39
PENGENALAN Berfikir bertujuan mencari makna. John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia adauntuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Beyer mendefinisikan berfikir sebagai menipulasi input deri dan persepdi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan. Berfikir melibatkan tiga komponen: operasi mental, pengetahuan, dan sikap. Berfikir terdiri daripada aktiviti mental, iaitu operasi yang dijalankan oleh minda. Operasi berfikir boleh dibahagi kepada dua jenis yang umum: kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna. Operasi kognitif meliputi kemahiran yang tersendiri dan ringkas, seperti kemahiran pemprosesan iaitu menganalisi dan mensintesis. Penaakulan, dan pemikiran kritis dan kreatif.

Alat-alat berfikir

  • Upload
    zeeyan

  • View
    574

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

maklumat berkaitan alat-alat berfikir (kemahiran berfikir)

Citation preview

Page 1: Alat-alat berfikir

PENGENALAN

Berfikir bertujuan mencari makna. John Dewey mendefinisikan berfikir

sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia adauntuk

mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai

berdasarkan fakta yang sedia ada. Beyer mendefinisikan berfikir sebagai

menipulasi input deri dan persepdi yang diingat kembali secara mental untuk

membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan.

Berfikir melibatkan tiga komponen: operasi mental, pengetahuan, dan

sikap. Berfikir terdiri daripada aktiviti mental, iaitu operasi yang dijalankan oleh

minda. Operasi berfikir boleh dibahagi kepada dua jenis yang umum: kognitif dan

metakognitif.

Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna. Operasi kognitif meliputi

kemahiran yang tersendiri dan ringkas, seperti kemahiran pemprosesan iaitu

menganalisi dan mensintesis. Penaakulan, dan pemikiran kritis dan kreatif.

Operasi kognitif juga meliputi strategi atau proses yang kompleks, seperti

membuat keputusan yang menyelesaikan masalah.

Operasi metakognitif meliputi operasi yang mengarahkan dan mengawal

kemahiran dan proses kognitif. Metakognisi biasanya dikenali sebagai berfikir

tentang pemikiran. Metakognisi melibatkan operasi untuk memandu usaha

seseorang demi mencari makna khusunya operasi merancang, mengarah, dan

menilai pemikiran.

Page 2: Alat-alat berfikir

ALAT CoRT

Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan

untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau

menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998).

Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan “cognitive research

trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan

alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya

dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini

menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono

mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat

CoRT yang mempunyai tujuan dan kepentingan-kepentingan tertentu.

Hampir sama seperti alat berfikir pengurusan grafik, penggunaan alat

berfikir CoRT ini juga terhad bagi suatu tujuan khusus, contohnya alat PMI (plus,

minus, interesting) hanya boleh digunakan khusus untuk menganalisis suatu

benda atau perkara daripada perspektif baik, lemah dan istimewa. Hal ini

membuktikkan bahawa penggunaan alat ini adalah tidak menyeluruh dan kurang

sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesebuah topik untuk suatu mata

pelajaran

Page 3: Alat-alat berfikir

Rajah 1 : Menunjukkan 6 bahagian program CoRT oleh Edward de Bono.

CoRT

CoRt I

Keluasan persepsi.

CoRT V

Maklumat dan perasaan

CoRT VITindakan

CoRT IIOrganisasi

proses berfikir

CoRT III

Interaksi, argumen,

pemikiran kritis

CoRT IV

Pemikiran kreatif.

Page 4: Alat-alat berfikir

Dalam pendidikan, CoRT I dan CoRT IV dapat digunakan untuk melatih

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. CoRT I merupakan asas bagi

program CoRT dan bertujuan memperluas pandangan pelajar supaya lebih

kreatif, konstruktif dan kritis. CoRT IV pula melatih pelajar mencambahkan idea-

idea baru dengan menggunakan satu perkataan rawak.

Dalam tugasan ini, ia menekankan pengaplikasian CoRT I. CoRT I pula

terbahagi kepada 3 bahagian iaitu logik dan persepsi, nilai, serta fokus dan

punca

Page 5: Alat-alat berfikir

Bahagian-bahagian CoRT I

Rajah 2 : Bahagian-bahagian CoRT I

CoRT I

LOGIK

DAN

PERSEPSI

CAF

APC

NILAI

OPV

C&S

PMI

FOKUS DAN

PUNCA

AGO

FIP

Page 6: Alat-alat berfikir

Melalui tugasan ini, saya hanya memilih penggunaan PMI, CAF, APC, OPV dan

FIP untuk diaplikasikan bagi menyelesaikan sesuatu perkara atau isu.

a) PMI (Plus, Minus, Interesting)

Merupakan pelajaran yang sangat asas yang diperkenalkan tepat pada awal

sehingga proses PMI sendiri dapat digunakan sebagai alat dalam proses

pelajaran berikutnya. Bukan hanya memutuskan sama ada anda menyukai idea,

operasi ini berfikir supaya anda berusaha untuk mencari titik-titik yang:

B – BAIK (Plus): Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.

B – BURUK (Minus): Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.

M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan

minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.

Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan

menyenaraikan semua kebaikan (Plus), keburukan (Minus) dan menarik

(Interesting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini ialah supaya pelajar meluaskan

pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. Alat ini berfungsi sebagai kaedah

untuk mengelakkan kecenderungan biasa di mana seseorang terdorong untuk

membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Gunakanlah alat PMI ini sebelum

kita membuat sebarang keputusan dan tindakan. Kaedah PMI membuat kita luas

pandangan. Ramai individu yang pintar-pintar, apabila mereka berfikir, mereka

gunakan otak dan pengetahuan mereka untuk mempertahankan apa-apa yang

mereka percaya adalah benar dan betul. Biasanya ini mereka lakukan dengan

Page 7: Alat-alat berfikir

membuktikan pandangan dan pendapat orang- orang lain yang tidak selaras

dengan pendapat mereka sebagai pendapat yang salah.

Kaedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian ke atas

apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar (itu salah, ini betul; itu halal, ini

haram; itu untung, ini rugi; dan macam-macam penilaian lain). Penilaian itu

mereka buat berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu alat untuk

berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu. PMI memaksa kita

supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. Ia

menghendaki kita supaya memikirkan dahulu situasi yang ada di depan kita

sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan. PMI ini adalah alat yang

kita gunakan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Ia menolong kita

memandang kepada banyak hala. Hasilnya persepsi kita akan menjadi luas.

Pandangan kita juga ikut luas. Dengan demikian fikiran kita tidak sempit. PMI ini

satu alat berfikir yang mudah dipakai oleh kita. Ia sangat sesuai dengan

kehidupan harian. Menurut Dr. Edward de Bono, alat ini amat digemari oleh

pelajar-pelajar sekolah.

Kaedah dan Langkah

P : senaraikan semua yang baik.

M : senaraikan semua yang buruk.

I : senaraikan semua yang menarik.

Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?

Page 8: Alat-alat berfikir

Contoh situasi:

Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton televisyen

sehingga beliau meletakkan tabung di atas televisyen dan sesiapa yang ingin

menonton mesti membayar mengikut jam. Apakah PMI ke atas idea ini.

Penyelesaian masalah melalui penggunaan teknik PMI

Seorang ibu mesti mempunyai sebab mengapa dia membuat sesuatu

tindakan tersebut. Hal ini demikian, demi kebaikan anak-anaknya untuk

menghadapi dunia yang serba canggih ini. Namun, untuk memastikan tindakan

ibu tersebut adalah tepat teknik PMI boleh diaplikasikan ke atas idea ini.

Page 9: Alat-alat berfikir

Rajah 3 : Kebaikan daripada idea melalui aplikasi PMI..

PLUS

(BAIK)

Memupuk sikap suka menabung

Pembayaran bil elektrik akan dapat dikurangkan

Mempunyai had masa untuk menonton televisyen

Mengurangkan masa daripada membuangnya dengan hanya menonton

televisyen sahaja

Page 10: Alat-alat berfikir

Rajah 4: keburukan yang dapat ditonjolkan melalui aplikasi PMI dalam idea ini.

Berdasarkan pengurusan grafik di atas terdapat beberapa keburukan jika

seorang ibu meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang

menonton mesti membayar mengikut jam.

MINUS

(BURUK)

Minda anak-

anak tidak

berkembang

Mengakibatkan

anak-anak

mencuri

semata-mata

untuk

mendapatkan

duit.

Anak-anak

sanggup

berlapar

kerana wang

saku yang

diberi disimpan

untuk

menonton

televisyen.

Anak-anak

tidak dapat

mengikuti

arus

kemodenan

dalam dunia

yang serba

canggih ini.

Page 11: Alat-alat berfikir

Rajah 5: Apa yang menarik mengenai idea tersebut kepada anak-anaknya serta

seorang ibu.

Pengurusan grafik di atas menerangkan mengenai keistimewaan jika seorang

ibu meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang menonton

mesti membayar mengikut jam. Di sini kita dapat melihat keistimewaan yang

akan diperolehi kepada anak-anak dan seorang ibu.

INTERESTING (MENARIK)

ANAK-ANAK

Dapat bermain permainan

lain.Contohnya bermain basikal

dan bersukan.

Memupuk nilai-nilai moral dalam

kalangan anak-anak.

Mendorong untuk bersikap lebih

berjimat cermat.

Mendisiplinkan diri anak-anak.

IBU

Dapat mengamalkan sikap berjimat-

cermat.

Ibu lebih bertanggungjawab

terhadap anak-anaknya.

Dapat menjimatkan perbelanjaan

keluarga.

Ibu tidak terganggu akibat

kebisingan anak-anaknya ketika

menonton televisyen.

Page 12: Alat-alat berfikir

Idea ini sesuai dilakukan kerana banyak

kebaikan akan dapat diperolehi. Hal ini

demikian, nilai positif turut dapat dipupuk

dalam diri anak-anak. Anak-anak akan dapat

mendisiplinkan diri dengan mendengar kata

ibunya. Selain itu, anak-anak akan

menabung apabila disuruh oleh ibu bapa

untuk kegunaan diri sendiri di masa

hadapan. Mereka akan menyimpan wang

semata-mata untuk menonton rancangan

kegemarannya. Maka, sikap suka menabung

akan turut dapat bentuk dalam diri anak-

anak .

KESIMPULAN

Page 13: Alat-alat berfikir

b) CAF (Consider All Factors)

CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat yang di perkenalkan

oleh Dr. Edward de Bono untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil

semua faktor untuk memperluaskan sudut pandangan kita. CAF membantu kita

mengarahkan minda ke semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa

untuk memikirkan semua perkara yang penting. Tujuan latihan ini ialah supaya

pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan

faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF membuat kita luas pandangan.

Biasanya apabila kita berfikir, otak kita menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke

kiri, ke kanan dan ke belakang.

Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir

yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari. CAF ialah

alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Oleh itu

ia dapat menolong persepsi kita jadi luas supaya pendapat dan keputusan-

keputusan yang kita buat menjadi lebih bernas.

Kaedah dan Langkah

Senaraikan semua faktor yang berkaitan.

Pertimbangkan setiap faktor.

Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?

Page 14: Alat-alat berfikir

CONTOH SITUASI

Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

CAF

Pengguna jalan

raya dapat

jimatkan wang

perbelanjaan ke

tempat kerja

Kesesakan jalan

raya

berkurangan

Jimat masa

perjalanan

Pencemaran alam

sekitar dapat

dikurangkan

Page 15: Alat-alat berfikir

Idea ini amat berguna kepada kita pada zaman sekarang.

