Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI
PULAU PINANG TAHUN 2020
CADANGAN MENAIKTARAF LORONG SISI DAN LORONG BELAKANG DARI LEBUH AH QUEE KE
LORONG PITT BAGI LALUAN BASIKAL DAN PEJALAN KAKI, GEORGE TOWN,
PULAU PINANG
Jabatan Konservasi Warisan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
1
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
Isi kandungan 1
1. Pengenalan
A. Jabatan
- Latar belakang dan Peranan Jabatan 3
- Piagam Pelanggan Berkaitan Inovasi 3
- Objektif 4
- Maklumat Lain Yang Berkaitan 5
B. Inovasi
- Tujuan Projek Inovasi 6
- Objektif projek 7
- Proses Pelaksanaan Inovasi 8
- Tempoh Pelaksanaan 8
- Peringkat Pelaksanaan
Kenalpasti Potensi 9
Penerapan konsep Gender Responsive Participatory
Budgeting (GRPB)
11
Penglibatan komuniti / organisasi / kakitangan dalam
proses perancangan dan pelaksanaan projek
11
Proses rekabentuk 13
Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf di tapak 15
Projek siap / hasil 16
Penyelenggaraan bagi mengekalkan kelestarian projek 18
- Implikasi Kewangan 18
- Kaedah Pencetusan Idea 19
- Elemen Kolaborasi 20
- Kategori Inovasi 22
- Indikator Inovasi 22
- Input Pelanggan 23
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
2
- Mekanisme Maklum Balas Pelanggan 33
2. Impak Sebelum Dan Selepas Projek 34
3. Impak Inovasi 37
4. Elemen Inovasi
- Inovatif / Kreativiti 40
- Keberkesanan 40
- Signifikan 41
- Relevan 41
5. Pengiktirafan Diterima 43
6. Penutup 47
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
3
PROJEK MENAIKTARAF LORONG SISI DAN LORONG BELAKANG DARI LEBUH
AH QUEE KE LORONG PITT BAGI LALUAN BASIKAL DAN PEJALAN KAKI,
GEORGE TOWN, PULAU PINANG
1. PENGENALAN
A) JABATAN
i) Latar belakang dan peranan Jabatan
Jabatan Konservasi Warisan telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011. Ini adalah
selaras dengan pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan
Dunia UNESCO di mesyuarat ‘World Heritage Committee’ yang ke 32 yang
telah diadakan pada 7 Julai 2008 di Quebec City, Kanada.
Penubuhan sebagai sebuah Jabatan Konservasi Warisan di bawah pihak
berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan salah satu
komitmen kerajaan seperti yang termaktub dalam dokumen ’Pelan
Pengurusan Warisan’ ataupun ‘Heritage Management Plan’, satu dokumen
tambahan yang dikemukakan kepada UNESCO dalam proses penilaian untuk
pengiktirafan bandar George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
ii) Piagam pelanggan berkaitan projek
Piagam pelanggan Jabatan Konservasi Warisan yang berkaitan dengan
projek menaiktaraf lorong belakang ini adalah :
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja
dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh
penerimaan aduan.
Jabatan Konservasi Warisan ada menerima aduan-aduan mengenai
kekotoran, jalan berlopak, longkang tersumbat dan halangan/binaan haram
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
4
yang dibina di kawasan lorong-lorong belakang. Walaupun tindakan diambil
oleh Jabatan, namun ianya kadang-kala akan berulang kembali. Dengan
penaiktarafan lorong belakang ini, aduan-aduan sebegini dapat diatasi.
iii) Objektif
Berikut adalah objektif Jabatan Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau
Pinang:-
Mengawal pemajuan-pemajuan dan kerja pindaan & tambahan bagi semua
bangunan warisan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan bangunan-
bangunan warisan di seluruh Pulau.
Mengawal kemajuan pembangunan yang dijalankan oleh pemaju swasta,
organisaasi separa Kerajaan dan Badan-badan Berkanun bagi kawasan-
kawasan yang melibatkan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Menjadi Urusetia untuk “Technical Review Panel” bagi mengkaji dan
meneliti semua perubahan pemajuan yang terlibat Tapak Warisan.
Membantu dalam mewujudkan dan mengkoordinasikan satu rangka kerja
jangka panjang yang mantap bagi kerja-kerja pengurusan dan
pemuliharaan Tapak Warisan.
Mengkaji penambahbaikan garis panduan warisan dari semasa ke semasa.
Merancang dan menguruskan program-program berkaitan warisan.
Menyediakan maklumat untuk laporan berkala yang perlu dihantar kepada
UNESCO.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
5
iv) Lain-lain maklumat berkenaan Jabatan
Kawasan Pentadbiran
Tapak Warisan Dunia UNESCO merangkumi keluasan 259.42 hektar.
Keluasan Tapak Warisan Dunia ini dibahagikan kepada dua zon iaitu ’core
zone’ yang merangkumi 109.38 hektar dan ’buffer zone’ yang merangkumi
150.04 hektar.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
6
B) INOVASI
i) Tujuan projek
Selaras dengan program ‘repopulating George Town’, Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP) berhasrat untuk menaiktaraf lorong belakang dan kawasan
lapang yang terdapat di dalam Tapak Warisan Dunia George Town. Projek ini
juga adalah salah satu usaha untuk mengindahkan dan memelihara elemen
warisan dalam bandar dan dalam masa yang sama menambahkan elemen
keselamatan kepada orang awam di kawasan ini. Projek ini juga adalah
selaras dengan perancangan rangkaian hijau dalam kawasan bandar seperti
mana panduan yang dimasukkan di dalam Rancangan Kawasan Khas Tapak
Warisan Dunia Unesco George Town.
