ANALISIS KARANGAN PELAJAR

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    1/15

    0

    BMK 3043 : SENI MENGARANG

    TAJUK TUGASAN 1

    Analisis karangan pelajar sama ada dari aspek :

    a. Strategi Pemerenggananb. Pendekatan Retorikac. Pendekatan Elektikad. Stilistikae. Wacanaf. Logikag. Tatabahasa

    KUMPULAN

    Group UPSI 15

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO.ID NO.TELEFON

    NORMA BT MAT SALLEH

    NAMA TUTOR E-LEARNING : PROF MADYA MOHD TAIB ARIFFIN

    TARIKH SERAH : 30 MAC 2013

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    2/15

    1

    ISI KANDUNGAN

    Kandungan Halaman

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( PELAJAR CEMERLANG JADI

    IMPIAN )

    2

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( FAEDAH MEMBACA SURAT

    KHABAR )

    4

    ALISIS KARANGAN PELAJAR ( SEPANDAI-PANDAI TUPAI

    MELOMPAT )

    6

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( BERKELAH BERSAMA

    KELUARGA)

    7

    PENUTUP8

    LAMPIRAN9

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    3/15

    2

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( PELAJAR CEMERLANG JADI IMPIAN )

    STRATEGI PEMERENGGANAN

    Perenggan ditakrifkan oleh Kamus Dewan (1994) sebagai bahagian daripada muka atau bab

    dalm buku, rencana yang terdiri daripada beberapa baris dan pragraf. Perenggan merupakan

    unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu dengan lainnya mempunyai

    hubungan dari segi makna dan tatabahasa.

    Manakala Fowler (1970) menyatakan perenggan ialah sebuah kotak kecil ayat-ayat yang

    membina bentuk dan pada masa yang sama juga berfungsi sebagai sebahagian daripada

    keseluruhan penulisan.

    Berdasarkan fungsinya dalam karangan, struktur perenggan utama dapat dijeniskan kepada

    tiga bentuk iaitu perenggan pengenalan, perenggan pengembangan, dan perenggan penutup.

    Perenggan pengenalan berfungsi menarik minat pembaca sama ada untuk meneruskan

    pembacaan atau tidak.Perenggan pengembangan bertujuan menjelaskan pokok perbincangan

    yang sebelumnya dinyatakan dalam perenggan permulaan.Manakala, perenggan penutup

    berfungsi untuk menyimpulkan buah fikiran dalam satu atau dua perenggan.

    Perenggan Permulaan

    Dalam karangan ini , perenggan pengenalan dibina melalui teknik perbandingan. Teknik

    perbandingan yang telah digunakan oleh pengarang telah dapat saya kenali pasti berdasarkan

    contoh di bawah:

    Tetapi, dalam mencapai impian ini, ada pelajar yang berjaya dan ada juga yang kecundang.

    Berdasarkan teknik di atas, perkataan tetapimerupakan penanda kepada perbandingan yang

    cuba diusulkan oleh pelajar.

    Perenggan Pengembang

    Perenggan pengembang ditulis menggunakan beberapa teknik :

    1. Teknik Perbandingan

    Teknik perbandingan yang digunakan oleh pelajar ini adalah ;

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    4/15

    3

    . Apa jua bidang, kurikulum atau kokurikulum mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh

    dan berdisiplin. Jika tidak, harapan untuk menjadi pelajar cemerlang akan musnah.

    Berdasarkan teknik di atas, perkataan jika menjadi penanda kepada perbandingan yang cuba

    diusulkan.

    2. Teknik Penyenaraian

    Antara teknik penyenaraian yang digunakan adalah ;

    Pertama, mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang diceburi. Apa

    jua bidang, kurikulum atau kokurikulum mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan

    berdisiplin. Jika tidak, harapan untuk menjadi pelajar cemerlang akan musnah.

    Kedua, mereka mesti bijak membahagikan masa. Urusan pelajaran harus diutamakan.

    Ketiga untuk mencapai kejayaan cemerlang, seseorang pelajar harus taat kepada perintah

    agamanya.

    Ciri ciri teknik penyenaraian yang digunakan adalah penggunaan pertama,kedua dan ketiga.

