30
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah _______________________________________________________________________ 1 SEJARAH SEJARAH SEJARAH SEJARAH KEMUNCULAN FAHAMAN KEMUNCULAN FAHAMAN KEMUNCULAN FAHAMAN KEMUNCULAN FAHAMAN AL AL AL AL-SALAFIYYAH SALAFIYYAH SALAFIYYAH SALAFIYYAH AL AL AL AL-WAHHABIYYAH WAHHABIYYAH WAHHABIYYAH WAHHABIYYAH

Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

  • Upload
    masrims

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

akademik

Citation preview

Page 1: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

1

SEJARAH SEJARAH SEJARAH SEJARAH

KEMUNCULAN FAHAMAN KEMUNCULAN FAHAMAN KEMUNCULAN FAHAMAN KEMUNCULAN FAHAMAN

ALALALAL----SALAFIYYAH SALAFIYYAH SALAFIYYAH SALAFIYYAH

ALALALAL----WAHHABIYYAHWAHHABIYYAHWAHHABIYYAHWAHHABIYYAH

Page 2: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

2

Tajuk

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

Haji Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Cetakan Pertama: 2008M/1429H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-43884-4-7

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara

sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak

penerbit iaitu Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah

Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Disemak dan ditashih oleh: Lujnah Penyemakan dan Pentashih Penerbitan Agama Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh: Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,

Majlis Agama Islam Negeri Johor Pusat Islam Iskandar Johor

Jalan Masjid Abu Bakar Karung Berkunci 725 80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh: Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Page 3: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

3

SEJARAH KEMUNCULAN SEJARAH KEMUNCULAN SEJARAH KEMUNCULAN SEJARAH KEMUNCULAN

FAHAMAN FAHAMAN FAHAMAN FAHAMAN ALALALAL----SALAFIYYAH SALAFIYYAH SALAFIYYAH SALAFIYYAH

ALALALAL----WAHHABIYYAHWAHHABIYYAHWAHHABIYYAHWAHHABIYYAH

Oleh

Haji Zamihan Haji Mat Zin Al-Ghari

Page 4: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

4

INTISARI

Hal Intisari Kandungan

5. Pendahuluan

7. Definisi

9. Sejarah kemunculan Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

12. Objektif

- Sejarah Awal

16. Pemeringkatan dakwah dan gerakan Al-Wahhabiyyah

-. Kerajaan Saudi yang pertama

-. Kerajaan Saudi yang kedua

17. Kerajaan Saudi yang ketiga

20. Realiti sejarah global

24. Sejarah perbandingan

27. Sejarah pembangunan kontemporari

29. Kesimpulan

Page 5: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

5

Pertama

C

SEJARAH KEMUNCULAN FAHAMAN AL-SALAFIYYAH AL-WAHHABIYYAH

PENDAHULUAN Mutakhir ini, isu-isu yang berkaitan dengan fahaman Salafiy Al-Wahhabiy hangat diperdebatkan dalam semua lapangan. Samada berkaitan dengan isu akidah, syariah, akhlak mahupun muamalat. Isu fahaman ini menjadi lebih sensasi apabila beberapa individu berfahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah mendapat tempat dalam kerajaan dan pusat-pusat pengajian tinggi mengetengahkan fahaman tajdid mereka.

Di samping itu, pendekatan mereka yang dilihat acap kali mengkritik golongan tua secara keras dengan pelbagai label menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan pihak autoriti agama dan majoriti umat Islam di negara ini. Maka lahirlah suara pembelaan menjawab kritikan yang dilemparkan.

Situasi ini menyebabkan perdebatan mengenainya menjadi terbuka. Malah lebih bersifat universal kerana ia melibatkan hubungan diplomatic sesebuah negara, negeri-negeri, pemimpin, institusi pengajian tinggi, intelek, penjawat awam mahupun swasta. Hasil dari perbezaan fahaman dan pegangan,

Page 6: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

6

muncullah aktiviti tuduh menuduh, hukum-menghukum dan puak-berpuak walaupun kita berasal dari satu bangsa satu agama. Malangnya mempunyai pelbagai tafsiran berkaitan agama. Jika berteraskan kepada tafsiran yang muktabar tidak mengapa. Sebaliknya, jika tafsiran yang tidak muktabar cuba dijadikan anjakan untuk mengganggu gugat pegangan dan fahaman arus perdana beginilah keadaan dan kesannya. Paling malang, masyarakat awam yang menjadi mangsa. Mereka kebingungan dalam memahami urusan agama.

Justeru, kajian ini sedaya upaya mencari punca

permasalahan, realiti sejarah dan mengusulkan cara untuk menanganinya. Hal ini penting agar semua pihak dapat memahami hakikat yang berlaku. Sekaligus menghindarkan diri dengan perdebatan aliran pemikiran yang banyak membuahkan kerugian buat kita, meneruskan agenda pembangunan ummah dan tamaddun.

Page 7: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

7

DEFINISI

Kemunculan fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Namun, pemerhatian penulis mendapati bahawa ramai dikalangan kita masih kurang jelas dengan pengertian Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah. Sehubungan dengan itu, kajian ini turut memperjelaskan lafaz dan maksudnya yang sebenar. Hal ini penting supaya hakikat pengertian maksud yang hendak disampaikan dapat difahami dengan sebaik mungkin.

