27
AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR CLARE BIN SIPIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

  • Upload
    others

  • View
    43

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

CLARE BIN SIPIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya CLARE BIN SIPIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh _____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : PETI SURAT 184, KG. KESILADAN, 89308 RANAU, SABAH. Tarikh: APRIL 2009

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA) DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

(NAMA PENYELIA) Tarikh : APRIL 2009

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

i

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : .................................................

Nama Penyelia : Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan

Tarikh : ..................................................

Page 4: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

ii

AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR

CLARE BIN SIPIN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

April 2009

Page 5: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................

Nama Penulis : Clare Bin Sipin

Tarikh : ..............................

Page 6: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

iv

DEDIKASI

Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat

Ayah dan ibu tersayang

Sipin Bin Kulod, Rinah Binti Kuloyot,

Kakak-kakak, Abang dan adikKu,

Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanKu

Khas buat

Mak mertuaKu dan Bapa mertuaKu yang sentiasa dikasihi

Istimewa buat

Isteri yang sangat dicintai Jolinah Binti Liman,

Pengorbanan dan keikhlasanmu yang menanti kejayaan dan kepulanganKu

Serta

Untuk anakKu yang sangat dikasihi dan disayangi

Crystal Jonella @ Lala

Semoga dengan kejayaan ”Daddy” ini menjadi pendorong buat anakKu

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG

Yang sentiasa membantuKu walaupun dalam situasi getir

Page 7: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

v

PENGHARGAAN

Shallom dan salam sejahtera, dengan izin dan berkatNya sehingga dapat saya

menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia pembimbing

Projek Sarjana Muda, Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan di atas dorongan dan tunjuk

ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh penulisan projek ini.

Kerjasama daripada pelajar-pelajar Tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan UTM juga

amat saya hargai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang saya kehendaki

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan akademik

Fakulti Pendidikan UTM atas bantuan, tunjuk ajar serta bimbingan sepanjang projek

ini dijalankan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH

PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pemakanan di kalangan

pelajar, mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan berkhasiat,

mengenal pasti peruntukan kewangan untuk makanan yang disediakan oleh pelajar,

untuk mengetahui hubungan amalan pemakanan berdasarkan tahap pencapaian

akademik pelajar dan mengenal pasti perbezaan pengetahuan terhadap makanan

berkhasiat antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan

UTM. Responden kajian ini melibatkan 110 orang pelajar 4 SPH yang telah dipilih

secara rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data

ialah soal selidik yang mengandungi 57 item. Nilai kebolehpercayaan Alpha

Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah α = .83. Data yang diperoleh

dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min dengan

menggunakan perisian SPSS 11.5 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk

jadual. Kaedah korelasi dan ujian-t juga digunakan untuk melihat hubungkait antara

pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan pelajar tahun 4 SPH berada pada tahap

memuaskan dalam amalan pemakanan mereka. Selain itu, di dapati tahap

pengetahuan pelajar terhadap pemakanan berkhasiat berada pada tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan pelajar memperuntukan wang untuk

makanan pada tahap yang sederhana sahaja. Kajian turut membuktikan tidak terdapat

hubungan yang signifikan amalan pemakanan dengan pencapaian akademik pelajar

dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap pengetahuan

terhadap makanan berkhasiat.

Page 9: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

vii

ABSTRACT

The main purpose of this study are to identify the food consuming among the

students, to identify the students level of knowledge towards the nutritious food, to

identify the financial allotment prepared by the students, to recognize the connection

of food consuming based on the students academic achievement on the difference of

nutritious food knowledge between male and female students from the class of 4

SPH Education Faculty UTM. The respondents consist of 110 students from 4 SPH

who has been selected random. A set of questionnaire was used in this study which

comprises of 57 items. The reliable value of Alpha Conbach is this study is a= .83.

the data gained has been descriptively analyzed to gain the frequency, percentage and

min using the SPSS 11.5 software, and then be presented in schedule form. The

correlation and t-test method is used to recognize the relation between the

denominators. The result shows that the students of year 4 SPH are in the satisfying

level of food consuming practice. Beside that, there is a high level of nutritious foods

knowledge among the students. However, the students allot a moderate financial for

food. Results also show that there is no significant relation between food consuming

practice and the students academic achievement and also shows that there is no

significant difference among genders towards the nutritious food knowledge.

