61
Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah: Aktuari Arkitek Bioteknologi Bioperubatan Veterinar Dietetik Juruterbang Sains Nuklear SAINS AKTUARI Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan. Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat. Ciri-ciri peribadi yang diperlukan: 1. Meminati bidang ini. 2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi. 3. Mahir di bidang computer 4. Mempunyai kemahiran menganalisis. Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen. Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian

Antara Bidang

  • Upload
    naimhe

  • View
    125

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

masalah pengajaran

Citation preview

Page 1: Antara Bidang

Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:AktuariArkitekBioteknologiBioperubatanVeterinarDietetikJuruterbangSains Nuklear

SAINS AKTUARI Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan

insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun, kepakaran di bidang ini masih berkurangan.

Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:1. Meminati bidang ini.2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.3. Mahir di bidang computer4. Mempunyai kemahiran menganalisis.

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain.

Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina.

Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik

Page 2: Antara Bidang

kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat.

Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan.

Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

Seorang yang ingin menjadi seorang aktuari haruslah

Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik. Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit. Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar. Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain. Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik. Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.

Itulah apa yang saya tahu sedikit sebanyak tentang kos ini.Diharap artikel ini dapat membantu anda.Saya sekarang merupakan student tahun satu sains aktuari di USIM.Untuk memohon kursus ini anda perlu mendapat sekurang2nya 8A dan A1 dalam math dan addmath.Bagi student sastera pun boleh memohon kos ini tapi result kena skor tinggi2.Bagi student matrik lak, kena skor 3.9 or 4flat.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

SYARAT-SYARAT UMUMKepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.

menawarkan program-program matrikulasi sains hayat dan fizik yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, Matematik tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain.

ARKITEK

Page 3: Antara Bidang

TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.

seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir

SYARAT-SYARAT

o lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf.

o lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:

Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.

Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.________________________________________

BIOPERUBATAN

Page 4: Antara Bidang

BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.

Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.

Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.

Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.

Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.

Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.

Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains

Syarat Melanjutkan Pengajian

o Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.

o Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.

o Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program

Page 5: Antara Bidang

ini melalui kemasukan kes khas.

o Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.

o Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.

‘Bidang Sains Bioperubatan adalah bidang yang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan

individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut

terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan

keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang

diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal, seseorang graduan Sains

Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.’

(Panduan Prasiswazah, FSKB (UKM), 2004)

Petikan di atas adalah merujuk kepada kerjaya sebenar bagi seorang graduan Sains

Bioperubatan iaitu sebagai Pegawai Sains atau Pegawai Penyelidik yang boleh bekerja di

sektor awam dan swasta seperti di hospital, universiti, institut penyelidikan seperti IMR &

FRIM, makmal kesihatan awam, private laboratory seperti BP Healthcare, Pathlab

Healthcare dan BP Clinical Lab dan sebagainya. Ini kerana para graduannya telah

didedahkan kepada pelbagai ilmu pengetahuan seperti Anatomi, Fisiologi, Entomologi

Perubatan, Parasitologi Perubatan, Mikrobiologi, Patologi, Genetik, Biokimia, Farmakologi,

Imnunologi dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, kerjaya dalam bidang ini tidak hanya terhad kepada dua jenis kerjaya

tersebut. Berbeza dengan program lain seperti program Optometri atau program Audiologi,

Sains Bioperubatan adalah satu bidang yang luas iaitu ia tidak memfokus kepada satu

disiplin sahaja. Ini memudahkan para graduannya untuk bekerja di pelbagai sektor yang

memerlukan kepakaran dan khidmat mereka. Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah

seperti berikut:

1. Pegawai R&D di KIST, Masterskill atau IPTS yang lain (dalam pembangunan kurikulum / silibus

Sains Kesihatan.

2. Pembantu penyelidik di universiti (yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam master by

research)

3. Tutor/pensyarah di kolej PTPL, KIST, Masterskill, Mahsa atau IPTS yang lain

4. Underwriter di Prudential, Great Eastern

5. Eksekutif pemasaran (peralatan makmal) di syarikat-syarikat pembekal peralatan makmal

Page 6: Antara Bidang

6. Journalist, Utusan Melayu Malaysia Berhad

7. Tutor di universiti awam (yang mempunyai PNGK yang baik)

Namun tidak dinafikan, persaingan dalam pasaran kerja amatlah mencabar. Oleh itu, para bakal graduan hendaklah melengkapkan diri mereka dengan sebaik mungkin dalam pelbagai aspek bukan sahaja dalam ilmu pengetahuan malah kemahiran berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris, penampilan diri yang baik dan keyakinan diri yang tinggi haruslah diberi perhatian.

1. Pegawai sains bioperubatan di hospital mempunyai tanggungjawab untuk menyelidik bahan2 diagnosis doktor kepada pesakit yang di hantar ke makmal. Contohnya: sekiranya ada pesakit yang mempunyai ketumbuhan sel/tisu abnormal, doktor akan hantar sel/tisu tersbut ke makmal untuk penyelidikan menyeluruh.

2. Pada masa ini, semua pensyarah universiti sama ada matrikulasi ataupun siswazah hendaklah mempunyai sijil sarjana (masters). Bagi yang mempunyai sarjana muda,biasanya boleh memohon tetapi akan dihantar untuk membuat sijil sarjana di bawah biasiswa pusat berkenaan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik saudara/i bertanyakan kepada pusat matrikulasi yang berkenaan kerana setiap pusat matrikulasi mempunyai program pengambilan pensyarah mereka sendiri.________________________________________

Page 7: Antara Bidang

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan.

Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.

Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.

Syarat Melanjutkan Pengajian

o Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains.

o Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.

o Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.

o Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

Bioteknologi merupakan sebidang yang terbaharu dan ia adalah pengetahuan gunaan  biologi. Ia cuba menduplikasi atau mengubah fungsi sesuatu sel hidup supaya ia dapat berfungsi dengan cara yang  terkawal  dan dengan cara yang boleh diramalkan  secara tepat. Subjek-subjek yang diliputi dalam bidang ini termasuk biologi, biokimia, kejuruteraan genetik,  bioteknologi  tumbuh-tumbuhan  dan pertanian.

Bagi mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang bioteknologi peluang pekerjaan wujud di syarikat-syarikat farmaseutikal, organisasi-organisasi bioteknologi yang

Page 8: Antara Bidang

berorienrasikan  penyelidikan, industri-industri makanan serta  yang berasaskan pertanian.

Untuk menyertai pengajian dalam bidang bioteknologi di sesebuah  institusi pengajian tinggi awam atau swasta, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang cemerlang  di peringkat STPM atau A -Level dalam mata pelajaran kimia, fizik, matematik dan biologi.  Siswa-siswi di Universiti tempatan juga dikehendaki lulus peperiksaan MUET. 

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Universiti Malaysia Sabah,

Universiti Malaysia Sarawak.

Universiti Putra Malaysia dan

International  Islamic University  Malaysia

menawarkan Program Bachelor of Biotechnology  yang memakan masa tiga tahun (6 hingga 8 semester).  Yuran bagi sesemester ialah RM 1,500. Ijazah yang di anugerahkan oleh universiti-universiti itu adalah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Monash University Malaysia,

Kolej Damansara Utama (KDU) dan

Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST)

juga menawarkan program ijazah  3 tahun dalam bidang ini. Kos program ini adalah  dianggarkan di antara RM 20,000 dan RM 25,000. 

Para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian adalah dinasihatkan supaya menyemak dengan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapat tahu sama ada atau tidak  program yang dijalankan oleh institusi-institusi ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Beberapa universiti di Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat  menawarkan kursus ijazah  jangka masa tiga tahun dalam bidang ini. Senarai universiti-universiti luar negara yang diiktiraf boleh diperoleh daripada Jabatan perkhidmatan Awam.

Perlu diingatkan bahawa menyedari tentang potensi sektor biotechnologi, pada bulan April 2005 Kerajaan kita telah menubuhkan Malaysian Technology Corporation bagi menarik pelaburan asing, memperdagangkan hasil penyelidikan secara usahasama antara syarikat-syarikat tempatan dan asing serta memajukan

Page 9: Antara Bidang

iindustri yang berpotensi ini.  Usaha ini akan melibatkan pewujudan peluang pekerjaan yang meluas dalam sektor ini.  Untuk menggalakkan lagi industri ini, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai, semasa melanancarkan Belanjawan Nasional 2005 baru-baru ini, telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 100 juta bagi pembangunan industri ini, khususnya dalam tiga bidang yang strategik - pertanian, kesihatan (termasuk farmaseutikal) serta industri biotechnology.  Semua usaha Kerajaan ini membuktikan sektor bioteknologi mempunyai potensi tinggi dan akan memainkan peranan terpenting di Negara kita selama-lamanya.  Lantaran itu, para pelajar perlu menceburkan diri  secara bergiat  dalam bidang ini.

________________________________________

Page 10: Antara Bidang

DIETETIK

Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.

Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.

Syarat Melanjutkan Pengajian

o Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan.

o Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred D mata pelajaran biologi.

o Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua. Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik. Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau pembantu

o Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.________________________________________

KEDOKTORAN VETERINAR

Page 11: Antara Bidang

Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.

Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan menjalankan pembedahan haiwan.

Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.

Syarat Melanjutkan Pengajian

o Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi.________________________________________

JURUTERBANG

Page 12: Antara Bidang

Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.4. Boleh berkomunikasi dengan baik.5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama

Syarat Mengikuti Latihan Penerbanganuntuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Tempat Mengikuti Latihan PenerbanganTerdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.

Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.________________________________________

SAINS NUKLEAR

Page 13: Antara Bidang

Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor industri.

Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas.

Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah

untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.

Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah o jurutera kawalan mutu, o penyelidik, o pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, o perunding, o pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysiao ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:

Page 14: Antara Bidang

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah2. Bidang penulisan dan komunikasi3. Bidang saintifik/perubatan4. Bidang perkeranian dan pentadbiran5. Bidang seni reka dan kreatif6. Bidang teknikal7. Bidang keusahawanan8. Bidang perkhidmatan

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:1. Kewangan/Perniagaan(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

Pentadbiran dan pengurus bank Perancang dan pengurus kewangan Pengurus dan agen insurans Eksekutif jualan dan pemasaran Pengurus pengiklanan Eksekutif akaun Akauntan/juruaudit Aktuari Pegawai bank Pemerosesan data Penganalisis data

dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan Editor Jurubahasa Penterjemah Penerbit rancangan radio/televisyen Pengacara radio/televisyen Penulis skrip Perunding komunikasi

dan lain-lain

3. Perubatan/Sains(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar) Doktor haiwan Jururawat Pembantu makmal/pembantu perubatan Juru radiologi Ahli farmasi Juru terapi Saintis Ahli biologi/kimia

Page 15: Antara Bidang

Pakar nuclear Ahli geologi/geofizik

dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran (Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan

dan merekod maklumat) Pengurus perjawatan Pegawai sumber manusia Pegawai tadbir Pembantu undang-undang Kerani Setiausaha

dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

Pelukis Pelukis grafik/batik Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya Pereka bentuk dalaman Jurugambar Juru solek

dan lain-lain

6. Teknikal(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)

Arkitek Perancang Bandar dan Wilayah Juruteknik Juruukur Mekanik Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain) Pakar runding

Dan lain-lain

7. Keusahawanan(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit Perusahaan Kilang Pemborong Kontraktor Pengusaha hotel Perusahaan bengkel Perusahaan butik

dan lain-lain

8. Perkhidmatan(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

Page 16: Antara Bidang

pensyarah/guru Pustakawan Pegawai Perhubungan Awam Peguam/pendakwaraya/hakim Polis/askar Pemandu pelancong Kaunselor Pramugari/pramugara Tukang masak profesional

dan lain-lain

Polis DiRaja Malaysia

Pendahuluan 

Page 17: Antara Bidang

Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh

kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak

peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang

terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan

menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat

mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

 Prospek Kerjaya

Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk berada dalam salah satu daripada unit-

unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan dalam merealisasikan impian

anda. 

Pengurusan * Cawangan Pentadbiran * Cawangan Kebajikan * Bahagian Latihan *

Cawangan Penyelidik / Pembangunan * Cawangan Perkhidmatan * Bahagian Tatatertib *

Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan * Bahagian Hal Ehwal Awam * Cawangan

Perhubungan Awam * Bahagian Istiadat * Cawangan Pembantu * Cawangan Persatuan

Polis * Cawangan Kem Komandan * Majlis Sukan PDRM

 Jabatan KDN/KA * Urusetia * Pentadbiran * Pembangunan / Bekalan * Gerakan * Pasukan

Simpanan Persekutuan (PSP) * Unit Berkuda * Pasukan Gerakan Am * Pasukan Gerakan

Khas * Cawangan Trafik * Cawangan Marin * Unit Udara Polis 

Jabatan Siasatan Jenayah * NCB / Interpol * Bahagian D1 - Pentadbiran * Bahagian D2 -

Pusat Pendaftaran Jenayah * Bahagian D3 - Naziran * Bahagian D4 - Risikan Jenayah *

Bahagian D5 - Pendakwaan / Undang-undang * Bahagian D6 - Bantuan Teknik * Bahagian

D7 - Kongsi Gelap / Judi / Maksiat * Bahagian D8 - Penyelidik / Perancang * Bahagian D9 -

Siasatan Khas * Bahagian D10 - Forensik * Bahagian D11 - Bahagian Seksual Dan Kanak-

Kanak 

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil * Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon

Utara/Timur * Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah &

Sarawak * Bahagian Siasatan Forensik Accounting * Bahagian Siasatan Kewangan *

Bahagian Siasatan Koperat * Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan * Bahagian Siasatan

Jenayah Siber & Multimedia * Bahagian Operasi/Bantuan Teknik * Bahagian

Pentadbiran/KAB * Bahagian Penyelidikan/Risikan * Bahagian Naziran * Bahagian

Perundangan * Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan 

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik * Bahagian Siasatan Khas * Bahagian Penyelaras /

Perhubungan Antarabangsa * Bahagian Pentadbiran * Bahagian Seliaan * Bahagian Latihan

* Bahagian Logistik * Bahagian Pendaftaran * Bahagian Tahanan * Risik Zon I * Risik Zon II

* Perlucuthakan Harta * Soal Siasatan * Pakar / Bantuan Teknik 

Jabatan Logistik * Cawangan Naziran * Pelupusan / Stok / Verifikasi / Hapus Kira *

Pengkajian / Perolehan * Perolehan Am * Perolehan Teknikal * Bahagian Bangunan *

Page 18: Antara Bidang

Bahagian Kewangan * Gaji Pasukan Gerakan Am * Bahagian Pengangkutan * Bahagian

Persenjataan * Bahagian Teknologi Maklumat * Bahagian Komunikasi 

Bagaimana?

 Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai

Konstabel Sokongan,

Konstabel dan

Inspektor.

Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat

latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan,

latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan

amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan. Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh

percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan. 

Kenaikan Pangkat 

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan

pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan

dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik. 

Kelayakan Inspektor

 1) INSPEKTOR (LELAKI / WANITA) 1.1 Jabatan : Polis Diraja Malaysia 1.2 Kumpulan

Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional, Sokongan (Skim Perkhimatan Bersepadu) 1.3

Klasifikasi Perkidmatan : Perkhidmatan Polis

2) JADUAL GAJI : Gred YY11 (Sila rujuk Laman Web Rasmi PDRM dibawah Panduan

Kerjaya)

3) SYARAT LANTIKAN

3.1 Wargenegara Malaysia

3.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan

3.3 Kelayakan:-

3.3.1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya

oleh Kerajaan ATAU

3.3.2 Diploma dalam bidang pentadbiran awam atau perakaunan yang diiktiraf oleh

Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred YY11: P1T4 ); ATAU

3.3.3 Diploma Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan Senibina, ukur

atau Ukur Bahan atau Sains Haiwan dan Penternakkan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada

Page 19: Antara Bidang

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YY11 : P1T5); DAN

3.3.4 Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan.

3.3.5 Permohonan dikehendaki memastikan kelayakan yang dimiliki adalah diiktiraf

oleh Kerajaan (JPA) untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sila rujuk ke Unit

Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk

mengenal pasti pengiktirafan Kelayakan yang dimiliki atau layari laman web Pengitirafan

Kelayakan www.jpa.gov.my

4) Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Inspektor Pegawai sedang

berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Polis Rendah Polis dan Konstabel adalah layak

dipertimbang oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk

kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Inspektor, tertakluk kepada kekosongan

jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) Mempunyai kelayakan di perenggan © di atas, atau

ii) Lulus Peperiksaan Khas

iii) Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya, dan

iv) Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Inspektor yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah

dikehendaki dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

 Kelayakan Konstabel 

* Warganegara Malaysia * Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan

jawatan. * Kelayakan :- * Lulus SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

Kerajaan DAN mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), atau

kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ATAU; * Telah menduduki SPM

mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk

Bahasa Malaysia dan lulus dalam empat mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau 2

peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. * Calon-calon yang memiliki kelulusan

akademik yang lebih tinggi dari kelulusan SPM juga layak memohon. 

Kelayakan Fizikal 

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: * Tinggi sekurang-

kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu; * Berat badan

sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita * Mempunyai ukuran

dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja) *

Page 20: Antara Bidang

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan * Pengecaman warna

dan pendengaran yang tidak cacat * Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

termasuk pemeriksaan X-ray 

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Bagi Jawatan Konstabel

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Polis Rendah Polis dan

Konstabel Sokongan/Konstabel Orang Asli adalah layak dipertimbang oleh Suruhanjaya

Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk kenaikan pangkat secara lantikan

ke jawatan Konstabel, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam

perkhidmatan dan:

i) Mempunyai kelayakan di perenggan © di atas, atau

ii) Lulus Peperiksaan Khas

iii) Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya, dan

iv) Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Kontabel yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan

adalah dikehendaki dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. 

Kelayakan Konstabel Sokongan

 * Warganegara Malaysia * Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan pada tarikh temuduga *

Tamat Tingkatan III atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya * Berkebolehan bertutur

dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan * Keutamaan diberi kepada calon-

calon yang mempunyai pengalaman mengendaklikan bot, berkebolehan di dalam bidang

sajian makanan atau memiliki lesen memandu Kelas D Taraf Jawatan : TETAP 

Kelayakan FizikalMempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancainderaseperti berikut: *

Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi calon lelaki dan 1.52m bagi calon wanita tanpa

sepatu; * Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon

wanita * Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa

menarik nafas (lelaki sahaja) * Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji

berasingan * Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat * Diakui sihat oleh

Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray 

Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai yang memasuki

perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan

yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke

semasa. 

Faedah Kerja 

Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik, antaranya :- *

Imbuhan Tetap Perumahan Inspektor - RM 420.00 Konstabel - RM 275.00 Konstabel

Page 21: Antara Bidang

Sokongan - RM 230.00 * Imbuhan Tetap Khidmat Polis Inspektor - RM 160.00 Konstabel -

RM 115.00 Konstabel Sokongan - RM 95.00 * Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah

dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan gaji yang

diterima * Bayaran intensif PDRM RM 200.00 * Elaun pakaian seragam Inspektor - RM

500.00 Konstabel - RM 300.00 * Bayaran Insentif Pertukaran/Perjalanan/Penginapan/Makan

dan Sarapan * Kemudahan perubatan percuma * Kenaikan pangkat * Bayaran Insentif

Teknikal

Cara Memohon

 Konstabel & Konstabel Sokongan Permohonan hendaklah dengan menghantar borang POL

1/2008 yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) apabila iklan bagi

jawatan berkenaan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web rasmi PDRM

(www.rmp.gov.my). 

Peringatan * Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga *

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup

hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Pertanyaan Unit Pengambilan Cawangan Perjawatan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia

Bukit Aman. 50560 Kuala Lumpur Tel : 03-22626314, 03-22626315, 03-22626316, 03-

22626320 Sumber daripada Laman Web Polis DiRaja Malaysia 

0

Bidang sains forensik

mengaplikasikan pengetahuan dari bidang-bidang fizik, kimia dan juga biologi dan memainkan peranan utama dalam pengenalpastian, identifikasi dan pemeriksaan bukti fizikal.

Berdasarkan sejarah, bidang ini muncul di negara ini disebabkan berlakunya kes-kes yang melibatkan perundangan dan ia bertujuan untuk membantu pihak penguatkuasaan

Page 22: Antara Bidang

serta kehakiman bagi mengukuhkan bukti serta sebagai saksi pakar di dalam sistem perundangan. Oleh itu, ia muncul seiring dengan sistem kehakiman yang telah digubal.

Masalah yang kerap kali dihadapi oleh ahli kimia semasa menyelesaikan kes-kes yang melibatkan analisis forensik ialah :

o i. Change in Evidence Berlaku percanggahan bukti iaitu bukti yang dikemuka

kan tidak serupa dengan bukti yang dibawa oleh pegawai penyiasat. Di samping itu juga, kadang-kadang berlaku percanggahan bukti di mahkamah yang mana bukti yang dikemukakan tidak serupa dengan bukti yang tertera di dalam laporan.

o ii. Change of Custody Berlaku percanggahan aliran atau flow prosedur kerja di

dalam pemeriksaan bukti. o iii. Masalah sampel Masalah sampel yang dihantar tidak bersesuaian dengan

analisis yang hendak dijalankan. Di samping itu, sampel yang dihantar tidak menepati apa yang disarankan di dalam prosedur penghantaran sampel.

o iv. Orang Awam Orang awam tidak memahami ilmu mengenai forensik serta

kadang-kadang mencampuri urusan di dalam menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Yacob, kebiasaannya bidang sains forensik dikaitkan dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi.

Namun demikian, bidang forensik di Malaysia adalah di bawah bidang tugas Jabatan Kimia yang menerima sampel-sampel daripada agensi penguatkuasaan.

Beliau berkata, bidang forensik telah lama dimanfaatkan dan dipraktikkan di negara ini melalui kes-kes yang melibatkan perundangan. "Ia memberikan suatu keputusan yang tepat serta jitui dalam analisis yang dijalankan bagi membantu agensi penguatkuasaan dan membantu ketenteraman awam serta kesejahteraan negara,'' katanya.

Rakyat telah mula menyedari manfaat bidang forensik melalui media contohnya dalam siri Crime Scene Investigation (CSI) yang dipaparkan di kaca televisyen.

Namun demikian, Jabatan Kimia juga telah mengadakan banyak pameran-pameran dalam forensik contohnya dalam bidang sains ekspo sains negara serta pameran-pameran di sekolah-sekolah sekitar Malaysia.

Mengenai kepakaran pula, beliau menjelaskan, kepakaran tempatan bagi bidang forensik sentiasa tidak mencukupi bagi cabang-cabang forensik yang telah dinyatakan kerana apabila negara semakin maju, penjenayah juga semakin pintar.

Namun demikian, bagi bidang perubatan yang melibatkan patologi kita sangat berkurangan doktor yang arif dalam bidang ini.

Bidang fisiologi dan klinikal forensik juga kita agak ketinggalan berbanding dengan negara-negara barat.

Selain itu, Malaysia juga kekurangan tenaga pengajar (pensyarah) yang arif bukan sahaja dari segi teori tetapi pengalaman dalam bidang forensik. "Saya tidak dapat menentukan jumlah secara tepat kerana ia melibatkan agensi penguatkuasaan,'' ujarnya.

Page 23: Antara Bidang

Bagaimanapun, Malaysia telah melatih kepakaran tempatan untuk menceburi bidang forensik iaitu melalui ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang forensik melalui universiti tempatan iaitu

Universiti Malaya (UM),

Universiti Sains Malaysia (USM),

UTM dan

Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain itu, ahli kimia di Jabatan Kimia juga telah di dedahkan dengan kursus-kursus yang melibatkan bidang forensik dijalankan Ibu Pejabat Jabatan Kimia. Jabatan Kimia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menghantar tenaga kerjanya untuk kursus-kursus sangkutan ke luar negara.

Namun demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah proaktif bagi menghantar ramai ahli kimia dan doktor bagi menceburi cabang forensik yang lain. Dalam pada itu beliau berkongsi pendapat bahawa, Akta Identifikasi DNA dapat membantu dalam siasatan jenayah menggunakan sains forensik iaitu akta identifikasi DNA menerangkan setiap suspek perlu memberikan DNA mereka kepada pihak Hospital melalui darah, finger tip atau swab bagi tujuan identifikasi DNA.

Oleh itu, ia memudahkan pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan dan pemprofilan DNA yang dijumpai di tempat kejadian dengan profil DNA yang diberi oleh suspek. Persamaan antara dua profil DNA tersebut semata-mata tidak boleh membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak ke atas jenayah tersebut. Walaubagaimanapun, Ia boleh diguna- kan bersama bukti-bukti yang lain.

Ahli Forensik adalah individu yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dengan mengumpul dan menganalisis bukti fizikal seperti cap jari, bekas tapak kasut, kesan laluan tayar kenderaan dan juga autopsi.

Perkataan "forensik" bermaksud "yang berkaitan dengan hukum". Yang mana sains forensik menyelesaikan masalah hukum dengan menerapkan prinsip-prinsip saintifik.

Ahli forensik melakukan komprehensif saintifik kimia dan analisis tentang bukti fizikal yang diajukan oleh lembaga penguatkuasa undang-undang.

Pekerjaan mereka seringkali berperanan dalam menangkap dan  membasmi jenayah. Walaupun kebanyakan tumpuan sains forensik adalah berkenaan tentang kes-kes jenayah dan kadang-kala disebut sebagai criminalist, mereka turut bekerja di dalam sistem penghakiman sivil, contohnya melakukan perbandingan tulisan tangan untuk menentukan kesahihan tanda tangan terhadap surat wasiat.

Kerjaya forensik boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu

Di

makmal lapangan.

Page 24: Antara Bidang

Setiap satu daripadanya saling kaitan antara satu sama lain. Kesukaran sesuatu kes adalah bergantungan kepada jumlah bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian, sebelum dikumpulkan untuk dianalisis.

Lapangan.

Penyiasatan terhadap kes jenayah yang berlaku di tempat kejadian seperti kebakaran, letupan, dan pembunuhan. Segala bukti-bukti di tempat kejadian seperti cap jari, bekas tapak kasut, kesan laluan tayar kenderaan, tompokan darah, kesan kebakaran atau letupan direkodkan dan dikumpulkan untuk dianalisis.

Kerjaya Forensik ini memerlukan penglihatan yang tajam kerana sehelai rambut yang melekat pada kertas hitam di dalam kawasan yang hitam dan gelap boleh dijadikan bukti yang sahih untuk membawa penjenayah yang terlibat ke muka pengadilan.

Makmal.

Segala bahan bukti yang telah dikumpulkan semasa di tempat kejadian di perhalusi dan dianalisis untuk mendapatkan kaitan terhadap kes.

Berikut merupakan 4 skop utama bidang kerja ahli forensik…

Merakam jejak penemuan dan mengumpul bukti daripada adegan-adegan jenayah atau kemalangan.

Menganalisis sampel seperti rambut, cairan tubuh, kaca, cat dan ubat-ubatan di makmal.

Mengaplikasi pelbagai teknik yang sesuai seperti perbandingan DNA profil, menjangka masa kejadian, serta deduksi terhadap kes.

Memberikan bukti di mahkamah, sebagai bukti sahih untuk mensabitkan tertuduh bersalah.

 Antara skop-skop bidang tugasan kerja ahli forensik yang lain adalah…

Memeriksa, menguji, dan menganalisis sampel rangkaian, zat kimia, fizikal bahan, dan bukti balistik.

Merakam, mengukur, dan membuat pengujian data-data dan bukti-bukti jenayah di tempat kejadian dengan menggunakan peralatan khas.

Menginterpretasikan penemuan-penemuan makmal dan keputusan ujian untuk mengenalpasti dan mengelaskan bahan, material, dan bukti-bukti lain yang dikumpulkan di tempat kejadian.

Mengumpul dan mengekalkan bukti-bukti jenayah yang digunakan untuk menyelesaikan kes-kes.

Membuat perbandingan balistik, cap jari, tulisan tangan, dokumen, elektronik, perubatan serta bahan kimia, mengenai bukti dan deduksi terhadap bagaimana jenayah dilakukan.

Melakonkan semula jenayah di tempat kejadian untuk menentukan hubungan di antara bukti-bukti sedia ada.

Menyiapkan laporan kes, deduksi penemuan, kaedah penyiasatan, serta hasil daripada kajian makmal.

Seorang ahli forensik perlulah mempunyai

ciri-ciri krediabiliti seperti

berkemahiran berkomunikasi dengan lancar,

Page 25: Antara Bidang

mempunyai daya fokus dan pemerhatian yang tajam,

bekerja secara logikal dan berstruktur,

berkebolehan untuk  bekerja dalam suasana yang tegang,

berkemahiran untuk membuat deduksi bayangan serta

mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Oleh itu, bagi adik-adik yang berminat untuk menjadikan kerjaya forensik ini sebagai satu profession, adik-adik bolehlah mengikuti

pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) sebelum melanjutkan pengajian ke bidang Sarjana Sains (Sains Forensik) yang mana ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia.

Melalui kursus ini juga, adik-adik berpeluang untuk merasai suasana kerja ahli forensik yang sebenar melalui penempatan praktikum makmal (Lab Practicium) di Makmal Forensik Polis DiRaja Malaysia(PDRM) semasa Latihan Industri serta merasai sendiri suasana di dalam mahkamah sebagai saksi pakar melalui sesi Moot Court.

Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia sebagai satu bidang akademik meliputi suku bidang seperti pengambilan dan pemilihan; latihan dan pembangunan sumber manusia; pampasan dan faedah; perhubungan perusahaan; penilaian prestasi; dan keselamatan serta kesihatan pekerja.

Seseorang pengurus sumber manusia secara asasnya bertanggungjawab bagi menyelaras semua aktiviti yang terlibat dalam fungsi pengurusan sumber manusia

Page 26: Antara Bidang

supaya organisasi mencapai matlamatnya yang ditetapkan terlebih dahulu dengan sempurna.

Seseorang pengurus sumber manusia terlibat dalam merancang aktiviti seperti pengambilan, pemilihan, mengendalikan program latihan dan mendengar pelbagai sungutan dan rungutan daripda pekerja dan memberi keyakinan kepada mereka melaksanakan tugas mereka secara cekap dan berkesan.

Ia biasanya menetapkan dasar di dalam sesebuah organisasi. Ia juga akan mengubahsuai dasar mengikut keperluan, keadaan atau perubahan dar masa ke semasa.

Seseorang pengurus perlu memahami serta menganalisis dan mengurus perubahan yang berlaku di persekitaran - seperti perubahan teknologi, perubahan demografi, tekanan persaingan dan permintaan pasaran.

Pelajar yang ingin mendapat ijazah dalam bidang ini bolh berbuat demikian di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Sebelum meneruskan pelajaran di luar Negara, pelajar dinasihatkan supaya mendapat maklumat terkini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kolej atau universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Bagi memasuki universiti tempatan, seseorang pelajar perlu memiliki gred yang baik dalam sekurang-kurangnya empat mata pelajaran di peringkat STPM.

Ijazah dalam bidang ini melibatkan kerja kuliah selama lapan semester dan memakan belanja sebanyak RM 8,000.

Perbelanjaan di kolej swasta adalah kira-kira sebanyak RM 15,000 – RM 20,000.

Mereka yang memmpunyai ijazah yang baik dalam bidang pengurusan manusia, boleh mohon kerja di pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan, di syarikat-syarikat tempatan termasuk multinasional dan organisasi antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, UNESCO, UNDP atau agensi-agensi lain Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Mereka yang ingin mewakili Kerajaan Malaysia di luar Negara boleh mohon untuk memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Pemohon bagi perkhidmatan ini dipilih beasaskan kepada pengetahuan, kemahiran komunikasi, penguasan serta kecekapan dalam kedua-dua bahasa, iaitu, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Gaji permulaan di sektor awam berjumlah lebih kurang RM 1,800.

Page 27: Antara Bidang

mereka yang mempunyai pengalaman sebanyak 10 tahun, jika di naikan pangkat, boleh menerima gaji sebanyak RM 7,000.

Di sektor swasta gaji ditentukan mengikut pengalaman dan kemahiran.

Siswazah dalam bidang ini boleh juga mohon untuk jawatan pensyarah di institusi pengajian tinggi selepas mendapat ijazah sarjana.

Kerja ini juga mempunyai potensi yang baik dalam jangka panjang. ………………………………………………………………….

Teknologi Maklumat (IT) sebagai kejaya.

IT merupakan sebidang yang luas dan meliputi semua bentuk teknologi yang di gunakan untuk mencipta, memproses, menyimpan, bertukar-tukar dan menggunakan maklumat atau informasi dalam pelbagai bentuknya (seperti data perniagaan, mesej suara, imej pegun, filem, peresembahan multimedia dan bentuk lain).

Page 28: Antara Bidang

Ia merupakan istilah sesuai bagi memasukkan telefoni dan technologi komputer dalam seperkataan. Tambahan pula, IT ialah juga satu bidang yang berkembang pesat. Ia mengubah dunia secara radikal dengan memperkenalkan pelbagai cara baru menjalankan perniagaan, membuat sesuatu kerja, mengurus hiburan dan mencipta seni.

Pendeknya, ia meliputi perkara-perkara berkaitan dengan pelanjutan sains komputer dan teknologi yang berkait rapat dengan perkakasan dan perisian komputer, reka bentuk, perkembangan, pemasangan serta pelaksanaan sistem-sistem maklumat dan penggunaan (applications).

Mata pelajaran yang termasuk dalam bidang pengajian ini ialah penciptaan perisian, pengaturcaraan, sistem informasi perniagaan dan pengurusan, sistem pengurusan pangkalan data, reka bentuk grafik, animasi, multimedia, reka bentuk laman web, sistem rangkaian, kejuruteraan perkakasan, sistem komunikasi data dan sistem komputer digital.

Mereka yang telah lulus SPM / STPM boleh mengikuti kursus ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Maklumat di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan (awam atau swasta). Ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti asing yang tertentu juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh itu, bakal pelajar perlu menyemak senarai institusi-institusi pengajian tinggi luar negara yang diiktiraf dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum mengikuti kursus di seberang laut.

Peluang pekerjaan dalam bidang ini banyak sekali dan boleh dikatakan cerah kerana penggunaan komputer ialah berleluasa atau sejagat. Siswazah boleh mencari kerja di agensi-agensi kerajaan; firma pembuatan dan khidmat; organisasi perdagangan; syarikat pembuatan computer; utility awam; bank tempatan dan luar negeri; organisasi penyelidikan; penguasa tempatan, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi antarabangsa atau bekerja sebagai perunding untuk memeberi solusi IT kepada pelbagai agensi termasuk kerajaan.

Page 29: Antara Bidang

Mereka yang menceburkan diri dalam bidang IT diberi pelbagai gelaran bergantung kepada bidang kepakaran serta pengkhususan mereka: pengaturcara penggunaan; penganalisis sistem; pentadbir pangkalan data; pentadbir sistem; perundig perisian; pentadbir rangkaian; pereka bentuk laman web; pakar multimedia; pakar animasi; pengurus sistem maklumat; pentadbir laman web; pengurus projek IT; jurutera perkakasan; juruaudit sistem komputer; jurutera perisian; pakar reka bentuk pangkalan data; dan penganalisis komunikasi data.

Mereka yang berkelayakan IT berupaya mendapat gaji yang lebih lumayan jika sekiranya mereka memiliki satu kelayakan profesional yang didambakan – Microsoft Certified Professional (MCP).

Di Malaysia, seorang profesional IT yang baru boleh mendapat gaji permulaan di antara RM 2,000 dan RM 2,500 sebulan .

Mereka yang mempunyai pengalaman kerja lebih kurang enam (6) tahun serta pengetahuan dan kemahiran dalam pentadbiran rangkaian (network administration), reka bentuk laman web, reka bentuk grafik dan animasi, pengiklanan multimedia dan solusi perniagaan (business solutions) boleh mendapat gaji kira-kira RM 6,000- 8,000 sebulan.

Kerjaya Pramugari

Salah satu kerjaya yang mendapat ramai penimatnya ialah kerjaya sebagai seorang pramugari.

1. Tugas Asas

Tugas as seorang pramugari atau pramugara ialah

Page 30: Antara Bidang

memastikan keselamatan penumpang disetiap masa.

Inilah tugasan yang mewajibkan syarikat penerbangan membawa pramugari/ra semasa terbang.

Tugasan lain ada lah ditambah termasuk

tugas menghidang makanan dan membuat jualan kepada penumpang.

2. Ukuran Pencapaian

Ukuran pencapaian seorang anak kapal adalah agak sukar dan menjadi persoalan dibeberapa pihak. Munkin ada mudah nya hanya dengan menggunakan ukuran berasaskan 'complaint' atau compliment yang diterima. Semakin banyak pujian maka semakin tinggilah ukuran nya. Kalau sesaorang itu banyak mendapat complaint maka kuranglah pencapaian dia.

3. Struktur Jawatan Kerjaya.

Struktur nya mengikut keadaan syarikat. Dibawah dinyatakan contoh sebuah syarikat Penerbangan Antarabangsa:

a. Mula Kerja sebagai - Junior Cabin Crew - berkhidmat didalam kapal kecil seperti B737.

b. Anak Kapal Senior - Bertugas didalam kapal yang lebih besar seperti B747. Kapal ini anggap sebagai wide-body dan mempunyai 2 aisle - 2 lorong didalam cabin nya.

c. Steward/stewardess Kanan - Jawatan yang diberi kepada The crew in charge in a flight for a small aircraft.

d. Supervisors Cabin - Crew yang bertugas sebagai supervisor didalam kapal besar seperti B747.

e. Controller - Menjaga sesuatu fleet atau jenis kapal, seperti B747 atau A330. Ini mrupakan tugas dipejabat dan jarang jarang terbang.

4. Main activities

The main activities for the job of cabin crews can be divides based on the phases of the work:

Page 31: Antara Bidang

a. preflight briefing - conducted for a specific flight and performed by the crew in charge.

b. Pre flight preparation - When the crew complete the briefing, they will go the aircraft. They will spend about 1 hour to prepare for the flight. They make sure the main safety equipments are in place, the demo units available, the toilets are prepared, the foods are as per listing..etc..etc.

c. Passengers' reception - they play the host to the incoming passengers, welcome them and guide them to their seats.

d. Predeparture - on pushback, the captain starts the engines, the cabin crews will do the demonstration on the use of safet equipments.

e. The dinner is served when the flight stabilize in cruise mode.

f. On landing at the destination, the cabin crew thanks the passengers and ensure that everyone go out. Then there is acheck list to follow and a report to write.

Qualification and prerequisites:

a. Education: Most airline will accept graduate out of 10 - 11 years of schooling. This is equivalent to O level in the British Education System. There are some airlines that demand higher qualification, such as Degree or Diploma.

b. Physical requirements - As the crew has to perform the safety function, he has to be able to access the equipments situated on the overhead compartment.

Working Condition

a. Crews work at odd hours, depending on the flight schedules

b. They work long hours, some flight can be 12 hours and they are expected to perform for 12 hours.

c. They crews are expected to handle passengers. Some may not be nice and can be rude to crew.

Gaji dan Imbuhan

Bergantong dengan syarikat mana anda berkerja. Biasa nya di Malaysia, MAS membayar yang tertinggi di ikuti oleh Airasia dan Firefly.

Page 32: Antara Bidang

Pendapatan Pramugari terdiri dari gaji pokok, biasa nya tidak tinggi. Pramugari akan mendapat alaun yang kadang kadang lebih dari gaji.

Bagaimana Menambahkan Harga Diri Anda?Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, ia  bermakna bagaimana anda memandang   diri anda. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin,  berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda  adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi.Pandangan  serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang  amat kuat terhadap  cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan  yang kita buat.

Page 33: Antara Bidang

      Berikut ialah  sedikit petua  untuk mempertingkatkan  harga diri kita :

Habiskan sedikit masa dengan orang yang  menyukai  dan menyayangi anda.

Setiap hari buat satu pernyataan mengenai  diri anda. Sebagai contoh,  “Saya adalah seorang yang mudah disayangi dan penyayang” merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej  diri yang positif dan sihat.

Ucapan terima kasih kepada orang. Puji orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan. atau kerjasama. Ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai  rasa terhutang budi anda.

Tolak  sama sekali mesej negatif  dan pilih mesej postif sahaja.

Tolong orang yang memerlukan  bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja; lawati orang yang uzur di hospital atau menajar kanak-kana pada masa  lapang. Jika anda  merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri  anda.

Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri  menunjukkan anda menganggap anda sebaai seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain  kerrjasama  dan sokongan untuk membuat  sesuatu .

Libatkan diri dalam program  senaman harian.  Ini boleh menambahbaikkan kesihatan anda.

Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.

Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai  anda tau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan  sikap negatif.

Libatkan diri dalam projek  yang boleh menggembirakan  hati anda.mengikut keupayaan anda.

Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.

 

 

Bagaimana Menguasai Bahasa InggerisSatu tinjauan terbaharu menunjukkan lima puluh peratus kependudikan dunia akan bertutur atau  akan belajar Bahasa Inggeris menjelang tahun 2015. Dua billion orang akan mula belajar bahasa Inggeris  dalam 10 tahun yang berikut -   ini bererti sejumlah tiga bilion orang akan bertutur  dalam  Bahasa   Inggeris dalam 10 tahun dari sekarang.  Pada masa kini,  kira-kira 500 juta orang boleh bertutur dalam English. Globalisasi Bahasa Inggeris ini   berlaku kerana bahasa ini merupakan  bahasa yang paling popular kerana ia merupakan bahasa internet, bahasa perdagangan, bahasa sains dan teknogi dan bahasa diplomatik. Ia juga menjadi bahasa utama di beberapa buah negara di dunia sekarang.  Tambahan pula, English merupakan bahasa utama dan umum dalam bidang komunikasi  dan

Page 34: Antara Bidang

interaksi global i serta transaksi perniagaan. Kebanyakan bahan bacaan dan rujukan dalam internet terdapat dalam Bahasa Inggeris; kebanyakan buku ilmiah dalam bidang-bidang   seoerti undang-undang, sains dan teknologi, perubatan dan perakaunan diterbitkan dalam bahasa ini. Oleh itu, English telah menjadi lingua franca  (bahasa perantaraan) dunia moden. Jika kita ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat berilmu dan perpengetahuan (Knowledge Society) dan menghadapi secara berkesan cabaran-cabaran globalisasi, kita, terutamanya golongan  belia-beliawanis dan generasi muda,  dikehendaki mengambil sikap yang membina dan positif terhadap pembelajaran dan penguasaan  Bahasa Inggeris.

 

Terdaptat beberapa cara untuk belajar dan menguasai English.  Cara yang amat  penting ialah untuk  benar-benar menunjukkan keinginaan bagi   belajar  bahasa ini dan membelanjakan masa yang mencukupi dan secara  konsisten bagi menguasai bahasa ini. Berikut ialah petua praktikal  atau panduan  mengenai cara yang terbaik  untuk menguasai  English language.

 

1.   Baca surat khabar harian,   rencana pengarang, makalah dan cerprn dan      novel yang yang baik.  Juga dengar siaran berita BBC, CNBC, CNN dan      stesyen-stesyen  radio dan tv tempatan- ini boleh membantu anda      menambahbaikkan sebutan English.

 

2.   Baca stiap hari.  Lebih baik jika and  baca selama sejam sehari tanpa apa-      apa hambatan.   Jika anda membahagikan jam pembelajaran kepada      jangka masa  kecil sebanyak 15 minit sepanjang hari, penumpuan anda akan      menjadi kuat dan anda boleh belajar cepat dan pengingatan anda juga boleh      meningkat.

 

3.   Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan  orang dalam pembelajaran      Bahasa Inggeris ialah ketakutan mereka sendori.  Mereka takut mereka tidak      berupaya  menyatakan sesuatu secara betul  dan tepat  dan lantaran itu      meraka enggan bercakap. Cara yang paling cepat untuk belajar sesuatu      bahasa baharu ialah buat nya  berulang kali.  Sama seperti yang lain,      pembelajaran English memerlukan latihan. Jangan memebenarkan ketakutan      anda menjejaskan apa  anda   ingin mencapai.   “Gunakannya atau      hilangkannya  ( “use it or lose it” ) merupakan satu nasihat yang perlu diikuti      dalam perkara ini.

 

4.   Gunakan pelbagai sumber, alat dan kaedah  untuk belajar English.  Internet      ialah suatu sumber yang penting sempurna bagi belajar English. Cuba buat     kuiz secara talian  yang disediakan oleh BBC World Service dan pihak yang

Page 35: Antara Bidang

     lain. Ini akan membolehkan anda menilai tahap  kemahiran anda dalam     Bahasa Inggeris.

Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll. Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya - sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara

Page 36: Antara Bidang

yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu “motivator”dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian. Tafakur (Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Stiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. Muzik. Terapi uzik mendatangkan banyak faedah kesihatan

Page 37: Antara Bidang

bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpast juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Mebelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

Bagaimana Mendengar Sesuatu Secara Aktif Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses kounkasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan atau pun tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang. Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin, 70% daripada waktu tidak tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% daripadanya digunakan untuk mendengar sesuatu. 30% lagi digunakan untuk percakapan/perbualan; sebanyak 16% daripada masa komunikasi anda digunakan untuk bacaan dan hanya 9 % masa anda dihabiskan untuk penulisan. Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran. Para eksekutif melaporkan bahawa mereka menghabiskan 80% daripada waktu kerja mereka dalam mesyuarat, perbincangan melalui telefon, atau interaksi secara bersua; dan kebanyakan pekerja menghabiskan 60% daripada masa kerja dalam pendengaran. Kajian juga menunjukkan kebanyakan orang hanya mengingat sebahagian daripada apa yang mereka mendengar sejurus kemudian mereka menghadiri ucapan seseorang. Sebenarnya, kita hanya mampu mengingat kira-kira 50% daripada apa yang kita mendengar dalam masa lapan jam. Mengikut suatu kajian baru-baru ini, kebanyakan orang mendengar hanya 30% daripada apa yang

Page 38: Antara Bidang

dikatakan. Active listening tidak bererti mendiam diri atau bersetuju dengan apa yang dikatakan atau membiarkan seorang penceramah merapu bagi tempoh masa yang tidak pasti. Sebaliknya, ia bererti menimbang sebab yang sebenar kenapa orang lain itu mahu bercakap dengan anda; membantu orang lain melahirkan perasaan dan ideanya; membantu orang lain menyelesaikan masalahnya; membuat respons yang boleh menggalakkan komunikasi yang berterusan tanpa apa-apa persetujuan atau penolakan; melayan orang lain sebagai seorang dewasa; menyoal bagi menjelaskan fakta; mengawal perasaan anda sendiri- terutamanya ketidaksabaran dan kemarahan; membuat kesimpulan tentang apa yang dinyatakan tanpa komitmen atau komen atau kritikan; dan mendapat tahu jika sebarang tindakan diperlukan daripada anda. Pada lazimnya, listening meliputi pendengaran , pemahaman, perhatian yang mendalam, analisis serta penilaian mesej lisan dan tindakan ke atas apa yang telah didengar. Listenig melibatkan balasan secara intelektual dan emosi. Active listening berlunaskan “ anda adalah penting bagi saya; saya faham dan terima dan akur bahawa apa yang kamu fikir, merasa dan perlukan adalah benar.” Perlu ditegaskan pendengaran secara aktif merupakan suatu kemahiran dan seperti kemahiran yang lain, latihan dan amalan adalah penting. Kita boleh mempelajarinya untuk berbuatnya secara baik serta berkesan. Tambahan pula, kita boleh menambahbaikkannya sepanjang hayat kita. Active listenig adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kareer kita. Kita perlu mengubah tabiat buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang good active listener. Anda menjadi active listener apabila anda membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai points atau hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat atau kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi rintangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif. Berikut ialah sedikit tips untuk mendengar sesuatu secara aktif dan berkesan: a. Berhenti. Sebelum anda memebri perhatian kepada apa yang orang lain mungkin merasa dan berkata, anda harus hentikan apa yang anda buat dan hapuskan semua halangan kepada komunikasi seperti bunyi bising. Beri tumpuan kepada orang yang berkata sesuatu. b. Lihat. Perhatikan tanda-tanda atau petunjuk komunikasi bukan lisan yang boleh membantu anda mengenal pasti perasaan orang lain. Ini adalah kerana kebanyakan emosi ditunnjukkan melalui tanda-tanda bukan lisan. Pandang muka orang, dengar suara orang dan perhatikan bahasa gerak- geri orang (body

Page 39: Antara Bidang

language), seperti bagaimana mereka duduk, berdiri dan membuat gerak isyarat ketika bercakap. c. Dengar. Dengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh seseorang. Orang itu mungkin tidak akan memberitahu anda tentang perasaan anda. Lantaran itu, anda perlu mencari kiu atau tanda. Padankan kiu lisan dan bukan lisan dan mendaat tahu kandungan serta emosi mesej orang yang berkenaan. d. Tanya soalan. Anda perlu kemukakan soalan kepada orang yang bercakap untuk mendapat tahu idea atau mesejnya secara jelas. Anda harus gunakan perkataan seperti “bagaimana, apa, siapa, kenapa dan bila” untuk maksud ini. Semua soalan yang dibangkitkan perlu bertujuan untuk mendapat maklumat tambahan, penjelasan mengenai sesuatu perkataan atau frasa atau fakta atau maklumat dan untuk menyemak perasaan atau makna seseorang atau bos anda. e. Memparafrasakan kandungan. Ini bererti anda perlu menyatakan semula atau merumuskan dalam perkataan anda sendiri apa yang anda faham tentang apa yang dikatakan atau disebut oleh orang lain. Dari masa ke semasa merumuskan/meringkaskan secara pantas mesej yang disampaikan oleh orang lain setakat itu bagi mengelakkan kekaburan atau kekeliruan. Contoh: Yasmin: Saya fakir kerja saya adalah berat sangat. Saya tidak layak untuk buat kerja itu. Rohani: Anda berpendapat anda tidak mempunyai kemahiran yang sesuai untuk menjalankan tugas anda? *******************************************************************************************

BEST PAYING JOBS IN MALAYSIATruth be told, getting some statistics on Malaysian setting, is not as easy as I thought it would be. It is either private or confidential (P&C) or you have to pay incredible amount of money to research consulting companies for the research they have done. I did a search in the Net, it is amazing how much info I can get, on other countries. Malaysia? Very limited and not so detailed and comprehensive. Since the audience of my writings goes mostly to fresh and/or would-be graduates, then, let’s focus on that first. It is important for students and graduates to get to know the profession and the industry they are getting into. I have made that statement once or twice before. Remember, your main purpose is to get a job. Preferably a paying job. What are the best paying jobs in Malaysia? A survey done by a recruitment agency, a popular employment services company in Malaysia, had the following results: 

Page 40: Antara Bidang

Top five highest paying Fresh Graduates positions

Industry SpecializationAverage Salary (50% percentile)

Semiconductor/Wafer FabricationBachelor’s Degree/Professional Degree/Post Graduate Diploma in Engineering

RM 2400

Banking

Bachelor’s Degree/Professional Degree/Post Graduate Diploma in Computer Science/Information Technology

RM 2100

ManufacturingBachelor’s Degree/Professional Degree/Post Graduate Diploma in Engineering

RM 2089

Science & Technology/Aerospace/Biotechnology

Bachelor’s Degree/Professional Degree/Post Graduate Diploma in Engineering

RM 2050

Electrical & ElectronicBachelor’s Degree/Professional Degree/Post Graduate Diploma in Sciences

RM 2050

 Please be reminded that, these figures denote an average. Variations will occur depending on the size of the company, job demands and other perks that are packaged into the pay. You should be made aware that, these are the figures you should be quoting for when applying for the job. I have seen job applications from fresh graduate demanding, and I mean demanding 50% to 100% more than the figures above. Either they think too highly of themselves, or ignorant of current market value. However, just in case you are interested to know, where your job is leading towards, in terms of pay, the agency also provided the following results:  Top five highest paying Senior Management positions 

Industry SpecializationAverage Salary (50% percentile)

Manufacturing IT/Computers RM10390

Services IT/Computers RM 9950

Oil/Gas/PetroleumMarketing and Business Development

RM9604

Telecommunication Non-Technical Sales RM9500

Page 41: Antara Bidang

Financial Services/Securities/Insurance

Human Resources /Administration/Personnel

RM9345

  As a comparison, how do we stand up against the Americans. The best-paying jobs in America

Occupation Annual salary (USD) Avg. hours per week

Surgeons $189,590 63

Anesthesiologists $181,420 60

Obstetricians, gynecologists $179,640 57

Internists, general $158,350 60

Pediatricians, general $142,360 53

Family, general practitioners $136,260 54

Psychiatrists $135,220 46

CEOs $134,960 Varies greatly

Dentists $133,350 37.6

Source: U.S. Bureau of Labor Statistics  You will notice that the surveys done in Malaysia does not cover the medical profession. Rightly so! The medical profession is a highly specialized profession with requiring special aptitude and capabilities. Many do not have them. I am one of them. Yes, it would be nice to have that extra money. Who wouldn’t? Furthermore, why would I be going into a job that hardly pays? True, we all could use that extra cash to help us in our daily and monthly expenses, like paying for the house, car, bills and other expenses. Including some luxury indulgence every now and then, like traveling overseas. Try not to choose a job solely on how much money it makes. Remember the saying “money can’t buy love or happiness”? Well, the reason the saying has been around for a long time is because it is true. The point I would like to make is, and it has been in my previous 2 – 3 articles that, “If you like what you do, you end up doing it very well, you get noticed, and you will eventually get paid”. As mentioned earlier, you need to have the right attitude to get into a specific profession. Like a doctor. Or if you are not good in mathematics, like me, you might want to stay away from becoming an engineer, architect, physicist and etc. Or if language is not your thing or you do not have the gift of the speech, maybe you should not try to become a TV newscast, a TV host or a radio DJ. I am not saying don’t go for it.

Page 42: Antara Bidang

You can. Maybe you need extra help and training to get you there. But, be aware of what your strengths and weaknesses are. Take a simple test. If I ask you to write or tell me something you are interested in, what topic or area that you can go on writing or speaking effortlessly, passionately and with a glow on your face that others reading or listening to you can tell you are really into it? Think about it, shouldn’t you be doing the thing you love. You are going to spend an enormous amount of time, between 8 – 10 hours a day, 5 – 6 days a week (sometimes more) doing this job you are in. If you can find a job that has some promise of a career path, it pays well AND you love doing it, well go for it. But if not, consider carefully the decision you have to make because the best-paid jobs are those that pay off not only in money, but also in satisfaction and happiness.

Accountant

Actuary

Financial adviser

Financial analyst

Logistician

Meeting planner

Public relations specialist

Sales manager

Training specialist

Page 43: Antara Bidang

Creative and Service Jobs:

Commercial pilot

Curator

Film and video editor

Gaming manager

Heating, air conditioning and refrigeration technician

Interpreter/Translator

Multimedia artist

Technical writer

Page 44: Antara Bidang

Healthcare Jobs:

Athletic trainer

Dental hygienist

Lab technician

Massage therapist

Occupational therapist

Optometrist

Physician assistant

Physical therapist

Physical therapist assistant

Radiologic technologist

Registered nurse

School psychologist

Page 45: Antara Bidang

Veterinarian

Social Service Jobs:

Clergy

Court reporter

Education administrator

Emergency management specialist

Firefighter

Marriage and family therapist

Mediator

Medical and public health social worker

Special-education teacher

Urban planner

Page 46: Antara Bidang

 

Technology Jobs:

Biomedical engineer

Civil engineer

Computer software engineer

Computer support specialist

Computer systems analyst

Environmental engineering technician

Environmental science technician

Hydrologist

Meteorologist

Network architec