Upload
lamque
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM TAHUN 4,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR
HARPAH BINTI BOHRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
CATATAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
Judul : AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM
TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : KG. MELAYU, 94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
Tarikh: 27 April 2009 Tarikh: 27 April 2009
Nama Penyelia : USTAZ MOHD. NASIR BIN RIPIN
HARPAH BINTI BOHRI
SULIT
√
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : ______
Nama Penyelia : USTAZ MOHD. NASIR BIN RIPIN
Tarikh : 27 April 2009________
AMALAN MEMBERI SALAM DIKALANGAN PELAJAR ISLAM TAHUN 4,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,
JOHOR
HARPAH BINTI BOHRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _ ______
Nama penulis : HARPAH BINTI BOHRI
Tarikh : 27 April 2009_______
iii
DEDIKASI
Ayahanda dan bonda...
Bohri Bin Mahli dan Dyg. Napsiah Bt. Hj Awg. Chik. Terima kasih atas segala
nasihat dan dorongan yang diberikan. Dengan doa dan kasih sayangmu
membantu anakanda dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh
pancaroba ini.
Pensyarah-pensyarah yang dihormati
Terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar kalian terutamanya US. Mohd.
Nasir bin Ripin sepanjang pengajian di UTM.
Adik-adikku dan anak-anak buah yang disayangi…
Belajarlah bersungguh-sungguh Teruskan perjuangan.. Sesungguhnya ilmu itu
ibarat air yang mengalir, Jika ilmu tiada didada, Ibarat mengharungi lautan
yang tiada penghujungnya. Dengan itu ingatlah, Tuntutlah ilmu ibarat kita
akan meninggalkan dunia ini esok hari, Demi kepentingan diri dan anak cucu
kita nanti.
Rakan-rakan seperjuangan…
Terima kasih di atas segalanya membantu sepanjang perjuangan kita di sini,
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Syukur ke hadrat ILAHI di atas limpah kurnia-Nya yang telah memberikan petunjuk
serta kesempatan bagi menyiapkan tugasan ini. Selawat serta salam kepada junjungan
baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa berada
di atas landasan yang betul.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang
dihormati Us. Mohd. Nasir Bin Ripin atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih juga buat
pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk
ajar yang diberikan dalam melengkapkan lagi PSM ini. Sekalung penghargaan kepada
pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang sudi
memberikan kerjasama bagi melancarkan pengurusan dalam menyiapkan PSM ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun
tidak langsung dalam penulisan ini terutamanya Siti Fairuz bt Ismail, Affizah bt Adai dan
Tengku Nazuin Tengku Nazudin yang banyak memberi dorongan serta nasihat yang
berguna. Akhir sekali buat ibu dan ayah, abang, kakak, adik yang tersayang, segala doa restu
dan dorongan kalian amat dihargai dan menjadi inspirasi untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
SALAM UKHUWWAH
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kefahaman, penghayatan dan tatacara
berkaitan dengan salam. Seramai 128 orang pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dipilih secara rawak berkelompok bagi
mewakili responden kajian. Set soal selidik yang mengandungi 36 item telah diedarkan
kepada responden. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D.
Hasil kajian dinilai berdasarkan lima skala Likert dan data yang terkumpul dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.00 for Windows secara
deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang
digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan
soal selidik ialah α = 0.832. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan
responden memberikan respon yang positif terhadap tiga aspek kajian kerana mencatat
nilai min yang berada pada tahap tinggi. Aspek berkaitan dengan kefahaman tentang
salam menurut Islam mencatat nilai min 4.28, tahap penghayatan pelajar terhadap
amalan memberi salam mencatat nilai min 3.87 dan tatacara memberi dan menjawab
salam menurut Islam mencatat nilai min 3.80. Oleh yang demikian, sebagai
pengukuhan dan penambahbaikkan kepada kajian yang dijalankan, penyelidik
mengemukakan beberapa cadangan.