Lorong belakang dalam bandar adalah merupakan salah satu akses alternatif
kepada orang awam dan penduduk selain ia digunakan sebagai laluan
penyelenggaraan. Adalah menjadi tujuan Jabatan Konservasi Warisan, Majlis
Bandaraya Pulau Pulau Pinang untuk menyediakan projek-projek menaiktaraf
lorong belakang dan lorong sisi untuk persekitaran yang sihat dan selamat
kepada masyarakat dan pada masa yang sama memelihara nilai-nilai yang
terdapat dalam Tapak Warisan Dunia Unesco George Town. Tujuan :-
• Selaras dengan program ‘repopulating and rejuvenation of George Town’
• Mengekalkan Nilai Keunggulan Sejagat (OUV) yang menyokong status
Tapak Warisan Dunia
• Mengekalkan kehidupan dan budaya tempatan dan membina lanskap
budaya di bandar
• Memelihara hubungan rapat masyarakat dan hubungan sosial mereka dan
terus meningkatkan rasa kepunyaan dan kebanggaan tempat
• Kurangkan perpindahan penduduk tempatan, perniagaan dan kediaman
sedia ada keluar dari George Town
• Mengekalkan peratusan tinggi orang yang bekerja dan hidup di dalam tapak
warisan George Town
• Laluan alternatif kepada orang awam dan penduduk
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
7
• Digunakan sebagai laluan penyelenggaraan
• Tempat untuk beriadah, mengadakan aktiviti kejiranan
• Meluaskan kawasan hijau dalam bandar
• Mewujudkan satu perasaan selamat, bersih dan sihat kepada masyarakat
• Menyusun dan menaiktaraf saluran utiliti
• Mengalihkan halangan-halangan yang terdapat di lorong-lorong belakang
ii) Objektif projek
Objektif projek adalah untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran untuk
orang awam melalui penaiktarafan kawasan lorong belakang yang suram dan
seringkali terbiar dengan memperkenalkan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk orang
awam di lorong-lorong belakang. Aktiviti- aktiviti tersebut hendaklah
bersesuaian dengan keadaan semasa, memenuhi keperluan masyarakat
moden namun tidak meminggirkan nilai-nilai warisan tempatan. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan adalah:-
a) Rekreasi, bersantai dan riadah e) Berbasikal di laluan basikal
b) Sambutan perayaan / festival f) Program bersama orang ramai
c) Aktiviti bersukan g) Flea market
d) Urban farming
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
8
iii) Proses pelaksanaan projek
Pada awalnya, Jabatan Konservasi Warisan telah mengenalpasti lorong-
lorong belakang dalam Tapak Warisan Dunia George Town yang berpotensi
untuk dibangunkan dan dinaiktaraf supaya dapat memberi satu kemudahan
kepada masyarakat setempat dan menjadi tarikan para pelancong,
Jabatan Konservasi Warisan telah membuat kajian soal selidik terhadap
penduduk sekitar dan orang awam bagi mendapatkan pandangan dan
cadangan penaiktarafan sebelum kerja-kerja menaiktaraf dimulakan.
Proses rekabentuk dan penyediaan dokumen tender bagi projek menaiktaraf
lorong belakang ini dibuat secara ‘in-house’. Kontraktor dijemput dan dipilih
melalui proses panggilan tender secara terbuka dan dilantik berdasarkan
prosedur tender Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kerja-kerja menaiktaraf oleh
kontraktor diselia oleh kakitangan Jabatan Konservasi Warisan dari mula kerja
hingga tamat tempoh kecacatan.
iv) Tempoh pelaksanaan
Kerja-kerja menaiktaraf projek ini berlangsung dalam tempoh 3 bulan iaitu dari
1 September 2019 hingga 30 November 2019. Berikut adalah perincian dari
mulanya iklan tender hingga projek siap:-
Iklan tender : 13.05.2019
Taklimat : 21.05.2019
Tutup : 10.06.2019
Tarikh mula kerja : 01.09.2019
Tarikh siap kerja : 30.11.2019
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
9
v) Peringkat pelaksanaan
a. Mengenalpasti lorong belakang yang berpotensi untuk dinaiktaraf :-
Jabatan mengenalpasti terlebih dahulu lorong-lorong belakang yang terdapat
di dalam Tapak Warisan Dunia George Town dan membuat pemetaan seperti
rajah di bawah :-
Input daripada aduan, pemantauan tapak dan jumlah pengunjung/pejalan kaki
di sesuatu tempat menjadi tumpuan utama untuk Jabatan menaiktaraf lorong-
lorong belakang yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu, aspek halangan
seperti pagar dan pendapat penduduk setempat turut diambil kira untuk
menjalankan projek menaiktaraf lorong di belakang mereka. Lorong-lorong
belakang yang mudah mendapat persetujuan orang ramai akan dinaiktaraf
terlebih dahulu kerana tiada bantahan dari semua pihak.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
10
Lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt terletak di dalam kawasan teras, Tapak
Warisan Dunia UNESCO George Town, Pulau Pinang.
Keluasan Tapak Projek : 456.26 m² (4,911.14 ft²)
Lorong belakang Lebuh Ah Quee - Lebuh Pitt terletak di kawasan campuran yang
dikelilingi oleh perumahan, perniagaan dan restoran. Lorong belakang sebelum ini
dalam keadaan kotor dan berbau dan tidak digunakan sepenuhnya. Ini secara tidak
langsung membawa pemikiran negatif terhadap Tapak Warisan Dunia George Town
oleh para pelancong dan turut memberi kesan yang tidak baik kepada penduduk
sekitar tapak. Melalui kajian yang pernah dijalankan sebelum ini, ramai yang
berpendapat lorong belakang tidak digunakan kerana ianya tidak selamat, tidak bersih
dan terdapat banyak halangan. Lorong belakang perlu ditambahbaik bagi mengubah
persepsi negatif orang awam terhadap lorong belakang.
58% tidak menggunakan lorong
belakang
Sebab : 1. Tidak Selamat
2. Tidak Bersih
3. Banyak Halangan di
Lorong Belakang
42% menggunakan lorong belakang
Sebagai : 1. Laluan Pejalan Kaki
Menggunakan
Lorong
Belakang 42% Tidak
Menggunakan
Lorong
Belakang 58%
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
11
Keadaan lorong belakang sebelum dinaiktaraf, walaupun telah diturap namun ia
tidak memberi impak yang ketara dari segi penggunaan oleh pejalan kaki dan
tidak kelihatan menarik. Tong sampah besar juga diletakkan di kawasan ini.
b. Penerapan konsep Gender Responsive Participatory Budgeting (GRPB) dalam
proses perancangan dan pelaksanaan projek:-
Konsep GRPB yang digunakan adalah ”responsive budgeting for the people”
di mana peruntukan bajet bagi menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee –
Lebuh Pitt ini mengambil kira keperluan semua peringkat masyarakat yang
terdiri dari pelbagai peringkat umur, gender, kaum, penduduk setempat dan
juga pelancong.
c. Penglibatan komuniti / organisasi / kakitangan dalam proses perancangan dan
pelaksanaan projek:-
Jabatan telah membuat kaji selidik bersama penduduk sekitar tapak projek
bagi melibatkan komuniti dalam melaksanakan projek-projek awam dan kajian
serta tinjauan yang diadakan bersama penduduk, masyarakat setempat dan
komuniti adalah perlu bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Jabatan turut
mengadakan perbincangan, mesyuarat dan sesi dialog di antara pihak
pengurusan tertinggi MBPP, Ahli Majlis, wakil jabatan-jabatan lain dan
kakitangan Jabatan bagi mendapatkan input dan pandangan untuk penaiktaraf
projek lorong belakang ini.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
12
Kaji selidik dan
pandangan orang
awam dikumpulkan
dan diambil kira
semasa proses
perancangan
menaiktaraf projek
Kakitangan Jabatan
memantau keadaan
lorong belakang
sebelum dinaiktaraf
Kakitangan Jabatan
berbincang mengenai
cadangan rekabentuk
yang sesuai di tapak
lorong belakang
sebelum dinaiktaraf
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
13
d. Proses rekabentuk:-
Melalui kajian yang pernah dilakukan, ramai yang bersetuju supaya lorong
belakang ini diterapkan dengan konsep ‘backlane garden’. Konsep ‘backlane
garden’ ini menekankan penambahan elemen-elemen hijau atau softscape di
dalam rekabentuk lorong belakang yang baru ini. Ruang-ruang yang
berpotensi dikenalpasti untuk dijadikan ruang hijau dan dalam masa yang
sama boleh digunakan oleh orang awam.
Back Lane Garden Concept
Cadangan penaiktarafan :-
Dari kaji selidik ini dapat disimpulkan 4 perkara utama yang menjadi pilihan
untuk kawasan ini adalah :-
i) Tanaman hijau
ii) Ciri-ciri keselamatan
iii) Kebersihan
iv) Akses
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
14
Pelan Cadangan Projek Menaiktaraf Lorong Belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt
• CCTV
• Lampu SolarSensor
• Rondaan AnggotaKeselamatan
KESELAMATAN
• Longkang danParit dinaiktaraf
• Sampahdibersihkan
KEBERSIHAN
• PenanamanPokok
• TempatDuduk
• Pocket Park
KEHIJAUAN
• AksesBomba
• Aktiviti‘loading’ & ‘unloading’
• Laluanpejalan kaki basikal (garispanduanberbasikal)
AKSES
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
15
e. Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf di tapak:-
Kerja-kerja di tapak dilaksanakan selama 3 bulan iaitu dari 1 September 2019
hingga 30 November 2019. Semasa projek dilaksanakan, komuniti setempat
memberi kerjasama yang baik dan projek dapat berjalan dengan lancar serta
siap dalam masa yang dijangkakan. Berikut adalah gambar semasa kerja-kerja
menaiktaraf sedang dijalankan:-
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
16
f. Projek siap / hasil:-
Lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt yang telah dinaiktaraf ini
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV dan bollard untuk
menghalang kenderaan besar keluar masuk, ciri-ciri kehijauan dengan
tanaman pokok-pokok hiasan pelbagai jenis dan saiz, akses yang selesa untuk
pejalan kaki, basikal dan golongan OKU serta kawasan yang bersih dengan
longkang tertutup dan tong sampah dipindahkan ke tempat lain. Ia turut
dilengkapi dengan alat permainan kanak-kanak, kemudahan bersukan dan
arca karikatur sebagai tarikan utama tempat ini. Gambar projek siap adalah
seperti berikut :-
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
17
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
18
g. Penyelenggaraan bagi mengekalkan kelestarian projek:-
Setelah projek ini siap, penyelenggaraan dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan
yang terlibat. Pihak Jabatan Lanskap MBPP akan membantu menguruskan
tanaman pokok selain dibantu oleh komuniti kawasan tersebut, Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran MBPP turut membantu membersihkan longkang
dan laluan. Sekiranya terdapat kerosakan peralatan elektrik seperti lampu dan
CCTV, Jabatan akan mendapatkan bantuan Jabatan Kejuruteraan MBPP dan
untuk elektrik, pihak TNB akan beri kerjasama. Projek ini juga dilengkapi
dengan lampu supaya ianya boleh digunakan sepanjang masa siang dan
malam.
vi) Implikasi kewangan
Dari segi implikasi kewangan, walaupun Jabatan pada awalnya mensasarkan
projek ini menelan kos hampir RM400,000.00, namun setelah membuat
perancangan yang baik dan mendapatkan tender yang berpatutan, akhirnya
projek ini terlaksana dalam kos berjumlah RM293,405.10 sahaja. Bajet yang
digunakan juga mendatangkan impak positif kepada orang awam dan ianya
dapat dilihat apabila ramai orang menggunakan lorong belakang ini setelah
ianya dinaiktaraf.
