99
ADAT ISTIADAT MELAYU Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co- existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan. Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentingannya Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

ADAT ISTIADAT MELAYU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Citation preview

Page 1: ADAT ISTIADAT MELAYU

ADAT ISTIADAT MELAYU

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar

seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam

pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam

dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan

adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang

bertentangan tapi terus diamalkan.

Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentingannya

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya

mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim

sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami

khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah

budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia

adalah konsep yang saling bergantung dan sama.

Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan

sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu

pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan

dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan

sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk

perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Page 2: ADAT ISTIADAT MELAYU

Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat

dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya.

Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap

iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden,

ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh

berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah

kita katakan adat sebagai budaya yang asal.

Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia

pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah

untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi

rakyat majmuk yang bersifat seragam.

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia

juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai

latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai

latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia

pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza

dari segi adat dan budaya.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.

Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.

Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi

lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks

Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan,

cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang

perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah

jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti “undang-undang adat”,

“mahkamah adat”, “ketua adat” dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di

Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa

Page 3: ADAT ISTIADAT MELAYU

dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan

perlaksanaanya suatu ketika dahulu.

Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu

bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu

berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia.

Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang

mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah

sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga

masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep

merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.

Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan

bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan

pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan

cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil

Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu.

Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang

besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi

adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha

dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang

diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini

diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam

period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah

melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Page 4: ADAT ISTIADAT MELAYU

Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu

dahulu.

Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu

juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat

Melayu bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu

yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat

lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan

Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun

sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan

Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat

Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun

masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang

dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu

mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang

sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam

yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja

pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan

dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu

dan Buddha ketika itu.

Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu

pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi

masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu

Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed

Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu.

Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang

Page 5: ADAT ISTIADAT MELAYU

beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini

menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.

Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang

Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat

Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang

bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat

Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-

adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan

pengamalanya.

Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,

seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat

ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya

merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.

Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika

seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan

iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur

rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari

ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal

bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran

Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.

Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran

seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga

golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup

didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan

Page 6: ADAT ISTIADAT MELAYU

didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal

dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan

manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi

maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang

dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang

menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan

mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.

MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan  ia juga

merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada

perkataan ‘aisthetikos’ yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada

perkataan ‘aisthannesthai’ yang bermaksud ‘to perceive’ (tanggapan). Estetika

merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar

sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian

estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang

indah.

            Fry dalam artikelnya An Essay In Aesthetics dalam buku Morris Weitz (1959)

yang berjudul Problems In Aesthetics menyatakan tentang konsep keindahan dalam

seni. Mengikut beliau, sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan

seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat

melahirkan rasa menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) pula,

dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang

keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan

kepada teori lama yang bersifat metal fizikal manakala teori moden yang bersifat

Page 7: ADAT ISTIADAT MELAYU

psikologikal. Baginya, akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu),

malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni

yang halus.

            Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan

yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus

dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah

tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak 

(‘Beauty=truth= the good=the absolute’). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd.

Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang

menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau

menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa

yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai

seni dalam konteks kebudayaan dan keseniaan yang berfungsi memenuhi nilai estetik.

            Menurut Ku Zam Zam  (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,

khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan

timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan

kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau

menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang

indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni  (Ku Zam Zam). Dalam konteks

kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang

keseniaan.

            Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh

pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau

kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang

berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral

yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan

adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks

Page 8: ADAT ISTIADAT MELAYU

ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada

karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika

meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu

kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984

dan Othman Mohd Yatim, 1989).

            Read (1968) dalam bukunya, The Meaning of Art mendefinisikan seni sebagai

usaha untuk mencipta bentuk yang boleh melahirkan rasa kesenangan hati. Mengikut

beliau juga, seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada perasaan yang

dialami oleh pemerhati. Jadi dalam menilai seni, khalayak yang lebih menghayati seni

akan melahirkan satu perasaan suka dan senang pada jiwanya.

            Ku Zam Zam (1984), menjelaskan bahawa keseniaan berkait rapat dengan

budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang

melahirkan keseniaan ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa.

Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaanya yang tersendiri

berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Keseniaan merupakan

pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya

ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang

dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa

dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali

sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.

            Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat

diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri

yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan

kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen rekabentuk seperti

warna,bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk

Page 9: ADAT ISTIADAT MELAYU

penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu.

Idea yang dimaksudnya disini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran,

imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan

sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan eleman reka bentuk

yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa

yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imiganasi. Hal ini

menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur

luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika

menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.

            Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari

sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya

itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara

objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara

subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian

itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu

dengan individu yang lain.

            Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan

seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud ‘Allah Itu Maha Indah, Dia

Sukakan Keindahan’. (Hadis Muslim). Ciri utama keseniaan Islam ialah keindahan, iaitu

sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang

dihasilkan oleh orang Islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang

naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni Islam adalah jenis yang rumit dan dikenal

sebagai ‘arabesque’ (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri

daripada beraneka bentuk seperti geometrik, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga

kaligrafi (Othman Mohd. Yatim, 1989).

MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Page 10: ADAT ISTIADAT MELAYU

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan  ia juga

merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada

perkataan ‘aisthetikos’ yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada

perkataan ‘aisthannesthai’ yang bermaksud ‘to perceive’ (tanggapan). Estetika

merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar

sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian

estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang

indah.

            Fry dalam artikelnya An Essay In Aesthetics dalam buku Morris Weitz (1959)

yang berjudul Problems In Aesthetics menyatakan tentang konsep keindahan dalam

seni. Mengikut beliau, sesuatu objek yang dicipta untuk menimbulkan kesan keindahan

seharusnya mempunyai fungsi yang bukan sahaja boleh digunakan tetapi dapat

melahirkan rasa menggembirakan atau menyenangkan hati. Sidi Gazalba (1977) pula,

dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa teori tentang

keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah sejak dahulu lagi dapat dibahagikan

kepada teori lama yang bersifat metal fizikal manakala teori moden yang bersifat

psikologikal. Baginya, akal bukan sahaja memiliki deria fikiran dan kemahuan (nafsu),

malah memiliki deria rasa yang boleh merangsangkan penghasilan dan penilaian seni

yang halus.

            Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan

yang dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus

dan Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah

tentang keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak 

(‘Beauty=truth= the good=the absolute’). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd.

Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang

menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau

Page 11: ADAT ISTIADAT MELAYU

menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa

yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai

seni dalam konteks kebudayaan dan keseniaan yang berfungsi memenuhi nilai estetik.

            Menurut Ku Zam Zam  (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,

khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan

timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan

kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau

menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang

indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni  (Ku Zam Zam). Dalam konteks

kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang

keseniaan.

            Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh

pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau

kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang

berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral

yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan

adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks

ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada

karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika

meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu

kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984

dan Othman Mohd Yatim, 1989).

            Read (1968) dalam bukunya, The Meaning of Art mendefinisikan seni sebagai

usaha untuk mencipta bentuk yang boleh melahirkan rasa kesenangan hati. Mengikut

beliau juga, seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada perasaan yang

dialami oleh pemerhati. Jadi dalam menilai seni, khalayak yang lebih menghayati seni

akan melahirkan satu perasaan suka dan senang pada jiwanya.

Page 12: ADAT ISTIADAT MELAYU

            Ku Zam Zam (1984), menjelaskan bahawa keseniaan berkait rapat dengan

budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur budaya yang

melahirkan keseniaan ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga bahasa.

Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniaanya yang tersendiri

berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Keseniaan merupakan

pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya

ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang

dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa

dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali

sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.

            Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat

diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri

yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan

kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen rekabentuk seperti

warna,bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk

penilaian, keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu.

Idea yang dimaksudnya disini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran,

imaginasi dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan

sesuatu karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan eleman reka bentuk

yang merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa

yang sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imiganasi. Hal ini

menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur

luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika

menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.

            Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari

sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya

Page 13: ADAT ISTIADAT MELAYU

itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara

objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara

subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian

itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu

dengan individu yang lain.

            Bagi masyarakat Islam, menilai keindahan adalah sesuatu yang digalakkan

seperti tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud ‘Allah Itu Maha Indah, Dia

Sukakan Keindahan’. (Hadis Muslim). Ciri utama keseniaan Islam ialah keindahan, iaitu

sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Jarang sekali keindahan yang

dihasilkan oleh orang Islam melahirkan sesuatu bentuk lukisan manusia dan alam yang

naturalistik. Antara seni yang dihasilkan seni Islam adalah jenis yang rumit dan dikenal

sebagai ‘arabesque’ (tumbuh-tumbuhan yang digaya menurut sesuatu stail) yang terdiri

daripada beraneka bentuk seperti geometrik, tumbuh-tumbuhan yang digaya dan juga

kaligrafi (Othman Mohd. Yatim, 1989)

ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

Konsep keindahan Melayu Klasik

Karya sastera memang mempunyai nilai estetik, sama ada tahap tinggi atau bertaraf

rendah. Nilai estetik ini seharusnya dapat menikmati sebagai nikmat ketika membaca,

menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen,

puisi (pantun, syair, gurindam, seloka dan sajak) drama dan sebagainya ada terselit

nilai-nilai estetika dan keindahan.

Secara umumnya perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang

membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus

Page 14: ADAT ISTIADAT MELAYU

lagi membawa maksud ‘kepekaan’ manusia terhadap sesuatu gaya penulisan. Estetik

juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of perception), iaitu

merupakan istilah estetika yang digunakan untuk  kajian falsafah. Selain itu, estetika

juga membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli falsafah Jerman

bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang

memperkenalkan perkataan aisthetika.

Estetik adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya.

Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat dengan kesenian.

Apabila disentuh tentang keindahan, maka secara langsung akan diperkatakan perkara

berkaitan seni dan kesenian Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh

sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni.

Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan  keindahan. Apabila dilihat dari konsep

yang berkaitan dengan karya, kita dapat mengaitkan unsure ini dengan karya yang

dihasilkan iaitu penghasilan bahasa yang estetik iaitu indah dan berseni. Secara

umumnya, estetika dikaitkan dengan karya seni manusia atau mengenai alam semesta.

 William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan

sifat dasar nilai-nilai non-moral suatu karya seni. Estetika sering diungkapkan sebagai

persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika

tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut

perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang merangkumi bidang ilmiah,

antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman

estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung

pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi,

sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan,

 Selain itu, estetika juga dapat dikaitkan sebagai keindahan yang berdasarkan

penglihatan iaitu seni rupa dan keindahan yang boleh didapati melalui pendengaran

contohnya, muzik. Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang

meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan

intelektual. Estetika sebagai keindahan dan keagungan. Estetika juga merupakan

sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil

Page 15: ADAT ISTIADAT MELAYU

kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika

bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya

seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia.

Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahan

tersendiri seperti rekaan bangunan Menara Petronas, Kuala Lumpur.

Perkataan keindahan atau kata dasarnya indah merupakan salah satu istilah pokok

dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan

budaya Melayu menurut V.I. Braginsky dalam Aminudin Mansor ialah terdapat tiga

aspek yang jelas dinyatakan dalam karya sastera menerusi penggantian perkataan

indah dengan kata yang sama maksud. Menurutnya lagi, keindahan sesuatu karya

sastera dipercayai mampu mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa

penyembuh tetapi akibat daripada keindahan itu lebih penting iaitu manfaat yang

terselindung di sebaliknya. Misalnya, pembaca akan berasa tenang atau sebaliknya

bergantung kepada keadaan jiwa seseorang itu ketika menghayatinya.

Aspek pertama yang akan dibincangkan ialah berhubung dengan asal usul keindahan.

Pengertian indah dipadankan dengan cara tertentu melalui kuasa Tuhan atau kekayaan

Allah. Ianya meliputi kekuasaan Allah mencipta sesuatu yang tidak terbatas. Contohnya

kehadiran pelbagai kehidupan di muka bumi, sistem cakerawala, keindahan alam

semula jadi dan sebagainya sehinggakan yang tidak mampu ditanggapi oleh akal

manusia biasa.

Kedua, estetika Islam juga membezakan keindahan mutlak daripada keindahan

fenomena dengan menggunakan perkataan elok dan indah dalam karya sastera dan

karangan tasawuf Melayu. Manakala, aspek keindahan ketiga ialah estetik atau

keindahan tersembunyi, tetapi bentuk iaitu susunan kata yang baik, makna yang

berlapis-lapis mampu menyerlahkan keindahan sehingga dapat dihayati. Tanpa bentuk

yang baik pasti isi kandungan dalam sesebuah karya tidak mempunyai daya tarikan.

(Aminudin Mansor, 2012).

Estetik dalam Sulalatus Salatin

Page 16: ADAT ISTIADAT MELAYU

Unsur estetik merupakan satu unsur keindahan dalam berbahasa iaitu dengan

memberikan sifat manusia kepada benda lain. Unsur personafikasi yang dapat dilihat

dalam karya Sulalatus Salatin ialah:

“rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala  raja-raja”

                                                          (Muhammad Haji Salleh, 1997: 26)

Dalam ayat di atas, pengarang telah menggunakan kata kerja berarak yang

dilambangkan sebagai unsur personafikasi kepada awan. Awan merupakan kata nama

yang tidak bernyawa, tetapi diberi sifat manusia kepadanya. Unsur ini digunakan untuk

menunjukkan keindahan bahasa.

Penggunaan Bahasa Istana

Tidak dinafikan penggunaan bahasa istana di dalam karya bahasa Melayu Klasik kerap

berlaku berbanding dalam karya Melayu Moden. Watak utama di dalam karya bahasa

Melayu klasik adalah terdiri daripada watak istana yang melibatkan sultan, permaisuri,

anakanda, dayang, pembesar, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, penggunaan

bahasa istana amat diperlukan untuk mewarnai karya sastera tersebut agar lebih

menarik dengan keindahan bahasa istana yang sangat lembut dan berlapik. 

Penggunaan bahasa istana juga diperlukan dalam karya bahasa Melayu klasik bagi

mengisahkan cerita-cerita yang membabitkan keluarga diraja. Perkara ini dapat

dijelaskan lagi menerusi contoh ayat yang dipetik daripada Hikayat hang Tuah yang

dikemukakan oleh Kassim Ahmad yang berbunyi:

Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda itu dengan inang

pengasuh dan dayang-dayang sepertinya. Maka tuan putera Kemala ratna Pelingan

dipeluk cium dan ditangisinya oleh ayahanda baginda.                                                    

(Kassim Ahmad, 1997 :5)

Namun begitu, penggunaan bahasa istana ini kurang digunakan di dalam bahasa

Melayu Moden. Hal ini telah dibuktikan apabila karya yang ditulis menggunakan bahasa

Page 17: ADAT ISTIADAT MELAYU

Melayu Moden kurang menggunakan tema keluarga diraja. Kebanyakan penulis akan

menggunakan tema berkaitan dengan masyarakat moden yang tidak akan dikaitkan

dengan keluarga diraja seterusnya penggunaan bahasa yang indah seperti bahasa

istana tidak dapat dikekalkan dan semakin ditinggalkan oleh masyarakat Melayu

Moden.

 Penggunaan ayat yang panjang juga merupakan salah satu unsur estetik dalam karya

agung iaitu salah satu aspek yang dapat membezakan bahasa Melayu Klasik dengan

bahasa Melayu Moden. Ciri ini boleh dilihat melalui beberapa ayat yang terkandung di

dalam Hikayat Hang Tuah iaitu:

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat

segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakainnya terlalu

indah-indah- rata terang itu pun dengan perhiasannya keemasan-datang mendapatkan

Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna munu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam

pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anaknya besar turun dari keinderaan.

                                                                                           (Kassim Ahmad, 1997: 6)

Contoh ayat di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa yang meleret-leret dalam

Hikayat Hang Tuah. Ayat yang panjang merupakan satu unsur seni bahasa yang

mampu menjadikan sesebuah karya menjadi menarik. Ianya juga dipercayai berpunca

daripada gaya bahasa hiperbola yang biasa terdapat di dalam hasil sastera klasik.

Gaya bahasa hiperbola bermaksud sesuatu perkara itu diceritakan secara berlebih-

lebihan. Tujuan utama penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk menekankan

keistimewaan sesuatu benda atau perkara. Selain itu, penggunaannya juga dapat

meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca kerana melalui penggunaan

hiperbola, pembaca akan dibawa bersama untuk menghayati sesuatu cerita kerana

penggunaan gaya bahasa hiperbola dapat membantu pembaca menghayati sesuatu

peristiwa dengan lebih mendalam. Melalui contoh yang diberi di bawah, jelas kelihatan

daripada keindahan bahasa atau unsur estetik yang digarap oleh pengarang bagi

mewarnai hikayat Hang Tuah menggunakan unsur hiperbola.