    Perenggan Penutup

    Dalam karangan ini pelajar cara penulisan perenggan penutup dapat mencerminkan

    keseluruhan isi karangn. Penutupnya tidak terlalu panjang dan memberi kesan yang mendalam

    kepada pembaca. Contohnya;

    Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hadir dengan komitmen yang tinggi untuk berjaya.

    Setiap individu boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh. Jadi

    terpulang kepada seseorang pelajar sama ada menjadi pelajar cemerlang atau tidak

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    5/15

    4

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( FAEDAH MEMBACA SURAT KHABAR )

    WACANA

    Wacana bermaksud penggunaan bahasa secara bertulis yang terdiri daripada ayat atau ayat-

    ayat, bab, buku, dialog yang mempunyai awal dan akhir.Antaranya ;

    Di samping dapat mengetahui isu-isu semasa tentang dalam dan luar negara , kita juga dapat

    mengetahui tentang dunia hiburan.

    Sebagai seorang pelajar , amatlah digalakkan untuk selalu membaca surat khabar STAR dapat

    menjadi pelajar yang berpengetahuan yang luas

    Ayat-ayat di atas ciri-ciri sebab dan akibat iaitu turutan atau susun atur dengan pengertian

    unsur-unsurnya dapat disusun misalnya urusan, waktu, juga tempat.

    STRATEGI PEMERENGGANAN

    Perenggan permulaan

    Saya dapati perenggan permulaan dalam karangan ini dimulai dengan menyatakan maksud

    dan tujuan penulisan ;

    Membaca surat khabar banyak faedahnya .Sikap suka membaca surat khabar harus

    ditanamkan di dalam diri semua orang kerana ia adalah sikap yang terpuji.Ia dapat menjadikan

    kita orang yang berpengetahuan

    Perenggan pengembangan

    Teknik Penglibatan Pembaca

    Dalam perenggan pengembangan pelajar banyak menggunakan teknik penglibatan pembaca

    dalam penulisannya. Antara perkataan yang menunjukkan teknik penglibatan pembaca adalah

    penggunaan perkataan kita;

    Surat khabar dapat menjadi penghubung antara kita dengan luar negara atau dalam negara.

    Ini kerana ,dengan membaca surat khabar kita dapat mengetahui pelbagai kejadian yang terjadi

    di luar dan dalam negara tanpa perlu ada di tempat kejadian.Maka dapatlah kita mengetahui

    perkembangan dalam dan luar negara. .Kita juga dapat mengetahui kesusahan atau

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    6/15

    5

    kesenangan negara lain dengan hanya membaca surat khabar.Dengan itu kita dapat membantu

    meringankan beban negara. lain yang berada dalam kesusahan.

    Perenggan Penutup

    Teknik falsafah

    Dalam rencana ini, cara penulisan perenggan penutup memenuhi ciri-ciri penutup yang tidak

    terlalu panjang dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca;

    Membaca surat khabar banyak faedahnya .Kita mestilah selalu membaca surat khabar agar

    tidak menjadi katak di bawah tempurung .Surat khabar juga adalah ilmu .Bah kata orang-orang

    tua dahulu , carilah ilmu hingga ke negara China .Dengan membaca surat khabar kita tidak

    perlu ke negara China tetapi hanya perlu duduk di kerusi dan kita dapat mengetahui

    perkembangaan dan ilmu-ilmu di negara itu.

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    7/15

    6

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT )

    PENDEKATAN RETORIKA

    Retorika Pemerian

    Tujuan retorika pemerian adalah bagi membolehkan pembaca merasai ,melihat atau mengalami

    sendiri apa-apa yang telah penulis lihat atau alami.Bahan yang dipindahkan termasuklah imej,

    hal fizikal, keadaan,perasaan, suasana, latar dan sebaginya.

    Di dalam karangan ini terdapat beberapa pendekatan retorika pemerian yang cuba

    diaplikasikan;

    Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri -murid yang lain selain sikapnya yang

    kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh

    gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.

    Pelajar ini cuba menggambarkan sikap Budin yang nakal dan biadap.

