6
TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH. Nurul Fariha binti Muhamad Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani dan setor alatan Pendidikan Jasmani. Lokasi : Sekolah kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu. Hari/ masa : Isnin (8.00 am- 9.15 am) Soalan 1. Semasa pemerhatian dilakukan, didapati bahawa setor alatan Pendidikan Jasmani diselenggara dengan baik. Alatan disimpan dan disusun mengikut jenis alatan tersebut. dari segi aspek keselamatan, alatan disusun dengan rapi dan tidak menghalang laluan yang terdapat di dalam setor terbabit. Dari aspek kebersihan pula, guru yang menyelenggara setor sukan amat menitik beratkan aspek ini. Terdapat tong sampah di luar setor dan setor dilengkapi dengan perelatan seperti penyapu.

Anatomi Pbs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBS

Citation preview

Page 1: Anatomi Pbs

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

Nurul Fariha binti Muhamad

Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani dan setor alatan Pendidikan Jasmani.

Lokasi : Sekolah kebangsaan Pusat Jerteh, Besut, Terengganu.

Hari/ masa : Isnin (8.00 am- 9.15 am)

Soalan 1.

Semasa pemerhatian dilakukan, didapati bahawa setor alatan Pendidikan Jasmani

diselenggara dengan baik. Alatan disimpan dan disusun mengikut jenis alatan tersebut. dari

segi aspek keselamatan, alatan disusun dengan rapi dan tidak menghalang laluan yang

terdapat di dalam setor terbabit. Dari aspek kebersihan pula, guru yang menyelenggara setor

sukan amat menitik beratkan aspek ini. Terdapat tong sampah di luar setor dan setor dilengkapi

dengan perelatan seperti penyapu.

Page 2: Anatomi Pbs

Soalan 2.

Di dalam setor sukan, didapati guru menyediakan peti pertolongan cemas. Sekiranya

berlaku kemalangan semasa kelas Pendidikan Jasmani dijalankan, guru akan menggunakan

kemudahan peti pertolongan cemas yang disediakan di setor sukan. Sekiranya murid

mengalami kecederaan teruk, guru akan menghantar murid tersebut ke hospital.

Soalan 3.

a) Alatan yang digunakan semasa aktiviti atau kelas Pendidikan Jasmani dilaksanakan

adalah selamat dan sesuai untuk kegunaan murid

b) Semasa pemerhatian dijalankan, murid yang terlibat di dalam pemerhatian adalah

murid tahun 4. Guru menyediakan aktiviti menangkap dan melontar “donat” kepada

murid-murid tersebut. aktiviti ini adalah sesuai dengan peringkat umur murid tahun

4.

Page 3: Anatomi Pbs

c) Semasa melakukan aktiviti tersebut, guru menggunakan kawasan padang yang

lapang dan jauh daripada sebarang kawasan yang boleh mendatangkan bahaya

kepada murid-murid tersebut.

d) Semasa berada di dalam kelas Pendidikan jasmani, pakaian yang dikenakan oleh

murid adalah pakaian sukan lengkap. Pakaian ini sesuaia untuk menjalani aktivti-

aktiviti yang disediakan oleh guru.

Page 4: Anatomi Pbs

Soalan 4.

Peralatan yang digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan adalah sesuai

dengan aktiviti yang dirancang. Guru merancang untuk melatih murid dalam aspek melontar

dan menyambut alatan yang leper. Oleh itu, guru menggunakan “donat” untuk melaksanakan

aktiviti ini.

Soalan 5.

Sewaktu melakukan pemerhatian sesi pengajaran dan pembelejaran (PdP) Pendidikan

Jasmani ini dijalankan, saya dapati terdapat dua kelemahan. Pertama, murid perempuan dan

murid lelaki diasingkan tempat untuk mereka melakukan aktiviti. Perkara ini akan

mengurangkan interaksi antara murid. Jadi, saya berpendapat bahawa guru tidak perlu untuk

mengasingkan aktiviti pelajar mengikut jantina. Selain itu juga, saya mendapati bahawa

senaman pemanasan badan terlalu ringkas. Apabila senaman pemanasan badan terlalu

ringkas, kecederaan otot semasa melakukan aktiviti akan berlaku. Sehubungan tiu, guru perlu

menambah beberapa aktiviti untuk membantu murid dalam menambah suhu badan sebelum

memulakan aktiviti lain.