3
Kebiasaanya ramai para guru menganggap pembinaan item dalam ujian bahasa Melayu sebagai suatu perkara yang mudah. Bagi mereka pembinaan item ini hanyalah bentuk soalan yang harus dijawab oleh murid untuk mengesan sejauhmana pembelajaran yang telah mereka lalui. Seharsnya pemikiran sebegini ditempias kerana banyak masalah yang timbul sekiranya pembinaan item ini diambil mudah. Misalnya, mungkin arahan yang digunakan dalam soalan tidak jelas, rangsangan pula kabur, tidak mempunyai pengkhususan dalam permintaan soalan serta item tersebut tidak mempunyai keseimbangan dengan permarkahan yang disertakan dan juga beberapa aspek kesalahan yang lain. Dalam tugasan ini, terdapat item yang dibina dari aras kesukaran dan juga aras mudah. Pembinaan item ini dibuat sebegini kerana berpandukan pada aras-aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom Edisi Semakan Anderson. Jadi, keadaan ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengeluarkan pembelajaran yang telah mereka lalui melalui item-item yang telah dibina mengikut aras kesukaran. Begitu juga, tugasan ini telah melebihkan soalan atau lebih spesifik lagi adalah guru melakukan pemberatan soalan pada topik pembelajaran yang mempunyai interaksi banyak dengan murid. Selain itu, item yang dibina dalam tugasan ini juga menepati objektif kurikulum. Hal ini demikian kerana pembinaan item ini telah mengalami proses pembinaan yang terperinci. Misalnya, sebeum pembinaan, kami telah memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji dengan merujuk kepada rancangan pengajaran tahunan yang kami ada. Tambahan pula, item yag dibina juga telah menggunakan kata tugas yang betul dengan tujuan item tersebut. Misalnya kata tugas “bandingkan”. Kata tugas ini digunakan apabila item yang dibina bertujuan untuk menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. Sebagai contoh dalam tugasan ini, ada item yang

Analisis Kualiti Item

  • Upload
    wyna

  • View
    229

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

binaan item yang dianalisis

Citation preview

Kebiasaanya ramai para guru menganggap pembinaan item dalam ujian bahasa Melayu sebagai suatu perkara yang mudah. Bagi mereka pembinaan item ini hanyalah bentuk soalan yang harus dijawab oleh murid untuk mengesan sejauhmana pembelajaran yang telah mereka lalui. Seharsnya pemikiran sebegini ditempias kerana banyak masalah yang timbul sekiranya pembinaan item ini diambil mudah. Misalnya, mungkin arahan yang digunakan dalam soalan tidak jelas, rangsangan pula kabur, tidak mempunyai pengkhususan dalam permintaan soalan serta item tersebut tidak mempunyai keseimbangan dengan permarkahan yang disertakan dan juga beberapa aspek kesalahan yang lain.Dalam tugasan ini, terdapat item yang dibina dari aras kesukaran dan juga aras mudah. Pembinaan item ini dibuat sebegini kerana berpandukan pada aras-aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom Edisi Semakan Anderson. Jadi, keadaan ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengeluarkan pembelajaran yang telah mereka lalui melalui item-item yang telah dibina mengikut aras kesukaran. Begitu juga, tugasan ini telah melebihkan soalan atau lebih spesifik lagi adalah guru melakukan pemberatan soalan pada topik pembelajaran yang mempunyai interaksi banyak dengan murid. Selain itu, item yang dibina dalam tugasan ini juga menepati objektif kurikulum. Hal ini demikian kerana pembinaan item ini telah mengalami proses pembinaan yang terperinci. Misalnya, sebeum pembinaan, kami telah memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji dengan merujuk kepada rancangan pengajaran tahunan yang kami ada. Tambahan pula, item yag dibina juga telah menggunakan kata tugas yang betul dengan tujuan item tersebut. Misalnya kata tugas bandingkan. Kata tugas ini digunakan apabila item yang dibina bertujuan untuk menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. Sebagai contoh dalam tugasan ini, ada item yang meminta murid untuk melakukan banding beza diantara songket lama dengan songket baharu.Ciri-ciri item yang baik adalah berupaya untuk mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar yang lemah. Hal ini demikian kerana dalam sistem pendidikan pentaksiran, statistik ujian atau graf hasil keputusan ujian harus dibuat. Ciri-ciri item yang baik akan menghasilkan sebuah graf yang berbentuk normal. Apa yang dimaksudkan disini adalah graf tersebut menunjukkan keseimbangan dalam bilangan murid-murid yang pandai, sederhana pandai dan juga lemah. Lagipun, kini pentaksiran berasaskan sekolah juga mempunyai mempunyai band-band tertentu untuk mengelaskan dan mengenal pasti keupayaan murid untuk menguasai sesuatu topik.Selain itu, item yang baik adalah apabila item tersebut mempunyai pengganggu. Penganggu atau distractors ini sengaja diperlihatkan atau diwujudkan dalam pembinaan item supaya murid-murid dapat membuat penilaian terhadap permintaan item dan mampu memberikan pertimbangan yang wajar dan tepat. Pada pendapat saya, unsur pengganggu dalam item ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, sebelum pembinaan sesuatu ujian kemahiran bahasa, kita harus mempunyai perancangan yang khusus dalam membuat pembinaan item. Contoh aspek yang harus diperincikan ialah guru harus tahu tentang tujuan, jenis, bentuk dan bagaimana ujian tersebut ingin dilaksanakan. Perancangan ini penting supaya tiada sebarang masalah berlaku semasa melakukan pembinaan item. Malah, pembinaan item juga haruslah mengambil kira faktor kemampuan murid dan berupaya melibatkan murid untuk berfikir aras tinggi supaya dapat merealisasikan impian negara dalam melahirkan sebuah modal insan yang berfikiran kreatif dan kritis serta berupaya menjadi global player.