19
Alat Artikulasi Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian-bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada yang berikut : 1) Paru-paru ( lungs ) 2) Batang tenggorok ( trachea ) 3) Pangkal tenggorok ( larynkx ) 4) Pita-pita suara ( vocal cord ) 5) Krikoid ( cricoid ) 6) Tiroid ( throid ) atau halkum 7) Aritenoid ( arythenoids ) 8) Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ) 9) Epiglotis ( epiglottis ) 10) Akar lidah ( root of the tongue ) 11) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum ) 12) Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ) 13) Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ) 14) Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ) 15) Anak tekak ( uvula ) 16) Langit-langit lembut ( soft palate, velum ) 17) Langit-langit keras ( hard palate, palatum )

Alat Artikulasi Dan Fungsinya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

alat artikulasi

Citation preview

Alat Artikulasi

Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau

gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian-bahagian anggota tubuh yang ikut

membentuk bunyi, baik secara langsung ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat

artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa

terdiri daripada yang berikut :

1) Paru-paru ( lungs )

2) Batang tenggorok ( trachea )

3) Pangkal tenggorok ( larynkx )

4) Pita-pita suara ( vocal cord )

5) Krikoid ( cricoid )

6) Tiroid ( throid ) atau halkum

7) Aritenoid ( arythenoids )

8) Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx )

9) Epiglotis ( epiglottis )

10) Akar lidah ( root of the tongue )

11) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum )

12) Tengah lidah ( middle of the tongue, medium )

13) Daun lidah ( blade of the tongue, lamina )

14) Hujung lidah ( tip of the tongue, apex )

15) Anak tekak ( uvula )

16) Langit-langit lembut ( soft palate, velum )

17) Langit-langit keras ( hard palate, palatum )

18) Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum )

19) Gigi atas ( upper teeth, deria )

20) Gigi bawah ( lower teeth, denta )

21) Bibir atas ( upper lip, labia )

22) Bibir bawah ( lower lip, labia )

23) Mulut ( mouth )

24) Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity)

25) Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity )

Rajah 1 : Alat-alat Artikulasi

Fungsi Alat Artikulasi :

Paru-paru

Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Pernafasan pada dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Proses ini disebut menarik nafas dan mengeluarkan udara yang telah kotor. Proses ini disebut menghembuskan nafas.

Udara yang mengandungi oksigen akan mengalir ke paru-paru jika tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru. Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan, begitu pula sebaliknya. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru hanya apabila tekanan udara yang ada di dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar, sehingga memungkinkan gas karbon dioksida mengalir ke luar.

Selama manusia masih hidup, proses mengembang dan mengempis paru-paru yang dikerjakan oleh otot-otot paru-paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Arus udara yang dari paru-paru inilah yang menjadi sumber syarat mutlak terjadinya bunyi.

Epiglotis terletak pada pintu masuk pangkal tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke batang tenggorok. Pada waktu kita menelan makanan dan minuman, epiglotis menutup batang tenggorok sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke saluran itu. Dalam pembentukan bunyi bahasa, epiglotis ini tidak mempunyai peranan apa-apa.

Pangkal Tenggorok (Larynx)

Pangkal tenggorok atau laring (Larynx) adalah rongga pada hujung pipa pernafasan. Rongga ini terdiri daripada empat komponen, iaitu tulang rawan krikoid, dua tulang rawan aritenoid, sepasang pita suara dan tulang rawan tiroid. Tulang rawan krikoid berbentuk seperti lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang. Dua tulang rawan aritenoid bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas rawan krikoid. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Pita suara bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid, sedangkan bahagian belakang pada tulang rawan aritenoid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar, membuka, menutup dan menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat berbentuk menonjol pada kaum laki-laki sebenarnya tidak begitu mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.

Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara, maka terbentuklah suatu celah atau ruang di antara sepasang pita suara. Celah itu disebut glotis. Sehubungan dengan terjadilah bunyi dan pernafasan, maka glotis biasa dibezakan atas empat posisi, iaitu dalam keadaan: terbuka lebar, terbuka, tertutup dan terluka rapat. Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara; sedang dalam keadaan tertutup, sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir menggetarkan pita suara pada waktu menghasilkan bunyi bersuara. Proses

menggetarkan pita suara pada waktu menghasilkan bunyi bersuara. Proses menggetarkan pita suara itu sendiri disebut fonasi. Yang terakhir, keadaannya tertutup rapat, iaitu dengan menghasilkan bunyi hamzah.