Page 10: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN iv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definasi Istilah 12

1.10 Kesimpulan 16

Page 11: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

ix

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pemakanan Seimbang 18

2.3 Amalan Pemakanan 22

2.4 Pengetahuan Kepada Makanan Berkhasiat 26

2.5 Peruntukan Kewangan Untuk Makanan 27

2.6 Jantina 30

2.7 Pencapaian Akademik Pelajar 31

2.8 Rumusan 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.5 Kajian Rintis 36

3.6 Instrumen Kajian 37

3.7 Analisis Data 41

3.8 Prosedur Kajian 44

3.9 Kesimpulan 45

BAB 4 ANALISIS DATA 46

4.1 Pengenalan 46

4.2 Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Tempat Tinggal 48

4.2.3 Pendapatan Ibu bapa Sebulan 48

4.2.4 Sumber Kewangan 49

4.2.5 Jumlah Wang yang Diterima Sebulan 50

4.2.6 Jumlah Perbelanjaan untuk Makan Sehari 51

Page 12: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

x

4.2.7 Pencapaian C.G.P.A 52

4.3 Amalan Pemakanan Responden 53

4.3.1 Jenis Makanan yang Diambil Responden 53

4.3.2 Tahap Amalan Pemakanan Responden 57

4.3.3 Kekerapan Meninggalkan Sajian

Dalam Seminggu 59

4.3.4 Pengambilan Makanan Ringan (Snek) 60

4.4 Pengetahuan Terhadap Pemakanan Berkhasiat 60

4.5 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap

Pemakanan Berkhasiat 66

4.6 Peruntukan Perbelanjaan Kewangan 68

4.7 Hubungan antara amalan pemakanan

berdasarkan tahap pencapaian akademik pelajar

tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan 74

4.8 Perbezaan pengetahuan terhadap makanan

berkhasiat antara pelajar lelaki dan perempuan

tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan 75

4.9 Kesimpulan 76

BAB 5 PERBINCANGAN KESIMPULAN DAN CADANGAN 77

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan Dapatan dan Kesimpulan 78

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 79

5.2.2 Amalan Pemakanan Responden 80

5.2.2.1 Kekerapan Mengambil Makanan 81

5.2.2.2 Kekerapan Meninggalkan Sajian

Dalam Seminggu 83

5.2.3 Tahap Amalan Pemakanan Responden 84

5.2.4 Tahap Pengetahuan Asas Pemakanan Responden 84

5.2.5 Tahap Peruntukan Kewangan 85

Page 13: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

xi

5.2.6 Hubungan Amalan Pemakanan Pelajar

Berdasarkan Pencapaian Akademik 87

5.2.7 Perbezaan pengetahuan terhadap makanan

berkhasiat Berdasarkan Jantina Pelajar 87

5.3 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 88

5.3.1 Pelajar 88

5.3.2 Ibu Bapa 89

5.3.3 Pihak Sekolah 89

5.3.4 Pihak Kerajaan 90

5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 90

5.5 Penutup 91

RUJUKAN 92 - 96

LAMPIRAN A - E

Page 14: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Pencapaian pelajar yang mendapat ijazah 4

kelas pertama Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia Tahun 2005-2007.

2.1 Menunjukkan Tenaga Yang Diperlukan Oleh 30

Remaja Lelaki dan Perempuan

3.1 Skor Skala 5 Mata 38

3.2 Skor Skala 5 Mata 39

3.3 Skor Skala 5 Mata 39

3.4 Taburan skor skala 3 peringkat 40

3.5 Skor Skala 5 Mata 41

3.6 Klasifikasi Item Soalan Mengikut Soal

Selidik 42

3.7 Persoalan Kajian dan Jenis Statistik Yang

Digunakan 43

3.8 Skor Tahap Amalan Pemakanan Responden 44

4.1 Taburan Jantina Responden 47

4.2 Taburan Tempat Tinggal Responden 48

4.3 Taburan Pendapatan Ibu bapa Sebulan 48

4.4 Taburan Sumber Kewangan Responden 49

4.5 Taburan Jumlah Wang yang Diterima Sebulan 50

4.6 Taburan Jumlah Perbelanjaan untuk makan sehari 51

Page 15: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

xv

SENARAI SINGKATAN

C.G.P.A - Cumulative Grade Point Average

(purata nilai gred kumulatif)

