Upload
trinhthu
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
AKTIVITI PERSATUAN JURURAWAT CAW. HUSM SEPTEMBER –
DISEMBER 2013-12-25
SEPTEMBER
1. Pada 7 September 2013 bertempat di Lembah Sireh Kota Baharu, Kelantan diadakan
pelancaran kempen Nak Sihat. 30 Orang Ahli PJMHUSM telah mengambil bahagian pada hari
tersebut.
2. Pasukan Futsal PJMHUSM telah mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan Futsal di Gelanggan Futsal Hospital Ipoh pada 14/9/2013.
Pasukan Futsal PJMHUSM berjersi warna merah. Siang jaga pesakit malam main bola. Relek la bro.
OKTOBER
1.SempenaHariRayaAidilfitridanMerdekaPJMHUSMtelahmenyambutnyadiUnitKejururawatan.Semuajururawatdijemputuntukmenikmatijuadahpadaharitersebut.
SelamatHariRaya&Merdekadarikamiberenam
NOVEMBER
1. PJMHUSM juga tidak lupa kepada insan yang menderita akibat kemiskinan untuk
sama‐sama meraikan bulan yang mulia ini. Wakil PJMHUSM telah dihantar kerumah
keluarga angkat PJMHUSM memberi sumbangan untuk meringankan beban yang
ditanggung.
Anak‐anak kecil (10 orang anak) gembira mendapat makanan,pakaian & duit raya
2.“1 Hour Talk “Jawatankuasa Pendidikan PJMHUSM mengadakan 1 jam ceramah
yang disampaikan oleh Dr. Mujahid kepada ahli PJMHUSM.
Cenderahati disampaikan kepada Dr.Mujahid oleh Pengerusi PJMHUSM
3. Seminar sehari bersama selebriti terkenal dari TV Al‐Hijrah iaitu En.Amin
Idris, anjuran jawatankuasa Pendidikan PJMHUSM.
Persiapan sebelum seminar oleh Jawatankuasa Pendidikan.
Peserta bergambar bersama selebriti terkenal En. Amin Idris.
4. Lawatan Jawatankuasa Pendidikan PJMHUSM Ke Wad Onkologi
Jawatankuasa Pendidikan PJMHUSM telah mengadakan amal ziarah ke Wad Onkologi
HUSM sambil memberi sedikit cenderahati kepada pesakit di Wad tersebut. Jawatankuasa Pendidikan diketuai oleh Pn.Norani bersama cenderahati untuk di sampaikan kepada pesakit
Onkologi.
Pesakit dari Wad Onkologi menerima cenderahati dari Pn.Hjh.Saleha‐ jawatankuasa Pendidikan PJMHUSM
DISEMBER Belasungkawa(Kematian)
Tanggal 6 Disember 2013 PJMHUSM telah kehilangan seorang lagi ahlinya (jururawat U29) akibat kemalangan jalanraya. Allahyarhamah Siti Maimunah(gambar kecil) pergi bersama-sama anak yang berusia 17 hari serta ibu saudaranya dalam perjalanan pulang dari rumah Tok Guru Nik Aziz selepas upacara cukur jambul anaknya. Beliau meninggalkan 3 orang dan suami yang masih dalam trauma(pemandu kereta yang dinaiki).Semoga arwah dicucuri rahmat. Al – Fatihah.
Pengerusi PJMHUSM menyampaikan derma ihsan yang dikutip dari semua ahli kepada suami Allahyarhamah.
1. Karnival Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) & Sukan Tradisional
Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Karnival Sukan OKU & Sukan Tradisional.PJMHUSM telah dijemput untuk bersama-sama mengambil bahagian pada 7 Disember 2013 bertempat di Komplek Belia & Sukan, Panji, Kota Baharu, Kelantan. 16 orang ahli PJMHUSM telah dihantar untuk mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dalam sukan Tradisional pada hari tersebut.
Acara Sukan tradisional yang dipertandingkan. Inilah aksi para peserta dari PJMHUSM beraksi
dalam setiap acara yang mereka ambil bahagian.
2. Konvensyen Sukan Untuk Semua telah diadakan pada 12 Disember 2013 anjuran Jabatan Belia & Sukan
Negeri Kelanatan. PJMHUSM telah menghantar 5 orang ahlinya untuk menghadiri konvensyen tersebut
yang diadakan di Sudara Beach Resort, Tok Bali, Bachok, Kelantan.