ANTOLOGI CERPEN

Embed Size (px)

Citation preview

ANTOLOGI CERPEN BIODATA PENULIS NAMA : NOOR AZIHAN BINTI SULAIMAN UMUR : 40 TAHUN TARIKH LAHIR : 04 JUN 1971 PEKERJAAN : GURU STATUS : BERKAHWIN NAMA SUAMI : SHAHRUDDIN BIN ARSHAD ANAK-ANAK :MUHAMMAD SYAIFULIZHAN (14 TAHUN), SITI FARHA ANISA (13 TAHUN), MUHAMMAD HAIQAL AQASHAH (8 TAHUN) DAN MUHAMMAD DANISH WALDAN (4 TAHUN) ALAMAT RUMAH : NO. 83, JALAN BANDAR BARU 2, TAMAN BANDAR BARU LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK. ALAMAT PEJABAT : SEKOLAH KEBANGSAAN GELOK, 33400 LENGGONG, PERAK. TAJUK-TAJUK CERPEN : 1. BUKAN PINTAKU 2. LAMUNAN TERHENTI 3. HEI, BUDAK KECIK! 4. ADUH, SALEHA! 5. MAAFKAN MAMA 6. MAWAR PUDAR WARNA 7. SETULUS KASIHMU 8. CERITA CINTA 9. SEBUAH AMANAH 10.KENANGAN ITU 11.DESTINASI CINTA TAJUK1 : BUKAN PINTAKU 'Berhati-hatilah dengan anak dara zaman sekarang ni. Muka nampak baik, berbudi bahasa, bersopan-santun tapi dalam diam-diam menggoda suami orang. Berdesing juga telingaku mendengar sindiran itu. Walaupun ucapan Cikgu Salmah itu tidak dispesiIikkan kepada sesiapapun, namun dapat aku rasai, sindiran itu ditujukan kepadaku. Mentang-mentanglah aku ini anak dara tua, apakah dia ingat aku sehina itu? Sudah acapkali aku mendengar sindiran sebegitu namun aku hanya memekakkan telinga. Kubiarkan suara-suara laser itu terus mengalunkan rentaknya bagaikan angin lalu. Tiada kuasa untuk aku menahannya. Aku bergegas menuju ke kelas 3 Cemerlang kerana sudah hampir tiga minit aku terlewat memasuki kelas itu. Dalam tergesa-gesa itu, aku hampir berlanggar dengan Cikgu Hakimi yang sedang menuju ke bilik guru. Hanya senyuman dan kata maaI yang sempat kulemparkan. Seperti biasa, anak-anak muridku sedang berpesta Jomheboh kerana keterlewatan 3 minitku masuk ke kelas itu. Mendengar derap langkahku, berhamburan mereka menuju ke tempat duduk masing-masing. 'Stand up. SyaIik, ketua kelas 3 Cemerlang memberikan arahan. 'Good morning, teacher. 'Good morning, teacher, Bergema suara sambutan rakan-rakannya memenuhi segenap ruang kelas seluas dua puluh darab empat puluh meter itu. 'Good morning class. How are you today? 'Were fine. How are you teacher? 'I am fine. Thank you. Sit down, please. 'Thank you, teacher. Kelas Matematik tiga puluh minit itu berjalan dengan lancar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan CD courseware itu kumanIaatkan sepenuhnya. Lapang rasa dadaku apabila melihat anak-anak didikku ini dapat menguasai kemahiran yang kusasarkan hari ini. Selesai menunaikan tanggungjawabku di kelas 3 Cemerlang, aku kembali ke bilik guru. Dalam perjalanan, aku berselisih dengan Cikgu Maria yang sedang menuju ke kelas 3 Cemerlang. Kami hanya sempat berbalas senyuman. Tiba di bilik guru, aku duduk di bangku sambil menarik dan melepaskan naIas panjang, tanda kepenatan. Kubuka kembali buku ringkasan mengajarku untuk memastikan waktu kelasku selepas ini. Ada kira-kira tiga puluh minit lagi untuk ke kelas 6 Gemilang. Kugunakan kesempatan ini untuk menyiapkan rancangan mengajar minggu depan. Bilik guru agak lengang waktu itu. Pukul 9.15 minit pagi, tentu teman-teman guru yang lain ada yang sedang mengajar di kelas masing-masing dan mungkin ada yang ke kantin untuk mengalas perut yang telah mula berkeroncong. Biasanya pada setiap hari Jumaat, aku memang sudah biasa makan agak lewat iaitu selepas selesai sesi pengajaranku di kelas 6 Gemilang pada pukul 10.40 minit pagi. 'Hai, Sayang! Buat apa tu ? Aku agak terkejut apabila disapa secara mendadak sebegitu. Menyedari siapa yang berada di belakangku itu, aku hanya membatukan diri. Pemilik suara itu menarik bangku yang berada di meja sebelahku lalu duduk berhampiran denganku. Aku memandang sekeliling agak curiga. 'Jangan bimbang, tiada sesiapapun di sini untuk melihat kita. Bagaikan menyedari kegelisahan hatiku, dia menyuarakan kalimah itu. 'MaaI, Kimi. Tak elok awak duduk di sini. Banyak mata yang memandang. Kusuarakan juga kegelisahan itu. 'Kenapa? Awak dah tak sudi nak bermesra dengan kita ke? Entah mengapa, tiba-tiba badanku serasakan panas sekujurnya. Mukaku bagaikan memerah dan panas membara. Mungkin kerana panik atau mungkin juga kerana malu mendengar kata-katanya itu. Bagaikan menepati Iirasatku, tersembul wajah Cikgu TauIik di muka pintu bilik guru. Aku semakin gelisah bagai cacing yang kepanasan. Hakimi hanya berlagak selamba dan bangun sambil berbisik kepadaku, 'Malam ni call saya, ada hal penting yang saya nak bincangkan. Sebelum berlalu pergi, dia sempat mengenyitkan matanya ke arahku. Hakimi, kau buat aku jadi tak menentu. Keranamu, aku sering disindir dengan kata-kata yang pedas menusuk kalbu. Hakimi, maaIkanlah aku kerana aku tidak dapat membalas kasihmu. Hakimi, janganlah kau hadir dalam mimpi-mimpiku lagi. Pergilah Hakimi, pergilah, pergi... Aku tersentak jaga di tengah kelam malam itu. Sering tidur malamku terganggu hanya kerana seorang Hakimi. Aku tidak pernah membenci Hakimi, malah aku pernah mengucapkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Hakimi ini. Hakimi seorang lelaki yang baik. Terlalu baik bagiku. Dialah orang pertama yang menegurku sewaktu hari pertama aku melaporkan diriku untuk bertugas di sekolah ini dulu. Sebagai orang baru dan anak dagang di rantau orang, bantuan yang diberikan oleh Hakimi amatlah dialu-alukan. Pada awalnya, aku membahasakan diriku sebagai kakak` apabila berbual dengannya kerana umurku yang sudah melewati tiga puluh satu tahun manakala Hakimi pula baru berusia dua puluh sembilan tahun. Tetapi Hakimi tidak pernah memanggilku dengan gelaran itu. Dia lebih selesa memanggilku dengan namaku sahaja dan sekarang memanggilku Sayang` apabila hanya tinggal kami berdua sahaja yang berbual-bual. Sudah acapkali aku menegurnya agar bertindak lebih wajar apabila berbicara denganku namun dia tidak pernah mengendahkannya malahan sikapnya semakin menjadi-jadi. Akhirnya, kerana tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu, aku hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba teleIon di sisi katilku berdering. Sempat kurenung jam dinding yang menunjukkan hampir ke pukul dua belas tengah malam. Berdebar juga hatiku, bimbang ada perkhabaran buruk dari kampong. Lantas, gagang teleIon segera kudekapkan ke telinga. 'Sayang, teleIon abang semula, bagaikan sudah tahu aku yang menyambut panggilan itu, Hakimi mengeluarkan arahan dan terus meletakkan gagang di seberang sana. Aku mengeluh perlahan. Entah apakah mahunya Hakimi di tengah malam buta begini. Hakimi, Hakimi. apabila malam menjelma, romantisnya semakin menjadi-jadi. MaaIkan aku, Hakimi. Permintaanmu ini tidak mampu kupenuhi. Cukuplah, aku tidak mahu menempah bala lagi. Kurebahkan badanku di atas katil lalu kutarik selimut menutupi sekujur tubuh ini. Masih basah lagi peristiwa itu dalam kotak ingatanku. Masih terngiang-ngiang lagi suara Cikgu Hasnah, isteri Cikgu Hakimi memaki-hamun dan menyumpah-seranahku di hadapan majikanku kerana menyangka aku ada menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. Ya, Allah. Aku tidaklah sejahat itu. Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menggoda suami orang. Jangankan suami orang, mendengarkan lelaki itu meminati perempuan lain pun aku sudah tidak lagi berminat untuk mendekatinya apatah lagi jika ianya sudah menjadi kepunyaan orang lain. MaaIkan aku, Cikgu Hasnah. Walaupun aku hanya seorang perempuan yang belum berkahwin, bukanlah bermakna aku akan sewenang-wenangnya berusaha untuk memenangi hati mana-mana lelaki tanpa mengambil kira status lelaki berkenaan. Salahkah aku kerana menjadi anak dara di usia senjaku ini ? Berdosakah aku hanya kerana suamimu terpaut hati denganku ? Aku tidak pernah berlentok manja dengannya. Aku tidak pernah merengek meminta dibelai atau dikasihi oleh suamimu. Biarpun aku sepi, biarpun aku sunyi, biarpun aku kedinginan, aku redha dengan keadaan ini. Bukan aku tidak mahu berkahwin. Bukan aku terlalu memilih pasangan. Aku hanya perempuan yang masih tebal dengan siIat-siIat pemaluku. Tidak mungkin aku akan bertindak bagaikan perigi mencari timba. Aku bukannya tidak pernah bercinta. Aku bukannya tidak pernah punya kekasih hati malahan aku juga pernah bercinta bagaikan Rahul dan Anjali, bagaikan Rohit dan Priya, bagaikan Raju dan Kumari, bagaikan...,bagaikan...Cuma cinta kami tidak kesampaian seperti Datuk K dan Siti, seperti Mawi dan Ikin... Ah, Hakimi! Fikiranku kembali menerawang jauh ke suatu waktu dahulu.. Bagaikan sudah tersurat nasib diriku, setiap cinta yang kutemui tidak pernah bertemu titik penghujungnya. Bercinta bercinta juga, kahwinnya tetap belum jadi. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan membasahi pipi. Terbayang wajah ibu tua di kampong, wajah ayah yang semakin hari semakin banyak kedutnya. Wajah-wajah itu yang terlalu mengharapkan anak bongsunya ini bakal menamatkan zaman bujangnya dan membersihkan diri daripada segala tohmahan hanya kerana kesalahannya menjadi anak dara tua. Semoga kesabaranku ini akan dibalas Allah dengan balasan yang setimpalnya. Mungkin aku akan mendapat seorang suami yang baik, kacak, beriman dan setulus Mawi. Siapa tahu. Mungkin jodohku lambat kerana menunggu kehadiran seorang putera yang kini masih di dalam sumpahan, mungkin sebagai katak yang hodoh atau mungkin masih di dalam kostum Sang Serigala ganas. Siapa tahu. Dalam angan-angan yang melarut itu, entah jam berapa, aku terlelap jua akhirnya. Bangun awal pagi memang sudah menjadi kebiasaanku. Selesai mandi dan menunaikan solat subuh, aku segera menuju ke jendela. Kubukakan tingkap agar udara pagi yang nyaman bisa menerobos masuk ke ruang kamarku. Dalam samar-samar pagi itu, mataku tertancap ke arah sebuah kereta Wira aeroback hijau metalic yang diparkir betul-betul di hadapan pintu pagar rumah sewaanku. Kurang percaya dengan pandangan mataku, kulebarkan lagi bukaan jendela. Ya, betul! Memang sah. Itu kereta Hakimi. Hakimi. Apa yang dibuatnya di pagi hening begini? Sejak bila lagi dia telah berada di situ? Dadaku semakin kuat debarannya. Ya, tuhan! Sudah hilangkah ingatan Hakimi? Kalau aku ada penyakit jantung, sudah tentu sekarang aku sedang terkejang kaku menerima serangannya. Aku segera melucutkan kain telekungku. Kucapai selendang lalu dengan perlahan kubuka pintu rumahku dan menuju ke pintu pagar. Perlahan-lahan kuhampiri tempat duduk pemandu. Kujenguk ke dalamnya. Kabur. Segera kusapu kabus yang menyaluti cerminnya. Kuketuk cermin itu perlahan-lahan, bimbang ianya bisa mengejutkan penghuni lain di sekitar kediamanku. Perlahan-lahan tingkap cermin itu diturunkan. Tanpa menoleh ke arahku, Hakimi berkata, 'Masuk. Aku yang masih terpinga-pinga, segera bergerak menuju ke pintu kereta di sebelah kiri Hakimi. Pintu itu terkuak dari dalam. Aku bergegas masuk. Sebenarnya waktu itu, apa yang aku Iikirkan ialah..janganlah ada di antara jiranku yang ternampak kehadiran Hakimi di sini. Aku ingin cepat-cepat membawa Hakimi keluar dari kawasan perumahan ini. Hakimi menghidupkan enjin kereta. Tanpa sepatah kata, dia terus meluncur laju membawa aku bersama-samanya. Setelah agak jauh dari rumah sewaanku, aku segera menarik naIas lega. Bagaikan baru tersedar, aku memandang Hakimi di sebelahku. Tidak pernah aku menaiki kereta ini sebelum ini. Inilah kali pertama aku berada bersama-sama Hakimi. Hakimi yang bodoh. Hakimi yang gila. Hatiku terus