alam sekitar (2)

Embed Size (px)

Citation preview

PENDIDIKAN ALAM SEKITARBAHAGIAN I

PENGENALAN

Kesemua benda yang wujud di persekitaran kita merupakan warga alam sekitar, termasuklah manusia, haiwan, tumbuhan, batuan, mineral dan apa sahaja yang wujud di persekitaran kita. Secara umumnya warga alam sekitar ini boleh dipecahkan kepada dua komponen utama iaitu, komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik merupakan kesemua organisma hidup yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain di persekitarannya. Sementara komponen abiotik terdiri dari komponen fizikal yang menyokong kelangsungan hidup komponen biotik contohnya, air, tanah, cahaya dan suhu. Oleh kerana bumi merupakan sistem biosfera yang tertutup maka, kedua-dua komponen ini saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan satu keseimbangan. Setiap warga alam sekitar yang wujud di sekitaran mempunyai peranan dan kepentingan yang tersendiri. Perlu di ingatkan bahawa kepelbagaian warga alam sekitar ini telah memberikan banyak perkhidmatan secara percuma kepada manusia seperti, sistem takungan air, angin untuk menyejukkan badan, bahan bakar untuk menggerakkan enjin dan pelbagai contoh lain lagi. Namun akibat dari sifat tamak dan kerakusan manusia kita semakin alpa dan terlupa mengenai kepentingan warga alam sekitar. Sebagai warga yang bertanggung jawab kita seharusnya selalu mengingatkan diri bahawa apa yang kita miliki di sekitaran kita adalah amanah dari generasi yang akan datang sekiranya tiada langkah untuk menghargai warga alam ini apakah yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang?. Dalam kerja kurus ini akan membincangkan mengenai komponen yang membentuk warga alam sekitar, bagaimana komponen tersebut berfungsi dan kesannya dalam membentuk satu kestabilan dalam ekosistem.

MATLAMAT KERJA KURSUSWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 1

PENDIDIKAN ALAM SEKITARPada akhir perbincangan topik-topik yang terdapat dalam kerja kurus ini diharapkan dapat, memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap: 1. Komponen yang terdapat dalam warga alam sekitar dengan lebih terperinci. 2. Menyatakan kepelbagaian warga alam sekitar dan kepentingan pengelasan untuk memahami warga alam sekitar.3. Hubungan di antara warga alam sekitar.

4. Kepentingan untuk memelihara dan memulihara warga alam sekitar.5. Peranan manusia untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar (benda hidup dan

bukan hidup).

BAHAGIAN II

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 2

PENDIDIKAN ALAM SEKITARORGANISASI WARGA ALAM SEKITAR

2.1

Pengelasan Warga Alam Sekitar (Organisasi Warga Alam Sekitar) Pendedahan dan pengetahuan mengenai pengelasan warga alam sekitar adalah penting bagi mendapatkan gambaran umum mengenai warga alam sekitar dan perkara yang akan ditekankan dalam perbincangan mengenai warga alam sekitar. Rajah 1.1 menunjukkan pengelasan warga alam sekitar:

RAJAH 1.1

Organisasi Umum Warga Alam Sekitar

Melalui rajah 1.1 dapat dilihat bahawa warga alam sekitar boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu, benda hidup dan benda bukan hidup. Benda hidup atau lebih dikenali sebagai organisma hidup, boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu haiwan dan tumbuhan. Sementara benda bukan hidup kemudiannya di pecahkan lagi kepada dua kumpulan yang utama iaitu, wujud secara semula jadi dan buatan.

2.2

Pembentukan Sistem Pengelasan Oleh kerana terdapat berbilion benda yang tergolong dalam warga alam sekitar, maka ia memerlukan satu sistem pengelasan yang sistematik mengikut persamaan ciri yang tertentu untuk memudahkan kita memahami setiap warga tersebut. Pembinaan sistem pengelasan adalah berdasarkan kaedah kekunci dikotomi, di mana menggunakan persamaan dan perbezaan ciri yang dipamerkan oleh organisma tersebut. Sebagai contohnya ialah pengelasan benda hidup berdasarkan benda hidup berdasarkan kepada ciri hidupan tersebut (haiwan dan tumbuhan). Kemudiannya pengelasan ini boleh di perkecil kepada bahagian-bahagian yang lebih kompleks seperti haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang,

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 3

PENDIDIKAN ALAM SEKITARtumbuhan berbunga dan tumbuhan yang tidak berbunga dan lain-lain lagi ciri-ciri yang difikirkan wajar dan releven.

