3
Adalah penting untuk kita mengambilkira faktor budaya, sosial dan politik dalam perspektif sejarah untuk memahami sifat pembahagian sosial, konflik, identiti dan keamanan. Sebagai contoh, isu keterasingan (compartmentalization) dan kelangsungan etnik (ethnic survival) boleh mencetuskan konflik etnik. Kurikulum kebangsaan yang dilaksanakan di sekolah sememangnya memberi penekanan kepada betapa pentingnya nilai dan norma yang menggalakkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pendekatan terarah melalui pengenalan mata pelajaran khusus seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Sejarah serta disokong melalui kaedah penerapan nilai merentas kurikulum merupakan usaha Kemeneterian Pelajaran Malaysa menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dan perpaduan kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti sistem pendidikan negara. Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa. Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan

Adalah penting untuk kita mengambilkira faktor budaya

Embed Size (px)

Citation preview

Adalah penting untuk kita mengambilkira faktor budaya, sosial dan politik dalam

perspektif sejarah untuk memahami sifat pembahagian sosial, konflik, identiti dan

keamanan. Sebagai contoh, isu keterasingan (compartmentalization) dan kelangsungan

etnik (ethnic survival) boleh mencetuskan konflik etnik. Kurikulum kebangsaan yang

dilaksanakan di sekolah sememangnya memberi penekanan kepada betapa pentingnya

nilai dan norma yang menggalakkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Pendekatan terarah melalui pengenalan mata pelajaran khusus seperti Pendidikan

Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Sejarah serta disokong

melalui kaedah penerapan nilai merentas kurikulum merupakan usaha Kemeneterian

Pelajaran Malaysa menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dan perpaduan

kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti sistem pendidikan negara.

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia

negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui

pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar. Usaha ini

bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara

Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap

Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa.

Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia

membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana

manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman

Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis

dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk

meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan

pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat dengan kaedah ‘chalk and talk’

malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang

dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan

Patriotisme di peringkat sekolah.

Pendidikan sejarah adalah wajar ditekankan dalam diri individu yang mana melalui

kesedaran terhadap kepentingan pendidikan sejarah ini mampu melahirkan individu

yang cintakan tanah air. Pertamanya kita dapat lihat bagaimana melalui pemahaman

terhadap nilai sejarah akan memberi banyak pengajaran serta pedoman untuk kita

menghadapi masa kini yang penuh dengan berbagai cabaran yang kian mencabar

dengan peningkatan teknologi dan sebagainya telah membuka jalan kepada

penyerapan anasir-anasir luar masuk dengan mudahnya yang dapat mengakibatkan

jatuh bangunnya sesebuah negara. Melalui pemahaman terhadap nilai sejarah juga

individu dapat menyelami susah payahnya pejuang-pejuang terdahulu dalam

membebaskan negara daripada dibelenggu penjajahan Inggeris yang menduduki

negara kita sebelum 1957. Dengan itu, perkara ini mampu untuk mewujudkan satu rasa

penghargaan dalam diri kita terhadap keperitan mereka yang berjasa demi kebebasan

generasi terkemudian iaitu kita. Akhirnya ini, dapatlah diyakini dengan pendidikan

sejarah kita mampu untuk melahirkan anak-anak Malaysia yang besar jiwanya dengan

kecintaan terhadap negara mereka ini.

Bagi menjana satu sistem pendidikan yang berkualiti, maka kurikulum yang dihasilkan

perlu relevan dan dinamik dengan kehendak semasa disamping turut mengambil kira

keperluan-keperluan masa akan datang. Ini adalah perlu kerana budaya pendidikan

semasa mempunyai kaitan lansung dengan segala bentuk perubahan yang melibatkan

struktur sosial, ekonomi, dan politik di dalam negara mahupun di seluruh dunia.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, kurikulum perlu

memberi penekanan kepada aspek perpaduan untuk mengekalkan social cohesion

(kejeleketan sosial). Di samping itu, kurikulum juga perlu menyemai semangat

patriotisme dan semangat cintakan negara dikalangan semua lapisan masyarakat. Ini

secara lansung menjamin pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan seterusnya

melengkapkan agenda pembangunan negara.