Upload
hadi-danny-valentino
View
452
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tugasan
Citation preview
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
KRM 3063: ASAS BENTUK DAN RUANG
PORTFOLIO
KUMPULAN
UPSI 11
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORAZURAH BT AHMAD D 20102040887 0176631304
NAMA TUTOR E-LEARNING:
DR. RAJA NOOR FARAH BINTI RAJA MAAMOR SHAH
TARIKH SERAH: 21 OKTOBER 2012
BAHAGIAN A : TUGASAN 1
AKTIVITI PENGAJARAN
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
BAHAGIAN A : TUGASAN 1
Pengenalan
Pembelajaran bentuk dan ruang adalah penting dalam kehidupan seharian. Bentuk
dan ruang terbahagi kepada 2 ketegori iaitu 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) Matlamat
pembelajaran bab ini adalah untuk membina pemahaman murid terhadap konsep ruang di
dalam kehidupan agar ianya dapat digunakan didalam rutin kehidupan harian secara efektif
dan bertanggungjawab. Oleh itu, bentuk dan ruang seharusnya disampaikan melalui cara
yang paling mudah untuk difahami oleh murid-murid. Penglibatan aktif murid dalam bentuk
aktiviti fizikal adalah penting bagi membolehkan murid-murid memahaminya. Penggunaan
teknologi maklumat dapat menyokong penyampaian maklumat yang lebih berkesan.
Penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), perisian interaktif,
kamera video digital dan lain-lain adalah contoh alat teknologi yang membantu guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Disamping
itu model atau alat sebenar perlu diberikan kepada murid supaya pengalaman konkrit dapat
membantu pelajar membina kefahaman terhadap jenis, karater, cara melukis, perimeter,
luas dan isipadu setiap bentuk. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Adalah menjadi satu tugas yang
besar bagi guru untuk merealisasikan kepentingan bentuk dan ruang dalam kehidupan.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
AKTIVITI PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN KONKRIT
Tahun : Dua
Bidang : Sukatan dan Geometri
Topik : Ruang
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk
tiga dimensi
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal nama bentuk 3D semasa di Tahun 1
Langkah Pengajaran
Fasa 1 - Persediaan ( 7 minit )
1. Guru mengenalpasti murid yang menyambut hari lahir pada bulan atau minggu atau hari
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan.
2. Guru menyediakan sebiji kek biasa berbentuk empat segi, lilin, topi hari jadi dan coklat
tobeleron sebagai hadiah untuk menyambut hari jadi murid.
3. Murid menyanyikan lagu hari jadi kepada murid yang diraikan.
4. Guru merangkan perkaitan objek yang boleh didapati semasa majlis hari jadi seperti kek
yang sama bentuk dengan kuboid atau silinder.
Fasa 2- Imaginasi dan Penjanaan Idea( 13 minit)
1. Guru menunjukkan bongkah 3D yang berbentuk kubus, kuboid, piramid, kon dan
sfera.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
2. Murid diminta menyatakan persamaan bentuk bongkah 3D yang ditunjukkan dengan
lain-lain objek yang boleh didapati semasa majlis hari jadi seperti topi hari jadi yang
berbentuk kon, lilin berbentuk silinder dan coklat tobeleron berbentuk piramid.
3. Murid memberi contoh objek lain yang mempunyai persamaan bentuk dengan
bentuk-bentuk 3D.
Fasa 3 - Perkembangan dan penilaian ( 20 minit )
1. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dan menyediakan 5 kad
soalan untuk aktiviti permainan stesen.
a. Stesen 1 : Mengira bilangan bentuk 3D pada gambarajah
b. Stesen 2 : Menamakan objek yang menyamai bentuk 3D
c. Stesen 3 : Teka perkataan berkaitan nama bentuk 3D.
d. Stesen 4 : Melabelkan nama bentuk 3D
e. Stesen 5 : Melukis salah satu bentuk 3D pada kertas lukisan
2. Guru menerangkan peraturan permainan. Kemudian murid dikehendaki
menyelesaikan tugasan pada setiap stesen. Murid diberi masa 2 minit untuk
menyelesaikan tugasan soalan pada setiap stesen. Murid akan bertukar stesen
apabila wisel ditiup oleh guru.