Melalui perkongsian ini, kita boleh menjimatkan kos, masa, dan

sebagainya. Melalui perkongsian ini juga, kita boleh

mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Contohnya, di

kawasan bandar, penduduknya kurang pergaulan walaupun jiran

sendri. Kaedah ini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim

sesama sendiri.

KESIMPULAN

Page 16: Alat-alat berfikir

c) APC (Alternatives, Possibility, Choices)

Kaedah Alternatif (Alternatives), Kemungkinan (Possibilities), Pilihan

(Choices). Alat ini digunakan supaya kita dapat berfikir secara selari. Biasanya

kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa

perkara serentak. Alat ini melatih individu menerbitkan pelbagai alternatif dan

pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan

pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga digunakan untuk mencipta

pelbagai penjelasan dan persepsi. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti

seketika sebelum otak maju ke depan.

Operasi APC adalah suatu usaha untuk menumpukan perhatian langsung

dengan menjelajahi semua alternatif atau pilihan. Dalam melihat situasi itu tidak

wajar untuk melampaui penjelasan yang nampaknya belum memuaskan dan

mungkin ada kemungkinan lain yang mungkin bahkan lebih mungkin jika hanya

usaha dibuat untuk mencari mereka. Alternatif yang paling mungkin adalah tidak

selalunya yang paling jelas.

Ini sengaja cari alternatif tidak hanya berlaku untuk tindakan tetapi juga untuk

penjelasan. Ketika sebuah penjelasan yang jelas menunjukkan dirinya sangat

tidak wajar untuk melihat melampaui hal itu untuk mencuba dan mencari

penjelasan lain yang mungkin.

Page 17: Alat-alat berfikir

Kaedah dan Langkah

Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan

masalah ini?

Apakah baik buruk setiap cadangan tersebut?

Yang manakah cadangan yang paling baik?

CONTOH SITUASI

Pada sesetengah Negara, pengguna jalan raya membayar tol. Apakah cara-cara lain untuk mengutip bayaran selain daripada pengguna jalan raya. Buat APC.

Page 18: Alat-alat berfikir

Memotong bayaran gaji bulanan

KEBAIKAN

Kurang tekanan penggunaan wang dalam perbelanjaan bulanan. Memudahkan pengguna. Pengguna dapat berjimat cermat.

KEBURUKAN

Tidak sesuai untuk semua pengguna yang berpendapatan rendah. Merugikan pengguna yang tidak melalui jalan tersebut.

Membebankan pengguna yang mempunyai banyak tanggungan.

Jumlah bayaran dimasukkan ke dalam kad kredit.

KEBAIKAN

Memudahkan pembayaran tol dilakukan di satu tempat sahaja. Menjimatkan masa. Boleh ditangguhkan sekiranya sangat sibuk.

KEBURUKAN

Tidak semua pengguna menggunakan jalan itu. Menambahkan beban kerana semua orang tertumpu di satu

tempat untuk membayar tol. Membuang masa untuk menunggu pembayaran dilakukan.

Page 19: Alat-alat berfikir

Wujudkan satu kad khas yang boleh digunakan untuk bayaran tol dalam tempoh sebulan.

KEBAIKAN

Memudahkan pengguna melakukan pembayaran Menjimatkan masa Mengurangkan kesesakan lalu lintas.

KEBURUKAN

mesin pembaca kad tidak berfungsi. Masalah sekiranya baki tidak mencukupi. Masalah juga berlaku sekiranya kad rosak atau hilang.