menggerutu namun Hakimi masih membisu. Hari telah beransur-ansur cerah. Matahari telah mula menampakkan dirinya. Hakimi masih Hakimi yang itu. Tidak tahu ke arah mana tujuannya membawaku. Tapi, yang peliknya, aku tidak pula berasa takut malahan aku rasa selesa berada bersama-sama Hakimi. Kalaulah Hakimi ini kekasihku, kalaulah Hakimi ini buah hatiku..oh, alangkah bahagianya hidupku. Ya, Allah. Kenapa sejauh itu pemikiranku? MaaIkan aku Hakimi. MaaIkan aku Hasnah. Kebisuan itu terus menyelubungi pagi kami. Aku sendiri tidak berani untuk memecahkan kebisuan itu. Kurenungi jam di dashboard, pukul 8.10 minit pagi. Sudah hampir dua jam kami di perjalanan ini. Bagaikan mengerti kegelisahanku, Hakimi membelokkan keretanya memasuki sebatang jalan kecil bertanah merah menuju ke sebuah lata tempat perkelahan dan mandi-manda. Dia memberhentikan kenderaannya di bawah sepohon pokok yang rendang. Hakimi membuka pintu kereta dan melangkah keluar menuju ke arah aliran air gunung. Kulihat dia membasuh mukanya dan berkumur-kumur. Sebentar kemudian, dia bergerak menuju ke arahku. Membukakan pintu dan menjemput aku keluar. Sebaik sahaja pintu kereta kurapatkan, Hakimi memelukku dari belakang. Aku tersentak bagaikan terkena kejutan elektrik.Terasa begitu hangat pelukan itu. Kehangatan yang belum pernah aku rasai. Aku memejamkan mataku. Lupa sebentar tentang kedudukan diri ini. Hakimi memalingkan tubuhku mengadap ke arahnya. Sekali lagi dia memelukku dan mulai bertindak lebih berani apabila melihat tiada penolakan daripadaku. Aku juga bagaikan kesyaitanan. Kami hampir-hampir berbaring di celah sebongkah batu besar. Namun, Allah masih menyayangiku. Sebaik sahaja bibir Hakimi cuba menyentuhi bibirku, aku kembali berpijak di bumi nyata. Kutolak badan Hakimi sekuatnya dengan kudrat yang ada. Hakimi yang mungkin tidak menduga perbuatanku segera terdorong ke belakang dan agak terhuyung-hayang. Aku menekup mukaku dengan kedua belah telapak tanganku sambil menangis dengan semahu-mahunya. Takut. Aku betul-betul takut. Aku hampir terjerumus ke lembah yang hina itu. Oh, Tuhan. Ampunilah hamba-Mu yang berdosa ini. Hakimi panik. Dia menghampiriku dan cuba memujukku tetapi sekali ini tidak akan kuizinkan lagi dia menyentuhi tubuh ini. Setelah agak reda tangisanku, Hakimi memberanikan diri mendekatiku tetapi dengan penuh waspada. 'Insyirah, maaIkan aku kerana membuatkan engkau menangis. Tetapi aku tidak akan sekali-kali meminta maaI kerana mencumbuimu sebentar tadi kerana memang telah lama aku menyimpan hasrat untuk memesraimu. Kata-kata Hakimi itu membuatkan tangisanku terhenti. Dasar lelaki. 'Aku membawa kau ke sini kerana mahu menyelesaikan masalah kita, Hakimi kembali membuka bicara. 'Bukan masalah kita tapi masalah kau, bentakku membuatkan Hakimi terpegun. 'Yang bermasalah adalah kau, aku tidak mahu terlibat dengan masalah hidup kau. Tolong hantarkan aku pulang sekarang, tambahku semakin berani. 'Insyirah, tolonglah Iahami kedudukan diriku ini. Apa salahku? Tiada langsungkah ruang di hatimu untukku menumpang kasih? Keras betul hatimu ini. Berilah aku peluang, Insyirah. 'Salahmu hanyalah satu, Hakimi. Kau suami orang. Aku tidak mahu menjadi perempuan yang berbahagia di atas kedukaan kaum sejenisnya. Kimi, aku pernah bercinta. Aku pernah kecewa dalam percintaan. Aku tahu betapa pedihnya sakit akibat putus cinta. 'Tapi Insyirah, di antara aku dan Hasnah tidak wujud lagi sebarang perasaan kasih dan sayang. Selepas melahirkan anak sulung kami, Hasnah sudah terlalu banyak berubah. Dia hidup di dalam dunianya sendiri. Aku bagaikan tidak pernah wujud di sampingnya. Apa yang dia tahu hanyalah memaki-hamunku dengan sumpah seranah dan kata-kata kesat. Aku menarik naIas panjang, bukan simpati dengan kemelut yang melanda jiwa Hakimi tapi kerana aku telah mengerti apakah punca segala kegawatan yang melanda rumahtangga mereka. Lalu, pada pagi yang kian mekar itu kupenuhi dengan khutbah panjang dan nasihat yang berjela-jela. Kubasuh lelaki itu semahu-mahunya. Hanya lelaki yang bijak sahaja mampu mencorakkan hidup seorang wanita. Hampir terduduk Hakimi dibuatnya. Istimewanya aku ini ialah walaupun aku belum berumahtangga tetapi aku gemar membaca majalah-majalah yang berbentuk kekeluargaan dan kewanitaan. Aku gemar melayari internet untuk membaca artikel-artikel ilmiah tentang masalah dan kesihatan wanita.Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu Iasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu gangguan emosi postpartum, kemurungan postpartum atau meroyan dan psikosis postpartum, juga disebut meroyan. Hakimi yang mungkin agak jahil tentang permasalahan dalaman wanita ini perlu disedarkan. Tanggungjawabnya sebagai suami wajib diteruskan. Kusedarkan dia tentang pengorbanan isterinya bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat penyambung warisannya. Isteri dan anak itu adalah amanah Tuhan untuknya. Allah S.W.T berIirman : 'Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya. (Surah al-Baqarah: 283) Tanpa kuduga, Hakimi menangis teresak-esak. Air mata lelaki yang terlalu mahal itu tumpah jua akhirnya. Kukira, hari ini adalah merupakan hari kemenangan bagiku. Aku berjaya mengembalikan seorang suami kepada isterinya. Aku berjaya mengembalikan seorang ayah kepada anaknya. Namun semua ini berlaku kerana adanya dorongan daripada yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia telah membukakan pintu hati kami untuk menerima rahmat-Nya. Jeram perkelahan yang sering dikaitkan dengan aktiviti kemaksiatan dan adegan terlampau itu kami tinggalkan. Semoga Allah turut merahmati tempat ini dan melorongkan hati-hati mereka yang ingin berbuat kejahatan agar kembali ke pangkal jalan. SEKIAN .telah tersiar dalam majalah Harmoni (2006) tetapi ini karya asal sebelum diedit. Kiranya beruntunglah anda yang dapat membaca naskhah asal ini.. TAJUK2 : LAMUNAN TERHENTI Apakah perasaan anda apabila bertemu kembali kekasih lama? Adakah anda akan cuba untuk mengelakkan diri atau adakah nostalgia lama akan berulang kembali? Aku pernah mengalami situasi ini. Segalanya berlaku tanpa dirancang. Ianya bermula apabila aku menerima surat arahan untuk menghadiri Kursus Kenegaraan di Kem Kaki Bukit, Perlis selama lima hari. Meskipun berat hati ini untuk menerima arahan tersebut namun terpaksa kupenuhi jua demi melengkapi syarat perkhidmatanku. Buat permulaan, izinkan aku memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Aku seorang guru yang telah berkhidmat hampir empat belas tahun. Sewaktu di maktab perguruan, aku pernah menjalin hubungan cinta dengan teman sekelas selama kira-kira dua tahun dan hampir-hampir mengikat tali pertunangan. Namun, takdir Tuhan mengatasi segalanya. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, kami pulang ke daerah masing-masing untuk memulakan perkhidmatan. Tiada lagi bayu Tebrau yang membelai indahnya dunia percintaan kami. Tiada lagi gema suara ombak yang mencelah setiap kali menyaksikan pertemuan kami di perkarangan Istana Besar Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Jauh memanglah terlalu jauh. Dia di pantai timur manakala aku pula kembali ke daerahku nun jauh di pedalaman negeri Perak. Jauh di mata, jauh di hati. Mungkin itulah yang berlaku antara kami. Walaupun dia sentiasa dekat di hatiku, namun tidak sebegitu pula aku di pihaknya kerana tidak lama selepas kami berjauhan, dia mengirimkan warkah pengesahan menandakan tamatnya perhubungan kami. Terlerai sudah segala ikatan, robohlah sudah sebuah tugu yang bernama cinta. Sedih? Memang terlalu sedih. Sedih,kecewa dan terkilan. Terkilan kerana alasan perpisahan yang diberikan terlalu kabur. Jauh? Tiada istilah jauh di zaman serba moden ini kerana jarak yang jauh mampu didekatkan. Ada banyak alternatiI lain untuk merapatkan kejauhan itu. Sejak itu, aku mula merenung ke dalam diriku sendiri. Apakah salahku? Apakah kekurangan dan kesilapanku? Akhirnya, aku menyedari. Memang banyak kurang dan silapnya diriku kerana aku hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kekurangan dan kesilapan. Aku tidak pernah termimpi untuk bertemunya lagi. Telah kupadamkan seluruh ingatanku terhadapnya sejak lama dulu. Siapa sangka, akhirnya di kem ini kami dipertemukan sekali lagi. Segalanya berlaku tanpa diduga. Sewaktu aku melangkah masuk ke dewan makan, terdengar suatu suara yang menyebut namaku. Walaupun perlahan, namun jelas di pendengaranku. Mungkin kerana suasana dewan yang agak sepi. Pada mulanya, aku biarkan begitu sahaja kerana panggilan itu datangnya daripada kelompok peserta lelaki. Tetapi setelah berkali-kali kedengaran panggilan itu dan semakin lama semakin menghampiriku, aku tidak dapat menahan perasaan ingin tahu dan memaksa diri ini untuk menoleh ke arahnya. Aku terpanar seketika, cuba mengamati raut wajah itu. Bukan aku tidak mengenalinya tetapi mungkin kerana terlalu terkejut dengan pertemuan mendadak ini. Dia tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku. Tergesa-gesa aku memasukkan tangan ke dalam mini telekungku dan beralaskan kain itu, aku menyambut huluran tangannya hanya antara kena dengan tidak sahaja, sekadar untuk menjaga hatinya. Dia agak tersipu. Mungkin termalu atas perbuatannya. Kuredakan kegawatan itu dengan bertanyakan khabar tentang dirinya. Kami saling bertanyakan perkembangan terkini setelah lama terpisah. Kemudian, dia merenungku agak lama sehinggakan aku terpaksa tunduk menyembunyikan wajah. 'Yang, kau masih sama seperti dulu malahan semakin cantik dan menawan, pujinya tanpa berselindung membuatkan aku tersenyum sendiri. Berbeza ? Dia memang berbeza. Amat berbeza daripada lelaki yang pernah kukenali dulu. Lelaki yang pernah membuatkan aku kecewa dan menangisi kehilangannya. Tubuhnya yang kurus dahulu telah berisi, berlebihan isinya. Dan yang paling ketara perbezaannya ialah rambut ikal yang pernah kuelus suatu ketika dulu telah tiada lagi. Hanya dataran lapang sebagai pengganti. Bukan berniat untuk menghinanya tetapi sekadar membuat perbandingan antara dia yang pernah kukenali dahulu dengan dia yang berada di hadapanku sekarang. Terus-terang aku katakan, Mat Romeo ini sudah tidak sekacak dulu lagi. Aktiviti kursus berjalan lancar. Pembahagian kumpulan menyaksikan aku sekumpulan dengannya. Peluang ini digunakan untuk mengetahui tentang perkembangan diri masing-masing setelah sekian lama tidak bertemu. Dalam hal ini, aku lebih selesa menjadi pendengar yang setia berbanding dengan bercerita tentang diriku. Selalu kukatakan, aku masih seperti dulu. Dia yang paling banyak bercerita. Dia sudah berkahwin, punya dua orang cahaya mata, kedua-duanya puteri, isterinya cantik, anak-anaknya bijak dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah pada suatu hari sewaktu sedang berehat di tepi tasik bersebelahan bilik penginapan, dia berkata, 'Abang asyik bercerita tentang diri abang, bagaimana pula dengan diri Sayang?. Ahh, dia! Walaupun aku hanya berawak` dan bersaya` sahaja dengannya, tetapi dia seolah-olah cuba untuk menghidupkan kembali nostalgia lama. Tiada apa-apa cerita menarik tentang diriku untuk kuceritakan padanya. Dan pada hari keempat kami di situ, dia berkata, ' Abang rasa elok kita tutup sahaja cerita tentang orang lain. Apa kata kita bercerita tentang diri kita pula? Entahlah. Aku jadi bingung. Siapa yang bercerita tentang