” Perspektif Manhaj……………………………………...… 112
2.8 Modal Insan Rabbani Menurut al-Qur’an……………………………….…. 115
2.9 Kesimpulan………………………………………………………………… 118
BAB 3 : KETOKOHAN SA‘ID HAWWA SEBAGAI MURABBI UMMAH
DAN PENGENALAN KARYA AL-ASAS FI AL-TAFSIR
3.1 Pengenalan…………………………………………………………………. 120
3.2 Biografi Sa‘id Hawwa……………………………………………………... 121
3.2.1 Sejarah Kelahiran dan Latar Belakang Keluarga………………….. 121
3.2.2 Latar Belakang Pendidikan……………………………………….... 123
3.2.3 Hasil Karya……………………………………………………….... 126
3.2.4 Pengembaraan………………………………………………........... 129
3.2.5 Kematian…………………………………………………………… 133
ix
3.3 Ketokohan Sa‘id Hawwa Sebagai Murabbi Ummah…………………….… 135
3.3.1 Sa‘id Hawwa Sebagai Suami dan Bapa………………………….… 136
3.3.2 Sa‘id Hawwa Sebagai Pelajar dan Pendidik……………………….. 142
3.3.3 Sa‘id Hawwa Sebagai Ahli Ibadah………………………………… 147
3.3.4 Sa‘id Hawwa Sebagai Pemimpin Gerakan Islam………………….. 152
3.3.4.1 Sejarah Ringkas Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin di Syria... 153
3.3.4.2 Penglibatan Sa‘id Hawwa dalam Gerakan al-Ikhwan
al-Muslimin………………………………………………… 156
3.3.4.3 Gagasan Pembangunan Modal Insan Rabbani (Ihya’
al-Rabbaniyyah)……………………………………………. 167
3.3.5 Sa‘id Hawwa Sebagai Mufasir Abad Moden……………………….170
3.4 Pengenalan Karya al-Asas fi al-Tafsir………………………………………….. 174
3.4.1 Sejarah Penghasilan Karya al-Asas fi al-Tafsir……………………. 176
3.4.2 Sumber Penulisan Karya al-Asas fi al-Tafsir…………………………. 181
3.4.2.1 Sumber Primer daripada Karya Tafsir Muktabar…………...182
3.4.2.2 Sumber Sekunder daripada Karya-karya Lain……………... 190
3.4.3 Ciri-ciri dan Keistimewaan Karya al-Asas fi al-Tafsir………………. 194
3.4.4 Tujuan dan Objektif Penulisan Tafsir……………………………… 195
3.4.5 Gaya Persembahan Karya al-Asas fi al-Tafsir………………………... 197
3.4.5.1 Gaya Persembahan Terhadap Surah-surah………………… 197
3.4.5.2 Gaya Persembahan Terhadap Ayat-ayat dalam Satu Surah.. 201
3.4.6 Teknik Penulisan Karya al-Asas fi al-Tafsir………………………….. 203
3.5 Kesimpulan………………………………………………………………… 207
x
BAB 4 : KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN RABBANI DALAM
AL-ASAS FI AL-TAFSIR
4.1 Pengenalan……………………………………………………………….… 210
4.2 Konsep Umum Pembangunan Modal Insan Rabbani Sa‘id Hawwa………. 210
4.3 Penerapan Keilmuan Rabbani (Thaqafah Rabbaniyyah)…………………... 216
4.3.1 Pengajian Usul yang Tiga (al-Usul al-Thalathah)………………….220
4.3.2 Pengajian Asas Manhaj Islam (al-Asas fi al-Manhaj)……………... 223
4.3.3 Pengajian Teori dan Amali Islam………………………………….. 227
4.3.4 Pengajian Berkaitan Gagasan Pembinaan Dai Rabbani…………… 229
4.3.5 Pengajian Tasawuf……………………………………………….… 232
4.3.6 Pengajian Bahasa Arab…………………………………………….. 233
4.3.7 Pengajian Sejarah dan Cabaran Islam Kontemporari……………… 235
4.3.8 Mekanisme Penerapan Thaqafah………………………………….. 238
4.4 Pengukuhan Tarbiah Rabbani (Tarbiyah Rabbaniyyah)………….....…….. 242
4.4.1 Komponen Pembangunan Akhlak……………………………….... 246
4.4.2 Komponen Pembangunan Spiritual…………………………….….. 253
4.4.2.1 Tadabbur Al-Qur’an…………………………………….…. 254