Lafaz Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah : Lafaz Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah berasal dari dua perkataan arab iaitu Salaf dan Wahhab. Lafaz Salaf mempunyai maksud yang pelbagai. Menurut Lisan Al-‘Arab (Ibn Al-Mandhur:330-333)

lafaz Al-Salaf berasal daripada perkataan ( ������ ������ ����� � ). Iaitu

yang bermaksud : a) Orang yang terdahulu ( �������� )

b) Sejenis urusan jual beli dalam perniagaan )�������� ����������� ((Muhammad Abu Bakar Al-Razi, Mukhtar Al-Shihhah: 130).

c) Meratakan tanah untuk bercucuk tanam ) �������� ��������� (

d) Memberi pinjaman atau hutang �� )������ – ����� �� ! ������� �" (

e) Lelaki yang hebat �� )��� �# ! (

Apabila lafaz Salaf ditambah dengan huruf (ya) nisbah $)(

maka ia menjadi perkataan ( ������ %& ). Ia bermaksud generasi umat

Islam yang terawal. Iaitu golongan yang terdiri dari kalangan Nabi s.a.w, para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Atau dengan kata lain, golongan terawal umat Islam yang hidup pada permulaan hijrah sehingga 300 atau 500 tahun selepas hijrah. (Hasyiah Muhammad bin Muhammad Amir, Syarh ‘Abd Al-Salam Ibrahim Al-Maliki ala Jauharat Al-Tauhid : 98).

Page 8: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

8

Namun, apabila lafaz ( & ��� ) itu ditambah lagi dengan

huruf tha marbuthah ( ' ) maka ia akan menjadi ( () ��� ). Lafaz ini

bermaksud “orang-orang yang menisbahkan fahaman mereka kepada pegangan Al-Salaf (generasi sahabat dan tabi’in). Oleh itu, segala fahaman dan pegangan hidup mereka seharusnya bersumberkan metodologi generasi Al-salaf sepenuhnya. Tanpa prinsip ini, lafaz Al-Salafiyyah hanya sekadar jenama yang gah mengikut tafsiran bebas semata-mata.

Lafaz Wahhab ( ���*�+� )

Lafaz Wahhab menurut Al-Marbawi bermaksud memberi, anugerah, kurnia dan seumpamanya.

Jika dipergunakan lafaz Al-Wahhabi dalam kajian ini, maka pengertiannya merujuk kepada fahaman Syeikh Muhammad bin Abd Al-Wahhab. Manakala lafaz Al-Wahhabiyyah pula bermaksud sebilangan golongan yang menjadi pengikut kepada fahaman, pegangan dan perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Kesimpulannya, Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah ialah satu bentuk pemahaman dan pendekatan agama menurut pandangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan idolanya Syekh Ibn Taimiyyah Al-Harrani. Ini beerti, apa yang difahami oleh Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah semasa kebanyakkannya memberi focus kepada fahaman dan pegangan kedua-dua tokoh di atas. Dan akhirnya untuk mengukuhkan kreadibiliti perjuangan, mereka menisbahkan fahaman dan pendekatan mereka kepada golongan Al-Salaf al Soleh. Sedangkan ia tidak menggambarkan keseluruhan fahaman dan pemikiran Al-Salaf Al-Soleh yang terdiri dari para sahabat dan tabi’in.

Page 9: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

9

Kedua

SEJARAH KEMUNCULAN AL-SALAFIYYAH AL-WAHHABIYYAH

Aliran Salafiyyah Wahhabiyah ialah satu aliran yang di asaskan oleh Muhammad bin Abd Wahhab bin Sulaiman bin Ali (1115-1206H bersamaan 1703/1792M) pada kurun ke-18 masihi di negeri Najd. Najd ialah sebuah negeri yang terletak disebelah timur Madinah Al-Munawwarah. Ianya pernah disifatkan oleh Rasulullah S.A.W sebagai satu tempat yang zahir padanya “fitnah dan tanduk syaitan”. Iaitu kawasan yang menjadi pusat kejahatan dan kerosakan. Hal ini lebih jelas dengan keterangan Imam Al-Bukhari di dalam Sahihnya m/s 2098 juz 6 no : 6681 yang berbunyi : “Ya Allah, berkatilah negeri Syam kami dan Kau berkatilah negeri Yaman kami.” Lalu sahabat bertanya : “Negeri Najd kami wahai Rasululullah”? Baginda bersabda lagi sambil mengulangi doa yang sama : “Ya Allah Dikau berkatilah negeri Syam dan Yaman kami.” Lalu sahabat bertanya lagi soalan yang sama dan menyangka bahawa Rasulullah S.A.W akan mendoakannya pada doa yang ketiga. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda : “Di sanalah (Najd) timbulnya gempa bumi (kekacauan), fitnah dan munculnya tanduk syaitan.” Sememangnya Najd terbahagi kepada dua bahagian. Iaitu Najd Al-Yamani dan Najd Al-Hijaz. Akan tetapi apabila dimaksudkan dengan negeri Najd ia merujuk kepada

Page 10: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

10

negeri Najd Hijaz yang terletak di timur Madinah. (Syamsuddin Al-Khatib Al-Syirbaini, Mughni Muhtaj, Maktabah Al-Taufiqiyyah, t.th, juz 2, hlm 241). Oleh itu, jika ada yang mengatakan bahawa hadis ini tidak diisyaratkan kepada Muhammad Abd Wahab kerana nama Najd itu adalah tanah tinggi dari Thilamah hingga ke Iraq ternyata satu dakwaan yang tersasar jauh. Kami nyatakan bahawa Najd yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah jelas sebagai sebuah kawasan yang ditentukan dengan nama suatu kawasan khusus yang mempunyai sempadan dan kedudukan geografinya yang jelas. Buktinya, Baginda sendiri menyebutkan bahawa Syam dan Yaman. Manakala Najd pula jelas sebagai sebuah negeri yang terletak di Timur Madinah. Dan Muhammad Abd Wahab lahir dari sana serta berlakunya fitnah di dalam agama di sana. Bahkan berlakunya pembunuhan dan percerobohan terhadap Makkah dan Medinah Al-Munawwarah. Tambahan pula, bercambahnya fitnah dalam memahami agama sebahagian besarnya dihasilkan oleh fahaman beliau. Maka mengertilah.

