25
Adat Resam Kaum Iban

Adat Resam Kaum Iban

Embed Size (px)

DESCRIPTION

note

Citation preview

Adat Resam Kaum Iban

Adat Resam Kaum Iban

Kelahiran

Sewaktu MengandungDalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut:

Mereka dilarang menggali parit di kawasanpadiatau di mana-mana sahaja.Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar diatastanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.BersalinPontong Sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran.

Pontong Tali Pusat dan BerurutSejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi.

Selepas LahirPantangDalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Berdiang/BersalaiSelepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari.

Menamakan bayiKaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. BerkhatanKanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri.Perkahwinan

MerisikPerkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Meminang dan BertunangRombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan.

Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Majlis Perkahwinan

Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan.

Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Kematian

Semasa KematianApabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.

Semasa PengebumianSetelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu.

Selepas KematianMasa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Adat Resam Kaum Kadazan

KELAHIRANPantang larang ibu mengandung:Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatuTidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatuSuami tidak boleh memotong rambut-nanti rambut anak panjang Tidak boleh makan buah mengandungi airTidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak sumbingTidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak sempurna

ADAT & PANTANG LARANGSEWAKTU BERSALINSEWAKTU BERSALINSuami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/syaitan

Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikanberduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air

Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruangyang terdedah seperti halaman rumah-ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah

Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.UPACARA MEMBERI NAMA

Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari

Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama iaitu nama sementara dan nama sebenar

Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama seberapa segera,roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahuluimemberinamadan berhakmenuntutbayi tersebut.

Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kehari ke--8 di beranda rumah 8 di beranda rumah.

Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.

Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.MERISIKApabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan.mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga).Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.

Mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.Bertunang

Ibu bapa perempuan dapat mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.PERKAHWINAN [Majlis Perkahwinan]HANTARANMAKANANALAT ISTIADATBARANG MEMPERTEGUHKAN SEMANGATBABIKERBAUTAPAI BERAS(LIHING)Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.Pasangan pengantin hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.Perkara paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi.