9
BAHAGIAN A MENGANALISIS DAN MENGHURAIKAN ISI KANDUNGAN AKIDAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

analisa akidah tahun 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

education

Citation preview

Page 1: analisa akidah tahun 5

BAHAGIAN AMENGANALISIS

DAN MENGHURAIKAN ISI KANDUNGAN AKIDAH

DALAM SUKATAN PELAJARANPENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Page 2: analisa akidah tahun 5

BAHAGIAN BMENGHASILKAN RPH

DENGAN MENGAMBILKIRA STRATEGI, PENDEKATAN,

& TEKNIK YANG SESUAIBAGI MENGHASILKAN P&P

AKIDAH YANG MENARIK DAN BERKESAN

Page 3: analisa akidah tahun 5

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR

•PERISIAN POWER POINT•SUMBER VIDEO

Page 4: analisa akidah tahun 5

AKIDAH TAHUN 5

TAJUK 2 :ILMU ( SIFAT ALLAH )

TAJUK 3 :HAYYAT ( SIFAT ALLAH )

TAJUK 4:AS-SHABUR ( NAMA ALLAH )

TAJUK 5 :AL-HAKIM ( NAMA ALLAH )

Page 5: analisa akidah tahun 5

ALLAH BERSIFAT IRADAT

ARAS 1 1. Menyatakan - 1.1 Pengertian Iradat. 1.2 Maksud Allah bersifat Iradat. 1.3 Hukum mempercayai Allah bersifat Iradat.2. Menyebut dan memahami maksud dalil Naqli Allah bersifat Iradat.3. Menyatakan dalil Aqli.4. Sentiasa berzikir kepada Allah.

ARAS 2 1. Menyatakan tujuan beriman dengan sifat Iradat .2. Menyatakan akibat mengingkari sifat Iradat Allah.3. Sentiasa bertaqwa kepada Allah.

ARAS 3 1. Menjelaskan perbezaan antara Iradat Allah dengan keinginan manusia.2. Sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t..3. Menginsafi kelemahan manusia

ISI KANDUNGAN PELAJARAN 1) Iradat bererti “berkehendak”.2) Iradat bermaksud “Allah berkehendak

melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu”

3) Hukum mempercayai Allah bersifat Iradat adalah wajib.

4) Dalil Naqli : Suratul Buruj 85, ayat 16.

Firman Allah yang bermaksud: Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakinya.

5) Dalil Aqli Allah bersifat Iradat ialah Iradat Allah tiada batasan. Kalau Iradat Allah ada batasan bermakna allah bersifat lemah dan tidak mampu menjadikan alam ini.

6) Tujuan beriman dengan sifat Iradat Allah:Redha, tidak berputus asa, tawakal kepada Allah, berikhtiar, berkeyakinan, iman menjadi kuat dan sabar menghadapi ujian Allah.

7) Akibat mengingkari sifat Iradat Allah :Putus asa, merosakkan iman, malas berusaha, suka menyalahkan orang lain, sombong dan lupa diri.

8) Perbezaan Iradat Allah dengan keinginan manusia:Iradat Allah – Pasti berlaku dan tidak terbatas.Keinginan manusia – Mungkin berlaku dan terbatas.

CADANGAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN 1) Sumbangsaran .2) Penerangan Sifat Iradat Allah.3) Soal jawab.4) Bercerita mengenai kisah Namrud dan Nabi Ibrahim .5) Gerak kerja bertulis.6) Mencari maklumat tentang Iradat melalui internet.

Page 6: analisa akidah tahun 5

ALLAH BERSIFAT ILMU

ARAS 1 1. Menyatakan - 1.1 Pengertian Ilmu. 1.2 Hukum mempercayai Allah bersifat Ilmu.2. Membaca dan memahami dalil Naqli Allah bersifat Ilmu serta maksudnya.3. Meyakini bahawa semua perkara yang berlaku telah sedia ada pada azali.

ARAS 2 1. Menyatakan dalil Aqli Allah bersifat Ilmu .2. Tujuan beriman dengan sifat Ilmu Allah.3. Menjelaskan akibat mengingkari sifat Ilmu Allah.4. Sentiasa berusaha menuntut ilmu.

ARAS 3 1. Menjelaskan perbezaan antara pengetahuan Allah dengan pengetahuan

manusia.2. Mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan.

