2
11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemi… 1/2 umk.edu.my/…/378-akept-dan-umk-bekerjasama-pacu-kecemerlangan-pemimpin-pentadbir-universit… Utama Berita Terkini AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin Pentadbir Universiti AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin Pentadbir Universiti KOTA BHARU 17 Oktober – Cabaran dunia akademik pada kurun ke 21 bukan sahaja menuntut barisan kumpulan peneraju jabatan-jabatan utama berilmu, berintergriti dan beretika, tetapi perlu membentuk keupayaan serta kecemerlangan yang kreatif dan berinovasi untuk meningkatkan budaya profesionalisme di dalam pentadbiran universiti. Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT), YBhg. Datuk Prof. Dr. Roziah Omar berkata, adalah menjadi matlamat utama penganjuran persidangan meja bulat The 1st Annual University Administration Leaders Round Table: Future Direction In Becoming Global Institutions, yang berhasrat untuk menjadikan universiti menjadi sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf global. Justeru itu, program ini dapat menggalakkan perkongsian idea, pendapat dan pengalaman sebagai amalan terbaik daripada setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) untuk memastikan peranan yang dimainkan oleh kumpulan peneraju dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. “Selain itu, forum ini juga dapat memastikan tranformasi dalam pentadbiran di universiti bergerak seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam sempena program 1st Annual University Administration Leaders Round Table: Future Direction In Becoming Global Institutions anjuran AkePT dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan pada 16 hingga 17 Oktober 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Program yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri 100 peserta terdiri daripada Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang- undang dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Malaysia. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Penasihat AKePT, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Ahli Lembaga Penasihat AKePT, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Hj. Che Rose dan Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr. Razli bin Che Razak. Lain-lain | Carian... Staf Email Staf Portal Staf Direktori Staf Aplikasi Atas Talian Aktiviti UMK Pelawat Peta & Lokasi Penginapan Pengangkutan Jawatan Kosong Tender & Sebutharga Galeri Alumni Portal Alumni Laman Facebook Alumni Laman Web HEPA Pelajar Pautan Pantas Bahasa Melayu English Utama Info UMK Pra-Siswazah Pascasiswazah Fakulti /Pusat Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Industri Asas Tani Fakulti Sains Bumi Pusat Bahasa dan Pembangunan Insaniah Pusat Pengajian Siswazah Kampus

AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin ...umkeprints.umk.edu.my/873/1/News 7.pdf · Menurut Datuk Prof. Dr. Roziah, pihak kerajaan telah melihat betapa pentingnya budaya

  • Upload
    lynhi

  • View
    218

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin ...umkeprints.umk.edu.my/873/1/News 7.pdf · Menurut Datuk Prof. Dr. Roziah, pihak kerajaan telah melihat betapa pentingnya budaya

11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemi…

1/2umk.edu.my/…/378-akept-dan-umk-bekerjasama-pacu-kecemerlangan-pemimpin-pentadbir-universit…

Utama Berita Terkini AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin Pentadbir Universiti

AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin Pentadbir Universiti

KOTA BHARU 17 Oktober – Cabaran dunia akademik pada kurun ke 21 bukan sahaja menuntut barisan kumpulan peneraju jabatan-jabatanutama berilmu, berintergriti dan beretika, tetapi perlu membentuk keupayaan serta kecemerlangan yang kreatif dan berinovasi untukmeningkatkan budaya profesionalisme di dalam pentadbiran universiti.

Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT), YBhg. Datuk Prof. Dr. Roziah Omar berkata, adalah menjadi matlamat utamapenganjuran persidangan meja bulat The 1st Annual University Administration Leaders Round Table: Future Direction In Becoming GlobalInstitutions, yang berhasrat untuk menjadikan universiti menjadi sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf global.

Justeru itu, program ini dapat menggalakkan perkongsian idea, pendapat dan pengalaman sebagai amalan terbaik daripada setiap InstitusiPengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) untuk memastikan peranan yang dimainkan oleh kumpulan peneraju dapat dilaksanakandengan lebih berkesan.