Fahaman Wahabi ini diperolehi hasil responsebiliti beliau terhadap isu-isu agama. Beliau mula mengenali ilmu feqh dari ayahnya yang bertugas sebagai seorang qadhi yang bermazhab Hanbali.

Bagaimanapun, mengikut (Muhammad Abu Zahrah, dia berkhilaf pendapat dengan ayahnya kerana mengambil pandangan beberapa tokoh Hambali yang paling keras serta begitu fanatik terhadap Ibn Taimiyyah Al-Harrani (Ibn Taimiyyah, m/s 411 dan Tarikh Al-Mazahib Al-Islami m/s 210)

Kemudiannya pandangan ini disimpulkan dengan beberapa ijtihadnya

sendiri. Hal ini menyebabkan beliau bertindak lebih agresif daripada Ibn

Taimiyyah. (Maksudnya Muhammad Abd Wahab menggunakan senjata

dan kekerasan bagi melaksanakan misi dakwahnya melibatkan beribu-

ribu orang Islam terkorban. Sedangkan Ibn Taimiyyah hanya berusaha

dengan menggunakan mata penanya sahaja) walaupun keduanya tidak

pernah bertemu dalam satu masa. Kerana Ibn Taimiyyah meninggal pada

Page 11: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

11

tahun 728H bersamaan 1328M. Dan Muhammad Abd Wahab lahir pada

1115H kira-kira 387 tahun selepas kematian Ibn Taimiyyah. Akhirnya,

terbentuklah fahaman beliau tersendiri dalam memahami agama. Manakala bapanya terus mengambil pendekatan mazhab

yang menyeluruh sebagaimana pengikut mazhab Hambali yang lain. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu kecewa dengan sikap Muhammad Abd Wahab. (Ibn Humaid Al-Hanbali, Al-Suhub Al-Wabilah `ala Al-Dara’ih Al-Hanabilah, 1989, Maktabah Imam Ahmad, hlm 275).

Page 12: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

12

Objektif : Objektif kemunculannya dikatakan bersifat islah untuk menghapuskan syirik, bid’ah dan pemujaan kepada para wali. Akan tetapi, semangat ‘memandang salah’ dan ‘menghukum’ orang lain memakan diri apabila fahaman beliau ditentang oleh ahli keluarga sendiri dan para ulamak Haramain. Iaitu abangnya, Sulaiman b Abd Wahab, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan (bekas Mufti Makkah), Ibn Humaid Al-Hanbali (bekas mufti Hanabilah Makkah), Ibn `Abidin dan ramai lagi. Bahkan jika kita menyusuri pentas akademik didapati beratus-ratus kitab muncul untuk memperjelaskan situasi fahaman ini.

Untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut sila rujuk senarai kitab yang menolak fahaman Salafi Wahhabi di dalam Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah karangan Syeikh Al-Saqqaf dan Maqalaat Al-Sunniyyah karangan Syeikh Abdullah Al-Harari dan lain-lain. Sejarah awal : Pada tahun 1139H, dia mengikut bapanya berhijrah ke Huraimilah. Keinginannya untuk berasingan daripada bapanya (yang berpegang kpd mazhab Hanali) bertambah kuat dalam dirinya. Dia mengalami dua penentangan. Tentangan pendapat dari ayahnya dan tentangan pendapat dari penduduk tempatan berikutan pandangan keras beliau terhadap isu-isu yang dianggap bid’ah, syirik dan khurafat pada pandangannya.

Pada tahun 1153H, bapanya meninggal dunia dan

menjadikan dirinya lebih bebas dalam mengemukakan pendapat dan berdakwah. Beliau mula menyebarkan fahaman yang keras itu.

Oleh kerana aktiviti dakwahnya bersifat stereotype dan

ekstrem dalam pasaran pemikiran maka dakwahnya sukar mendapat tempat dikalangan masyarakat. Tambahan pula seruan yang tidak disulami kuasa politik sememangnya lambat

Page 13: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

13

mendatangkan hasil. Lalu beliau mula mencari alternatif melalui saluran politik yang ada.

Kongsi politik beliau diperingkat awal bersama Uthman bin

Hamad bin Mu`ammar (Gabenor `Uyainah). Bagaimanapun, selepas Muhammad Abd Wahab melaksanakan hukuman rejam ke atas seorang wanita yang dituduh berzina maka jelaslah kekejaman beliau. Dan situasi ini mencetuskan tentangan masyarakat terhadap Syeikh Muhammad Abd Wahab bertambah kuat.

Hasilnya, ramai dari kalangan rakyat tempatan tidak mahu

membayar cukai lantaran kekejaman Muhammad Abd Wahab. Kes ini membuatkan Uthman bin Hamad bertegang leher dengan Muhammad Abd Wahab. Setelah 8 bulan bersama, kongsi politik tersebut terpaksa berpisah akhirnya. Lalu Uthman bin Hamad menghalau Muhammad Abd Wahab dari Uyainah. Malah sesetengah ahli sejarah menyebut bahawa Uthman juga bercadang untuk membunuh Muhammad Abd Wahab.

Namun, Muhammad Abd Wahab mendapat rakan kongsi

politik yang baru bersama Muhammad bin Su’ud selaku penghulu masyarakat badwi Dar’iyyah. Iaitu sebuah kawasan terpencil yang terletak di pedalaman Madinah waktu itu. Dan kesepakatan antara mereka menghasilkan satu janji setia. Bahawa Muhammad bin Suud akan mentadbir urusan pemerintahan. Manakala Syeikh Muhammad Abdul Wahhab akan mentadbir urusan agama. Pakatan ini menghasilkan satu gerakan ketenteraan yang berpusat di padang pasir negeri Najd secara rahsia dari Kerajaan Islam Uthmaniyyah.