ISI KANDUNGAN PELAJARAN 1) Ilmu bererti “Maha Mengetahui”.2) Hukum mempercayai Allah bersifat Ilmu adalah

wajib. 3) Dalil Naqli : Suratut Taghabun 64 : Ayat 4

Firman Allah yang bermaksud: Dan Allah maha mengetahui segala isi hati.

4) Dalil Aqli Allah bersifat Ilmu ialah : * Ilmu Allah amat luas. * Allah mengetahui segala perkara yang telah ,

sedang dan akan berlaku. * Jika Allah tidak bersifat Ilmu , pasti Allah tidak

dapat menjadikan manusia, binatang, cakerawala dan alam keseluruhanya.

5) Tujuan beriman dengan sifat Ilmu Allah:Jujur dalam amalan, rajin menuntut ilmu, takut kepada Allah, bersemangat melakukan amal kebajikan dan berfikir kearah kebaikkan.

6) Akibat mengingkari sifat Ilmu Allah :Merosakkan iman, malas berusaha, tidak jujur, sombong dan melakukan kemungkaran.

7) Perbezaan pengetahuan Allah dengan pengetahuan manusia:Pengetahun Allah – Tiada permulaan, sentiasa benar, tidak terbatas, tanpa perantaraan, mengetahui perkara yang akan berlaku dan mengetahui perkara ghaib.Pengetahuan manusia –Ada permulaan, boleh jadi benar atau salah, terbatas, menggunakan perantaraan, tidak mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku dan tidak mengetahui perkara ghaib..

CADANGAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN1) Perbincangan.2) Soal jawab.3) Penerangan.4) Bercerita kisah Khalifah Umar Al-Khatab.5) Sumbang saran.

Page 7: analisa akidah tahun 5

ALLAH BERSIFAT HAYYAT

ARAS 1 1. Menyatakan - 1.1 Pengertian Hayyat. 1.2 Hukum mempercayai Allah bersifat Hayyat.2. Membaca dan memahami dalil Naqli Allah bersifat Hayyat serta maksudnya.3. Bersyukur dengan nikmat kehidupan.

ARAS 2 1. Menyatakan dalil Aqli Allah bersifat Hayyat .2. Tujuan beriman dengan sifat Hayyat Allah.3. Menjelaskan akibat mengingkari sifat Hayyat Allah.4. Sentiasa mengingati Allah.

ARAS 3 1. Menjelaskan perbezaan antara Hayyat Allah dengan kehidupan manusia .2. Muhasabah diri sebagai hamba Allah.

ISI KANDUNGAN PELAJARAN 1) Hayyat bererti “hidup”.2) Hayyat Allah bermaksud “Sifat Hayyat Allah

adalah kekal abadi tanpa mula dan akhir”3) Hukum mempercayai Allah bersifat Hayyat

adalah wajib. 4) Dalil Naqli : Suratul Baqarah 2 : Ayat 255

Firman Allah yang bermaksud: Tidak ada tuhan melainkan Allah yang hidup dan kekal.

5) Dalil Aqli Allah bersifat Hayyat ialah pertukaran siang dan malam, peredaran matahari dan bumi dan Allah yang menghidupkan dan mematikan kita.

6) Tujuan beriman dengan sifat Hayyat Allah:Menginsafi kehidupan manusia yang bersifat lemah , meyakini bahawa semua makhluk Allah akan binasa, mengagungkan kebesaran Allah dan membuat persediaan untuk mati.

7) Akibat mengingkari sifat Hayyat Allah :Merosakkan iman, lalai mengingati Allah, sombong dan lupa diri.

8) Perbezaan Hayyat Allah dengan kehidupan manusia:Hayyat Allah – Kidam iaitu tiada permulaan, Baqa’ iaitu kekal dan tidak bergantung kepada yang lain.Kehidupan manusia – Baharu iaitu ada permulaan, Fana’ iaitu binasa dan memerlukan pertolongan orang lain.

CADANGAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN1) Soal Jawab2) Perbincangan3) Penerangan.4) Gerak Kerja bertulis.

Page 8: analisa akidah tahun 5

NAMA ALLAH : AS-SHABUR

ARAS 1 1. Menyatakan - 1.1 Pengertian As-Shabur. 1.2 Maksud Allah Maha Penyabar.2. Membaca dan memahami dalil Naqli tentang nama Allah “As-Shabur” dari hadis Asma’ ul Husna.3. Menyatakan dalil Aqli “As-shabur”4. Sentiasa sabar menghadapi dugaan.

