Upload
cheohjh
View
361
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
Kata Hubung
Kata Hubung
Gabungan
Kata Hubung
Pancangan
Kata Hubung
Berpasangan
Kata Hubung Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan
atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung GabunganKata hubung gabungan ialah kata hubung yang
digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.
Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat
atau Menunjukkan pilihan 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan pelajarannya ke maktab atau ke universiti.
2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?” tanya Amin
dan Menggabungkan dua unsur yang setara
1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu.
2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu.
lalu Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukansecara berturut-turut
1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atastilam yang empuk itu.
2. Anjing garang itu menerkam pencuri ituLalu menggigit punggungnya
Serta Menyatakan maksud turut atau bersama-sama
1. Aliah rajin serta gigih berusaha. 2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang pada hari minggu ini.
Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat
sambil Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama
1. Sally menyanyi sambil menari.2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik.
tetapi Menggabungkan ayat dengan ayat yang lain
1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai.2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.
Kata Hubung PancanganKata hubung pancangan ialah kata hubung yang
digunakan untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh:
apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara,sungguhpun, supaya, walaupun, ketika
Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat
Agar Menerangkan maksud/tujuan 1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu itu.2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit ituagar dia cepat sembuh.
Apabila Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa / kejadian
1. Apabila ditegur, dia merajuk.2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan.
Kerana Menunjukkan alasan / sebab 1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan itu. 2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan gelas minuman.
Manakala Menunjukkan masa dan perkara yang bertentangan
1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnyamanakala rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja. 2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu.
setelah/sebelum /sejak
Menunjukkan masa
1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan kerja sekolahnya pula.
2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya terlebih dahulu.
3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke kampung.
Supaya Menerangkan maksud / tujuan
1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya gigi kelihatan cantik dan bersih.
2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik.
Kata Hubung BerpasanganKata hubung berpasangan ialah kata hubung yang
digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun makin…makin
kian…kian bukan sahaja…tetapi juga
entah…entah sungguhpun…tetapi
sedangkan…inikan pula sama ada…atau
bukan sahaja…bahkan juga bagaimana…begitulah
sungguhpun…namun daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
Kata hubung berpasangan
‘baik…mahupun’ .Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja contoh: 1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu. 2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali
terpaksa turun kelaut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.
‘bukan sahaja…bahkan juga’ .Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga contoh: 1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa. 2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.