2.3

Kepentingannya Sistem Pengelasan Sistem pengelasan ini merupakan kaedah yang dicipta bagi memudah cara untuk mengkaji warga alam sekitar. Di samping itu juga kaedah ini dapat mengumpulkan organisma yang mempamerkan ciri yang sama oleh kerana itu dapat memudahkan untuk mengenal pasti dan meletakkan warga yang baru dikenal pasti dalam kumpulan yang berkaitan. Tambahan pula dengan adanya sistem pengelasan ini dapat memberikan satu nama yang khusus untuk kumpulan warga tersebut contohnya benda bukan hidup yang semula jadi maka kesemua benda yang tidak mempamerkan ciri-ciri benda hidup dan wujud secara semula jadi digolongkan dalam kumpulan benda bukan hidup semula jadi. Tanpa sistem pengelasan yang sistematik kajian lanjut untuk mengetahui kegunaan dan ciri-ciri bagi setiap warga adalah begitu sukar, terutama bagi warga yang baru ditemui. Keadaan ini boleh di analogi sebagai sebuah perpustakaan yang mempunyai buku yang banyak tetapi tidak tersusun mengikut kategori, adalah menyukarkan bagi pelanggan perpustakaan tersebut untuk mendapatkan maklumat berdasarkan buku yang diperlukan, berbanding dengan perpustakaan yang tersusun rapi mengikut kategori yang tertentu.

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 4

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

BAHAGIAN III

KEPELBAGAIAN BENDA BUKAN HIDUP

3.1

Pengenalan Kepada Benda Bukan Hidup Tanpa kita sedari sebahagian besar dari benda yang wujud di persekitaran kita terdiri dari benda bukan hidup. Benda hidup merupakan benda yang tidak memiliki kehendak, tidak boleh membesar tidak boleh bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dan juga tidak boleh membiak.

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 5

PENDIDIKAN ALAM SEKITARDi antara benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar ialah seperti logam, contohnya magnesium (Mg), Boron (B) dan Zink (Zn), mineral contohnya seperti kuartza, topaz dan delima, gas contohnya seperti oksigen (O2), Helium (He) dan Hidrogen (H), cecair contohnya air dan pelbagai lagi benda-benda yang wujud di sekitaran kita. Sekiranya memerhatikan kepada kawasan di taman permainan rujuk gambar foto 1.1, kita dapat melihat sejumlah benda bukan hidup yang berada di sekitaran tersebut, seperti alat permainan, pagar, batuan, pasu bunga dan tanah. Kesemua benda bukan hidup terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan keadaan.

GAMBAR FOTO 3.1 Taman Permainan Kanak-kanak 3.2 Pengelasan Benda Bukan Hidup RAJAH 3.1 Peta Konsep Benda Bukan Hidup Benda bukan hidup boleh dikelaskan kepada dua kumpulan yang utama iaitu yang wujud secara semula jadi atau wujud secara buatan. Benda bukan hidup yang wujud secara semula jadi adalah seperti bahan mineral, pada kebiasaannya bahan-bahan ini wujud dalam kerak bumi dan diekstrak keluar oleh hidupan untuk memenuhi keperluan asas mereka dan di gunakan tanpa di olah menjadi bahan lain atau kemudiannya di olah menjadi sesuatu bahan lain yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Kebanyakan benda hidup yang wujud secara semula jadi ini mempunyai bekalan yang terhad di mana bahan ini tidak boleh diperbaharui atau mengambil masa yang cukupWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 6

PENDIDIKAN ALAM SEKITARpanjang untuk digantikan dengan yang baru disebabkan benda-benda ini tidak mempunyai kebolehan untuk membiak seperti yang wujud dalam benda hidup. Walau bagaimanapun, terdapat juga benda bukan hidup semula jadi ini mempunyai asal usul dari benda bukan hidup seperti petroleum yang terhasil dari proses pereputan fosil pada zaman dahulu dan bahan ini mempunyai sumber yang terhad. Sementara benda bukan hidup wujudnya secara tidak semula jadi adalah sesuatu bahan baru yang di cipta untuk memudahkan kehidupan dan memenuhi kehendak benda hidup seperti makanan, minuman dan perlindungan. Perlu di ketahui bahawa sebahagian besar dari bahan bukan hidup yang wujud secara tidak semula jadi ini adalah hasil dari ciptaan manusia.3.3

Kepentingan Benda Bukan Hidup Terhadap Alam Sekitar

Alam sekitar adalah himpunan daripada benda hidup dan benda bukan hidup.