Page 18: ADAT ISTIADAT MELAYU

“Segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaian terlalu indah-

indah-rata terbang itu pun dengan perhiasannya keemasan”.

                                                                       (Kassim Ahmad, 1997: 6)

 Selain itu, dalam karya klasik atau karya agung juga turut menggunakan penggunaan

imbuhan ‘nya’ untuk mengekalkan unsur estetik dalam karya. Penggunaan imbuhan

‘nya’ boleh digunakan bagi menggantikan ganti nama yang diulang beberapa kali. Ganti

nama tunjuk atau perkataan-perkataan yang tidak diperlukan boleh diabaikan bagi

tujuan meringkaskan  sesebuah ayat. Penggunaan imbuhan ‘nya’ ini bertujuan

mengelakkan daripada kekerapan menggunakan ayat yang panjang seterusnya

menjadikan karya tersebut suatu karya yang tidak menarik, menyebabkan pembaca

menjadi bosan untuk meminati sesebuah karya. Sebagai contoh ayat yang

menggunakan imbuhan ‘nya’ dalam hikayat Hang Tuah ialah:

Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah

bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang lelaki, terlalu elok rupanya

sikapnya.                                                                                                             (Kassim

Ahmad, 1997: 11)

Berdasarkan contoh ayat di atas, menunjukkan penulis telah mengulang sebanyak

empat kali imbuhan ‘nya’ dalam satu ayat. Ayat tersebut ditulis sebegitu bagi

menjelaskan kepada pembaca bahawa Sang Sapurba mempunyai anak seramai empat

orang. Penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang ini akan menjadikan

sesebuah ayat itu berbelit-belit dan sukar difahami. Keadaan ini menunjukkan bahawa

penulis sangat bijak menggunakan bahasa dan memperlihatkan unsur estetik dalam

karya tersebut. Keindahan karya juga terletak kepada kebijaksanaan penulis untuk

menterjemahkan jalan cerita menggunakan seni bahasa yang dapat menarik minat

pembaca.

MAKNA LUARAN DAN MAKNA DALAMAN

Page 19: ADAT ISTIADAT MELAYU

Mengikut Webster, estetik ialah pembelajaran tentang falsafah kecantikan dan  ia juga

merupakan pandangan luar sesuatu hasil seni (Weitz). Perkataan ini berasal daripada

perkataan ‘aisthetikos’ yang bermaksud sensitif. Perkataan ini berkembang daripada

perkataan ‘aisthannesthai’ yang bermaksud ‘to perceive’ (tanggapan). Estetika

merupakan satu cabang falsafah keindahan, dari sinilah kriteria andaian rupa luar

sesuatu seni dinilai (Beardley, 1966). Kamus Dewan (1979) turut memberi pengertian

estetik sebagai kecantikan, keelokan atau perihal yang menerangkan sesuatu yang

indah.

 Sidi Gazalba (1977) dan Bearsley (1966) turut mengemukakan teori keindahan yang

dikemukakan oleh ahli falsafah metafizikal dan psikologikal oleh Plato, Plotinus dan

Hagel. Mengikut mereka, teori keindahan yang dikemukakan oleh ahli falsafah tentang

keindahan mempunyai persamaan dan kebenaran , kebaikan dan mutlak 

(‘Beauty=truth= the good=the absolute’). Perkara ini telah disokong oleh Othman Mohd.

Yatim (1989), yang turut menyatakan keindahan selalunya dikaitkan dengan rasa yang

menggembirakan, menyenangkan, memuaskan yang baik dan dihargai. Beliau

menambah lagi, sesuatu yang menggembirakan dan menyenangkan biasanya rasa

yang lahir daripada khalayak terhadap objek yang indah, yang dikatakan mempunyai

seni dalam konteks kebudayaan dan kesenian yang berfungsi memenuhi nilai estetik.

            Menurut Ku Zam Zam  (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan,

khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah boleh menyebabkan

timbulnya rasa persatuan yang sejati dengan objek itu sehinggakan melahirkan

kebebasan dan kesempurnaan pada jiwa. Rasa yang menggembirakan atau

menyenangkan itu akan wujud apabila individu itu ditemukan dengan objek-objek yang

indah yang selalunya dikatakan mempunyai seni  (Ku Zam Zam). Dalam konteks

kebudayaan , bidang yang berfungsi memenuhi nilai estetik manusia iaitu bidang

kesenian. Ku Zam Zam (1984) turut menjelaskan bahawa kesenian berkait rapat

dengan budaya kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya. Antara unsur

budaya yang melahirkan kesenian ialah agama dan kepercayaan, adat istiadat dan juga

bahasa. Mengikut beliau, biasanya masyarakat membentuk keseniannya yang

tersendiri berdasarkan pengalaman dan kehidupan yang dilalui. Kesenian merupakan

Page 20: ADAT ISTIADAT MELAYU

pendorong kepada seseorang untuk bertindak dan mengakibatkan berkembangnya

ruang lingkup perasaan seseorang. Dalam menghayati seni, penghasilan seni yang

dapat memberi kepuasan pada deria penglihatan terbahagi kepada dua, iaitu seni rupa

dua dimensi yang terdapat pada seni tekstil, dan seni rupa tiga dimensi yang dikenali

sebagai seni tampak yang terdapat pada seni ukir.

            Dari segi psikologi, keindahan merupakan sesuatu yang dapat dinilai oleh

pancaindera atau deria rasa. Dalam perkara ini, akal memiliki deria rasa fikiran atau

kemahuan (nafsu) dan juga deria rasa. Deria rasa pula mempunyai kepentingan yang

berbeza dengan indera rasa yang lain seperti makanan dan juga undang-undang moral

yang mempunyai kepentingan yang berbeza. Dari segi penilaian pula, keindahan

adalah lebih bersifat ideal yang bukan berkaitan dengan fakta sahaja. Dalam konteks

ini, sesuatu karya atau seni yang indah bukanlah hanya semata-mata terletak pada

karya atau seni itu tetapi ia adalah satu perasaan yang dihayati oleh khalayak ketika

meneliti. Hasilnya, sifat keindahan yang lahir daripada khalayak akan mewujudkan satu

kepuasan dan kesenangan yang dapat disebut sebagai estetika (Ku Zam Zam, 1984

dan Othman Mohd Yatim, 1989).       

            Moore (1942), menyarankan bahawa nilai keindahan sesuatu bentuk itu dapat

diukur melalui dua sudut, iaitu sudut objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, ciri-ciri

yang dinilai adalah seperti bentuk objek atau karya itu. Bentuk karya yang menumpukan

kepada aspek-aspek yang nyata adalah berasaskan elemen reka bentuk seperti warna,

bentuk luar (shape), garis, tekstur, nada dan sebagainya. Selain bentuk penilaian,

keindahan secara objektif juga mengambil kira idea atau isi sesuatu karya itu. Idea yang

dimaksudkannya di sini merupakan gabungan kebijaksanaan daya pemikiran, imaginasi

dan emosi seseorang seniman dalam melahirkan karyanya. Untuk melahirkan sesuatu

karya yang harmoni, pencipta haruslah dapat menyatukan elemen reka bentuk yang

merangkumi warna, bentuk dan tekstur dalam bentuk kesatuan dan dalam masa yang

sama boleh memberi rangsangan kepada emosi, idea dan imaginasi. Hal ini

menggambarkan bahawa bentuk karya yang dilihat secara objektif merupakan struktur

luaran yang berasaskan reka bentuk. Oleh itu, masyarakat dapat menilai nilai estetika

menerusi pancaindera berdasarkan pandangan masing-masing.

Page 21: ADAT ISTIADAT MELAYU

            Keindahan secara subjektif atau berdasarkan struktur dalaman pula diukur dari

sudut kegembiraan yang dirasai hasil daripada khalayak dan penilaian sesuatu karya

itu. Untuk menilai keindahan secara keseluruhan, seseorang perlu melihat secara

objektif karya itu dan juga merasakan keindahan itu secara subjektif. Penilaian secara

subjektif merupakan penilaian yang lebih bergantung kepada objek seni dan penilaian

itu sendiri. Dalam perkara ini, penilaian objek seni adalah berbeza antara individu

dengan individu yang lain.

Sebagai contoh:

“ … Maka dilihatnya seekor pelanduk putih, seperti kambing besarnya, berhadapan

dengan anjingnya. Maka oleh pelanduk itu digigitnya akan anjing kedua itu. Maka anjing

itu pun berteriak keduanya lalu terjun ke dalam sungai itu. Maka pelanduk itu pun

mengusir anjing keduanya. … “ Ya Tuanku Syah Alam, ada patik dengar kata orang

tua-tua patik, jika ada pelanduk putih pada hutan atau barang tempat sekalipun, baiklah

tempat, patut diperbuat negeri; berdaulat negeri, tuanku.”

                                           (Hikayat Hang Tuah : 64)

Petikan tersebut memberi tafsiran secara tersurat (luaran) dan juga tafsiran secara

tersirat (dalaman). Dari segi luaran, teks Hikayat Hang Tuah tersebut memberi makna

bahawa Tuanku terlihat ada dua ekor pelanduk di dalam hutan tempat baginda berehat

menggigit anjing baginda. Selepas digigit, anjing tersebut telah berteriak dan terjun ke

dalam sungai. Kemudian, seorang pembesar tuanku telah menyatakan bahawa, kata

orang tua-tua sekiranya ada pelanduk putih dalam hutan tersebut, itu merupakan

petanda bahawa tempat itu sesuai untuk dijadikan negeri.

Makna dalamannya pula ialah pada ketika Tuanku Syah Alam sedang berehat di bawah

sepohon pokok, Hang Tuah telah mengkhabarkan kepada Tuanku tentang Anjing

pemburuannya yang telah dikalahkan oleh seekor pelanduk putih. Tuanku Syah Alam

tertarik dengan cerita yang disampaikan dan bertanya kepada salah seorang pembesar

tentang peristiwa tersebut. Pada pandangan pembesar, menurut cerita yang di

sampaikan oleh orang tua-tua, jika terdapat seekor pelanduk putih, maka tempat itu

amat sesuai untuk dibuka sebuah negeri. Berdasarkan kepada peristiwa dan pendapat

Page 22: ADAT ISTIADAT MELAYU

yang diberikan oleh pembesar, Tuanku Syah Alam berpendapat, jika dibuka sebuah

negeri, negeri tersebut akan maju dan kuat.

Sulalat al-Salatin

Adikarya Akalbudi Melayu.

Muhammad Haji Salleh

                  

         

Wabihi nasta ina billahi

Walau pun kritikan sastera meletakkan dasar yang rasional untuk penilaian sesebuah

karya namun begitu dalam ruang gerak bidang ini kita dibenarkan merasa ghairah,

merasa terkesan oleh pencapaian besar sebuah adikarya, secara yang istimewa

dan/atau menyentuh diri secara peribadi. Tetapi pembacaan karya sastera adalah suatu

tindakan  yang masih berpijak pada tanah kenyataan yang cukup pejal - tanah  sastera

yang tua dan bertradisi kukuh -- seni  yang bersandarkan bahasa dan pengkisahan.

Maka dengan izin kritikan sastera ini saya  memerikan gumpalan pengalaman saya

sewaktu menikmati sastera Melayu,  mungkin dengan palitan ironi bahawa hal ini saya

lakukan setelah  mempelajari sastera Inggeris, Jepun dan China. Dengan rasa

bahawa  saya sedang berdiri di depan  rimba rahasia fikiran leluhur maka sebagai

seorang pembaca Melayu, betapa pun saya terpisah dari akar ini,  dan juga sebagai

seorang pengarang yang menghadapi pendahulunya, saya berdiri kagum. Inilah

suatu pengalaman bandingan, bukan saja dengan sastera barat tetapi juga dengan

karya-karya timur atau Afrika lainnya.  Pengalaman ini cenderung mengatakan dalam

Page 23: ADAT ISTIADAT MELAYU

seluruh sastera berbahasa Melayu tiada sebuah karya pun yang menawan, mengesan-

ghairahkan seintens Sulalat al-Salatin/ Sejarah Melayu. Saya melalui suatu

pengalaman agung membaca sebuah karya agung, yang sering saya bandingkan

dengan membaca Shakespeare atau Goethe atau Ramayana. Sebuah karya yang baik

kekal lama dalam diri  pembacanya dan  malah bangsa yang menciptanya. Dan yang

dialami bukan saja suatu pengalaman estetik yang sublim tetapi juga pengalaman

perasaan dan akaliah yang bermakna, dan (untuk menggunakan istilah Robert Frost)

`membijaksanakan.’

 Rasa tertawan,  ghairah, dan dibijaksanakan  ini  menyerbu secara serentak, dari

berbagai sudut dan peringkat sekaligus, dan bukanlah suatu kesan yang simpel atau

berdimensi tunggal. Karya-karya besar  seperti Sulalat al-Salatin, mengikut pandangan

Timothy Reiss (1992:5), memberi kepuasan daripada empat sudut, iaitu epistemologi,

estetik, moral dan politik. Kita dipuaskan oleh pemindahan ilmu dan maklumat, oleh

pengalaman keindahan karya itu, kesan kesimpulan moral serta  makna politiknya.

Karya yang lebih besar akan mengesan secara lebih kompleks, tetapi juga lebih

menyeluruh dan kuat.

 

Dari sudut lain pula,  sebagai pengkagum bahasa, saya ditawan oleh  kebolehan Tun

Seri Lanang membancuh bumbu dasarnya untuk menghidangkan kita dengan pesta

bahasa yang nikmat. Sebagai seorang yang mencari sudut pandangan, akar konsep

dan keunikan sastera Melayu maka dalam karya ini  saya dihadiahkan berbagai

bayangan teori sastera oleh mukadimah dan modus operandinya, oleh kata-kata dan

konsepnya. Sebagai seorang penyair dan pengamal sastera saya  bersyukur dapat

contoh unsur-unsur  puisi dan struktur karya yang istimewa. Pemerian dan mot justnya

memuncakkan rasa cemburu saya. Sebagai seorang yang sesekali diminta menulis

tentang kejayaan sastera Melayu karya maka saya melihat Sulalat al-

Salatin sebagai  berada di atas sebuah bukit  besar seni, kerana keunikan dan

keistimewaannya.

Page 24: ADAT ISTIADAT MELAYU

 Dalam mukadimahnya Sulalat al- Salatin, versi awal atau yang dapat disebut versi pra-

Gowa atau Pasir Raja, (untuk mengelak penggunaan nama Shellabear dan Raffles

yang mengedit atau mengumpul, dan nama mereka tidak pula membayangkan tempat

atau negeri penulisannya) yang amat langka dan amat menjelaskan itu, karya

ini  memerikan dirinya sebagai karya yang oleh pengarangnya di`…himpunkan

daripada  segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala…’ Inilah metodologi atau

pendekatan penyelidikan/ pengumpulan yang dipilih pengarang untuk mendapatkan

maklumat dan kisahnya, dan seterusnya menjadi rangka struktur yang membina karya

ini (Tun Seri Lanang, 1997: 4). Sementara itu dalam versi yang dibawa pulang dari

Gowa, atau yang saya namakan versi Batu Sawar, yang sudah ditambah dengan

santun mukadimah sastera Islam-Parsi, sebahagiannyca bercontohkan Bustan al-

Salatin, karya ini dilihat pula sebagai `mutiara segala ceritera dan cahaya segala peri

umpamanya.’ (Abdul Samad, 19798:3). Bahawa karya ini diminta untuk `diperbaiki,’

oleh Yang Dipertuan di Hilir (Raja Abdullah), untuk  dikarang semula,  juga

menyatakan  betapa pentingnya karya asalnya ini.  Inilah karya yang dipenuhi

maklumat tentang berbagai-bagai hal - daripada salasilah hinggalah kepada

peperangan, senibina, adat istiadat serta undang-undang,  yang oleh Reiss disebut

sebagai fungsi epistemologi. Inilah salah satu sebab yang memperakukannya kepada

kepada Raja di Hilir Johor dan seluruh bangsa Melayu pada masa itu dan

seterusnnya  pada masa setelah itu. Dalam tradisi Melayu tindakan ini adalah suatu

tindakan kritikan, dan boleh dianggap sebagai suatu cebisan kritikan sastera awal orang

Melayu terhadap karya ini, yang disanjung sebagai salah sebuah yang terbaik, tersohor

dari antara beberapa karya lainnya. Di dalamnya terbayang bukan saja genius

pengarangnya tetapi juga genius sastera serta bangsa yang menciptanya. Selain

dalam Sulalat al-Salatin, genius ini, pada pendapat saya, terlihat hanya dalam pantun

dan peribahasa Melayu. Malah Hikayat Hang Tuah yang amat traumatis kesannya

kepada bangsa Melayu tidak sekuat atau sedalam kesan atau pencapaiannya.

         

Page 25: ADAT ISTIADAT MELAYU

Walau pun  Abdullah Munsyi jarang positif tentang orang Melayu, tetapi beliau cukup

memuji Sulalat al-Salatin. Jadi terdapat  suatu julat pengiktirafan serta pemujian

terhadap karya, dari zaman kerajaan Johor pasca-Melaka  hinggalah kepada  zaman

Abdullah dan zaman kita hari ini.