vi
ABSTRACT
This study aims at observing the understanding, practice and manner of salam. A
total of 128 fourth year Islamic students of Faculty of Education in University
Technology Malaysia, Skudai were chosen randomly in clusters to represent the research
population. Sets of 36 item quertionnaire were distributed to the respondents. The
questionnaires were divided into parts A, B, C and D. The research findings were
evaluted based on the five Likert scale and the data collected were analysed discriptively
using the Statistical Package for Social Science for Windows version 15.00 software in
order to obtain the frequency value percentage and mean for each of the item. The
research data are presented in tables. The reliabity value of the questionnaire is a α =
0.832. Overall, the research findings shows that the respondents gave positive responses
towards the three acpects of research, as this scored high value of mean. The aspect
related to the understanding of salam in the Islamic perspective scored mean value of
4.28, the level of practice of salam among the students scored mean value of 3.87 and
the manner of giving and answering salam in the Islamic perspective scored mean value
of 3.80, which is the lowest. Therefore, as the reinforcement and improvement for this
research, the researcher has put forwad several recommendations.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GAMBARAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
viii
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Amalan 9
1.8.2 Salam 10
1.8.3 Pelajar 10
1.9 Kesimpulan 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Konsep persaudaraan dalam Islam 13
2.3 Konsep salam dalam Islam 17
2.4 Hukum memberi dan menjawab salam 21
2.5 Tatacara memberi dan menjawab salam 24
2.6 Kepentingan salam 28
2.7 Kajian lepas 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Tempat Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel 34
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Prosedur Kajian 38
3.7 Tatacara Kajian 39
ix
3.8 Analisis Data 40
3.9 Kesimpulan 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Item Bahagian A 43 4.2.1 Latar Belakang Responden 43
Mengikut Jantina
4.2.2 Latar Belakang Responden 44 Mengikut Aliran Pendidikan
4.2.3 Latar Belakang Responden 45
Mengikut Kursus Pengajian 4.3 Analisis Item Bahagian B 46
4.4 Analisis Item Bahagian C 55
4.5 Analisis Item Bahagian D 65
4.6 Kesimpulan 77
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan 79
5.2.1 Maklumat Latar 80 Belakang Responden
5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 81
Konsep Memberi Salam dalam Islam 5.2.3 Tahap Penghayatan Pelajar 83
Terhadap Amalan Memberi Salam
x
5.2.4 Tatacara Memberi dan 85 Menjawab Salam Menurut Islam
5.3 Rumusan 87
5.4 Cadangan 89 5.5 Kajian Lanjutan 91
5.6 Kesimpulan 91
BIBLIOGRAFI 92
LAMPIRAN A 95
LAMPIRAN B 101
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jumlah Populasi Kajian 34
3.2 Pengkelasan Skala Likert 36
3.3 Klasifikasi Item Mengikut Objektif Kajian 36
3.4 Skala Nilai Min 37
3.5 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Skala Likert 40
Kepada Dua Tahap
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 44
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 45
4.4 Taburan Skor Bagi Item 1 46
4.5 Taburan Skor Bagi Item 2 47
4.6 Taburan Skor Bagi Item 3 47
4.7 Taburan Skor Bagi Item 4 48
4.8 Taburan Skor Bagi Item 5 48
xii
4.9 Taburan Skor Bagi Item 6 49
4.10 Taburan Skor Bagi Item 7 49
4.11 Taburan Skor Bagi Item 8 50
4.12 Taburan Skor Bagi Item 9 50
4.13 Taburan Skor Bagi Item 10 51
4.14 Taburan Skor Bagi Item 11 52
4.15 Taburan Skor Bagi Item 12 52
