30
ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN

aik 4 iptek

Embed Size (px)

DESCRIPTION

iptek

Citation preview

  • ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN

  • 1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, 2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. 5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

  • Ayat diatas mendorong Umat Islam untuk pandai membaca, berfikir dan berkreasi. semakin banyak membaca, semakin banyak manfaat yg diperoleh. Ilmu akan bertambah, bahasa makin baik, dan wawasan makin luas. Bacalah alam ini. Bacalah AL Qur'an ini.

  • Ilmu merupakan kata yang berasal dari bahasa Arab, masdar dari alima yalamu yang berarti tahu atau mengetahui. Dalam bahasa Inggeris Ilmu biasanya dipadankan dengan kata science, sedang pengetahuan dengan knowledge.

  • Dalam bahasa Indonesia kata science umumnya diartikan Ilmu tapi sering juga diartikan dengan Ilmu Pengetahuan, meskipun secara konseptual mengacu paada makna yang sama.

  • Islam sangat menghargai ilmu pengetahuan sebagaimana yg dicerminkan dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw. Begitu besar perhatian Islam terhadap ilmu pengetahuan, sehingga setiap orang Islam baik laki-laki maupun perempuan diwajibkan untuk menuntut ilmu. Sabda Nabi : "Mencari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam laki-laki dan perempuan" (HR.Ibnu Abdil Bar).

  • Dimanapun ilmu berada, Islam memerintahkan untuk mencarinya. Sabda Nabi : "Carilah ilmu meskipun di negeri Cina" (HR Ibnu 'Adi dan Baihaqi). Menuntut ilmu dalam Islam tidak berhenti pada batas usia tertentu, melainkan dilaksanakan seumur hidup. tegasya dalam hal menuntut ilmu tidak ada istilah "sudah tua".

  • Dengan memiliki ilmu, seseorang menjadi lebih tinggi derajatnya dibanding dengan yg tidak berilmu. Atau dengan kata lain, kedudukan mulia tidak akan dicapai kecuali dengan ilmu. Firman Allah Swt. : "Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yg beriman diantara kamu dan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat" (Al Mujadilah : 11)

  • Klasifikasi Ilmu menurut ulama islam :Syah Waliyullah mengklasifikasikan ilmu menjadi 3 yaitu :1). Al manqulat adalah semua Ilmu-ilmu Agama yang disimpulkan dari atau mengacu kepada tafsir, ushul al tafsir, hadis dan al hadis.2). Al maqulat adalah semua ilmu dimana akal pikiran memegang peranan penting.3). Al maksyufat adalah ilmu yang diterima langsung dari sumber Ilahi tanpa keterlibatan indra, maupun pikiran spekulatif

  • Sementara itu Al Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumudin mengklasifikasikan Ilmu dalam dua kelompok yaitu 1). Ilmu Fardu ain, dan 2). Ilmu Fardu Kifayah, kemudian beliau menyatakan pengertian Ilmu-ilmu tersebut sebagai berikut :Ilmu fardu ain . Ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib, Maka orang yang mengetahui ilmu yang wajib dan waktu wajibnya, berartilah dia sudah mengetahui ilmu fardu ain (1979 : 82)Ilmu fardu kifayah. Ialah tiap-tiap ilmu yang tidak dapat dikesampingkan dalam menegakan urusan duniawi (1979 : 84)

  • Lebih jauh Al Ghazali menjelaskan bahwa yang termasuk ilmu fardu ain ialah ilmu agama dengan segala cabangnya, seperti yang tercakup dalam rukun Islam, sementara itu yang termasuk dalam ilmu (yang menuntutnya) fardhu kifayah antara lain ilmu kedokteran, ilmu berhitung untuk jual beli, ilmu pertanian, ilmu politik, bahkan ilmu menjahit, yang pada dasarnya ilmu-ilmu yang dapat membantu dan penting bagi usaha untuk menegakan urusan dunia.

  • "Sesungguhnya, malaikat akan meletakkan sayapnya (menaungi) pada pencari ilmu karena senang apa yg sedang dituntutnya". Menurut hadits diatas, tempat-tempat majlis ilmu itu dinaungi malaikat, diberikan ketenangan (sakinah), disirami rahmat dan dikenang Allah di singgasana-Nya.

  • PengobatanSains pengobatan Islam adalah hasil sintesis at-Tib an-Nabawi atau pengobatan tradisi Nabi Muhammad s.a.w dengan pengobatan yang berasal dari budaya ilmu Yunani, Parsi, Mesir, Babylon, Cina & India.

    Tokoh-tokoh terawal pengobatan terdiri dari golongan Arab Nestorian yang beragama Kristian seperti Hunayn Ibn Ishaq, Yahya al-Masawayh & Jurjis bin Bakhtishu.