Rongga Kerongkong (pharynx)

Rongga kerongkong atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak di antara pangkal tenggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung. Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan dan minuman. Dalam pembentukan bunyi bahasa, peranannya terutama hanyalah sebagai tabung udara yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring disebut bunyi faringal.

Langit-langit Lembut (Soft Palate, Velum)

Langit-langit lembut (Velum), iaitu bahagian lembut selepas langit-langit keras, berserta bahagian hujungnya yang disebut anak tekak (Uvala) dapat turun naik sedemikian rupa. Dalam keadaan bernafas normal, langit-langit lunak berserta hujung anak tekak menurun, sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal. Dalam kebanyakan pembentukan bunyi bahasa, iaitu bunyi non-nasal atau pada waktu kita menguap, langit-langit lembut berserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga hidung. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh langit-langit lembut ini disebut bunyi velar. Dalam pembentukan bunyi, ia sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulator aktifnya ialah pangkal lidah. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah (dorsum) disebut dorsal. Gabungan kedua-duanya menjadi dorso-velar. Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan anak tekak (uvala) disebut bunyi anak tekak atau uvular.

Langit-langit Keras ( Hard Palate, Palatum)

Langit-langit keras merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada bahagian depan langit-langit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba. Dalam pembentukan bunyi bahasa, langit-langit keras ini sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulakor aktifnya adalah hujung lidah atau tengah lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh langit-langit keras (Palatum) disebut palatal. Bunyi yang dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut apikal dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan tengah lidah (medium) disebut medial. Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal sedangkan gabungan yang kedua menjadi medio-palatal.

Gusi Dalam (Alveldo, Alveolum)

Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalah bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat di atas serta di belakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, gusi ini sebagai artikulator pasif sedang artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan

oleh gusi (alveola, alveolum) disebut bunyi alveolar atau bunyi gusi. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan hujung lidah pada gusi disebut bunyi apiko-alveolar. Selain itu, dapat juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yang dihasilkan oleh daun lidah (lamina) disebut bunyi laminal. Gabungan kedua-duanya menjadi bunyi lamino-alveolar.

Gigi (Teeth Denta)

Gigi terbahagi menjadi dua, iaitu gigi bawah dan gigi atas. Walaupun gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa tidak banyak berperanan, hanya bersifat membantu sahaja. Yang berfungsi penuh sebagai artikulator atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi disebut bunyi dental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir disebut bunyi labial. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental dan yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi apiko-dental. Fungsi utama gigi adalah untuk mengunyah. Contoh bunyi yang dihasilkan oleh gigi ialah [ ] seperti dalam perkataan hadith [ hadi ].

Bibir (Lip, Labia)

Bibir terbahagi menjadi dua, iaitu bibir bawah dan atas. Fungsi utama kedua-dua bibir adalah sebagai pintu penjaga rongga mulut. Dalam pembentukan bunyi bahasa, bibir adalah sebahagian artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya. Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental. Contoh-contoh bunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m], dan bunyi labio dental, [f] dan [v].

Lidah (Tounge)

Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sudah dikunyah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, lidah sebagai articulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. Lidah dapat dibagikan kepada lima bahagian, iaitu akar(root), pangkal lidah(dorsum), tengah lidah(médium), daun lidah(lamina) dan hujung lidah(apex). Akar lidah bekerjasama dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi dorso-velar. Tengah lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [ ]. Hujung lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [ l ]. Selain itu, hujung lidah boleh bekerjasama dengan gigi atas untuk menghasilkan bunyi [ ] seperti dalam perkataan mithal [mi al], juga dengan gusi untuk menghasilkan bunyi [t, s] seperti dalam perkataan [tadi] dan [sapu].

BUNYI-BUNYI VOKAL

Vokal

Vokal ialah bunyi bersura yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [ɛ], [a], [u], [o], [כ], dan [ə].

Vokal dalam bahasa Melayu

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan [ə].

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahgian depan lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan, sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah dan seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti yang berikut :

(i) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah.