Rajah 3.3.1: Mini-persekitaran yang menunjukkan pergantungan benda hidup dan benda bukan hidup. Merujuk pada rajah 3.3.1 di atas, menunjukkan benda hidup yang terdapat dalam mini-persekitaran ini ialah ikan dan tumbuhan. Manakala benda bukan hidup ialah air, batu, kayu buruk dan udara. Semua benda ini berinteraksi di dalam persekitaran ini. IkanWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 7

PENDIDIKAN ALAM SEKITARbernafas dengan menggunakan gas oksigen yang terdapat di dalam air yang mana oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan yang terdapat dalam akuarium itu. Tumbuhan membuat makanannya dengan kehadiran cahaya matahari manakala hasil kumuh ikan ini memberi nutrient kepada tumbuhan tersebut. Contoh yang mudah ini dapat membuktikan organisma mempunyai pergantunggan antara benda hidup dan benda bukan hidup. Dengan adanya benda bukan hidup seperti suhu, cahaya dan kelembapan, keadaan ekosistem lebih stabil. Organisma hidup hanya boleh hidup pada sesuatu tahap suhu tertentu sahaja dan akan mati sekiranya suhu sekeliling terlalu tinggi atau terlalu sejuk. Faktor suhu ini memainkan peranan dalam proses migrasi/pindahan beberapa jenis haiwan seperti kupu-kupu Monarch. Kepentingan cahaya pula ialah ia membolehkan proses fotosintesis berlaku pada tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil manakala haiwan pula memerlukan cahaya untuk melihat dan bergerak. Tetapi ada juga haiwan yang lebih menyukai tempat yang gelap seperti kelawar. Faktor seperti kualiti cahaya dan kekuatan cahaya adalah amat penting bagi setiap warga alam sekitar. Kelembapan udara juga amat penting dalam benda bukan hidup. Kelembapan udara adalah jumlah wap air yang hadir dalam udara. Kelembapan boleh mempengaruhi kadar kehilangan air daripada setiap organisma. Tumbuhan dan haiwan yang mempunyai keupayaan menghalang kehilangan air akan dapat hidup di kawasan kering seperti di gurun. Contoh organisma ialah kaktus dan unta. Angin merupakan benda bukan hidup yang penting kerana angina yang membawa wap air yang telah tersejat dan jatuh ke bumi sebagai hujan atau pun sebagai salji. Angin memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan dan penyebaran biji benih sesetengah tumbuhan.

3.3 Kesan Kepelbagaian Dan Taburan Keterdapatan Benda Bukan Hidup. Taburan bermaksud di mana organisma itu dijumpai. Ini mungkin mengambil masa bertahun, bermusim, ataupun siang dan malam. Kewujudan pelbagai jenis benda bukan hidup, benda hidup dapat menjalankan fungsi-fungsinya terhadap alam sekitarWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 8

PENDIDIKAN ALAM SEKITARcontohnya menghasilkan gas oksigen untuk kegunaan haiwan dan manusia melalui proses fotosintesis. Benda bukan hidup seperti mineral yang terdapat di muka bumi ini amat diperlukan oleh benda hidup untuk tumbesaran sel yang sihat. Manakala tanah pula adalah untuk menyokong tumbuhan daripada jatuh serta membekalkan mineral dan air kepada tumbuhan dan benda hidup lain yang tinggal di dalam tanah. Selain itu, tanah juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis benda hidup selain membolehkan manusia menjalankan aktiviti perladangan dan pembinaan.

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 9

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

BAHAGIAN IV KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP 4.2 Pengenalan kepada Benda Hidup Benda hidup merupakan struktur kompleks yang tidak terdapat dalam benda bukan hidup. Secara fundamental, benda hidup terbina daripada unit-unit sel. Daripada unit-unit sel yang sama ini akan membentuk lapisan tisu. Setiap sel dalam tisu mempunyai struktur yang sama dan menjalankan fungsi yang sama. Kombinasi tisu yang berbeza akan membentuk organ seperti hati dan buah pinggang. Seterusnya apabila organ yang berbeza menjalankan fungsi yang sama akan membentuk sistem organ. Sesuatu organism adalah terbentuk daripada pelbagai siri sistem organ yang kompleks. 4.3 Pengelasan benda hidup Secara umumnya sistem pengelasan benda hidup yang diguna pakai hari ini terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu haiwan, tumbuhan, fungi, bacteria dan organisma mudah (simple organism).

