Upload
halieyna
View
1.237
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Objektif Pengajaran
Membaca ayat 1-5 dengan bacaan tadwir
Menerangkan maksud takwa
Menyatakan ciri-ciri orang bertakwa
berdasarkan kandungan ayat 1-5
Menjelaskan usaha-usaha untuk menjadi
orang bertakwa
Menerangkan kelebihan menjadi
orang yang bertakwa
Merumuskan pengajaran ayat 1-5
surah al-Baqarah
AYAT KEFAHAMAN
Maksudnya (1) Alif, Lam, Mim.
(2) Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.
(3) Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.
(4) Dan orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat .
(5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang yang berjaya.
Kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad s.a.w
Al-Quran Panduan Hidup
Mukmin
Menjadi panduan hidup kepada umat manusia sehingga Hari Kiamat
Orang yang mengamalkan ajaran al-Quran dijamin
keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat
Isi kandungan lengkap merangkumi hubungan
manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan
manusia
Konsep TakwaBertakwa kepada Allah:Mengawal diri daripada melakukan perkarayang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkanlarangannya.Mukmin bertakwa sentiasa melakukanperkara yang dituntut oleh Syarak iaitu : Fardhu Ain Fardhu Kifayah
Beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran
Ciri-Ciri Mukmin Bertakwa
Beriman dengan Hari Akhirat
Beriman dengan perkara Ghaib
Menunaikan solat lima waktu
Beriman dengan kitab-kitab asal yang diturunkan kepada Rasul-Rasul terdahulu
yang tidak diubah
Kelebihan Orang yang Bertakwa
Dikasihi dan diredhai oleh Allah
Beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat
Menjadi orang yang berilmu dan beramal
Menjadi pemimpin yang berjaya dan berwawasan
Melahirkan ahli perniagaan yang
berdaya saing
Sentiasa redha dan tabah menghadapi
dugaan hidup
Tidak mudah terpengaruh dan
terperdaya dengan unsur-unsur negatif
Ciri-Ciri Pelajar Bertakwa
Rajin Mengulang kaji Pelajaran
Sentiasa Menunaikan Solat Pada Waktunya
Berakhlak Mulia
Meninggalkan Perbuatan yang Boleh
Mendorong Kita Melakukan Maksiat
Membaca dan Memahami Al-Quran
Mempunyai Jati Diri dan Berdaya Saing
Pengajaran Ayat
Al-Quran memimpin manusia ke jalan
yang selamat dunia dan akhirat
Solat fardhu wajib ditunaikan dengan sempurna dalam waktunya walau
dalam keadaan apa sekalipun
Orang yang bertakwa dapat membangun bangsa dan negara yang diredhai oleh
Allah S.W.T
Orang yang dikurniakan rezeki atau
harta kekayaan hendaklah
membelanjakan kejalan yang di redhai Allah
Kuiz
Yang manakah bukan ciri-ciri mukmin bertakwa?
A- Menunaikan solat lima waktuB- Beriman dengan perkara GhaibC- Melakukan maksiat D- Beriman dan beranal dengan ajaran al-Quran