(ii) Ketinggian lidah dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah.

(iii) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.(iv) Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i], [e], [a], vokal tengah [ə] serta vokal belakang [u] dan [o] seperti dalam rajah yang berikut.

Cara Penghasilan Bunyi Vokal

Vokal Depan Sempit (Tinggi) [i]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [i], proses yang berikut turut berlaku :

(i) Bibir dihamparkan.(ii) Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah gusi.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari patu-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [i]. Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi [i]

dalam perkataan.

Di awal perkataan :[ikan], [ikut], [ipar], [ibu], [itu].Di tengah perkataan :[biru], [bila], [kita], [sila], [silap].Di akhir perkataan :[tali], [bəli], [bəri], [bəsi], [guli].

Penghasilan Vokal [i]

Vokal Depan Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [e]

Bagi menghasilkan bunyi vokal depan separuh sempit [e], perkara yang berikut turut berlaku :

(i) Bibir dihamparkan separuh sempit.(ii) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah gusi.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e]. Contoh kehadiran bunyi vokal ini dalam

perkataan adalah seperti yang berikut :

Di awal perkataan :[ekor], [ela], [eloʔ], [edah], [elaʔ].Di tengah perkataan :[katel], [beran], [heret], [sepet], [leper].Di akhir perkataan :[sate].

Penghasilan Vokal [e]

Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) [ɛ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas, proses yang berikut turut berlaku :

(i) Bibir dihampar separuh luas.(ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah vokal [ɛ]. Berikut diberikan contoh perkataan yang

dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan:

Di awal perkataan :[ɛsok], [ɛlo?], [ɛdoh], [ɛjɛ?].Di tengah perkataan :[bɛso], [getɛ?], [gɛlɛ?], [pɛlɛ].Di akhir perkataan :[godɛ], [bulɛ], [udɛ], [tulɛ].

Penghasilan Vokal [ɛ]

Vokal Depan Luas (Rendah) [a]

Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut :

(i) Bibir dalam keadaan hampar.(ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak dapat keluar melaui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat

dalam perkataan yang berikut :

Di awal perkataan :[araŋ], [ajar], [alah], [amal], [asap].Di tengah perkataan :[dadu], [paku], [bukan], [lampu], [bahu].Di akhir perkataan :[pita], [rasa], [tiba], [kuda], [kəlapa].

Penghasilan Vokal [a]

Vokal Belakang

Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Keadaan bibir adalah bundar.

Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u]

Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus dilakukan :

(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [u]. Kehadiran bunyi ini

dalam perkataan adalah seperti yang berikut :

Di awal perkataan :[uli], [usap], [usun], [undur], [unto?].Di tengah perkataan :[buka], [bubur], [subur], [gandum], [kabur].Di akhir perkataan :[baju], [labu], [pasu], [kelambu].

Penghasilan Vokal [u]

Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o]

Vokal ini boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut :

(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

menggetarkan pita suara.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. Kehadiran

bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut :

Di awal perkataan :[oleh], [ota?], [obor], [oren].Di tengah perkataan :[boleh], [sotoŋ], [koŋkoŋ], [toloŋ].Di akhir perkataan :[solo], [soto], [foto].

Penghasilan Vokal [o]

Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [כ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas, proses berikut berlaku ;

(i) Bibir dibundarkan.(ii) Belakang lidah dinaikkan kea rah lelangit lembut.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melaui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal .[כ] Bunyi ini terdapat dalam dialek Kelantan seperti yang berikut :

Di awal perkataan :.[pehכ] ,[rɛכ] ,[?taכ] ,[batכ]Di tengah perkataan :[pכkכ?], [sudכh], [pəcכh], [bכrכh].Di akhir perkataan :[kitכ], [bilכ], [bəlakכ], [guanכ].

Penghasilan Vokal [כ]

Vokal Tengah

Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir adalah hampar.

Vokal Tengah [ə]

Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku :

(i) Keadaan bibir hampar.(ii) Tengah lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras.(iii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.(iv) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut

menggetarkan pita suara.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ə]. Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti dalam

contoh yang berikut :

Di awal perkataan : [əma?], [əmbun], [əmpat], [ənam].Di tengah perkataan :[pənat], [bərat], [cərgas], [kəmas].

Penghasilan Vokal [ə]