         

Merintis Sejarah

Dalam pengenalan kepada Sulalat al-Salatin (1997) ini saya pernah

memeperlihatkan  betapa besar jumlah naskhah karya ini dan hakikat bahawa kita

dapat menemuinya di seluruh dunia, dari Kuala Lumpur ke Jakarta dan  London, dari St

Petersberg ke Leiden dan Manchester. Penyalinan yang begitu sering adalah suatu

cara mengiktiraf karya itu, juga suatu pernyataan kritikan terhadap kenyataan karya.

Komentar sastera di zaman tradisional disebut secara lisan dan malangnya menjadi

senyap setelah kata yang diucapkan itu berakhir. Pada hari ini kita tidak dapat

mendengarnya lagi dan tidak dapat mengutip atau menilainya.

Sementara itu penerimaan terhadap karya ini bukan saja terlihat di dalam negeri sahaja

- di Malaysia dan Indonesia, tetapi kita disedarkan kepada hakikat betapa ramai

peminat  dan pengkajinya yang berasal dari England, Perancis, Belanda, Jerman dan

China.

          Dalam bandingan dengan bangsa-bangsa Melayu orang-orang  Eropah lebih

terbiasa serta teradat untuk menurunkan pandangan dan pendapat mereka tentang

karya-karya sastera mereka sendiri atau yang ditemui luar dari sempadan bangsa dan

Page 26: ADAT ISTIADAT MELAYU

negara mereka.  Oleh yang demikian pegawai-pegawai Inggeris, pengkaji Belanda

serta Perancis, yang datang ke Tanah Melayu dan Kepulauannya sering menurunkan

catatan mereka tentang karya yang merkea sukai. Di antara yang dikagumi mereka

ialah Sejarah Melayu - Sulalat al-Salatin.  Penulis yang terawal mencatat

pendapat  tentang kitab ini ialah Petrus van der Vorm, seorang pelayar Belanda yang

mengumpul dan menerbitkan sebuah perbendaharaan kata Melayu, Collectanea

Malaica Vocabularia of Malaische Woordboekameling (1707-08). Roolvink dalam

(Brown, (1970:xvii-xviii) mengutip beliau,

Finally, it must be said that any one interested in the

Malay language ought to study the work … not only

on account of the language but also because of the

contents which inform us about the descent of the Malay

kings and the princes of the Malay kingdom and the fortunes

of the Malay kingdom till the coming of the Portuguese.

Pengiktirafan kepentingan dari sudut bahasa dan isinya ini diulang atau

disambung  oleh ramai pengkaji lainnya. Ternyata buku ini bukan saja membantu

pembaca menikmati contoh bahasa yang baik tetapi juga sejarah yang cukup lengkap

tentang Melaka dan tanah jajahannya, terutama dalam situasi di mana tiada banyak

buku yang membentang sejarah bangsa Melayu secara menyeluruh.

John Leyden dari England pula  merasa karya ini penting sehingga beliau telah

menyediakan sebuah terjemahan Inggeris untuknya (1821). Raffles telah memberi

pengantar kepadanya, dan buku itu diterbitkan setelah meninggalnya Leyden.

Page 27: ADAT ISTIADAT MELAYU

 Seterusnya  di Perancis, di antara pengkaji yang sebenarnya tidak banyak hubungan

kolonial dengan bangsa Melayu, Dulaurier tidak ketinggalan pula  menyalinnya ke

dalam bahasa Perancis dalam tahun 1849, sebagai sebahagian daripada  Collections

de principales Chroniques Malayes,  Kumpulan Karya-karya sejarah Melayu terpenting

(Paris 1849-1856).  Hans Overbeck, pelayar Jerman, yang juga pernah datang ke Alam

Melayu, telah  mengalihbahasakannya ke dalam bahasa Jerman pada tahun 1938, dan

karya itu dinamakan  Malaiische Chronik, Sejarah Melayu, (1938).  Nampaknya

terjemahan Leyden kurang beredar dan pada pandangan C.C. Brown kurang

memuaskan. Oleh yang demikian beliau telah menterjemahkannya semula, kali ini

berdasarkan naskhah Raffles MS Malay 18 yang tersimpan di Royal Asiatic Society,

London, dan berlandaskan transkripsi Winstedt (1970). Pegawai kolonial  dan pengkaji

yang inign mencari rahsia serta ilmu tentang orang Melayu akan menemuinya di

halamannya. Di sana tergambar bayangan dan contoh cara berfikir, bertindak,  menulis

dan menghadapi  seni yang cukup unik. Di sinilah juga dilihat konsep-konsep

pentadbiran, kerajaan, sejarah, ilmu, diplomasi, kewiraan, agama yang mendasari

bangsa itu, dari awal hingga  zaman pasca-Melaka. Sekiranya dikumpul dan

dicantumkan unsur-unsur ini maka dapat dilihat garis kasar dan halus apa yang

mungkin disebut sebagai ‘jati diri’ bangsa Melayu. Walau mitos berjalinan dengan fakta,

seni bergandingan dengan logika, namun inilah kenyataan bangsa yang berteraskan

cara berfikir dan imaginasinya sendiri. 

          Tun Seri Lanang menulis dari suatu tradisi sastera Melaka yang membawakan

pengalaman dunia luas. Unsur-unsur India sudah sering disebutkan dan agak jelas

kelihatan. Tetapi di samping itu unsur Jawa, Parsi, Arab dan malah Portugis dapat kita

lihat dalam istilah, bahasa, gaya atau struktur penyususnan bab dsb.  Kita dapat

bersetuju dengan Winstedt bahawa pengarang ini mengetahui bahasa-bahasa Jawa,

Arab dan Parsi (1969: 154) Ada bukti yang cukup pejal untuk  pendapat ini. Bahasa

Jawa digunakan dalam geguritan khusus tentang Hang Tuah,  mukadimah jenis Parsi

Page 28: ADAT ISTIADAT MELAYU

digunakan di awal karya dan seterusnya kutipan Arab dari Quran, hadith dan

peribahasa menjadi kebiasaan karya ini.

Tun Seri Lanang adalah seorang manusia yang berilmu dan terdapat beberapa

sudut  kesarjanaan pada tulisan dan pengetahuan beliau. Karya ini sebenarnya adalah

suatu puncak intelektual bangsa Melayu.

 Dalam kehidupannya juga Tun Seri Lanang bukanlah  manusia biasa, tetapi seorang

bendahara yang berat dan besar tanggungjawabnya. Beliau manusia publik, walau pun

dalam bukti karyanya kita lihat juga sudut peribadi yang baik dan halus. Beliau juga lahir

dan wujud pada zaman pasca-Melaka yang cukup canggih, yang tidak sedikit menjadi

manfaat  hubungan istana serta negara dengan negara-negara luar. Semua ini

bercantum untuk menjadikan beliau manusia pengarang yang luar biasa ini.

         

          Genius Tun Seri Lanang dapat ditemui dalam bakat besarnya, dalam tebaran

persoalan yang luas dan tema besar yang universal dan peribadi, julat watak dan

pelakon sejarah yang dimasukkan ke dalam Sulalat al-Salatin  dan akhir sekali bahasa

yang istimewa terlentur untuk berbagai persoalan, suasana dan  situasi.

 

Bakat sebagai dasar Genius

Mungkin dari awalnya lagi Tun Seri Lanang sudah terkenal sebagai orang yang pandai

berkisah, yang mempunyai suara bercerita yang baik dan mungkin juga selalu dirujuk

dalam hal sejarah dan sastera, kerana beliau mengetaui hal-hal ini, berbading dengan

pegawai-pegawai istana lainnya. Bakat sastera beliau pasti sudah terjelma sebelum

beliau dilantik menjadi bendahara. Mungkin sewaktu beliau belasan tahun beliau sudah

selalu mendengar tukang cerita lainnya, cuba mengikut mereka dalam gaya dan

sebutan. Di dunia sastera bertulis juga beliau pasti sudah melihat beberapa orang

Page 29: ADAT ISTIADAT MELAYU

penyalin/pengarang membongkok di atas meja rendah, sambil bersila untuk

menulis/menyalin karya-karya disukai pada masa itu. Beliau pun sudah beberapa kali

mencobanya. Inilah cara biasa seorang anak muda dilatih secara tidak rasmi, dan Tun

Seri Lanang pun kemungkinan besar mengikut alur latihan  yang agak sama. Kerana

untuk menulis di peringkat dan kehalusan karya seperti yang kita saksi pada Sulalat al-

Salatin ini sudah tentu  pengarang ini harus melatihkan diri secara langsung atau tidak

langsung untuk suatu jangka waktu yang cukup panjang. Melihat, mendengar, meniru,

mengucap cerita dan berkisah  adalah cara dia berlatih. Hasilnya menunjukkan bahawa

Tun Seri Lanang adalah seorang yang amat pintar, dan lebih dari itu, adalah seorang

yang bijaksana. Dengan kecerdasan alamiah dan  perasaan halus serta dalam, beliau

telah dapat menangkap dan melukis kembali gerak suara, suasana hati kekasih

dan   kelicikan politik yang mejalar di atas dan di bawah lantai istana. Beliau juga

adalah manusia mulia, bersih, menyanjung dan memperjuangkan manusia dan

masyarakat yang baik dan utuh. Dalam waktu sebelum penyerangan Portugis kita lihat

bagaimana beliau menangkap jaringan tipis korupsi dalam bahagian akhir sejarah

Melaka, yang seterusnya meruntuhkan segala yang baik dan mulia yang telah dibina

oleh beberapa generasi sebelumnya. Manusia ditelan kerakusan dan Bendahara Seri

Maharaja sendiri  terjebak oleh  wang pemberian Raja Mendeliar, yang dewasa ini

dapat kita baca sebagai rasuah. Kata Bendahara, dengan tanpa banyak bicara,

`Baiklah, tuan hamba  memberi hamba, hamba ambil.’ (Tun Seri Lanang,

1977:160).  Kata hati, kemuliaan diri dan maruah seorang bendahara tercicir sewaktu

beliau menerima emas itu. Cerita ini berakhir dengan sedih, kerana cerita ditambah

kepada kenyataan, musuh dikumpul dan rancangan dibesarkan, dan akhirnya

Bendahara dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud kerana dituduh hendak menderhaka.

Gambaranya diturunkan dengan tanpa banyak komentar. Peristiwa dibenarkan oleh

pengarang untuk berhujah sendiri, dengan cara yang malah lebih berkesan. Inilah di

antara pemecah Melaka.

 

Bakat besar sastera ini berintikan keupayaan  menangkap kehidupan, memilih daripada

deretan peristiwa yang panjang dengan wawasan dan mata perenung, dan untuk

Page 30: ADAT ISTIADAT MELAYU

mengolahnya kembali dalam susunan baru di kertas atau suara, dengan bantuan

estetika dan kekuatan bahasanya. Pengarang mempunyai peribadi dan pandangan

yang selalu menilai, dalam maksud akal yang  evaluative - dengan cara langsung atau

tidak langsung. Beliau mengambil ukuran nilai agama dan Melayu sebagai landasan.

Diambil juga istiadat dan peraturan yang digunakan luas sebagai ukuran. Pengarang

menilai dengan kata hati seorang penulis yang sesekali memisahkan dirinya dan berdiri

di luar istana untuk menilai istana itu. Inilah  suatu situasi  yang cukup menyulitkan

sesiapa saja, terutama kerana yang dikisahkan itu aialah leluhurnya sendiri, dan yang

menjadi penaungnya juga adalah rajanya dan mengikut salasilahnya juga bersaudara

dengannya. Namun, nampaknya beliau dapat membebaskan diri daripada raung

keluarga dan terus berperanan sebagai pengarang yang lebih bebas dan lebih

berlandaskan kebenaran dan keadilan - nilai-nilai yang beliau anggap penting untuk

masyarakatnya.

Kata hatinya bukan saja bersifat moralistik tetapi menilai juga di bidang  politik, yang

tampaknya tidak diperkirakan sebagai terpisah dari etika Melayu.  Pandangan beliau

tentang kuasa juga berbagai-bagai, tetapi umumnya berlandasakan  ukuran moral.

Pada suatu sudut beliau menyokong raja yang sah - seperti menyebelah Raja Kasim

yang menjadi nelayan setelah adindanya dipilih menjadi Raja Melaka, kerana beliau

berhak merebut kembali haknya, dan Melaka tidak harus dikuasai oleh Rokan. Namun

demikian  apabila seseorang raja melanggar batas-batas yang dianggap suci maka

beliau membenarkan orang seperti Tun Biajit (Tun Seri Lanang, 1997:157), mangsa

Sultan Mahumud, yang bermukah dengan isterinya, `menimang lembing’ dan memarahi

sultan. Sultan dilukiskan sebagai mengaku kesalahannya:

Maka segala hamba raja itu hendak gusar. Maka titah

baginda,`Jangan kamu sekalian amarah, kerana katanya itu benar.

Sebab sedia salah kita padanya, hukumnya patut dibunuhnya

oleh dia. Hamba Melayu tidak mau durhaka mengubah setianya,

Page 31: ADAT ISTIADAT MELAYU

maka demikian itu lakunya.’

Lukisan tentang Sultan Mahmud yang lama bertakhta itu mempunyai berbagai jalur dan

warna, dibentang dalam berpuluh peristiwa dan perbuatannya. Pada pandangan saya

cara ini melambangkan tandanya Tun Seri Lanang  cukup saksama, dan selalu menilai

dengan kritis.  Sultan Mahmud dihukum seperti dalam episod di atas, atau dalam

episod Tun Fatimah, yang dibunuh ayahnya dan suaminya, dan dia sendiri dipaksa

menjadi isteri kepada sultan. Namun begitu  juga  dia hampir-hampir dipuji di mana

dirasakan perlu, seperti dalam episod setersunya (Tun Seri Lanang: 1997:209)

Ada pun akan Tun Fatimah  terlalu sangat percintaannya akan

bapanya. Selama ia diperisteri  oleh Sultan Mahmud Syah,

jangankan ia tertawa, tersenyum pun ia tiada penah. Maka baginda

turut masyghul, terlalu sangat menyesal diri baginda.

Hatta maka Sultan Mahmud Syah pun membuangkan kerajaan baginda. Maka

anakanda baginda itu, Sultan Ahmad dirajakan

          baginda.

Cukup jelas kelihatan bahawa Tun Seri Lanang  mempunyai piawai keadilan yang

tinggi, dan lebih luas daripada itu mempunyai piawai budaya yang sama tersohornya.

Dia sendiri menjadi lambang seorang manusia yang hidup dalam suatu tamadun yang

bangga dengan pencapaiannya dan yakin pula dengan apa yang dicapainya.

Gaya yang muncul dari keyakinan diri, tamadun dan kematangan peribadi ialah yang

anggun, terhormat dan  mulia.

Page 32: ADAT ISTIADAT MELAYU

 

Walau pun manusia harus dinilai perlakuannya tetapi sebagai seorang pengarang Tun

Seri Lanang melihat bahannya dengan daya imaginasi yang amat subur, yang

membenarkan, dalam lingkungan tradisinya, imaginasi itu mencipta dan menghias,

mencari strategi dan rupa pengkisahan yang berkesan tetapi indah. Dalam tulisannya

tercantum unsur dialognya dengan sastera lama Melayu dan sastera Islam (termasuk

dari India).  Cerita Raja Culan turun ke Aftab al-Ard adalah bayangan imaginasi seorang

genius. Kita harus membacanya bukan sebagai mitos kosong tetapi sebagai alegori

seorang manusia yang sudah menakluki seluruh dunia dan ingin meneroka dunia

lainnya, dan ingin juga terus  menaklukinya. Sementara itu dunia di bawah laut itu

terkurung oleh sempadannya dan hidup dengan nikmat kejahilannya. Raja negeri itu

mendengar dengan  takjub. Setelah diperkenalkan kepada Raja Culan beliau bertanya,

`Adakah dunia lain dari dunia kami ini?’ Dalam soalan Raja Aftab al-Ard terdengar juga

jawapan Hamlet kepada Horatio dalam Hamlet  Shakespeare,`There are more things in

heaven and earth, Horatio,/Than are dreamt in your philosophy.’ Manusia hanya dapat

menguasai atau memimpi secebis kenyataan dan khayalan. Di luarnya dunia dan

cakerawala masih luas. Cerita di bawah laut ini dikayakan imaginasi, diperkuatkan oleh

alegori cakerawala manusia yang tak terbatas. Begitu juga cerita Singapura dilanggar

todak dan kisah Puteri Gunung Ledang diabadikan di peringkat mitos  dan alegori, yang

tidak berjejak kepada kenyataan kasar tetapi berterbangan dengan makna yang lebih

sarwa jagat dan dapat dinikmati oleh berbagai golongan manusia dan zaman.

