6
7.3.2019 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN AIR DENGAN BIJAK DI PULAU PINANG. Kapasiti efektif Empangan Air Itam Dam berada pada tahap 60.4% pada 6.3.2019. Paras Sungai Muda berada pada 1.55 meter pada 6.3.2019. PBAPP sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan musim kemarau dan akan memulakan pelan tindakan kecemasan jika trend cuaca panas dan kering masih berterusan. PULAU PINANG, Khamis, 7.3.2019: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) meminta kerjasama SEMUA pengguna air di Pulau Pinang untuk serta-merta menggunakan air secara lebih bijak. Cuaca panas dan kemarau telah menyebabkan kapasiti efektif Empangan Air Itam di Pulau Pinang, serta paras air Sungai Muda di Seberang Prai turun dengan ketara. Pengguna air perlu mengurangkan penggunaan air setiap hari. Kita perlu memastikan Pulau Pinang mempunyai air yang mencukupi sehingga hujan tiba, untuk mengisi semula empangan dan meningkatkan paras Sungai Muda, sumber air mentah utama kita. LAPORAN STATUS EMPANGAN AIR ITAM Kapasiti efektif Empangan Air Itam telah menurun sebanyak 31.8% sejak awal tahun ini. Kapasiti efektifnya adalah 92.2% pada 1.1.2019, berbanding 60.4% pada 6.3.2019.

AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 1 of 4

7.3.2019 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN AIR DENGAN BIJAK DI PULAU PINANG. • Kapasiti efektif Empangan Air Itam Dam berada pada tahap

60.4% pada 6.3.2019.

• Paras Sungai Muda berada pada 1.55 meter pada 6.3.2019. • PBAPP sedang melaksanakan langkah-langkah kawalan musim

kemarau dan akan memulakan pelan tindakan kecemasan jika trend cuaca panas dan kering masih berterusan.

PULAU PINANG, Khamis, 7.3.2019: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) meminta kerjasama SEMUA pengguna air di Pulau Pinang untuk serta-merta menggunakan air secara lebih bijak. Cuaca panas dan kemarau telah menyebabkan kapasiti efektif Empangan Air Itam di Pulau Pinang, serta paras air Sungai Muda di Seberang Prai turun dengan ketara. Pengguna air perlu mengurangkan penggunaan air setiap hari. Kita perlu memastikan Pulau Pinang mempunyai air yang mencukupi sehingga hujan tiba, untuk mengisi semula empangan dan meningkatkan paras Sungai Muda, sumber air mentah utama kita. LAPORAN STATUS EMPANGAN AIR ITAM Kapasiti efektif Empangan Air Itam telah menurun sebanyak 31.8% sejak awal tahun ini. Kapasiti efektifnya adalah 92.2% pada 1.1.2019, berbanding 60.4% pada 6.3.2019.

Page 2: AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4

Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan Air Itam dijangka bertahan selama 59 hari lagi. Kawasan bekalan Empangan Air Itam meliputi perbandaran Air Itam dan Paya Terubong, serta kawasan sekitarnya di sepanjang Jalan Air Itam hingga Jalan Masjid Negeri. LAPORAN STATUS SUNGAI MUDA Sementara itu, paras air Sungai Muda, sumber air mentah utama Pulau Pinang, juga menurun dengan ketara. Pada 1.1.2019, paras air Sungai Muda adalah 2.35m (meter), berbanding 1.55m pada 6.3.2019. Tanpa pelepasan strategik air mentah oleh Kedah dari Empangan Muda, paras Sungai Muda akan jatuh di bawah paras kritikal 1.5m. Sila maklum bahawa lebih daripada 80% air mentah Pulau Pinang diperoleh dari Sungai Muda setiap hari. Status paras air sungai mempengaruhi bekalan air kepada SEMUA pengguna air di SEMUA kawasan di Seberang Prai. Ia juga memberi kesan kepada bekalan air kepada sebilangan besar pengguna air di Pulau Pinang, terutamanya pengguna domestik dan perniagaan di Daerah Barat Daya dan Balik Pulau. TINDAKAN PBAPP UNTUK PASTIKAN “TIADA CATUAN AIR” PBAPP telah memulakan langkah-langkah kawalan cuaca kemarau berikut untuk memastikan bekalan air yang berterusan di Pulau Pinang, dengan liputan bekalan 100% di bandar dan 99.8% liputan bekalan di luar bandar: 1. Pemantauan data harian untuk empangan-empangan Pulau Pinang,