siapa? Akhirnya, dia berterus-terang menyatakan hasratnya untuk menyambung kembali ikatan kasih kami yang telah terlerai sejak sekian lama dahulu. Aku memandang sekilas ke arahnya dan kembali merenung ke dada tasik hijau yang beriak-riak dihembus angin petang. ' Apa yang membuatkan awak terIikir untuk membuat come back` dalam perhubungan kita? Tanyaku tulus. ' Abang tahu, salah abang kerana mengecewakan Sayang dulu. Abang minta maaI. Sudilah maaIkan abang dan marilah kita bina hidup baru. Kehidupan yang pernah kita angan-angankan dulu. Abang rasa, kita masih belum terlewat. ' Awak sudah berkeluarga. Keluarga yang bahagia. Kenapa masih hendak bermain dengan api lagi? ' Sayang silap. Abang tidak pernah mengecapi nikmat kebahagiaan. Sejak kita berpisah, hanya Sayang yang hadir di dalam kesepian abang. Hidup abang jadi tidak menentu. Kemesraan yang terjalin antara kita dahulu sentiasa menghantui hidup abang. Begitu lunak bahasa dan pertuturannya. Masih lancar dan petah seperti dulu..'Sayang, terus-terang abang katakan, abang bahagia selama beriringan dengan Sayang. Telah abang temui cinta sejati yang abang cari-cari selama ini.. Bagaikan baru semalam aku mendengar janjinya itu walhal ianya telah berlalu kira-kira empat belas, lima belas atau mungkin enam belas tahun yang lampau. Namun ianya seakan kembali membasahi ingatanku setelah mendengar luahan hatinya kini. Ah, Mustahil aku akan menerima lelaki ini ! Lelaki yang pernah menghancur-luluhkan seluruh hidupku. Begitu bersusah-payah aku bangun untuk memulihkan kembali semangatku yang hilang selepas ditinggalkannya. ' Memang abang sudah berkahwin tetapi abang tidak pernah bahagia dengan perkahwinan ini. Dia bukanlah pilihan hati abang. Abang hanya menurut kemahuan ibu bapa yang ingin melihat abang berumahtangga.Hidup abang terseksa dan menderita. Kubiarkan dia berbicara bagai angin lalu. Masih pandai bersandiwara sama seperti dulu. Namun, tiada sekelumitpun rasa simpati tercetus di hati ini..tidak sama seperti dulu. 'Percayalah Sayang. Abang berjanji akan membahagiakan hidup Sayang. Abang ingin tebus kembali segala kesilapan yang pernah abang lakukan dahulu. Berilah satu lagi peluang kepada abang untuk membuktikan kebenaran kata-kata ini. Please, Sayang. Memang mudah baginya meluahkan kata-kata kerana dia tidak pernah mengalami apa yang pernah kualami. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang alasan. Aku bersendirian mencari penjelasan yang tidak pasti. Betapa hina rasanya diri ini diperlakukan sedemikian rupa. Saban hari aku meratapi nasib diri, menangis dan pastinya akan mudah tersentuh walaupun atas hal yang remeh-temeh. Terkadang, aku jadi sepi di tengah keriuhan teman-teman dan anak-anak didik. Bulan menjadi temanku yang setia. Setiap kali memandang bulan di langit tinggi, aku pasti mengharapkan bahawa di waktu itu dia juga sedang menatapi bulan yang sama. Aku menjadi perindu malam. Lagu Sesat dalam rindu` menjadi penghibur di kala sepi. uresah mencarimu dengan akal, Dan bersama sifat-sifat pinfaman, au kurasakan semakin menfauh, Tersesatlah aku dalam rindu. usatukan firasat mencarimu, Dan kuterlontar di penghufung alam, au masih tidak dapat kufefaki, Betapa malangnya nasibku. Itu yang pernah aku lalui setelah kehilangannya. Semenjak hari itu, aku berjanji untuk tidak jatuh cinta lagi. Setiap lelaki yang merapatiku pasti akan kecewa kerana aku akan meninggalkan mereka setelah berjaya mencambahkan benih-benih cinta. Bagiku, tiada lagi cinta sejati di dunia ini. Aku tidak ingin mengulangi kesilapan yang lalu. Biar aku dikejar tetapi jangan sampai aku yang mengejar. Memang, aku terlalu ego waktu itu. Kulampiaskan rasa sakit hatiku dengan menyakiti hati kaum sejenisnya. Hampir tiga tahun aku hidup terumbang-ambing sehinggalah dipertemukan Allah dengan seorang insan yang berjaya membawaku keluar dari kegelapan itu. Insan sejenisnya yang cuba kuhindari, namun dialah yang menaikkan kembali martabat kaum Adam. Tiada kusangka, dalam diam-diam dia memerhatikan diriku dan meletakkan segunung harapan untuk memiliki diri ini. Daripadanyalah aku belajar tentang erti redha dan pasrah. Bersamanyalah, aku bangkit semula untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Tanpa kata-kata romantis dan janji-janji mulus, dia berjaya meyakinkan aku bahawa masih ada insan berjiwa mulia dan ikhlas menerima diri ini. Sudah tersurat ketetapan Illahi, kami disatukan dengan sebuah ikatan yang suci. Terima kasih suamiku kerana telah mengangkat darjatku dengan penganugerahan gelaran isteri buatku. Sebaik sahaja majlis penutupan usai, aku melangkah keluar sambil membimbit beg pakaianku. Dia berlari mengekoriku. Kami berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta. 'Ummi, ummi.., jerit si kecil buah hatiku sambil melambai-lambaikan tangan di atas dukungan ayahnya. Suamiku tersenyum ke arah kami sambil melepaskan si kecil berlari mendapatkanku. Dia bagaikan terkaku. 'Kau sudah berkahwin ?. Ada kejutan di situ. Aku memeluk si kecil sambil melepaskan ciuman kerinduan yang bertalu-talu di pipi dan wajahnya. Dua orang lagi, putera dan puteriku turut berlari ke arah kami. Oh, Tuhan ! Terubat sudah rindu yang kutanggung selama lima hari di sini. Keempat-empat orang jantung hatiku kini telah berada di hadapan mataku. Kusambut tangan suamiku lalu kucium penuh syahdu, sebagai balasan, aku menerima kucupan hangatnya di dahiku. Bagaikan baru tersedar daripada sebuah lamunan, kuperkenalkan mereka berdua. Suamiku tersenyum sambil menghulurkan tangan bersalaman dengannya yang masih lagi termanggu-manggu menyaksikan kebahagiaan itu. SEKIAN. ...manuskrip asal sebelum disunting. Telah tersiar dalam majalah Harmoni 2006. TAJUK3 : HEI, BUDAK KECIK! 'Hei budak kecik! Aku terkejut dengan sergahan itu. Hampir terlucut mug di tanganku. Kulebarkanpandangan ke arah senior yang mengherdikku sebentar tadi. Budak kecik dipanggilnya aku? Memang tak patut sungguh. Aku menggerutu didalam hati. 'Apa lagi tercegat di situ. Ke sini, cepat, Aku dah mula rasa nak menangis. 'Kamu nak melawan, ya? Suara garau itu kian menghampiriku. Aku tersalah abah. Makin panik jadinya. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini. 'Hana. Di sini rupanya kamu. Puas akak cari serata tempat, Kak Nabila menggendeng tanganku sambil menjeling abang senior yang kehampaan. Syukur, penyelamatku sudah tiba. Kuturuti langkahan Kak Nabila meninggalkan dewan makan itu. Sekilas pandangan, dapat kulihat jelingan tajam abang senior. Abang senior yang memaksa aku mencari namanya. 'Kak, siapa nama abang senior tu? Kesempatan ini kuambil untuk mengetahui namanya. Mungkin setelah nama itu kuperoleh, dia tidak lagi akan menggangguku. 'Dolah, Sahut Kak Nabila, selamba.Dolah, Dolah.aku menghaIal nama itu. Bukan apa, aku takut kerana kegugupanku, aku tersalah sebut pula nanti. Jika itu yang berlaku, mungkin lagi parah aku dikenakan abang senior itu. Teringat peristiwa tiga hari lalu. Di hadapan kawan-kawannya, dia meminta aku melakukan sesuatu yang amat memalukan hanyasemata-mata kerana aku meminta tanda tangannya. Malu betul. Adakah patut, disuruhnya aku menyanyi. Aku? Menyanyi? Dalam bilik air, bolehlah. Kerana terdesak, kugagahi jua mengeluarkan suaraku yang merdu ini. Merdu ? Heh !Manalah tahu, kalau-kalau ada bakat terpendam yang selama ini tidak kuketahui.Namun sebaik sahaja kubukakan mulut, hanya suara itik serati yang keluar. Sah! Reject. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, aku buka langkah seribu. Dari jauh, jelas kedengaran suara-suara garau itu menggelekek ketawa. Puas hatilah tu, dapat kenakan aku. Sejak itu, aku sering melarikan diri daripada terserempak dengan kelibat senior itu. Serik aku dimalukan sebegitu. Daripada menyanyi, syarat diturunkan lebih mudah iaitu mencari namanya. Nama? Semua senior pakai name tag tapi aku tak berani nak menjeling tanda nama di dada lelaki itu. Lagipun, mata aku ni rabun sikit. Cermin mata yang kutempah tidak sempat kuambil di kedai sebelum datang ke sini. Mungkin selepas Minggu Orientasiini, mama akan datang menghantar cermin mataku. 'Budak kecik, Sekali lagi akutersentak. Mana Kak Nabila, penyelamatku? 'Tak payah cari. Nabila ada urusan di pejabat pentadbiran. Dia menyindir aku. Seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di mindaku. Mana teman-teman baruku di sini? Tadi kami bersama-sama masuk ke dewan serbaguna ini. Mataku melilau. Berselerakan teman-temanku di hujung dewan. Mungkin mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan tanda tangan senior sebanyak mungkin. 'Dah tahu nama abang ? Abang ? Hey, tolong sikit ! Hanya abang aku yang aku panggil abang. Tapi, untuk menjamin keselamatan diri, prinsip itu terpaksa kukuburkan. 'Hem.abang Dolah, sahutku terketar-ketar. 'Apa ? Dolah ? Senang sungguh engkau mempermainkan aku, ye ? Kulihat senior itu menyinga. Apa ? Tak betul ke ? 'Tapi, Kak Nabila cakap.., 'Nabila ? Percaya sangatlah tu. Cari nama abang yang sebenarnya, suaranya kian mengendur. Jadi, Dolah itu bukan nama sebenarnyakah? Menggelekek tawa Kak Nabila sewaktu kuceritakan peristiwa itu.'Dolah tu nama panggilan dia masa minggu orientasi kami dulu. Diberikan oleh senior kami tapi ntah macam mana, melekat sampai sekarang, terang Kak Nabila panjang lebar. 'Habis tu kak, nama sebenarnya?'Muhammad IrIan Hakimi. 'Wah, sedap nama dia. Pandai-pandai aje akak men`dolah`kan nama dia, ye.Aku tertawa kecil. 'Tapi kak, ada sorang abang senior tu namanya IrIan juga ye ? tanyaku lagi.'Tak adalah. Dia sorang saja yang bernama IrIan kat sini buat masa ni. Jangan percaya sangat dengan tanda nama dan panggilan tu. Mereka sengaja menukar tanda nama dan panggilan nama sesuka hati untuk mengelirukan Ireshie. Aku mengangguk-angguk tanda Iaham. Semua senior sama saja, mengambil peluang nak mengenakan pelatih-pelatih baru. Tapi senior 'Dolah ini paling mengarut. Suka mengenakanaku berlebih-lebihan. Menyampah aku jadinya.Sudahnya Minggu Orentasi itu berubah menjadi Minggu Berlari-lari Menyorokkan Diri bagiku. Sepanjang minggu selepas kejadian dulu, aku berusaha sedaya mungkin untuk melarikan diri daripada lelaki itu. Biar dia tak nampak aku. Biar dia terlupa akan kewujudanku di kolej ini. 'Hana, Dolah Hapak cari kau, 'Hei, Kak Bella. Dah bertambah lagi namanya. Pandai-pandai akak bagi gelaran kat dia ye. Tak baik tau. Aku mengomen sikap Kak Nabila atau lebih mesra kupanggil Kak Bella. Dia tertawa kecil. Teringat pesanan Ustaz Jamal sewaktu dia mengajarku di Tingkatan Lima dulu. 'Jangan mudah menggelar nama orang atau memberikan gelaran tertentu kepada seseorang. Besar dosanya. Tak terampun jika tidak mendapat keampunan daripada tuannya. Dosa dengan Allah boleh diampunkan kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang bagi hamba-hambaNYa. Melopong mulutku mendengar penerangan ustaz. 'Jangankan kata menggelar, mengumpat atau mengata orang. Sekadar menyebut seseorang yang lalu di hadapan kita dengan perkataan gemuk` pun sudah besar dosanya, walaupun orang itu tidak mendengarnya. Dibasuh dosa itu dengan air daripada tujuh lautanpun tidak akan terhapus dosa itu melainkan diampun dosa itu oleh tuan punya badan. Aku semakin terlopong.'Tak adalah, Hana. Akak bergurau aje. Jangan bagitau diapula, ya. Serta-merta bayangan Ustaz Jamal melayang dari ingatanku. Hem.tahupun takut. 