          Kita telah saksikan bagaimana Tun Seri Lanang amat cekap  menangkap

persoalan besar dalam gerak sejarah yang lebar. Tetapi ada suatu lagi cabang

bakatnya yang sama mengkagumkan, iaitu  menemukan episod kecil  yang membawa

makna besar, yang menyentuh  manusia seluruhnya. Episod begini, biasanya dilakar

dengan cara yang agak sederhana, cukup cepat beralih arus dan berubah jadi

tragedi,  seperti dalam cerita bendahara membunuh diri kerana pintu ditutup sewaktu

dia akan datang mengadap raja. Atau kita dapat lihat episod Raja Zainal Abidin,

saudara Mahmud Syah yang baik paras,`seorang pun tiada taranya pada zaman itu,

Page 33: ADAT ISTIADAT MELAYU

baiknya tiada bercela lagi, kelakuannya pun terlalu baik, sedap manis, pantas, pangas.’

Zainal yang tampan dimusnahkan oleh rupanya sendiri kerana dicintai oleh berbagai-

bagai wanita dan oleh itu sultan  telah murka akan dia. 

 Bakat bahasa

Tun Seri Lanang menganugerahkan `anak cucunya’  sejumlah kata,  baris dan citra,

yang kekal dalam bahasa Melayu (dan imaginasi bangsa ini),  yang diwarisi dariSulalat

al-Salatin. Kata-kata dan frasa seperti `hak rasanya,’ `sebicara’ `kerincangan,’ `junun,’

`gantal dan lekat’ dan `berbuang-buangkan’ memperkayakan khazanah naratif kita.

Kata dan frasa yang tepat menyampaikan maknanya ini pasti diciptakan berkat

bakatnya, dan digunakan dalam adunan situasi serta  keperluan.

Tetapi di antara hal-hal yang  sulit untuk disampaikan ialah perasaan

manusia,  terutama apabila dibentangkan dalam ruang episod yang terbatas. Tetapi

syukurlah kerana Tun Seri Lanang adalah tukang dan ahli dalam seni episod

dan vignette, yang dalam ruang kecil dapat memunculkan  perasaan seseorang watak

dengan cara yang cukup berkesan, bukan saja yang jelas, tetapi juga jaluran-jaluran

temaramnya, termasuk rasa merajuk, jengkel, ironi dan sinis, yang terkenal payah itu.

Misalnya dalam episod Seri Nara al-Diraja dititah untuk menangkap wakil Raja Siam di

Pahang (Tun Seri Lanang , 1997:17-110), yang bernama Maharaja Sura, anak buah

Seri Nara agak tidak sabar kerana ketua mereka masih memburu kerbau liar di tepi

sungai sementara yang diburu sudah jauh ke hadapan. Di suatu pihak mereka takut

tujuan mereka tidak tercapai dan dimurkai Raja Melaka, di pihak lainnya  mereka juga

agak takut dengan ketua mereka yang hadir di pasir dan seperti tidak menghiraukan

titah ini. Cerita berputar kembali apabila kita diberitahu bahawa strategi Seri Nara

Page 34: ADAT ISTIADAT MELAYU

Diraja  yang agak misterius itu cukup berkesan dan Maharaja Sura dapat ditangkap

kerana waktu tindakan disesuaikan dengan tepat sekali. Banyak episod karya ini

adalah  bentangan  halus dan kompleks situasi dan perasaan manusia. Inilah

pencapaian besar Tun Seri Lanang yang mengekalkan seni dan cerita-ceritanya dalam

khazanah anak cucunya.

 

Tebaran Persoalan

         

Seorang pembaca bukan Melayu yang berasal Melaka (dan Johor) akan cepat sedar

akan perspektif karya yang berpusatkan kepada kerajaan Melaka dan bangsa Melayu.

Inilah tumang penting dan karya ini tidak berubah arah atau kesetiaannya walau pun

Melaka telah kalah dan raja mengungsi jauh ke Sumatera. Pandangan dan

kecenderungan dapat kita sebut sebagai etnosentrik, yang berpusarkan bangsanya,

dengan penuh setia dan rasa benar.

Dalam pandangan dan rangka inilah pengarang menakluki aliran  sejarah,

mengabadikan waktu yang bergerak pantas dan cepat menghilang itu. Oleh kerana

bentuknya berlandaskan  sejarah, dan ruang waktu cukup lebar,  bergandingan dengan

ruang geografi yang sama luasnya, maka hal-hal yang dimasukkan ke dalam karya ini

juga amat rencam dan berbagai-bagai.

Oleh itu kita saksikan bahawa pengarang memulakan dari awal lagi - asal usul kejadian

alam, dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan salawat terhadap  nabi Muhammad,

sebelum menyentuh benang salasilah raja-raja Melayu. Setelah permulaan ini  negeri

diperikan pengarang yang memantau bagaimana manusia memulakan masyarakat dan

negeri serta memperkembangkannya. Zaman perkembangannya

memenuhi  sebahagian besar dari karya ini, tetapi beliau tidak lupa untuk memberi

ruang kepada gerak kehancurannya, yang juga harus diketahui pembaca semasa dan

selepas zamannya.

Page 35: ADAT ISTIADAT MELAYU

Dalam berbuat demikian Tun Seri Lanang secara langsung atau tidak langsung

mentakrif bangsa, nilai dan jatidiri Melayu, kerana yang dipersoalkan adalah inti

pergerakan, fikiran, perasaan, hasrat bangsa itu.

Tapi sastera/sejarah memeriksa juga perjalanan kehidupan dan perlakuan manusia.

Sejarah dalam pandangan hidup Tun Seri Lanang dan orang  Melayu tidak hanya

bercerita tetapi juga  menghukum, membuat kesimpulan dan dengan agak langsung,

menilai dan menghukum, dan dengan itu menyampaikan makna moralnya. Pengarang

menggalur asal-usul raja Melayu, daripada Iskandar Zukarnain hinggalah

kepada  Sultan Mahmud di  zaman pasca-Melaka, di Kampar. Sebenarnya pengarang

tidak hanya menurunkan kembali apa  yang diceritakan kepadanya, tetapi sebagai

pengarang yang besar wawasannya beliau masuk ke gelanggang sejarah dan

berdialog  dengan zamannya, dengan nilainya, dengan hasrat dan harapan bangsa itu

dan akhirnya dengan masa depan. Bingkai geografinya ialah Kepulauan Melayu, tetapi

karya ini tidak sempit, kerana segala hubungan bangsa-bangsa di daerah Melayu ini

dengan dunia luar juga dijelaskan dan diperikan, dalam rangka fikiran bahawa inilah

suatu  daerah penting dan hubungan dengan bangsa dan budaya luar yang besar

adalah salah satu syarat untuk menumbuhkannya.

Pengarang karya ini hidup dalam dunia akaliah yang lebar. Yang terkuat adalah agama,

tetapi berserta dengannya terdapat dunia pemikiran   sastera, pentadbiran, undang-

undang dan juga adat istiadat. Pengarang harus mengetahui dengan cukup mendalam

hal-hal begini kerana beliau seorang  yang pasti menjadi rujukan mereka yang ingin

penjelasan, tambahan pula beliau bendahara, intelektual terpenting dalam istana

Melayu di Johor. 

Kita menyebut sebelum ini  bahawa sekiranya dicantumkan berbagai-bagai unsur dan

sudut unik karya ini maka kita akan dapat mengumpul maklumat yang cukup jelas

Page 36: ADAT ISTIADAT MELAYU

tentang  jatidiri Melayu, yang dewasa ini amat dicari, kerana semua bangsa sedang

ditenggelamkan oleh gelombang tsunami  arus penduniaan - globalisasi. Untuk terus

wujud sesuatu bangsa itu  bukan saja perlu wajah dan jasad tapi juga jiwa atau akalbudi

yang mengakarkannya kepada negara, tanah, bahasa dan  budaya. Inilah dunia samar

jatidiri, dan di seblaiknya pula ruang besar akalbudi. Wanita yang dipingit dan diingini

lelaki dan raja, keghairahan beragama, adat istiadat yang menjadi ritual kerajaan,

keprihatinan pegawai dan pemerhati, rasa bangga menggunakan bahasa yang halus

dan patut, pengorbanan untuk Melaka dalam melawan musuh, dan segala perasaan

yang halus bangsa itu - semuanya diperikan dalam berbagai cara, situasi dan  jalur

warnanya.

Dalam jala besar sejarah dan naratif karya ini ditangkap  visi dan mimpi bangsa Melayu,

yang mulanya kecil dan terpisah jauh di sudut pulau dan semenanjung, tetapi akhirnya

disatukan  dan berdiri megah dengan negara-negara lain, termasuk China dan Benua

Keling (sebahagian dari India). Dalam beberapa episod ceritanya mimpi ini

dapat  bermula dari seorang manusia, tetapi akhirnya dikembang sehingga menjadi

mimpi negara, seperti yang kita saksikan pada Tun Perak, Hang Tuah dan Hang

Kasturi.

Suatu hal yang sering kita perhatikan dalam cerita-cerita Sulalat al-Salatin  ini ialah apa

yang dinamakan sebagai `contact and collusion.’ Manusia dipertemukan, berbaik,

bekerja sama, tetapi kadang-kadang berlaku perselisihan pendapat dan arah. Namun

begitu Tun Seri Lanang tidak selalu muram, kerana dalam karyanya sering dicari

penyelesaian antara wataknya. Ini politik dan perasaan manusia, rasa dan kuasa

dibenarkan mengalir bersama.

Namun begitu pengarang memperlihatkan  suatu kesedaran sejarah yang panjang dan

terlibat. Pada dasarnya karya ini adalah sejarah raja-raja Melayu Melaka dan

Page 37: ADAT ISTIADAT MELAYU

jajajahannya, yang dijalinkan melalui sebuah salasilah. Beliau cuba menangkap sejarah

sebagai pengalaman bangsa - yang tidak dilukis hanya sebagai peristiwa kosong, tetapi

dianggap sebagai  hasil langsung dari perlakuan dan  perbuatan manusia itu. Oleh yang

demikian ada akibat dan kesannya.  Jadi setiap peristiwa bermakna, menjadi tangga

kepada suatu rumah makna, dalam  hubungan sebab-akibat yang cukup  penting.

Menyusun peristiwa tidak terpisah daripada perbuatan menyusun makna untuk

dijadikan kesimpulan tentang kehidupan.

Tun Seri Lanang melihat sejarah sebagai seorang moralis Melayu, dengan dasar yang

agak simpel dan diyakini  - perbuatan yang baik akan dibalas baik, dan perbuatan yang

jahat bukan saja akan merosakkan diri seseorang  tetapi juga memusnahkan

negaranya.

          Inilah suatu pendekatan moral terhadap sejarah dan manusia - yang dapat

dipandang sebagai  lebih filosofis and berakar kepada pandangan hidup orang Melayu,

dalam agama-agama Hindu dan Islam.

Rumusan dari pengalaman luas ini terserlah dalam dunia kebangsaan (Melaka),

manusia kebangsaan yang penuh  imaginasi dan perasaan bangga-bangsa. Jatidiri

bangsa  dapat dilihat dalam cara berfikir, cara berperasaan dan cara berbuat.  Bahasa

yang menangkap semua ini bersama membayangkan jatidiri ini pula.

          Yang amat dipentingkan dalam adikarya ini juga ialah kedatangan dan

penyebaran agama Islam di Kepulauan  Melayu, yang bermula di pantai Barat

Sumatera dan seterusnya menyebar hinggalah ke pulau-pulau lainnya.

          Walau pun sejarah pusat dipentingkan, dan inilah sudut pandangan Melaka,

namun ada juga negeri-negeri yang sama kuat seperti Pasai dan Majapahit, yang

diberikan ruang dan  fokus. Oleh yang demikian  kita melihat raja-raja negeri ini  dan

Page 38: ADAT ISTIADAT MELAYU

kejayaannya diberi tempat yang hak.  Pengarang memperlihatkan betapa Melaka

menghormatinya. Misalnya dalam kutipan berikut (Tun Seri Lanang, 1997:61-62)

disebut tentang cara menyambut surat dari Pasai,

          Jikalau seperti surat dari Pasai dijemput dengan selengkap alat

kerajaan - nafiri, nagara, payung putihdua berapit. Gajah dikepilkan

di ujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama, jikalau tuan

muda sekali pun berkirim salam juga.

Apakah dalam baris-baris ini ada sedikit dekonstruksi terhadap pusat, terhadap

pandangan etnosentrik? Sekiranya boleh maka sekali lagi Sulalat al-Salatin juga dapat

dianalisa dari sudut teori terbaru dekonstruksi.

Sebagai kesimpulan, pembaca sedar bahawa Tun Seri Lanang menyukai bukan saja

tema-tema sarwa jagat tetapi juga yang menyentuh hati kecil manusia kerdil. Beliau

prihatin terhadap semua jenis pengalaman, dari yang gembira kepada yang sengsara.

Pergerakan besar mendapat tempatnya di samping yang kecil, tapi bermakna. Dalam

peristiwa dirumus maksud dan makna sejarah. Di akhirnya beliau cuba membayangkan

kemungkin  bangsa, mimpi besar bangsa Melayu,  usaha, kejayaan dan dan

kegagalannya.

Tema-tema Besar

Page 39: ADAT ISTIADAT MELAYU

Sekiranya kita pantau kerja-kerja genius sastera dunia kita akan menemui hakikat

bahawa mereka amat pandai memilih tema, dan dalam pemilihan ini mereka mencari

yang lebih besar dan sarwa jagat sifatnya, yang akhirnya juga melampaui sesuatu

zaman. Persoalan cinta antara dua darjat kita temui dalam Shakespeare melalui Romeo

dan Julia; dalam karya-karya Goethe kita disedarakn kepada  kerumitan kesengsaraan

anak muda yang sedang mengenali hidup. Dr Faustus menghujah makna ilmu  yang

dicari tanpa batas etika. Dalam Ramayana pula kita dibawa ke pentas pertempuran

antara baik dan jahat, serta kesucian seorang wanita. Tema-tema ini diulang kembali

sepanjang sejarah manusia, dalam berbagai bentuk. Oleh yang demikian kita juga

lihat Laila dan Majnun, Love Story, Uda dan Dara dalam tiga buah budaya yang amat

berlainan, dan masih dikarang hari ini cerita yang mengisahkan masalah ini.

          Yang menjadi arus Sulalat al-Salatin  ini ialah gerak nasib manusia dalam

sejarah, gerak naik-turun bangsa, jalur-jalur zaman yang mewarna manusia dan

kerajaan. Maka banyak pula kemungkinan tema penting dilatardepankan. Dan Tun Seri

Lanang tidak melepaskan peluang untuk membentangkan tema sejagat  kerana beliau

merasakan bahawa pengarang yang penting harus dapat menangkap persoalan

penting dalam berbagai situasi  manusia. Oleh yang demikian beliau menggali  makna

dari perselisihan di antara dua kumpulan Melayu, Tun Perak dan Seri Nara al-Diraja,

dan seterusnya sebelum kekalahan Melaka di antara Bendahara  Seri Maharaja dan

Laksamana. Makna mujarad kemenangan dan kekalahan dilukiskan dengan garis besar

serta halus. Yang dialami dalam gelanggang besar sebuah negeri juga digandingkan

peristiwa yang lebih individu sifatnya dengan makna perbadi pengalaman ini.

Tema yang sering diulang dalam Taj al-Salatin  dan Bustan al-Salatin, dan yang sering

merundung kerajaan Melayu - keadilan dan kekejaman - diulang pula dalam adikarya

ini. Dari episod Sang Rajuna Tapa, kepada penjajahan Melaka, dan tidak lupa kepada

sifat maharajalela Sultan Mahmud Syah, kekejaman Melayu dirangkai dalam banyak

bab karya ini.

Page 40: ADAT ISTIADAT MELAYU

          Semua yang saya sebut ini adalah tema besar, agak samar dan mujarad, yang

menarik pengkaji seperti kita. Tetapi Sulalat al-Salatin juga  menangkap imaginasi

pembaca biasa dengan cerita kesetiaan Hang Tuah, dan derhaka Hang Kasturi,

kecantikan Tun Fatimah yang hampir mengorbankan dirinya sendiri,  hak wanita dan

hak orang Aslian  dsb. Sulalat al-Salatin telah memulakan sejumlah tema Melayu dan

juga team sarwa jagat, dan kerana kebenarannya maka pengarang-pengarang

setelahnya, terutama pada kurun kedua puluh, telah merasakan betapa Tun Seri

Lanang  bukan saja berdialog dengan zamannya tetapi juga dengan anak cucunya di

kurun kedua puluh ini. Maka tema-tema ini (dan ceritanya) telah dikitar kembali dalam

berbagai buah buku, drama, sajak dan cerpen. Kepadanya ditambah bakat pengarang

berkenaan dan juga tafsiran khusus dirinya dan zamannya.