4.16 Rumusan Bahagian B 53
4.17 Taburan Skor Bagi Item 13 55
4.18 Taburan Skor Bagi Item 14 56
4.19 Taburan Skor Bagi Item 15 56
4.20 Taburan Skor Bagi Item 16 57
4.21 Taburan Skor Bagi Item 17 58
4.22 Taburan Skor Bagi Item 18 58
4.23 Taburan Skor Bagi Item 19 59
4.24 Taburan Skor Bagi Item 20 60
4.25 Taburan Skor Bagi Item 21 60
4.26 Taburan Skor Bagi Item 22 61
4.27 Taburan Skor Bagi Item 23 62
4.28 Rumusan Bahagian C 63
4.29 Taburan Skor Bagi Item 24 65
4.30 Taburan Skor Bagi Item 25 66
4.31 Taburan Skor Bagi Item 26 66
4.32 Taburan Skor Bagi Item 27 67
4.33 Taburan Skor Bagi Item 28 68
xiii
4.34 Taburan Skor Bagi Item 29 68
4.35 Taburan Skor Bagi Item 30 69
4.36 Taburan Skor Bagi Item 31 70
4.37 Taburan Skor Bagi Item 32 70
4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 71
4.39 Taburan Skor Bagi Item 34 72
4.40 Taburan Skor Bagi Item 35 73
4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 73
4.42 Rumusan Item Bahagian D 74
4.43 Purata Min Keseluruhan Dapatan Kajian 77
xiv
SENARAI GAMBARAJAH
NO.GAMBARAJAH TAJUK HALAMAN
5.1 Purata Min Keseluruhan Bagi 87
Tiga Objektif Kajian
xv
SENARAI SINGKATAN
S.W.T - Subhanahu Wata cala
s.a.w - Sallallahu calaihi wa-sallam
SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPSS - Statistical Packages For The Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 95
B Surat Pengesahan Menjalankan 101
Kajian
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam telah menggariskan panduan yang merangkumi pelbagai aspek dalam
sistem kehidupan manusia samada dari segi politik, sosial dan ekonomi. Terdapat
prinsip-prinsip serta peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh golongan umat
manusia bagi mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan juga akhirat.
“Hubungan kemasyarakatan itu tergambar dalam prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah
yang mengatur gerak laku perbuatan manusia yang ditentukan oleh wahyu bagi
menyusun kehidupan manusia dengan cara yang membolehkan ia mencapai matlamat
daripada kewujudannya di alam dunia ini dengan lebih sempurna.” (Haron Din,
1991:3). Justeru, tujuan adanya peraturan dan disiplin tersebut adalah bagi memudahkan
umatnya dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Seterusnya, Islam amat menitikberatkan penerapan akhlak yang baik dalam diri
peribadi seorang muslim. Amnya jika timbul isu akhlak, maka isu moral akan
seringkali dikaitkan dengannya. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan saling
2
berkaitan antara satu sama lain ibarat irama tanpa lagu yang tidak dapat dipisahkan. Jika
baik akhlaknya, maka baiklah moralnya dan begitulah sebaliknya jika buruk akhlaknya,
maka buruklah moralnya. Firman Allah S.W.T:
$yγ •ƒ r'̄≈ tƒ š Ï% ©! $# (#θãΖ tΒ# u (#θãèŸ2ö‘ $# (#ρ߉àfó™ $# uρ (#ρ߉ç6 ôã $# uρ öΝ ä3 −/ u‘
(#θè=yèøù$# uρ u ö y‚ø9 $# öΝ à6 ¯=yès9 šχθßsÎ=ø è? ) ∩∠∠∪
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu, dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”
(Surah al-Hajj:77)
Ayat di atas mengajak kita agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah
kejahatan. Dalam kata lain mengamalkan akhlak yang baik dan meninggalkan akhlak
yang buruk dan dicela oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, seruan ke arah akhlak
yang baik tersebut secara tidak langsung akan mendatangkan manfaat yang besar bagi
kita iaitu membawa kepada kebahagiaan pada diri kita dengan disayangi dan disanjungi
dalam masyarakat. Seterusnya dapat mewujudkan hubungan sosial yang baik dalam
masyarakat. “Keindahan dan kecantikan insan Nafsani itu ialah kerana hiasan daripada
akhlak yang indah dan mulia.” (Haron Din, 1991:3).