Suasana yang cerah dan
selamat di waktu malam
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
19
vii) Kaedah pencetusan idea
Kaedah pencetusan idea bagi projek menaiktaraf Lorong Belakang Lebuh Ah
Quee – Lebuh Pitt ini menggunakan kaedah kolaborasi pengurusan atasan,
warga agensi dan pelanggan.
Jabatan membentangkan cadangan penaiktarafan lorong-lorong belakang ini
di mesyuarat-mesyuarat yang terdiri daripada pengurusan atasan MBPP,
agensi luar, kakitangan MBPP seperti Mesyuarat Perancangan dan
Pemajuan, Technical Review Panel dan Mesyuarat Bajet untuk mendapatkan
pandangan dan keputusan pelaksanaan.
Kaji selidik bagi projek menaiktaraf lorong lorong belakang dari Lebuh Ah
Quee ke Lorong Pitt dilaksanakan secara 3 peringkat, iaitu :
i) Peringkat Permulaan : sebelum pelaksanaan projek (borang)
ii) Peringkat Pertengahan : semasa pelaksanaan projek (lisan)
ii) Peringkat Akhir : selepas pelaksanaan projek (borang)
Jabatan melaksanakan kaji selidik ini terhadap pemilik premis dan penyewa
premis di sekitar lorong belakang yang terlibat dan pengguna lorong belakang
tersebut.
YB Kerajaan Tempatan,
YB ADUN, Datuk Bandar
dan Ahli Majlis MBPP
merasmikan program
menaiktaraf lorong-
lorong belakang di Tapak
Warisan Dunia George
Town pada Mac 2019
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
20
viii) Elemen kolaborasi
Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini
mengutamakan kerjasama pintar dengan komuniti setempat yang melibatkan
penghuni flat perumahan MBPP Lebuh Ah Quee dan premis-premis
perniagaan di sekitar lorong belakang ini. Jabatan telah mendapatkan
kerjasama restoran-restoran dalam memastikan saluran longkang dilengkapi
dengan perangkap gris, saluran buangan yang rosak dibaiki dan tidak meletak
barang-barang yang boleh menghalang lorong belakang ini setelah
dinaiktaraf. Penghuni di kawasan tersebut juga turut membantu menjaga
kebersihan, peralatan permainan, alatan sukan dan tanaman dari rosak selain
pemantauan dibuat oleh MBPP melalui CCTV. Selain komuniti setempat,
pelaksanaan projek ini melibatkan kerjasama kakitangan Jabatan, staf-staf
Jabatan lain dalam MBPP dan juga organisasi luaran.
i) Kakitangan Jabatan Konservasi Warisan
- terlibat untuk proses rekabentuk, penyediaan skop kerja, pemantauan
tapak projek, bancian, program penglibatan penduduk, perasmian tapak
dan juga penyediaan bajet
ii) staf-staf jabatan lain dalam MBPP dan organisasi luaran
- terlibat dalam proses rekabentuk dengan memberi input-input teknikal
seperti mekanikal, elektrikal, lanskap dan bajet. Selain itu, setelah projek ini
siap, Jabatan lain turut membantu dalam memastikan kawasan ini terjaga
dari segi kebersihan, penyelenggaraan perabot jalan, penyelenggaraan
lanskap dan sebagainya.
iii) komuniti setempat
Suara dan pendapat komuniti setempat turut didengari dan diambil
perhatian melalui program soal selidik sebelum pelaksanaan, semasa
pelaksanaan dan selepas pelaksanaan projek dalam memastikan
kehendak komuniti dipenuhi bagi menjayakan projek menaiktaraf lorong
belakang ini.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
21
YAB Ketua Menteri mewakili Kerajaan Negeri merasmikan projek
menaiktaraf lorong belakang ini dan memberi dorongan kepada MBPP
untuk teruskan usaha ini
Kakitangan Jabatan dan staf
Jabatan MBPP lain telah
bersama-sama memastikan
projek ini dilaksanakan dengan
jayanya dari proses
perancangan, pelaksanaan
hingga projek siap
Kaji selidik dan
pandangan diberi oleh
komuniti dan orang
awam berhubung dengan
projek menaiktaraf lorong
belakang Lebuh Ah Quee
– Lebuh Pitt
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
22
ix) Kategori inovasi
Kategori inovasi yang terlibat bagi projek ini adalah:-
a) ‘Product innovation’
- Projek menaiktaraf ini adalah yang pertama dilaksanakan dalam Tapak
Warisan Dunia George Town yang dilengkapi dengan kemudahan
CCTV, alatan sukan dan alatan permainan kanak-kanak.
b) ‘Organisational innovation’
- Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee ke Lebuh Pitt ini
merupakan projek menaiktaraf lorong belakang yang pertama
dilaksanakan oleh Jabatan Konservasi Warisan dan secara ‘ín-house’.
x) Indikator inovasi
Kriteria indikator inovasi untuk projek ini adalah:-
a) Measurable – Jabatan mempunyai rancangan untuk menaiktaraf
sepanjang 9km lorong-lorong belakang dalam Tapak Warisan Dunia
George Town dalam jangkamasa selama 5 tahun dan projek menaiktaraf
lorong belakang Lebuh Ah Quee ke Lebuh Pitt ini adalah sepanjang 100m.
b) Developmental – projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee ke
Lebuh Pitt mempunyai ruang untuk ditambahbaik di masa akan datang.
