Apakah Itu Frog VLE

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dee

Citation preview

Apakah itu Frog VLE?Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADANDengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

GuruPelajarIbu Bapa

Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.

Anda tidak dikenakan kos data apabila mengakses Frog dengan rangkaian kami, justeru anda boleh menikmati akses tanpa had ke dunia pembelajaran anda pada bila-bila masa, di mana jua.Pengguna 1BestariNet kini dapat menikmati kadar eksklusif Internet Prabayar Yes 2.5 sen/MB berbanding kadar biasa 3 sen/MB.Yes ID anda juga berfungsi sebagai log masuk Google, yang bermaksud anda tidak perlu membuat pendaftaran ID berasingan untuk mengakses Google Chrome, Chrome Web Store, Khan Academy dan banyak lagi.Bukan itu sahaja Yes ID anda juga didatangkan bersama akaun Yes Mail yang dikuasakan oleh Google dan Google Apps For Education. Ia membolehkan anda untuk berkongsi dan berkolaborasi secara mudah melalui awan di Google Drive.

mudahFrog sungguh mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja! Pengguna boleh membina laman menggunakan Pembina Laman seret dan lepas kami dengan hanya beberapa klik.menyeronokkanAntara muka Frog adalah berwarna-warni, anggun dan memikat hati proses pembelajaran pasti tidak membosankan!menarikFrog adalah kaedah baru pembelajaran interaktif yang memenuhi gaya pembelajaran berbeza, bukan hanya satu gaya!Dashboard Saya:Dashboard peribadi anda boleh disesuaikan dengan kandungan seret dan lepas.Kalendar:Urus kalendar peribadi anda dengan alatan berguna ini.di mana juaKalendar Tempahan:Lihat kalendar sekolah anda, jadualkan mesyuarat dan tempahlah makmal, bilik dan perkakas.

Rak Buku:Lihat e-book anda di siniDasboard Sekolah:Semua berita dan pengumuman dari sekolah anda.Pengurus Sumber:Pusat setempat sebagainya

Tugasan:Anda boleh memberi tugasan dan markah kerja rumah, manakala pelajar anda boleh melihat dan menjawab tugasan diberiLaman Jabatan:Laman boleh suai untuk pelbagai jabatan di sekolah memaparkan berita dan sorotan menarikLaman:Buat laman web mata pelajaran, kelas, kelab atau persatuan anda dengan pembina yang mudah digunakan dan templat-templat yang menarik.

Dokumen Saya:Ruang penyimpanan peribadi untuk fail-fail dan dokumen-dokumen yang boleh diakses dari mana sahaja.Sumber Pengajaran:Simpan dan akses fail-fail pengajaran anda yang terdapat di awan (cloud) dari mana jua.Dokumen Sekolah:Ruangan untuk pihak sekolah menyimpan dokumen-dokumen seperti borang kebenaran, minit mesyuarat PIBG dan sebagainya.

E-mel:Setiap pengguna Frog VLE mempunyai akaun email yang sama dengan nama log masuk anda (Yes ID Anda).Komuniti:Kongsikan idea, inspirasikan diri anda dan terima maklum balas daripada guru-guru lain.The Pond:Belajar, Temui dan Terokai kandungan pendidikan yang menarik, memberi inspirasi di The Pond.

Forum:Bersambunglah dan kongsikan idea anda tentang topik-topik tertentu dalam forum.FrogStore:Pusat setempat untuk anda memuat turun sumber-sumber pendidikan seperti e-buku, media dan laman bagi memantapkan lagi pengalaman mengajar anda.Borang:Buat borang dengan pembina borang yang mudah digunakan untuk mengumpul maklumat daripada para pengguna Frog VLE.

Kuiz:Mantapkan kerja rumah pelajar anda dengan Kuiz dan uji pengetahuan mereka.Pin-Point:Dapatkan kandungan pendidikan anda seperti video dan imej untuk digunakan dalam laman anda.Tinjauan:Gunakan Tinjauan untuk mendapatkan pandangan dengan pantas dan mudah.

Analisis:Pentadbir Frog boleh menggunakan widget ini untuk melihat penggunaan VLE.

perjalanan pembelajaran peribadi anda sendiri dengan kandungan, peranti dan pelan-pelan yang menepati keperluan pembelajaran peribadi anda!Semua kandungan yang anda perlukan hanyalah semudah satu klik sahaja kerana FrogStore telah disepadukan secara lancar dengan Frog VLE.Berhenti mengheret buku-buku teks yang berat ke sana ke mari. Buku teks digital sekolah kini disediakan secara percuma di dalam FrogStore.

Beri hadiah pendidikan dengan sistem pemberian hadiah FrogStore yang mudah.Buat satu laman mengajar yang hebat pada Frog dan kongsikan laman itu dengan orang lain

Kedai setempat untuk semua keperluan pendidikan anda.FrogStore adalah kedai setempat untuk keperluan pendidikan guru dan pelajar, yang membolehkan anda mengakses pelbagai sumber pendidikan, termasuk e-buku, video, artikel, kertas kerja, permainan dan Laman, dan banyak lagi. Dengan FrogStore, segala-gala yang anda perlukan untuk pembelajaran anda hanya semudah satu klik sahaja!

Melalui projek 1BestariNet, FrogAsia memperkenalkan masa depan pendidikan kepada golongan pelajar, guru dan ibu bapa di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.Buat pertama kalinya di Malaysia, setiap murid akan dapat mengakses alat pembelajaran bertaraf dunia. Pendidikan cemerlang adalah hak setiap murid. Kini ia boleh menjadi kenyataan.