 A.Samad Ahmad, yang akhirnya menjadi pengkaji Sulalat al-Salatin yang penuh

dedikasi dan ghairah, menulis buku yang mendapat ilham dari karya sejarah ini, malah

karyanya tersebar luas dan  digunakan di sekolah, misalnya  Laksamana Tun

Tuah dan Zaman Gerhana. Seterusnya dalam bentuk lain kita saksikan Dang

Anum yang mendasarkan ceritanya kepada episod Sang Rajuna Tapa dan Singapura

dilanggar todak. 

Pengarang esei ini sendiri menulis sebuah buku sajak yang diilhamkan oleh berbagai

tema dalam Sulalat al-Salatin. Buku itu berjudul Sajak-sajak Sejarah Melayu.  Tafsiran

penyair dari awal lagi telah  dicantumkan kepada dasar asalnya. Misalnya ditulis

sebuah  sajak pendek yang bermula dengan mengutip dari bab kedua puluh empat,

yang berbunyi seperti berikut: `Maka kata pula Raja Pahlawan, “Lain surat, lain dibaca;

remuk hati di Tanah Pasai, jangan mati di Tanah haru; jikalau dimakan anjing Pasai pun

biarlah sebab sepatah ini.”’

Kepada seseorang penyair persoalan bahasa, kebenaran dan juga kesetiaan terhadap

makna amat penting sekali. Maka dengan ghairah Raja Pahlawan diciptakan sebagai

memarahi sikap Pasai yang tidak menghormati tulisan dalam kiriman Sultan Melaka,

Page 41: ADAT ISTIADAT MELAYU

          cih, pasai yang tiada sayang pada bahasa,

          pada rasa dan hati yang dikandunginya.

          ayat dilengkungkan dengan pembacaan,

          makna dipindahkan kepada kehendak.

          tiada akan besar bangsa

          yang tiada kasihkan bahasanya

          tiada  kebenaran pada manusia

          yang tidak dapat melihat kenyataan.

          biar kusampaikan juga makna surat di sini

          dengan keris dan amuk baru

          kenyataan harus dihantarkan juga

          kepada pasai yang leka.

Bakat besar Tun Seri Lanang tidak sedikit menumbuhkan daunnya di zaman kita ini.

Pengarang moden mengutipnya untuk membawakan makna kontemporer dengan

tafsiran semasa. Inilah yang dilakukan oleh Taufik Ikram Jamil dari Riau  dan akan

dilakukan oleh suatu siri televisyen di Malaysia, yang saya difahamkan, akan terbit tidak

lama lagi.

Page 42: ADAT ISTIADAT MELAYU

          Terjalin dalam tema manusia dan drama hidupnya ialah pemerian istiadat,

undang-undang Melaka  dalam perlaksanaan. Seni bina istana yang melambangkan

kemakmuran dan keunikan Melaka dilukis berus halus (Tun Seri Lanang, 1997,101):

          Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa,

          besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat, kemuncaknya pun

          tujuh.Pada antara itu diberinya berko’. Maka pada segala ko’ itu

          diberi gajah menyusu(dan pada  gaja menyusu)  itu diberinya

          bubungan melintang; sekalinnya bersayap layang-layang dan

          sayap layang-layangnya itu semuanya berukir…

Tapi sayangnya istana ini di terbakar dan dibina kembali suatu kompleks yang lengkap

dan lebih megah. Cukup menarik bahawa istana  itu juga membayangkan simbol

penyatuan jajahan Melaka kerana tukang yang membinanya dibawa dari beberapa

pulau di Selat Melaka dan Sumatera (Tun Seri Lanang, 1997:103):

         

… maka orang  Ungar{an} dan Orang berbuat istana,

          sertanya orang Bentan Karangan beramu akan dia,

          orang Pancur Serapung berbuat balairung, orang Buru

          balai mendapa, orang Syoyar berbuat dia balai itu,

          balai apit pintu yang di kiri itu, orang Sayung berbuat

          dia kandang, orang Apung berbuat dia danu gajah,

          orang Merbau berbuat dia penaggahan, orang Sawang

Page 43: ADAT ISTIADAT MELAYU

          berbuat dia danu permandian, orang Tungkal berbuat dia

danu mesjid, orang Tentai berbuat dia pintu pagar istana, orang Muar berbuat dia kota

wang.

 

 

          Bangsa Melayu adalah bangsa yang ghairah dengan politiknya. Masalah

kekuasaan, siapa yang menjadi raja dan berkuasa, puak dan penyokong menjadi

persoalan abadi. Sulalat al-Salatin  memberi ruang yang luas dan bersambungan

kepada  bentuk dan cara-cara raja dan pegawai mendapatkan kuasa ini dan bergaduh

atau bersatu untuk  mengekalkannya.

          Terjalin rapuh di antaranya ialah masalah hak wanita.Walau sering wanita

dianggap sebagai barang dan hiasan lelaki, namun sesekali hak wanita

dilatardepankan. Biasanya watak-watak yang agak kuatlah yang merebut kuasa ini

kerana jarang sekali kuasa diserahkan oleh lelaki. Tun Fatimah yang menggugurkan

anaknya dengan Sultan Mahmud sebagai protes terhadap kekejaman baginda

membunuh suami dan ayahnya dan memaksanya menjadi isterinya. Tiada protes yang

lebih agung dari meniadakan zuriat dari jurai yang dianggap mulia dan bermula

daripada Iskandar Zukarnain. Akhirnya Sultan telah berjanji akan merajakan anaknya

sekiranya Tun Fatimah terus menjaga kandungannya. Inilah hak yang diperjuangkan

oleh seorang mangsa raja lelaki yang tidak dapat mengekang diri atau perasaannya.

Seterusnya episod Puteri Gunung Ledang juga boleh dibaca sebagai protes wanita

yang biasanya dianggap tidak berkuasa. Dalam permintaan Puteri itu, sebagai

hantarannya disyaratkan darah anak raja sendiri. Apakah ini dapat dibaca sebagai

ejekan raja yang selalu merasakan dia akan mendapat apa saja yang dihajati, dan

begitu kaya dia dapat menyediakan segala-galanya? Pengarang ini seperti berkata

bahawa masih ada orang yang tidak boleh dibeli dan ada syarat yang tidak mungkin

dipenuhkan, walau pun oleh Raja besar Melaka. Kedua-dua peristiwa ini boleh dibaca

sebagai  unsur feminis awal dalam karya Melayu. Sebab itu juga karya ini diperkirakan

besar, kerana banyak hal boleh ditemui di dalamnya, termasuk unsur-unsur yang dapat

Page 44: ADAT ISTIADAT MELAYU

ditafsirkan dari sudut aliran pemikiran terbaru, yang tidak pun terbayangkan oleh

pengarang asalnya.

Beberapa nilai juga mendasari karya ini - kesetiaan rakyat kepada raja, dan janji

bahawa raja tidak mengaibkan rakyatnya, betapa pun besar kesalahannya. Kesetiaan

menemui berbagai wajah dan penyempurnaannya. Pengaiban juga tidak kurang

leluasanya, dari penyulaan anak Sang Rajuna Tapa yang ternyata tidak

bersalah,  hinggalah kepada Tun Fatimah yang menjadi mangsa lelaki.

          Sama pentingnya ialah keadilan. Sering tema ini diulang di sepanjang karya

besar ini, kerana sering pula kebenaran dikesampingkan untuk dibenarkan hasrat atau

kerakusan raja atau pegawainya. Jadi pengarang mengulangkan situasi yang berbagai-

bagai ini untuk menggarisbawahi betapa petingnya nilai ini untuk kelangsungan bangsa,

manusia dan raja serta negeri.

Sulalat al-Salatin juga menyanjung ilmu dan orang berilmu. Dalam sebuah episod

Sultan harus meninggalkan gajahnya dan berjalan  ke rumah gurunya sebagai pelajar

biasa, kerana dalam bidang ilmu tiada yang lebih tinggi dari guru, walau pun dia

seorang sultan negeri yang besar. Begitu juga mereka yang pandai dalam bidang ini

dihormati dan dijadikan `makhdum’, kadhi dsb.

Pembaca (khususnya pegawai)  sering diajar bagaimana menjadi pentadbir yang baik,

suatu lagi masalah yang nampaknya amat mengganggu kerajaan Melayu. Jadi

bendahara dan raja sering berpesan kepada pegawai dan anak cucunya, kadang-

kadang dengan nafas terakhir mereka, supaya berlaku adil kepada rakyat dan terus

menjaga mereka dengan baik, kerana mereka menjadi akar kepada pohon negara.

Tanpa rakyat tidak mungkin wujud raja atau pentadbir.

Page 45: ADAT ISTIADAT MELAYU

Oleh itu nilai-nilai dasar Melayu yang kekal ditekankan. Manusia Melayu diajak

menjadi  manusia moral, berkata hati, berbudi bahasa dan setia membangunkan

negerinya.

 Julat Watak dan Pelakon Sejarah

Sulalat al-Salatin  melibatkan dirinya bukan saja dengan persekitaran alamiah,  tetapi

secara lebih besar lagi dengan manusianya. Karya yang amat peka ini menyusup di

bawah permukaan kata dan perbuatan. Pengarang menyelam masuk ke lautan

kehidupan untuk menggambarkan berbagai-bagai watak dan pelakon sejarah. Beliau

menangkap garis-garis sepunya  manusia, persamaan yang mendalam di antara

mereka. Oleh yang demikian kita dibayangkan dengan bermacam-macam situasi di

mana manusia mengejar kuasa, dan mengatur usaha mengekalkannya dan juga

memberi makna kepada kuasa itu.   Pengarang melihat ke dalam apa yang dipanggil

Reiss (1992:4) sebagai hal-hal kekal lagi mendalam tentang manusia `deep

permanancies of human beings.’

Karya-karya besar seperti Genji Monogatari, Odysseus, Mahabharata serta King

Lear dan La Galigo membawakan sejumlah watak atau pelakon sejarah yang cukup

ramai dan mengesankan. Setiap watak penting ini dilukiskan dengan warnanya sendiri

dan disalut oleh keunikan peribadinya. Inilah yang membuat wataknya kekal dalam

ingatan pembaca serta bangsanya. Demikianlah kita mengingati Odysseus

yang  mengembara jauh dengan keberanian dan kepimpinan. Demikian juga kita

mengingati Genji dan kekasih-kekasihnya. Mahabaharata termuat sarat dengan

perselisihan dua puak yang saling bersaingan dan bermusuh-musuhan. King Lear pula

terkenal kerana bukan saja watak raja itu yang menuntut kasih dari anaknya  dan

merajuk setelah tidak tercapai tujuannya, tetapi juga kelainan ketiga anaknya, dari

Cordelia yang lembut hinggalah Regan yang keras tegar, dan kering dari kasih sayang.

Page 46: ADAT ISTIADAT MELAYU

         

Dalam Sulalat al-Salatin, seperti juga Hikayat Hang Tuah, kita dihadiahkan dengan

sejumlah watak yang amat mengesankan, dari kalangan raja, melalui bendahara,

temenggung, hinggalah kepada perwira, mufti dan batin masyarakat Aslian. Kita

mengingati mereka kerana walau pun mereka muncul dalam jumlah yang besar namun

demikian setiapnya dilengkapkan dengan sifat-sifat kekhasannya sendiri, atau apa yang

disebut dengan particularity.

          Tun Perak terkenal dengan kebijaksanaan dan logikanya yang

luarbiasa,          Raja Zainal Abdidin pula  tampan dan menjadi penunggang kuda yang

romatis, melalui lorong pasar dan kampung, Seri Wak Raja yang berkahwin sewaktu

beliau agak tua cukup gembira dengan penyelesaian masalah yang

menganugerahkannya seorang bekas isteri raja yang terkenal cantik. Seterusnya kit

amenemui  Maharaja Sura dari Pahang,  yang kehilangan kerajaannya setelah dia tidak

mempedulikan gajah kesayangannya, Batin Singapura, Patih Ludang yang dibunuh

anak buahnya walau pun setelah mendapat persetujuan Sultan, mungkin kerana dia

orang Aslian, Sultan Alauddin dan gerakan keamanan Melaka, Raja Maluku yang

pandai bermain sepak raga dan senjata, Raden Surabaya/Patih Adam yang

menggemparkan negeri dengan mengepung rumah Seri Nara Diraja untuk mengambil

Tun Minda, isteri yang dijanjikannya dalam guraun beberapa tahun sebelum itu.

Semuanya dilukis dengan palitan cat yang  khusus, dengan  situasi dan wataknya

sendiri. Ada keuinkan kepada cara dan lakuan mereka. Oleh yang demikian kita dapat

dengan mudah menyimpannya dalam diri dan pengalaman   sastera kita.

          Dari antara berpuluh watak ini  kita menemui wira bangsa Melayu, yang kadang-

kadang mencapai peringkat mitos, dan menjadi kekasih negara untuk berbagai-bagai

zaman. Watak Tun Perak yang mempunyai logikanya  sendiri, Sultan Alauddin yang

gagah lagi berani, Sultan Mahmud yang lama memerintah, Gajah Mada yang licik dan

penuh tipu helah,  dan malah Hang  Isak Pantas yang cepat bekerja,  Badang yang

mencapai kuasa jasmaniah luar biasa dari muntah halimunan adalah di antara wakak

Page 47: ADAT ISTIADAT MELAYU

yang kekal dalam imaginasi bangsa Melayu. Tetapi terdapat juga beberapa orang anti-

wira seperti Tun Mai Ulat Bulu yang mengejek orang Arab yang mencari kepentingan

sendiri, Megat Seri Rama yang cepat mencarut,  Makhdum Sadar Jahan yang

bertaubat tidak mahu mengajar Tun Mai kerana dia memulang paku buah keras dengan

mengejek caranya menutur bahasa Melayu, Mi Duzul yang rabun yang menyangka

kambing sebagai musuhnya, Hang Hasan Cengang yang tidak mahu berhenti makan

sewaktu bersuapan-suapan di pelamin, kerana katanya, dia mengeluarkan belanja yang

banyak, Bendahara Seriwa Raja yang pelaram yang cukup melucukan.

          Yang luar biasa tentang perwatakan Sulalat al-Salatin  ini ialah jalinan berbagai

jenis watak - daripada yang serius, kepada yang lucu, ironis, gagah, setia, pencarut,

pemain sepak raga,  pahlawan yang setia dan pemberontak, penjaga gajah, ayam dsb.

Jadi kita dianugerahkan dengan suatu julat yang nampaknya memuatkan amat banyak

jenis manusia. Mungkin di suatu pihak lain kita bertemu Mi Duzul, Hang Hasan dan

manusia sejenisnya dalam konteks kegila-gila bahasa, dan membawakan kelucuan

yang kadang-kadang cukup canggih seninya. Namun begitu semuanya terbina dalam

tradisi lucu imaginasi bangsa. Mereka tahan dalam hakisan waktu kerana dicerita

dengan bakat besar dan teknik naratif yang tahan ulangan.

Seperti tema diulang tafsir,  ditulis tentangnya oleh beberapa zaman maka watak-watak

ini, khususnya yang diangkat ke taraf mitos, juga diulang tafsirkan, kerana mereka juga

membawa watak bangsa Melayu,  keunikan dan kebijaksanaan, walau pun logikanya

mungkin aneh untuk masyarakat umumnya. Setengah daripada mereka menjadi

contoh, diangkat menjadi lambang  negara.

Sulalat al-Salatin bukanlah hanya sebuah sejarah bangsa tetapi sebagai sub-plotnya

kita dibawa melalui suatu lorong-lorong kecil perisitwa  bangsa Melayu dan bangsa-

bangsa yang berhubungan. Sementara banyak unsur sejarah yang dapat dianggap

sebagai berunsur sejarah karya ini juga memasukkan unsur-unsur fiksi dan

pembesaran yang mengasyikkan.

Page 48: ADAT ISTIADAT MELAYU

Karya ini melukis bangsa Melayu di banjaran kejayaannya. Pengarang melukis

pencapaian bangsanya, sewaktu bangsa berada di puncak sejarah. Oleh yang

demikian diceritakan tentang kebolehan dan kemungkinannya, kekuatan dan

kehalusannya. Mereka ditempatkan di tengah kota  kosmopolitan atau di anak sungai

untuk mentadbir negeri. Mereka harus berhadapan dengan berbagai-bagai

jenis  penduduk dan pendatang, semuanya dengan budaya dan caranya. Oleh yang

demikian kita dibawa kepada suatu padang sejarah yang luas dan pelbagai.

Bahasa Perasa dan Pemikir

Dalam pengenalan kepada Sejarah Melayu yang dieditnya, Abdullah Munsyi (1959,

edisi Gunung Agung: 13) mengatakan bahawa `jikalau engkau belajar akan kitab ini

sampai engkau faham sekali akan bahasanya dan ertinya … engkau telah pandai  akan

bahasanya … barang siapa yang tiada mengendahkan bahasanya seperti kelakuan

orang Melayu itu, maka itulah tinggal dalam bodoh dan menjadi bangsa yang kecil

adanya. Maka jikalau engkau hendak mengetahui akan sebabnya barang siapa  yang

membuangkan  bahasanya itu maka akan menjadi bangsa kecil dan hina, maka inilah

sebabnya.’ Karya ini dianggap sebagai contoh bahasa yang halus, yang harus dikaji,

walau pun isinya `sia-sia.’