RAJAH 4.1 Peta Konsep Benda Hidup 4.2.1 Pengelasan Haiwan Haiwan boleh dikelaskan kepada dua iaitu Vertebrata dan Invertebrata. Haiwan yang mempunyai tulang belakang di kenali sebagai Vertebrata manakala haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang dikenali sebagai invertebrata. Kedua-dua kelas vertebrata dan invertebrata ini kemudiannya dikelaskan kepada kumpulan-kumpulan kecil.Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 10

PENDIDIKAN ALAM SEKITARInvertebrata Kebanyakan invertebrata mempunyai saiz yang kecil dan struktur badan yang ringkas. Pertumbuhan mereka sedikit kerana tidak mempunyai tulang belakang untuk menyokong berat mereka. Antara contoh-contoh yang tergolong dalam kumpulan ini ialah serangga, kala jengking, mollusks, cacing dan udang. Invertebrata boleh di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu serangga yang mempunyai bahagian kaki yang bersambung dan yang tidak mempunyai kaki Invertebrata yang mempunyai kaki bersambung mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai badan bersegmen dan jumlah kaki yang berbeza iaitu tiga pasang, empat pasang hingga lebih lagi. Selain daripada itu kumpulan ini mempunyai struktur kulit luar yang keras yang dikenali sebagai eksoskeleton. Contoh invertebrate yang tidak mempunyai kaki bersambung adalah cacing. Kumpulan ini juga mempunyai badan yang bersegmen.

Gambarajah 4.2.1.1: Gambarajah menunjukkan pengelasan haiwan invertebrata Vertebrata Haiwan ini dikelaskan kepada lima kumpulan iaitu ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia. Terdapat beberapa karakter yang digunakan untuk mengelaskan haiwan vertebrata iaitu habitat, suhu badan, bentuk pergerakan, cara pembiakan dan cara mereka beraspirasi.

1) Ikan Ikan merupakan haiwan berdarah sejuk yang tinggal di dalam air. Pergerakan mereka adalah bergantung kepada ekor dan sirip yang membolehkan mereka berenang dengan pantas. Pembiakan Ikan adalah dengan cara penghasilan telur di permukaan air dan telur tersebut akan disenyawakan di luar badan (external fertilization). Ikan bernafas atau menerap oksigen dengan menggunakan insang. 2) Reptilia Habitat bagi kumpulan reptilia adalah di darat dan kadangkala di air. Haiwan ini tergolong daripada kumpulan berdarah sejuk. Reptilia mempunyai struktur kulit yang kering dan bersisik.Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 11

PENDIDIKAN ALAM SEKITARIni bertujuan mengelakkan kehilangan air yang banyak dari tubuh mereka. Haiwan kumpulan ini menghasilkan telur setelah melalui persenyawaan dalaman dan berespirasi menggunakan paruparu. Contoh haiwan reptilia ialah buaya, ular kura-kura dan penyu. 3) Amfibia Amfibia merupakan haiwan dua alam iaitu tinggal di darat dan juga di air. Haiwan ini merupakan haiwan berdarah sejuk. Amfibia yang muda menggunakan insang untuk bernafas manakala amfibia dewasa pula bernafas dengan menggunakan kulit. Haiwan jenis ini membiak dengan melakukan persenyawaan luaran di mana telur akan dihasilkan di permukaan air dan seterusnya akan disenyawakan di luar badan. Contoh haiwan amfibia ialah katak dan salamander 4) Burung Habitat bagi burung adalah di darat. Haiwan kumpulan ini mempunyai bulu, paruh dan kepak. Walau bagaimanapun tidak semua burung boleh terbang. Burung merupakan haiwan berdarah panas manakala pernafasannya adalah melalui paru-paru. Haiwan ini membiak dengan menghasilkan telur melalui persenyawaan dalaman. Contoh-contoh burung ialah ayam, itik dan penguin.