KESIMPULANPada pendapat saya, kaedah yang sesuai digunakan adalah dengan

mewujudkan satu kad khas yang boleh digunakan untuk bayaran tol

dalam tempoh sebulan. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan

pengguna melakukan pembayaran dengan hanya menunjuk kad pada

skrin pembaca kad dan bayaran di tolak dari jumlah baki yang terdapat

dalam kad itu. Kaedah ini akan menjimatkan masa kerana pengguna

tidak perlu berhenti terlalu lama semata-mata untuk membuat

pembayaran tol. Selain itu, Pengguna juga tidak perlu mencari wang kecil

sekiranya tiada pulangan wang kecil dari pihak tol.

Page 20: Alat-alat berfikir

d) Consequence and Sequel (C&S)

C & S disebut ‘C’ dan ‘S’ dan digunakan untuk memikirkan kesan dan akibat

yang mungkin terjadi hasil pelaksanaan sesuatu cadangan. C & S di sini adalah

berasal dari perkataan bahasa inggeris iaitu “consequence and sequel”

Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan

mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup.

Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju

kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita

lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak

semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu

memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang

lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

Page 21: Alat-alat berfikir

CONTOH SITUASI

Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja 3 jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu

C&S untuk satu jangka masa yang panjang untuk isu ini.

Keberkesanan cadangan itu:

Cadangan ini boleh berjaya kerana pada masa akan datang, dunia semakin

maju dan canggih. Manusia akan mencipta alat-alat atau kelengkapan yang

bertujuan untuk memudahkan pekerjaan mereka. Dengan menggunakan

teknologi yang canggih, manusia boleh mencipta sesuatu denagn satu kawalan

sahaja. Syarikat-syarikat yang besar akan memandang kearah keuntungan

sahaja kerana persaingan semakin hebat.

Page 22: Alat-alat berfikir

Risiko

Semua pemprosesan tergendala jika robot rosak.

Memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan

sekiranya robot rosak.

Pekerja menjadi obesiti dan semakin malas kerana hanya

memerhati dan memantau kerja yang dilakukan oleh robot

sahaja.

Kerja menjadi tunggang langgang sekiranya salah satu

langkah yang dibuat oleh robot tidak tersusun kerana robot

hanya diprogramkan.

Kewangan syarikat tergugat sekiranya produk yang dihasilkan

oleh robot tidak berkualiti.

Syarikat akan mengalami kerugian kerana jangka masa untuk

membaiki sebuah robot agak lama.

Page 23: Alat-alat berfikir

Kerja menjadi cepat dan cekap.

Syarikat memperoleh keuntungan yang besar kerana produk dihasilkan

dengan cepat dan pantas.

Bil elektrik meningkat dengan mendadak untuk penjanaan robot.

daya pengeluaran meningkat.

Masa bekerja menjadI singkat.

KESAN SERTA MERTA

KESAN JANGKA PENDEK

Lambakan barangan di pasaran kerana hasil produk yang

dihasilkan terlalu banyak.

Kos pembayaran gaji berkurangan.

Persaingan yang hebat kerana banyak syarikat yang

menggunakan pekhidmatan robot.

Syarikat semakin berkembang.

Pusingan modal yang digunakan minimum.

Page 24: Alat-alat berfikir

KESAN JANGKA PANJANG

Khidmat robot semakin rapuh. Jangka masa khidmat yang dilakukan robot

terhad. Tahap kesihatan masyarakat semakin merosot

kerana tugas pekerja hanya memantau sahaja. Mengakibatkan kerugian syarikat sekiranya

robot mengalami kerosakan. Perisian dan kecekapan robot semakin

merundum

KESIMPULAN

Cadangan ini kurang berkesan kerana banyak kesan negatif daripada kesan positif. Banyak kesan negatif jangka panjang yang

akan berlaku. Walaupun syarikat akan mengalami keuntungan pada jangka masa pendek kerana kos untuk pembayaran gaji adalah

minimum, tetapi pada jangka masa panjang, syarikat akan mengalami kerugian sekiranya perkhidmatan robot mengalami

masalah. Perbelanjaan kewangan syarikat akan meningkat disebabkan penggunaan robot.

