23
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) 2008 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL JABATAN BAHASA MELAYU 1

Alat-alat Artikulasi

  • Upload
    maya90

  • View
    9.773

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM1 PPISMP IPGM KSM daerah artikulasi, diftong

Citation preview

Page 1: Alat-alat  Artikulasi

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYUPROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP)

2008

ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL

JABATAN BAHASA MELAYUINSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN

22200 BESUTTERENGGANU

i

1

Page 2: Alat-alat  Artikulasi

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL iHALAMAN PENGAKUAN iiPENGHARGAAN iiiSENARAI KANDUNGAN ivSOALAN v

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 ALAT-ALAT ARTIKULASI 2.1 Fungsi Alat-Alat Artikulasi 22.2 Bunyi 6

2.2.1 Vokal 2.2.2 Bunyi Vokal

2.3 Penghasilan Bunyi Vokal 8 2.2.3 Vokal Hadapan

2.2.3.1 Vokal Hadapan Sempit 2.2.3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit 2.2.3.3 Vokal Hadapan Separuh Luas 2.2.3.4 Vokal Hadapan Luas

2.2.4 Vokal Belakang 9 2.2.4.1 Vokal Belakang Sempit 2.2.4.2 Vokal Belakang Separuh Sempit 2.2.4.3 Vokal Belakang Separuh Luas

2.2.5 Vokal Tengah 10 2.2.5.1 Vokal Tengah Pendek 2.2.5.2 Vokal Tengah Panjang

3.0 REFLEKSI 12

BIBLIOGRAFI 14LAMPIRAN

2

Page 3: Alat-alat  Artikulasi

iv

SOALAN

Organ artikulasi ialah organ yang berperanan menghasilkan bunyi bahasa dan

cara menghasilkan bunyi tersebut.

TUGASAN

1. Anda dikehendaki melukis dan melabelkan alat-alat artikulasi yang

menghasilkan bunyi bahasa sama ada bunyi vokal,konsonan dan diftong.

2. Jelaskan alat-alat artikulasi yang terlibat dan cara-cara menghasilkan bunyi-

bunyi vokal.

3. Jawapan anda hendaklah disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang

terdapat dalam Bahasa Melayu.

ARAHAN

1. Tugasan yang anda laksanakan hendaklah menggunakan ICT dengan

paparan grafik yang menarik, disertakan dengan contoh-contoh yang jelas.

2. Tugasan hendaklah diserahkan dengan bertaip komputer menggunakan font

arial, bersaiz 12 dan dilangkau 1.5.

3. Sumber atau buku autentik hendaklah disertakan bersama-sama di bahagian

lampiran.

4. Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat seperti

nama ahli kumpulan, nombor kad pengenalan, kumpulan atau unit dan nama

pensyarah pembimbing.

5. Melampirkan borang kolobrasi sebagai bukti berlakunya interaksi antara ahli

kumpulan dan pensyarah.

6. Menyediakan catatan refleksi hasil daripada tugasan yang diberi.

7. Menyenaraikan sumber rujukan /bibliografi.

3

Page 4: Alat-alat  Artikulasi

v

PENDAHULUAN

Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa, turut dikenali sebagai bidang fonetik. Bidang fonetik

mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat (the study of speech

as a universal human phenomenon) sementara bidang fonologi mengkaji system

bunyi-bunyi yang tertentu (selected speech sound) dalam petuturan, khusus bagi

sesuatu bahasa.

Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang

fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi

pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang

dinyatakan, bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena

bunyi bahasa manusia sejagat, maka pada teori dan praktiknya, bidang ini

mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya, dan aspek

pendengarannya.

Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik auditori, fonetik akustik

dan fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana

bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan.Bunyi-bunyi itu terhasil

daripada udara yang keluar daripada paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk

paru-paru semasa seseoran itu bernafas) kemudian lalu pada pta suara yang

boleh menentukan keadaan bunyi itu sama ada nyaring,kuat,perlahan atau

sebagainya ,kemudia udara itu keluar melalui rongga,iaitu ronga tekak,rongga

mulut atau rongga hidung untuk mewujudkan “gema”.

4

Page 5: Alat-alat  Artikulasi

ALAT-ALAT ARTIKULASI

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan

untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi

dapat dilihat seperti yang berikut :

ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

5

Page 6: Alat-alat  Artikulasi

FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI

1. Lidah

   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan

bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah,

tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan

lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam

penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.

Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan

ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini

membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi

dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

2. Gigi 

   Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa

tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan

kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan

bunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. 

3. Bibir  Atas dan Bibir Bawah

   Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga

mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan

dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.

Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir

(atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,

untuk menghasilkan bunyi b, w dan v.  Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya

keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir

menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara

6

Page 7: Alat-alat  Artikulasi

yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,

udara disekat di bibir.

4. Gusi

   Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras.

Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.

Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam

penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan

bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

5. Lelangit 

   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan

lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke

akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian

hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka

saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut

akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila

diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga

hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada

bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut

diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi

yang keluar bukanlah bunyi sengau.

6. Tulang rahang

Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam

menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan

utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika

rahang ditutup.

7. Anak tekak

7

Page 8: Alat-alat  Artikulasi

Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan

berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit

lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit

lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak

dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh

digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.

8. Rongga Hidung 

  

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga

hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak

tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

9. Pita Suara

  

Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting

dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang

dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang

boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis.

Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau

tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas.

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara

boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis

terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-

paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi

letupan pita suara.

Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang,

maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,

bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita

8

Page 9: Alat-alat  Artikulasi

suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,

misalnya [s].

BUNYI

Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua

belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, menuju ke rongga tekak dan

akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara itu

melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan

atau sekatan atau juga mungkin tidak. Jadi, udara yang keluar itu akan mengenai

bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi-bunyi bahasa Melayu dikelas kepada tiga golongan

Vokal

Vokal adalah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya,

udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut

tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

9

1. Vokal 2. Diftong 3. Konsonan

Page 10: Alat-alat  Artikulasi

Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan

dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada

bunyi-bunyi konsonan.

Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu:

Lambang fonetik Contoh perkataan Nota

[a] apa, nanah, ada  

[è] ela, elak, sate  

[i] syiling, pita, sari  

[e] ketul, emak, emasTidak terdapat di hujung perkataan

[o] orang, otak, logo  

[u] ujar, hutan, laku  

Bunyi Vokal 

   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak

mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh

lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.  

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

 Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu

10

Page 11: Alat-alat  Artikulasi

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

VOKAL HADAPAN

Vokal Hadapan Sempit (i)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan hingga hampir

menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit

lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui

rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau

himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam

keadaan terhampat. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat

menggetarkan selaput udara.

Contoh:

[ikan] [lari] [kiri] [tilik] [lihat] [topi]

Vokal Hadapan Separuh Sempit (e) 

Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [i ] tadi, iaitu kira-

kira 1/3 daripada kedudukanya semasa menghasilkan vokal depan sempit [i] dan

lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru.Bibir dihampar dan glottis

dirapatkan.Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan

pita suara bergetar.

Contoh:

[kole] [tauge] [bendi] [elak] [ekar] [segak]

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ε ]

Untuk menghasilkan vokal depan separuh luas [e], hujung diturunkan kira-kira

2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit (i) dan udara

tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glotis diratkan.

11

Page 12: Alat-alat  Artikulasi

Seterusnya, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan

pita suara bergetar.Vokal ini hadir dalam beberapa dialek.

Contoh:

[bεlot] [bεlon] [taukε [gεlεk] [gεsεk] [gεrεk]

Vokal Hadapan Luas (a) 

Untuk mengeluarkan bunyi vokal depan luas (a), bahagian depan lidah

diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke

belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain

adalah sama seperti menghasilkan vokal (i) dan (e). 

Contoh:

[apa] [pandai] [landai] [anting] [siapa]

VOKAL BELAKANG

Vokal Belakang Sempit (u) 

Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin,

tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis

dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru

dan pita suara bergetar

Contoh:

[ubat] [ulat] [undang] [udang] [ulang] [ular]

Vokal Belakang Separuh Sempit ( o ) 

Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang

paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara

dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.

Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

12

Page 13: Alat-alat  Artikulasi

Contoh:

[obor] [solo] [polo] [toko] [orang] [boleh]

  

Vokal Belakang Separuh Luas

Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh

sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Lidah tidak menyekat arus udara dari

paru-paru. Glotis dirapatkan dan lelangit lembut di naikkan. Udara di tekan keluar

dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan

bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal (o), misalnya (oleh). Vokal ini tidak

terdapat dalam bahasa Melayu.

VOKAL TENGAH

Vokal Tengah Pendek [ә]

Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan

lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga

hidup, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara

dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar. 

Contoh:

[әmpat] [pәpәt] [kәnduri] [pәrahu] [tәmpat]

( Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah suku kata sahaja)

Vokal Tengah Panjang

Vokal ini hampir-hampir sama dengan vokal tengah pendek hanya ia lebih

rendah dan dari segi bunyi ia lebih tegas dan panjang. Cara

menyembunyikannya ialah, tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaannya

semasa menghasilkan vokal separuh sempit, lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya bunyi

13

Page 14: Alat-alat  Artikulasi

yang keluar itu bersuara. Umumnya vokal ini hanya terdapat pada akhir

perkataan.

Contoh:

[dia] [kereta] [saja] [manja]

14

Page 15: Alat-alat  Artikulasi

REFLEKSI

Pertama sekali kami sangat bersukur kerana dapat kami menyiapkan tugasan

ini dengan jayanya. Apa yang dapat kami gambarkan semasa menerima tugasan

ini ialah halangan-halangan yang terpaksa kami hadapi sama ada dari segi

kewangan,masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada ole

para pensyarah Bahasa Melayu, kami dapat memahami serta memudahkan

kami merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini,kami dapati bahawa

setiap yang kami pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.Sebagai

contoh, sebelum ini kami kurang memahami tentang fonologi. Namun begitu

setelah kami mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara

tersebut bagi tugasan ini, kami dapat memahami subjek ini dengan lebih

mendalam.

Kami dapat memahami bahawa fonologi ini merupakan sesuatu yang indah

unuk dipelajari sebagai seorang manusia yang dicipta oleh ALLAH s.w.t di muka

bumi ini. Hal ini mengajar kami supaya lebih menghargai setiap satu kelebihan

serta kelemahan kami.

Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini kami terpaksa

berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, kami

tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras kami dapat juga kami menyiapkan

tugasan ini. Apa yang paling membuat kami teruja apabla kami dapat

mengetahui pelbagai bunyi–bunyi bahasa yang indah yang selama ini kami

langsung tidak mengetahui.

15

Page 16: Alat-alat  Artikulasi

Akhir kata, kami begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga kami

siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa

kami hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

16

Page 17: Alat-alat  Artikulasi

BIBLIOGRAFI

Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006), Fonetik dan Fonologi, PTS

Professional Publishing Sdn Bhd

Lubis, A. Hamid Hasan. 1994. Glosarium Bahasa dan Sastra. Bandung:

Penerbit Angkasa

Nor Hashimah Jalaludin (2000) Asas Fonetik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS

Professional Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur)

Anonim. 2007, Sistem Fonologi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu.html

Anonim. 2007. Bunyi Bahasa Melayu.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.html

17