Akta Pendidikan 1996

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akta

Citation preview

Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996

Adalah lanjutan daripada Akta Pelajaran 1961.

Akta Pendidikan 1996

* merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.

*bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

*Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

*Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;

*memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

*Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

* Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

* mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.

*memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

*penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.

*menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama. *Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

*memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

*mempertingkatkan pendidikan teknikal.

*memperkukuhan latihan perguruan.

*pendidikan swasta yang lebih sistematik.

*memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.

Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.

Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.