'Budak kecik, Kali ini aku tidak terkejut dengan panggilan itu kerana suaranya perlahan, hanyaantara kedengaran dan tidak sahaja. Mungkin kerana kami berada di Blok Ilmu, di dalam Khutubkhanah. Mungkin juga kerana dia menghormatiperaturan di sini. Atau mungkin juga dia sudah berubah. Singa ini sudah menjadi kambing agaknya. Aku tersenyum sendiri. 'Apa senyum-senyum ? Ada saya buat kelakar ke ? Dia kembali serius. Owh ! Aku menutup mulutku rapat-rapat. 'Dah tahu nama abang ? Mahunya tak tahu. Terpampang namanya di dadanya. Hmm.betul, IrIan. 'Emm.belum, aku sengaja berpura-pura. 'Awak ni sekolah ke tidak ? Tak tahu nak eja nama saya ke ? Suaranya yang mulai mengendur tadi kembali lantang. 'Emm.maaI, Aku berpura-pura merenung name tagnya. 'I.R.F.A.N. IrIan, Dia mengeja namanya satu persatu dan menyebutnya dengan jelas. Aku termanggu-manggu, hilang idea. 'Kenapa Budak Kecik? Awak masih tak nampak? Budak kecik yang rabun juga agaknya, Aku dengar dia membebel. Keadaan kembali normal. Aku mengharapkan dia cepat pergi dari sini. Aku berpura-pura sibuk mencari buku. Dia pula seakan tidak mahu berganjak dari situ. Duhai masa, cepatlah berlalu. 'Sebelum abang pergi, abang nak Budak kecik sebut nama abang sekali, Lucu kedengaran permintaannya kali ini. 'Hmm.nama saya bukan Budak Kecik. Saya Hana.Suhana, Bantahku tegas tapi perlahan. Masih takut-takut. 'Ya, Hana, Meremang bulu tengkukku mendengar dia menyeru namaku. Melihatkan dia yang masih menanti panggilanku, aku segera berpaling mengadapnya. 'Emm.abang.abang.Muhammad IrIan Hakimi bin Mohd Amri, Aku menyebut namanya lancar, sepenuhnya. Sebelum apa-apa berlaku, aku bergegas meninggalkan tempat itu. Diasendiri diam terlopong, patah bicara, hilang kata-kata. Mungkin dia tidak menyangka bahawa aku mengetahui namanya. Nasib baik aku tidak tahu nama ibunya atau nombor kad pengenalannya ataupun nombor surat beranaknya. Kalau tidak, pasti sudah kusebutkan sebentar tadi. Minggu Orientasi berakhir dengan seribu suka dan duka. Senior Dolahku agak menyepi. Waktu kawan-kawannya galak mengenakan junior yang lewat di hadapan mereka, dia hanya tegak terpacak tanpa melakukan apa-apa. Mulutnya yang riuh dan suaranya yang garau tidak kedengaran. Malam terakhir Minggu Orientasi, dia menghampirikusaat teman-teman seangkatan membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan. 'Abang minta maaI kalau sepanjang Minggu Orientasi ini abang banyak menyakiti hati Hana. Abang cuma ingin bergurau. Ingin mengisi masa-masa yang singkat ini dengan kenangan yang bakal Hana ingati sampai bila-bila, Dia berhenti seketika seolah-olah cuba menyusun ayat baharu. 'Hana boleh maaIkan abang ? Dia merenungku. Aku sekadar mengangguk-anggukkan kepala. 'Selepas minggu ini, kita akan mulai menjalani kuliah. Kita akan menjadi terlalu sibuk. Abang mungkin akan jarang bertemu Hana. Hanya minggu ini sahajalah kita diberi peluang untuk berkenal mesra. Abang harap hubungan kita ini tidak akan terputus setakat ini,Ada nada harapan di situ. 'Hana juga nak minta maaI kerana mempermainkan nama abang walaupun Hana dah tahu nama abang yang sebenarnya, Aku jadi berani untuk bersuara. 'Tak apa. Abang tak marah. Lagipun, abang sendiripun panggil Hana, Budak Kecik. MaaIkan abang, ya? Aku tersenyum mendengar ungkapannya. 'Tapi, kalau boleh, abang nak panggil Hana Budak Kecik sampai bila-bila. Boleh? senyumanku semakin melebar mendengar permintaannya yang aneh itu. Memang betul kata Abang IrIan. Selepas Minggu Orientasi, kami semakin jarang bertemu. Lebih-lebih lagi, kami berlainan Iakulti. Abang IrIan di Fakulti Perubatan manakala aku di Fakulti Pendidikan. Hmm.tidak lama lagi Abang IrIan bakal bergelar Doktor IrIan manakala aku, mungkin bakal dipanggil Cikgu Hana. Kak Bella, walaupun sama Iakulti dengan Abang IrIan tetapi mereka juga agak kurang berbicara. Bicara mereka hanya berkisar tentang projek, kajian dan tesis sahaja. Aku sendiri semakin sibuk. Menyiapkan assignment, menghadiri kuliah dan sekali seminggu, terlibat dalam kelas tutorial. 'Budak Kecik, Abang IrIan menyapaku saat aku sedang menghirup Iresh orange di kaIetaria kolej. Aku segera menoleh. 'Assalammualaikum Abang IrIan, Sebenarnya dalam hatiku nak aje aku menyebut Abang Dolah kerana dia memanggilku Budak Kecik. Kenangan Minggu Orientasi menjengah seketika. 'Waalaikummussalam. Abang ingatkan Hana nak panggil abang, Abang Dolah. Abang tertunggu-tunggu tadi, Aku tertawa kecil mendengar omelannya. Seakan dia mendengar bisikan naluriku. Abang IrIan mengambil tempat di sisiku. 'Hari-hari abang tengok Hana minum Iresh orange. Tak sakit perut ke? Tegur Abang IrIan berkenaan minuman kegemaranku ini. 'Hari-hari? Aku sekadar menguji. 'Ya, hari-hari. Hari-hari abang nampak Hana di kaIe tapi abang tak nak ganggu Hana. Selalunya Hana bersama kawan-kawan. Hari ni Hana sendirian. Sebab itu abang datang temankan, Aku tergelak mendengar penerangan Abang IrIan. 'Tak lama lagi abang akan tamat pengajian di sini, terdengar suara Abang IrIan melirih. Aku agak tersentak dengan penerangan itu. 'Hana masih lama di sini. Tiga tahun lagi. Mungkin waktu abang balik untuk konvo nanti, abang akan dapat jumpa Hana. Abang harap Hana tunggu abang, ya? 'Abang dah tahukah tempat posting ? tanyaku ingin tahu. 'Abang mohon ke Malaysia Timur. Harap-harap dapat. 'Kenapa jauh sangat ? Di Malaysia Barat kan banyak hospital ? 'Abang nak merasa ke negeri orang. Nak keluar negara dah tak boleh. Abang buat ijazah pertama dan master di sini. Kalau boleh, abang nak sambung PhD di luar negara pula, Terlopong aku mendengar penjelasandan impian Abang IrIan yang tinggi melangit. Sedangkan aku, cukup sekadar dengan ijazah pertama ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.Selepas graduasi nanti, aku akan ke sekolah untuk mengajar dan selebihnya menunggu kalau-kalau ada yang sudi melamarku. Hmm.tidak pernah terIikir untukmenyambung pengajian lagi. 'Hana juga. Abang harap Hana akan teruskan pengajian. Jangan terhenti setakat ini sahaja. Hana muda lagi. Abang ni dah tua tapi masih tak jemu-jemu belajar, Aku malu sendiri dengan keazaman Abang IrIan. Tidak cukup dengan gelaran doktor perubatan yang disandangnya mahu ditambah lagi dengan Ijazah Doktor FalsaIah (PhD). 'Insya Allah, bang, Aku hanya bersuara sekadar untuk melegakan hati Abang IrIan atau lebih tepat, hatiku sendiri. ****************************************************************************** Udara dingin yang menyapa lena tidurku kian mendesah. Kubukakan mataku perlahan-lahan. Dari celah-celah dinding papan itu sudah tampak samar-samar kecerahan siang. Aku menggeliat sambil mengucapkan kesyukuran kerana diberi kesempatan sehari lagi untuk menikmati kedamaian alam ini. Terdengar ketuk-ketuk dari surau berhampiran menandakan suara azan akan kedengaran sebentar lagi. berkeriut pintu bilik kecil ini kutolak dari dalam. (Keanehan pertama yang kulihat di sini sewaktu mula-mula ingin memasuki kamar ini kerana pintu bilik di rumahku ditarik ke dalam tetapi pintu bilik rumah ini ditolak keluar). Di dapur telah terang benderang. Mungkin Mak Pah sudah bangun. Selalunya orang tua itu bangun awal. Dia menyiapkan bekalan suaminya untuk ke kebun dan membungkus nasi lemak untuk diletakkan di kantin sekolah. Mak Pah bukan orang susah sebenarnya. Suaminya pesara tentera manakala anak bongsunya menternak ayam, itik dan kambing. Baru minggu lepas, dia berura-ura untuk membina kolam ikan air tawar dengan bantuan ayahnya. Tetapi orang tua itu tidak betah duduk diam. Ada sahaja kerja yang hendak dilakukannya. Aku kagum dengan kegigihan Mak Pah. Sebenarnya, sebelum ini aku tinggal di rumah guru yang terletak dalam perkarangan sekolah tetapi setelah teman serumahku berpindah, aku rasa takut untuk tinggal sendirian. Kebetulan, Mak Pah memiliki rumah sewa berhampiran dengan rumahnya. Jadi, aku meminta keizinan untuk menyewa di rumah itu. Pada mulanya aku berhasrat untuk menyewa di rumah sewanya kerana Mak Pah memiliki dua buah rumah sewa tetapi rupa-rupanya rumah itu hanya sebuah sahaja yang disewakan. Sebuah lagi adalah untuk kegunaan anak sulungnya yang sekali-sekala pulang dari perantauan. Saat kunyatakan hasrat itu, Mak Pah tidak membenarkan aku menyewa di situ. Sebaliknya, dia mengarahkan anak bongsunya, Helmi untuk berpindah ke situ manakala bilik Helmi dikosongkan untuk kegunaanku. Itu lebih selamat, katanya. Awal-awal lagi aku membantah tetapi Mak Pah bertegas dan Helmi sendiri tidak membantah saranan ibunya. Akhirnya kuterima cadangan mereka. Dan sekarang, aku pula yang bagaikan anak tuan rumah ini. Mak Pah pula melayanku dengan baik sekali sepertimana mama melayaniku. Sekurang-kurangnya, terubat jua rinduku terhadap mama dan papa. Sesekali cuti hujung minggu, aku menemani Mak Pah ke kebun suami dan anaknya, Helmi. Membantu mereka memberi makan ternakan meskipun ditegah. Perhubungan aku dengan mereka sekeluarga juga bertambah akrab.Lebih-lebih lagi dengan Helmi. Bagaikan ada keserasian antara kami. Suatu hari, aku membantu Mak Pah menyediakan hidangan tengah hari. Hampir ke pukul satu, bayang Helmi masih belum kelihatan walaupun ayahnya sudah lama pulang. Dengan penuh rasa tanggungjawab, aku memohon keizinan Mak Pah untuk memanggil Helmi di rumahnya (rumah sewaan mereka). Saat kulaung namanya, tiada yang menyahut. Aku mengetuk pintu. Pintu itu berkeriut. Tidak berkunci sebenarnya. Kutolak perlahan-lahan sambil memanggil nama Helmi. Jangankan Helmi, batang hidungnya pun aku tak nampak. Aku menapak perlahan-lahan agak takut-takut. Pertama kali mengunjungi kediaman Helmi. Sebaik sahaja pintu utama terkuak lebar, aku dapat melihat seluruh isi di dalamnya. Keluasan ruang tamu yang agak terhad tetapi masih tampak bersih dan kemas. Mungkin dikemaskan Mak Pah seawal pagi tadi. Gambar-gambar bergantungan di dinding. Aku menghampirinya. Perlahan-lahan kubaca kenyataan di bawah sekeping gambar seorang lelaki sedang menerima scroll ijazah, Muhammad Syamsul Helmi bin Mohd Amri, Ijazah Sarjana Sastera (Komunikasi), Universiti Michigan Barat, Amerika Syarikat. Apa ? Helmi ada master ? Aku terkedu. Anak muda yang hangit peluhnya dibakar panas mentari, menternak kambing,ayam,itik dan sebagainya itu bukan calang-calang orang rupanya. 'Hana, Aku tersentak dengan sapaan itu. 'Kenapa Helmi tak pernah bagitahu Hana? 'Hana pernah tanya ke? Soalanku dibalas dengan soalan juga oleh Helmi. Memang aku tidak pernah bertanya. Malahan aku tidak pernah terIikir, anak muda kurus kering berkulit agak gelap ini rupa-rupanya berpelajaran tinggi. 'Apa nak dibanggakan dengan segulung ijazah, Helmi bagaikan menjawab teka-tekiku. 'Mak dan ayah memang mahukan anak-anaknya berpelajaran tinggi. Helmi pula sejak kecil lagi memang minat dalam bidang pertanian terutamanya memelihara binatang. Lagipun semua binatang yang Helmi bela, menjadi-jadi belaka. Subur dan membiak dengan cepat. Sebab itulah, selepas menamatkan pengajian, Helmi pulang ke kampong mengusahakan tanah kebun ayah, terang Helmi panjang lebar. Aku menumpukan perhatian dengan penuh khusyuk. 