5
Amalan semasa mengandung, doa disaat ingin melahirkan dan amalan mendidik anak Amalkan membaca surah An-Nahl ayat 78 ُ اَ و مُ كَ جَ رْ خَ ا نِ مِ ونُ طُ بْ مُ كِ ت اَ هَ مُ اَ لاَ ونُ مَ لْ عَ تً ا ئْ ( يَ * شَ لَ عَ جَ وُ مُ كَ لَ عْ مَ سْ ل اَ ارَ صْ بَ لا اَ وَ ةَ دِ ْ فَ لا اَ وْ مُ كَ لَ عَ لَ ونُ رُ كْ * شَ ت" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur". Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah. Doa nabi yunus ~ LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’) "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)". Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS. AMALAN KETIKA MENGANDUNG Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Amalan semasa mengandung

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Amalan semasa mengandung

Amalan semasa mengandung, doa disaat ingin melahirkan dan amalan mendidik anak 

Amalkan membaca surah An-Nahl ayat 78 

�ُه� �م َو�الّل َج�ُك ��ْخ"َر �ُط�وِن) ِّم&ن َأ �م" ُب )ُك ِّم0َه�اِت� � َأ �ُم�وِن� َال �ْع"ّل 4 ِت "ئا ْي ��م� َو�َج�ْع�َل� َش �ُك ُم"َع� ل "َص�اَر� ال"َّس0 �ُب )َد�َة� َو�اَأل �ْف"ئ َو�اَأل

�م" 0ُك �ْع�ّل َوِن� ل �َر� ُك �ْش" ِت  " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur". 

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah. 

Doa nabi yunus ~ LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’) 

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." 

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)". 

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin 

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. 

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. 

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS. 

AMALAN KETIKA MENGANDUNG 

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. 

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak. 

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 

Page 2: Amalan semasa mengandung

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh 

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 

5. Surah Al-Fatihah 

6. Surah Yaasin 

7. Surah Ayatul Kursi 

8. Surah Al-Araaf ayat 189 

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik 

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat 

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat 

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT 

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. 

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh. 

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah. 

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat. 

SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. 

SURAH YUSUF (Yusuf) Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya. 

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. 

Page 3: Amalan semasa mengandung

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. 

SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah. 

SURAH MARYAM (Maryam) Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. 

SURAH AS-SAJDAH (Sujud) Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani. 

Petua Memudahkan Bersalin.a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempohkehamilan.b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.c) Amalkan minum air lebihan suami.d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Doa dan zikir untuk agar mudah bersalin

Ayat seribu dinar 11x2. Tasbih Yunus 333x3. Selawat Nurulzati/ Selawat Sirr4. Selawat Tafrijiyah5. Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

Surah Loqman, Maryam dan Yusuf sentiasa dibaca sepanjang tempoh kehamilan. Seeloknya Tadarus dengan suami.

Page 4: Amalan semasa mengandung

**********************Petua selepas Bersalin

1) Merawat Bentan Ketika Dalam Pantang- Berehat secepat mungkin. Minum segelas kopi ataupun segelas air suam dicampur sedikit gula. Dan sapukan hirisanbawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh

2) Petua Mengempiskan Perut Selepas Bersalina) Ambil sebiji limau nipis diperah airnya/ sedikit air asm jawa pekatkemudian dicampur sedikit kapur sirih.Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, mahupun minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya tapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktuberpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah screcthmarks.b) Sedikit cuka , garam dan kunyit dikisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.c) Sedikit beras disangrai dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, airasam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya kemudian tapis dan minum.Amalkan seminggu 3 kali.d) Halia lebih kurang 3cm, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam,secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar/ditumbuk. Diadun dan tapis, minum airnya.Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.e) Lengkuas Padi/Helang/Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus ditampal pada perut bertujuan membuang angin sekaligus untuk mengecutkan perut.Selain itu baik juga utk disapu pada badan utk mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.f) Asam jawa, jadam dan air mendidih diadun tampal pada perut dan bengkungkan ia sepanjang tempoh berpantang.g) Dalaman - Ambil beberapa potongan halia ditumbuk halus lalu digaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat lalu dimakan dengan nasi. Hasilnya InsyaAllah perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur dan wajah akan tampak lebih sihat dan berseri.h) Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.i) Ambil lada hitam lebih kurang 21/2 genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang kemudian dibengkung kuat/ketat.

3) Petua Untuk Menghindarkan Strechmarksa) Ambil satu sudu kecil air limau nipis. Ambil 20 titik minyak kayu putihserta satu sudu air kapur sirih. Gaulkan ia dan sapu pada kesan-kesan pecah diperut. Buat 2 minggu berturut-turut.b) Sepanjang tempoh mengandung sapukan minyak zaitun pada bahagian yangbermasalah serta elakkan menyapu minyak panas ketika mengandung.

4) Petua Membersihkan Rahima) Kunyit hidup, halia , air asam jawa dan sedikit gula merah dikisar dan ambil airnya. Minum 3 pagi berturut-turut atau ketika tempoh berpantan