HUKM - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

MSG - Mono Sodium Glutamte

P & P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

RDA - Recommended Dietary Allowances

RMT - Rancangan Makanan Tambahan

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package For The Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

xiii

4.6 Taburan Jumlah Pencapaian C.G.P.A Responden 52

4.7 Taburan amalan pemakanan responden 53

4.8 Pembahagian Tahap Amalan Pemakanan

Responden 57

4.9 Tahap Amalan Pemakanan Responden 58

4.10 Kekerapan Responden meninggalkan sarapan

pagi, makan tengah hari dan makan malam dalam

seminggu. 59

4.11 Kekerapan mengambil makanan ringan (snek)

dalam sehari 60

4.12 Masa paling kerap mengambil makanan ringan

atau snek 61

4.13 Makanan yang selalu diambil sebagai makanan

ringan (snek) 61

4.14 Pengetahuan asas pemakanan responden 62

4.15 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap

Pemakanan Berkhasiat. 66

4.16 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap

Pemakanan Berkhasiat. 67

4.17 Data Analisis Kekerapan, Peratus dan Min

Responden Bagi Peruntukan Kewangan (n = 110) 68

4.18 Pembahagian Tahap Peruntukan Kewangan

Responden Untuk Makanan 69

4.19 Taburan Responden Mengikut Tahap Peruntukan

Kewangan 70

4.20 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan

Sebulan oleh Responden 70

4.21 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan

Untuk Sarapan Pagi Dalam Sebulan Oleh

Responden 71

4.22 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan

Page 17: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

xiv

Untuk Makan Tengah Hari Dalam Sebulan Oleh

Responden 72

4.23 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Kewangan

Untuk Makan Malam Dalam Sebulan Oleh

Responden 72

4.24 Kekerapan dan Peratus Peruntukan Jumlah

Responden Makan Dalam Sehari 73

4.25 Analisis Korelasi Amalan Pemakanan Responden

Dengan Pencapaian Akademik 74

4.26 Analisis Ujian-t Perbezaan Amalan Pemakanan

Berdasarkan Jantina 75

Page 18: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Memohon Kebenaran

B Pengesahan Soalan soal selidik

C Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W. (1970)

D Borang Soal selidik

E Analisis Data SPSS

Page 19: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tubuh kita memerlukan makanan untuk membolehkannya berfungsi.

Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Ini kerana makanan memberi manusia

tenaga bukan sahaja untuk berkerja tetapi juga untuk membesar, membiak dan

melaksanakan segala proses kelangsungan hidup. Dalam kita memilih makanan yang

terbaik, amalan pemakanan yang betul adalah amat penting sekali. Amalan

pemakanan yang betul adalah penyediaan makanan yang betul, disediakan pada

masa yang sepatutnya dan dalam kuantiti yang secukupnya (Zuraini Mat Issa 2006).

Ini penting bagi memastikan semua ahli keluarga termasuk anak-anak menerima

kesemua zat yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti harian, pertumbuhan dan

pembesaran.

Alam remaja ialah tempoh yang paling mencabar dalam perkembangan

manusia. Disebabkan banyaknya perubahan fizikal dan fisiologi yang berlaku,

beberapa isu penting timbul yang mempengaruhi imbangan pemakanan remaja. Para

remaja mempunyai keperluan pemakanan yang lebih dalam pelbagai bidang.

Peringkat remaja adalah peringkat di mana aktiviti-aktiviti jasmani, hayat, emosi

Page 20: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

2

sosial, ubah suai dan tekanan pada taraf yang tertinggi dan disertai oleh kesedaran

tentang perubahan tubuh badan berlaku. Menurut Zuraini Mat Issa (2006), remaja

akan mengalami pertumbuhan berat badan hampir separuh daripada berat badan

orang dewasa bagi tempoh lima hingga tujuh tahun pertama selepas baligh.

Manakala bagi ketinggian pula, mereka mengalami lebih kurang 20 peratus

pertambahan ketinggian berbanding orang dewasa. Saiz organ-organ mereka juga

membesar dua kali ganda daripada saiz asal. Apabila remaja lelaki dan perempuan

mencapai peringkat ini, keperluan tenaga dan zat-zat makanan mereka meningkat

dengan cepat. Remaja lelaki memerlukan 2600 hingga 2580 kalori sehari manakala

remaja perempuan memerlukan 2100hingga 2350 kalori tenaga sehari (Aishah

Hamzah 2003). Remaja pada peringkat membesar dan matang ini, banyak

menghabiskan masa mereka di luar rumah seperti mengerjakan aktiviti sekolah, kerja

rumah serta aktiviti sosial. Oleh itu, mereka memerlukan keperluan kalori yang

berlebihan untuk menjaga keadaan jasmani mereka.