Oleh itu, dengan terjalinnya hubungan yang baik sesama muslim, maka
seharusnya ia dipelihara dan dikekalkan untuk kesejahteraan bersama. Hal ini
menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan dalam hal menjaga hubungan
persaudaraan sesama muslim. Hubungan saling sayang menyayangi, bantu-membantu,
tidak sombong dan tidak membesarkan diri adalah antara perkara yang membawa
kepada wujudnya persaudaraan yang dianjurkan dalam Islam. Sebagaimana hadis Nabi
s.a.w:
3
Maksudnya: “Seorang mukmin kepada mukmin yang lain
bagaikan satu bangunan, yang satu mengukuhkan yang
lain.”
(HR Muslim)
1.2 Latar Belakang Masalah
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam setiap perhubungan manusia
memerlukan proses komunikasi. Tanpa komunikasi tersebut amat mustahil untuk
berlaku jalinan hubungan sesama manusia. Oleh itu, mengetahui serta memahami
kaedah berkomunikasi adalah sangat penting bagi mencapai proses komunikasi yang
berkesan. Menurut Cabot dan Kahl, hubungan antara manusia merupakan bidang
penelitian yang khusus yang memperlihatkan bagaimana manusia berusaha secara
individu dalam kelompoknya, menyesuaikan dirinya dalam perasaan dan kecekapan
dengan situasi hidup-hidup baru. (Wan Sakinah bt Wan Ibrahim, 1987:1).
Justeru, terdapat beberapa jenis komunikasi menurut Islam. Antaranya ialah
komunikasi sesama manusia. Saodah Wok et al dalam buku bertajuk Teori-Teori
Komunikasi (2004:217), antara prinsip dan kaedah komunikasi menurut Islam ialah
memulakan percakapan dengan Assalamualaikum. Menurutnya lagi prinsip dan kaedah
ini bukan sahaja perlu diketahui tetapi juga perlu dipraktik dan diamalkan apabila kita
berkomunikasi. Maka kita sebagai umat Islam seharusnya berbangga untuk
menghidupkan serta menyuburkan sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan menyebarkan
salam sesama umat Islam. Kita juga hendaklah harus sentiasa untuk mempraktikkan
amalan yang mulia ini pada diri sendiri bagi mengangkat sunnah Nabi s.a.w.
4
Namun, adakah masyarakat kita pada hari ini mengetahui dan memahami cara
berkomunikasi menurut Islam apatahlagi mengamalkannya dalam kehidupan mereka?
Pengucapan Assalamualaikum misalnya, adakah ia selalu kedengaran atau dipraktikkan
dalam kehidupan masyarakat Islam masa kini? Adakah umat Islam mengetahui konsep
salam menurut Islam? Ungkapan “Hi” ataupun “Hello” ataupun “good morning” lebih
gemar dan kerap digunakan ketika bertemu atau memulakan percakapan daripada
ungkapan Assalamualaikum. Malahan ada yang berat mulut untuk menjawab salam
yang ditujukan kepadanya. Sebagai contohnya kita selalunya mendahulukan perkataan
“Hello” sebelum mengucapkan Assalamualaikum ketika berbual di dalam telefon.
Kenapa tidak kita mulakan dengan ucapan Assalamualaikum dahulu kemudian baru
sebut perkataan “Hello?” ataupun lebih baik lagi jika tidak menyebut langsung perkataan
“Hello”. Itu adalah lebih baik dan amat digalakkan dalam Islam.
