Anak Pemimpin Tak Usah Lebih Sudu Daripada Kuah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/24/2019 Anak Pemimpin Tak Usah Lebih Sudu Daripada Kuah

    1/3

    Anak pemimpin tak usah lebih sudu

    daripada kuah

    Siapa yang dapat menafikan kehebatan dan peranan media sosial dalam kehidupan seharian

    seorang manusia dengan hampir setiap orang kini mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun

    media sosial sekali gus menjadikan seantero dunia tahu apa kita lakukan, mahukan dan

    fikirkan.

    Di Malaysia misalnya, rakyat negara ini antara pengguna paling aktif menggunakan media

    sosial dengan segenap lapisan masyarakat menggunakannya tidak kira orang biasa, ahli

    perniagaan, ahli politik, pemimpin kerajaan malah kalangan kerabat diraja dan Sultan juga.

    Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri begitu aktif menggunakan medium

    media sosial dan tidak lagi bergantung kepada media konvensional untuk meluahkan atau

    berkongsi perasaan dengan rakyat.

    Namun dalam setiap kebaikan ciptaan manusia, pasti ada keburukannya kerana tiada yang

    sempurna diciptakan manusia, begitu juga dengan laman sosial.

    Akaun Facebook, Instagram atau Twitter yang digunakan bagi meluahkan perasaan atau

    berkongsi pendapat, dalam sedar atau tidak, penggunanya pasti terdedah kepada persepsi

    negatif masyarakat laman sosial (netizen).

    Ini terjadi kepada anak pemimpin politik dan kerajaan yang lantang membela bapa masing-

    masing yang bertugas untuk rakyat. Sebenarnya tidak salah untuk membela nasib bapa mereka

    yang menerima kutukan atau cemuhan netizen tetapi ia juga membawa keburukan kepada

    pemimpin itu sendiri.

    Lihat saja bagaimana anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggunakan laman sosial

    untuk "membelasah" netizen kerana mengutuk bapanya berhubung isu 1.5 juta pekerja

  • 7/24/2019 Anak Pemimpin Tak Usah Lebih Sudu Daripada Kuah

    2/3

    Bangladesh hingga mengundang amarah rakyat. Apa yang berlaku selepas itu berpanjangan

    apabila dia pula dibelasah kerana gagal menyelami kehendak rakyat di peringkat akar umbi.

    Sedar atau tidak, pembelaan anak pemimpin kerajaan ini, terhadap bapa mereka sebenarnya,

    membawa lebih keburukan daripada sudut impak politik kerana rakyat sudah pasti mempunyai

    persepsi betapa ahli keluarga pemimpin ini gagal menyelami dan memahami denyut nadi

    rakyat di peringkat akar umbi.

    Sikap "lebih sudu daripada kuah" anak pemimpin ini menyebabkan bukan saja pemimpin

    berkenaan terpalit dengan persepsi negatif tetapi turut menerima tempiasnya adalah kerajaan

    dan parti itu sendiri, iaitu Barisan Nasional (BN) serta Umno yang kini jelas berdepan krisis

    keyakinan daripada rakyat terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar serta separa

    bandar.

    Sebagai anak pemimpin, mereka seharusnya menunjukkan contoh dan teladan baik kepada

    rakyat khususnya, generasi muda dan tidak berlebih-lebihan dalam membuat komen bagi

    membela bapa masing-masing kerana sebagai pemimpin politik, apa yang dinyatakan

    mempunyai maksud tersurat dan tersirat serta berkaitan dasar kerajaan.

    Sikap anak pemimpin berkenaan kadang-kadang berlebihan hingga menimbulkan rasa jelik dan

    meluat netizen yang kemudiannya pasti menular kepada rakyat. Ada sesetengah anak

    pemimpin pula cepat "berpaling tadah" dengan mengutuk jentera kerajaan apabila bapanya

    tidak lagi berada dalam koridor kekuasaan, dan sewenang-wenang melemparkan komen

    berbentuk sinikal.

    Contoh terkini ialah tindakan anak bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

    yang meletakkan gambar tertentu pada logo polis dan kemudian dimuat naik ke akaun

    Instagramnya.

    Ia nampak sangat tindakan kebudak-budakan yang tidak melambangkan kewibawaan sebagai

    anak bekas pemimpin negara kerana sebelum ini, bapanya melafazkan sumpah taat setia

    melindungi kerajaan dan perkhidmatannya. Lepas kecoh mengenai gambar itu, pandai pula

    padamkan ia daripada akaunnya.

  • 7/24/2019 Anak Pemimpin Tak Usah Lebih Sudu Daripada Kuah

    3/3

    Seharusnya, jika mereka ini bercita-cita untuk menjadi ahli atau pemimpin politik, pilih

    platform dalam mana-mana parti politik dan luahkan segalanya seperti yang dilakukan Nurul

    Izzah. Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya bersikap seperti "baling batu, sembunyi

    tangan" dengan hanya sembang gah dalam laman sosial.

    Perlunya sikap lebih matang, telus serta berkredibiliti ditunjukkan anak pemimpin ini dalam

    laman sosial kerana segala apa yang dikatakan mempunyai impak amat besar dan boleh

    menjadi "viral" sekelip mata sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pimpinan

    kerajaan BN dan Umno.

    Jangan buat rakyat menyampah pada bapa anda dengan sikap "tidak fikir panjang" anda, wahai

    anak pemimpin.

    Bak kata pepatah Melayu lama, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai",

    itulah seharusnya menjadi pegangan anak pemimpin ini, apabila melihat atau mendengar bapa

    masing-masing dicemuh atau dituduh pelbagai cacian ketika menjalankan tugas.

    Hendak jadi pemimpin politik, itulah asam garamnya dan anak mereka menikmati segala

    "perks" sebagai anak "orang ada-ada". Jadi, kalau sesekali orang kutuk bapa anda, telan sajalah,

    tidak perlu melatah. 24 Februari, 2016.

    * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The

    Malaysian Insider.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/srihanasham-

    noordin/article/anak-pemimpin-tak-usah-lebih-sudu-daripada-kuah