3. Seorang wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk membentangkan jawapan
kumpulan masing-masing.
4. Guru memberi markah kepada setiap kumpulan mengikut aspek berikut :-
a. Jawapan yang betul
b. Kerjasama ahli kumpulan
c. Disiplin ahli kumpulan
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
JANGKAAN REFLEKSI
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang ini dijangkakan akan
menimbulkan sedikit kesukaran pelaksanaannya. Jangkaan saya kesulitan akan timbul dari
aspek pengurusan masa dan kawalan kelas. Agihan masa yang diperuntukkan mungkin
berbeza daripada yang dirancang dan kawalan kelas mungkin akan menjadi kurang terkawal
kerana murid akan menjadi bising kerana keseronokkan mereka menjalankan aktiviti
permainan stesen ini. Kedua-dua permasalahan ini berkait rapat kerana apabila kawalan
kelas kurang terkawal, guru perlu mengambil masa menenangkan keadaan kelas agar
aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Oleh yang demikian, sebagai langkah mengatasinya,
saya perlu menegaskan pada murid tentang peraturan permainan iaitu aspek disiplin. Dari
semasa ke semasa, murid diingatkan dan diberi amaran tentang disiplin dan kerjasama
kumpulan. Dalam aktiviti stesen ini, kemungkinan ada segelintir murid yang pasif dan tidak
melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Di sini saya perlu memerhatikan dan mengenal
pasti murid yang pasif ini. Murid tersebut perlu digalakkan melibatkan diri. Semasa aktiviti
pembentangan, murid yang pasif ini boleh dipilih tampil ke hadapan untuk membentangkan
hasil aktiviti kumpulan. Impak pengajaran yang dapat dicapai daripada aktiviti yang saya
jalankan ini, dijangka 95% murid akan dapat mengenal bentuk-bentuk 3D. Diharap aktiviti
yang dirancang ini akan mencapai hasil pembelajaran yang diingini dan kesukaran yang
dijangkakan akan dapat di atasi dan berjaya menarik minat murid mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
LAMPIRAN 1
KAD AKTIVITI STESEN
STESEN 1
Arahan :
Apakah bentuk 3D yang terdapat dalam gambarajah di bawah dan kira bilangannya.
STESEN 2
Arahan :
Namakan objek yang terdapat disekeliling anda yang menyemai bentuk :-
1. Kubus
2. Kuboid
3. Piramid
4. Sfera
5. Kon
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
STESEN 5
Lukiskan bentuk kon pada kertas lukisan yang disediakan.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
LAMPIRAN 2
BORANG JAWAPAN PERMAINAN STESEN
NAMA KUMPULAN : ………………………….
STESEN 1
Bentuk Bilangan
1.
2.
3.
STESEN 2
1. Kubus = ..........................
2. Kuboid = ..........................
3. Piramid = ..........................
4. Sfera = ..........................
5. Kon = ...........................
6. Silinder = ..........................
STESEN 3
1. ……………………………. 2. …………………………….. 3. …………………………….. 4. …………………………….. 5. ……………………………..
STESEN 4
1. ……………………………. 2. …………………………….. 3. …………………………….. 4. …………………………….. 5. ……………………………..
6. ……………………………..
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
AKTIVITI PENGAJARAN
MENGGUNAKAN BAHAN MEDIA DAN TEKNOLOGI
Tahun : Tiga
Bidang : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Ruang
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk mengenal pelbagai jenis prisma
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk melabelkan dan mencirikan
bahagian-bahagian prisma: permukaan, tapak, bucu dan
sisi.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal nama jenis-jenis prisma.
Langkah Pengajaran
Fasa 1 – Persediaan ( 7 minit )
1. Guru menyediakan 3 objek yang berbentuk prisma segiempat sama, prisma
segiempat tepat dan prisma segitiga seperti kiub domino, kotak minuman dan
coklat tobleron. Objek ini dimasukkan ke dalam uncang.