Jalinan hubungan mereka tidak berdasarkan kepada

akidah dan dakwah semata-mata tetapi meliputi kegiatan ekonomi. Imam Muhammad Azu Zahrah menjelaskan : “Fahaman Wahhabi bukan sekadar berkisar pada dakwah semata-mata. Bahkan mereka menghunus pedang untuk memerangi golongan yang menentang gerakan mereka. Dan dianggap golongan yang menentang mereka sebagai golongan mungkar yang wajib

Page 14: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

14

diperangi. (Muhammad Abu Zahrah, Tarikh Mazahib Al-Islamiyyah, Dar Hadis, juz 1, 1987, hlm 209).

Muhammad Jalal Kishk di dalam bukunya Al-Sa`udiyyun

wa Al-Hil Al-Islami hlm 112 mengatakan: “Muhammad bin Su`ud meletakkan syarat berbaiah kepada Syeikh bahawa dia mengambil apa yang diambil dari penduduk Dar`iyyah seperti apa yang diambil oleh pemimpin negeri ke atas rakyat mereka.” Maka Syeikh menjawab : “berharap Allah akan menggantikan dengan rampasan yang lebih banyak.”

Akhirnya, apa yang dihajati tercapai. Pakatan mereka mendapat harta yang melimpah ruah hasil daripada serangan dan serbuan yang dilakukan bersama pengikut mereka terhadap suku-suku arab badwi dan kota-kota yang berhampiran. Harta itu kemudiannya dibahagi sebagai harta ghanimah (rampasan perang).

Tidak cukup dengan itu, pakatan mereka secara

kemuncaknya melancarkan peperangan terhadap Daulah Uthmaniyyah dengan beberapa siri peperangan yang dahsyat. (Muhammad Abu Zahrah, hlm 209).

Ibn Basyar ada menyebutkan bahawa dia (Muhammad

Abd Wahab) waktu itu dilantik sebagai menteri keewangan. Segala harta khumus, zakat dan hasil-hasil yang lain yang dipungut oleh kerajaan semuanya diserahkan kepada SMAW. Amir Abd Aziz dan lain-lain tidak menyentuh hasil-hasil itu kecuali terlebih dahulu mendapat keizinan SMAW.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan menceritakan “Tatkala

wafatnya Syarif Syurur pada tahun 1202H, golongan Wahhabiy meminta izin untuk memasuki Makkah menunaikan haji. Tetapi tidak diizinkan oleh Syarif Ghalib yang menjadi pengganti Syarif Surur. Tindakan ini mengundang kemarahan golongan Wahhabiy lalu kedua pihak mempersiapakan bala tentera masing-masing. Akhirnya berlaku pertempuran yang dahsyat antara kedua golongan dari tahun 1205 – 1220H sehingga golongan Wahhabiy

Page 15: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

15

berjaya memasuki Makkah setelah Kerajaan Makkah tidak berkeupayaan menyekat kemaraan mereka. (Al-Dhurar Al-Saniyyah fi Radd ‘Ala Al-Wahhabiyyah, Dar Jawami’ Al-Kalim, Kaherah, t.th, cetakan ke 2, hlm 154).

Sebelum mereka menawan Makkah dan Madinah, pada

bulan Zulqaedah 1217H, golongan Wahhabiy menyerang Thaif dan kedudukan qabilah sekitarnya mereka membunuh orang-orang tua, kanak-kanak, hamba sahaya, tetuan hamba (kecuali mereka yang dipanjangkan usianya oleh Allah) mereka menyembelih bayi di atas dada ibunya, merampas harta benda, memperhina wanita dan melakukan perkara yang sukar diungkapkan. (Syeikh Ahmad Zaini Dahlan: 157).

Perang berlarutan sehingga matinya pengasas fahaman

ini. Akan tetapi perjuangan gerakan ini diwarisi pula oleh anak-anak mereka. Senario ini berlarutan sehingga runtuhnya empayar Uthmaniyyah dan menjelmakan pemerintahan Bani Saudi di Hijaz.

Kesimpulannya, Wahhabiy merupakan satu aliran pemikiran yang tersendiri yang dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab. Diperingkat permulaan, ia hanya tertumpu kepada fahaman dan tafsiran dalam memahami agama. Namun, beliau mula mengaktifkan dakwahnya setelah kematian ayahnya secara lebih agresif dan terbuka. Walaupun mendapat tentangan dari abangnya dan para ulamak ia sedikitpun melemahkan semangat beliau. Bahkan mula mencari platform politik bagi menyebarkan fahamannya secara lebih berkesan dan menyeluruh. Akhirnya berjaya menubuhkan pakatan ketenteraan berskala besar dan bertembung dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1205H. Kini gelombang Salafiy Wahhabiy cuba diaktifkan lagi dengan pelbagai jenama. Jenama ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap umat Islam.

Page 16: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

16

Ketiga

PEMERINGKATAN DAKWAH DAN GERAKAN AL-WAHHABIYAH

Gerakan ini secara umumnya mengalami tiga kronologi :

Kerajaan Saud yang pertama: 1) Period Muhd Abd Wahab & Muhd Su`ud (1153H–

1206H=1792M) 2) Period Abd Aziz Al-Saud & Saud Abd Aziz (1762M-1814M) 3) Period Abdullah Al-Saud (1814-1818)-berjaya ditangkap-

dan dikenakan hukuman pancung atas kesalahan melancarkan pemberontakan terhadap Pemerintah Islam.

Kerajaan Saud yang kedua :

1) Muncul Faysal Al-Turki Al-Saud (1835M-1838M)-melancarkan peperangan terhadap Turki tetapi tewas. Akhirnya dibawa ke Mesir dan dipenjara-(1843M) Tetapi beliau melarikan diri dari penjara dan kembali ke Najad.

