34
LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat . Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama . 1. Pencemaran Laut Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia ) Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia , Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ALAM SEKITAR

Citation preview

Page 1: Alam Sekitar

LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU

PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .

Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .

1. Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan   Malaysia , Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan

Page 2: Alam Sekitar

kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .

Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .

Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .

Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .

Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :

I. Cara mengepung dan mengumpul tumpahanII. Menggunakan dispersent dan bahan kimia

III. Pembersihan pantaiIV. Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :

I. Lokasi tumpahanII. Kuantiti tumpahan

III. Jenis tumpahanIV. Keadaan lautV. Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Page 3: Alam Sekitar

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .

Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :

I. Rancangan Kontigen Lombok - MakasarII. Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore

III. Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei DarussalamIV. ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah :

I. Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.

II. Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.

III. Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.

Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :

I. Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.

II. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.

III. Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.

IV. semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.

Page 4: Alam Sekitar

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.

2. Pencemaran Udara

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

Langkah Penyelesaian

Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah

Page 5: Alam Sekitar

diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.

Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.

Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita

Page 6: Alam Sekitar

dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.

Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.

3 . Pencemaran Darat

Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .

Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .

Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .

Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140 juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain .

Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam

Page 7: Alam Sekitar

sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .

Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun .

1. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .

1. Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .

1. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .

 

 

KESIMPULAN

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Page 8: Alam Sekitar

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.

sarjana.tripod.com/cemar1.htm

Isu-Isu Alam Sekitar

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu,

Page 9: Alam Sekitar

penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN

Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk

Page 10: Alam Sekitar

penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI

Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority

Page 11: Alam Sekitar

pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip ‘check and balance’ yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan

Page 12: Alam Sekitar

undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan

Page 13: Alam Sekitar

mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan.Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitar.MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu

Page 14: Alam Sekitar

dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan

Page 15: Alam Sekitar

perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.MASALAH KAKITANGAN

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa

Page 16: Alam Sekitar

dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.

Page 17: Alam Sekitar

MASALAH KOS PENGURUSAN

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.

Page 18: Alam Sekitar

Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

Page 19: Alam Sekitar

KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.

Page 20: Alam Sekitar

Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .KESIMPULAN

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam

Page 21: Alam Sekitar

Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=en

 Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1 Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di duniapada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaranalam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari inisemakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitarmemberi kesan buruk.Pencemaran udara memberi kesan yang sangatburuk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakandengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahanpertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalamikerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dankentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan inimenyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdi bumi juga terganggu.Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempattinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akanmenghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udaraoleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal inimenyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telahdiserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Page 22: Alam Sekitar

  Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungihidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atauCFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejukmenipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai kebumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yangamat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik jugamenyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi danmenyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.Seterusnya, pencemaran udara jugamenyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfurdioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida(SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wapair yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid initerkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-

Page 23: Alam Sekitar
Page 24: Alam Sekitar

 asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yangterdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga bolehmenghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresapke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruhwarga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesanrumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepadapemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumidisebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gaskarbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnyasuhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalahfaktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumimenjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadianalam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telahbanyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku

Page 25: Alam Sekitar

jugasedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangupersekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaranbunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupanmanusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah kehabitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbanganekosistem.

http://www.academia.edu/5805007/Kesan_Pencemaran_Alam_Sekitar_1

 negara. Di samping itu, pertumbuhan bandar baru juga turut berlaku di kawasan pedalaman danterpencil yang dilihat mampu berkembang selain untuk menampung populasi penduduk yangsemakin tinggi di kawasan bandar raya atau pusat bandar.Kemajuan teknologi juga menuntutkepada kewujudan kawasan perindustrian untuk dibangunkan kilang-kilang. Dalam usaha untukmewujudkan kawasan berkenaan, dalam sedar atau tidak, banyak hutan terpaksa ditarah dandikorbankan yang pada akhirnya menyebabkan berlakunya pemanasan global dan perubahaniklim kerana banyaknya pelepasan gas rumah hijau di kawasan bandar.KesimpulanGlobalisasi yang merangkumi perkembangan sains dan teknologi telah memberi kesanyang negatif kepada alam sekitar secara keseluruhannya. Masyarakat manusia berada dalamsuatu keadan yang mana manusia berada dalam keadaan berisiko dan hampir kepada kehancuran.Manusia menghadapi suatu keadaan yang sukar dan terpaksa bergelut dalam mempertahankanhabitat mereka iaitu bumi. Disebabkan terlalu banyaknya pembangunan tanpa adanya kesedaranterhadap pentingnya keseimbangan alam sekitar, maka mengahadapi saat kehancuran bumidisebabkab oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.Antara isu alam sekitar yang sangat ditakuti pada masa kini ialah pemanasan global danperubahan iklim yang mengakibatkan bumi tidak berada dalam keadaan kitaran yang sepatutnyauntuk terus stabil. Pelbagai kesan yang perlu dihadapi dari pemanasan global dab perubahaniklim ini. Atas kesedaran itu Kyoto Protocol dan beberapa siri konferen diadakan untukmencapai kesepakatan mengurangkan masalah alam sekitar, seluruh dunia mengambiltanggungjawab serta komitmen dalam menstabilkan alam sekitar sebagai masalah globalhttp://www.academia.edu/13820856/Pemanasan_Global_dan_Perubahan_Iklim_Risiko_masyarakat_manusia_dan_kesan_kepada_manusia

Page 26: Alam Sekitar

Kesihatan manusia terjamin.Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar.kesan daripada pencemaran itu manusia akan menghidap pelbagai penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.Manusia memerlukan udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.

Tarikan pelancong asing.Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan.Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global.peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan.Di negara maju,terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan seoul di korea selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini dapat member pulangan kepada negara.

Pembekalan udara yang segar.Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida.tidak lupa juga bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.