Apa Khabar Saudara Saudari Pembaca

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sakjf

Citation preview

Apa khabar saudara saudari pembaca,Mungkin anda yang membaca etry ni bakal menduduki PT3 pada tahun ini.Kalau yang bukan saya mohon jasa baik anda kongsikan kepada mereka kerana saya rasa entry ini sangat membantu untuk calon yang akan menduduki PT3 menyelamatkan at least 4 markah dalam kertas Bahasa Melayu untuk skor A.Sejujurnya ketika PT3 dulu Ujian Bahasa Melayu Bertulis saya skor B.Saya sangat kecewa dan saya tidak tahu mana silap saya.Jadi saya tulis entry ini agar anda semua tidak mengulangi nasib yang sama seperti saya.Jadi topik kali ini peribahasa.Jadi saya akan bagi peribahasa bergambar.Supaya bila anda tengok gambar ini anda akan teringat sekaligus hafal apa peribahasa yang berkait dengan gambar tersebut.Good luck.Fighting!!!

Ada udang disebalik batu

Air dicincang tak akan putus

Bagai pinang dibelah dua

Bagai kucing dengan anjing

Bagai aur dengan tebing

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Bagai murai dicabut ekor

Nasi sudah jadi bubur

Bagai lintah menghisap darah

Kecik tapak tangan,nyiru kami tadahkan

Terdengar guruh di langit,air tempayan dicurahkan

Gajah sama gajah, pelanduk mati di tengah tengah

Biduk lalu kiambang bertaut

Haruan pulang ke lubuk

Ukur baju di badan sendiri

Rumah dah siap,pahat masih berbunyi

Ular menyusup akar takkan hilang bisanya

Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga

Bagai ayam disambar helangLihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulissatuperibahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

Jawapan :1. Bagai cincin dengan permata2. Bagai murai dicabut ekor3. Bagaimana acuan begitulah kuihnya4. Bagai katak di bawah tempurung5. Nasi sudah menjadi bubur6. Bagai lintah menghisap darah7. Kaki ayam8. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan9. Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3

1.Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2.Alang-alang berminyak biar licin

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3.Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4.Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5.Bagai air mencari jenisnya

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6.Bagai ayam disambar helang

Mati tanpa sakit.

7.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8.Bagai cincin dengan permata

Pasangan pengantin yang sepadan.

9.Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu

Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.)

10.Bagai layang-layang putus tali

Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11.Bagai menatang minyak yang penuh

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12.Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap.

13.Bagai minyak dengan air

Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

14.Bagai pucuk dilancarkan

Amat cepat

15.Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya

Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16.Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang

Tidak sombong; rendah diri.

17.Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18.Belum duduk sudah berlunjur

Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20.Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak

Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21.Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap.

22.Biar mati anak jangan mati adat

Adat yang tidak boleh dilanggar

23.Biar putih tulang jangan putih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24.Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga

Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25.Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat

Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26.Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh

Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27.Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28.Genggam bara api biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29.Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30.Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

31.Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

32.Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung

Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33.Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja..

34.Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah

Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian meninggalkan kesan..

35.Kalau tiada rotan akar pun berguna

Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37.Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38.Perempuan serasan, lelaki pemalu

Pegangan hidup yang tidak serupa.

39.Sebagai gembala diberi keris

Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40.Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41.Semacam besar pacak daripada tiang

Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42.Seperti air dalam dulang

Negeri yang aman sentosa.

43.Seperti api di dalam sekam

Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari.

44.Seperti aur dengan tebing

Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu

Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing..

45.Seperti aur ditarik songsang

Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46.Seperti embun dihujung rumput

Tidak kekal.

47.Seperti harimau menyembunyikan kukunya

Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48.Seperti hujan jatuh ke pasir

Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

49.Seperti lintah menghisap darah

Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50.Seperti lipas kudung

Selalu bergerak dengan cepat.

51.Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

52.Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.