2) Faysal memulakan pemerintahan Al-Saud ke-2 di Najad

Page 17: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

17

3) Kol Lewis Pelly (Peg Kanan Tentera British) di hantar British ke teluk untuk bertemu dengan pemimpin Wahhabiy.

4) Faysal meninggal dunia akibat kecederaan dalam pertempuran dan diganti oleh saudaranya Abdullah Al-Saud pada tahun 1874M. Namun gerakan beliau dipatahkan oleh tentera Turki Uthmaniyyah.

5) Muncul pula Abd Rahman bin Faysal Al-Saud berjaya menakluki Riyadh(1889M).

6) Namun, Riyadh berjaya ditawan kembali oleh tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Jeneral Muhammad bin Rasyid pada tahun 1890M.

7) Akhirnya, Abd Rahman bin Faysal Al-Saud berjaya lari ke Kuwait.

Kerajaan Saud yang ke-3 :

1) Abd Aziz Al-Saud muncul dan menghidupkan kembali gerakan Wahhabiy. Menyusun batalion dan berjaya menawan semula Riyadh pada tahun 1902M.

2) Capt WHI Shakespeare (seorang agen British) di Kuwait

menemui Amir Abd Al-Aziz pada tahun 1910M dan mengatur pertemuan dgn Sir Perry Cox. Hasil pertemuan, mereka bersetuju untuk melantik seorang agen british Philby 1 sebagai penasihat kepada Amir Abd Aziz pada

1 Philby ialah agen British di Baghdad dan perancang utama pemberontakan arab

terhadap Daulah Uthmaniyyah bagi menjaga kepentingan British di Basrah dan Shat-I Arab. Dan perjanjian Anglo-Saudi Treaty ditandatangani pada bulan Disember 1915M.

Page 18: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

18

tahun 1915M. Kemudiannya diganti oleh T.E Lawrence. Sejarahwan Inggris, Martin Gilbert, di dalam tulisannya “Lawrence of Arabia was a Zionist” seperti yang dimuat di Jerusalem Post edisi 22 Februari 2007, menyebut Lawrence sebagai agen Zionisme.

3) Berlakunya Uqary Conference antara British dan

Pemerintah Bani Saud. Amir Abd Aziz dianugerahkan 60,000 pound setahun kerana khidmatnya pada British dan kemudiannya dianugerahkan gelaran Knight of Grand Commander of The Most Eminent Order of The Indian Empire.2

4) Amir Abd Al-Aziz menghapuskan pemberontakan Ikhwan

Al-Najdi. Sebagai sokongan, Kerajaan British membekalkan 4 pes.a.wat, 200 kenderaan tentera dalam operasi ini. Pemimpin pemberontak, Faisal Al-Duuwaish telah ditangkap oleh British di Kuwait dan diserahkan kepada Amir Abd Al-Aziz pada tahun 1930M.

5) Pada tahun 1931M, Philby membawa masuk jutawan

Uamerika Syarikat, Charles R. Crane & Karl Twithcell utk meneroka penemuan minyak di teluk.

6) Pada tahun 1933M, Syarikat Standard Oil of California

mendapat konsesi minyak selama 60 tahun dan dikenali dgn AramCo. Ini merupakan strategi Philby utk membawa campurtangan Amerika terhadap Saudi.

7) Pemerintahan Bani Saud yang dibayangi gerakan

Wahhabiy berjaya dibentuk secara rasminya pada tahun

2 www.thirdworldtraveller.com.middle_east

Page 19: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

19

1932M dengan gelaran negara Arab Saudi dengan lambang pedang bersilang dan sebatang pokok tamar.3

Selain film arahan ‘Lawrence of Arabia’, ada beberapa buku yang menggambarkan hal ini yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Antara lain:

a) Wa’du Kissinger, Bulitan Amerika di Tanah Suci, Membongkar Strategi AS Menguasai Timur Tengah, karya DR. Safar Al-Hawali—mantan Dekan Fakultas Akidah Universitas Ummul Quro Makkah, yang dipecat dan ditahan setelah menulis buku ini, yang edisi Indonesianya diterbitkan Jazera, 2005).

b) Dinasti Bush Dinasti Saud, Hubungan Rahasia Antara Dua Dinasti Terkuat Dunia (Craig Unger, 2004, edisi Indonesianya diterbitkan oleh Diwan, 2006).

c) Timur Tengah di Tengah Kancah Dunia (George Lenczowski, 1992) .

d) History oh the Arabs (Philip K. Hitti, 2006), Tarikh Ali Najd, Tarikh Ali Suud dan lain-lain lagi.

Bagi saya, walaupun sejarah cuba diusik dan diolah dengan wang ringgit, sejarah tetap dengan nilainya. Dan ia harus dipelajari supaya sejarah hitam umat Islam tidak berulang lagi.

3 ibid

Page 20: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

20

Keempat

REALITI SEJARAH GLOBAL

Memang sungguh terkilan rasanya apabila kita menemui hakikat bahawa zaman kemunculan gerakan Wahhabiy merupakan zaman di mana Linggi dan Melaka bertempur dengan Belanda (1756-1758) manakala Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji (1777-1784) daripada kerajaan Johor-Riau yang merupakan kelangsungan kerajaan Melaka gugur syahid dengan badik di satu tangan dan kitab Dalailul Khayrat di tangannya yang lain di Teluk Ketapang, Melaka. Riau diserang Belanda yang mulanya ketewasan 6 buah kapal, dengan diikuti pula oleh 17 kapal kecil yang diketuai oleh kapal besar Malakka’s Velvaren pimpinan Arnoldus Lemker selama 9 bulan, sehingga Sultan Ibrahim Selangor dan pemerintah Rembau datang membantu Riau. Kapal Malakka’s Velvaren meletup sehingga mengorbankan semua anak kapal menyebabkan Belanda berundur ke Melaka. Tragisnya, Raja Haji bersama-sama Sultan Ibrahim yang membuat serangan offensive kecundang juga setelah penjajah Belanda dibantu dengan tambahan kekuatan kapAl-kapal besar Utrecht dan Princess Louisa dari Betawi.

