Agama Kristian Dan Sikh

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 Agama Kristian Dan Sikh

    1/5

    http://www.slideshare.net/D20091035417/agama-sikhisme-dan-kerelevanannya-dalam-pengajaran-

    pendidilan-moral-di-sekolah

    APAKAH YANG DIPERCAYAI OLEH AGAMA KRISTIAN

    Korintus 15:1-4 berkata, Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu

    tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu

    kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu. Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan

    kepada kamu. Berita baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanyadengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan

    kamu sia-sia. Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah

    perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.

    Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan

    semula.

    Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan merupakan Firman Tuhan yang

    tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad (2 Timotius 3:16, 2 Petrus 1:20-21).

    Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa,

    Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus.

    Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi

    dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan (Roma 5:12, 3:23).

    Agama Kristian mengajar bahawa Yesus Kristus datang ke bumi sebagai Tuhan yang benar dan

    juga manusia yang benar (Filipi 2:6-11), dan mati di atas salib.

    Kristian percaya selepas Dia mati, Dia dikebumikan, bangkit semula, dan sekarang berada di

    sebelah kanan Tuhan Bapa untuk membuat rayuan bagi pihak mereka yang percaya kepadanya

    (Ibrani 7:25).

    http://www.slideshare.net/D20091035417/agama-sikhisme-dan-kerelevanannya-dalam-pengajaran-pendidilan-moral-di-sekolahhttp://www.slideshare.net/D20091035417/agama-sikhisme-dan-kerelevanannya-dalam-pengajaran-pendidilan-moral-di-sekolahhttp://www.slideshare.net/D20091035417/agama-sikhisme-dan-kerelevanannya-dalam-pengajaran-pendidilan-moral-di-sekolahhttp://www.slideshare.net/D20091035417/agama-sikhisme-dan-kerelevanannya-dalam-pengajaran-pendidilan-moral-di-sekolahhttp://www.slideshare.net/D20091035417/agama-sikhisme-dan-kerelevanannya-dalam-pengajaran-pendidilan-moral-di-sekolah
  • 8/10/2019 Agama Kristian Dan Sikh

    2/5

    Agama Kristian mengatakan bahawa kematian Yesus di atas salib cukup untuk membayar

    denda dosa semua manusia dan pengorbanan ini memulihkan hubungan yang terputus antara

    Tuhan dan manusia (Ibrani 9:11-14, 10:10, Roma 6:23, 5:8).

    PRINSIP DAN AJARAN DALAM AGAMA KRISTIAN

    Empat prinsip utama dalam ajaran agama Kristian.

    Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam.

    Berpegang pada konsep triniti iaitu Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Tuhan Holispirit.

    Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai tuhan serta melayan

    semua orang dengan adil dan hidup secara aman damai.

    Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkahlakunya didunia. Seseorang

    kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati

    manakala seseorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

    Ajaran agama Kristian terdapat dalam 2 rukun utama.

    Cintailah tuhan dengan seluruh jiwa ragamu.

    Cintailah jiran seperti kamu mencintai diri sendiri.

    PENGANUT AGAMA KRISTIAN

    Hidup dalam dosa menghalang hubungan yang rapat dengan Tuhan, penganut agama Kristian

    yang masih hidup berdosa tidak akan menikmati hubungan yang rapat dengan Tuhan. Walau

    bagaimanapun, Kristian akan menang dalam pertempuran dengan dosa ini jika mereka

    membaca Kitab Injil dan mematuhi firman Tuhan dalam hidup mereka; serta sudi menerima

    ajaran daripada Roh Kudus; tunduk kepada pengaruh Roh Kudus dan mematuhi ajaran Tuhan

    melalui Roh Kudus.

  • 8/10/2019 Agama Kristian Dan Sikh

    3/5

  • 8/10/2019 Agama Kristian Dan Sikh

    4/5

    -Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan, belum dikira sebagai seorang Khalsa, walaupun ibu

    bapanya beragama Sikh. Apabila Dewasa hendaklah mengetahui peraturan dan undang-undang

    serta diberi minum Amrit ( air gula ) baru sah menjadi seorang Khalsa (suci).

    Undang-undang yang perlu difahami untuk menjadi kaum khalsa iaitu :

    i.. Mempercayai hanya satu tuhan yang maha kuasa.

    ii. Sentiasa membaca atau mendengar sabda-sabda Guru Granth Sahib Ji untuk membuat

    ibadahnya.

    iii. Berlatih mengawal diri dan berjanji memakai lima perkara dengan cogan yang berawalkan

    huruf K

    iv. .Menghapuskan perasaan berkasta-kasta, dilarang menyembah berhala atau menganut

    kepercayaan yang berlawanan dengan Kaum Sikh.

    v. .Menghormati semua makhluk tanpa mempersoalkan tentang agam, bangsa, atau warnakulit seseorang itu.

    a. .Asas ajaran kaum Sikh telah dibukukan dalam Guru Granth Sahib Ji ( Kitab Suci )

    b.Menurut Sikh Naujawan Sabha,Malaysia ( 1969 ) perkara penting mengikut kata-kata yang

    terdapat dalam Guru Granth Sahib Ji ( Kitab Suci ) adalah seperti berikut :

    i)Tuhan yang Disembah

    -Orang Sikh mempercayai bahawa Tuhan itu Esa.

    -Orang sikh menyebut Tuhan dengan nama Wahiguru, bermakna : Tuhan Yang Menakjubkan

    ii) Taraf guru dalam agama Sikh -Guru adalah orang yang memandu ke jalan yang benar.

  • 8/10/2019 Agama Kristian Dan Sikh

    5/5

    -Kitab suci dan kaum Khalsa dianggap sebagai Guru, setelah mangkatnya Guru yang kesepuluh

    pada tahun 1708.

    iii) Kitab Suci -Kitab Suci agama Sikh, Guru Grand Shib Ji,mengandungi semua sabda Guru Nanak

    1 hingga Guru Nanak 5,Guru Nanak 9 ,serta Beberapa orang ulama Islam dan Hindu.

    -Kitab ini diletakkan dalam Gurdwara(rumah ibadat)di atas sebuah meja.

    iv) Gurdwara

    -rumah sembahyang -Erti Gurdwara ialah pintu gerbang Guru di dalamnya terletak Kitab

    Suci.

    -Dianggap sebagai rumah agama dan pusat masyarakat mereka.

    v)Masyarakat

    -Masyarakat adalah satu taraf yang khas dan sistem kasta dilarang sama sekali dalam sesebuah

    masyarakat.

    -Seluruh ahli masyarakat dinasihat mematuhi segala yang baik.

    vi) Cara damai dan cara kekerasan.

    -Cara damai diutamakan daripada cara kekerasan.

    -seseorang Sikh diwajibkan sentiasa bersedia mempertahankan agama dan sempadan

    negaranya.

    vii) Kaum Sikh dan kaum agama lain

    -Semua pengikutnya hendaklah menghormati segala makhluk di dunia