xi) Input pelanggan
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
23
Kaji selidik bagi Projek menaiktaraf lorong belakang dari Lebuh Ah Quee ke
Lebuh Pitt ini dilaksanakan secara 3 peringkat iaitu:-
i) Peringkat Permulaan : sebelum pelaksanaan projek (borang)
ii) Peringkat Pertengahan : semasa pelaksanaan projek (lisan)
ii) Peringkat Akhir : selepas pelaksanaan projek (borang)
Kaji selidik Peringkat Permulaan iaitu sebelum pelaksanaan projek ini
dilakukan secara terbuka iaitu melalui temubual dan borang kaji selidik yang
telah dijalankan oleh pihak Jabatan bagi memastikan kaji selidik ini berjalan
dengan lancar. Berikut adalah soalan-soalan kaji selidik sebelum pelaksanaan
projek :-
BIL SOALAN KAJI SELIDIK
1. Sila nyatakan umur anda?
i) 30 tahun ke bawah
ii) 31-59 tahun
iii) 60 tahun ke atas
2. Adakah anda seorang…
i) Pemilik premis di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt
ii) Penyewa premis di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt
ii) Pengguna Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt
3. Adakah anda bersetuju dengan kerja-kerja menaiktaraf dan
mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt?
i) Ya
ii)Tidak
4. Jika tidak untuk soalan no.3, sila nyatakan sebab tidak bersetuju
5. Sila nyatakan maklumbalas / cadangan anda bagi kerja-kerja
menaiktaraf lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt
1. Analisis Umur Jantina
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
24
Rajah 1.1 :Umur Responden
Rajah di atas menunjukkan graf yang mewakili umur responden seramai 27
orang. Seperti yang dipaparkan dalam rajah 1.1, peratus bagi responden yang
berumur 30 tahun ke bawah ialah 7% yang mewakili 2 responden. Seterusnya,
untuk responden yang berumur antara 31 tahun sehingga 59 tahun, graf
menunjukkan sebanyak 78% responden bersamaan 21 responden daripada
keseluruhannya. Akhir sekali, kajian ini mendapati sebanyak 15% (4
responden) yang berumur 60 keatas,
2. Analisis Latar Belakang Responden
Rajah 2.1 :Latar belakang Responden
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
30 KE BAWAH 31 - 59 60 ke atas
37%
41%
22%
PEMILIK DI LEBUH AH QUEE/LEBUH PITT
PENYEWA DI LEBUH AH QUEE/LEBUH PITT
PENGUNA DI LEBUH AH QUEE/LEBUH PITT
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
25
Pihak jabatan mendapati responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada pemilik premis, penyewa premis dan pengguna di Lebuh Ah Quee
dan Lebuh Pitt. Graf di atas menunjukkan peratus pemilik premis adalah
sebanyak 37% (10 responden). Sebanyak 41% iaitu mewakili 11 responden
adalah yang menyewa premis. Pengguna lorong belakang tersebut yang
terlibat dalam kaji selidik ini adalah seramai 6 responden iaitu sebanyak 22%.
3. Pandangan Responden
Rajah 3.1 :Pandangan Responden
Peratusan menunjukkan bahawa kesemua responden sangat bersetuju
dengan kerja menaiktaraf dan mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah
Quee / Lebuh Pitt. Berdasarkan peratusaan ini, pihak Jabatan berpandangan
bahawa projek ini haruslah dijalankan bagi memenuhi kepuasan hati
penduduk di situ.
4. Jika Tidak Pada Soalan Nombor 3, Nyatakan Sebab Tidak Bersetuju
Rata-rata responden bersetuju dengan cadangan untuk menaiktaraf dan
mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee. Tiada responden yang tidak
bersetuju dengan projek ini. Hal ini kerana responden menganggap projek ini
akan memberi manfaat kepada semua.
5. Maklumbalas / Cadangan Responden
100%
0%
YA TIDAK
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
26
Setelah pihak jabatan menjalankan lawatan, kaji selidik dan menemuramah
beberapa responden di sekitar Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt, pihak jabatan
perlu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan menaiktaraf dan mencantikkan
lorong belakang tersebut. Terdapat beberapa maklumbalas dan cadangan
yang dikemukakan oleh responden untuk tindakan berikutnya.
Antara majoriti cadangan daripada responden adalah untuk memastikan
sistem perparitan sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana responden
mendapati longkang di lorong belakang tersebut kerap tersumbat dangan
pepejal serta sampah yang dibuang oleh segelintir individu. Responden
mencadangkan pihak jabatan perlu memasang CCTV di tempat tersebut untuk
mengelakkan sebarang vandalisme atau kerosakan yang dilakukan oleh
individu yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, responden juga mencadangkan pihak jabatan perlu menanam
pokok bunga untuk mencantikkan pemandangan dan mengekalkan kehijauan
alam sekitar di sekitar Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt.
Pihak Jabatan mengambil maklum atas masalah yang dihadapi oleh pihak
responden dan memastikan projek ini akan dilaksanakan dengan sebaik yang
mungkin serta dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
Kaji selidik di Peringkat Pertengahan : Semasa Pelaksanaan Projek,
Jabatan turut mendapatkan maklumbalas daripada penduduk secara lisan.
Penduduk-penduduk setempat turut membantu Jabatan dalam menangani
isu-isu di tapak.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
27
Kaji selidik Peringkat Ketiga ini dilakukan selepas projek siap dijalankan.
Kesemua keputusan yang diperolehi daripada responden adalah
dibentangkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf.
BIL SOALAN KAJI SELIDIK
1. Sila nyatakan jantina anda? i) Lelaki ii) Perempuan
2. Sila nyatakan umur anda? i) 30 tahun ke bawah ii) 31-59 tahun iii) 60-79 tahun iv) 80 tahun ke atas
3. Adakah anda seorang… i) Pemilik/Penyewa premis di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt
ii) Penduduk @ bekerja di George Town iii) Berurusan di George Town
iv) Pelancong
4. Sila nyatakan kekerapan anda mengunakan laluan lorong belakang di
Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt
5. Apakah pandangan anda dengan kerja-kerja menaiktaraf dan
mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt
6. Jika tidak untuk soalan no.5, sila nyatakan sebab tidak bersetuju
7. Sila nyatakan maklumbalas / cadangan anda bagi kerja-kerja
menaiktaraf lorong belakang di Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
28
1. Analisis Jantina Responden
Rajah 1.1 : Jantina Responden
Rajah 1.1 menunjukkan carta pai yang telah melibatkan seramai 40
responden. Pecahan tersebut menunjukkan 20 responden lelaki dan 20
responden perempuan yang mewakili 50% untuk setiap jantina. Hal ini
bertujuan supaya pihak jabatan dapat mengumpul keputusan dengan adil
berdasarkan pendapat antara berlainan jantina.