Di dalam kurun ke 18M hingga ke kurun yang berikutnya juga, Syeikh Abdul Samad Al-Palembani (1710-1829/1244) yang mendukung tarikat Khalwatiyah dan Sammaniyyah melalui gurunya Syeikh Muhammad Abdul Karim Al-Samman (w. 1776),

Page 21: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

21

setelah dimaklumkan oleh saudaranya, Syeikh Abdul Qadir Mufti Kedah; bersama-sama dengan Tunku Muhammad Saad dan Dato’ Kama Jaya bertempur dengan Siam yang melanggar Kedah di mana berlaku pertempuran di Alor Ganu, Haadyai dan Singgora sehingga Syeikh Abdul Samad sendiri gugur syahid di Singgora manakala Tunku Muhammad Saad dan rakan-rakannya yang lain terpaksa berundur ke Pulau Pinang.

Syeikh Abdul Samad bukan sekadar beribadat dan beratib

khusus tetapi telah juga menulis Nasihat Al-Muslimiina wa-Tadzkirat Al-Mu’minina fi-Fadhaail Al-Jihad wa-Karamat Al-Mujahidina fi-Sabilillaah pada 1819/20 iaitu ketika meletus peperangan Belanda dengan kerajaan Palembang atau 1829 bahkan telah membuktikan sikapnya yang beramal dengan ilmu dengan penglibatannya di dalam kancah peperangan-perangan menentang pencerobohan Belanda dan Siam.

Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fattani (1769-1847) juga pulang ke Nusantara untuk misi jihad menentang Siam (1832) tetapi terpaksa berundur ke Pulau Duyung Trengganu, dan akhirnya kembali ke Makkah sebagai buruan politik Siam di samping menulis berpuluh-puluh tajuk buku termasuk Furu’ ul-Masaail, Bughyatut Tullab, Jawahir Al-Saniyyah dan Muniyatul Musalli yang terkenal itu. Dan tragis sekali bahawa telah ada percubaan untuk membongkar kubur Syeikh Daud oleh pengikut-pengikut ajaran Muhammad Abdul Wahhab ketika mereka menguasai Hijaz untuk kali ketiga di awal abad ke 20 Masehi sehingga jenazah Syeikh Daud yang ditakdirkan masih utuh dipindahkan daripada Taif ke Makkah oleh anak saudaranya, Syeikh Ismail Dawud Al-Fattani yang juga dikenali sebgai Nik Mat Kecil, pengarang Matlaul Badrain.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (1710-1812) pula setelah menekuni ilmu di Hijaz, pulang ke Banjar, Kalimantan setelah singgah di Batavia (1773/1186), berkhidmat dengan Kesultanan Banjar Inderagiri Kalimantan dengan membina satu tamaddun Islam yang mantap di bawah naungan Sultan Tamhidullah (1778-1808).

Page 22: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

22

Di zaman itu juga, Sultan Muhammad Fattani (perintah

1776-1786) menerima ancaman daripada General Chakri kerana melindungi pelarian daripada Singgora di mana 15,000 daripada 90,000 umat Islam Pattani melarikan diri ke Kuala Muda, Kedah (1778) dan Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1789) juga di beri amaran supaya tidak melindungi mana-mana pelarian Islam Pattani. Rama I Tibodi menakluk Pattani pada 1786 diikuti dengan gugur syahidnya Sultan Muhammad dengan diikuti oleh pemberontakan Tengku Lamdin (1789-1791) dan Dato’ Pengkalan (1809). Datok Syahbandar di bawah perintah Sultan Mansur Syah I Trengganu (1733-1793) terpakasa meminta bantuan Francis Light di Pulau Pinang untuk melindungi Trengganu daripada gangguan Siam kerana kejamnya Siam dengan penggunaan gajah untuk memijak-mijak umat Islam.

Di benua kecil India, Nawab Bengal Sirajud-Daulah bertempur dengan Robert Clive hingga ke titisan darah terakhir di dalam Battle of Plassey (1757) yang memulakan era baru British di India dan pada 1762, British merampas kepulauan Filipina yang diduduki oleh orang-orang Islam daripada penguasaan kerajaan Sepanyol.

Ketika semua itu berlaku, Muhamad ibn Abdul Wahhab di Semenanjung ‘Arab meniupkan semboyan “membasmi syirik dan bid’ah” telah membuat pakatan dengan ‘Amir Muhammad Ibn Al-Sa’ud.

Kesimpulannya, fakta sejarah secara jelas memaparkan

kepada kita bahawa Wahhabiy bukan sekadar satu fahaman ekstrem. Malah kuasa politik yang ada dijadikan satu anjakan untuk menubuhkan satu gerakan bagi menyebarkan fahaman mereka. Apabila fahaman dan gerakan mereka disekat dan ditentang mereka mula bertindak melancarkan peperangan sehingga memberi kesan terdapa keruntuhan Daulah Uthmaniyyah. Kajian juga mendapati bahawa wujudnya pakatan diantara Kerajaan British dengan gerakan Wahhabiy yang diketuai oleh Bani Saud sehingga tertubuhnya kerajaan Wahhabiy secara rasmi pada tahun 1932M.

Page 23: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

23

Kajian juga mendedahkan kepada kita bahawa umat Islam

berada dalam cengkaman penjajah. Bantuan dari Turki tidak dapat disalurkan kerana Turki sendiri menghadapi ancaman kebangkitan Wahhabiy yang dibantu British.