    Retorika Penceritaan

    Berdasarkan teknik yang digunakan ini, peelajar cuba menambahkan pengetahuan pembaca

    melalui maklumat yang disampaikan. Apabila penulisan menggunakan retorika penceritaan,

    pembaca dengan sendiri merasakan mereka seolah- olah melihat atau mengalami sendiri

    peristiwa atau kejadian yang diceritakan tersebut.

    Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan.

    Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi

    kepada kawan-kawannya

    WACANA

    Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam

    tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tua itu.

    Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.

    Wacana di atas berkait dengan kedudukan penutur yang menuturkan sesuatu lakuan bahasa

    dalam masyarakat.

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    8/15

    7

    ANALISIS KARANGAN PELAJAR ( BERKELAH BERSAMA KELUARGA)

    PENDEKATAN RETORIKA

    Retorika Pemerian

    Dalam karangan ini, pelajar banyak menggunakan pendekatan retorika pemerian untuk

    memberi gambaran tentang perasaan dan pemandangan.

    Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan

    ditiup angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu

    bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu

    bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak

    sabar sebenarnya.

    Pelajar cuba menggunakan perkataan bersemangat, ceria dan tidak sabar untuk menunjukkan

    perasaan watak tersebut.

    Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga mereka.

    Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada yang kejar

    mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara gelak

    ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya

    Pelajar ini juga cuba menggunakan pendekatan retorika pemerian untuk menggambarkan

    pemandangan dan suasana.

    Retorika Penceritaan

    Retorika penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan

    beberapa siri peristiwa dalam satu plot yang logic. Dalam karangan ini pelajar menggunakan

    teknik ini untuk menggabungkan penceritaan tersebut;

    Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya

    memberitahu bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-

    kawan yang lain. Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk

    berinteraksi dengan saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan

    perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Saya

    mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju.

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    9/15

    8

    KESIMPULAN

    Akhir sekali, sebagai seorang penulis dan bakal penulis kita perlu bijak menyusun idea yang

    ingin kita kongsikan bersama pembaca. Kita perlu menggunakan pelbagai teknik dan

    pendekatan yang bersesuain dengan apa yang ingin kita sampaikan kepada dalam bentuk

    penulisan. Strategi pemerengganan yang mantap, gaya bahasa yang bersahaja dan

    pendekatan retorika yang menarik akan menjadi jaminan kepada karya kita untuk diterima oleh

    pembaca yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    10/15

    9

    LAMPIRAN

    PELAJAR CEMERLANG JADI IMPIAN

    Memang tidak dapat dinafikan setiap pelajar ingin menjadi yang cemerlang.Cita-cita dan

    harapan ini, akan menjadi nyata jika seseorang pelajar itu melakukan perkara yang terbaik buat

    dirinya. Tetapi, dalam mencapai impian ini, ada pelajar yang berjaya dan ada juga yang

    kecundang.

    Menjadi pelajar cemelang memerlukanseseorang itu berdisiplin.Pertama, mereka perlu

    menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang diceburi. Apa jua bidang, kurikulum

    atau kokurikulum mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Jika tidak,

    harapan untuk menjadi pelajar cemerlang akan musnah.

    Kedua, mereka mesti bijak membahagikan masa. Urusan pelajaran harus diutamakan. Urusan-

    urusan lain seperti membantu ibu bapa dan rakan-rakan yang lain tidak harus diketepikan.

    Sebagai pelajar yang cemerlang, kita wajib membantu ibu bapa apabila diperlukan. Jangan

    hampakan harapan mereka.

    Ketiga untuk mencapai kejayaan cemerlang, seseorang pelajar harus taat kepada perintah

    agamanya. Mereka harus mengamalkan suruhan agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

    Tinggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh agama agar hidup lebih diberkati.

    Jika inginkan kejayaan yang cemerlang, seseorang pelajar juga perlu menghormati kedua ibu

    bapanya, guru-guru serta rakan-rakan. Sekalipun sibuk dengan pelajaran, ibu bapa harus

    diutamakan. Guru-guru harus dihormati dan hubungan dengan rakan juga perlu dijaga dengan

    baik.

    Kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hadir dengan komitmen yang tinggi untuk berjaya.