'Lagipun, Helmi juga ingin memberi peluang kepada Abang Hakimi untuk menggapai cita-citanya, Hakimi ialah abang sulung Helmi. Mereka hanya dua beradik. Dulu, Helmi belajar di luar negara manakala Hakimi pula di dalam negara kerana tidak mahu berjauhan daripada mak dan ayah. Kini, tugas menjaga mak dan ayah telahpun diambil alih oleh Helmi. Hakimi tidak perlu risau lagi. Sesekali, dia ada juga pulang ke kampong tetapi aku belum berkesempatan untuk bertemunya kerana saat kepulangannya adalah waktu cuti sekolah dan waktu itu, sudah tentu aku juga sudah pulang ke bandar untuk bertemu mama, papa dan adik-beradikku. 'Rumah sebelah ni, rumah Abang Kimi. Dulu, kami berdua berkongsi rumah tetapi bila Abang Kimi dihantar bertugas di Sabah, Helmi balik tinggal di bilik di rumah. Sekarang ni, mak kata, Helmi boleh tinggal di rumah ni sebab bilik di rumah tu hendak didiami oleh Cikgu Hana, Helmi tergelak kecil saat menyebut namaku. Aku tersipu-sipu. Patutlah aku tidak nampak barangan mereka di rumah. Rupa-rupanya mereka telah diberikan rumah masing-masing.Tidak termampu kubalas budi mereka kecuali dengan ucapan terima kasih. Perhubunganku dengan Helmi semakin membibitkan kemesraan. 'Hei, Budak Kecik, Aku tersentak. Helmi membalingkan segugus rambutan yang dijoloknya kepadaku. Aku tidak sempat menyambutnya. Buah rambutan itu jatuh berderai di hujung kakiku. Beberapa biji yang terlerai dari tangkainya berlumba-lumba menerjuni bukit menuju ke kolam ikan Helmi. Budak Kecik? Tiba-tiba sahaja aku teringatkan Abang IrIan. Sudah terlalu lama aku tidak mendengar khabarnya. Sihatkah dia? Sakitkah dia? Sudah kahwinkah dia? Apa ceritanya di Sabah? 'Hana, kenapa? Helmi menerpa ke arahku. Mengangkat gugusan rambutan yang dibalingnya dan cuba menggosok kakiku. Aku lantas menarik kakiku, tidak ingin disentuhnya.Jangan biarkan lelaki bukan muhrim menyentuh kulitmu. Itu kata-kata Ustaz Jamal. Jika seorang lelaki menyentuh kulit seorang perempuan yang belum sah baginya, maka jandalah kulit perempuan itu. Sentuh tangan, jandalah tangan itu. Sentuh pipi, jandalah pipi kamu itu. Itu masih kata-kata Ustaz Jamal. 'Hana, sakit ke? Helmi menunjukkan keprihatinannya. 'Helmi panggil Hana apa tadi? Hatiku semakin sayu. 'Budak Kecik. Kenapa? Hana marahkah? Helmi minta maaI, Fikiranku di awang-awangan.Aku teringatkan Abang IrIan. Gelak tawanya, gurau sendanya, usik-usikannya. Tiba-tiba aku merinduinya. Hatiku disayat rasa pilu. Apa diharap padi di seberang. Perjalanan masa terus beredar. Rumah guru masih kosong. Aku masih menyewa di rumah Mak Pah. Sekadar membayar sewa yang tidak seberapa tetapi dilayan mesra melebihi tuan rumah. Sehinggalah pada suatu pagi, cuti hujung minggu. Aku seperti biasa, bersiap-siap untuk menemani Mak Pah ke kebun Helmi. Selama di sini, Mak Pah tidak pernah mengizinkan aku sendirian ke kebun Helmi melainkan bersamanya. Bimbang diIitnah orang, katanya. Aku akur dengan ketegasan Mak Pah. Memang kuakui, aku semakin menyukai Helmi. Budi bahasanya, tingkah-lakunya. Semuanya menarik di pandangan mataku. Setelah tiba di bangsal, Mak Pah berlalu ke belakang untuk mencari suaminya manakala aku tertinjau-tinjau di reban ayam, mencari Helmi. Kulihat Helmi terbongkok-bongkok di belakang reban. 'Helmi buat apa? Tegurku. 'Opocot, Latah Helmi terkejut. Aku sendiri terkejut mendengar latahnya. 'Kenapa? 'Helmi nak sembunyi dari Hanalah, terang Helmi. 'Oh, ye ke? Kalau begitu, kita mulakan sekali lagilah. Kali ni, Hana janji, Hana pura-pura tak nampak Helmi, Helmi menggelekek tertawa mendengar sarananku. Kami bergerak ke bawah pokok rambutan. Helmi mengajak aku duduk di situ. Ada sebuah pangkin kayu yang dibina di bawah pokok rambutan. Helmi memandangku. Aku jadi malu. Aku tunduk sambil menguis-nguis kulit rambutan kering di hujung kakiku. 'Hana, Suara Helmi kedengaran bergetaran tatkala menyebut namaku. Hatiku juga sebenarnya bergetaran malahan semakin kencang. Kupejamkan mataku rapat-rapat. Cuba mengimbangi gelora di hati. 'Hana, sudah lama kita berkawan dan Helmi ingin minta pendapat Hana.,Helmi terhenti. Aku membuka mata dan menoleh ke arahnya. 'Kalau Helmi melamar Hana, sudikah Hana menerimanya? Fikiranku di awang-awangan. Abang IrIan juga pernah melamarku tetapi hanya setakat itu. Dia tidak pernah menghantar rombongan untuk meminangku secara rasmi. 'Abang ingin melamarmu, Hana, Abang IrIan meluahkan isi hatinya. 'Kitakan masih belajar? Aku terkejut sebenarnya. 'Bila Hana dah selesaikan pengajian Hana di sini dan abang berjaya menggenggam PhD abang, 'Kenapa abang lamar Hana? Siapalah Hana nak dibandingkan dengan abang? 'Tidak lama lagi abang akan jadi seorang doktor perubatan. Hana pula seorang guru. Abang kerja tak tentu masa. Hana pula hanya separuh hari. Jadi, anak-anak kita tak akan terabai. Hana boleh jadiguru dan ibu kepada mereka. 'Abang sebenarnya nak kahwin dengan Hana atau dengan guru? Aku agak berkecil hati. AbangIrIan tertawa mendengar rajukku. 'Hana, Suara Helmi bergema memenuhi ruang. Aku kembali di alam nyata. Dan sebagai jawapan kepada lamaran Helmi, aku kini menyarung cincin pertunangan kami. Hanya dalam masa lima bulan lagi kami bakal diijab kabulkan. Aku juga kembali menghuni rumah guru. Kebetulan ada guru baru yang posting di sekolah kami. Jadi, bertemanlah aku kini. Sebenarnya, itu hanya alasan sahaja. Yang pastinya, aku malu untuk terus tinggal di rumah itu sebelum kami sah sebagai suami isteri. Bukan sahaja bertemu dengannya waima bertemu dengan ayah dan ibunya pun aku mulai terasa segan. Lagipun, ini adalah juga untuk kebaikanku agar tidak menjadi buah mulut orang kampong. Cuti sekolah tiba lagi. Tetapi cuti kali ini bukan seperti cuti-cuti yang lalu. Cuti kali ini lebih bermakna kerana aku bakal menjadi milik orang. Hatiku berbunga riang. Rasa tidak sabar untuk kembali bertemu papa dan mama. Tentu mama telah membantu membuat serba-sedikit persiapan buatku. Paluan kompang semakin bingit kedengaran menandakan rombongan pengantin lelaki semakin hampir. Aku mengenakan sepersalinan pakaian pengantin, kain songket rona hijau dengan hiasan labuci yang bergemerlapan. Sebagaimana meriahnya labuci itu, begitu jugalah meriahnya hatiku ini. Masih terasa kehangatan sentuhan bibir suamiku di dahi ini saat upacara membatalkan air sembahyang selepas upacara akad nikah semalam. Kini, suamiku datang kembali bersama rombongannya untuk majlis persandingan kami. Kami tidak bersanding sebenarnya kerana tiada pelamin yang disediakan. Hanya ruang tamu dihias sedikit indah melebihi kebiasaan untuk acara makan beradat. Nasib baik mama memahami hasratku dan tidak memaksa kami bersanding untuk dijadikan tontonan kepada tetamu yang bercampur gaul antara muhrim dan bukan muhrim. Kami cuma inginkan keberkatan. Tidak bersandingpun, majlis tetap berjalan lancar. Dua hari di rumahku, Helmi mulai merindui ayam itiknya. Aku hanya tertawa melihat tingkah lakunya yang serba tak kena tetapi Helmi tidak mahu mengaku. 'Mana ada abang rindui ayam dan itik. Abang bahagia di samping Hana sampai terlupakan ayam dan itik tu, sangkal Helmi sambil menarikku, rebah di pangkuannya. 'Harap-harap, mak dan ayah tak lupa beri makan haiwan peliharaan abang walau pun sibuk dengan majlis menyambut menantu, pecah juga rahsia Helmi. Dia memang merindui ayam itiknya. Aku tertawa besar sambil terus tenggelam dalam pelukannya. 'Wah, menyambut masaklah nampaknya, ye? tegur Mak Cik Mah, jiran sebelah rumah saat kami bersiap-siap untuk ke majlis menyambut menantu di rumah Helmi setelah seminggu berada di rumahku. 'Apa dia menyambut masak tu mak cik? tanyaku kerana kurang ariI dengan istilah-istilah ini. 'Ada yang menyambut masak, ada yang menyambut mentah, aku memasang telinga mendengar penjelasan Mak Cik Mah. 'Menyambut mentah, lepas je kenduri di rumah perempuan, esoknya terus pergi menyambut di rumah lelaki. Mentah lagi. Menyambut masak pula, dah seminggu kahwin baru nak pergi menyambut,Helmi tersenyum sambil mengenyitkan matanya ke arahku. Memang dah masak pun aku ni. Di dalam kereta, Helmimemaklumkan, Abang Hakimi telah tiba dari Sabah seminggu lalu untuk meraikan majlisperkahwinan kami. 'Kenapa Abang Kimi tak ikut sekali masa kenduri di rumah Hana dulu?'Masa tu Abang Kimi baru sampai. Masih belum hilang penatnya. Dia ambil cuti panjang sebab dia pun nak pergi merisik gadis idamannya. Kiranya, mak ayah bakal terima dua menantulah tahun ini, Aku hanya memasang telinga mendengar penerangan Helmi. 'Abang Kimi belum kahwin? 'Belum. Mungkin bila dengar Helmi kahwin, baru dia dapat semangat nak kahwin agaknya.Eh, abang lupalah. Abang Kimi pernah belajar di universiti tempat Hana belajar dulu. Mungkin Hana kenal dia agaknya, Darahku menyirap. 'Dia ada kekasih di sana. Mungkin gadis itulah yang ingin dipinangnya. 'Siapa nama gadis itu, bang? Kugagahi bertanya. 'Entah. Abang sendiripun tak tahu tetapi dia selalu sebut Budak Kecik`. Mungkin budak kecik itulahyang hendak dirisiknya. Aku sudah tidak mendengar apa-apa lagi. Ya Allah. Bala apakah yang telah Engkau turunkan ini? Muhammad IrIan Hakimi. Kenapa aku tidak pernah tahu bahawa Muhammad Syamsul Helmi ini adalah adikmu? Aku tidak pernah menyesali takdir tetapi aku tidak sanggup berdepan dengan Muhammad IrIan Hakimi. Aku tidak sanggup menatap wajahnya. Menatapi kekecewaannya. MaaIkan aku, Abang IrIan. Bertahun-tahun kutunggu berita darimu tetapi engkau tidak pernah menghubungiku. Sangkaku engkau telah punya penggantiku tetapi rupa-rupanya. 'Bukankah abang pernah berjanji, abang akan melamar Hana secara rasmi setelah abang menggapai impian abang untuk memiliki PhD. Kini, abang kembali untuk mengotakan janji. Malangnya. Aku tersedu-sedu. Saat itu, aku sedang membersihkan meja di dapur seusai sarapan pagi. Helmi telah lama menghilang ke kebunnya selepas mengucup hangat bibirku. 'Hana jangan bersedih. Abang redha dengan ketentuan ini. Seminggu Helmi di rumah Hana, abang masuk ke rumahnya. Baru abang tahu, adik abang mengahwini kekasih abang. Tetapi percayalah, Hana. Helmi menyayangimu dengan sepenuh hatinya. Kau tetap akan bahagia di sisinya. Abang tetap doakan kebahagiaan Hana suami isteri. 'Mungkin salah abang juga kerana pergi tanpa khabar berita. Niat abang untuk membuat kejutan tetapi rupa-rupanya, abang yang dikejutkan. Selama ini abang hanya berada seketika di Sabah. Abang ke luar negara menyambung pengajian demi memenuhi impian abang. Aku hanya membatu sedangkan sesekali bahu terenjut menahan esakan. 'MaaIkan Hana, bang. Hana ingin jadi seperti Siti Zubaidah yang berjuang bermati-matian demi menyelamatkan suaminya, Zainal Abidin dari dalam tahanan tetapi Hana tidak sekuat Siti Zubaidah. 'Sudah abang maaIkan. Cuma pinta abang, jangan sampai Helmi tahu siapakah Budak Kecik yang menjadi idaman abang. Petang itu, kami menghantar kepulangan Abang IrIan hmmm.. Abang Hakimi dengan penuh kesayuan. Kali ini Abang IrIan betul-betul akan bertolak ke Sabah. Malam ini dia akan menginap di Kuala Lumpur sebelum menaiki Ilight awal pagi esok. *********************************************** 'Hana sayang, Aku mendengar laungan suamiku tetapi aku sengaja membiarkannya. Aku membongkokuntuk menyapu habuk dibawah soIa. Perutku yang semakin memboyot, menyukarkan aku untukterus membongkok. 'Sayang, dengar tak abang panggil ni? Kenapa tak jawab? Helmi kian menghampiriku. Memeluk pinggangku dan menggigit cuping telingaku, mesra. 'Aduh, sakitlah, rengekku sekadar bermanja. 'Denda untuk orang yang tak nak menyahut panggilan, Aku hanya tertawa. Aku sudah tahu tabiat suamiku. Memang dia suka memanggil-manggilku walaupun dia tahu aku ada di dalam rumah. Sengaja aku tidak menjawab panggilannya. Kalau aku jawabpun, dia akan tetap menggigit telingaku. Helmi menghulurkan tudung kepadaku dan membantu menyarungkannya di kepalaku. Aku kehairanan. 