2. Guru memilih 3 orang murid dan diberi setiap seorang 1 uncang.
3. Murid diminta memasukkan tangan dalam uncang. Tanpa melihat, murid merasa
objek yang ada dalam uncang dan minta murid meneka apakah bentuk prisma
yang terdapat dalam uncang tersebut.
4. Guru bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan klu jawapan.
a. Adakah objek itu mempunyai bucu?
b. Adakah objek itu mempunyai permukaan rata atau melengkung?
c. Adakah objek itu mempunyai sisi yang lurus?
Fasa 2 – Imaginasi dan penjanaan idea ( 15 minit)
1. Murid diminta memerhatikan perbezaan antara kek yang berbentuk prisma
segiempat sama, prisma segiempat tepat dan segitiga dan topi yang
berbentuk kon.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
2. Murid menyatakan perbandingan ciri-ciri prisma segiempat sama dan kon
3. Guru menerangkan bahagian-bahagian prisma dan bukan prisma melalui
persembahan mutimedia interaktif yang dimuat turun daripada internet.
a. Permukaan rata
b. Permukaan melengkung
c. Bucu
d. Sisi lurus
e. Tapak
Fasa 3 - Perkembangan ( 10 minit)
1. Guru membahagikan murid beberapa kumpulan mengikut nama jenis-jenis
prisma dan bukan prisma.
2. Murid dikehendaki mendapatkan ciri-ciri bahagian prisma yang terdapat
dalam lagu video ‘ bongkah’.
3. Guru menayangkan video lagu ‘Bongkah’
4. Murid mendengar dan memahami lirik lagu.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
Langkah 4 – Penilaian ( 8 minit)
1. Guru menyediakan perisian aktiviti interaktif seperti di bawah.
2. Setiap murid dikehendaki melengkapkan jadual dalam perisian interaktif
yang dimuat turun dari internet.
3. Guru memantau latihan murid dalam persian.
http://www.fifeeducation.org.uk/fife_primary_website/pupil_pages/maths/shapes.htm
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
JANGKAAN REFLEKSI
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan medium bahan
multimedia dan komputer memberi variasi dalam penggunaan bahan bantu
mengajar. Tidak terhad kepada penggunaan bahan maujud, teknologi kini boleh
diterokai dan dimanipulasi untuk dijadikan sumber aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menyoronokkan dan menghiburkan khasnya dalam topik bentuk
dan ruang.
Kesukaran yang dijangka akan timbul adalah berkaitan kekangan masa dan
pengurusan bahan. Aktiviti pembelajaran yang menggunakan komputer perlu
dijalankan di makmal komputer. Oleh yang demikian, murid akan mengambil masa
yang agak lama untuk bergerak dari kelas ke makmal komputer. Permulaan kelas
mungkin sedikit tidak terkawal kerana murid akan teruja untuk menggunakan
komputer dan berebut-rebut mengambil tempat duduk di dalam makmal. Tambahan
pula, jika murid yang tidak mahir menggunakan komputer, guru terpaksa mengambil
masa untuk memberi bimbingan dan arahan yang jelas, satu persatu cara
mengendalikan perisian komputer.
Walaubagainapun, saya juga menjangkakan aktiviti pembelajaran yang
mengunakan bahan multimedia dan teknologi komputer ini akan menarik minat murid
mempelajari topik ini seterusya memudahkan murid memahami topik ini.
Pendekatan didik hibur dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini diharap akan
menimbulkan minat murid untuk mempelajari matematik yang seringkali diberi
tanggapan sebagai mata pelajaran yang susah.
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
RUJUKAN
Wan Yusuf Wan Ngah, Rosli Maun Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kuriikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Modul Teras Asas Matematik Tahun 2.
Haslina Jaafar. (2011) Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.fifeeducation.org.uk/fife_primary_website/pupil_pages/maths/shapes.htm
http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/ngfl/maths/cynnal/polyhedra_ks2/polyhedra.html
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)
KRM 30633- ASAS BENTUK DAN RUANG NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)