    Setiap individu boleh berjaya dengan usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh. Jadi

    terpulang kepada seseorang pelajar sama ada menjadi pelajar cemerlang atau tidak

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    11/15

    10

    FAEDAH MEMBACA SURAT KHABAR

    Membaca surat khabar banyak faedahnya .Sikap suka membaca surat khabar harus

    ditanamkan di dalam diri semua orang kerana ia adalah sikap yang terpuji.Ia dapat menjadikan

    kita orang yang berpengetahuan.

    Dengan membaca surat khabar kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan .Dengan ilmu

    pengetahuan yang kita perolehi daripada membaca surat khabar dapatlah di gunakan di masa

    depan.Tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung .

    Surat khabar dapat menjadi penghubung antara kita dengan luar negara atau dalam negara. Ini

    kerana ,dengan membaca surat khabar kita dapat mengetahui pelbagai kejadian yang terjadi di

    luar dan dalam negara tanpa perlu ada di tempat kejadian.Maka dapatlah kita mengetahui

    perkembangan dalam dan luar negara. .Kita juga dapat mengetahui kesusahan atau

    kesenangan negara lain dengan hanya membaca surat khabar.Dengan itu kita dapat membantu

    meringankan beban negara. lain yang berada dalam kesusahan .

    Selain itu dengan membaca surat khabar kita dapat mempelajari perdendaharaan kata yang

    baru.Kita juga akan dapat mempelajari banyak perkataanperkataan yang selama ini kita tidak

    pernah dengar .Dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan kemahiran penulisan dan

    perbendaharaan kata kita . Dengan penbacaaan yang banyak kita dapat membuat karangan

    yang baik .Sebagai seorang pelajar , amatlah digalakkan untuk selalu membaca surat khabar

    STAR dapat menjadi pelajar yang berpengetahuan yang luas.

    Di samping dapat mengetahui isu-isu semasa tentang dalam dan luar negara , kita juga dapat

    mengetahui tentang dunia hiburan .Hiburan tidak terlalu penting telah ianya adalah untuk

    pengetahuan am tentang artis-artis tanah air dan pelbagai lagi tentang dunia mereka . Ianya

    hanyalah untuk hiburan kepada kita .

    Dengan membaca surat khabar juga dapat mengisi masa lapang kita . Membaca surat khabar

    adalah lebih baik datripada melepak atau melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Membaca

    surat khabar dapat merehatkan sebentar otak kita selepas mengulang kaji pelajaran.

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    12/15

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    13/15

    12

    SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT

    Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang

    kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh

    gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.

    Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek

    menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang

    peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-

    pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara

    sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.

    Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-

    buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok

    Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di

    dalam tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tua itu.

    Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang

    lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak

    sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian membawa Budin

    ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat

    dengan Budin.

    Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan pebuatan jahat, lama-kelamaan

    perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh

    ke tanah juga." Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan kawan-kawannya

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    14/15

    13

    BERKELAH BERSAMA KELUARGA

    Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan ditiup

    angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu

    bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu

    bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak

    sabar sebenarnya.

    Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah sama

    ada perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas berlalu.

    Sekelip mata saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang ramai juga

    sudah berkerumun di tempat-tempat strategik untuk menikmati suasana yang nyaman itu. Hati

    semua nampak girang belaka.

    Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas kami

    duduk berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya memastikan

    tidak ada pasir pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu meletakkan beberapa

    bekas makanan dan minuman manakala ayah segera membuka makanan itu. Kami segera

    menikmati hidangan yang sudah dimasak oleh ibu itu.

    Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya memberitahu

    bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-kawan yang lain.

    Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk berinteraksi dengan

    saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan perhatian

    sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Saya mengangguk

    kepala tanda faham dan bersetuju.

    Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu dan

    ayah duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan penuh

    gembira. Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga

    mereka. Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada

    yang kejar mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara

  • 7/28/2019 ANALISIS KARANGAN PELAJAR

    15/15

    14

    gelak ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya.

    Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke kota

    raya. Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu, saya

    memberitahu bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan angin laut

    yang begitu saya suka selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila mendengar

    kata-kata saya itu. Saya pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada ayah dan

    ibu di dalam hati saya kerana membawa saya ke pantai.