Jika kita lihat situasi realiti masyarakat Islam yang sebenar dewasa ini, tidak
dinafikan ada segelintir masyarakat yang mengucapkan salam ketika bertemu atau
memulakan perbualan atau berkomunikasi sesama muslim yang mereka kenali. Namun,
apa yang menyedihkan ialah ramai yang merasa hairan ketika seseorang yang mereka
tidak kenali mengucapkan salam kepada mereka dan menyatakan “Apakah anda
mengenali saya?” Dalam hal ini, seharusnya kita sebagai umat Islam menyambut salam
yang ditujukan kepada kita bukannya merasa hairan dan bertanyakan soalan yang
sedemikian. Kita ketahui bahawa ungkapan Assalamualaikum itu mendoakan seseorang
bukannya mendatangkan keburukan. “As-salam atau kesejahteraan adalah hasil yang
pasti dicapai dari penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah” (Haron Din, 1991:306).
Inilah realiti umat Islam pada hari ini yang lebih banyak terpengaruh dengan
budaya yang dibawa dari barat. Mereka lebih mudah dan gemar menjadikan pengaruh barat itu sebagai suatu amalan dalam kehidupan harian mereka. Tanpa mereka sedari, ia adalah bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar. Bahkan sepatutnya mereka iaitu umat Islam seharusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat bukan Islam bukannya mereka meniru amalan orang kafir. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
5
“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan kaum tersebut.”
(HR. Ahmad dan Abu Daud)
Justeru, Islam menggalakkan umatnya kasih mengasihi sesama mereka dengan
mengamalkan budaya menyebarkan salam. Imam Razi mengaitkan ucapan salam
dengan dengan tiga sifat orang mukmin; “Jika engkau tidak dapat memberikan manfaat
kepadanya maka janganlah engkau menyusahkannya. Jika engkau tidak mahu
menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia. Jika engkau tidak hendak
memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia” (Abu Qamar Salahuddin, 2004:46).
Justeru, berdasarkan kepada keadaan ini, penyelidik berminat untuk mengkaji
amalan mengucapkan salam dikalangan mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan di UTM
Skudai, Johor. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa latar belakang setiap orang
adalah berbeza-beza termasuklah pelajar Islam di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai,
Johor. Tidak semua daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai asas
didikan agama yang sempurna malah tidak kurang juga terdapat segelintir pelajar yang
berasal daripada keluarga yang langsung tidak mempunyai asas ilmu agama. Justeru,
hal ini boleh mempengaruhi tahap pemahaman pelajar Islam Fakulti Pendidikan, Skudai,
Johor tentang konsep salam yang sebenar.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kehidupan masyarakat pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
adalah berbilang bangsa dan agama. Tidak mustahil cara kehidupan mereka yang bukan
Islam mempengaruhi budaya kehidupan pelajar Islam Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sebagaimana masyarakat Islam di Malaysia
terpengaruh dengan budaya hidup barat, situasi yang sama juga berlaku dikalangan
pelajar Islam Fakulti Pendidikan di UTM, Skudai, Johor. Mereka tidak lari daripada
pengaruh kehidupan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor.
Tidak dinafikan bahawa, terdapat juga dikalangan pelajar Islam Fakulti
Pendidikan mengucapkan salam ketika bertemu sesama rakan mereka. Namun, itu
hanyalah berlaku sekiranya mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain ataupun
memberi salam dengan orang tertentu sahaja. Malah tidak dinafikan juga bahawa lafaz
salam iaitu Assalamualaikum sering kedengaran di corong-corong radio ataupun
Televisyen yang seringkali digunakan oleh penyampai-penyampai radio ataupun hos-hos
rancangan TV. Tetapi itu tidak menjamin untuk ia menjadi ikutan masyarakat Islam
amnya dan khasnya pelajar Islam Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Malahan
apa yang paling utama adakah mereka mengamalkannya atas dasar mengetahui dan
memahami konsep salam dalam Islam ataupun hanya sebagai adat kebiasaan semata-
mata?
Oleh hal yang demikian, penyelidik berminat untuk mengkaji sejauh manakah
pelajar Islam Fakulti Pendidikan memahami, menghayati dan mengetahui tatacara dalam
mengucapkan dan menjawab lafaz salam.