Semasa kemuncak kelajuan pertumbuhan, pelajar mungkin perlu makan

selalu dalam jumlah yang banyak dan berupaya untuk menggunakan makanan

dengan kandungan tenaga yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka biasanya perlu

berhati-hati tentang jumlah dan kekerapan makan apabila pertumbuhan mulai

kurang. Memakan makanan secara berlebihan lambat laun akan mengakibatkan

beberapa penyakit yang berbahaya. Oleh itu, pelajar perlu mengetahui pengetahuan

yang baik tentang pemakanan. Pemakanan ini amat penting untuk menjamin ianya

mendapat cukup nutrien yang diperlukan semasa pembesaran. Menurut Zuraini Mat

Isa (2006), semakin baik pengetahuan seseorang remaja tentang pemakanan,

semakin baik juga tentang pengambilan makanannya yang menyihatkan.

Makanan yang berkhasiat adalah amat penting kepada manusia. Ini bermakna

makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang

betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Menurut F.J. Stare dan

M.McWilliams (1990), terdapat lebih daripada 50 nutrien yang diperlukan dalam diet

untuk pertumbuhan dan pemiaraan badan yang sempurna. Nutrien ini dikategorikan

kepada 6 kategori: karbohidrat, lipid, protein, mineral, vitamin dan air. Pengambilan

Page 21: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

3

nutrien ini amat penting kepada remaja untuk mendapatkan kesihatan yang baik

sepanjang pertumbuhan pembesarannya. Menurut F.J. Stare dan M.McWilliams lagi,

remaja yang sihat dan makan makanan yang berkhasiat yang secukupnya mempunyai

badan yang tegap dan tulang yang kuat, endapan lemak yang sesuai, otot yang kuat,

rambut yang bersinar, kulit yang sihat dan gigi yang kuat serta bebas dari pereputan.

Taraf sosio-ekonomi keluarga juga penting dalam mengimbangi pemakanan

remaja. Bagi pelajar-pelajar, kebanyakan wang perbelanjaan untuk mereka membeli

makanan dan juga keperluan mereka diperolehi daripada ibubapa dan juga melalui

biasiswa serta pinjaman kewangan. Oleh yang demikian, sudah tentulah terdapat

perbezaan amalan pemakanan di kalangan remaja yang ibubapanya berpendapatan

rendah dengan ibubapa yang berpendapatan tinggi. Menurut Tee E Siong (1988),

pendapatan amat mempengaruhi jumlah wang yang dibelanjakan untuk makanan

serta jenis-jenis makanan yang dibeli. Selain itu, F.J. Stare dan M.McWilliams

(1990) dalam kajiannya menyatakan bahawa faktor pendapatan kelurga memainkan

peranan penting dalam menentukan jumlah dan jenis makanan yang di makan serta

tempat keluarga itu mendapatkan makanan iaitu sama ada makan di rumah ataupun

di luar rumah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Selalunya pelajar di dalam kesibukan untuk pergi ke sekolah, akan terlepas

sarapan pagi mereka atau memakan makanan yang kurang sempurna. Ramai ibu

yang mengabaikan aspek penyediaan sarapan pagi bagi anak-anak mereka (Zuraini

Mat Isa 2006). Pembahagian yang baik terhadap pengambilan makanan harian adalah

sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, selebihnya diperolehi dari

makanan ringan dan remaja yang mengambil sarapan pagi yang kurang memuaskan

didapati letih dan lesu dan tidak dapat menumpuhkan sepenuh perhatian terhadap

kerja-kerja sekolah terutamanya pada lewat pagi. Kajian yang dilakukan oleh Nestle

Page 22: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

4

Product Sdn.Bhd (Nestle) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati

30% daripada pelajar-pelajar sekolah tidak pernah bersarapan pagi (Tidak langsung

atau cuma sekali dalam seminggu pada hari persekolahan). Kajian itu meliputi 12000

orang pelajar-pelajar seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan tabiat tidak bersarapan

pagi ini menjadi amalan rutin pelajar sekolah, ini akan mengakibatkan mereka akan

terus mengamalkan amalan yang tidak sihat ini semasa mereka memasuki di mana-

mana institut pengajian tinggi.

Amalan pemakanan penting dalam mempengaruhi kecemerlangan pelajar

dalam pelajaran mereka. Mengikut statistik pencapaian pelajar Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, menunjukkan pencapaian pelajar yang mendapat

ijazah kelas pertama amat sedikit berbanding bilangan pelajar yang berjaya menjadi

graduan (Facts and Figures, Oktober 2008). Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian

pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia tahun 2005 – 2007.