“Selain itu, forum ini juga dapat memastikan tranformasi dalam pentadbiran di universiti bergerak seiring dengan hasrat KementerianPengajian Tinggi dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam sempena program 1st Annual University Administration Leaders Round Table: FutureDirection In Becoming Global Institutions anjuran AkePT dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan pada 16hingga 17 Oktober 2012 di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Program yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri 100 peserta terdiri daripada Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan PenasihatUndang- undang dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Malaysia.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Penasihat AKePT, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Ahli Lembaga Penasihat AKePT,YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Hj. Che Rose dan Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr.Razli bin Che Razak.

Lain-lain | Carian...

StafEmail StafPortal Staf

Direktori StafAplikasi Atas Talian

Aktiviti UMKPelawat

Peta & LokasiPenginapan

PengangkutanJawatan Kosong

Tender & SebuthargaGaleri

AlumniPortal Alumni

Laman Facebook AlumniLaman Web HEPA

Pelajar

Pautan Pantas

Bahasa Melayu English

UtamaInfo UMKPra-SiswazahPascasiswazahFakulti /Pusat

Fakulti Keusahawanan & PerniagaanFakulti Teknologi Kreatif & WarisanFakulti Perubatan VeterinarFakulti Industri Asas TaniFakulti Sains BumiPusat Bahasa dan Pembangunan InsaniahPusat Pengajian Siswazah

Kampus

Page 2: AKePT dan UMK bekerjasama pacu kecemerlangan Pemimpin ...umkeprints.umk.edu.my/873/1/News 7.pdf · Menurut Datuk Prof. Dr. Roziah, pihak kerajaan telah melihat betapa pentingnya budaya

Menurut Datuk Prof. Dr. Roziah, pihak kerajaan telah melihat betapa pentingnya budaya kerja berprestasi tinggi yang diterapkan dengan dayainovasi, kreativiti dan daya saing yang tinggi pada sesebuah universiti.

Jelas beliau, pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah IPTA di negara ini perlu berada dalam kedudukan 50 teratas dalam kalanganinstitusi pendidikan tinggi di seluruh dunia.

“Sehubungan itu, pemantapan dari segenap aspek pembangunan IPTA di Malaysia perlu berjalan seiring dimana bahagian pentadbiran IPTAharus menyokong kepada perkembangan akademik,” katanya.

Jelas Datuk Prof. Dr. Roziah, persidangan ini juga adalah usaha yang menyokong kepada pelan tindakan strategik Institusi Pengajian TinggiNegara untuk menjadikan IPTA sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.

“Antara langkah yang diambil ialah seperti menyediakan latihan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan di samping menggalakkanamalan tadbir urus yang baik melalui program yang dilaksanakan di AKePT,” ujarnya.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan Hj. Che Rose, berkata, perbincangan meja bulat pentadbir profesional adalah kesan daripada cetusanidea ke arah melahirkan institusi pengajian bertaraf global sesuai dengan temanya 'Hala Tuju Masa Depan Menjadikan Institusi PendidikanBertaraf Dunia'.

“Pendekatan AKePT dan UMK menganjurkan program ini dapat meningkatkan lagi kefahaman dan kepimpinan para pengurus sertapentadbir di universiti meneroka bidang baru disamping dapat membentuk keyakinan tinggi terhadap nilai kreativiti dan inovasi dalamprofesion mereka,”katanya.

Beliau berkata, program ini juga dapat menentukan keberkesanan mereka sebagai pemimpin dalam sesebuah organisasi untuk lebihprogresif dan cekap dalam menghadapi cabaran pada kurun ini.

Bilangan Pelawat :297653

Penafian|

Dasar Privasi|

Dasar Keselamatan|

Soalan Lazim|

Hubungi Kami|

Bantuan|

Peta Laman

Hakcipta © 2012 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan.Paparan Terbaik Mozilla/Firefox/IE/Safari/Camino/Opera Friendly

Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, KelantanTel : +609 - 7717000Fax : +609 - 7717022

Email : webmaster[a]umk.edu.myTarikh Kemaskini: 05/11/2012, 00:33:29.