4.4.2.2 Zikrullah dan Selawat…………………………………….... 258
4.4.2.3 Qiamullail dan Solat Sunat……………………………….... 262
4.4.3 Mekanisme Pengukuhan Tarbiah…………………………………... 266
4.5 Pembangunan Dakwah Rabbani (Da‘wah Rabbaniyyah)…………………. 272
4.5.1 Memberi Nasihat…………………………………………….…….. 274
4.5.2 Menyumbang Khidmat…………………………………………….. 278
4.5.3 Melaksanakan Tuntutan Fardu Ain dan Fardu Kifayah………….... 284
4.5.4 Mekanisme Pembangunan Dakwah............................................. 289
4.6 Kesimpulan………………………………………………………………… 294
xi
BAB 5 : ANALISIS PEMIKIRAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
RABBANI SA‘ID HAWWA
5.1 Pengenalan…………………………………………………………............ 297
5.2 Analisis Konsep Umum Pembangunan Modal Insan Rabbani Sa‘id
Hawwa……………………………………………………………………... 297
5.3 Penerapan Thaqafah Rabbaniyyah………………….…………………………... 303
5.3.1 Pemantapan Fikrah Islam yang Tulen……………………………....304
5.3.2 Pembudayaan Ilmu Berpaksikan Hujah………………………….… 310
5.3.3 Pemurnian Kefahaman Mazhab Akidah dan Fiqh…………………. 314
5.3.4 Pembentukan Kefahaman yang Sahih untuk Beramal……………... 322
5.3.5 Penaakulan Bahan Bacaan Secara Cermat…………………………. 328
5.3.6 Penguasaan Thaqafah Islamiyyah Secara Komprehensif………….. 333
5.4 Pengukuhan Tarbiyah Rabbaniyyah…………………………..…………… 337
5.4.1 Penyemaian Akhlak Hizb Allah dan Akhlak Ribbiyyun…………….. 338
5.4.2 Pengamalan Tasawuf Murni yang Melahirkan Jiwa Aktivisme
(Haraki)……………………………………………………………. 343
5.4.3 Keperluan Bimbingan Murabbi (al-Wali al-Murshid)……………... 347
5.4.4 Pengamalan Wirid Secara Konsisten………………………………. 356
5.4.5 Penghidupan Majlis Zikir dan Selawat…………………………….. 361
5.5 Pembangunan Da‘wah Rabbaniyyah……………………….……………… 368
5.5.1 Pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar………………………… 369
5.5.2 Penyaluran Khidmat bagi Menyuburkan Semangat Muhibah……... 373
5.5.3 Pemerkasaan Gerak Kerja Berpasukan (‘Amal Jama‘i)…………… 378
5.5.4 Perencanaan dan Keorganisasian (al-Takhtit wa al-Tanzim)……… 384
5.6 Mekanisme Pembangunan Modal Insan Rabbani………………………..... 390
5.7 Kesimpulan………………………………………………………………… 396
xii
BAB 6 : KESIMPULAN DAN SARANAN
6.1 Pendahuluan……………………………………………………………….. 400
6.2 Kesimpulan dan Dapatan Kajian…………………………………………... 400
6.2.1 Modal Insan Rabbani Menurut al-Qur’an………………………….. 401
6.2.2 Ketokohan Sa‘id Hawwa Sebagai Murabbi Ummah dan
Pengenalan Karya al-Asas fi al-Tafsir……………………….…...... 404
6.2.3 Konsep Pembangunan Modal Insan Rabbani dalam al-Asas fi
al-Tafsir…………………………………………………………………... 409
6.2.4 Analisis Pemikiran Pembangunan Modal Insan Rabbani Sa‘id
Hawwa……………………………………………………………... 412
6.3 Saranan……………………………………………………………………... 419
BIBLIOGRAFI....................................................................................................... 422
LAMPIRAN............................................................................................................ 450
xiii
SENARAI SINGKATAN
Ibid. : Ibidem: Rujukan sebelum
Dr. : Doktor Falsafah
Prof. : Profesor
H : Hijrah