Kini, gelombang haru-biru Wahhabiy datang lagi. Untuk

mendapat sambutan yang lebih hebat dan mempengaruhi dunia, aliran ini menempel di kuasa politik tertentu. Mereka juga menggunakan pelbagai jenama. Antaranya, Mazhab Salaf, Salafiyah, Ansar Al-Sunnah atau Ahli Sunnah Waljama’ah dengan propaganda “mengikut Al-Qur’an dan Al-Sunnah”.

Hakikatnya ia adalah satu moto perjuangan yang sama seperti misi dan visi Aliran Wahhabiyah yang original. Iaitu mempertahankan pegangan yang ekstrem, menggunakan strategi dakwah yang keras serta tiada ruang untuk bertolak ansur walaupun sesama Islam khususnya melibatkan soAl-soal furu’. Justeru, tidak hairanlah kemunculan wahhabiy mengundang pelbagai telahan dikalangan ulamak dan umat Islam. Demikian, realiti sejarah untuk kita fahami dan sedari bersama.

Page 24: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

24

Kelima

SEJARAH PERBANDINGAN

Sebagai perbandingan tamaddun, abad ke 18 Masehi merupakan abad bermulanya Revolusi Industri (1760an) di Britain. Penduduk dunia pada 1750 dianggarkan seramai 731 juta.

Perkembangan tamaddun dan peristiwa utama dunia

serentak dengan era keaktifan "dakwah" Muhammad ibn Abdul Wahhab di Jazirah Arab. Antaranya: penubuhan Universiti Berkley (1940); penemuan pig iron oleh Cort di Lancaster (1940); pengklasifikasi penyakit (nosologi) kepada empat bahagian utama: pyrexiae, atau penyakit-penyakit febril; neuroses, atau penyakit-penyakit urat saraf (nervous); cachexiae, iaitu penyakit-penyakit yang yang berpunca daripada tabiat buruk tubuh badan; dan locales, atau penyakit-penyakit tempatan oleh Dr. Cullen (1710-1790); pemisahan obstetrik daripada monopoli para bidan dan permulaannya sebagai salah satu cabang perubatan tersendiri oleh pakar obstetrik, pendidik dan penulis bidang perubatan Dr Hunter (1746); ujikaji mengenai tenaga elektrik daripada halilintar yang nekad serta berani oleh Benjamin Franklin (1746) yang hidup di antara 1706-1790;

Kejadian gempa bumi dan Tsunami di Lisbon, Portugal

(1755), Seven Years War (1756-1763), Jean Jacques Rousseau dengan penerbitan Social Contract nya di negara Perancis

Page 25: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

25

(1760); pemodenan dan perluasan Russia oleh Ratu Catherine yang Agung (1762-1796);

Penciptaan kronometer marin yang membolehkan pelayar-

pelayar mengukur logitud di laut oleh horologis Inggeris, Foulby Harrison (1693-1776); insuran nyawa pertama dikeluarkan di Philadelphia (1761); Kemunculan teori baru di dalam ilmu kimia dan penemuan peranan oksigen dan perkaitan di antara oksidasi dengan respirasi oleh Antoine Lavoisier (1762);

Sir William Blackstone mula menulis Commentaries on

the Laws of England yang sangat masyhur itu (1765); pemisahan gas hidrogen untuk pertama kalinya oleh Henry Cavendish (1766), Penjelajahan pantai timur Australia oleh James Cook (1768); penyempurnaan enjin stim oleh James Watt (1769), "spinning jenny" ciptaan James Hargreaves dan spinning frame untuk memudahkan penenunan kapas ciptaan Richard Arkwright mula digunakan di kilang-kilang tekstil di utara England (1764-1769); paderi dan saintis British, Joseph Priestley menemui oksigen (1774); Revolusi Kemerdekaan sebuah negara yang hari ini menjadi sebuah kuasa besar (1775-1783);

Penyempurnaan sebuah buku mengenai industrialisasi baru dan ekonomi, Inquiry into the Wealth of Nations yang memmberi kesan besar kepada polisi Kewangan British oleh Adam Smith (1776); Common Sense di sempurnakan oleh Robert Paine (1776); ujian belon udara pertama yang menjurus kepada penerokaan tamaddun dimensi ketiga oleh Montgolfier bersaudara di Paris (1783) yang menjadi perintis kepada penggunaan belon udara untuk aerial reconnaissance dalam peperangan oleh orang-orang Perancis, ujikaji-ujikaji oleh Alessandro Volta (1745-1827) dan Luigi Galvani (1737-1798) yang menjurus kepada penemuan bateri elektrik di Italy, Revolusi Perancis (1789-1795); dan penyempurnaan buku The Art of Boxing yang memaparkan rahsia-rahsia kelicikan seorang pejuang Yahudi oleh Daniel Mendoza (1789) dan peristiwa Jewish Emancipation di negara Perancis pada 1791.

Page 26: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

26

Kesimpulannya, apabila kita melakukan perbandingan diantara perkembangan di timur dan di barat, ternyata terdapar dua senario yang berbeza. Di timur, umat Islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri hasil konspirasi barat. Manakala di barat, mereka mula mengkaji dan mencipta pelbagai penemuan untuk membangun masyarakat dan negara.

Page 27: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

27

Keenam

SEJARAH PEMBANGUNAN KONTEMPORARI

Pada zaman kebangkitan Wahhabiy juga, Ulamak Islam tidak kurang hebatnya menggerah keringat memerah otak untuk meneruskan agenda pemerkasaan ummah dan membangunkan tamaddun.

Antaranya, Syeikh Syihabuddin Al-Haji ibn Abdullah Al-

Jawi menyempurnakan Syarh 'Aqidat il-Iman pada 1748M. Syeikh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin Aceh menyelesaikan Bidayat ul-Hidayah di Makkah pada 1756M.