Page 25: Alat-alat berfikir

a) FIP (First, Important, Priorities)

FIP adalah kristalisasi dari proses memilih keluar idea yang paling penting,

faktor, tujuan, dan konsekuensi. Jelas beberapa idea ini lebih penting daripada

yang lain. Tujuan dari FIP adalah untuk mengambil kira pekara-perkara yang

penting, menentukan priority dan elakkan perkara yang tidak diutamakan. FIP

adalah penilaian situasi yang tidak memerlukan jawapan mutlak.

FIP mengingatkan kita apa prioriti kita dan mengelakkan kita daripada

memikirkan perkara- perkara yang tidak penting dan tidak patut diutamakan. FIP

ada kaitan dengan AGO kerana ia membantu kita mencapai AGO. Dalam

kaedah FIP ini, perlu dingatkan bahawa kaedah ini menentukan perkara yang

paling penting untuk difikirkan. Kita selalu teringat pelbagai perkara apabila kita

sedang berfikir. Bukan semua perkara sama pentingnya. Ada perkara yang

sangat penting. Ada perkara penting dan ada perkara yang kurang atau tidak

penting langsung. Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang pada apa

yang kita utamakan. Kalau ia tidak kita utamakan, ia tidak penting. Fikirkan

perkara yang lebih penting.

Kita selalu ada banyak pilihan (alternatif), oleh itu pilihan yang manakah

sepatutnya kita pilih untuk menyelaraskan dengan apa yang kita utamakan.

Kalau kita tidak tahu apa yang sepatutnya diutamakan, cuba semak apa AGO

kita. Apa-apa yang tidak selaras dengan AGO, tidaklah penting, oleh itu tidak

boleh diutamakan.

Page 26: Alat-alat berfikir

FIP menolong kita menjaga fokus kita berfikir. Ia menolong kita supaya tidak

keliru sewaktu memikirkan barbagai faktor yang terlibat dalam persoalan yang

kita hadapi dan sedang kita fikirkan. Setiap faktor kita perlu tentukan FIPnya.

Ada faktor yang kita anggap penting dan oleh itu perlu kita masukkan ke dalam

senarai prioriti kita. Kalau ada 10 faktor dan semua kita rasa prioriti belaka, kita

tidak dapat membuat pilihan. Oleh itu buatlah beberapa keputusan yang kita

anggap paling penting. Kemudian pilih faktor-faktor itu dengan membezakan dua

perkara ini:.

Perkara yang kita rasa penting.

Perkara yang sebenarnya penting.

Kaedah dan Langkah

Apakah perkara-perkara yang penting?

Antara perkara-perkara ini, yang mana paling penting?

Apakah prioriti yang perlukan tindakan segera?

CONTOH SITUASI

Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak

mereka. Apakah lima sifat yang paling penting yang perlu

dipertimbangkan? Aplikasikan FIP untuk soalan ini. Beri

huraian untuk jawapan ini.

Page 27: Alat-alat berfikir

Penyelesaian dengan menggunakan alat FIP

SIFAT-SIFAT GURU

BeretikaBertanggungjawab

Berintegriti

Sabar

Bekerjasama

Tidak mudah

berputus-asa

Berpekerti mulia

Kreatif

Adil

Berfikiran terbuka

Page 28: Alat-alat berfikir

Daripada 10 sifat guru tersebut, terdapat lima sifat yang paling penting ialah:

Berpekerti mulia

Guru mestilah mempunyai sahsiah yang baik iaitu berbudi

bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya. Sifat

ini terlalu penting kerana ia mampu menjadi contoh teladan

yang baik untuk murid-murid. Tambahan pula, jika anak-anak

muda telah diasuh berpekerti mulia, mestilah negara akan

aman, tiada pergaduhan dan dapat mewujudkan generasi

yang akan disanjung tinggi nanti.

Sabar

Sifat yang kedua ini penting kerana apabila kita seorang

yang penyabar, segala masalahakan dapat diatasi. Guru

sememangnya menghadapi banyak onak dan duri.

