5
Antologi Sejadah Rindu: CERPEN Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad) Pengenalan Cerpen pertama dalam antologi 'Sejadah Rindu' ini ditulis oleh Zainal Rashid bin Ahmad, 48, pengurus besar kanan stesen televisyen al-Hijrah. Judul cerpen yang digunakan menarik perhatian pembaca tentang apakah atau siapakah cinta sebenar pemuda bernama Ahmad Mutawakkil itu. Tema Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Sinopsis Ahmad Mutawakkil merupakan anak angkat Imam Ngah Deraman setelah kematian bapanya Wak Sadir, menghembuskan nafas terakhir di surau dalam ribaan ayah angkatnya itu. Dia membayar harga perjuangannya menentang penjajah Inggeris dan juga komunis. Peristiwa itu terjadi pada bulan Ogos tahun 1953. Sebelum kedatangan Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan Booth, serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian, Ahmad Mutawakkil menjadi pemimpin muda parti Pekembar daerah, pimpinan Dato' Onn Jaafar. Walaupun berjuang menentang penjajahan Inggeris, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dengan keluarga Tuan Booth kerana baginya budi dan hati orang Melayu yang penuh persahabatan. Kesibukan Ahmad Mutawakkil di bandar sebagai pemimpin nombor dua daerah dan juga sebagai wartawan menyebabkan Sandra yang menaruh hati itu kelihatan kecewa. Apabila darurat bermula, Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidato antikomunis walaupun cuba ditegah oleh Penghulu Ibrahim Sigap yang bimbang akan keselamatannya. Sehingga keesokan pagi Jumaat, Ahmad Mutawakkil tidak muncul-muncul sehinggalah pada waktu Maghrib dengan kecederaan parah kesan tembakan jarak dekat tali barut komunis. Walaupun Ahmad Mutawakkil tidak sempat meraikan kemerdekaan tanah air, semangat nasionalis muda itu terus menjadi kenangan orang kampung dan keluarga Tuan Booth. Cinta misteri Sandra hampir terbongkar, tetapi cinta Ahmad Mutawakkil terhadap negara jelas terserlah. Latihan Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau. Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki berkulit putih yang gemar berseluar pendek

Antologi Sejadah Rindu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Antologi Sejadah Rindu

Antologi Sejadah Rindu: CERPENCinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad)

PengenalanCerpen pertama dalam antologi 'Sejadah Rindu' ini ditulis oleh Zainal Rashid bin Ahmad, 48, pengurus besar kanan stesen televisyen al-Hijrah. Judul cerpen yang digunakan menarik perhatian pembaca tentang apakah atau siapakah cinta sebenar pemuda bernama Ahmad Mutawakkil itu.

TemaKegigihan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

SinopsisAhmad Mutawakkil merupakan anak angkat Imam Ngah Deraman setelah kematian bapanya Wak Sadir, menghembuskan nafas terakhir di surau dalam ribaan ayah angkatnya itu. Dia membayar harga perjuangannya menentang penjajah Inggeris dan juga komunis. Peristiwa itu terjadi pada bulan Ogos tahun 1953. Sebelum kedatangan Jepun, Ahmad Mutawakkil menumpang banglo Tuan Booth, serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian, Ahmad Mutawakkil menjadi pemimpin muda parti Pekembar daerah, pimpinan Dato' Onn Jaafar. Walaupun berjuang menentang penjajahan Inggeris, Ahmad Mutawakkil tetap rapat dengan keluarga Tuan Booth kerana baginya budi dan hati orang Melayu yang penuh persahabatan. Kesibukan Ahmad Mutawakkil di bandar sebagai pemimpin nombor dua daerah dan juga sebagai wartawan menyebabkan Sandra yang menaruh hati itu kelihatan kecewa. Apabila darurat bermula, Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidato antikomunis walaupun cuba ditegah oleh Penghulu Ibrahim Sigap yang bimbang akan keselamatannya. Sehingga keesokan pagi Jumaat, Ahmad Mutawakkil tidak muncul-muncul sehinggalah pada waktu Maghrib dengan kecederaan parah kesan tembakan jarak dekat tali barut komunis. Walaupun Ahmad Mutawakkil tidak sempat meraikan kemerdekaan tanah air, semangat nasionalis muda itu terus menjadi kenangan orang kampung dan keluarga Tuan Booth. Cinta misteri Sandra hampir terbongkar, tetapi cinta Ahmad Mutawakkil terhadap negara jelas terserlah.

LatihanBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

          Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.

Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.

Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki berkulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami.

Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu sudah menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke perkarangan estet Tuan Booth.

“Eloklah... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri .” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.

Page 2: Antologi Sejadah Rindu

Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat- rezeki dan ibadat.

                                 (Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh                                  Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(i)  Apakah bentuk perubahan yang berlaku di kampung itu dengan kehadiran       Tuan Booth dan pekerja estet keturunan India?   (2 m)

(ii)  Pada pendapat anda, mengapakah kawasan kebun getah , estet pekerja, dan        banglo Tuan Booth begitu asing kepada penduduk kampung tersebut?  (3 m)

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan        satu latar masyarakat lain dalam cerpen tersebut yang tidak terdapat        dalam petikan. (4 m)

KOMSAS TINGKATAN 5 SESI 2016     

Puisi Tradisional Pengarang Tema Nilai

Page 3: Antologi Sejadah Rindu

Gurindam Beberapa Petua Hidup

Za’ba Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian

-Rasional-Berhati-hati-Ketabahan-Kerajinan- Berhemah tinggi

Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu

Za’ba Kesenian dan keunikan seni bina sebuah istana pada zaman dahulu

-Kesetiaan-Kerajinan-Kebijaksanaan-Kegigihan

Puisi Moden / Sajak Pengarang Tema Nilai

Sejadah Rindu Mohd Haikal Aminuddin

Ketaatan kepada Tuhan / agama

-Keinsafan-Ketaatan-Kesyukuran-Rasional-Keikhlasan-Kepercayaan kepada Tuhan

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Sazalee Yaacob Nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi

-Harga diri-Nasihat-menasihati-Rasional-Bertanggungjawab-Berdikari

Erti Hidup Bererti Teo Wei Sing Kesunyian warga tua yang mengharapkan kasih sayang daripada anak-anak mereka

-Kasih sayang- Bertanggungjawab-Berdikari-Amanah

Kudup Perang Tuah Saujana Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

-Kebijaksanaan-Amanah- Bertanggungjawab

Page 4: Antologi Sejadah Rindu

-Keadilan-Rasional

Prosa  Tradisional Penyelenggara Tema Nilai

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Mohd Yusof Md Nor & Inon Shahaharuddin Abdul Rahman (Fajar Bakti -1998)

Kebijaksanaan seorang raja dalam usaha menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri.

-Kebijaksanaan-Amanah-Bertanggungjawab-Keadilan-Keberanian-Rasional

Prosa  Moden (Cerpen) Pengarang Tema Nilai

Cinta Ahmad Mutawakkil Zainal Rashid Ahmad

Kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

-Kegigihan-Ketabahan-Keberanian-Tanggungjawab-Amanah

Hipertensi Illias Zaidi Keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa

-Kebijaksanaan-Kerajinan-Rasional-Bertanggungjawab

Gerhana Manusia Aminah Mokhtar Sikap seorang doktor  yang mementingkan material dalam merawat pesakit sehingga berlakunya pengabaian dalam nilai kemanusiaan.

-Rasional-Kebijaksanaan-Amanah-Bertanggungjawab-Kesederhanaan

Prosa  Moden (Drama) Pengarang Tema Nilai

Bukan Gila Sharif Shaary Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otaknya bersendirian.

-Berdikari-Ketabahan-Kegigihan-Rasional-Kasih sayang

Page 5: Antologi Sejadah Rindu