M : Masihi
m. : Meninggal dunia
S.W.T : Subhanahu wa Ta‘ala
s.a.w : Salla Allah ‘alayh wa Sallam
r.a : Radiya Allah ‘anhu
a.s : ‘Alayh al-Salam
terj. : Penterjemah
no. : Nombor
t.t. : Tanpa tahun
t.tp. : Tanpa tempat penerbit
t.p. : Tanpa penerbit
ed. : Editor, penyunting, atau pentahqiq
cet. : Cetakan
et al. : et alibi: Pengganti nama penulis-penulis selain penulis
pertama
Ph.D : Doctor of Philosophy
PAS : Parti Islam Se-Malaysia
AMANAH : Parti Amanah Negara
AMNM : Amar Makruf Nahi Mungkar
KPI : Key Performance Indicator
RMK : Rancangan Malaysia Ke-
NGO : Non-Governmental Organization
SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
MRSM : Maktab Rendah Sains Mara
IQ : Intelligence Quotient
EQ : Emotional Quotient
SQ : Spiritual Quotient
PBB : Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
ILIM : Institut Latihan Islam Malaysia
PLKN : Program Latihan Khidmat Negara
SIS : Sister In Islam
LGBT : Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender
xiv
SENARAI RAJAH
Rajah 2.1 Modal Insan Perspektif al-Qur’an
Rajah 2.2 Hubung Kait Komponen Modal Insan dengan Teori Kecerdasan
Rajah 4.1 Manhaj Thaqafah Rabbaniyyah Gagasan Sa‘id Hawwa
Rajah 4.2 Manhaj Tarbiyah Rabbaniyyah Gagasan Sa‘id Hawwa
Rajah 4.3 Kesinambungan Operasi Khidmat Menurut Sa‘id Hawwa
Rajah 4.4 Manhaj Da‘wah Rabbaniyyah Gagasan Sa‘id Hawwa
Rajah 4.5 Struktur Pembangunan Modal Insan Rabbani dalam Madrasah Ihya’
al-Rabbaniyyah
Rajah 5.1 Kesinambungan Ilmu Menurut Sa‘id Hawwa
Rajah 5.2 Konsep Penguasaan Thaqafah Secara Komprehensif oleh Sa‘id Hawwa
Rajah 5.3 Pengembangan Fungsi Masjid ke Arah Tajdid Menurut Sa‘id Hawwa
Rajah 6.1 Turutan Pembangunan Modal Insan Rabbani Gagasan Sa‘id Hawwa
xv
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1 Konsep Modal Insan Rabbani Menurut al-Qur’an
Jadual 5.1 Konsep Umum Pembangunan Modal Insan Rabbani Sa‘id Hawwa
Jadual 5.2 Komponen Pembangunan Akhlak Menurut Sa‘id Hawwa
xvi
PANDUAN TRANSLITERASI
a. Konsonan
No.
Huruf Arab
Huruf Rumi
Contoh
Tulisan Arab Tulisan Rumi
1. ’(a,i,u) al-qira’ah
2. b ba‘atha
3. t taba
4. th thabata
5. j ja‘ala
6. h halaba
7. kh khalaqa
8. d dafa‘a
9. dh dhahaba
10. r raja‘a
11. z zayana
12. s sami‘a
13. sh shafa‘a
14. s sa‘ada
15. d damana
16. t tabakha
17. z zahara
18. ‘(a,i,u) ‘alima
19. gh ghafara
20. f fahima
21. q qala
22. k kana
23. l la‘iba
24. m mana‘a
25. n nama
26. w wa‘ada
27. h hadama
28. y ya‘lamu
xvii
b. Vokal Panjang
No.
Huruf Arab
Huruf Rumi
Contoh
Tulisan Arab Tulisan Rumi
1. a qala
2. u burika
3. i iman
c. Vokal Pendek
No.
Huruf Arab
Huruf Rumi
Contoh
Tulisan Arab Tulisan Rumi
1. A nasara
2. I nusira
3. U yansuru
d. Diftong
No.
Huruf Arab
Huruf Rumi
Contoh
Tulisan Arab Tulisan Rumi
1. Aw awwab
2. Ay ayyam
3. Iy iyyaka
Catatan:
Istilah sesuatu perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Arab tetapi telah
menjadi sebutan bahasa Melayu dieja mengikut perkataan bahasa Melayu seperti
perkataan “dakwah”, “al-Quran”, “akidah”, “syeikh”, dan lain-lain.