5
Analisis dan interpretasi data: Pemerhatian mengenai terbit dan terbenamnya bulan ini telah dijalankan selama 14 hari secara berterusan. Pemerhatian telah dijalankan di hadapan Kolej Kediaman Blok FE IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek dengan menggunakan kamera berkuasa tinggi. Data diambil dengan mengambil gambar bulan setiap hari bermula pada tarikh 5 Mac hingga 5 April pada lingkungan jam 8.40 malam sehingga 9.30 malam. Nilai azimut diambil dengan menggunakan kompas. 8.40pm 9.00pm 9.20pm 9.40pm 10.00pm 10.20pm 0 50 100 150 200 250 300 Graf azimut mengenai pergerakan bulan mengikut masa dan tarikh 5/3/2012 5/4/2012 Masa Darjah (°) Graf di atas menunjukkan azimut bulan mengikut tarikh pemerhatian iaitu pada 5/3/2012 sehingga 5/4/2012. Kedua-dua tarikh ini telah dipilih bagi memperlihatkan pola pergerakan bulan. Ternyata, kedudukan bulan tidak sama pada setiap malam. Pola bulan

analisis bulan 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains

Citation preview

Analisis dan interpretasi data:

Pemerhatian mengenai terbit dan terbenamnya bulan ini telah dijalankan selama 14 hari secara berterusan. Pemerhatian telah dijalankan di hadapan Kolej Kediaman Blok FE IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek dengan menggunakan kamera berkuasa tinggi. Data diambil dengan mengambil gambar bulan setiap hari bermula pada tarikh 5 Mac hingga 5 April pada lingkungan jam 8.40 malam sehingga 9.30 malam. Nilai azimut diambil dengan menggunakan kompas.

Graf di atas menunjukkan azimut bulan mengikut tarikh pemerhatian iaitu pada 5/3/2012 sehingga 5/4/2012. Kedua-dua tarikh ini telah dipilih bagi memperlihatkan pola pergerakan bulan. Ternyata, kedudukan bulan tidak sama pada setiap malam. Pola bulan meningkat menandakan bahawa bulan terbenam ke arah barat. Berdasarkan graf juga, didapati bahawa azimut bulan meningkat daripada pukul 8.40 malam ke 10.20 malam. Pergerakan bulan ke arah barat juga jelas kelihatan daripada minggu pertama pemerhatian ke minggu kedua pemerhatian, iaitu selama 14 hari, merujuk kepada peningkatan nilai azimut yang diambil.Azimuth adalah sudut mendatar yang dikira mengikut arah jam daripada arah rujukan, dengan satu titik di garisan horizon yang menyilangi satu titik altitud bagi objek tersebut. Azimuth digunakan untuk menentukan kedudukan objek di angkasa (nilainya diukur dalam unit darjah, (). Nilai azimuth yang diperoleh bergantung kepada lokasi pemerhati.

Graf di atas menunjukkan altitud bulan mengikut tarikh pemerhatian iaitu pada 5/3/2012 sehingga 5/4/2012 Kedua-dua tarikh ini telah dipilih bagi memperlihatkan pola pergerakan bulan. Ternyata, kedudukan bulan tidak sama pada setiap hari. Pola bulan ada yang menurun dan ada yang meningkat pada setiap hari menandakan bahawa masa untuk bulan muncul adalah berbeza. Terdapat juga beberapa hari dimana bulan tidak kelihatan, disebabkan oleh awan meliputi bulan dan bulan tidak timbul langsung. Hal ini menyebabkan tiada data dapat diambil pada satu- satu masa. Altitud merujuk kepada ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek relatif kepada garisan horizon. Altitud berseranjang dengan azimuth. Berdasarkan pemerhatian juga, fasa-fasa bulan juga telah dicatatkan seperti fasa waxing gibbous, fullmoon dan waning gibbous. Pemerhatian terhadap permukaan bulan mendapati bahawa terdapat permukaan bulan yang kelihatan seperti bentuk kepala arnab pada setiap malam bulan kelihatan. Bagaimanapun, orientasi permukaan bulan yang menyerupai kepala arnab ini sering berubah mengikut masa, namun perubahan tersebut tidaklah begitu ketara.

Kaitan data dan teori:Azimuth dan altitude bulan sering berubah pada setiap hari. Hal ini kerana bulan mengorbit bumi. Perbezaan nilai azimuth dan altitude bulan menandakan perbezaan waktu terbit dan terbenamnya bulan. Sekiranya nilai azimuth dan altitude bulan yang diperolehi, ia membawa maksud bulan hampir berada dengan zenith dan bulan akan terbenam. Hal ini bertepatan dengan data yang telah saya perolehi.Disamping itu, permukaan bulan yang kita lihat pada setiap malam juga sama. Hal ini kerana bulan mengorbit bumi, pada masa yang sama ianya berputar di atas paksinya sendiri Namun, putaran bulan pada paksinya lebih perlahan berbanding peredaran bulan mengelilingi bumi. Hal ini membuatkan kita hanya dapat melihat permukaan bulan yang sama pada setiap masa. Selain itu, daya tarikan graviti bumi juga menjadi factor mengapa kita hanya melihat permukaan bulan yang sama setiap. Tarikan graviti bumi menyebabkan putaran bulan pada paksinya perlahan, menyebabkan kita melihat permukaan bulan yang sama. Selain itu, bulan yang mempunyai 8 fasa yang terdiri daripada newmoon, waxing crescent, first quarter, waving gibbous, fullmoon, waning gibbous, third quarter, waning crescent dan newmoon kembali. Pemerhatian yang dibuat mendapati bahawa beberapa fasa bulan dapat dilihat seperti waxing gibbous, fullmoon dan waning gibbous. Hal ini merujuk kepada kitaran bulan yang berlaku selama 27 hari. Orientasi permukaan bulan berubah kerana kelajuan putaran bumi dan bulan berbeza, dimana putaran bulan jauh lebih perlahan daripada putaran bumi. Hal ini menyebabkan orientasi permukaan bulan sering berubah, merujuk kepada data yang telah diambil.

Kesimpulan:Azimuth dan altitude bulan berbeza pada setiap malam menandakan perbezaan waktu terbit dan terbenam bulan. Pada setiap malam, kita akan melihat permukaan bulan yang sama kerana putaran serentak bulan.