Jadual 1.1 : Pencapaian pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Tahun

2005-2007.

Sumber : Facts & Figures, Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia

Tahun Fakulti 2005 2006 2007

Fakulti Pendidikan 16 7 19

Statistik jadual 1.1 menunjukkan jumlah pelajar yang mendapat ijazah kelas

pertama amat sedikit berbanding jumlah pelajar yang berjaya menjadi graduan.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan jumlah bilangan pelajar yang

memperolehi ijazah kelas pertama dari tahun 2006 ke tahun 2007, namun ia tidak

menunjukkan peningkatan yang ketara. Penurunan jumlah pelajar juga amat ketara

dari tahun 2005 ke tahun 2006.

Page 23: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

5

Pencapaian pelajar ini mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya sistem

pendidikan, faktor genetik dan salah satu yang utama ialah faktor amalan

pemakanan. Ini kerana makanan akan membekalkan zat makanan yang diperlukan

oleh otak dan sistem saraf pelajar untuk berfungsi dengan baik. Di samping itu,

makanan juga akan menghasilkan oksigen yang mencukupi kepada otak pelajar

untuk bertenaga lebih lama. Menerusi amalan pemakanan yang baik, ia akan

menjamin kesihatan tubuh badan yang sihat akan mempengaruhi perkembangan

minda dan ketahanan mental pelajar (Razaki Fauzi 2000).

Kajian-kajian yang dilakukan oleh Tee E Siong (1988) dari tahun 1979

hingga 1983 terhadap 14 buah kampung di Kelantan, Johor, Kedah dan Perak

mengambarkan keadaan pemakanan beberapa masyarakat di Malaysia. Kajian ini

mendapati, hampir semua lapisan masyarakat yang diperiksa paras hemoglobinnya

didapati menghadapi anemia. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada kanak-

kanak prasekolah dan murid-murid sekolah, para remaja, kaum wanita dan juga

orang dewasa yang berusia lebih daripada 46 tahun. Punca anemia yang dialami ialah

kekurangan zat besi. Salah pemakanan, baik protein atau kalori, zat besi atau vitamin

A, adalah berpunca daripada kekurangan zat-zat tersebut dalam amalan pemakanan

mereka. Ini menunjukkan masyarakat masih kurang pengetahuan tentang amalan

pengambilan makanan yang berkahsiat yang menyebabkan mereka menghidap

penyakir seperti anemia.

Pengetahuan pelajar terhadap pemakanan yang berkhasiat adalah amat

penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang hidup mereka.

Apabila pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pemakanan

yang berkhasiat ini, akan menimbulkan banyak masalah terhadapa diri remaja itu

sendiri. Kekurangan zat makanan akan mengubah pertumbuhan otak dan tahap

kecemerlangan remaja tersebut (Zuraini Mat Isa 2006). Ia juga akan menganggu

tahap kesihatan secara keseluruhannya. Kemiskinan dan halangan pendidikan

ibubapa yang rendah, menyebabkan masalah ini menjadi buruk. Ini kerana ibu bapa

Page 24: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

6

tersebut tidak mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan aspek pemakanan

dan kesihatan. Sedangkan ibu bapa adalah guru utama bagi membentuk corak

pemakanan yang berkhasiat dan juga dalam menerapkan pengetahuan yang baik

kepada anak-anak mereka. Menurut Zuraini lagi, semakin baik pengetahuan

seseorang remaja tentang pemakanan, semakin baik juga tentang pengambilan

makanannya yang menyihatkan. Seseorang pelajar haruslah mempunyai pengetahuan

terhadap jenis-jenis makanan yang berkhasiat yang sepatutnya mereka ambil dalam

kehidupan seharian mereka. Rao (1986) berpendapat bahawa semakin baik

pengetahuan seseorang tentang pemakanan, maka pengambilan makanannya juga

semakin baik dan mencapai keperluan yang syorkan.