2. Analisis Umur Jantina
Rajah 2.1 : Umur Responden
LELAKI
PEREMPUA
N
PEREMPUAN
LELAKI 0%
10%
20%
30%
40%
30 KE
BAWAH 31 - 59 60 - 79 80 KE
ATAS
10%
35%
5% 0
18%
32%
0 0
LELAKI PEREMPUAN
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
29
Rajah di atas menunjukkan graf yang mewakili umur responden mengikut
jantina. Seperti yang dipaparkan dalam rajah 2.1, bagi responden yang
berumur 30 tahun ke bawah mewakili 10% (4 responden lelaki) dan 18% (7
responden perempuan). Seterusnya, untuk responden yang berumur antara
31 tahun sehingga 59 tahun, graf menunjukkan sebanyak 35% (14 responden
lelaki) dan 32% (13 responden perempuan). Bagi responden yang berumur
antara 60 tahun sehingga 79 tahun pula, sebanyak 5% iaitu mewakili 2
responden lelaki sahaja. Akhir sekali, tiada rekod bagi mana-mana responden
lelaki mahupun perempuan yang berumur 80 tahun ke atas.
3. Analisis Latar Belakang Responden
Rajah 3.1 : Latar belakang Responden
Pihak Jabatan mendapati responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada pemilik atau penyewa premis di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt,
penduduk dan bekerja di George Town, responden yang berurusan di George
Town dan pelancong daripada pelbagai negara. Graf di bawah menunjukkan
peratus pemilik atau penyewa premis adalah sebanyak 7.5% (3 responden
lelaki) dan 5% (2 responden perempuan). Tambahan pula, sebanyak 20%
iaitu mewakili 10 responden bagi setiap jantina yang tinggal dan bekerja di
7.5%
17.5%
5% 5%
20% 20%
12.5% 12.5%
5.0% 0.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
LELAKI
PEREMPUAN
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
30
George Town. Bagi responden yang berurusan di George Town, seramai 7
responden lelaki yang mewakili 17.5% dan 5 responden perempuan yang
mewakili 12.5%. Pelancong asing juga tidak terkecuali dalam kajian ini kerana
mereka mewakili 5% (2 responden lelaki) dan 12.5% iaitu sebanyak 5
responden perempuan.
4. Kekerapan Pengunaan Lorong Belakang Lebuh Ah Quee / Lebuh Pitt
Rajah 4.1 : Kekerapan pengunaan lorong bagi responden
Graf di atas menunjukkan frekuensi responden menggunakan laluan lorong
belakang di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt. Bagi responden yang jarang
menggunakan laluan tersebut adalah sebanyak 12.5% (mewakili 5 responden
lelaki) dan 25% (mewakili 10 responden perempuan). Seterusnya, bagi
responden yang kerap menggunakan laluan tersebut terutamanya penduduk
berdekatan, graf menunjukkan sebanyak 32.5% yang mewakili 13 reponden
lelaki dan 20% mewakili 8 responden perempuan. Akhir sekali, peratus bagi
mingguan dan responden yang tidak pernah melalui lorong tersebut adalah
sama iaitu 2.5%, hanya 1 responden bagi mewakili responden lelaki dan juga
perempuan.
5. Pandangan Responden
12.5%
32.5%
2.5% 2.5% 5.0%
10.0%
15.0%
30.0% 25.0%
25.0% 20.0%
20.0%
35.0%
LELAKI
PEREMPUAN
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
31
Rajah 5.1 : Pandangan Responden
Peratusan menunjukkan bahawa responden sangat tertarik dengan kerja
menaik taraf dan mencantikkan lorong belakang di Lebuh Ah Quee/Lebuh
Pitt. Berdasarkan peratusan ini, pihak Jabatan haruslah meneruskan usaha
bagi mengekalkan kecantikan dan keindahan di kawasan tersebut.
Soalan no.6 adalah tidak relevan memandangkan semua responden
bersetuju dengan projek ini.
7. Maklumbalas / Cadangan Responden
Setelah melakukan uji kaji selidik ini, pihak Jabatan berjaya mengumpul
beberapa maklumbalas dan cadangan daripada responden. Kesemua
maklumbalas yang disertakan adalah positif dan berpuas hati dengan apa
yang dilakukan oleh pihak Jabatan. Salah satu daripadanya, responden
mengatakan projek tersebut sangat menarik.
Selain itu, responden juga menyatakan “good job” atas tindakan pihak
Jabatan. Disamping itu, responden sangat berpuas hati dan berharap agar
kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan dari masa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, responden berharap projek ini dapat dikekalkan
TIDAK BERBALOI 0% MENARIK
100% MENARIK TIDAK BERBALOI
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
32
untuk memastikan keadaan di lorong ini sentiasa dalam keadaan bersih serta
selamat digunakan oleh orang ramai.
Sementelahan itu, responden berkata projek ini adalah satu usaha pihak
Jabatan untuk membersihkan tempat tersebut bagi menarik minat orang ramai
berkunjung serta alternatif untuk mereka mengunakan jalan singkat ke
sesuatu tempat tanpa mengunakan jalan utama yang agak sesak. Maklum
balas berikutnya juga mengatakan tempat tersebut sangat baik.