  • Buku Zakaria Al-Razi (865-925M), Al-Hawi, Al-Mansur & Al-Asrar telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia.

    Kajian tentang penyakit & pemulihan campak, cacar tulen & campak biasa.

    Pengasas & pengarah pertama hospital Baghdad.

  • Ibn Sina (980-1037M) yang dikenali sebagai failasuf & tokoh pengobatan.

    Menghasilkan 250 buku dalam berbagai bidang falsafah & sains.

    Karya agung beliau dalam bidang ini ialah Al-Qanun fi At-Tib yang merupakan gabungan pengalaman pengobatan Yunani, Islam & hasil cerapan beliau sendiri.

  • Antara tokoh pengobatan Islam yang lain :

    Ibn Rusyd (1126-1198M) yang juga tersohor sebagai failasuf Islam Sepanyol dengan karya utama ialah al-Kulliyat fi at-Tibb.

    Ala Al-Din Ibn Nafis (1288M) dari Syria yang menghasilkan karya pengobatan berjudul al-Syamil fi al-Sinaat al-Tibbiyah yamng memberi penjelasan tentang sistem peredaran darah melalui rongga jantung & paru-paru.

  • Matematik

    Bidang Matematik Islam berkembang hasil dari aktiviti ahli matematik Islam yang menggabungkan metodologi matematik India, Yunani, Mesir & Mesopotamia.

    Antara penemuan matematik Islam ialah sistem nombor, sistem perpuluhan arismatik, algebra, trigonometri & geometri.

  • Tokoh paling cemerlang dalam matematik Islam ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (780-863M)

    Adelard dari Britain telah berguru dengan orang Islam dan menterjemahkan karya al-Khawarizmi tentang geometri dalam matematik dan statistik.

  • AstronomiMerupakan sains kajian bintang yang melibatkan kedudukan, pergerakan & perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

    Ahli-ahli astronomi generasi pertama Islam muncul pada pertengahan abad ke 8M di Baghdad.

    Rekod terawal mengenai pencerapan astronomi dalam dunia Islam pada 184H apabila Ahmad Al-Nahawandi mencerapi pergerakan matahari di Parsi.

  • Karya Abu Masyar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin.

    Umat Islam berjaya mencipta kompas,astrolab, alat pengukur bulatan dunia dan alat menimbulkan kapal yang tenggelam.

    Para astronomi Islam telah diarahkan oleh Khalifah Al-Mamun untuk mengukur lilitan bumi.

    Mereka mendapati nilainya sebanyak 40,253KM, sedangkan nilai yang diukur pada hari ini hanyalah 40,063KM melalui Khatulistiwa & 40,000KM melalui kutub, perbezaan kurang dari 0.5%.

  • Astronomi yang bernama al-Faraghani yang hidup sezaman dengan al-Khawarizmi telah menulis 2 karya yang penting dalam bidang ini :

    Usul Al-Falk ( Prinsip Astronomi )

    Jawami ilm al-nujum wa Usul al-Harakat al-Samiya ( Sains Bintang & Prinsip Pergerakan Cakerawala )

  • BotaniDi kota2 besar seperti Cordova, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah.Ibn Arabi menulis buku tentang Botani.Al-Ghafiqi menerbitkan buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan.Ibn Baytar menyusun buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang,tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

  • Architecture & Seni HalusMasjid-masjid di seluruh dunia Islam sebagai bukti umat Islam memiliki kemahiran dan estetika tinggi dalam seni bina, seni halus, seni lukis dll.

    2 Prinsip kejuruteraan Islam :Kesertaan (mizan) : Prinsip yang membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem

    Keseimbangan (tawazun) : Sistem ini diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut.

  • PelayaranRamai tokoh pelayaran Islam seperti al-Masudi, Ibn Jubayr dan Ibn Batuttah.

    Kehebatan Orang Islam dalam bidang pelayaran dan perkapalan tidak menjadikan mereka bangsa perosak seperti bangsa Eropah Portugis, Belanda, Sepanyol, British yang menggunakan kapal mereka untuk menjarah dan menjajah orang lain.

  • Ibnu Khaldun (732-808H)Nama penuhnya Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-HadramiBeliau adalah seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan tokoh agama.Beliau dianggap sebagai seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman.

  • Muqaddimah Ibnu Khaldun Menurut B. Lewis, ia merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan dapat membantu ahli sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah.Ia dianggap sebagai kajian awal untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia melalui pensejarahan.

  • AL-BIRUNIAl Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

    Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.

  • Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya

    Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.

    Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

  • Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

    Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

  • --- Selesai ---