7
1.3 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.3.1 Mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap konsep memberi salam
dalam Islam.
1.3.2 Mengkaji tahap penghayatan responden terhadap amalan memberi salam.
1.3.3 Mengenal pasti tatacara memberi dan menjawab salam menurut Islam.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :
1.4.1 Adakah responden memahami konsep memberi salam dalam Islam?
1.4.2 Adakah responden benar-benar menghayati amalan memberi salam?
1.4.3 Apakah tatacara memberi dan menjawab salam menurut Islam?
8
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan tertentu iaitu :
1.5.1 Memberi input yang berguna kepada warga kampus Universiti Teknologi
Malaysia amnya dan khasnya pelajar Islam Fakulti Pendidikan tentang konsep
memberi salam menurut Islam. Hal ini bermaksud bahawa ia akan membantu
untuk mewujudkan kesedaran dikalangan warga kampus Universiti Teknologi
Malaysia tentang pentingnya pembudayaan salam dalam kehidupan mereka.
Seterusnya dapat membantu untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai
pembudayaan salam dikalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan
1.5.2 Memberi cadangan yang berguna kepada pihak Hal Ehwal Pelajar agar dapat
mencari inisiatif untuk mempraktikkan budaya salam di dalam kampus. Dengan
adanya hasil daripada dapatan kajian penyelidik, ia secara tidak langsung
memberikan idea kepada pihak Hal Ehwal Pelajar untuk merangka program bagi
menggalakkan amalan memberi salam di kalangan warga kampus.
1.5.3 Memberikan cadangan kepada pihak media. Hasil kajian ini akan membantu
mereka mencipta idea-idea baru berkaitan dengan tajuk kajian ini.
9
1.6 Skop kajian
Kajian ini melibatkan pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, SKudai,
Johor yang mengikuti pengajian sepenuh masa sesi 2008/2009. Segala keputusan bagi
kajian ini hanya terbatas 13 kursus sahaja kecuali kursus SPI dan tidak menggambarkan
keseluruhan pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
1.7 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah penting yang perlu diperjelaskan bagi mengelakkan
percanggahan pemahaman pembaca dengan apa yang ingin disampaikan oleh
penyelidik. Berikut adalah definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini:
1.7.1 Amalan
Amalan didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi keempat (2005:42) sebagai
sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu
kebiasaan.
Dalam Bahasa Melayu, amalan adalah kata terbitan daripada perkataan amal
yang mana sebenarnya perkataan ini dipinjam dari perkataan Arab amala [عمل] yang
bermaksud kerja (Kamus al-Marbawi, 1998:44).
10
Amalan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah tahap pengamalan budaya
salam dikalangan pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai dalam
kehidupan mereka.
1.7.2 Salam
Salam didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1373) sebagai
sejahtera (dalam kata majmuk), damai.
Salam di sini merujuk kepada pengucapan salam iaitu Assalamualaikum di
kalangan pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
1.7.3 Pelajar
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:21) mendefinisikan pelajar adalah orang
yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya), orang yang
mengaji (menyelidiki ilmu).
Pelajar yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah pelajar Islam Tahun 4,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.
11
1.8 Kesimpulan
Bab ini mengandungi pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah
yang membincangkan secara kasar mengenai tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Pada
bahagian masalah dan pernyataan masalah perkara yang disentuh ialah kurangnya tahap
kefahaman dan pengamalan salam dikalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan. Pada
bahagian kepentingan kajian dan objektif pula, telah dibincangkan tujuan penyelidikan
dijalankan. Manakala pada bahagian definisi istilah pula, penyelidik memberikan
pendefinisian berdasarkan tajuk kajian.
Seterusnya dalam bab sorotan kajian, isu-isu yang berkaitan dengan kajian
dikupas dengan lebih mendalam dan terperinci bagi membantu pemahaman pembaca
tentang kajian yang dijalankan.