Upload
lamdieu
View
246
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Laporan Tahunan 2013 PPPM: Perlu Dirujuk Untuk Penambahbaik Tindakan
Putrajaya, 17 Jun – Laporan Tahunan 2013 PPPM yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan merupakan suatu dokumen yang penting buat warga pendidik dalam menambah baik pelaksanaan insiatif PPPM. Berucap semasa Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2013, PPPM, Tan Sri Muhyiddin menyeru warga Kementerian agar tidak mudah leka dengan kejayaan awal pelaksanaan inisiatif PPPM malah banyak cabaran yang perlu dilalui bagi memastikan matlamat PPPM dicapai.
Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif yang telah mencapai KPI yang ditetapkan. Antara inisiatif tersebut ialah Program Transformasi Daerah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Enrolmen Prasekolah, dan Transformasi IPG. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran lebih 300 orang yang terdiri daripada YB Menteri Pendidikan II, Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Pengerusi PADU Corp, pengurusan tertinggi di KPM, Ahli Panel Penilai & Panel Dialog, warga pendidik serta murid-murid.
1. Pelancaran Laporan Tahunan
2013 PPPM 2. Penataran Maklumat PPPM dan
Pengurusan Perubahan
Dari Meja Pengarang
Sedar, Faham, Mahu dan Boleh Lakukan Fokus keluaran Jun adalah mengenai Penataran Maklumat & Pengurusan Perubahan (PMPP) yang kini diperhebat supaya lebih berfokus dan konsisten. Program PMPP telah mula turun padang ke setiap JPN dan PPD secara berperingkat khusus untuk menyampaikan maklumat secara lebih terperinci dengan teknik yang segar dan interaktif. Objektif PMPP agar kita sedar, faham, mahu dan boleh melakukan agenda pelaksanaan transformasi khususnya PPPM tidak mudah untuk dicapai sekiranya tahap kesediaan, keterlibatan, keyakinan dan komitmen kita masih seperti biasa. Oleh itu sebuah pasukan kerja yang cemerlang amatlah penting untuk menyumbang ke arah kejayaan transformasi pendidikan dan Ia bermula daripada kita sendiri.
Ketua Editor
Buletin Bulanan Tranformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Jun 2014
Anjakan ke-15 Jun 2014
ISU BULAN INI
ANJAKAN 11 MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK KEBERTANGUNGJAWAB-AN AWAM SECARA LANGSUNG
Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013
Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020, 2025
“Apapun
pencapaian yang
telah dikecapi, ia
harus dijadikan
panduan untuk
Kementerian
merangka strategi
dan pendekatan
yang lebih baik”
Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan
Aktiviti Tarikh Tempat
Mesyuarat PMPP bersama JPN dan PPD Sabah & Sarawak
17 Julai 2014 JPN Sarawak
Sesi Delegasi Brunei-UPSI –taklimat PPPM 23 Julai 2014 UPSI
Kajian Pertengahan Tahun PPPM 2013-2025 14-15 Ogos 2014 Port-Dickson
Anjakan ke-15 Jun 2014
Satu daripada faktor penting yang menjadi penentu kepada kejayaan PPPM ialah pelibatan semua warga pendidik dan pihak berkepentingan dalam pelaksanaanya. Para guru sebagai pelaksana yang menentukan masa depan murid bukan sekadar perlu mengetahui dan memahami isi kandungan PPPM tetapi perlu mahu dan boleh melaksanakan inisiatif dalam PPPM. Pihak berkepentingan seperti ibu bapa, pemahaman terhadap PPPM akan meningkatkan keberhasilan murid.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan, Dato’ Hj Sufa’at bin Tumin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penataran Maklumat PPPM dan Pengurusan Perubahan berkata, kefahaman warga pendidik tentang PPPM akan mendorong mereka untuk melaksanakan transformasi pendidikan. Justeru, usaha untuk meningkatkan kefahaman PPPM perlu diperkukuh dan ianya menjadi keutamaan serta tanggungjawab JPN dan PPD untuk melaksanakannya.
Dalam pertemuan bersama-sama Pengarah-Pengarah JPN, IPG dan Pegawai PPD pada 23 Jun 2014, Dato’ Hj Sufa’at telah menetapkan ungkapan “Tahu, Faham, Mahu dan Boleh Buat” sebagai kata kunci bagi semua JPN dan PPD menggerakkan pelan penataran maklumat PPPM.
Menurut beliau, semua guru perlu memahami keseluruhan aspirasi PPPM dan sampai ke peringkat mahu dan boleh melaksanakan inisiatif yang ada kaitan dengan keberhasilan murid, seperti Literasi Numerasi (LINUS), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penggunaan video e-guru dan Sarana Ibu Bapa.