Page 49: ADAT ISTIADAT MELAYU

Abdullah yang jarang dapat menurunkan kata-kata baik  tentang raja dan orang-orang

Melayu nampaknya melihat suatu sudut halus sastera Melayu, di sini seperti yang

dibayangkan oleh adikarya bangsa itu.

Sifat yang utama karya ini ialah keunggulannya, kehalusan melukis watak atau nasib

manusia. Kata-katanya terpilih dan suaranya merdu dan prihatin. Lihat, misalnya,

bahagian   permulaan bab XIX (Tun Seri Lanang, 1997:140) yang menceritakan

Pahang  dan Tun Teja:

Alkisah maka tersebutlah perkataan Sultan Mahmud Syah,

Raja Pahang yang tua itu telah mangkatlah. Maka anak baginda

Sultan `Abdul Jamal kerajaan menggantikan ayahanda baginda.

Adapun akan Bendahara Pahang tatkala itu Seri Amar Wangsa al-

Diraja gelarnya akan dia, beranak seorang perempuan, Tun Teja

Ratna Menggala namanya, terlalu baik parasnya. Dalam Tanah Pahang seorang pun

tiada  samanya pada zaman itu; pada barang lakunya sedap manis, tiada berbagai.

Itulah sebabnya maka  diikatkan orang nyanyi, demikian bunyinya,

 

          Tun Teja Ratna menggala,

                   Pandai membelah lada sulah;

          Jika tuan tidak percaya,

                   Mari bersumpah kalam Allah.

Page 50: ADAT ISTIADAT MELAYU

Walau pun kata-kata ini disusun dari pemerian sastera lama tetapi cara Tun Seri

Lanang memberi rentak dan memaniskannya dengan pantun itu amat berkesan sekali.

Suasana pemeriannya ringan dan riang, serta disulami sopan santun sastera.

Inilah suatu bahasa yang matang, yang telah pun digunakan oleh beratus

pengarang,  untuk suatu jangka waktu yang cukup panjang. Kita menyimpul bahawa

yang kita baca ini adalah hasil dari pengalaman yang telah masak oleh ujian.  Tun Seri

Lanang yakin dengan bahasanya.  Bahasa ini pula yakin akan strukturnya.  Pengarang

dapat berubah daripada pemerian istana Pahang yang lebih rasmi bentuknya, kepada

pemerian kecantikan peribadi seorang puteri. Setelah itu beliau menutup dengan

pantun yang separuh berbahasa lisan dan separuh berbahasa istana.

Tetapi di tempat lain kita diberikan berbagai-bagai bukti betapa sedarnya pengarang ini

kepada kekayaan budaya dunia dan juga sumbangan yang dapat diberikan kepada

bahasa Melayu. Telah kita sebutkan contoh-contoh kata asing  yang digunakan

seperlunya, dengan sedikit rasa keinginan mempamerkan kebolehannya (yang boleh

dimaafkan), kerana pada perasaan saya, tidak berlebihan atau secara menjolok.

          Sering pula pengarang harus lama  duduk mencari kata dan strategi naratif untuk

melakarkan persoalan baru. Misalnya peperangan Melayu-Portugis  memerlukan kata-

kata baru untuk istilah senjata dan kapal.   Begitu juga istilah khusus untuk bahagian-

bahagian istana dan persoalan agama dan tafsir.

          Sulalat al-Salatin hidup, malah berdrama di depan kita. Walau pun pada

dasarnya karya ini harus memeri keadaan dan perjalanan waktu, namun dalam strategi

pengkisahan yang digunakan bukan sahaja naratif ceritaan, tetapi watak-watak

dibenrakan berkata, berperasaan dan berbalahan. Pertemuan dan percakapan watak

melakonkan persoalan, atau memberi suara yang lebih nyaring kepada gagasan

Page 51: ADAT ISTIADAT MELAYU

pengarang, tetapi karya ini mendapat nadi daripada  perasaan watak dan rentak kata-

kata mereka.

          Dalam naskhah aslinya kita tidak akan menemukan tanda berhenti atau koma,

namun demikian kita dapat mencipta kembali patah-patah frasa dan

rentak rhetorikanya. Dialog membayangkan kenyataan suara dan manusia dengan

lebih berkesan daripada pemerian langsung.

          Oleh yang demikian kita diberikan peluang untuk mendengar suara pelakon-

pelakon di halaman kertas baru, walau pun suara yang kita dengarkan itu adalah

ciptaan baru yang kita dasarkan kepada pemerian dan pengalaman kita sendiri. Namun

begitu kesan karya ini dihidupkan oleh penciptaan kembali terhadap cerita dan

wataknya.

Kenyataan juga ditangkap melalui cerita dalam cerita, seperti sebuah teleskop kisah

yang boleh dimasukkan ke dalam yang lebih awal atau yang lebih besar.

          Jarang kita dengar/baca yang dibuat-buat dalam Sulalat al-Salatin. Hampir setiap

halaman mempersembahkan bahasa yang cukup sederhana tetapi tepat dan patut.

Pengarang bukan saja tahu dirinya tetapi tahu juga bahasa yang sesuai dan dapat

digunakan dalam berbagai-bagai keadaan. Seterusnya bahasanya tidak berpusat

kepada dirinya,  walau dirinya penting.

Watak-wataknya dibenarkan meneruskan kehidupan sasteranya, dan pengarang

menghormati mereka. Ruang yang sesuai diperuntukkan kepada mereka.

          Salah sebuah teori tentang bahasa sastera  ialah bahawa bahasa ini adalah

sesuatu  yang dianehkan. Walau apa pun takrif aneh yang mungkin diberikan, saya

merasakan bahawa bukanlah tujuan utama pengarang untuk menganehkan bahasa

atau peristiwanya. Tetapi oleh kerana bakat yang tajam pandangannya melihat

peristiwa dari sudut yang agak berlainan maka seluruh wajah pengalaman atau

peristiwa menjadi sedikit berlainan dari biasa. Tetapi keanehan ini jugalah yang

memberikan kita pengalaman sastera yang agak berlainan dan memuaskan

pengalaman estetik kita.

Page 52: ADAT ISTIADAT MELAYU

          Kita telah beberapa kali menyebut tentang kias dan ibarat yang digunakan dalam

cerita todak melanggar Singapura, Puteri Gunung Ledang dan Raja Culan. Selain dari

cara berkisah, ini juga adalah cara menggunakan bahasa. Dalam episod-episod ini

teknik bahasa yang mengapungkan cerita di atas kenyataan juga terlibat dalam seluruh

naratifnya. Melalui teknik dan bahasa ini,  akhirnya  makna di seberang waktu dapat

dicapai sebagai legenda dan mitos.

Sulalat al-Salatin diperakui ramai sebagai kaya dengan imaginasi bahasa. Bentuk

wacana untuk menggambarkan hidup yang kompleks dengan watak dan peristiwa

bebagai-bagai  mengalir dan berubah dengan keperluan. Oleh yang demikian kita

mempunyai mukadimah dari contoh Parsi, bahasa salasilah yang cepat

bergerak,  patah-patah kalimat cepat mengulang gantian generasi. Tetapi dalam

pemerian wanita cantik atau hutan bahasa ini lebih beralun dan mungkin ditambah

dengan `nyanyi,’ bentuk pantun yang disukai ramai, dan sempurna untuk bercerita. Di

tempat lain terlihat pula bahasa tafsir al-Quran, atau bahasa ilmiah yang dikuatkan

dengan peribahasa dan kutipan dari buku lama. Inilah bahasa yang amat lentur dan

dapat diubah untuk berbagai-bagai keperluan dan keadaan.

 

Sulalat al-Salatin  juga cukup luar biasa kerana menggunakan berbagai-bagai bentuk

dan jalur ucapan dalam wacananya. Berdasarkan suatu prosa teras kelasik kurun ke-16

dan 17 kita lihat bahawa pengarang cuba melaksanakan tugasnya untuk menulis

sebuah sejarah bangsa itu.

Pengarang ini kemungkinan telah belajar, atau sekurang-kurangnya, berkongsi tradisi

sasteranya dengan Hikayat Raja-raja Pasai.  Walau pun kelihatan bersahaja wacana

yang digunakan Tun Seri Lanang adalah suatu campuran berbagai jalur ekspresi yang

dimatangkan oleh kegunaan dan aliran waktu. Oleh yang demikian kita menemui naratif

sejarah sebagai terasnya, di sepanjang 31 bab versi awal (atau Pasir Raja) dan  34 bab

Page 53: ADAT ISTIADAT MELAYU

(versi Batu Sawar). Bentuk itu terbukti luwes, dapat digunakan untuk sejarah dan

digabungkan dengan wacana bentuk lainnya, dan pada dasarnya sudah tercipta, walau

pun dalam bentuk yang lebih mudah. Dari dasar inilah Tun Seri Lanang membina

naratifnya. Beliau memasukkan, di suatu pihak, naratif rasmi, yang dekat kepada

sejarah, dan di suatu pihak lainnya,  yang tidak rasmi, yang membawakan episod yang

dekat kepada cereka. Namun begitu di antara wacana sejarah dan wacana

peribadi/cereka ini terjalin wacana kecil  humor serta tragedi, yang membenarkan

pengarang menjangkau daerah pengalaman yang luas dan dalam.

Akhir sekali wacana yang menyediakan simbol dan citra untuk wacana bangsa

itu  adalah bahasa yang  padat, halus, luwes, tepat, tetapi boleh beralun, berperasaan

dan sesekali taksa untuk keperluan kritikan dan ejekan.

 

Genre Sejarah Melayu

Karya-karya Melayu terkenal kerana genrenya yang bercampuran. Sulalat al-

Salatin juga meneruskan wajah dan struktur campuran ini. Walau berdasaran sejarah,

seperti sudah disentuh sebelum ini,  kadang-kadang sejarah meringan dan cereka

mengambil alih. Dalam bahagian-bahagian begini karya berkomunkasi dengan

pembacanya  melalui kekuatan cereka, dengan watak yang bertindak di pentas

cerita.  Untuk menawan pembacanya pantun/nyanyian ditambah. Dialog dibenarkan

menjadi teras kepada drama antara manusia.

Episod digunakan sebagai unit cerita, yang akhirnya bercantum menjadi keseluruhan

yang utuh. Tetapi semua unit cerita ini disimpulkan oleh simpai moral dalam tradisi lama

Asia.

Khalayak

Page 54: ADAT ISTIADAT MELAYU

Khalayak karya ini sudah melalui hampir empat kurun. Kita tidak dapat melukis

khalayak sebelum zaman kita, melainkan yang kita alami sendiri beberapa puluh tahun

ini. Tapi oleh kerana persoalannya beraneka ragam dan strategi naratifnya juga

berbagai-bagai maka khalayak sasarannya juga berbagai-bagai pula. Cerita Singapura

dilanggar todak sendiri boleh dibaca sebagai cerita raja yang bodoh, atau cerita aneh

ikan yang melanggar pantai oleh khalayak  anak-anak. Tetapi untuk orang di perguruan

tinggi, tafsirannya boleh dibawa kepada kerajaan dan pentadbiran yang anti-intelektual

dan yang mengongkong perkembangan bangsanya, kerana yang pintar dan dapat

menyelamatkan bangsa itu dimusnahkan oleh orang yang takut akan kuasanya

dirampas. Ini juga dapat dibaca sebagai wacana politik tentang pergeseran dan

pengekalan kuasa.

Sulalat al-Salatin kaya dengan makna dan di dalamnya lapisan  makna. Oleh yang

demikian kitab ini  boleh dibaca dari beberapa sudut, dari yang mudah kepada  yang

rumit dan berjaringan, serta misterius. Khalayak buku ini boleh umum, dan boleh juga

khusus. Yang mencari salasilah akan mendapat maklumat dari sini, begitu juga yang

inginkan sejarah kepulauan Melayu, kedatangan Islam, perkembangan Melaka,

peraturan, ritual dan adat istiadat, cerita tentang raja-raja, pentadbiran, peperangan

dsb.

Yang berminat kepada agama ditawarkan  hal-hal agama, termasuk tafsir dari Durr

Manzum, cara berlagak kadhi berketurunan Arab, raja berhari raya, dan cara sesuai

belajar agama dsb.

Ramai yang menyanjungi bahasa Sulalat al-Salatin, oleh yang demikian inilah medan

bahasanya yang cukup luas dan penuh dengan hidangan berbagai-bagai.

Karya ini begitu beraneka sasaran dan minatnya, maka permintaannya juga berbagai-

bagai. Setiap generasi dapat membacanya dan mengalami dari sudut zamannya, dan

juga cara berfikirnya. Kita masih ingat lagi pada tahun-tahun sebelum 1950an beberapa

Page 55: ADAT ISTIADAT MELAYU

bab daripada kitab ini dibaca sebagai pelajaran bacaan untuk anak-anak sekolah.

Tetapi bab yang sama boleh juga dijadikan bahan untuk teori sebuah disertasi

doktoran. Kekayaan karya ini juga memajmukkan khalayaknya. Teksnya menawarkan

pengalaman untuk setiap pembaca yang sudi membacanya dan menghadiah makna

kepada setiap seseorangnya.

Akhir sekali khalayak ditawarkan suatu pengalaman estetik yang sublim, yang halus

dan menawan.

          Demikianlah genius Sulalat al-Salatin .

Bibliografi

Reiss, Timothy J

1992 The Meaning of Literature. Ithaca, Cornell University Press.

Tambling, Jeremy

What is Literary Language?  Milton Keynes, Open University Press.

Tun Seri Lanang

1997 Sulalat al-Salatin. Muhammad Haji Salleh, editor. Kuala Lumpur, Yayasan

Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 56: ADAT ISTIADAT MELAYU

1970  Sejarah Melayu or Malay Annals. Diterjemahdan diberi nota oleh C.C.Brown.

Kuala Lumpur, Oxford University Press.

Zalila Sharif dan jamilah Haji Ahmad, ed.

1993 Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).Diselenggarakan A.Samad Ahmad. Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

 *******

Hikayat Hang Tuah Bab VII

Perkahwinan Radin Mas Ayu 

dengan Raja Melaka (Sang Maniaka)

Sinopsis

Latar tempat di Majapahit. Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara

Majapahit. Upacara perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah

pada ketika ini masih berjawatan seorang Bentara sahaja. Hantaran belanja pula

adalah emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang 70 orang. Sultan

Melaka pun mengadap Betara Majapahit. Dalam majlis tersebut Hang Tuah telah

dicabar berlawan dengan perajurit Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan

kehebatannya memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya. Semua halangan

Page 57: ADAT ISTIADAT MELAYU

terhadap hang Tuah adalah rancangan Patih Gajah Mada.

Kemdian datang pula Taming Sari datang mengamuk dan menikam ramai orang. Hang

Tuah berani berhadapan dengan tentangan Taming Sari ketika pihak lain termasuk

Patih Gajah Mada melarikan diri. Pada awalnya Taming Sari sukar dikalahkan kerana

tidak lut diparang oleh Hang Tuah. Kekuatan Taming Sari ada pada kerisnya. Hang

Tuah pun membuat muslihat agar mereka berdua bersama-sama mengamuk Betara

Majapahit. Hang Tuah mengajak Taming Sari bertukar keris. Apabila sahaja Hang Tuah

mendapat Keris Taming Sari, beliau telah memekis dan berlawan semula dengan

Taming Sari. Hang Tuah telah berjaya mengalahkan Taming Sari dan dianugerahkan

keris yang dimiliki oleh Taming Sari. Hang Tuah juga diberi gelaran Laksamana oleh

Ratu Majapahit serta   anugerah Sungai Jemaja. 

1. Mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih.

Jenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:

Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya,

pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang

lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-

kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia

mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang

meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi

perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa

yang melahirkan epik tersebut.[1]

Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai

seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk

kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan

kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira

tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

Page 58: ADAT ISTIADAT MELAYU

Ciri-ciri epik adalah:

1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampu

mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah

Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka

saling bertukar keris.

2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat.

Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.

3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.

Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan

rakan-rakan yang lain.

4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera

walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.

5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung

melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak

tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang

Tuah.

2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat

melayu tradisional.

Page 59: ADAT ISTIADAT MELAYU

Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh

kepada setiap individu manusia seperti berikut:

2.1 Perlu bersikap berani

Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi

membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak

dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup

menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh

yang handal seperti Taming Sari.

2.2 Manusia perlu bijaksana.

Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang.

Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu

menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang

Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang  Tuah sangat bijaksana mencari punca

masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari.

Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.

2.3 Taat setia kepada ketua.

Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.

2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.

Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu

cara menghargai jasa-jasanya.

2.5 Sentiasa berwaspada.

Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih

Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.

2.6 Hormat menghormati.

Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah

Page 60: ADAT ISTIADAT MELAYU

di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di

negara orang (Majapahit). 