5) Mamalia Kebanyakan haiwan daripada kumpulan ini tinggal di darat manakala sesetengahnya tinggal di air. Haiwan ini merupakan haiwan berdarah panas dan bernafas dengan menggunakan paru-paru. Seluruh badan haiwan mamalia ini dipenuhi rambut dan bulu. Kebanyakan mamalia kecuali duck-billed platypus melahirkan anak, di mana telur yang dihasilkan oleh mamalia betina akan disenyawakan melalui persenyawaan dalaman dan perkembangan embrio akan berlaku di dalam tubuh mamalia betina. Keistimewaan mamalia ini adalah kebolehan untuk menyusukan anak yang dihasilkan oleh kelenjar mameri. Contoh-contoh haiwan mamalia ialah arnab, dolphin dan kelawar. 4.2.2 Pengelasan tumbuhan

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 12

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Gambarajah 4.2.2.1 : Gambarajah menunjukkan Pengelasan Tumbuhan Tumbuhan di kelaskan kepada dua iaitu tumbuhan yang berbunga dan tumbuhan yang tidak berbunga.

1) Tumbuhan berbunga Ciri-ciri tumbuhan berbunga ialah mempunyai akar, stem dan daun. Selain itu tumbuhan berbunga menghasilkan bunga hasil daripada pembiakan. Ciri-ciri lain bagi tumbuhan berbunga adalah ia menghasilkan biji benih. Biji benih terdiri daripada dua komponen iaitu plumul, radikel. Plumul akan membentuk pucuk manakala radikel akan membentuk akar. Kotiledon adalah bahagian penting yang akan membentuk embrio yang berasal daripada benih tumbuhan. Biji benih ini yang akan bercambah membentuk tumbuhan baru. Tumbuhan berbunga dikelaskan kepada bilangan kotiledon pada biji benih iaitu samada satu (mono) or dua (di) kotiledon. a) Monokotiledon

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 13

PENDIDIKAN ALAM SEKITARTumbuhan jenis ini mempunyai bagi tumbuhan monokotiledon yang berurat selari. Struktur adalah berserabut manakala mempunyai tisu. Kebanyakan tumbuhan herba. Antara contohmonokotiledon ialah jagung, tebu, pisang dan padi. satu kotiledon. Cirri-ciri lain adalah akar mempunyai bagi tumbuhan daun ini

struktur batang pula kurang tumbuhan jenis ini adalah contoh tumbuhan

Gambarajah 4.2.2.2: Gambarajah menunjukkan contoh benih monokotiledon b) Dikotiledon Tumbuhan jenis ini mempunyai dua kotiledon. Ciri-ciri lain bagi tumbuhan dikotiledon ialah membunyai daun yang berurat selirat. Struktur akar bagi tumbuhan ini adalah tunjang manakala struktur batang keras dan berkayu. Antara contoh-contoh tumbuhan dikotiledon ialah bunga matahari, bunga raya, bunga mawar dan pokok durian.

Gambarajah 4.2.2.3: Gambarajah menunjukkan contoh benih dikotiledon

1) Tumbuhan tidak berbungaWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 14

PENDIDIKAN ALAM SEKITARTumbuhan tidak berbunga dikelaskan kepada Algae, mosses (lumut), fern (paku-pakis) dan conifer. Kesemua tumbuhan tidak berbunga ini mempunyai klorofil untuk menjalankan proses fotosintesis. a) Algae Tumbuhan jenis ini merupakan sama ada tumbuhan unisel (satu sel) ataupun multisel ( banyak sel). Tumbuhan ini tidak mempunyai sistem batang, akar dan daun yang sebenar. Habitat algae adalah di dalam air dan tempat-tempat yang lembap. Antara contoh algae ialah chlorella, seaweed dan phytoplankton.

Gambarajah 4.2.2.4: menunjukkan antara contoh algae iaitu algae hijau.

b) Mosses ( lumut) Mosses merupakan tumbuhan ringkas tidak yang mempunyai akar tidak ini

batang dan daun yang kecil tetapi sebaliknya mempunyai rhizome. memerlukan substrat untuk dan nutrien daripada atmosfera. spora. Contoh mosses ialah moss dan liverwort.

mempunyai

Tumbuhan

tumbuh tetapi menyerap air Mosses biasanya terdapat di

darat dalam keadaan yang lembap dan redup. Pembiakan mosses adalah melalui pembentukan

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 15

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Gambarajah 4.2.2.5: mosses jenis liverwort

Gambarajah menunjukkan contoh

c) Ferns

(

paku-

pakis)

Tumbuhan jenis paku-pakis ini mempunyai struktur akar, batang dan daun. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di darat dalam keadaan tanah yang lembap dan tempat yang redup. Pembiakan tumbuhan ini adalah melalui pembentukan spora. Contoh bagi fern ialah Birds nest fern dan stags horn fern.