Tamsilannya, di dalam kelas, sewaktu mengajar ada

segelintir murid yang begitu nakal, tidak memberi

perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Guru tidak

boleh terus melulu marah murid itu. Bahkan guru perlulah

mencari punca-punca mengapa berlakunya perkara

tersebut . Guru sememangnya mempunyai sifat sabar

yang tinggi dan pandai mengawal emosi bagi

mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini dan

salah disisi undang-undang.

Page 29: Alat-alat berfikir

Bekerjasama

Sifat bekerjasama merupakan sifat ketiga yang

penting. Sifat bekerjasama dapat melahirkan satu

masyarakat yang bersepakat. Seterusnya

menjadikan negara yang aman dan makmur. Sifat

bekerjasama ini bukan sahaja antara guru dan

pelajar bahkan sesama guru .Tetapi juga antara

guru dan ibu bapa. Keadaan ini dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama

manusia dan dapat mmembentuk rakyat yang

bersatu padu.

Bertanggung

jawab

Sifat guru yang keempat penting ialah

bertanggungjawab. Hal ini kerana dengan

bertanggungjawab inilah dapat melahirkan

seseorang yang amanah dan jujur dalam

melakukan sesuatu pekerjaan. Oleh sebab itu,

tiada lagi akan berlakunya penyelewengan dalam

sesuatu organisasi.

Page 30: Alat-alat berfikir

Tidak

mudah

putus-asa

Sifat tidak mudah berputus-asa ini merupakan sifat yang

kelima. Walaupun ia merupakan yang terakhir, tetapi

tidak bermaksud ia boleh dianggap remeh. Kita dapat

lihat guru sentiasa mengajar anak muridnya dengan

begitu bersunguh-sungguh tanpa berasa jemu sedikit

pun bagi memastikan anak didiknya mencapai kejayaan

yang cemerlang. Maka, sikap ini sewajarnya ada pada

dalam diri setiap guru.

KESIMPULAN

Sesungguhnya guru memiliki sifat yang begitu mulia. Namun lima sifat

yang penting ini iaitu berpekerti mulia, bertanggungjawab, sabar,

bekerjasama dan tidak mudah berputus asa seharusnya diserap dalam

setiap diri anak-anak. Ibu bapa turut memainkan peranan untuk

memupuk sifat-sifat seperti itu sama ada sejak mereka di bangku

sekolah lagi atau pun belum bersekolah. Namun, sifat-sifat yang datang

daripada guru ini akan mudah diikuti oleh anak-anak kerana mereka

telah mengangggap guru sebagai role model mereka. Bahkan, dalam

segala tindak tanduk guru mereka itu akan dikuti oleh pelajarnya.

Justeru, guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak

muridnya supaaya para pelajarnya akan menghormati guru tersebut.

Page 31: Alat-alat berfikir

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Kemahiran Berfikir

ini, saya telah menerima banyak manfaat yang berguna kepada diri saya sebagai

seorang bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan

bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang alat-

alat berfikir dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah

didedahkan secara terperinci seperti ini. Di samping itu, saya juga mula merasai

kepentingan alat-alat berfikir ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru,

satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas

harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar pada mutakhir ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,

dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikkan sebaik mungkin nanti. Setelah

banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus

bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan alat-alat

berfikir ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat

melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi

melahirkan modal insan yang sempurna dan inteligensia.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini

yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan

silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan kerjasama antara

Page 32: Alat-alat berfikir

pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses

menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap

dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus

mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tuntasnya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak

maslahat kepada diri saya kerana ia dapat meningkatkan landasan berfikir saya

dan memupuk sikap alpukah dalam diri saya. Saya juga turut menyedari bahawa

kerja kursus ini tidak akan siap jika tiada nawaitu dalam diri seseorang individu

tersebut.