25
PERUNDANGAN ALAM SEKITAR ROHAZA BINTI RAHIMI NAJIHAH BINTI JUSOH NAMA PENSYARAH : PN. ROSLIZA BINTI A.SAMAD

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

PERUNDANGAN ALAM SEKITAR

ROHAZA BINTI RAHIMINAJIHAH BINTI JUSOH

NAMA PENSYARAH : PN. ROSLIZA BINTI A.SAMAD

Page 2: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun. Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar turut terjejas.

Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar

Kementerian Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang ramai.

Page 3: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 , 1984(pindaan) dijalankan iaitu bermatlamat :

i. mula dikuatkuasa pada 1 April 1988ii. berkaitan dengan udara bersih, kelapa

sawit, gas kenderaan, kumbahan, efluen industri dan bahan-bahan buangan kilang.

iii. penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar

Page 4: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Akta ini boleh dinamakan Akta Kualiti Alam Sekitar (pindaan) 1998

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut:

Page 5: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

29A. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana mana premis.

Seksyen 29A yang dicadangkan menyatakan larangan atas pembakaran terbuka.

Penalti berat yang dikenakan bagi kesalahan pembakaran terbuka adalah demi kepentingan awam dan dimaksudkan untuk mencegah dan menghukum secukupnya kerana pembakaran terbuka dianggap sebagai berbahaya kepada kualiti udara dan kesihatan.

Page 6: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]
Page 7: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

"pembakaran terbuka" ertinya apa-apakebakaran, pembakaran atau pembaraan yangberlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakanke udara bebas itu melalui serombong ataucerobong, tetapi tidak termasuk apa-apakebakaran, pembakaran atau pembaraan yangberlaku bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan olehMenteri melalui perintah yang disiarkan dalamWarta; "premis" termasuklah mana-mana tanah.

Page 8: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Seksyen 29B yang dicadangkan mengadakan peruntukan bahawa jika pembakaran terbuka berlaku di mana-mana premis pemunya atau penduduk premis yang mempunyai kawalan atas premis itu adalah dianggap sebagai telah melakukan kesalahan pembakaran terbuka melainkan jika selainnya dibuktikan.

Page 9: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Seksyen 29c yang dicadangkan membolehkan orang, pemunya atau penduduk premis di mana pembakaran terbuka berlaku pembelaan atas sebab kurang kawalan, atau tiada pengetahuan atau pembiaran atau persetujuan atas perkara itu.

Maka adalah juga suatu pembelaan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Page 10: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974

* Kompaun - RM2,000.00 maksima bagi setiap longgokan kebakaran

 * Denda - RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

Page 11: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Peraturan 11 – syarat-syarat bagi pembakaran terbuka

Tiada seorang boleh menyebab, membiar, membenar pembakaran terbuka tanpa kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Peraturan 12 – Lesen pembakaran terbuka

Ketua Pengarah boleh memberi lesen pembakaran terbuka dalam keadaan tertentu iaitu pembakaran terbuka adalah hanya satu cara pelupusan ekonomi yang praktik dan pembakaran itu tidak akan menyebabkan pencemaran.

Page 12: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Ditetapkan kepada 12 aktiviti yang dikecualikan daripada larangan pembakaran terbuka dan hanya boleh dijalankan dengan syarat-syarat ketat.

Kesalahan mana-mana syarat yang ditetapkan boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Contoh :Pembakaran yang sengaja dilakukan pada tanah- tanah pertanian untuk mengawal penyakit dan serangga perosak.

Page 13: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Hanya tanaman yang berpenyakit sahaja dan yang disahkan oleh Jabatan Pertanian boleh dibakar;

Tanaman yang berpenyakit hendaklah ditebang dan dikeringkan sebelum dibakar;

Pembakaran bahan tanaman yang berpenyakit hendaklah dijalankan pada waktu siang hari di antara 1.00 petang hingga 6.00 petang;

Pembakaran terbuka hendaklah dikawal pada setiap masa oleh seorang yang berkelayakan, sehingga api dipadamkan.

Page 14: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]
Page 15: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]
Page 16: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Menurut sejarah, perkara-perkara berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri. Setiap kerajaan negeri diberi kuasa mutlak untuk menggubal undang-undang dan peraturan-peraturan dalam pengurusan hutan.

Majlis Tanah Negara bertanggungjawab untuk membuat polisi bagi sektor perhutanan serta mengawal penggunaan tanah untuk perlombongan dan pertanian. Majlis Tanah Negara juga menyokong dan meluluskan semua usul yang dibuat oleh Majlis Perhutanan Negara, manakala tanggungjawab untuk melaksanakan usul-usul tersebut adalah terletak kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Page 17: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Artikel 74 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa tanah dan sumber asli adalah perkara yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.