Gambarajah 4.2.2.6: Gambarajah menunjukkan contoh fern (paku-pakis) d) Conifer Tumbuhan jenis ini mempunyai struktur akar, batang yang seperti jarum. Conifer tidak menghasilkan pembiakan. spruce. spora yang Contoh-contoh

sebenar, serta daun yang berbentuk mempunyai bunga tetapi sebaliknya juga berperanan sebagai benih untuk bagi conifer ialah pokok pine dan

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 16

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Gambarajah 4.2.2.7: Gambarajah menunjukkan contoh pokok pine

4.3

Kepentingan benda hidup terhadap alam sekitar Dalam ekosistem tertentu, wujudnya pelbagai organisma. Kebanyakan organisma dalam

suatu tempat akan hidup bersama-sama dan akan bergantungan antara satu sama lain, lalu berinteraksi mewujudkan keseimbangan dalam ekosistem. Ekosistem yang seimbang dapat mengelakkan Haiwan dan tumbuhan adalah hidup saling bergantungan. Tumbuhan memperoleh makanan melalui cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis. Gas karbon dioksida pula diperolehi daripada haiwan yang menjalankan proses respirasi. Di sebaliknya pula haiwan berespirasi menggunakan oksigen yang dilepaskan oleh tumbuhan yang menjalankan fotosintesis.

BAHAGIAN V

SALING BERGANTUNGAN ANTARA WARGA ALAM SEKITAR

1.1

Interaksi Antara Benda Hidup

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 17

PENDIDIKAN ALAM SEKITARBenda hidup atau lebih dikenali sebagai organisma hidup saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan bekalan makan, perlindungan, pengangkutan dan pelbagai kebaikan yang lain hubungan ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan ekosistem. Terdapat pelbagai jenis hubungan interaksi yang terdapat di sekitaran di antaranya ialah a) Mangsa-pemangsa Pemangsa merupakan organisma yang bertindak untuk memburu organisma yang lain manakala mangsa ialah organisma yang dimakan oleh organisma yang lain. Pemangsa pada kebiasaannya memiliki kebolehan fizikal yang tertentu seperti bergigi taring kuku tajam, manakala mangsa pula mempunyai kebolehan untuk melarikan diri dari mangsa. Contoh:

GAMBAR FOTO 5.1

Menunjukkan Hubungan Mangsa (kumbang) Pemangsa (belalang)

b) Simbiosis Dalam hubungan ini organisma yang berbeza tetapi tinggal bersama dan mempunyai hubungan yang rapat, terdapat tiga pecahan hubungan yang terletak di bawah simbiosis iaitu komensalisme, parasitima dan mutualisma. Hubungan ini mendatangkan faedah kepada host dan juga penumpang kecuali hubungan parasit di mana penumpang mendapat keuntungan manakala host mengalami kerugian akibat kerugian kerana penumpang mengambil nutrient daripada host. Contoh :Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 18

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

GAMBAR FOTO 5.2 Menunjukkan Hubungan Simbiosis Antara Clown Fish dengan Terumbu Batu Karang 1.1 Jaringan Pemakanan Apabila

Jaringan pemakanan terdiri daripada rantai makanan yang menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan dari tumbuhan (pengeluar) kepada haiwan (pengguna). bakteria menjadi mineral ringkas. Contoh: organisma dalam rantai makanan mati ia akan diuraikan oleh pengurai seperti fungi dan

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 19

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RAJAH 5.1 Contoh Rantai Makanan a) Populasi Spesies Dalam Jaringan Pemakanan Mengambil contoh jaringan pemakanan dalam kolam:

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 20

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RAJAH 5.2 Contoh Jaringan Pemakanan Organisma di dalam kolam saling bersandaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bekalan makanan. Peningkatan jumlah pemangsa ikan akan menyebabkan pengurangan jumlah ikan dalam kolam disebabkan banyak ikan menjadi mangsa. Sementara itu, jumlah berudu akan meningkat kerana populasi ikan yang berkurangan. Apabila populasi berudu meningkat akan menyebabkan pengurangan populasi alga di dalam kolam. Maka, dapat dilihat bahawa sebarang perubahan yang berlaku dalam mana-mana spesies yang berada dalam ekosistem yang sama akan menyebabkan perubahan secara keseluruhan terhadap ekosistem kawasan tersebut. Kesimpulannya rantai makanan merupakan satu jaringan yang memastikan keseimbangan ekosistem dengan mengawal populasi organisma dalam setiap aras dalam rantai makanan.