Syeikh Abdul Samad Al-Palembani menyempurnakan

sebuah buku di dalam ilmu tawhid, Zahrah Al-Muriid fi Bayaan Kalimat il-Tawhid pada 1764M, Siyar Al-Saalikiin pada 1788M manakala Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menulis Tuhfat ul-Raaghibiin fi Bayaan Haqiiqat Iman il-Mu'munin wa maa Yufsiduhu fi Raiddat il-Murtaddin pada 1774M atas permintaan Sultan, yang sekali gus menyangkal dakwaan Dr. Abdullah Yasin di dalam kertas kerjanya bertajuk Gejala Syirik Dan Masalah Kepercayaan Umat Islam: Satu Pendedahan dan Pemurnian bahawa "Para pendakwah di Nusantara pada umumnya memberi penekanan kepada persoalan ibadah dan akhlak, bukan mengutamakan persoalan akidah sebagaimana dakwah Rasulullah s.a.w."

Page 28: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

28

Di samping itu semua, terlalu ramai para ulama Islam

muktabar yang hidup sezaman dengan Muhammad bin Abdul Wahhab dengan segala sumbangan mereka kepada tamaddun keilmuan Islam di dalam segala bidang seperti Syeikh Muhammad Al-'Abdali (w. 1747), Syeikh Mustafa Al-Bakri (1687-1749), Syeikh Al-Madabighi (w. 1756), Syeikh Muhammad Ibn Sulaiman Al-Kurdi (1715-1780), Imam Abdullah Bin Muhammad Bin 'Amir Al-Syubrawi (1724–1757), Syeikh Muhammad Salim Al-Hifni (1689-1757).

Syeikh Al-Sayyid Muhammad Al-Balidi (1684-1762) yang

merupakan seorang tokoh terkemuka Mazhab Malik dan Al-'Asya'irah, Syeikh Muhammad ibn Mustafa ibn Kamaluddin Al-Bakri (1730-1781), Syeikh Al-Sayyid Muhammad Murtada Al-Zabidi Al-Husayni (1732-1791M), Syeikh Abdullah Al-Syarqawi (1737-1812M).

Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad Al-Kuzbairi Al-

Shaghir (1771-1846) yang merupakan guru kepada Syeikh Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (1817-1886), Syeikh Muhammad Al-Safarini Al-Hanbali (w. 1775), Syeikh Muhammad Al-Munayyar Al-Khalwati (1688-1785) yang merupakan Masyakhat Al-Azhar bermazhab Syafi'i yang pertama, Syeikh Ghulam 'Ali Azad Al-Baljarami (1698-1786), Syeikhul Islam Al-Syeikh Al-Dardir Al-'Adawi (1715-1786), Syeikh Ahmad Al-'Arusi (w. 1794), Al-Sayyid Ahmad bin Idris Al-Fasi (1757-1837), Mufti Zabid, Sayyid 'Abdul Rahman ibn Sulayman Al-Ahdal (1765-1839) dan Syaykh Ibrahim Al-Bajuri (1785 - 1860).

Pendek kata sewaktu kebangkitan gerakan Wahhabiy,

ulamak kita masing-masing memainkan peranan secara aktif dalam usaha menjana kecemerlangan ummah melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Tetapi kemunculan gerakan Wahhabiy sedikit sebanyak merencatkan usaha-usaha murni itu. Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa kemunculan gerakan Wahhabiy merupakan satu perancangan kuffar barat untuk

Page 29: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

29

menghancurkan Daulah Islamiyyah dan melemahkan Ummat ini seantero dunia.

KESIMPULAN Setelah kita memahami dan menelusuri fakta secara jelas berkenaan topik ini, maka kajian ini menemukan kita dengan beberapa kesimpulan. Antaranya : 1. Fahaman Salafi Wahhabiy ialah satu fahaman yang

dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Fahaman ini berteraskan kepada fahaman keras tokoh Al-Hanabilah, pandangan kontroversi Ibn Taimiyyah Al-Harrani dan ijtihad beliau.

2. Fahaman ini bukan sekadar wacana dakwah. Tetapi membentuk gerakan dengan bantuan Muhammad bin Suud. Modus operandi mereka berpusat di padang pasir di negeri Najad, Timur Madinah.

3. Fakta sejarah membuktikan kepada kita bahawa berlakunya peperangan demi peerangan yang panjang antara gerakan ini dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menyebabkan beribu-ribu nyawa umat Islam terkorban. Agenda memperkasakan ummah dan tamaddun juga terganggu.

4. Wujudnya campurtangan British di Timur Tengah. Dan

gerakan Wahhabiy dijadikan platform oleh British untuk menggugat kestabilan pemerintahan Uthmaniyyah secara dalaman. Situasi ini berlaku disaat kerajaan kecil umat Islam dunia menghadapi asakan dan penjajahan kuasa kuffar dari barat.

5. Kini fahaman Wahhabiy dieksport ke serata dunia berasaskan kepada metodologi yang sama. Maka pihak berkuasa agama khususnya JAKIM, Jabatan Agama Islam

Page 30: Albayan 12 Sejarah Salafiah Zamihan

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

_______________________________________________________________________

30

Negeri-negeri (JAIN), MAIN, Pejabat Mufti, NGO Islam dan para alim ulamak perlu proaktif dalam menyekat dakyah-dakyah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Waljama'ah arus perdana. Supaya agenda pembangunan Ummat dan tamaddun tidak tergendala dengan pengaruh fahaman ekstrem. 4

4 Kertas kerja ini dibentangkan dalam program Halaqah Ilmiyyah : Memperkasakan

Kefahaman Akiqah Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran Jabatan Mufti Johor pada 27 – 29hb April 2008 bertempat di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor