9
Edisi Disember 2019 “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia memerlukan usaha daripada kita” - PM 2 Disember 2019 – “Dalam Wawasan Kemakmuran Bersama ini kita telah menentukan bahawa semua pihak akan menikmati kekayaan negara kita ini dan ianya (Wawasan Kemakmuran Bersama) menjadi satu dasar yang amat penting kerana tujuannya adalah untuk mengurangkan jarak perpisahan antara yang kaya dan miskin”, kata YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi bulan Disember dan yang terakhir untuk tahun 2019 bertempat di Dataran Perdana, Kompleks A. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya memohon agar pegawai Kerajaan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada golongan miskin bagi mengatasi kemiskinan yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara agar negara kita dapat membangun dengan pesat serta dapat disenaraikan di kalangan negara-negara yang maju seperti negara Jepun, Korea Selatan dan China. Perhimpunan ini turut dihadiri YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri di JPM, YBhg. Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM serta semua Ketua Jabatan/Agensi di bawah JPM.

“Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

Edisi Disember 2019

“Tiada kejayaanyang datang bergolek.Sebaliknya, ia memerlukan usaha daripada kita” - PM

2 Disember 2019 – “Dalam Wawasan Kemakmuran Bersama ini kita telah menentukan

bahawa semua pihak akan menikmati kekayaan negara kita ini dan ianya (Wawasan

Kemakmuran Bersama) menjadi satu dasar yang amat penting kerana tujuannya adalah

untuk mengurangkan jarak perpisahan antara yang kaya dan miskin”, kata YAB Perdana

Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi bulan

Disember dan yang terakhir untuk tahun 2019 bertempat di Dataran Perdana, Kompleks

A. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya memohon agar pegawai

Kerajaan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada golongan miskin bagi mengatasi

kemiskinan yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara agar negara kita

dapat membangun dengan pesat serta dapat disenaraikan di kalangan negara-negara yang

maju seperti negara Jepun, Korea Selatan dan China. Perhimpunan ini turut dihadiri YAB

Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri di JPM, YBhg. Ketua

Setiausaha Negara, YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM serta semua Ketua

Jabatan/Agensi di bawah JPM.

Page 2: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

6 Disember 2019 - Acara tahunan Taska Permata PUSPANITA dan Tabika Kemas PUSPANITA

JPM 2019 iaitu Majlis Konvokesyen yang penuh gilang gemilang yang dirancang khusus

kepada kanak-kanak yang berjaya menamatkan sesi pembelajaran di kelas masing-masing

telah dilaksanakan bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM dan dirasmikan oleh

YBhg. Dato’ Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad. Pada majlis tersebut, tetamu jemputan

telah dipersembahkan dengan pelbagai persembahan yang sungguh menarik dan berbakat

daripada kanak-kanak taska dan tabika ini.

Tahniah pihak Pengurusan Taska Permata PUSPANITA dan Tabika Kemas PUSPANITA JPM

di atas penganjuran majlis yang sekaligus dapat menghargai usaha dan ketrampilan serta

penglibatan kanak-kanak Taska dan Tabika yang telah berjaya menamatkan pelajaran serta

mendidik kanak-kanak agar sentiasa mengenang jasa para pendidik dan ibu bapa yang

menghargai mereka. Majlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim

antara semua pihak yang terlibat.

KANAK-KANAK TASKA PERMATA PUSPANITA & TABIKA

KEMAS PUSPANITA JPM

DIRAIKAN DI MAJLIS KONVOKESYEN BERSAMA

RAKAN-RAKAN, PENDIDIK & KELUARGA

Page 3: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

11 Disember 2019 – JPM menyokong usaha

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam

meningkatkan kualiti tahap kesihatan masyarakat

dan warganya. Justeru itu, bagi menyahut seruan

tersebut, Program Hari Kesihatan JPM 2019

telah berjaya dilaksanakan dengan menyediakan

pelbagai peluang khidmat pemeriksaan dan

pameran berkaitan kesihatan dari klinik dan hospital

yang dibawa khas ke Kompeks JPM. Antaranya

adalah pemeriksaan tekanan darah, komposisi

badan (BMI), pergigian, saringan kanser serviks

dan ujian HPV secara percuma dan saringan paras

karbon monoksida dalam peparu menerusi ujian

pernafasan dengan alat smokelyzer.

YBhg. Dato’ Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad

dalam ucapan perasmiannya telah menyeru

agar warga JPM perlu mengambil peluang di

program ini untuk memanfaatkan perkhidmatan

yang ditawarkan bagi memastikan program yang

dianjurkan ini mencapai matlamatnya untuk

membentuk warga kerja sihat yang mempraktikkan

gaya hidup sihat serta pengesanan awal bagi

intervensi penyakit tidak berjangkit.

Mendapat Sambutan Hangat dari Warga JPM

Program

Pada program yang sama juga, YBhg. Dato’ TKSUK

telah melancarkan “Komuniti Sihat Pembina

Negara” (KOSPEN) PLUS JPM . Melalui perasmian

ini KOSPEN PLUS JPM akan memulakan pengisian

program dengan Taklimat Pasukan KOSPEN oleh

Jabatan Kesihatan Putrajaya. Pasukan KOSPEN

PLUS JPM ini akan diurus setiakan oleh Badan

Kebajikan dan Sukan JPM dengan kerjasama

Pasukan AKRAB JPM (Seksyen Psikologi,

Bahagian Sumber Manusia, JPM). Pasukan

tersebut akan menjalankan program dan aktiviti

bermula Januari 2020 dengan tumpuan utama

kepada proses pemupukan nilai dan cara hidup

sihat di kalangan warga JPM.

Tahniah dan terima kasih kepada Kelab Bukit

Perdana dengan kerjasama Badan Kebajikan

dan Sukan PAJPM, Seksyen Perpustakaan,

Bahagian Khidmat Pengurusan JPM dan Seksyen

Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia

JPM di atas penganjuran Program Hari Kesihatan

JPM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga

kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,

Klinik Kesihatan (Pergigian) Putrajaya Presint

18 dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Cawangan Putrajaya di atas kesudian menjadi

rakan kerjasama dalam penganjuran program ini.

Page 4: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) yang telah berlangsung bermula

18 hingga 21 Disember telah menghimpunkan seramai 450 delegasi dari 56 buah negara di

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penganjuran KL Summit 2019 ini bertujuan untuk menjadi platform kepada para pemikir,

intelektual, ulama, ahli politik dan para pemimpin masyarakat daripada negara-negara

Islam bagi membincangkan pelbagai isu dan solusi kepada kesejahteraan ummah. Sidang

kemuncak ini telah memberi tumpuan kepada tujuh teras utama iaitu pembangunan dan

kedaulatan negara, integriti dan tadbir urus yang baik, kebudayaan dan identiti, keadilan dan

kebebasan, keamanan, keselamatan dan pertahanan, perdagangan dan pelaburan, serta

teknologi dan tadbir urus internet.

Pemimpin-pemimpin utama negara yang hadir ke sidang kemuncak ini adalah Emir Qatar,

Syeikh Tamim bin Hamad al-Thani, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran,

Dr Hassan Rouhani dan Penasihat Negeri kepada Presiden Uzbekistan, Rustam Karimov.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah

berkenan untuk menyampaikan titah diraja pada Perasmian Persidangan KL Summit 2019

di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 Disember 2019.

Selain itu, buat julung kalinya Sidang Kemuncak KL Youth 2019 bertemakan ‘Pemberdayaan

Belia dalam Menghadapi Cabaran Global’ juga turut diadakan untuk membincangkan

peranan belia dalam pembangunan negara-negara Islam.

Sementara itu Majlis Perasmian Penutup Kuala Lumpur Summit 2019 telah disempurnakan

oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan

Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan pada 21 Disember 2019.

PLATFORM TERHADAP INISIATIF PELBAGAI ISU

& SOLUSI KESEJAHTERAAN UMMAH

Page 5: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

I M B A S A N

2019 JPM

Page 6: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya
Page 7: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya
Page 8: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

“ Unit Komunikasi Korporat merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan terima kasih kepada Bahagian/Unit di JPM

dan Jabatan/Agensi di bawah JPM yang telah sama-sama

menyumbang idea dan input sepanjang penerbitan

e-Buletin JPM bagi tahun 2019.”

PENASIHAT

YBhg. Dato’ Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan

KETUA EDITOR

Encik Izzad Zalman Bin Abdul Kader

Ketua Komunikasi Korporat

EDITOR

Puan Julina Binti Johan

Encik Azrul Bin Hasan (sehingga September 2019)

Encik Helmy Bin Hamid (bermula Oktober 2019)

PENULIS

Puan Norliza Binti Abdul Mihat

FOTO

Unit Foto UKK, JPM

REKA BENTUK/GRAFIK

Puan Suria Fatin Binti Kamaruddin

Encik Mohamad Shafiq Bin Zulkifli (Oktober hingga Disember 2019)

SIDANG REDAKSI

e-BULETIN JPM 2019

Page 9: “Tiada kejayaan yang datang bergolek. Sebaliknya, ia ... JPM - Disember 2019 compress.pdfMajlis sebegini juga menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim ... dalam ucapan perasmiannya

JABATAN PERDANA MENTERI

Diterbitkan oleh:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Aras -1 Blok B8Jabatan Perdana Menteri

Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PutrajayaMalaysia

www.jpm.gov.my

Jab.PerdanaMenteri

@jpmgov_

jabatanperdanamenteri