Pendapatan amat mempengaruhi jumlah wang yang dibelanjakan untuk

makanan serta jenis-jenis makanan yang dibeli. Bagi pelajar institut pengajian tinggi,

wang saku yang diperolehi untuk membeli makanan adalah daripada ibubapa dan

juga melalui pinjaman atau biasiswa yang diterima oleh mereka. Ada di kalangan

pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah tidak berbelanja di sekolah kerana

wang saku yang diberi oleh ibubapa mereka tidak mencukupi untuk membeli

makanan. Ini menyebabkan pelajar belajar dalam keadaan lapar dan tidak

mempunyai tenaga yang mencukupi. Menurut Zurina et.al (1990), peruntukan

kewangan yang tidak mencukupi sudah tentu akan mempengaruhi makanan yang

ingin dibeli. Dengan kurangnya wang maka, sudah tentu pelajar akan membeli

makanan yang murah yang tidak terjamin kualiti dan kandungan nutriennya.

Kesihatan yang optimum, pencapaian yang baik di sekolah, rasa bertenaga serta

mempunyai bentuk badan yang menarik dan kuat adalah merupakan ganjaran

apabila mengamalkan pemakanan yang baik (F.J. Stare dan M.McWilliams (1990).

Oleh itu, pelajar adalah tempoh yang penting dan mereka memerlukan satu

panduan yang jelas untuk kesihatan dan status pemakanan mereka. Kesimpulannya,

kajian ke atas pelajar sekolah adalah penting dan perlu untuk diadakan untuk

mengetahui amalan pemakanan mereka dan seterusnya memperbaiki taraf kesihatan

mereka pada masa akan datang dengan membentuk amalan pemakanan yang sesuai

dan berkesan.

Page 25: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

7

1.3 Penyataan Masalah

Kebanyakan pelajar kurang mengambil tahu tentang amalan pemakanan yang

baik. Mereka tidak mengambil kiran kandungan nutrien yang diperlukan oleh badan.

Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati mereka hanya mengambil makanan

mengikut selera mereka dan sekadar untuk mengalas perut sahaja.

Kekurangan wang untuk membiayai perbelanjaan penuntut-penuntut Institut

Pengajian Tinggi mempengaruhi amalan pemakanan pelajar. Semasa menghadiri

kuliah, pelajar-pelajar kurang bertenaga dan lemah disebabkan amalan pemakanan

yang tidak baik. Namun begitu, ada juga sesetengah pelajar yang sanggup mengikat

perut kerana ingin membelanjakan wang mereka untuk membeli keperluan lain

seperti pakaian, perhiasan dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka akan mengambil

makanan yang murah dan juga makanan yang tidak mengandungi nutrien-nutrien

yang diperlukan oleh badan mereka. Pengambilan makanan harian pelajar juga tidak

terancang. Ini seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam akademik mereka

kurang memuaskan dan agak menurun.

Selain itu juga, situasi belajar di Institut Pengajian Tinggi seperti kesibukan

belajar dan membuat tugasan serta menguruskan aktiviti-aktiviti persatuan pelajar.

Bagaimanakan pelajar mengambil makanan? Bagaimanakah masa yang diluangkan

pelajar untuk mnikmati makanan?

Melihat kepada masalah-masalah tersebut, kajian ini dijalankan adalah untuk

meninjau amalan pemakanan di kalangan pelajar Tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Page 26: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi:

1.4.1 Mengenal pasti amalan pemakanan di kalangan pelajar tahun 4 SPH

Fakulti Pendidikan.

1.4.2 Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tahun 4 SPH Fakulti

Pendidikan terhadap makanan berkhasiat.

1.4.3 Mengenal pasti peruntukan kewangan untuk makanan yang

disediakan oleh pelajar tahun 4 SPH Fakulti pendidikan.

1.4.4 Untuk mengetahui hubungan amalan pemakanan berdasarkan

tahap pencapaian akademik pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan.

1.4.5 Mengenal pasti perbezaan pengetahuan terhadap makanan berkhasiat

antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini untuk menjawab persoalan:

1.5.1 Apakah amalan pemakanan di kalangan pelajar tahun 4 SPH Fakulti

Pendidikan?

1.5.2 Apakah tahap pengetahuan pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan

terhadap makanan berkhasiat?

Page 27: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 SPH … · RMT - Rancangan Makanan Tambahan SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPSS - Statistical Package

9

1.5.3 Sejauh manakah peruntukkan kewangan untuk makanan yang

disediakan oleh pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara amalan pemakanan berdasarkan

tahap pencapaian akademik pelajar tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan terhadap makanan berkhasiat

antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan?

1.6 Hipotesis Kajian

Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan pemakanan

berdasarkan tahap pencapaian akademik pelajar.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar

terhadap pengetahuan terhadap makanan berkhasiat.