'Hana, lihat siapa yang datang, Helmi menyisih ke tepi, memberi peluang untuk aku melihat tetamu yang dimaksudkan. 'Abang IrIan, Aku terlopong. Tanganku membetul-betulkan tudungku yang kurasakan tidak sempurna letaknya. Sebenarnya, untuk mengurangi rasa gusar di hati juga. 'Bukan. Abang Hakimi dengan Budak Kecik`nya, jelas Helmi, membetulkan. 'Kenalkan, Hana. Ini Suzana, isteri abang. Kami kahwin di Sabah. MaaI kerana tak bagitahu, Aku melonjak kegirangan. Kusalami Suzana, isteri Abang IrIan yang tersenyum manis di sisinya. 'Buat sementara ni, kami tinggal di rumah sebelah. Berjiranlah kita, ya. Siapa sangka, usik Abang IrIan sambil mengenyitkan mata ke arah adiknya, Helmi. TAJUK4 : ADUH, SALEHA ! Aku duduk bermalas-malasan di atas pangkin kecil di bawah pohon mangga berhadapan rumahku. Udara segar waktu petang begini begitu mendamaikan jiwa. Perut yang tepu selepas menikmati juadah tengah hari hasil air tangan isteriku serta hembusan angin yang nyaman dari bukit membuatkan mataku semakin meruyup.Suasana petang yang redup dan tenang. Tanpa suara bising dan bunyi hiruk-pikuk deruanenjin kilang dankenderaan bermotor yang lalu-lalang. Sesekali ketenangan itu digetarkan juga oleh suara isteriku mendodoikan anak kecil kami di atas rumah. Melayang ke pendengaranku dibawa bayu petang yang berpuput lembut. Sudah seminggu kami kembali ke kampong ini. Dalam masa tujuh hari ini, terlalu banyak kerja yang terpaksa aku bereskan. Perlu kuselesaikan satu demi satu. Malahan, masih ada lagi tugasan yang belum kusentuh. Lalang yang meninggi, rumput yang kian menebal dan pohon bourgenvilla yang semakin merimbun sudah mulai memanjat tiang rumah sehingga mencecah atap, semuanya kubersihkan. Rumah pusaka tinggalan arwah abah ini, kini menjadi milikku. Sewaktu kusuarakan hajat hatiku untuk memohon pertukaran bagi membolehkan aku kembali ke kampong halamanku, SoIia, isteriku tidak membantah. Walaupun dibesarkan di kota metropolitan, Kuala Lumpur, SoIia tidak menunjukkan sebarang tanda pengingkaran. Malahan dia begitu teruja untuk menjalani kehidupan di desa kelahiranku ini. Hidup sebagai anak desa yang begitu diimpikannya. Aku tahu, SoIia seorang isteri yang taat. Ke mana sahaja aku pergi, SoIia pasti akan tetap setia menemaniku. Hidup sebagai gadis kota tidak pernah melalaikan dirinya sehingga melupai asal-usul keturunannya yang bermula dari kampung. Aku tersenyum sendirian sambil melayani anganku. SoIia kukenali kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Waktu itu, aku hanyalah pekerja kilang biasa manakala SoIia pula adalah anak tuan rumah sewaanku. Waktu aku mula-mula menjejakkan kakiku di Kuala Lumpur, SoIia masih lagi seorang gadis sunti yang berpakaian seragam sekolah. Setiap hari kulihat SoIia berulang-alik ke sekolah menaiki bas dan kami sering bersama-sama menunggu di perhentian berhampiran rumahnya. Aku menanti bas yang akan membawaku ke kilang manakala SoIia menanti bas yang akan membawanya ke sekolah. Aku pula waktu itu baru dua tahun menamatkan pengajian sekolah menengahku di peringkat SPM. 'Bang, SoIia menyapa sambil menghampiriku. Serta-merta layangan anganku berterbangan mendengar suara SoIia yang mendayu. 'Anis dah tidur ? tanyaku inginkan kepastian. 'Sudah, SoIiamelabuhkan punggungnya di sebelahku. Aku mengengsot sedikit, memberikan ruang yang lebih luas kepadanya. Masih lagi kuingat, walaupun SoIia anak orang yang agak berada, namun dia tidak pernah bersikap sombong denganku. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra itumembuatkanaku tidak kekok untuk berbual dan bergaul mesra dengannya. Aku dilayani dengan baik sehingga menimbulkan perasaan kasihku terhadapnya. Pada masa yang sama, aku turut memohon untuk memasuki maktab perguruan. Rezeki menyebelahiku apabila permohonanku diterima. Pada SoIia aku berjanji, apabila telah kukuh kedudukan kewanganku, aku akan kembali untuk melamarnya. Ayah dan ibu SoIia yang sedari awal lagi kukira menyenangi perhubungan baikku dengan anak gadisnya turut mengiringi pemergianku dengan iringan doa dan harapan. Selesai menamatkan kursus perguruan, aku mengotakan janjiku terhadap SoIia. SoIia waktu itu baru sahaja menamatkan persekolahannya di peringkat STPM dan sedang mengintai-intai peluang untuk melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi. Namun, sebaik sahaja menerima lamaranku, SoIia telah melupakan seketika hasratnya itu. Begitulah pengorbanan SoIia demi untuk bersama-samaku dalam melayari bahtera rumahtangga. Kami selamat disatukan dan SoIia telah sah menjadi suri hidupku sepenuhnya. Kebahagiaan kami semakin menyerlah saat dikurniakan dengan seorang cahaya mata di tahun ketiga perkahwinan kami. Dan kini, di usia enam tahun pernikahan ini, kami telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Aku tersenyum lagi apabila mengingati detik-detik yang amat indah itu. 'Pia rasa mengantuklah, bang. Abang tak mengantukkah ? tanya SoIia, manja. 'Memanglah mengantuk,Pia. Petang-petang begini, kena pula perut dah kenyang. Lagi sedaplah kalau dapat bantal. ' 'Abang tak nak tidurkah ? 'Tak mengapalah. Abang nak menebas tepi kolam belakang rumah tu sekejap lagi. Kalau Pia rasa mengantuk, Pia pergilah tidur. 'Tak mahulah. Pia nak temankan abang. Begitulah SoIia. Sentiasa ingin menemaniku ke mana sahaja. Susah senang mahunya ditempuhi bersama-samaku. Aku bertuah kerana berjaya memiliki seorang isterisebaik SoIia. SoIia yang tiada dua atau tiganya di dunia ini. SoIia yang hadir dengan limpahan cinta dan kasih sayangnya hanya untukku dan anak-anak kami. Aku senang hidup ditemani SoIia. Dialah pelengkap hidupkuyang telah dianugerahkan Allah demi untuk menyempurnakan perjalananku di dunia ini. Dan aku juga sentiasaberdoa agar soIiajugalah bidadari yang akan menemaniku di syurga inderaloka kelak. Aku mengelus rambut ikal SoIia sebagai menzahirkan rasa kasih sayangku yang menggunung terhadapnya. Kini, aku telah memulakan tugas di sekolah yang pernah menyaksikan aku menimba ilmu selama enam tahun di bangku sekolah rendah. Setiap hari, aku hanya berjalan kaki menuju ke sekolah yang terletak berhampiran rumahku. Melewati lorong-lorong kecil ini mengembalikan ingatanku ke zaman silam, zaman kanak-kanakku. Di sini, aku pernah bermain dan terjatuh. Di sini juga aku pernah berlari dikejar arwah ibu kerana pulang lewat dengan badan berlumuran selut setelah puas berkubang di sawah menangkap ikan laga bersama-sama teman sepermainan. Ah, alangkah indahnya andai masa mampu diputarkan kembali. Suatu hari sedang aku berjalan pulang dari tempat kerjaku, aku terserempak dengan seseorang. Seseorang yang pernah kukenali. Seseorang yang pernah mewarnai sejarah silam kehidupanku. Saliha ! Saliha.'Bang. 'Saliha. 'Ya, ini Saliha. Saliha. Nama itu kembali bermain di mindaku. Saliha adalah seorang gadis yang pernah bertakhta di hatiku. Saliha merupakan teman sepermainanku semasa kecil. Kami tinggal berjiran. Ayahnya dan ayahku berkawan baik. Cuma bezanya, ayah Saliha pemilik ladang getah di kampong kami manakala ayahku pula bekerja mengambil upah di ladangnya. Walaupun Saliha anak majikan ayahku namun itu tidak membataskan pergaulan kami. Tiada siapa yang menegah perhubungan baik kami itu sehinggalah kami memasuki alam remaja. Perasaan persahabatan kami telah disulami dengan benih-benih cinta. 'Saliha nak ke mana ni ? 'Nak ke kedai. Saliha berpatah balik dan berjalan beriringan denganku. 'Kata nak ke kedai, ungkitku. 'Tak mengapalah. Tak ada yang mustahak sangat pun. Petang nanti Saliha boleh pergi, ujarnya. Mungkin dia sengaja ingin mengambil kesempatan ini untuk berbual-bual denganku. 'Bila Saliha balik ? 'Baru petang semalam. Abang pula, dah buat keputusan muktamad untuk terus menetap di kampungkah ? 'Insya ALLAH. Sudah puas abang merantau. Di sinilah agaknya perhentian terakhir bagi pelarian abang selama ini. Kenangan bersama Saliha kini terpampang jelas di ruangan ingatanku. Selepas menamatkan SPM, aku membantu arwah ayah di ladang getah milik ayah Saliha. Setiap hari, Saliha pasti menunggu aku pulang dari ladang di atas jambatan ini untuk menuju ke rumah kami dan seterusnya, kami akan beriringan pulang ke rumah.Perhubungan yang semakin serius itu telah mulai dikesan oleh kedua-dua belah pihak. Ayah memanggilku dan menasihatiku agar menginsaIi kedudukan kami yang tidak setaraI dengan keluarga Saliha. Dan tepatlah seperti Iirasat orang tuaku, perhubungan kami mendapat tentangan yang hebat daripada ayah Saliha. Pelbagai kata nista dan hinaan dihamburkan ke atas aku dan keluargaku. Lebih malang lagi, Saliha telah dipaksakan ayahnya supaya mengahwini seorang lelaki berada yang menjadi pilihan orang tuanya walaupun usianya hampir sebaya dengan ayah Saliha sendiri. Betapa remuk dan kecewanya hatiku menerima perkhabaran itu dan di hari persandingan Saliha, aku menggendong beg pakaian menuju ke perhentian bas untuk membawa diri ke Kuala Lumpur. Itu adalah cerita sepuluh tahun yang lalu. Kini, kedua orang tuaku telah tiada lagi. Aku hanya kembali ke kampong halaman semasa menziarahi jenazah ibu dan ayahku. Pun begitu, semasa hayat mereka aku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabku terhadap kedua orang tuaku. Malahan, ibu dan ayahku sering menziarahi aku dan SoIia di Kuala Lumpur. Cuma mungkin sudah tersurat, ibu dan ayah menyambut panggilan Ilahi di kampong halaman mereka sendiri. Ayah pergi dahulu sebelum ibu menyusul kemudian iaitu selepas tiga tahun pemergian ayah. Kini, di atas jambatan ini, aku kembali bertemu Saliha. Saliha meluahkan segalanya kepadaku. Perkahwinannya dengan lelaki tua itu tidak membawanya ke mana-mana. Selesai sahaja majlis pernikahan mereka, Saliha telah dibawa pergi oleh suaminya dan tidak pulang-pulang lagi ke kampong halaman. Saliha bagaikan hidup di dalam sangkar emas kerana lelaki itu tidak pernah mengambil peduli akan kepentingan dirinya. Kehadirannya juga tidak begitu disenangi oleh anak-anak suaminya dengan arwah isterinya dahulu. Hiduplah Saliha bagaikan terpanggang di atas bara yang masih membahang. Tiga tahun bergelar isteri orang kaya, suami Saliha telah dijemput kembali oleh Penciptanya. Saliha yang masih belum dikurniakan zuriat bersama suaminya telah dihalau keluar dari rumah itu oleh anak-anak tirinya.Oleh kerana terlalu naI, Saliha tidak tahu ke mana tempat hendak dituju untuk mengadu. Saliha tidak berhasrat untuk kembali ke kampong halaman kerana mengenangkan perbuatan kedua orang tuanya. Hiduplah Saliha terumbang-ambing dan berbekalkan kecantikan yang dimilikinya, Saliha bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kelab malam. Hidupnya telah jauh menyimpang daripada landasan agama tetapi tetap diteruskan jua demi mendapatkan perlindungan dan sesuap nasi. Dalam masa yang sama, rupa-rupanya ayah Saliha telah menginsaIi perbuatannya. Dia menghabiskan banyak wang, mengupah orang untuk menjejaki Saliha. Mungkin kerana Tuhan masih menyayanginya, Saliha berjaya ditemui. Perkhabaran sedih tentang keadaan ibu dan ayah yang sedang menderita di penghujung usia mereka telah membuka pintu hati Saliha untuk kembali ke kampong halamannya. Cerita sedih Saliha membuatkan aku mengalirkan air mata. Liku-liku hidup yang