Jawatankuasa
Pelan
Penataran
Maklumat dan
Pengurusan
Perubahan
Sedar, Faham, Mahu Dan Boleh Lakukan
Para peserta mesyuarat Penataran Maklumat dan Pengurusan
Perubahan PPPM di Hotel Bangi-Putrajaya pada 23 Jun 2014
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada bulan Julai dan Ogos 2014
Pelan Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan (PMPP)
Pelaksanaan PPPM kini hampir memasuki tahun kedua. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyebarluas maklumat berkaitan PPPM 2013-2025 agar aspirasi PPPM dapat difahami dan dihayati seterusnya dilaksanakan dengan baik.
Namun begitu, hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh PADU jumlah kesedaran masyarakat tentang PPPM masih belum pada peringkat sederhana. Dapatan yang sama juga ditunjukkan dalam kajian yang dilaksanakan oleh IPSOS. Temubual melalui telefon terhadap 450 responden yang berumur 16 tahun ke atas mendapati 1 daripada 3 sedar tentang adanya PPPM.
Kepentingan tentang kefahaman pihak berkepentingan khususnya para guru terhadap PPPM tidak boleh dinafikan dalam usaha Kementerian melakukan transformasi pendidikan. Oleh itu, Jawatankuasa PMPP yang telah dibentuk mengadakan Bengkel Penataran Maklumat untuk mendapatkan pandangan dan input daripada pelbagai agensi swasta yang berjaya. Turut menghadiri bengkel ini ialah pihak berkepentingan termasuk ibubapa, pensyarah IPT dan IPG, pegawai-pegawai Bahagian dan Jabatan serta guru-guru sekolah.
Antara rumusan penting hasil bengkel tersebut ialah keperluan untuk menyalurkan maklumat yang ringkas dan jelas serta disesuaikan dengan sasaran yang tertentu. Saluran komunikasi seperti melalui poster, media, dan pesanan ringkas turut dicadangkan. Hasil daripada bengkel Pelan Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan (PMPP) telah disediakan untuk dilaksanakan mulai Julai 2014.
Anjakan ke-15 Jun 2014
Tinjauan Kesedaran Masyarakat Tentang PPPM oleh PADU 2014
Keratan akhbar menyatakan keperluan
guru menghayati PPPM
Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Aras 3, Block E9,Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
[email protected] +03 8872 1605
Program / Aktiviti
Penjelasan Tarikh Mula Tindakan
Info 5 Minit PPPM Menyampaikan maklumat PPPM setiap minggu sebelum mesyuarat
1 Julai 2014 Semua Jabatan/Institusi/Sekolah
Penyediaan sudut PPPM Memaparkan maklumat PPPM di sudut-sudut yang strategik
1 Julai 2014 Semua JPN/PPD/IPG/Kolej Matrikulasi/ sekolah
Pertandingan sudut PPPM Sudut PPPM akan dipertandingkan. Sekolah yang menyediakan sudut PPPM paling kreatif akan dianugerahkan hadiah
Jan – Mac 2015 Institusi pendidikan
Maklumat PPPM di buku latihan dan rekod mengajar
Mencetak atau menampal maklumat PPPM di buku rekod mengajar / buku latihan
Jan 2015 Semua sekolah
Pemantapan maklumat PPPM kepada Pegawai JPN,PPD, Pengetua dan Guru Besar
Memberi penjelasan kepada Ketua-ketua Jabatan / Juru latih Utama sebagai pakar rujuk PPPM di peringkat negeri / daerah
Ogos 2014 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (di bawah Program Transformasi Daerah)
Penilaian Kajian tentang tahap kefahaman warga pendidik berkaitan PPPM
Disember 2014 BPPDP
Info 5 Minit PPPM
Info 5 Minit PPPM merupakan salah satu program yang
terkandung dalam Pelan Penataran Maklumat PPPM dan
Pengurusan Perubahan. Bagi menjayakan program ini semua
Ketua Jabatan di setiap Bahagian, Jabatan, institusi mahu pun
di sekolah, dikehendaki menyampaikan maklumat PPPM
dalam masa lebih kurang lima minit seminggu semasa
mesyuarat bengkel, kursus atau perhimpunan di sekolah.
PADU akan membekalkan maklumat PPPM dalam bentuk slaid
berserta penjelasan ringkas untuk tindakan ketua-ketua
jabatan. Melalui Info 5 Minit PPPM diharapkan maklumat
PPPM dapat disampaikan kepada warga pendidik secara
berterusan.
Anjakan ke-15 Jun 2014
Pelan Penataran Maklumat dan Pengurusan Perubahan Julai hingga Disember 2014
Antara slaid yang digunakan untuk Info 5 Minit PPPM