Tambahan pula, responden berharap projek ini dapat memupuk nilai murni
terhadap kakitangan restoran berkenaan betapa pentingnya kebersihan untuk
memastikan keselesaan pengunjung. Malah, selepas projek ini dilakukan,
lorong ini lebih selamat digunakan oleh orang-orang kurang upaya
memandangkan keadaan jalan yang sekata dan selamat. Ada beberapa
responden yang mengalakkan untuk meneruskan pelaksanaan program
kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan penduduk sekitar kawasan
memandangkan budaya kemasyarakatan dan rukun tetangga semakin pupus
akibat impak positif pelancongan warisan.
Akhir sekali, responden berharap pihak Jabatan dapat menambah beberapa
hiasan seperti pokok bunga untuk mencantikkan lagi kawasan tersebut. Malah
ada yang meminta untuk menambah kemudahan tempat letak kenderaan
untuk pengunjung supaya tidak perlu jalan jauh ke tempat tersebut.
Kesimpulannya, projek ini adalah satu usaha baik yang harus diteruskan.
Walau bagaimanapun, ada juga responden yang tidak meninggalkan apa-apa
maklumbalas dan cadangan di borang kaji selidik itu.
Secara umumnya, Jabatan menerima secara positif kesemua cadangan dan
pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak responden. Pihak responden
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
33
amat berbesar hati dan berterima kasih pada pihak Jabatan kerana telah
melaksanakan projek lorong belakang di Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt
dengan jayanya bagi memudahkan responden untuk menggunakan lorong
belakang ini dengan lebih selamat. Akhir sekali, responden juga akan
menggunakannya dengan lebih cermat dan menjaga harta benda awam
dengan sebaik mungkin.
xii) Mekanisme maklumbalas pelanggan
Maklumbalas pelanggan / orang awam diterima melalui beberapa kaedah iaitu
melalui soal selidik dan temubual di tapak projek sebelum, semasa dan
selepas siap projek. Selain itu, Jabatan turut menerima maklumbalas orang
awam mengenai projek menaiktaraf lorong belakang ini menerusi berita dan
media sosial.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
34
2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK
Memperbaiki infrastruktur
• Kembangkan jaringan hubungan / gabungan laluan pejalan kaki & persekitaran.
Laluan sedia ada di lorong belakang dinaiktaraf menggunakan interlocking tiles
yang mempunyai rekabentuk menarik yang sesuai untuk pejalan kaki dan
pengguna basikal
• Membangunkan aktiviti dan program kemasyarakatan di lorong-lorong belakang
• Longkang-longkang terbuka tanpa nilai bersejarah ditutup dengan penutup
longkang.
Meningkatkan kesambungan / jaringan hubungan (connectivity)
• Memperkenalkan kesambungan laluan pejalan kaki alternatif di sepanjang laluan
utama (Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt) yang didominasi oleh kenderaan.
Mempertingkatkan reruang awam
• Mempromosikan ‘pocket park’ di lorong belakang ini yang dilengkapi dengan
kemudahan alat permainan kanak-kanak, kemudahan bersukan dan juga arca
seni sebagai tempat untuk program kemasyarakatan
• Membangunkan kembali lorong sisi dan lorong belakang Lebuh Ah Quee dan
Lebuh Pitt ini salah satu sebagai taman dalam bandar
Aspek Keselamatan Orang Awam
• Lebuh Ah Quee merupakan salah satu ‘street art’ yang menjadi tarikan pelancong.
Lorong belakang ini dapat meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki dan
mengurangkan risiko kemalangan di samping membantu mengurangkan
kesesakan dengan menjadi laluan alternatif bagi pelancong yang berjalan kaki dan
tidak mengganggu jalan utama
• Pencahayaan lorong belakang di waktu malam dan pemantauan melalui kamera
CCTV juga merupakan ciri-ciri keselamatan untuk orang awam menggunakan
lorong belakang ini sepanjang masa.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
35
Impak Projek - Sebelum Pelaksanaan Dan Selepas Pelaksanaan
Tapak projek sebelum dinaiktaraf
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
36
Tapak projek selepas dinaiktaraf
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
37
3. IMPAK INOVASI
Melalui projek menaiktaraf lorong belakang ini, Jabatan dengan kerjasama jabatan
lain dalam MBPP dan Kerajaan Negeri bergerak maju untuk mengekalkan bandar
warisan George Town dengan memperbaiki infrastruktur, meningkatkan jaringan
hubungan (connectivity), meningkatkan reruang awam dan mengurangkan
kesesakan lalu lintas di kawasan Lebuh Ah Quee dan Lebuh Pitt.
Usaha menaiktaraf ini juga selaras dengan visi ke arah menjadikan Tapak Warisan
Dunia George Town sebagai sebuah bandar yang rendah karbon dan hijau.
Sumber : Buletin Mutiara
Penyertaan awam melalui kaji selidik turut menjimatkan masa dalam proses pencetusan
idea dan merekabentuk dengan menyediakan apa yang dihajati oleh orang awam.
Kerjasama penduduk setempat untuk mengeluarkan binaan tanpa kebenaran seperti
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
38
tambahan paip di longkang juga memudahkan kerja-kerja menaiktaraf dilaksanakan
dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu, pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf lorong-
lorong belakang ini tidak menghalang laluan sehingga menyebabkan kesesakan trafik di
jalanraya.
Kos juga dapat dijimatkan apabila projek ini dilaksanakan secara ‘in-house’ tanpa
melibatkan perlantikan perunding luar dan pemilihan tender secara terbuka
membolehkan pihak MBPP melantik petender yang mengemukakan harga yang
berpatutan selain memenuhi kriteria-kriteria lain pemilihan tender. Bahan-bahan binaan
dan kelengkapan untuk projek menaiktaraf ini diperoleh dari pembekal tempatan dengan
kadar harga yang rendah dan berpatutan, ini turut menyumbang kepada kos pelaksanaan
projek yang rendah.
Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini meningkatkan
produktiviti di kalangan penduduk dari segi program bersama orang awam dan aktiviti
sosial yang dilakukan di kawasan lorong belakang ini seperti aktiviti zumba, bersukan
dan beriadah. Ia juga menjadi salah satu produk pelancongan ‘George Town street arts’
apabila ramai pelancong datang mengambil gambar dan menggunakan kemudahan yang
disediakan di samping menaikkan populariti kawasan tersebut di kalangan orang luar
yang secara tidak langsung menyumbang kepada produktiviti dari segi pelancongan di
Tapak Warisan Dunia George Town.
Aktiviti berzumba di lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt selepas dinaiktaraf
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
39
Masyarakat dari pelbagai kaum dan usia menggunakan lorong belakang Lebuh Ah
Quee – Lebuh Pitt yang telah dinaiktaraf untuk beriadah
Suasana yang cerah dan selamat di waktu malam
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
40
ELEMEN INOVASI
i) Inovatif / Kreativiti
Setelah lorong belakang ini dinaiktaraf pada tahun 2019, ianya menjadi tarikan
popular kerana diperbaiki dengan elemen hijau, peralatan latihan, permainan
kanak-kanak dan arca logam sebagai lokasi fotografi. Penduduk di kawasan
ini juga sering melakukan aktiviti riadah bersama keluarga pada waktu lapang.
Di samping itu, lorong belakang dilengkapi dengan lampu jalan dan kamera
CCTV untuk meningkatkan elemen keselamatan di kawasan sekitar. Secara
umumnya, elemen inovasi bagi projek ini adalah konsep pelbagai guna ruang
dan laman fotografi. Konsep ini juga menjimatkan kos kerana pelbagai
kegunaan dapat dikumpulkan di satu kawasan yang kecil.
Lorong belakang pertama di George Town dengan kemudahan sukan dan
permainan kanan-kanak. Dapat digunakan untuk mengadakan program
kemasyarakatan
ii) Keberkesanan
Jabatan menerima maklumbalas yang baik daripada Kerajaan Negeri,
pengurusan tertinggi Majlis, orang awam dan juga organisasi luar mengenai
projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini.
Peningkatan tahap kepuasan orang awam juga dapat dilihat dan dibuktikan
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
41
dengan penggunaan oleh pengunjung di tapak dan orang ramai memberi
ulasan positif dan muatnaik gambar di media sosial. Ia juga sebagai satu
strategi promosi tempat-tempat menarik di George Town kepada orang
tempatan dan luar.
iii) Signifikan
Projek ini berpotensi untuk dilaksanakan oleh Jabatan lain dalam Majlis
Bandaraya Pulau Pinang bahkan boleh direplikasi oleh Pihak Berkuasa
Tempatan yang lain di dalam negara dan di luar negara. Jabatan turut
menerima lawatan daripada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang datang
melawat untuk melihat sejauh mana keberkesanan projek menaiktaraf ini
untuk diterapkan di tempat masing-masing.
Dari segi penjimatan, projek ini tidak menggunakan kepakaran perunding luar
kerana ianya dibuat secara ’in-house’ dan boleh jimat dari segi bayaran
perunding.
iv) Relevan
Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee ke Lebuh Pitt ini memberi
sumbangan dari segi kolaborasi yang unik dengan masyarakat setempat,
penjimatan bajet MBPP dan menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu
tarikan penduduk tempatan dan pelancong. Kehadiran pelancong ke kawasan
tersebut secara tidak langsung membantu menjanakan ekonomi premis-
premis di sekitar tapak projek.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
42
Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengindahkan,
melestarikan dan mengekalkan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia
UNESCO yang kaya dengan kehidupan masyarakat dan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan penyertaan penduduk tempatan dan orang luar seperti aktiviti
sosial, membeli-belah, beriadah, program keagamaan/kebudayaan, makan
minum dan juga bekerja.
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
43
5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Projek Menaiktaraf Lorong Belakang Yang Menghubungkan Lebuh Ah Quee ke Lebuh
Pitt ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow
Kon Yeow pada 29 Februari 2020.
Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang, 29 Februari 2020
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
44
Projek ini juga telah berjaya mendapat tempat ke-2 untuk Gender Responsive
Participatory Budgeting (GRPB) Champion Award MBPP 2019 yang telah berlangsung
pada 24 Ogos 2020.
Sinar Harian, 5 Mac 2020
New Straits
Times, 1 Mac
2020
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
45
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
46
Selain itu, projek menaiktaraf lorong belakang ini telah berjaya menjadi tarikan orang
ramai dan telah dimuatnaik di instagram, facebook dan laman-laman sosial lain.
Komen pengguna Facebook berkenaan projek ini
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
47
Instagrammable backlane
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
48
6. PENUTUP
Projek menaiktaraf lorong belakang Lebuh Ah Quee – Lebuh Pitt ini telah melakar
satu kejayaan buat MBPP dan menaikkan nama baik George Town di kalangan
masyarakat termasuk orang luar. Berita mengenai projek ini tersebar dengan meluas
melalui media massa dan juga laman-laman sosial. Projek ini sememangnya
berpotensi diperluaskan ke seluruh negeri dan negara, bahkan boleh menjadi contoh
yang baik di seluruh dunia. Sepertimana petikan kata-kata YAB Ketua Menteri dalam
ucapan beliau di majlis perasmian projek ini, “ Pulau Pinang menjadi antara contoh
bandar terbaik berjaya mencapai sasaran SDG (Matlamat Pembangunan Mampan)
termasuk kesihatan dan kesejahteraan yang baik untuk rakyat, kesaksamaan jantina,
pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi serta bandar dan masyarakat yang mampan”
– BERNAMA
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2020
49
SEKIAN, TERIMA KASIH
Disediakan oleh : Fazreen Dharleila binti Abdul Jalil
Jabatan : Konservasi Warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Telefon : 04-2592009 (P) / 012-4919520 (B)
Emel : [email protected]