9
Pengenalan Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belahMid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya. Kenterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan. Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan. Objektif 1. Meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan aktiviti kitar semula kepada peringkat awal kanak–kanak melalui program Bank Kitar Semula di Tadika dan Sekolah. 2. Menggalakkan para pelajar menabung melalui hasil jualan kitar semula. 3. Meningkatkan penglibatan pelbagai pihak seperti NGO's, agensi kerajaan, dan persatuan penduduk melalui aktiviti kitar semula di komuniti. 4. Mengeratkan silaturrahim di antara penduduk dan menjana pendapatan penduduk. 5. Menggalakkan orang awam mengamalkan kitar semula sambil ke pasaraya untuk membeli belah melalui Program Drive-Thru 3R di Mydin Mall. 6. Menggalakkan pekerja di pejabat mengamalkan aktiviti kitar semula melalui program kitar semula di pejabat kerajaan.

Apa itu 3R?

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kitar semula

Citation preview

Pengenalan

Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belahMid Valleyoleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya.

Kenterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

Objektif

1. Meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan aktiviti kitar semula kepada peringkat awal kanakkanak melalui program Bank Kitar Semula di Tadika dan Sekolah.

2. Menggalakkan para pelajar menabung melalui hasil jualan kitar semula.

3. Meningkatkan penglibatan pelbagai pihak seperti NGO's, agensi kerajaan, dan persatuan penduduk melalui aktiviti kitar semula di komuniti.

4. Mengeratkan silaturrahim di antara penduduk dan menjana pendapatan penduduk.

5. Menggalakkan orang awam mengamalkan kitar semula sambil ke pasaraya untuk membeli belah melalui Program Drive-Thru 3R di Mydin Mall.

6. Menggalakkan pekerja di pejabat mengamalkan aktiviti kitar semula melalui program kitar semula di pejabat kerajaan.

Pengurangan

DEFINISI

Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :

Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak,

Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan bebas toksik,

Mereka bentuk produk supaya mengurangkan penggunaan bahan mentah, mempunyai jangka hayatyang panjang atau boleh diguna pakai semula.

MENGAPA KITA PERLU MENGURANGKAN SISA?

Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar.

CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA.

a) Mengurangkan penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik pembungkus.

Beli barangan dengan pembungkus yang boleh di kitar semula atau yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.

Penggunaan beg plastik tidak digalakkan jika anda membeli barang dalam kuantiti yang sedikit.

b) Apabila anda membuat sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung anda mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.

c) Anda boleh mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dengan memilih jenis sisa yang dibuang. Ini adalah satu proses yang senang dan mudah dimana anda hanya perlu mengikuti panduan mudah seperti di bawah bagi mengurangkan sisa anda di rumah, sekolah ataupun di tempat kerja.

Beli apa yang anda perluElakkan pembelian barang yang tidak diperlukan untuk mengurangkan penghasilan sisa. Barang-barang yang jarang digunakan boleh dipinjam atau dikongsi dengan orang lain.

Beli barang yang boleh digunakan semulaBeli produk berasaskan botol kaca atau tin dan bateri yang boleh dicas semula. Barang barang seperti ini boleh digunakan berulang kali, seterusnya mengurangkan penghasilan sisa.

Beli pembersih rumah serba gunaIanya lebih menjimatkan dan menguntungkan daripada membeli banyak jenis pembersih rumah.

Beli barangan dalam bungkusan yang sedikitIa dapat mengurangkan pembuangan bungkusan dalam tong sampah anda. Untuk barang yang selalu digunakan, beli dalam kuantiti yang banyak kerana ianya dapat menjimatkan wang anda serta mengurangkan pembungkusan.

Jual atau derma barang barang yang tidak diperlukanMenderma/memberi barang-barang yang tidak perlu kepada keluarga, kawan atau jiran dapat mengurangkan sampah. Anda juga boleh menjual barang kepunyaan anda melalui jualancar-bootuntuk memperoleh wang tambahan.

Mengurangkan penggunaan kertas dengan membatalkan surat yang tidak diperlukanKita dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan membayar bil secaraon-line.

Mengurangkan pembelian produk yang mengandungi bahan-bahan merbahayaKebanyakan barang-barang berbahaya seperti racun perosak tidak boleh dikitar semula kerana mengandungi bahan kimia. Kurangkan membeli barang-barang berbahaya seperti ini.

Sebolehnya beli barang yang tidak bertoksik

Kebanyakan barang yang bertoksik seperti minyak motor dan racun pemusnah serangga tidak boleh digunakan semula.

Cari kaedah selamat bagi barangan rumah yang merbahaya'Baking soda' dan cuka boleh digunakan sebagai bahan pencuci di rumah. Minyak zaitun dan jus limau adalah alternatif bagi penggilap perabot kimia dan penggunaan lilin wangi sebagai ganti kepada alat penyegar udara kimia.

Penggunaan Semula

DEFINISI

Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah :

Pemeliharaan sumber semula jadiSisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.

Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

Menjimatkan kosMengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

Perniagaan sektor industri.Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.

Pengguna.Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda!Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

APAKAH BAHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN SEMULA?

Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal.Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.

Sampul surat.Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.

Bekas botol kaca dan pasu.Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang barang lebihan yang tidak diperlukan.

Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap).Boleh digunakan untuk membungkus barang barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang barang yang mudah pecah.

Pakaian lama.Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.

Bungkusan.Bahan logam dan bekas telur boleh didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak kanak, supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau untuk projek kraftangan.

Kertas-kertas terpakai.Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!

Tayar.Tayar tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.

Kayu-kayu terpakai.Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.

Kitar Semula

DEFINISI

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .

Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .

Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.

Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkansebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.

Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

CARA CARA UNTUK KITAR SEMULA

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

Kitar semula mengikut jenis barangBanyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semulaJika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semulaAnda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahayaProduk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan

Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.