kulalui tidak seperit penderitaan yang ditanggung Saliha. Hujung minggu itu, aku mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah besar Saliha di hujung jambatan. Penerimaan kedua orang tuanya terhadapku terlalu jauh berbeza. Orang tua Saliha yang pernah memaki hamunku suatu ketika dahulu telah melayanku dengan baik sekali. Malahan, mereka turut mempelawaku makan tengah hari di situ. Aku telah mulai jatuh hati dengan layanan baik mereka. Ayah Saliha turut membayangkan hajatnya untuk melihat kami membina semula istana cinta kami yang pernah dirobohkannya dahulu. Hatiku berbunga riang. Suatu hari, kugagahi hatiku menyatakan hasrat murniku kepada SoIia. Kulihat, SoIia hanya tunduk merenung lantai tanpa sepatahpun perkataan yang terkeluar dari bibirnya. Tiada bantahan atas permintaanku. Bagiku, itu suatu petanda yang baik dan aku mulai mengorak langkah yang seterusnya. Aku sempat melihat tangan SoIia yang bergementaran sewaktu menanda tangani surat persetujuan yang aku hulurkan padanya. Tanpa sempat memandang air mata yang menitis di pipinya, aku segera melangkah keluar rumah untuk menemui Saliha bagi menyampaikan perkhabaran gembira itu. Dan hari itu, aku membawa Saliha ke pekan yang berhampiran untuk memilih cincin perkahwinan kami dan membeli serba sedikit barang keperluan. Saliha begitu bahagia sekali berdampingan denganku dan tidak pernah melepaskan peluang untuk berpaut di lenganku. Meskipun begitu, aku tidak pernah melupai SoIia. Sebagai tanda terima kasihku kepadanya, kubelikan dia sepasang kain bercorak Ilora warna ungu dan sehelai tudung berwarna sedondon. Untuk anak-anak, kubelikan jajan dan serba sedikit barang permainan. Selepas menghantar Saliha sehingga ke pintu rumahnya, aku bergegas pulang. Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah, tiada suara riuh-rendah anak-anak menyambut kepulanganku seperti kebiasaannya. Aku membunyikan hon kereta Wajaku berkali-kali namun masih tiada sambutan. Rumahku sunyi sepi bagai tidak berpenghuni. Aku melangkah menaiki tangga. Kuseru nama isteri dan anak-anakku berkali-kali. Masih sunyi dan tiada sambutan. Hatiku mulai curiga. Kutolak daun pintu yang tidak berkunci dan mengorakkan langkahku ke dalam rumah. Sepucuk surat kutemui di atas meja sisi di ruang tamu. bang, Maafkan Sofia. Sofia terpaksa pergi membawa bersama anak-anak kita. Sofia tidak sanggup untuk melihat abang disandingkan di hadapan mata Sofia. Janganlah abang bimbang tentang keselamatan diri Sofia dan anak-anak kerana Sofia masih punyai ibu dan ayah. Sofia tidak akan bergelandangan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya kerana Sofia akan kembali ke rumah orang tua Sofia. Sofia tidak bimbang untuk meninggalkan abang kerana sudah ada insan yang sudi menfaga dan menyayangi abang. Sofia sentiasa mendoakan kebahagiaan abang di samping isteri tercinta. Selamat Pengantin Baru, bang. Ikhlas, Sofia Buah tangan yang kubawa untuk isteri dan anak-anakku jatuh bertaburan di lantai. Tanpa rasa segan dan malu, aku meraung dengan sekuat-kuat hatiku. Baru kini aku menyedari akan ertinya suatu kehilangan.Walau apapun yang terjadi, aku akan tetap mencari isteri dan anak-anakku. Aku lebih rela kehilangan beribu-ribu orang Saliha daripada kehilangan seorang SoIia. TAJUK 5 : MAAFKAN MAMA 'Kahwinlah, bang, suamiku hanya terdiam mendengar sarananku. Memang sejak mula lagi, dia hanya mendiamkan diri saat kuajukan cadangan itu. Diam dan diam sahaja. Bantah tidak, setuju pun tidak. Geleng tidak , angguk pun tidak. Sudah acapkali kusuarakan. Namun suamiku masih membisu.Si kecil kami, Danisha tiga tahun, berlari-lari memeluk kakinya. Suamiku membongkok, mengangkat Danisha dan memeluknyaerat. 'Kalau abang sayangkan Nina dan anak-anak kita, kahwinlah bang. Nina redha, sekali lagi aku bersuara. Kini dengan deraian air mata yang kian lebat menyeberangi pipiku. Suamiku melepaskan kucupan bertalu-talu ke pipi anakanda kami, silih berganti, kiri dan kanan, seolah-olah tidak mendengar ungkapanku. 'Abang. 'Sudahlah, Nina. Abang penat. Abang nak mandi dan berehat sekejap. Kalau Nina perlukan apa-apa, panggilkan abang, ya. Itulah penyudah jawapan suamiku. Aku hanya menatap derap langkahnya meninggalkanku, kosong. Walau macam mana penatpun dia, tidak pernah sekalipun dia meninggikan suaranya kepadaku. Tetap melayani karenahku seperti biasa meskipun terkadang tampak jua keruh di wajahnya. Mungkin kerana dia juga rasa bersalah atau mungkin juga kerana simpati dengan keadaanku. Namun, selama mana dia mampu bertahan? Melayani isteri yang tidak lagi mampu memenuhi tuntutannya sebagai suami? Aku tahu. Aku kini serba kekurangan. Aku bukan lagi seorang isteri yang sempurna. Allah telah menarik kembali kekuatan dan kesempurnaan yang pernah dianugerahiNya kepadaku suatu ketika dahulu. Menyesal? Apa lagi yang hendak dikesalkan. Semuanya sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Sekurang-kurangnya, aku patut bersyukur. Aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan memohon ampun daripada suamiku. Masih punya waktu untuk menatap wajah-wajah kesayanganku, anak-anak dan ibu bapaku. Tapi, Syahed? Syahed pergi sebelum sempat bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah,isteri dan anak-anaknya. Ya Allah, alangkah besarnya dosaku. Aku mohon keampunan daripadaMu, ya Tuhan. Aku mengengsot perlahan-lahan di birai katilku, cuba mencapai kerusi roda di sudut dinding. Tadi, kerusiku di tepi katil ini tapi entah siapa pula yang menolaknya ke situ hingga jauh ke sudut dinding. Mungkin Danisha yang berlari memeluk ayahnya tadi. Terdengar derapan di luar kamar. Tersembul wajah suamiku di muka pintu. 'Nina nak ke mana? Kenapa tak panggil abang? suamiku menerpa ke arahku, memelukku yang hampir terjerumus ke lantai. 'Nina nak ke bilik air, bang. Kalau kerusi roda Nina di sini, Nina boleh pergi sendiri, terangku agar suamiku tidak memarahiku. 'Abang ada di rumah, Nina. Apa gunanya abang ini? Abang boleh bantu Nina ke bilikair. 'MaaIkan Nina, bang. Bukan abang yang tidak berguna tapi Nina ni yang selalu menyusahkan abang. Nina yang tak berguna, bang, aku semakin sayu. 'Nina jangan asyik nak menyalahkan diri sendiri pula. Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah berikan selama ini. Nina selamat. Itu yang paling utama. Abang perlukan Nina. Anak-anak perlukan Nina. 'Nina tahu, abang tak perlukan Nina. Siapalah Nina ini. Nina hanya menjadi beban buat abang. Kalau abang nak kahwin, kan Nina dah izinkan. Tinggalkan Nina. Nina boleh jaga diri Nina sendiri. 'Jaga diri sendiri? Tadi tu apa yang Nina buat? Kalau abang tiada tadi, dah tentu tersembam Nina di lantai, kan? 'Iyalah. Nina lemah. Nina tak berdaya. Nina memang tak guna. Tinggalkan Nina. Nina nak bersendirian. 'Haa.dah mula lagilah tu. Nina kena Iaham. Abang dan anak-anak sayangkan Nina. Kami nak Nina bahagia. Kami nak Nina pulih seperti sediakala. 'Abang tu yang sengaja tak nak Iaham. Nina cakap Nina nak bersendirian.Nina bosan, tahu tak? Asyik-asyik tengok abang. Asyik-asyik tengok anak-anak. Bising lagi, aku sengaja nak naikkan darah suamiku. Agar dia tinggalkan aku dan cari perempuan lain tapi selepas kata-kata itu kuluahkan, aku menghamburkan air mataku. Sebenarnya, aku amat takut kehilangannya. Kalau dia tiada, siapa yang nak bawa aku ke bilik air? Siapa yang nak mandikan aku? Aku masih belum biasa menggunakan kerusi roda ini. Kudratkudengan kekuatan satu kaki ini masih terlalu lemah. Biasanya, selepas mendengar omelanku, suamiku akan mendiamkan diri. Diam seperti tunggul. Mungkin dia tidak mahu memanjangkan cerita itu. Atau mungkin dia sudah bosan mendengarkan cerita yang berulang-ulang itu. Selepas ke bilik air, suamiku menghantar aku ke bilik. Membaringkan aku di katil dan menarik selimut menutupi kakiku. Kakiku yang cuma tinggal sebelah sahaja lagi. 'Nina nak apa-apa lagi? Aku hanya menggeleng, lesu. Suamiku melangkah ke luar tanpa memberitahu aku ke manakah tujuannya. Aku gelisah lagi. kalau sebentar tadi, aku yang beria-ia menyuruh dia mencari pengganti diriku tetapi kini, sebelum peristiwa buruk itu berlaku, aku telah mulai rasa kehilangannya. Air mataku merembes lagi. Baru aku perasan. Sewaktu menyambut aku yang hampir jatuh dari katil tadi, aku sempat tercium bau haruman parIume di lehernya. Haruman yang pernah menggetarkan jiwa gadisku suatu ketika dahulu. Suamiku berwangi-wangian. Hendak ke manakah dia? Dengan siapakah temu janjinya? Jiwaku meruntun. Tapi aku tahu, suamiku tidak akan berpergian lama. Dia mesti pulang awal. Dia perlu membantu aku mengambil wuduk untuk solat Maghrib. Tapi siapa tahu? Mungkin dia terlupa. Atau mungkin dia pun sudah bosan untuk melayani karenahku yang pelbagai. Aku mencapai kitab terjemahan al-Quran di sisi. Di kesempatan ini, aku masih diberi peluang untuk membaca dan menambah ilmu pengetahuan serta amal ibadatku. Ya Allah, masih terimakah Engkau akan segala amal ibadatku setelah kulakukan dosa besar sebelum ini? Aku meraup kedua telapak tanganku ke muka. Terasa dingin sekali. Rumahku juga sepi. Sesepi hatiku yang keseorangan. Kenapa aku rasa sepi sedangkan kesepian ini yang kudambakan dulu? Aku benci dengan riuh rendah suara anak-anakku, berlari, bermain dan bergurau senda.Aku inginkan ketenangan. Tenang daripada segala hiruk-pikuk itu. Kini apa yang aku temui? Hanya kesepian dan keseorangan. Di mana anak-anakku? Aku merindui suara mereka. Aku merindui jerit tangis mereka. Ya, Allah! Jangan dirampas anak-anakku dari sisiku. Rampas? Adakah Allah sekejam itu? Sedangkan semua yang kumiliki selama ini adalah pemberian Allah. Pinjaman daripada Yang Maha Agung. Ya, Allah! Aku berprasangka buruk terhadapMu. Ampunkan aku ya, Allah. Terdengar deruan enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Kutahu, itu bunyi enjin kereta suamiku. Aku tersenyum. Telah kujangkakan. Suamiku pergi tak kan lama. Sebentar kemudian, terdengar suara-suara kecil dan besar saling bertingkah. Kukenali, itu suara suami dan anak-anakku. Anak-anakku telah pulang? Aku tidak sabar menunggu mereka datang menerpa ke arahku. Aku telah bersedia mendepangkan tanganku untuk memeluk mereka. Aku sudah tidak sabar-sabar lagi. Lima orang putera puteriku pasti sudah merinduiku sepertimana aku merindui mereka. Cepatlah, anak-anakku. Mama sudah tidak sabar ni. Kalaulah aku sempurna. Kalaulah aku masih memiliki kedua-dua belah kakiku ini, pasti aku sudah lama menerpa ke arah mereka. Menyambut mereka di muka pintu lagi. Tapi, apakan daya. Kuhitung detik demi detik. Tiada siapa yang menjengah ke bilik tidurku. Tanganku yang sedia terdepang semakin lemah, jatuh perlahan-lahan di sisiku. Saat kudengar lagi sayup-sayup suara mereka, kuangkat semula tanganku sambil menantikan kehadiran mereka. Detik itu berlalu lagi dengan penuh kehampaan. Aku betul-betul kecewa. Jiwaku dipanah kepiluan. Tidak sudikah mereka menatap wajahku lagi? Mama yang telah mengandung dan melahirkan kalian? Membesarkan kalian dengan penuh kasih sayang dan belai manja? Hanya sedetik mama terleka dalam mengejar kemilau gemilang dunia.Berdendamkah kalian? Sepanjang aku menghuni hospital dan kini dibawa pulang kerumah, anak-anakku dititipkan di rumahibu mertuaku. Hanya Danisha yang sesekali dibawa pulang suamiku dan memelukku itupun dengan keizinan suamiku. Katanya, dia tidak mahu Danisha menggangguku. Aku sebagai mamanya, kenapa perlukan syarat yangbegitu dan begini? Akhirnya, aku merebahkan tubuhku. Berbaring dan kemudiannya mengiring ke tepi, membelakangi pintu. Merajuk? Selama aku sakit, tidak pernah sekalipun mereka menziarahiku di hospital. Sehingga aku pulang, mereka masih tidak mahu bertemuku. Hina sangatkah aku ini? 