Sungai Muda dan empangan Kedah yang melepaskan air ke Sungai Muda;

2. Meminimumkan pengeluaran air mentah dari Empangan Air Itam;

3. Mengepam air dari sumber lain untuk memenuhi permintaan air di

kawasan Air Itam dan Paya Terubong. Kami telah mempertingkatkan pengeluaran air di loji rawatan air Sungai Dua, Guillemard dan Batu Ferringhi sebagai sokongan kepada inisiatif ini;

Page 3: AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 3 of 4

4. Mengoptimumkan abstraksi air mentah dari Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang; dan

5. Menyediakan maklumat terkini kepada rakyat mengenai status

bekalan air negeri dan mempromosikan pemuliharaan air. Kesiagaan pelan kontingensi oleh PBAPP meliputi langkah berikut: • Memulakan pengeluaran air mentah kecemasan dari Empangan

Mengkuang;

• Memohon Kedah untuk melepaskan lebih air ke Sungai Muda; • Merayu untuk operasi pembenihan awan; dan

• Melewatkan musim penanaman padi, untuk “melepaskan” lebih

banyak air mentah untuk tujuan bekalan air.

SOKONGAN AWAM UNTUK “TIADA CATUAN AIR” Rakyat Pulau Pinang juga perlu memainkan peranan mereka untuk meminimumkan risiko catuan air, dengan mengurangkan penggunaan air harian mereka. PBAPP memohon kerjasama daripada SEMUA pengguna untuk jimat air. ELAKKAN menggunakan hos yang tidak perlu untuk mencuci kereta anda, menyiram taman anda, membersihkan rumah anda atau menyejukkan rumah anda. Menggunakan hos membazirkan banyak air. Elakkan basuh kereta atau motosikal anda jika tiada keperluan. Setiap kali anda membasuh kenderaan anda, anda menggunakan banyak air. Untuk lebih tip-tip jimat air, sila lawati www.pba.com.my. Terima kasih. Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Page 4: AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 4 of 4

______________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]

Page 5: AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

92.2% 91.6% 91.1%87.6%

84.1% 83.0%

78.8%

74.6%71.5%

68.3%66.2%

65.2%63.0%

60.4%

78.8% 79.9% 81.0% 81.4% 81.5% 81.4%80.9% 80.5% 80.0% 79.4% 78.6% 77.6% 76.5%

75.3%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

1 Jan 5 Jan 10 Jan 15 Jan 20 Jan 25 Jan 1 Feb 5 Feb 10 Feb 15 Feb 20 Feb 25 Feb 1 Mar 6 MAR

Chart Title Air Itam Dam Teluk Bahang Dam

AIR ITAM DAM vs TELUK BAHANG DAM 1.1.2019 – 6.3.2019DAM EFFECTIVE CAPACITIES, IN PERCENTAGE (%).

Page 6: AMARAN CUACA PANAS & KERING : SEGERA GUNAKAN ......Amaran Cuaca Panas & Kering : Segera Gunakan Air Dengan Bijak Di Pulau Pinang./ Page 2 of 4 Pada 6.3.2019, simpanan air mentah Empangan

SUNGAI MUDA RIVER LEVEL1.1.2019 – 6.3.2019AT THE LAHAR TIANG INTAKE, IN METERS (m).

2.35 2.40 2.38

2.152.05

1.961.90

2.16

1.97

1.83 1.80

1.95

1.81

1.55

1.0

1.2

1.4

1.6

1.8

2.0

2.2

2.4

2.6

2.8

3.0

1 Jan 5 Jan 10 Jan 15 Jan 20 Jan 25 Jan 1 Feb 5 Feb 10 Feb 15 Feb 20 Feb 25 Feb 1 Mar 6 MAR

Chart Title

ALERT 1: 2.0m

ALERT 2: 1.8m