ARAS 2 1. Menyatakan ciri-ciri As-shabur.2. Menyatakan hikmah As-shabur.3. Sentiasa muhasabah diri.

ARAS 3 1. Menjelaskan perbezaan antara As-shabur dengan sabar2. Menyatakan kelebihan orang yang bersifat sabar.3. Sentiasa beristigfar.

ISI KANDUNGAN PELAJARAN 1) As-Shabur bererti “Maha Penyabar”2) As-Shabur bermaksud “Allah S.W.T maha

sabar dan tidak bersifat terburu-buru.3) Dalil Naqli : Sabda Rasulullah S.A.W yang

bermaksud : “Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang mempelajarinya maka dia akan masuk ke syurga .....(antaranya) As-Shabur ....”

4) Dalil Aqli Allah bersifat As-Shabur ialah Allah tidak segera mengazabkan hamba-hambanya yang melakukan dosa.

5) Ciri-ciri As-Shabur:Allah tidak menyegerakan azab keatas hamba-hambanya yang melakukan kesalahan., Allah memberi peluang kepada manusia untuk bertaubat, Allah memberi nikmat kepada semua manusia termasuk orang yang mendeharka terhadapnya.

6) Hikmah sifat As-Shabur : Rahmat Allah Taala diberikan kepada semua

manusia, manusia diberi peluang untuk membaiki kesalahan dengan bertaubat, Allah mendidik manusia supaya bersabar dan semua manusia mendapat nikmat daripada Allah s.W.T.

7) Perbezaan As-Shabur dengan sabar:As-Shabur – Nama dan sifat Allah, tidak terbatas dan kekal.

Sabar – Sifat manusia , ada batas dan tidak kekal.

CADANGAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN1) Perbincangan.2) Soal jawab.3) Penerangan.4) Bercerita kisah pengemis Yahudi dan Nabi

Muhammad S.A.W.5) Sumbang saran.

Page 9: analisa akidah tahun 5

NAMA ALLAH : AL-HAKIM

ARAS 1 1. Menyatakan - 1.1 Pengertian Al-Hakim 1.2 Maksud Allah Maha Bijaksana.2. Membaca dan memahami dalil Naqli tentang nama Allah “Al-Hakim” dari hadis Asma’ ul Husna.3. Menyatakan dalil Aqli “Al-Hakim”4. Bijak membuat keputusan.

ARAS 2 1. Menyatakan ciri-ciri Al-Hakim.2. Menyatakan hikmah Al-Hakim.3. Sentiasa menghargai nikmat Allah dan bersyukur.

ARAS 3 1. Menjelaskan perbezaan sifat Al-Hakim Allah dengan kebijaksaan manusia.2. Menyatakan kelebihan orang yang bersifat bijaksana.3. Sentiasa menghormati orang yang berilmu.

ISI KANDUNGAN PELAJARAN 1) Al-Hakim bererti “Maha Bijaksana”2) As-Hakim bermaksud “Allah S.W.T Maha

Bijaksana.3) Dalil Naqli : Suratul Baqarah 2 : Ayat 32

Firman Allah Taala yang bermaksud : “Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana”

4) Dalil Aqli Allah bersifat Al-Hakim ialah Allah mengatur perjalanan alam, Allah suci daripada sebarang kesilapan dan segala yang berlaku dialam ini mempunyai hikmatnya.

5) Ciri-ciri Al-Hakim:Semua kejadian Allah berfungsi dalam kehidupan, peraturan alam sesuai dengan kehidupan dan segala ciptaan Allah bersifat sempurna.

6) Hikmah sifat Al-Hakim :Mendapat rahmat Allah dan mendapat ilmu.

7) Perbezaan Al-Hakim Allah dengan kebijaksaan manusia :Al-Hakim – Nama dan sifat Allah, bermasud Maha Bijaksana, bersifat azali dan kekal. Hakim – Nama dan sifat manusia, bermaksud bijaksana, didapati melalui pembelajaran dan pengalaman dan binasa.

8) Kelebihan orang yang bijaksana:Boleh menjadi pemimpin, dihormati dan disanjung tinggi, mendapat rahmat Allah, dicontohi masyarakat, berjaya dalam kehidupan dan mem,beri manafaat kepada orang lain.

CADANGAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN 1) Perbincangan.2) Soal jawab.3) Penerangan.4) Sumbang saran.5) Gerak kerja bertulis.