1.1

Hubungan Antara Benda Hidup dengan Benda Bukan HidupPage 21

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

PENDIDIKAN ALAM SEKITARApabila organisma hidup mati ia akan diuraikan oleh pengurai menjadi pecahan mineral (benda bukan hidup) yang kemudian akan berkumpul dan membentuk satu keadaan yang bersesuaian untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk organisma hidup. Hubungan ini lebih jelas kelihatan pada proses sesaran pada sebongkah batu besar. Di mana proses hakisan dan luluhawa akan memecahkan batuan tersebut sedikit demi sedikit dan membentuk satu keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan lumut

GAMBAR FOTO 5.1 Proses Sesaran Pada batuan Oleh Lumut dan Paku-Pakis Lumut ini akan mempercepatkan lagi proses pemecahan batuan tersebut disebabkan cengkaman akar dan lembapan yang menyebabkan kesan pemelarutan melalui tindak balas kimia berlaku terhadap batuan tersebut. Setelah satu tempoh tertentu tumbuhan yang lebih besar (terutamanya jenis fern) pula akan mula mendiami kawasan di atas batuan tersebut yang mula membentuk lapisan tanah top soil yang begitu kaya dengan mineral. Tumbuhan yang lebih besar ini memiliki akar yang lebih kuat dan akan menembusi celahan batuan dan membentuk rekahan yang akan mempercepatkan lagi proses pemecahan batuan di samping mendapatkan keperluan mineral dari tumbuhan.

BAHAGIAN VIWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 22

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA WARGA ALAM SEKITAR

6.1

Kepentingan Warga Alam Sekitar Yang Sihat Terdapat sebilangan besar perkhidmatan penting yang kita perolehi dari kepelbagaian warga alam sekitar yang kita perolehi secara percuma. Namun begitu keadaan ini semakin berubah dan warga alam sekitar semakin mengalami kepupusan dan terancam. Oleh kerana itu satu langkah drastik haruslah diambil untuk memastikan pembangunan dilakukan dengan mengambil kira kepentingan warga alam sekitar yang lain. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh warga alam sekitar secara percuma kepada manusia ialah, Perkhidmatan ekosistem seperti perlindungan sistem bekalan air (sistem takungan air), pembentukan tanah dan perlindungan (proses sesaran), penyimpanan nutrien dan kitaran semula, pemecahan bahan pencemar dan penyerapan, Kestabilan cuaca dan perubahan monsun dan kestabilan ekosistem. Sumber biologi seperti makanan, perubatan dan penemuan bahan untuk perubatan, produk kayu kayan, bank genetik. Faedah sosial seperti kajian, pendidikan dan pemerhatian, rekreasi dan pelancongan dan nilai kebudayaan.

6.2

Warga Alam Sekitar Terancam dan Hampir Pupus Sebahagian besar warga alam sekitar di dunia mengalami masalah hidupan terancam disebabkan oleh aktiviti manusia seperti : Pembalakan tidak terancang dan secara haram Pemburuan tidak terkawal dan secara haram Pembangunan tidak terancang

Kebanyakan warga alam sekitar mengalami masalah eksploitasi terlampau oleh manusia melalui pemburuan secara haram untuk mendapatkan faedah keuntungan dari bahagianbahagian tertentu pada haiwan, tumbuhan (contohnya; gading gajah, kulit harimau dan akar kayu) dan bahan semula jadi seperti petroleum, gas asli dan logam yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.Warga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 23