2.7 Menghormati tetamu.

2.8  Gambaran adat dan budaya masyarakat.

Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan

mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat

perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan

mengadap raja.

********sekadar beberapa pandangan yang boleh difikir bersama.

3. Menjelaskan watak dan perwatakan

Watak Hang Tuah.

Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran

Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.

Perwatakan Hang Tuah

     1. Taat setia

     2. Berani

     4. Bijaksana

     5. Tangkas bermain senjata.

     6. Sangat menghormati raja.

Page 61: ADAT ISTIADAT MELAYU

**** perwatakan di atas perlu dihuraikan.

.

4. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian.

4.1 Penggunaan bahasa yang indah sesuai dengan zaman.

4.2 Ketepatan pemilihan kata.

4.3

Rujukan untuk pengetahuan tambahan: http://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-

antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.html

  ..........................akan dikemaskini.

Posted by Anja/TK at 9:16 PM No comments:  

Panduan Kajian Puisi

Puisi Tradisional

Banyak daripada puisi Melayu tergolong dalam genre tradisional yang muncul dalam

zaman sebelum berkembangnya tradisi tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa

Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu tidak hanya sebagai satu hasil kesenian,

tetapi juga mengjangkau alam mistik, berperanan sebagai wadah pemeliharaan adat,

pembinaan sahsiah, pengajaran agama, pengajaran ilmupengasih,

pertahanan, hiburan, dan kepercayaan[1].

Page 62: ADAT ISTIADAT MELAYU

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu

tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan

puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan

perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak

genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat.

Calon seharusnya dapat:

a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri puisi tradisional terpilih;

b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat

Melayu tradisional;

c) menyatakan aspek estetik dalan karya kajian;

d) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;

e) menjelaskan nilai kemanusiaan, kepercayaan, dan keagamaan dalam puisi

tradisional;

f) menganalisis karya.

Masa pemelajaran 20 waktu

Puisi tradisonal terdapat 7 tajuk.

Puisi Moden

Calon-calon seharusnya dapat:

a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam puisi moden

terpilih;

b) menyatakan aspek estetika dalam karya kajian;

c) menghuraikan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;

Page 63: ADAT ISTIADAT MELAYU

d) menganalisis karya.

Masa pembelajaran 20 waktu

Jumlah sajak = 7 tajuk

Posted by Anja/TK at 6:20 PM No comments:  

Sajak Seorang Jemaah oleh A. Wahab Ali

Seorang Jemaah

A Wahab Ali

               I

Pada setia subuh bening

Sedang azan memancar di menara masjid

Kutemui dia tenang  berjalan

Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih

Sesekali aku berhenti

Mempelawanya menaiki kereta

Dia memberikan salam

Bersamanya menerpa wangi haruman

Page 64: ADAT ISTIADAT MELAYU

Bila berjemaah

Sesekali kami bersebelahan

Sebelum takbir

Dia sibuk bersugi.

Sebaik selesai imam memberi salam

Dia berdoa singkat

Kemudian menerjah ke luar

Melipat jubahnya

Dia ligat berjoging di asfalt

Putih topinya, putih bajunya, putih seluarya,

Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya

Dia menyebut kebesaran Allah

Setiap denyut jantungnya

Dia menyambung doa yang tertinggal

Minta umur dipanjangkan

Minta selamatkan anak isteri

Minta selamatkan saudara seagama

Selamat yang hidup Selamat yang mati

Page 65: ADAT ISTIADAT MELAYU

Selamat di dunia

Selamat di akhirat

Selamat semuanya.

               II

Kini

Setiap subuh bening

Azan tetap memancar di menara masjid

Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup

Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya

       dulu

Wangi harumnya masih menerpa

Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini

Ketika aku berjemaah

Di sisiku dia tiada

Tetapi sugi dan usallinya

Memanjang di mataku

Page 66: ADAT ISTIADAT MELAYU

Kini

Bila selesai imam memberi salam

Tidak kelihatan dia bergegas ke luar

Asfalt lama merindukan  seretan kasut putihnya

Pejalan kaki pagi

Merindukan topi putihnya

Doanya masih mengambang

Tetapi degup jantungnya sudah lama berhenti

Dia telah lama selamat

Berbaring bersama deretan pusara

Dato’ dan Tan Seri

Kuala Lumpur – Kuala Terengganu

5-6.12.1991

Maksud Sajak

Bahagian 1

Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.

Page 67: ADAT ISTIADAT MELAYU

R1: Aktiviti jemaah pada waktu subuh yang datang ke masjid dengan berjalan kaki

dengan pakaian jubah.

R2: Penyajak sering mengajak jemaah tersebut menaiki kenderaannya.

R3: Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah tersebut.

R4: Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian

lengkap.

R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati den

menyebut nama Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada

saudara seagama yang lain.

Bahagian 2

Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.

R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu

pergi ke masjid.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan

jemaah ketika solat tetap menjadi ingatan beliau.

Page 68: ADAT ISTIADAT MELAYU

R8: Ketika selepas solat penyajak merindukan aktiviti jemaah yang telah pergi itu.

Penyajak rindukan topi putih dan doa bekas jemaah itu. Jemaah tersebut telah kembali

ke rahmatullah dan bersemadi di kubur. Ahli jemaah yang telah meninggal itu

dahulunya mungkin orang ternama, ada gelaran dan berpangkat besar.

Tema sajak

Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua

ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut

manfaatkan hujung usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan

beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh

saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh penyajak dan sentiasa

terkenangkan kisah rutin hidupnya.

Pemikiran sajak

1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan.

Perbuatan bangun pagi dan solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi

mereka yang tidak biasa beramal dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah

tentu amalan solat di waktu yang lain telah dilakukan oleh jemaah itu.

2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain.

Hati manusia yang suci bersih digambarkan melalui warna putih dalam ayat penyajak.

Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang

lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.

Page 69: ADAT ISTIADAT MELAYU

3. Menjaga kesihatan dengan beriadah.

Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita untuk menjaga kesihatan. Malah

ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas. Manusia akan lebih

cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.

4. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah mati walau kita hebat

menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan merupakan

ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap pergi

apabila ajalnya telah tiba.

Pandangan Sarwajagat

Melakukan sesuatu yang bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu

bahawa seseorang manusia tidak akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan,

selalunya kita kian kuat beribadat dan cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang

masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat. Namun kita tidak boleh menolak

ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang terhad. Akhirnya manusia akan

sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan mengenang rakan

mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan mengingati

kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut. 

Posted by Anja/TK at 5:46 PM No comments:  

Sajak Pahlawan Ialah Dia

Pahlawan Ialah Dia

Abdul Ghafar Ibrahim

Dewan Sastera 2001

Page 70: ADAT ISTIADAT MELAYU

Pahlawanialah warga yang mengalirkan keringat

demi menyuburkan ladang negara sayang

Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah

demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga

     siap sedia

atas nama negara yang tidak dibiarkan leka

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia

    tahan uji

atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela

masa depan bangsanya lena

Malam-malam waspada kerana tak sanggup

peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung

pada permukaan bahang puji dan keji

Semangat wajarnya kental membara

di udara kaji dan uji.

Page 71: ADAT ISTIADAT MELAYU

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya

pada keluarga semasa bertugas jauh

Bulan masa merebut tidurnya

dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa

warga yang tekadnya disimpulmatikan

oleh jawapan sejahtera aman

dialah nadi ketahanan industri

    teknologi kembangan

memikul amanah tak berkesudahan

demi mencari jawawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru.

Boom-bom-boom-bamm

     dia tak gentar

           Tum-tam-tum-tammm

                 dia tunggu

                       Tret-tet-tret-tett

                            dia terus maju.

Page 72: ADAT ISTIADAT MELAYU

Baktinya bunga harum warna-warni

      dia tak peduli

            dia tak terpegun

                 dia terus tugas tekun.

Sebagai warga bangga bermaruah

dia terus gemakan gunung hasrat:

                 Selamatkan negara

                 Besar bangsa

                 Pelihara agama

                 Daulat bahasa

                 Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan

Kerana dialah kelompok rakyat

       pengunjung amanat

yang bersandar pada sinar takwa

yang pernah mengalami erti sengsara.    

Cedera di bukit

       tangis di laut

Page 73: ADAT ISTIADAT MELAYU

           jerit di udara

tempang di sempadan

      buta di ladang

           emas di sungai

lesu di sawah

     parah di lembah

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya

     pahlawan

bukti zaman yang pernah dilindungi

zaman yang menjadi saksi

kepada nilai kemanusiaan yang megah

     dipertahankan.

Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Ogos 2001.       

Maksud Sajak

Page 74: ADAT ISTIADAT MELAYU

Rangkap 1

Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering

berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban

demi negara.

Rangkap 2

Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan

juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.

Rangkap 3

Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang

kesenangan kepada anak bangsanya.

Rangkap 4

Khidmat pahlawan sentiasa  adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian.

Pahlawan perlu tahan cabaran.

Rangkap 5

Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah

berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.

Rangkap 6

Page 75: ADAT ISTIADAT MELAYU

Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu

aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada

khidmat pahlawan negara.

Rangkap 7

Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke

hadapan.

Rangkap 8

Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga

mencapai matlamat.

Rangkap 9

Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita

menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat

meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti

kesusahan.

Rangkap 10

Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)

Rangkap 11

Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah

kepada bahaya.

Page 76: ADAT ISTIADAT MELAYU

Rangkap 12

Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka

menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Posted by Anja/TK at 5:15 PM No comments:  

Sajak Menyongsong Arus

Menyongsong Arus

(mengenang Bahamanhttp://lipis-zaini.blogspot.com/2009/09/dato-bahaman-tok-gajah-

pahlawan-pahang.html    dan Mat Kilau  http://www.malaysiasensasi.net/2010/11/mat-

kilau-pahlawan-pahang.html )

Kemala

Kuala Tahan Taman Negara 2000

Sesekali arus wajar kusongsong

kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala

di hulu sungai ada negeri sejuta tahun

beribu pohon belum disentuh

sejuta erang cengkerik di liang-liangnya

aroma daun dibasahi embun

Page 77: ADAT ISTIADAT MELAYU

gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung

"tak kulihat bayang pengembara jauh

menyelam di jeram dugaan

tak kutatap sayang meranum

dan berahiku gigil sendiri"

selasih di genggaman 

dan kasih di pautan.

Sesekali arus kusongsong 

untuk kukenal wajah kilatan maut

ambil cemuh, simpan di peti-peti besi

menunda-nunda serapah tuk batin

jejak pendekar padam sudah

batu-batu dihakis sejarah

seribu kerikil dengan gigi tajamnya

menyeringai menepis gerimis

"dialah yang melandai tubuhku

dentum peluru sepoi Inggeris

meringgis kulit, hanya desis

menyibak kebal embun tujuh subuh

dia berlalu meninggal bayang

Page 78: ADAT ISTIADAT MELAYU

tak berwajah, hanya dentuman

menerjah cengal, membalik

berdebur ke sungai

penuntun mata angin

taufan dalam diri

serigala mengilau di mata

"nyeberang kuala trenggan!"

Sesekali arus wajar kusongsong

merempuh jeram

batu-batu hidup, angin berdarah

membawa alamat

"masih  belum kiamat, dik

kau tiba pada senja

lewat seribu musim

aku menggenggam keris lok tujuh

kau menggumam pantun

dan gurindam. Namun

masih kita punya satu ibu!"

Page 79: ADAT ISTIADAT MELAYU

Sesekali arus wajar kusongsong

untuk kembalikan kilat diri

ke padang sasar sejarah.

Untuk mencium bau merbau dan keruing

dan terjemahkan

rintih sejuta cengkerik

di liang-liang rumahnya

di hutan purbawi ini.

Ada cermin

di dasar kali

ada amin

di dasar hati

menyongsong kali

menyongsong diri.

Kuala Tahan

Taman Negara

Page 80: ADAT ISTIADAT MELAYU

Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Jun 2005

Maksud Sajak 

Rangkap 1

Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan

arah. Jika tidak, mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak berubah (jumud).

Sesekali kita perlu meredah kepayahan dan  berjuang.

Rangkap 2

Apabila kita berubah arah (pendapat), kita akan dapat mendengar cacian manusia yang

selama ini diam tidak berkata apa-apa. Malah akan terbongkar sikap buruk sebenar

pihak penjajah dan penguasa yang sebenarnya bersifat bengis dan zalim.

Rangkap 3

Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri .

Rangkap 4

Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah kepayahan. Pejuang dahulu

berjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan bahasa

Page 81: ADAT ISTIADAT MELAYU

penulisan yang penuh dengan kiasan. Tetapi matlamat perjuangan tetap sama seperti

pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau).

Rangkap 5

Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia boleh mendidik diri kita

mengerti tentang sejarah lama. Kita akan dapat merasakan kepedihan dan kesusahan

lampau. Kemudian kita dapat terjemahkan kisah kehidupan lampau itu.

Rangkap 6

Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan harapan yang positif

apabila menyongsong arus. 

Tema sajak

Sajak ini bertemakan semangat cintakan negara atau nasionalisme.

Beberapa alasan boleh diketengahkan bagi menyokong pendapat ini. Sajak ini

mengajak setiap individu yang membaca sajak ini agar tidak menjadi pak turut dalam

semua keadaan. Kadangkala kita perlu berkorban dengan memberanikan diri untuk

menyongsong arus yang kita ketahui banyak cabaran dan dugaan. Di antara cabaran

ketika menyongsong arus adalah kepayahan mengharungi deruan arus air yang kuat.

Malah bersama arus tentunya ada bahaya yang pelbagai. Terdapat batu batan yang

tajam, pelbagai sampah sarap dan hanyutan yang datang bersama arus. Risiko bahaya

menyongsong arus boleh mencapai tahap korban jiwa. Namun sekiranya kita sentiasa

memilih untuk berada di zon selesa, maka kehidupan ini akan hanya menjadi biasa-

biasa sahaja tanpa mengenal erti perjuangan dan pengorbanan. 

Page 82: ADAT ISTIADAT MELAYU

       Oleh itu, untuk mengharungi kehidupan dalam sebuah negara yang moden ini kita

haruslah sentiasa berfikir dan bertindak demi kebaikan masa depan negara. Jika kita

merasakan wujudnya perkara yang memerlukan pembelaan terhadap golongan yang

tertindas, maka kita perlu berani mengemukakan pendapat kita. Sesekali kita perlu

berani bersuara kepada pihak penguasa kerana tanpa tindakan sebegitu mungkin kita

akan berada ditakuk lama dan tidak memberi apa apa erti dalam kehidupan kita

sehingga penghujung usia seperti mana kata-kata pada baris sajak "kalau tidak aku

akan tetap mendap di kuala". Tindakan menyongsong arus ini sebenarnya telah

dilakukan oleh pejuang terdahulu iaitu Dato Bahaman dan Mat Kilau yang berani

menentang kezaliman penjajah Inggeris. 

       Namun tindakan yang dilakukan ini bukan menjanjikan kebahagian yang segera.

Kita mungkin terpaksa menghadapi cemuhan dan cabaran bahaya yang mengundang

maut. Kita tidak perlu berjuang sehingga mengangkat senjata sebagaimana pejuang

dahulu yang terpaksa bertempur dengan keris, tetapi cukuplah berjuang melalui media

penulisan sebagaimana contoh berikut:

"masih  belum kiamat, dik

kau tiba pada senja

lewat seribu musim

aku menggenggam keris lok tujuh

kau menggumam pantun

dan gurindam. Namun

masih kita punya satu ibu!"

Page 83: ADAT ISTIADAT MELAYU

       Kemampuan kita memberikan pendapat dan berani menyatakan kebenaran

sebenarnya adalah mewarisi sifat nasionalisme yang terdapat dalam diri pejuang

terdahulu. Oleh itu tindakan menyongsong arus bukanlah satu penderhakaan tetapi

merupakan sesuatu kebijaksanaan demi cintakan negara dan menyelamatkan negara

dari kehancuran. Cuma tindakan kita itu perlu bijaksana dan bukan di atas kepentingan

diri. 

Soalan perbincangan:

Bincangkan kemungkinan yang boleh anda lakukan dalam penulisan anda demi

membuktikan bahawa anda seorang yang cintakan negara anda.                                    