'Syhh.diam, jangan bising. Mama tidur. Itu suara Danish, anak sulungku. Suara yang kurindui tapi mereka tidak singgah di bilikku. Pasti mereka sedang terjingkit-jingkit menuju ke bilik sebelah sebab sebentar kemudian, kudengar derik pintu bilik sebelah sana dibuka. Hatiku tersayat pilu. 'Nina, Nina. Bangun. Jangan tidur. Dah Maghrib ni, tak baik, kudengar suara suamiku, berbisik perlahan di cuping telingaku. Pantas kuseka air mata yang membanjiri mukaku. ****************************************************************************** 'Abang pergi! Jangan balik-balik lagi! aku menghamburkan amarahku sambil membalingkan botol sos cili yang masih berbaki ke arah suamiku. Mujur dia sempat mengelak. Kalau tidak..Botol sos yang pecah berderai, memuntahkan sos merah pekatmemenuhi ruang tamu. Punah segala gaya keinggerisan yang cuba kuterapkan di sudut itu. Pagi keluar. Petang keluar. Malampun keluar lagi. Memanglah aku naik hantu. Entah apalah projek yang diusahanya sekarang? Setahu aku, dia sudah lama tidak mendapat projek besar. Sudah ramai kontraktor bertauliah. Sudah banyak saingannya. Alih-alih, suamiku hanya duduk goyang kaki. Apa dia nak hairan? Tidak bekerjapun masih boleh berpeleseran. Cukup bulan, aku terima gaji. Bermakna, dia pun akan merasa habuannya sama. Gajiku yang digunakan untuk semua urusan. Daripada bab makan minum dan pakaian anak-anak sehinggalah ke bil-bil dan bayaran hutang pinjaman rumah dan kereta. Selama mana aku mahu bersabar? Kalau dia dapat membantu aku di rumahpun, adalah juga Iaedahnya. Ini tidak. Aku keluar bekerja, dia pun keluar. Anak-anak dihantar ke Taska. Pulang petang, dia masih belum pulang. Pulang sekejap itu pun kerana nak mandi dan makan. Buat rumah ni macam hotel. Duduk di hotel pun kena bayar sewanya juga. Ini tidak. Dari A sampailah ke Z, akulah yang menanggung semuanya. Manalah hatiku ini tak sakit. Jangankan kata nak berjalan makan angin, nak menziarahi emak dan ayah di kampungpun, dia tiada kesempatan. 'Nina, kamu jangan nak berlebih-lebih, Tanpa disangka-sangka, dia kembali ke arahku. Belum pernah suamiku memarahiku sebelum ini. Apapun perbuatanku, dia hanya memekakkan telinga. Mungkin menyedari hakikat dirinya yang banyak bergantung hidup padaku. Tapi untuk kali ini, tidak lagi. Anak-anak kami yang berlima itu saling berpelukan di tepi tangga. Aku sudah tidak pedulikan perasaan mereka. Apa yang aku tahu, hatiku sakit sekarang. Kalau dulu, aku punya prinsip untuk tidak bertengkar dengan suamiku di hadapan anak-anak. Kini, prinsip itu telah kubenamkan dalam-dalam. 'Abang jangan berani nak pukul saya, kuugut suamiku sebelum sempat tangannya mencecah ke mukaku. Langkah suamiku terhenti.'Awak ingat saya takut ke? ugutnya pula. Aku berawas juga. Kebelakangan ini, sukar hendak kutelah perangai suamiku. Terkadang barannya terserlah juga walau pun belum pernah sekalipun dia menyakitiku. ****************************************************************************** 'Bang, saya kena menghadirikursus selama lima hari di Pulau Langkawi, kusuarakan kepada suamiku saat dia pulang lewat malam itu.Tiada lagi kata ganti diri Nina` yang kugunakan untuk membahasakan diri dengannya. Terhenti gerak tangan suamiku yang sedang menggapai tuala di ampaian. 'Berapa hari?Tanyanya pohon kepastian. 'Lima. Suasana kembali sepi. Sebenarnya, berat hati ini untuk menghadiri kursus berkenaan lebih-lebih lagi untuk meninggalkankan si kecilku, Danisha yang baru berusia setahun, masih menyusu di badan. Namun demi tuntutan kerja,terpaksa kupenuhi jua.'Sepanjang saya tiada, jangan diabaikan anak-anak. Danisha telah saya ajarkan menyusu botol sepenuhnya. Hantar dia dan Damia ke Taska dan ambil sebelum pukul lima setengah petang. Danish pula ada kelas tambahan pukul tiga hingga lima petang. Selepas ambil Danish, terus pergi ambil Danisha dan Damia. Danish boleh pegang Danisha.Panjang lebar pula arahanku. Bimbang jika suamiku terlupa. Suamiku hanya memasang telinga. Pasti tugasnya menjadi lebih berat selepas ini. 'Danial dan Dalila, macam biasa. Pagi ke sekolah, pukul satu balik. Petang pukul tiga hantar ke Sekolah Agama Rakyat. Pukul enam baru pulang. Jangan lewat ambil, takut mereka merayau-rayau di bandar. Tambahan kepada pesananku yang berjela-jela. 'Emm.Danish tak balik tengah hari?Oh, ya. Aku hampir terlupa. 'Danish tak balik. Dia solat di surau sekolahnya. Boleh buat kerja sekolah sementara tunggu kelas tambahan petang. Jangan lupa beri dia duit belanja lebih. Ini saya tinggalkan duit belanja untuk lima hari ini. Kuserahkan not RM50 sebanyak sepuluh keping kepada suamiku. 'Duit tu, banyak.Berikan kepada Danish buat bayar yuran tuisyennya bulan ini, lima puluh ringgit, kujelaskan lagi agar suamiku lebih memahaminya. Sebelum melangkah ke tangga bas, masih ada lagi rentetan pesanan yang kutinggalkan buat suamiku. 'Jangan lupa, bang. Jangan biarkan Dalila memasak. Nanti dia lupa nak tutup dapur gas. Pisau dan gunting sudah saya letakkan dari kabinet, rak paling atas. Jangan disepah-sepahkan benda-benda tajam di bawah. Jangan bagi Damia main guli abangnya, takut tertelan. 'Ya, sudah.sudah. Abang Iaham. Abang Iaham semuanya. Ninatu, jaga diri baik-baik. Selamat berkursus, katanya cuba menoktahkan pesanan-pesananku. Beberapa orang teman sekursus sudah mulai menjeling-jeling sambil tersenyum ke arahku. 'Lagi satu, bang, aku menjenguk ke luar tingkap. ' Jangan dibiarkan budak-budak tu mandi sendirian. Lantai bilik air tu licin. Jangan benarkan .., 'Ya, ya.abang Iaham.selamat jalan., Bas yang kutumpangi bergerak perlahan-lahan. Aku menarik naIas panjang dan duduk di bangkuku. Hanya jasadku yang bergerak bersama kelajuan bas ini tetapi jiwaku, nun jauh kutinggalkan di rumah, bersama anak-anakku. ************************************************************************** 'Cikgu Nina. Menung aje ni. Kenapa? Teringatkan anak-anakkah atau teringatkan bapa anak? Aku tersenyum mendengar gurauan Tuan Syahed, Iasilitatorku sepanjang kursus ini. Selama tiga hari di sini, aku semakin dapat mengawal perasaan kerinduan dan kebimbanganku terhadap anak-anak. Namun, apa yang pasti, aku tetap menghantar mesej kepada suamiku untuk mengingatkan dia tentang perjalanan tugasannya sepanjang hari. Seawal jam enam pagi, aku telah meneleIon. Mengejutkan dia agar bangun tidur. Aku tidak menghantar mesej kerana aku tidak akan berpuas hati selagi tidak mendengar suaranya menyambut panggilanku, sekaligus menandakan bahawa dia telah terjaga. Pukul dua belas empat pukul lima, 'Bang, ambil Danial dan Dalila. Pukul dua empat puluh lima, 'Bang, hantar Danial dan Dalila ke SAR. Pukul empat empat puluh lima, 'Bang, ambil Danish. Pukul lima tiga puluh, 'Bang, ambil Damia dan Danisha di Taska. Pukul lima empat puluh lima, 'Bang, ambil Danial dan Dalila di SAR. Dan setiap mesej daripadaku dibalas oleh suamiku dengan, 'ok. Selagi aku tidak menerima balasan 'ok daripadanya, selagi itulah aku akan terus menghantar semula mesej yang sama. Lima hari di Pulau Langkawi, jiwaku meronta-ronta untuk kembali. Tidak sabar untuk menatap wajah suami dan anak-anakku. Lima hari meninggalkan mereka, menerbitkan rasa rindu yang teramat sangat. 'Jangan lupa, ya. Tuan-tuan dan puan-puan. Selepas ini, kita akan ada lagi kursus lanjutan. Tempat dan masanya akan diberitahu kemudian. Jelas kedengaran suara Tuan Syahed memberikan penerangan. Aku sendiri sebenarnya, sudah mula menyukai kursus ini. Dapat menenangkan Iikiranku yang selama ini bergelumang dengan anak-anak murid dan buku-buku sekolah. Sesekali dapat berkursus, dapatlah juga aku merehatkan minda. Selepas ini, dapatlah pula aku mengajar dengan lebih bersemangat kerana telah bertambah ilmu di dada. 'Cikgu Nina. Jangan lupa, ya. Sediakan kertas kerja dan kita akan buat program lanjutan untuk memberi penerangan kepada guru-guru lain di daerah kita nanti tentang dapatan kita dalam kursus ini. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Tuan Syahed meletakkan kepercayaannya kepadaku walhal ada lagi beberapa orang guru lain dari daerah kami yang menghadiri kursus ini. Aku rasa dihargai. Tiba di pintu rumah, aku menarik naIas panjang. Cuba menenangkan Iikiran. Tidak tahu apakah yang bakal kutemui di dalam sana. Apa yang pasti, aku sudah dapat membayangkan, ruang tamu gaya keinggerisanku pasti sudah bertukar menjadi medan pertempuran tenteraBritish dengan Jepun di zaman penjajahan dulu. Singki di dapur pasti dipenuhi pinggan mangkuk bagaikan kapal Titanic karam, pecah dihempas ke bongkah ais.Aku harus bersedia dengan semua situasiini. Aku masih tercegat di ambang pintu. Biar apapun keadaannya, aku harus menghadapinya. Kukuakkan daun pintu perlahan-lahan, tak berkunci. Aku menjengah. Hmm.di luar jangkaan. Ruang tamuku kemas dan teratur. Tiada tanda-tanda diselerakkan. Malah lebih kemas daripada sewaktu aku pergi dahulu. Aku terjingkit-jingkit ke dapur, ingin melihat keadaan dapurku dan singkiku. Sangkaanku sekali lagi meleset. Singkiku bersih. Dapurku juga teratur dan kemas. Semua pinggan mangkuk tersusun rapi di raknya. Ibu mertuaku pula sedang menyuap Danisha dan Damia makan. 'Assalammualaikum, mak. Bila sampai? kusantuni ibu mertuaku selayaknya. 'Waalaikummussalam. Nina, kau dah balik? Marilah makan, Ibu mertuaku masih tidak menjawab pertanyaanku. Danisha dan Damia menerpa ke arahku. Kupeluk mereka erat-erat. Melepaskankerinduanku selama lima hari meninggalkan mereka. 'Mak sampai bila? Tanyaku lagi, mohon kepastian. 'Dah lima hari mak di sini. Hisyam yang ambil mak. Takkan Syam tak bagitahu Nina? Hmmm. pandai suamiku, ya? Diam-diam dia ambil ibunya untuk menjaga rumah kami sepanjang ketiadaanku. 'Abang ke mana, mak? 'Ke sekolah ambil anak-anakkatanya, 'Kan masih awal lagi ni? Aku menatap jam di tangan, baru pukul empat petang.'Mak suruh dia singgah beli barang di kedai, 'Danisha dan Damia duduk dengan Mak Tok ke? Tak pergi Taska ke? Tanyaku kepada Damia yang berusia empat tahun. Dia menggeleng-gelengkan kepala. 'Mama, nanti kami nak duduk dengan Mak Tok lagi, ya?bagitahu Damia. 'Seronok ke duduk dengan Mak Tok? 'Seronok. Mak Tok ajar ngaji. Mak Tok ajar ABC., petah Damia bercerita. Ibu mertuaku tersenyum melihat gelagat anak-anakku. *********************************************************************** 'Bang, minggu depan Nina kena pergi kursus lagi, beritahuku kepada suamiku. 'Lama? 'Lima hari. 'Di mana? 'Pulau Pangkor. 'Asyik ke pulau sahaja. Kenapa? 'Manalah Nina tahu. Nina ni menerima arahan sahaja. Tapi abang tak risau, kan. Nanti emak abang boleh datang temankan anak-anak, suamiku tersenyum mendengar usikanku. Pemergian kali ini tidak lagi kutinggalkan dengan pesanan yang berbakul-bakul. Aku tahu, suamiku pasti akan membawa ibunya ke rumah kami. Ibu mertuaku pula tidak banyak cerewetnya. Mungkin kerana dia pun keseorangan selepas kematian ayah mertuaku lapan tahun yang lalu. 'Cikgu Nina, saya tengok awak ceria sahaja dalam kursus ini. Tidak seperti kursus yang lalu. Awak asyik sugul dan muram sahaja, Tuan syahed memberikan komen. Aku