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

6.2

Peranan Manusia dalam Mengatasi Masalah Kepupusan Warga Alam Sekitar Kaedah terbaik untuk menyelamatkan warga alam sekitar dari mengalami kepupusan ialah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan. Pemeliharaan bermaksud pengurusan bijak, berhati-hati dan sistematik untuk mengelakkan pembaziran, kehilangan dan kerosakan kepada sumber. Pemuliharaan pula bermaksud melindungi warga alam sekitar di sekitaran supaya berada dalam keadaan keseimbangan. Perkara ini penting bagi memastikan : Melindungi habitat semula jadi dari mengalami gangguan. Mengelakkan dari mengalami kemerosotan mendadak warga alam sekitar seperti kekurangan sumber bekalan petroleum. Menjaga kestabilan populasi spesies terancam. Di antara langkah yang boleh diambil untuk ke arah pemeliharaan dam pemuliharaan warga alam semula jadi ialah: Pembalakan terancang Penanaman semula Pewartaan kawasan hutan simpan Pendidikan Penguatkuasaan undang-undang

6.3

Kaedah Dalam Menerapkan Semangat Memahami Dan Menghargai Warga Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Sekolah merupakan institusi penting dalam mendidik murid-murid agar lebih menghargai warga alam sekitar. Ini kerana masa inilah mereka belajar tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar serta kesan-kesan sekiranya alam sekitar tidak dipelihara. Terdapat beberapa kaedah dalam menerapkan semangat memahami dan menghargai warga alam sekitar, antaranya ialah melalui pendidikan iaitu dengan memasukkan topik pemeliharaan

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 24

PENDIDIKAN ALAM SEKITARdan pemuliharaan dalam mata pelajaran Sains. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mencipta kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar di kalangan murid-murid. Selain itu kaedah ini secara langsung dapat memupuk masyarakat yang menghargai alam semula jadi, menyayangi dan mengambil berat terhadap hidupan dan persekitaran. Pengenalan kepada program 3R iaitu guna semula, kitar semula dan kurangkan (reuse, recycle and reduce) merupakan antara langkah untuk murid-murid menghargai alam sekitar. Dalam pendekatan ini murid-murid boleh diajar cara-cara menggunakan semula bahan-bahan terbuang seperti surat khabar, botol-botol dan tin-tin aluminium. Selain itu mengadakan pameran yang bertemakan alam sekitar juga sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid memahami tentang kepentingan alam sekitar. Di sini kita sebagai warga yang prihatin mestilah menyokong apa jua usaha dan aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar agar kesinambungan alam sekitar yang seimbang dapat dipelihara.

Kesimpulan Secara umumnya dapat dilihat bahawa, setiap warga alam sekitar saling memerlukan satu sama lain untuk meneruskan kemandirian spesiesnya. Setiap warga alam sekitar itu mempunyai peranan yang tertentu dalam menentukan keseimbangan ekosistem, tidak kira sama ada ia terdiri dari benda bukan hidup atau benda hidup. Kepupusan sebahagian dari warga alam sekitar contohnya pokok-pokok akan memberikan satu timbal balas dalam bentuk kerugian iaitu masalah pencemaran udara, pemanasan global dan masalah cuaca tidak menentu, berlaku di sekitar dunia. Oleh kerana itu, sebagai warga yang menyayangi alam sekitar kita seharusnyaWarga Alam Sekitar (Bahagian A) Page 25

PENDIDIKAN ALAM SEKITARmendidik diri dan anak-anak kita untuk mengajak semua yang ada agar menghargai warga alam sekitar sementara masih boleh diselamatkan. Apa yang kita miliki sekarang adalah, amanah dari generasi yang akan datang, sekiranya kita tidak menjaganya dengan baik, apa yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang,

Bibliography(2006). Retrieved febuary Monday, 2009, from India Child: http://www.indiachild.com/animal_kingdom.htm Abidin, T. H. (2005). SARAWAK FORESTRY TEACHES STUDENTS TO LOVE NATURE. Miri. Corker, D. B. (2003). Offwell Woodland & Wildlife Trust. Retrieved febuary Friday, 2009, from Biodiversity Article: http://www.countryside.co.uk/wildlife.htm

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 26

PENDIDIKAN ALAM SEKITARJ.Nebel, B. (1987). Enviromental Sciences (Vol. 2). Englewood Cliffts, New Jersey: Prentice-Hall. Kheng, Y. T. (2009). Essential Revision Guild For Exam Sucess Sciences PMR. Selangor, Malaysia: Pearson Longman. Research., N. O. (2000). sciences daily. Retrieved febuary friday, 2009, from New Areas Of High Biological Diversity Discovered: http://www.sciencesdaily.com/news Toh Kim Kau, L. Shirley, Chai Mun Lee. (2008). Sucess Science UPSR. Selangor: Oxford Fajar.

Warga Alam Sekitar (Bahagian A)

Page 27