Alat Kebesaran Di Raja

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sivik

Citation preview

  • ALAT KEBESARAN DI RAJA

  • MAHKOTAMahkota itu dipakai pada acara rasmi seperti Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan Sultan. Mahkota itu dihiasi dengan permata, intan dan berlian dari Pontianak, Indonesia serta delima yang diikat dengan emas 10 iaitu emas asli dari Pahang.

  • MUSKATPakaian rasmi bagi upacara pertabalan dikenali sebagai `Muskat. Baju yang berasal dari negara Muskat iaitu negara Oman sekarang. Asalnya pakaian rasmi pegawai-pegawai negeri Kedah.Muskat, yang mula dipakai pada 1960 ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, diilhamkan oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

  • Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam, dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.Baju ini labuh hingga ke peha, berlengan panjang, ia dipakai bersama dengan seluar panjang bersulam di kaki dan bertengkolok dalam majlis-majlis sempena hari pertabalan, keputeraan, lawatan rasmi ke seluruh negeri dan perasmian penggal persidangan Parlimen.

  • TENGKOLOKTengkolok merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu. Dibuat daripada kain hitam bersulam benang emas dengan soleknya (bentuk ikatan) yang dinamakan `Dendam Tak Sudah berasal dari Negeri Sembilan.Di hadapannya dipasangkan anak bulan pecah 14 diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia.

  • PENDINGPending merupakan antara pelengkap pakaian istiadat pertabalan. Diperbuat daripada emas 10 mutu bertatah dan bersulam permata delima dan tertera lambang Kerajaan Persekutuan.Tali bengkungnya dibuat daripada kain sakhlat bertekad bunga-bunga dengan benang emas.

  • KERIS PENDEK DIRAJAKeris Pendek Diraja diperbuat daripada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading bertatahkan emas. Hulu keris dinamakan `Hulu Pekaka dan berupa kepala `Garuda. Disampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan.

  • KERIS PANJANG DIRAJAKeris Panjang Diraja merupakan alat kebesaran utama dalam istiadat pertabalan. Ia adalah lambang kebesaran dan kekuasaan.Dari hulu hingga ke sarungnya keris ini disalut emas dan di atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa dari besi waja yang diambil dari 11 bilah keris.Hulu keris berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan yang merupakan buah jering, keris ini dibawa oleh Yang di-Pertuan Agong hanya dalam istiadat tertentu sahaja.

  • GENDIKGendik merupakan pakaian bagi Raja Permaisuri Agong, diperbuat daripada emas putih bertatah permata berlian berbunga awan larat. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan dengan bintang.Gendik dipakai dalam istiadat kebesaran dan hari pertabalan. Ia dibuat khas supaya boleh dicerai menjadi loket dan kerongsang.

  • KALUNGKalung Diraja merupakan perhiasan yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong, diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan berlian. Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi sepasang subang, kerongsang dan kerabu.

  • COGAN ALAMCogan Alam mempunyai ketinggian 162.66cm diperbuat dari perak dan mempunyai bulatan di atas hulu tongkat. Di atas bulatan ini dibuat anak bulan dan bintang daripada emas.Di sekeliling bulatan pula diterapkan dengan lambang 11 negeri Tanah Melayu juga diperbuat daripada emas, bulatan itu pula ditanggung oleh empat lembaga harimau manakala tongkat dihiasi dengan batang padi daripada emas.

  • COGAN AGAMACogan Agama juga diperbuat daripada perak, mempunyai ketinggian 155.04cm. Ia merupakan sebatang tongkat bulat berhulu besar.Di atas hulu tongkat diperbuat anak bulan dengan bintang pecah lima daripada emas. Batang dan hulu Cogam Agama diterapkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

  • COKMARCokmar pula ialah dua batang tongkat pendek berhulukan kubah, ia adalah alat perang di zaman dahulu. Diperbuat daripada perak, mempunyai ketinggian 81.32cm.

  • PEDANG, KERIS PANJANG DAN SUNDANGPedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja. Alat kebesaran ini asalnya merupakan senjata Melayu yang diambil daripada mata pedang panjang dan sundang zaman purbakala.Keris Panjang dan Sundang disalut dengan perak serta berukir pada hulu dan sarungnya.

  • PAYUNG UBUR-UBUR KUNING20 kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang diperbuat daripada kain sutera berwarna kuning raja, iaitu warna yang dipandang mulia. Di kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang.

  • TOMBAK BERAMBU20 batang Tombak Berambu yang matanya berlok tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

  • COP MOHOR