Setiap negeri diberikan kuasa untuk menggubal undang-undang dan polisi hutan secara bebas, dan Pengarah Perhutanan Negeri dilantik untuk mengurus pentadbiran dan regulasi penebangan hutan; mengutip hasil seperti premium, royalti, deposit, ses dan lain-lain bayaran; mengurus dan membangunkan sumber-sumber hutan; serta merancang dan mengkoordinasi pembangunan industri berasaskan hutan.

Page 18: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Objektif-objektif utama Dasar Perhutanan Negara adalah bersifat serampang dua mata:

a. Memelihara dan mengurus hutan-hutan negara berdasarkan prinsip pengurusan mampan.

b. Melindungi alam sekitar, memelihara kepelbagaian biodiversiti dan sumber-sumber genetik, serta mempertingkatkan penyelidikan dan pendidikan.

Page 19: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram bagi tujuan tertentu seperti pembangunan boleh menyebabkan berlakunya penggondolan bukit dan memberi kesan seperti berikut:Tanah runtuhBanjir kilatHujan asidPemanasan globalPencemaran:

Udara Air Darat

Page 20: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Jika didapati mana-mana pemaju yang gagal mematuhi Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini, maka pemaju berkenaan adalah telah melakukan kesalahan yang mana beliau boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia seratus ribu (RM100,000) atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan sebagai denda tambahan seribu ringgit setiap hari di atas kesalahan yang diteruskan selepas Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar memberi notis kepada pemaju supaya mematuhi kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini.

Page 21: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Walau bagaimanapun di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan)(Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987 ada menyatakan ukuran pembalakan merangkumi kawasan seluas 500 hektar atau lebih dan sebagainya.

Keluasan ukuran tertentu yang ditetapkan oleh Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-Aktiviti Disenaraikan)(Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987, memberikan ruang dan peluang kepada pemaju untuk mengelakkan diri daripada menyediakan laporan EIA (Environmental Impact Assessment) dengan memajukan pembalakan yang kurang daripada 500 hektar.

Page 22: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Pada 1984, satu kejayaan besar telah dicapai apabila Parlimen Malaysia meluluskan Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu, yang menggantikan Enakmen Hutan 1934, untuk mempromosikan keseragaman undang-undang negeri-negeri di Malaysia yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan serta pembangunan sektor perhutanan.

Sejajar dengan Dasar Perhutanan Negara yang telah disemak semula, dan untuk terus melindungi sumber-sumber hutan daripada pembalakan haram dan kecurian kayu balak, Akta Perhutanan Negara 1984 telah dipinda pada 1993. Ia memuatkan syarat-syarat tambahan dalam pengurusan hutan secara mampan, termasuklah mengenakan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan-kesalahan seperti penebangan pokok secara haram, dan mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap pembalak haram yang didapati bersalah. Pihak polis dan tentera juga telah diberi kuasa baru dalam pengawasan sektor perhutanan untuk membasmi pembalakan haram, pencerobohan hutan dan kecurian kayu balak.

Page 23: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Dalam konteks pencemaran air, terdapat empat jenis pencemaran utama, seperti berikut:

1- Pepejal terampai dan terlarut menyebabkan air menjadi keruh atau berwarna.

2- Bahan organik menyebabkan pengurangan oksigen dalam sistem air yang biasanya diketahui menerusi petunjuk BOD (Keperluan Oksigen Biokimia) dan COD (Keperluan Oksigen Kimia).

3- Sebatian nutrien membabitkan sebatian nitrogen dan fosforus yang juga mengurangkan kandungan oksigen, sekaligus meningkatkan tahap trofik dalam sistem air.

4- Bahan kimia, biologi dan sebatian toksik yang tersenarai dalam jadual bahan cemar ditetapkan pihak berkuasa, seperti logam berat.

Page 24: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Salah satu punca kepada berlakunya pencemaran air adalah kandungan ammonia yang berlebihan di dalam air.

Biasanya kandungan ammonia ini dialirkan dari sisa-sisa kilang atau dari loji penapisan Indah Water Konsortium (IWK).

Memang ammonia boleh dirawat dengan mudah jika melebihi paras 1.5 mg/l, tetapi kosnya mahal dan mungkin juga boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan pengguna. Jalan paling mudah seperti yang biasa dilakukan ialah dengan menutup operasi loji sehingga kualiti air mentah pulih ke tahap sesuai.

Page 25: Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Auto Saved]

Agensi yang dianggap bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar.

Kaedah perundangan melibatkan penggunaan polisi dan perundangan dalam pengurusan sungai antaranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.