[25]

Posted by Anja/TK at 4:46 PM No comments:  

Wednesday, July 25, 2012

Sajak Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju

Page 84: ADAT ISTIADAT MELAYU

Keris Itu Masih Di Tanganmu

Ahmad Sarju

Keris itu masih ditanganmu

untuk menyambung perjuangan

yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah

hati terhiris luka

suara terpaksa membisu

diam mematahkan fitnah

berlembut mencari hikmah

Jika terlalu pahit kaurasi

kembalilah kepada realiti

perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

perjuangan itu pasti ada liku-likunya

perjuangan itu pasti ada pahit getirnya

perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya

jika genting janganlah kauputuskan

jika tegang janganlah kaurentapkan

jika retak janganlah kauhancurkan

jika putus janganlah kuahanyutkan

jika bocor janganlah kaukaramkan

Ketika kini engkau teruji erti ketabahan

setia seorang musuh tikaman seorang sahabat

jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat

kerana sewaktu-waktunya

yang diam mentertawakan kita

yang mengangguk membenci kita

yang berpura-pura rajin bersuara

yang menetang menjadi sahabat

Page 85: ADAT ISTIADAT MELAYU

yang bijak merendah suara

yang berhemah memanjatkan doa

yang setia rela mengorbankan dirinya

Keris itu masih di tanganmu

untuk menyambung perjuangan

setelah engkau menjahit dengan ketajamannya

seharusnya engkau telah belajar dan mahir

menepis tikaman mencemburui persahabatan

kerana yang mengatur kejatuhan

bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

Sumber: Dewan budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Oktober 2000

Maksud Sajak

Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan

dan sebagainya.

Rangkap 1

Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu

dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya  kuasa tidak patut

digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara

lembut dan bijaksana.

Rangkap 2

Page 86: ADAT ISTIADAT MELAYU

Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya.

Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga

memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.

Rangkap 3

Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakan-

rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura.

Rangkap 4

Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah

berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan

dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya

berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh.

Tema sajak

Perjuangan tentang hidup.  Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan,

kemampuan, kekuasaan dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala

pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam

perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam

perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada

kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus

berjuang.

Pemikiran sajak

Page 87: ADAT ISTIADAT MELAYU

1. Hidup perlu berjuang.

2. Mengalah bukan bererti kalah perjuangan.

3. Memahami realiti perjuangan.

4. Berhati-hati dengan sahabat.

*******huraikan.

Pandangan sarwajagat

Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud

keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh

dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini

menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan

survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu

berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang

telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya

perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri.

Jika kita ingin meluaskan maksud sajak ini, kita boleh mentafsirkan perkataan keris

sebagai keupayaan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan seseorang. Dalam hidup,

kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam hidup.

Umpamanya, ketika umur kita masih  muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu

berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh

diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu

berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu  faham hakikat

perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka yang tahan perjuangan,  wujud pula

Page 88: ADAT ISTIADAT MELAYU

cabaran lain termasuklah sifat dengki dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita

perlu berhati-hati dan waspada.

Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita.

Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu menggunakannya dengan

baik. Ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. Seorang yang berbakat dalam

bolasepak tentunya mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka

individu tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun untuk

berjaya sebagai pemain bolasepak, individu tersebut perlu banyak berkorban jiwa dan

raga.

Posted by Anja/TK at 11:12 PM No comments:  

Sajak Aku Tidak Mahu Lagi T. Alias Taib

Aku Tidak Mahu Lagi

T. Alias Taib

aku tidak mahu lagi

    jadi saksi kepada kebenaran

         kerana kebenaran sering disalahertikan

              menjadi tidak benar lagi

aku tidak mahu lagi

     jadi saksi kepada kepalsuan

         kerana kepalsuan sering diputarbelitkan

             menjadi tidak palsu lagi

aku tidak mahu lagi

Page 89: ADAT ISTIADAT MELAYU

     jadi saksi kepada pembunuhan

         kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan

            hingga pembunuh melangkah tenang

aku tidak mahu lagi

    jadi saksi kepada penipuan

        kerana penipuan sering disalahtafsirkan

            hingga penipu bersiul riang

Sumber: Pasar Pengalaman, T. Alias Taib, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

2004.

Maksud Sajak

Rangkap 1

Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar

dianggap telah melakukan kesalahan.

Rangkap 2

Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang

dianggap benar.

Rangkap 3

Page 90: ADAT ISTIADAT MELAYU

Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada

hukuman.

Rangkap 4

Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.

Pandangan Sarwajagat.

Penyajak enggan menjadi saksi kepada segala kepincangan yang sedang berlaku di

kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat. Perkataan “saksi” boleh

diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau penyajak tidak mahu

dipertanggungjawabkan. Maksud lain bagi perkataan saksi pula, penyajak tidak mahu

melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku.

Kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu yang sering berlaku

di kalangan umat manusia. Secara khusus ia berlaku dalam persekitaran masyarakat

penyajak. Namun penyajak hanya menyebut secara umum sahaja tanpa menyatakan

siapa yang melakukan dan tidak menyebut punca sebenar situasi tersebut berlaku.

Segala yang berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada pihak telah berjaya

menukarkan situasi berkenaan berdasarkan kebijaksanaan diri mereka. Kebenaran

telah menjadi palsu manakala yang palsu telah menjadi benar. Dari sudut keadilan pula

seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri dan bebas dari hukuman. Golongan

yang suka menipu pula sangat gembira kerana berjaya meyakinkan orang ramai

bahawa dirinya benar.

Page 91: ADAT ISTIADAT MELAYU

Mungkin pihak yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

     

    Pemimpin masyarakat (golongan berpengaruh). Pemimpin sering berucap di

khalayak ramai dan mempunyai ramai pengikut. Kata-kata mereka akan dipercayai

ramai orang samada sumber itu bernar ataupuan palsu.

     Media. Sumber media samada bercetak maupun elektronik adalah sumber

maklumat orang ramai. Berita yang dikemukakan akan mampu mempengaruhi

pemikiran masyarakat.

  

    Hakim. Beliau adalah pihak yang membuat keputusan di mahkamah. Keputusan

hakim dianggap muktamad dan beliau mampu memberi keputusan ke atas seseorang

yang dituduh itu samada bersalah atau tidak. 

     Peguam. 

     Golongan ini adalah terdiri dairpada bijak pandai yang mempunyai kelulusan tinggi.

Mereka pandai berhujah untuk kepentingan pelanggan mereka. Sebahagian kes yang

dimenanginya mungkin menimbulkan rasa kurang senang pihak lain.

 Ahli politik

      Penulis/Wartawan

  

Page 92: ADAT ISTIADAT MELAYU

    Orang awam (massa). Orang awam sering membicarakan pelbagai isu di mana-

mana tempat yang selesa bagi mereka terutama di warung kopi. Mereka saling

mempengaruhi antara satu sama lain dan sentiasa bertukar maklumat. Sebarang

maklumat yang salah akan menambahkan lagi salah tafsir tentang sesuatu isu negara.

Sesiapa sahaja yang mungkin terlibat.

Posted by Anja/TK at 11:08 PM 2 comments:  

Sajak Di Titian Kemerdekaan - Darmawijaya

Di Titian Kemerdekaan

Dharmawijaya

telah datang angin kemerdekaan

melambai tanah air berlagu sentosa

telah gemilang sumpah kerelaan

membelai bangsa sepanjang usia.

setiap menjelang kemerdekaan ini

bergemalah di hati anak peribumi

sejahtera bangsa menggenggam kemenangan

keramat bangsa menentang keagungan.

kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak

di sini langit jernihmu dijunjung

cinta kasih tiadakan retak

meski debar sengketa melanda jantung.

Page 93: ADAT ISTIADAT MELAYU

tanah air tercinta hamparan setia

kamilah kini pewaris kemerdekaan

seluhur suara seteguh cita

menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

1990

Sumber: Derita Buana, Dharmawijaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

1992.

Maksud Sajak

Rangkap 1

Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan suasana aman dan

semangat yang membara kepada seluruh warganegara.

Rangkap 2

Semangat rakyat yang berbangga dan merasakan diri mereka telah mencapai

kemenangan daripada kuasa besar.

Rangkap 3

Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah cinta dan setia kepada

negara sekalipun ada bibit sengketa.

Page 94: ADAT ISTIADAT MELAYU

Rangkap 4

Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk menjunjung mahkota kedaulatan

negara.

Posted by Anja/TK at 11:02 PM No comments:  

Sajak Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian -Baha Zain

Sajak

Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Baha Zain- 2003

                          

                             i

Aku terbangun pada waktu tengah malam

membuka jendela melihat seluas alam

pernahkah engkau terbangun seperti ini?

Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mana

nampakkah engkau di sana ada pelita?

Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang

tidak pekat hitam, tapi remang-remang.

                              ii

Sepi malam melindungi engkau dari bisikan

Page 95: ADAT ISTIADAT MELAYU

     orang

kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan

putuskanlah ke mana matamu memandang

pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?

masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu

     dan akal budi

atau tergoda bisikan halus ayaitan-syaitan itu.

Kita sering melihat cahaya benderang

    jauh ke depan

meskipun berdiri dalam gelap pekat atas

    tanah perkuburan

di situ kita injak keamanan dengan mencerca

    keganasan

kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah

    kita malaikat

agama jadi alasan, jadi boneka permainan

kita benci perang, kita cinta kedamaian

   jadi slogan perjuangan

kita nyaringkan suara supaya orang tidak

   mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,

syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti

   keamanan

'Engkau harus kuasai mereka dengan harga

    setinggi mana pun

atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian

sebuah kota yang telah menjadi perebutan'.

                               iii

Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,

    muzium, galeri dan universiti

Page 96: ADAT ISTIADAT MELAYU

perang telah mengoyakkan halaman-halaman

    sejarah

perang akan mencipta sejarah baru

    di halaman-halaman yang baru

sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar

    yang dahulu

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas

    keagungan pemimpin lama

jadi tirani apabila mencium bau wang

pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium

   bau keuntungan?

Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian

   yang merumahkan kemanusiaan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan

untuk semua bangsa yang membenci

   persengketaan.

Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau talah

   dipermainkan?

Sumber: Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, April 2003.

Perkataan perlu difahami

1.       Tirani = Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati

Maksud sajak

Page 97: ADAT ISTIADAT MELAYU

Rangkap 1

Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak

cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana

ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan

gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya.

Rangkap 2

Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing.

Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.

Rangkap 3

Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian

masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara

pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka

menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan melaungkan

slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan

tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”, maka manusia sanggup

bertelingkah.

Rangkap 4

Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan

memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah

kegemilangan negara.

Page 98: ADAT ISTIADAT MELAYU

Rangkap 5

Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya

dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan

tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian.

Rangkap 6

Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam

kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak

dipermainkan tanpa sedar.

Pemikiran sajak

1. Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup

2. Godaan anasir jahat (syaitan)supaya melakukan kejahatan

3. Sikap pura-pura – konon memperjuangkan keamanan tetapi sebenarnya membawa

kemusnahan.

4. Menjadikan agama sebagai topeng

5. Manusia sanggup mati kerana berebut kuasa

6. Akibat peperangan adalah kemusnahan

Page 99: ADAT ISTIADAT MELAYU

7. Sikap pemimpin yang zalim

Posted by Anja/TK at 10:57 PM No comments:  

Monday, July 23, 2012

922/1 Sajak Pertemuan di Hyde Park

SAJAK

Pertemuan di Hyde Park 

Adi Badiozaman Tuah

Bila berdiri di antara pepohon rimbun

      di Hyde Park

aku teringat sebidang tanah luas pemberian

     ayah di kampung

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara

setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak

kemudian dibiarkan kering dan dibakar

dan setelah berkali-kali ditanam padi

menjadi huma bukit milik keluarga.

Page 100: ADAT ISTIADAT MELAYU

Atas munggu itulah aku selalu berdiri

    bersama ayah

sama ada ketika padi membesar

    atau semasa menghalau burung pipit

atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi

atau saja-saja santai antara panggilan emak

    bila memerlukan kopi

atau bila kemudiannya menemani ayah

    menanam anak getah

atau membetulkan barisan tanaman ladanya.

Bagaikan membahaskan isu utama dunia di

    Sudut Pidato

di situlah ayah akan bercerita tentang erti

    sebuah tanah

tentang tanggungjawab penjagaan dan 

    pemeliharaannya

betapa kegunaannya bisa berubah mengikut

     ketentuan dan keperluan masa

segalanya kitalah yang menentukan dan tanah 

Page 101: ADAT ISTIADAT MELAYU

     sedia menerima tanpa bicara

Di situlah ayah sering mengingatkan 

     erti sebuah amanah

kitalah yang mencorakkan dan membentuk

     tanah ini mengikut kesesuaiannya

dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali

    semula menjadi milik alam semesta.

Sumber: Wajah Kita: Kumpulan karya Penulis Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, 2004

                                                            Hiyde Park

Perkataan yangperlu difahami

Page 102: ADAT ISTIADAT MELAYU

1. Hyde Park

2. munggu  = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.

3. langkau = batas, baris tanaman.

Maksud Sajak

Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20. Tahun 2004. Sebelum memahami sajak ini

kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park.  Menurut Wikipedia Hyde Park

ialah seperti berikut:

Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom, and one of

the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner.

The park was the site of the Great Exhibition of 1851, for which the Crystal Palacewas

designed by Joseph Paxton. The park has become a traditional location for mass

demonstrations. The Chartists, the Reform League, the Suffragettes and the Stop The

War Coalition have all held protests in the park. Many protesters on the Liberty and

Livelihood March in 2002 started their march from Hyde Park. On 20 July 1982 in

the Hyde Park and Regents Park bombings, two bombs linked to the Provisional Irish

Republican Army caused the death of eight members of the Household Cavalry and

the Royal Green Jackets and seven horses.

Page 103: ADAT ISTIADAT MELAYU

Hyde Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi

dengan kehijauan persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera

pemberontak Ireland (IRA) yang menyebabkan 8 orang mati.

Pada rangkap pertama pengarang telah membandingkan sebidang tanah pemberian

ayahnya di kampung dengan pepohon rimbun di Hyde Park. Pengarang telah

menceritakan sejarah tanahnya daripada sebuah hutan kepada sebuah ladang huma

milik keluarga.

Rangkap kedua pula menjelaskan bagaimana aktiviti pertanian yang telah dijalankan di

kebun ayahnya itu.

Rangkap ketiga membicarakan tentang tanggungjawab penjagaan dan pemeliharaan

tanah. Kita sebagai pentadbir kebada tanah yang dimiliki adalah pihak yang

menentukan batas-batas kegunaan tanah tersebut.

Rangkap keempat adalah ingatan ayah penyajak tentang tanggungjawab pewaris tanah

dan nasihat yang dikemukakan supaya jangan alpa (lupa) terhadap amanah yang

mereka miliki. Segala milik kita akan kembali menjadi milik alam semesta sekiranya kita

lupa.

 

 Pandangan Sarwajagat.

 Jika kita mengetahui sejarah Hyde Park tentunya terdapat beberapa keadaan yang

perlu difahami oleh kita mengapa pertemuan di tempat penyajak berada menjadi titik

tolak pendapatnya tentang alam sekitar. Sebagai taman diraja, Hyde Park menjadi satu

tempat yang indah di tengah kota London. Di sekeliling taman berkenaan pula telah

dipenuhi dengan pembangunan yang pesat seperti rumah dan pusat-pusat

perdagangan.  Malah Hyde Park juga menjadi tempat awam masyarakat kota London

Page 104: ADAT ISTIADAT MELAYU

melakukan aktiviti sosial termasuklah berhibur dengan konsert di sana. Malah sejarah

juga mencatatkan tentang serangan tentera Ireland yang telah memberontak pada

tahun 1982. Lalu penyajak mempunyai beberapa padangan tentang fungsi sebidang

tanah sebagaimana tanah milik ayahnya yang telah digunakan untuk tujuan pertanian.

Ayat sajak ini mencatatkan seperti berikut:

“betapa kegunaannya bias berubah mengikut ketentuan dan keperluan masa” 

“segalnya kitalah yang menentukan dan tanah sedia menerima tanpa bicara”

Ayat sajak di atas menggambarkan tentang kekuasaan manusia ke atas tanah atau

alam sekitar yang dikuasai boleh berfungsi mengikut kehendak pemiliknya. Jika melihat

kepada Hyde Park, ia sehingga kini mampu dipertahankan sebagai satu kawasan

semulajadi yang terpelihara sedangkan persekitaran Hyde Park sudah dibangunkan

menjadi Bandar kosmopolitan yang maju dan sibuk

(rujuk:http://en.wikipedia.org/wiki/Hyde_Park,_London).

Tema Sajak.

Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan

amanat melalui puisi beliau dengan tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan

adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah

bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah

boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara

kerana keperluan untuk makanan lebih utama. Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu

Page 105: ADAT ISTIADAT MELAYU

dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya memungkinkan masyarakat

setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi. Persekitara Hyde

Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan

manusia. Oleh itu masyarakat di kampung halaman penyajak perlu disedarkan tentang

usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini dilakukan dengan berhati-hati supaya

terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat ayahnya yang selalu

bercerita tentang erti “sebuah tanah” (rangkap 3 hlm. 19).

Pemikiran.

1. Menjaga amanah tanah warisan

2. Menghargai pemberian warisan keluarga

3. Mengurus harta warisan dengan bijaksana

4. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan   

   kemusnahan.

(persoalan di atas perlu dihuraikan)

Aspek Estetik.

1. Aspek bahasa

2. Pemilihan kata

3. Rima sajak

Page 106: ADAT ISTIADAT MELAYU

4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi

(sila huraikan)